Cerpen : Cemburu

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

3,198 bacaan 18 ulasan

Oleh : Nur Afifah Mohd Yusof

Hari ini sudah genap 2 bulan Hakimi berkenalan dengan Alisa.Sepanjang perkenalan,Hakimi merasakan Alisa seorang yang lemah lembut dan memahami.Dia senang dapat berkenalan dengan gadis dari Kuala Lumpur itu.Teringat kali pertama berjumpa di sebuah kedai makan.Ketika itu dia sedang makan tengahari seorang diri.Keadaan yang penuh hari itu menyebabkan ramai pelanggan tidak mendapat tempat duduk.
“Boleh saya duduk sini?”tanya satu suara.Hakimi yang sedang enak menjamu selera terhenti dan memandang gadis yang bertanya.Dia sekadar mengangguk sahaja.Mereka tidak bertegur sapa langsung.
“Ramai orang hari ni kan?”suara gadis itu memecahkan kesunyian selepas siap makan.Hakimi dengan anggukannya saja.Bukan sombong tapi memang kelakuannya begitu kalau berhadapan dengan perempuan yang tidak dikenali.
“Saya Alisa.Awak?”gadis itu masih cuba berbual dengannya.Rasa bersalah pula kalau tak jawab!
“Hakimi.”
“Saya selalu nampak awak lunch dekat sini.Pejabat saya kat depan tu je.Pejabat awak dekat mana?Area sini juga ke?”gadis itu bertanya lagi.
“Aah..awak tahu Firma Guaman Rasyid Akbar?Saya kerja kat situlah.”ujar Hakimi lebih selesa.Gadis ini nampak peramah dan tak salah kalau sekadar berbual kosong.
“Ooo…peguamlah ni ye.”gadis itu tersenyum.

Dari pada itu mereka sering berjumpa pada waktu lunch dan kadang-kadang ketika free keluar bersama.Bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.Cewah!

“Hello,Hakimi.”
“Hmm…ada apa?”Hakimi menjawab panggilan rakan sekerjanya Shah.
“Petang ni ada appoinment dengan client.Kau jangan lupa pula.”
Hakimi menggaru kepala.
“Ada ke?Aku tak ingatlah.”
“Ada.Kau jangan tak pergi pula.Mengamuk datuk kalau client tu compelint nanti.”
“Err…aku ada date dengan Alisalah.Dah berapa hari dia ajak aku keluar teman dia.”
“No excuses!Kau cakaplah elok-elok dengan dia.Bukannya kau nak pergi cari awek lain.”sempat lagi Shah bergurau.Terkekeh-kekeh dia ketawa.
“Okeylah.Kau pergi sekali kan?Kita naik satu kereta jelah ye.”cadang Hakimi.
“No problem.Kalau kau tak cakap tadi aku yang akan cakapkan.Kereta kaulah.Hari ni wife aku guna kereta.”
“Patutlah.Aku nak call Alisa ni.”
“Pujuklah awek kau tu.”

Selepas talian dimatikan,Hakimi menghubungi Alisa pula bagi membatalkan temujanji mereka pada petang ini.
“Sorry,saya tak dapat teman awak petang ni.”
“Kenapa?Awak nak pergi mana?”
“Saya ada appoinment dengan klien petang ni.”perlahan dia menjawab.
“Kenapa tak cancelkan je?Awak dah janji dengan saya dulu nak temankan saya keluar.”nada suara gadis itu sudah sedikit membentak.
“Sebenarnya appoinment tu dah dibuat lama.Saya yang terlupa.Sorry ye.Awak ajaklah sape-sape temankan.”
“Huh!Entah-entah bukan nak jumpa klien.Awak saje je bagi alasan kan?”tuduh Alisa.
“Apa pula.Betul,saya nak jumpa klien.Takkan saya nak tipu awak.”sedikit marah suara lelaki itu.Ada pula main tuduh – tuduh.
“Yang awak nak marah kenapa pula?Orang kalau buat salah ni yang akan marah-marah.Awak ada sorok apa-apa dari saya ke?”
“Ya Allah!Apa lagi ni.Tak ada benda yang nak saya sorokkan dari awak.Dahlah,saya nak sambung buat kerja ni.Saya minta maaf sebab tak dapat teman awak petang ni.Assalamualaikum.”
Hakimi terus mematