Cerpen : Banglo putih

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

2,379 bacaan 6 ulasan

Oleh : acuk iqba

“pergi…jangan ganggu aku” Asmalillah menjerit, jeritan itu menggangu ahli keluarganya, badannya berpeluh. Ibunya, Hajah Salmah datang menghampiri. Dia duduk dengan lutut ke dagu sambil tangannya menekap telinga.
“kenapa ni sayang” tanya Hajah Salmah
“mak…dia datang lagi mak…Ma takut mak” Asmalillah teresak-esak.
“siapa yang datang nak” tanya Hajah Salmah hairan
“tu dia mak…tolong Ma mak…Ma takut” jari telunjuk Asmalillah menuding ke arah almarinya, Hajah Salmah menoleh, namun tiada sesiapa pun.
“mana ada Ma…takde orang pun…Ma mengigau lagi ye” pujuk Hajah Salmah lembut.
“Ma tak tipu mak…dia datang nak bunuh Ma mak” tangisan Asmalillah makin kuat, Hajah Salmah memeluk erat anak bongsunya itu. Dia merasa kasihan melihat anak gadisnya itu, sudah lima bulan anaknya itu meracau di setiap malam, menjerit-jerit dan ternampak ada manusia cuba membunuhnya itu.
“jangan takut nak…mak ada kat sini” Hajah Salmah berlinangan air mata, sudah pelbagai cara diusahakan untuk mengubati anaknya, tapi hasil tetap sama. Duitnya sudah beribu-ribu dihabiskan dengan berjumpa bomoh yang dikatakan anaknya terkena buatan orang, selepas berubat anaknya masih sama, masih meracau setiap malam. dia masih berusaha untuk mengubati anaknya, lagipun dia bukan mempunyai masalah kewangan. Dulu anaknya tidak begitu, namun semuanya berubah selepas kematian suaminya tiga tahun yang lalu. Macam-macam peristiwa aneh telah berlaku di banglonya. Dia masih tabah mengharungi. Die menepuk lembut anaknya, mendodoikan seperti bayi sambil melagukan selawat dan ayat-ayat Al-Quran. Akhirnya anaknya tertidur dalam pelukannya. Dia merebahkan anaknya lalu membaringkan, dia menyelimut anaknya. Dia juga baring disebelah anaknya lalu tertidur.
Tidur Saifullah terganggu oleh jeritan adiknya, Asmalillah. Dia geram, setiap malam pasti tidurnya diganggu oleh jeritan adiknya itu. Jam didinding dipandangnya, sudah pukul tiga pagi. Dia tidak dapat tidur lagi, puas dicubanya. Puas mengiring, dia meneletang. Tiba-tiba dia terdengar seperti ada orang berjalan di belakangnya, bulu romanya meremang, katilnya mula bergoyang seperti ada orang baru sahaja duduk dibirai katilnya. Lalu dia menoleh, jantungnya berdetak dengan kencang, peluhnya mengalir laju. Tiada sesiapa pun di dalam biliknya, dia bangun lalu meraup mukanya. Sudah banyak kali dia merasa seperti ini. Merasa seperti ada orang sedang memerhatinya. Tetapi dia tidak pernah berjumpa atau terserempak dengan sesiapa pun bila dia merasainya. Pernah sekali dia dikejutkan oleh jeritan adiknya, ia berlaku bila adiknya memasuki biliknya, tiba-tiba adiknya menjerit dan tidak sedar diri. Bila ditanya, adiknya memberitahu ternampak satu lembaga berbulu duduk bertenggek di atas meja dalam biliknya, bila teringat akan peristiwa itu, bulu romanya berdiri tegak, terasa dingin.
“mak…Asma meracau lagi ke” tanya Saifullah
“macam biasalah Long…pening mak ni hah…memikirkannya, tak habis-habis” ujar Hajah Salmah sambil mengambil cawan lalu dituangkan air teh. Cawan yang berisi air teh dihulurkan kepada Saifullah.
“mak…Along pun kena semalam mak” beritahu Saifullah kepada Hajah Salmah.
“kena apa Long” tanya Hajah Salmah hairan.
“kena ganggu lah…macam tak menjadi je bomoh tu” jelas Saifullah, dia menceritakan kepada ibunya apa yang telah terjadi semalam kepada ibunya. Hajah Salmah hanya diam, sudah terbiasa dengan gangguan seperti itu.
“selamat pagi mak, along” Asmalillah menyapa, namun sapaannya disambut dingin oleh abangnya.
“dah bangun dah anak mak ye…meh duduk, mak hidangkan nasi minyak kesukaan kamu ye” Hajah Salmah melayan mesra anak perempuan tunggalnya itu.
“hah…semalam nampak apa” tanya Saifullah sekadar menyakitkan hati adiknya itu.
“mak…tengok Along tu” rengekan Asmalillah buat Saifullah bertambah geram.
“kamu ni Along…tak baik cakap macam tu” marah Hajah Salmah
“mak…Along dah habis makan…nak pergi kerja ni” Saifullah lekas bangun dan keluar. Dari dapur Hajah Salmah mendengar ngauman enjin kereta anaknya itu, dia mengeleng kepala. Anak gadisnya yang sedang menikmati hidangan dipandang sayu, dia menghampiri lalu mengusap kepala anaknya itu. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak sendiri yang tidak bermaya, dia merindukan kenakalan anaknya dulu. Tapi kini, anak gadisnya itu sentiasa murung, mukanya pucat dan selalu meracau. Di banglo yang besar ini hanya tinggal mereka bertiga sahaja, dulu semasa arwah suaminya ada, dia mempunyai pembantu rumah dan tukang kebun. Namun mereka sudah berhenti kerja kerana tidak tahan akan gangguan. Gangguan yang sudah terbiasa baginya. Segala pekerjaan di banglo dilakukannya sendiri, dia sudah biasa dengan hidupnya sekarang.
“mak…mak fikir apa tu?” lamunan Hajah Salmah terhenti
“eh…tak ada ape lah Ma…dah habis makan dah…kita makan ubat ye” Asmalillah hanya menganguk. Hajah Salmah mengeluar sebiji tablet berwarna biru lalu dihulurkan kepada Asmalillah bersama dengan segelas air masak. Asmalillah menelan dengan perlahan. Mereka beriringan menuju ke ruang tamu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi seperti kaca pecah, Hajah Salmah mengurut dadanya kerana terkejut. Asmalillah menekap telinganya dengan tangannya lantas Hajah Salmah menghampiri Asmalillah lalu memeluk. Asmalillah tiba-tiba menjerit.
“mak…dia datang mak…tolong Ma mak…dia nak bunuh Ma mak” teriak Asmalillah, dia teresak-esak sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dinding di belakang Hajah Salmah. Hajah Salmah memaling lalu…
“ya ALLAH” menjeritnya kuat, lantas mulutnya membaca ayat suci Al-Quran, pelukan pada anak gadisnya di kuatkan. Tenaganya menjadi lemah, dia seperti ingin pitam setelah melihat satu lembaga berbulu di belakangnya. Bacaan ayat-ayat Al-Quran dikuatkan. Suasana di dalam banglo menjadi seram, tiupan angin kencang tiba-tiba muncul.
“KELUAR DARI BANGLO INI” satu suara garau yang sangat menakutkan memecah kesunyian, bergema di dalam banglo itu
“kau ni apa hah?…apa kau nak dari kami” Hajah Salmah ingin melawan, lembaga berbulu itu kini berada di depannya. Badan Asmalillah mula lemah, Hajah Salmah merasakan badan Asmalillah tidak bergerak lagi. Hajah Salmah terpaku, dia tidak dapat bergerak, dia hanya dapat membaca ayat suci Al-Quran di dalam hatinya. Lembaga itu memandang garang, matanya yang merah dengan wajah yang hodoh membuat Hajah Salmah mengigil ketakutan, dia sudah tidak bermaya untuk melawan, dunianya menjadi gelap akhirnya dia tumbang ke lantai bersebelahan dengan anak gadisnya itu.

“dah sampai rumah saya pakcik…berapa tambangnya”
“tiga puluh lima ringgit…encik tinggal kat sini ke?” tanya pemandu taxi itu
“ye pakcik” jawap pemuda itu ringkas
“jadi encik ni anak arwah Haji Abdullah la ye?” tanya pemandu taxi itu lagi
“macam mana pakcik kenal arwah ayah saya?” tanya pemuda itu ingin tahu
“ayah kamu tu baik orangnya….semua orang kenal dia…tapi…” pemandu taxi seperti tidak mahu menghabiskan ayatnya
“tapi apa pakcik?” tanya pemuda itu hairan
“dulu perniagaan ayah kamu sungguh maju…ini menyebabkan ayah kamu ramai musuh…dan pakcik dapat tahu ayah kamu mati sebab kena buatan orang” jelas pemandu taxi, pemuda itu terdiam faham akan maksud pakcik itu.
“terima kasih lah pakcik…nah! Ni duitnya” sekeping duit lima puluh ringgit dihulurkan,
“tak payah pakcik…bakinya saya sedekah” kata pemuda itu bila pemandu taxi itu ingin memulangkan bakinya. Pemuda itu keluar dari taxi, dia memandang sayu banglo putih di depannya, tempat dia dibesarkan. Sudah dua tahun dia meninggalkan banglo ini kerana satu perkara dan dia kembali untuk berdepan dengan perkara itu. Pintu pagar yang tidak berkunci cuba dibukanya namun tidak berjaya, dia melihat pagar itu, langsung tiada yang menghalang yang menyebabkan pintu itu susah dibuka. Pemuda itu terdiam lalu menarik nafas panjang, beg ditangannya diletakkan di bawah, tangannya ditadah seperti menadah doa lalu mulutnya membaca ayat suci Al-Quran. Serta merta pintu terbuka dengan sendiri. Dia melangkah masuk dengan kaki kanan, bulu roma meremang. Nampaknya ia masih ada, getus hatinya. Pemuda itu menjadi geram, namun segera ditenangkan hatinya, perasaan amarah boleh menjatuhkan dia. Langkahnya diatur perlahan, matanya liar memandang sekeliling, langsung tiada perubahan, masih terasa kegelapan, seperti cahaya matahari yang terpancar tidak memancar ke banglo itu. Tombol pintu dipulas, namun tidak berjaya, mungkin dikunci dari dalam. Pemuda itu mengeluarkan kunci pendua yang sedia ada dengan dia lalu membaca, surah Al-Fatihah, pintu dikuak perlahan…

Rahman memberhentikan taxinya di hadapan sebuah warung kuning, di hadapan kedai itu bersusun deretan taxi. Warung kuning inilah Rahman selalu menjadikan tempat melepaskan penat lelah memandu taxi. Rahman menghampiri rakannya yang sedang rancak berbicara.
“Ali…kau kenal tak arwah Haji Abdullah?” Rahman mengajukan soalan, suasana menjadi sunyi sebentar dengan soalan tiba-tiba itu
“kenal…kenapa tiba-tiba kau tanya?” tanya Ali hairan
Rahman mengeluarkan sebatang rokok gudang garam lalu menhidupnya, dia memandang rakannya
“tadi aku hantar anak arwah dia kat banglo tu” ujar Rahman, dahinya berkerut, wajah Ali mula berubah
“anak arwah?…yang mana satu Man?” tanya Ali lagi kehairanan
“yang lelaki tu lah…dulu kan satu kampung kecoh anak lelaki dia hilang…yang tu lah” terang Rahman sambil menghembus asap rokok
“oh…aku ingat…dulu orang kata dia hilang sebab tekanan jiwa…macam mana dia sekarang?” tanya Ali ingin tahu, air sirap di depannya dihirup perlahan
“aku langsung tak perasan…banyak perubahan aku tengok…berkopiah, berjubah…dia bercakap dengan lembut je…dah lah masa tu aku dah seriau bila melihat banglo putih tu…seram, seram” cerita Rahman
“hish kau neh…buat aku seriau je…yelah…semua orang tahu tentang banglo putih berhantu tu…kecian kat Salmah” mimik muka Ali berubah
“tulah kan…tu semua sebab kianat orang” tambah Rahman lagi, mereka menyambung lagi ceritanya, segalanya bermula apabila arwah Haji Abdullah meninggal dunia terkena santau, selepas itu heboh cerita yang mengatakan ada penduduk terserempak dengan satu lembaga berbulu sedang bertenggek di atas bumbung banglo berwarna putih itu, khabar angin itu dikukuhkan lagi dengan cerita bekas pengawal banglo itu, setiap malam diganggu. Ada juga yang mengatakan lembaga itu telah dihantar oleh musuh arwah Haji Abdullah bagi menjatuhkan dan merosakkan perniagaan arwah. Semuanya adalah kerana hasad dengki manusia yang tidak senang melihat kejayaan seseorang.

Langkahnya dimatikan setelah memasuki banglo putih itu, kakinya terasa berat, pemuda itu bertenang lalu menarik nafas panjang. Akhirnya dia dapat meneruskan langkahnya setelah membaca surah Al-Falakh. Pemuda itu terkesima, melihat dua manusia terbaring di atas lantai. Tiba-tiba angin kuat muncul di dalam rumah itu.
“KAU TAK TAKUT AKU” gertak satu suara garau yang menyeramkan, suara itu kuat sehingga terasa bergegar seluruhan banglo putih itu.
“aku tahu asal usulmu…aku sedikit pun tidak takut akan dirimu…selagi aku berpegang dengan nama ALLAH” pemuda itu bersuara lantang, tiba-tiba suasana kembali tenang. Dia lekas ke dapur mengambil air, sebaik saja dituang ke dalam gelas air itu bertukat menjadi hitam. Pemuda itu masih tenang, menarik nafas panjang, mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran, lalu dihembus ke arah gelas itu, sekelip mata air itu menjadi jernih. Dia menghampiri dua manusia yang terbaring kaku di lantai lalu menuangkan sedikit air ke tapak tangannya lantas disapu ke muka setiap orang sambil membaca ayat suci Al-Quran. Permuda itu tersenyum, dua manusia itu mula bergerak, dia memapah mereka ke sofa.
“kamu ni siapa” suara lemah Hajah Salmah bertanya, matanya masih kabur, tenaganya masih belum pulih
“ni Hasbullah mak, anak mak” tenang saja tuturnya, Hajah Salmah memandang pemuda di depannya, walaupun pemakaiannya sudah berubah namun dia masih kenal
“Lah anak mak” pantas Hajah Salmah memeluk anaknya itu, air matanya gugur membasahi pipi tuanya.
“Lah menghilang ke mana nak? Puas mak cari” Hajah Salmah memulakan bicara dalam tangisan, air matanya disapu dengan lengan bajunya.
“Lah tak ingat mak…yang Lah ingat, ada orang terjumpa Lah…dia ajak Lah ikut dia” Hasbullah menceritakan kepada Hajah Salmah.
“siapa dia nak?” tanya Hajah Salmah.
“nama dia Haji Zainal” jawap Hasbullah.
“dia yang ajar Lah semua ni…dia ajar agama…selama dua tahun Lah kuatkan semangat Lah…sebulan lalu…Lah dapat mengingati semuanya…dia suruh Lah kembali ke tempat asal kerana semasa dia terjumpa Lah, dia sudah tahu sejarah Lah” sambung Hasbullah lagi. Hajah Salmah hanya mendengar, kegembiraan tidak terhingga kerana anak lelakinya yang dicari selama ini sudah kembali. Dia menatap sayu anaknya, air matanya masih tidak berhenti membasahi pipinya, anak gadisnya dipandang.
“Lah tengok Ma tu…dia seperti kamu dahulu…meracau-racau dah banyak kali cuba melarikan diri dari sini kerana ternampak sesuatu yang menakutkan” ujar Hajah Salmah.
“Lah tahu mak…Lah kembali ni untuk menamatkan semua ini…mak jangan bimbang…malam esok segalanya akan tamat” ujar Hasbullah dengan bersemangat, dia sudah puas menjadi lemah, kini dia kembali untuk mencari punca derita keluarganya. Wajah adik bongsunya ditatap pilu, wajah yang pucat itu membuat dia geram, dulu dia seperti itu juga, hidup tidak tenteram…

Hasbullah berlari laju, lembaga berbulu yang mengejarnya kini hampir di belakangnya, mukanya pucat. Kali ini dia mesti melawan lembaga itu, peluhnya membasahi baju yang di pakainya. Lariannya semakin lemah, dia sudah tiada hala tuju, tapi lembaga itu masih mengejarnya. Wajah yang hodoh dengan mata merah menyala membuat dia terketar-ketar. Duri yang mencucuk kakinya langsung tidak terasa, suasana yang gelap gelita buatkan langkahnya terhenti, dia kini jauh di dalam hutan. Langsung tidak disedarinya kerana asyik berlari dalam ketakutan. Langkahnya semakin lemah, dia kini melutut sambil tangannya berpegang pada sebatang pokok. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun, matanya sudah mula berat untuk dibuka, akhirnya dia rebah jatuh tersungkur ke bumi.

“Lah fikir apa tu” Hasbullah tersedar, kenangan lalu muncul dengan tiba-tiba.
“tak ada apa la mak” jawap Hasbullah, menyembunyikan apa yang bermain difikirannya.
“adik kamu dah mula sedar ni Lah…mak pun dah ok dah…dah ringan badan ni” ujar Hajah Salmah lemah.
“apa yang terjadi sebenarnya mak” Hasbullah mula bertanya.
“lembaga tu muncul…suruh kami keluar dari banglo ni” jawap Hajah Salmah, riak wajahnya terpapar kerisauan. Hasbullah terdiam, lembaga itu?.

“macam mana Saiful? Jadi jual ke?”
“tak jadi lah Pak Teh…mak taknak” jawap Saifullah, dia bingung. Kemunculan tiba-tiba bapa saudaranya menganggu urusan pejabatnya
“apa lah bodoh sangat mak kau tu…dah tau banglo putih tu berhantu, taknak pindah lagi” tinggi nada yang ditutur oleh Asri
“saya tahu Pak Teh…tapi itu saja peninggalan arwah ayah saya” “ah…harta ayah kau tu banyak…sepuluh biji banglo mewah boleh beli…buat apa nak tinggal kat situ lagi…dah lah dalam kampung…dekat dengan hutan…korang tak takut kena kacau ke?nak jadi macam adik lelaki kamu dulu…jadi gila, pastu hilang tah ke mana” tengking Asri, Saifullah hanya tunduk, dia geram, kalau lelaki di depannya bukan bapa saudaranya pasti sudah lama lelaki itu mendapat penumbuknya.
“kenapa kau diam?” sergah Asri.
“saya tengah fikir Pak Teh” jawapnya, dia tidak mahu memandang wajah bapa saudaranya.
“fikir…fikir…tu je kau tahu…padahal benda ni dah lama…sudah setahun aku suruh jual…tapi degil…entah apa yang menghasut mak kamu tu” ujar Asri dengan hinaan, muka Saifullah terasa panas, geram akan percakapan kurang ajar bapa sedaranya itu.
“baiklah Pak Teh nanti saya tanya mak” ujar Saifullah tenang walau jiwanya sedang menahan rasa marah yang membuak.
“ah…kau dari dulu lagi, nak tanya! nak tanya, tapi hasilnya, haram…aku nak balik ni…baik kau cepat-cepat bertindak…aku bimbang, adik perempuan kau pula menjadi mangsa” ujar Asri, seperti memberi amaran. Saifullah bingung, kerana dia tahu maknya pasti tidak setuju dengan cadangan menjual banglo itu, namun begitu dia mahu menyelamat keluarganya dari gangguan itu. Fail yang terbuka ditutup kasar, menunjukkan hatinya yang geram. Dia bersiap untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan, dia akan pulang ke rumah untuk makan tengahari kerana jarak rumah yang dekat cuma mengambil masa dua puluh minit ke tempat kerja. Setelah meninggalkan pesanan kepada pekerja, Saifullah bergerak pulang. Ketika sedang memandu, amaran bapa saudaranya terngiang-ngiang di telinga. Marahnya tiba-tiba membuak lalu dihentak tangannya pada stereng pacuan empat roda yang dipandunya, dia geram. Dia tidak mahu adik bongsunya menjadi mangsa gangguan di banglo itu. Akhirnya dia sampai ke rumahnya, dia hairan, seingat dia masa keluar pagi tadi, pintu pagar dikunci dan dia juga tahu yang maknya takkan keluar dari banglo itu. Dia mula merasa bimbang, pantas dia keluar lalu berlari ke dalam rumah. Dia terlihat seorang lelaki sedang memeluk emaknya.
“hei…kau siapa?” jerkahnya, lelaki itu memandangnya.
“Along!” Saifullah terkesima, langkahnya terhenti, ditatap lama wajah lelaki itu lalu menghampirinya.
“Lah!” satu nama terpacu dibibirnya lalu memeluk erat lelaki itu. Mereka saling berpelukan, masing-masing menitis air mata, dua tahun mereka tidak berjumpa. Saifullah melepaskan pelukannya sambil menilik perubahan adiknya itu.
“kau dah banyak berubah” ujar Saifullah
“berubah kerana Allah long…Lah nak selesaikan masalah kita ni” jelas Hasbullah.
“selesaikan masalah kita?” tanya Saifullah
“macam mana?” sambungnya lagi
“esok malam…Haji Zainal bersama dengan anak muridnya akan datang ke banglo kita…mereka ada caranya” jelas Hasbullah
“siapa Haji Zainal tu?” tanya Saifullah ingin tahu.
“Haji Zainal tu seorang ustaz, dia yang menyelamat Lah dua tahun lalu, dia terjumpa Lah pengsan di dalam hutan, dia yang bawa Lah ke tempat dia mengajar…di situlah tempat Lah selama ini…di sana Lah diajar ilmu agama dengan lebih mendalam” Hasbullah mula bercerita, Saifullah hanya terdiam mendengar. Perubahan adiknya sedikit mengejutnya, namun dia sangat gembira dapat berjumpa kembali dengan adiknya.

“tok…kenapa tak jadi lagi tok” tanya lelaki itu, nadanya sangat risau.
“aku dah buat macam-macam…tapi semangat dia kuat sangat…tapi sekarang aku ada masalah besar” satu suara garau menjawap.
“masalah apa tok?” tanya lelaki itu ingin tahu
“anak dia sudah kembali…lebih kuat daripada dulu…susah nak tewaskan dia…tapi takpe…malam esok aku akan hantar lebih kuat dari dulu” terdengar suara ketawa, suara lelaki yang garau itu mengambil sebilah keris usang lalu membelah sebiji limau ditangannya sambil mulut terkumat-kamit membaca jampi serapah. Dia tersenyum sambil menatap garang pada satu lembaga di depannya.
“aku ada tugas untuk kau wahai jin seraja jin…berkidmatlah denganku selagi aku bergelar tuanmu, jangan sesekali kau mungkiri arahanku kelak padah menantimu…aku tahu asal usul mu…maka berdampinglah denganku…habuan nyawa manusia menantimu” lalu dihembus ke arah lembaga itu. Sekelip mata lembaga tersebut hilang dari pandangan.

Tangan dihulurkan untuk berjabat tangan, Hasbullah mempersilakan Haji Zainal bersama dengan anak murid masuk ke dalam banglo itu. Semua orang masuk ke dalam banglo itu kecuali Haji Zainal bersama seorang lelaki di sebelahnya.
“Osman…awak pergi mengetuai bacaan tahlil…saya ada hal sebentar…buat seperti di ajar” arah Haji Zainal tenang, lelaki yang bernama Osman itu tersenyum sambil mengangguk.
“Hasbullah…ikut saya sebentar” sambungnya lagi.
“ada pe Haji?” tanya Hasbullah.
“boleh bawa saya pusing-pusing keliling banglo ini?” tanya Haji Zainal.
“boleh Haji…silakan” Haji Zainal hanya mengekori Hasbullah dari belakang. Haji Zainal memandang di sekeliling, mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.
“berhenti sekejap Hasbullah” langkah Hasbullah terhenti, dia melihat Haji Zainal membongkok, sambil tangannya menyentuh tanah.
“bagi saya cangkul” arah Haji Zainal, Hasbullah memberi cangkul kepada Haji Zainal, kebetulan ada cangkul tidak jauh dari mereka berada. Haji Zainal menyambut cangkul itu lalu menggali, mulutnya masih membaca ayat suci Al-Quran. Lebih kurang lima minit galian itu, mereka menemui satu botol berwarna hitam sebesar ibu jari, bila di keluarkan baunya sangat busuk.
“inilah rumah iblis itu” kata Haji Zainal, dia mengeluar sehelai kain kuning lalu membungkus botol itu. Hasbullah hanya melihat perbuatan Haji Zainal, mereka masuk semula ke dalam banglo itu. botol itu di letakkan di dalam beg yang dibawa oleh Haji Zainal. Di dalam banglo riuh dengan suara selawat dan bacaan Al-Quran, mereka menanti waktu mahgrib, segalanya akan dibuat lepas mahgrib.

Asmalillah berlari ke muka pintu, dia dipintas laju oleh Hasbullah lalu memeluk erat Asmalillah, namun dia tidak berjaya, tenaga luar biasa membuat dia tercampak ke dinding, dengan menyebut Allah, dia memegang kaki Asmalillah sambil dibantu Saifullah.
“lepaskan aku” jerit Asmalillah, tapi suaranya sangat berbeza, ia seperti suara lelaki yang garau.
“aku akan hancurkan keluarga ini” jerit Asmalillah kuat, Hasbullah sudah kehabisan tenaga melawan kekuatan Asmalillah, Saifullah kelihatan keletihan namun dia tetap berusaha memegang adiknya itu. Suasana menjadi kelam kabut apabila banglo itu menjadi gelap, namun Haji Zainal masih meneruskan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bersama dengan anak muridnya yang lain. Hasbullah dan Saifullah mengangkat Asmalillah pergi di tengah jemaah yang lain. Tiba-tiba Asmalillah menggelepar dengan lebih kuat hingga tidak terdaya di pegang dua beradik itu, jeritan suara aneh itu sungguh kuat menggegar di dalam banglo itu. Haji Zainal menghampiri mereka lalu melekat tangan di dahi Asmalillah dengan berlapikkan secebis kain kuning yang menjadi alas tangannya.
“ah…sakit…lepaskan aku” suara aneh yang keluar dari mulut Asmalillah itu menjerit kesakitan.
“kalau kau tidak mahu sakit keluarlah dari tubuh anak Adam ini” arah Haji Zainal, Hasbullah dan Saifullah masih memegang kuat Asmalillah dimana Hasbullah memegang bahagian kaki, Saifullah pegang tangan. Dari jauh, Hajah Salmah hanya memandang dalam tangisan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
“aku akan keluar” Asmalillah merayu
“sebelum kau keluar, aku ingin tahu dari mana asal mu dan apa mahu mu” Haji Zainal memandang garang.
“aku jin seraja jin datang ke mari untuk menghalau penghuni banglo ini atas arahan tuan ku”
“dengan nama Allah, kau akan ku keluarkan dari badan anak Adam ini jika kau ikut apa yang aku lafazkan” ujar Haji Zainal
“aku akan ikut”
“Ashhadu alla ila haillallah wa ashhadu anna muhammadar rasulullah, sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah” ucap Haji Zainal sambil di ikuti Asmalillah dengan perlahan, suasana kembali tenang, Asmalillah diam kaku, badannya langsung tidak bergerak, Hasbullah dan Saifullah melepaskan Asmalillah. Haji Zainal mengambil semangkuk air lalu merenjis ke muka Asmalillah dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Asmalillah mula menggerakkan bibirnya.
“Alhamdulillah…semua sudah selamat” ujar Haji Zainal, dia menadah tangan, di ikut semua orang lalu berdoa. Hajah Salmah menuju ke Asmalillah lalu memeluk erat, Hasbullah dan Saifullah hanya memandang pilu. Mereka bersyukur, segalanya sudah selesai.

“ah…panas” lelaki itu tiba-tiba menjerit, mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
“abang…kenapa ni bang” isterinya panik. Tiba-tiba satu lembaga muncul di sebelah lelaki itu, Isterinya terus pitam sebaik sahaja melihat lembaga tersebut terus mencekik lelaki itu lalu berkata.
“PERJANJIAN SUDAH SELESAI DAN KAU AKAN MENJADI KORBANNYA” lelaki cuba melawan, menolak lembaga itu sekuat hati, akhirnya dia dapat memboloskan diri lalu berlari keluar dalam ketakutan. Dia cuba melarikan, menuruni tangga, namun segalanya sudah ditakdirkan, lelaki itu tersandung lalu jatuh tergolek ditangga. Akhirnya lelaki itu mati setelah kepalanya terhantuk pada bucu tangga.

“apa?…Innalillahi wainna ilaihi raji’un” ucap Saifullah, wajahnya berubah, sedih.
“kenapa Long…siapa telefon?” tanya Hajah Salmah ingin tahu.
“mak Teh telefon…pak Teh meninggal dunia semalam jatuh tangga”
“Innalillah wainna ilaihi raji’un” ucap Hajah Salmah dan Hasbullah serentak.
“mak Teh juga beritahu… apa yang telah terjadi dalam keluarga kita adalah disebabkan Pak Teh…dia yang mengupah bomoh untuk hancurkan keluarga kita mak” jelas Saifullah.
“apa?” Hajah Salmah terkejut, dia mengurut dada, tidak percaya apa yang baru didengarinya. Dia tidak menyangka adik iparnya itu sanggup melakukan semua itu.
“kenapa pak Teh buat semua tu?” tanya Hasbullah hairan, dia juga terkejut.
“semuanya sebab harta…dia nak sangat banglo putih ni” jelas Saifullah.
“dulu dia ada minta dengan mak…nak beli banglo ni lepas ayah meninggal…dia nak beli dengan harga seratus ribu ringgit…mak taknak, sebab dulu ayah pernah berpesan pada mak…suruh jaga banglo ni” air mata Hajah Salmah mula menitis, Hasbullah hanya mendengar.
“along tahu mak…along pun tak setuju…sebab harga sebenar banglo ini lebih lima juta…sebab itu dia nak beli murah dengan kita supaya dapat menjual dengan lebih mahal” ujar Saifullah.
“dah lah tu…tak guna kita fikir pasal ni lagi…kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah…doakan Allah mengampuni dosanya” ujar Hasbullah yang hanya berdiam dari tadi.

Mereka kini hidup gembira di dalam banglo putih itu. Kekayaan boleh berbuat seseorang itu lupa akan dosa pahala. Sanggup membuat apa sahaja asal dapat apa yang dihajati, sehingga sanggup mensyirikkan Allah.

….tamat….


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Cerpen : Banglo putih”
  1. HOHO says:

    ngeee~~~

  2. triple~N says:

    phewiittt!!! caya lah qeba~~
    tros kan k…
    leh wat lebey baek dr neh..
    gudjob bro!! ^,^

  3. mek anis says:

    baa>> i like.. teros kan…hihi ;-)

  4. epy.elina says:

    best la crta ni…
    thniuah pnulis….

  5. kay says:

    brdiri bulu roma i..huhu
    gud2… :mrgreen:

  6. Idha Chunhyang says:

    best… :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"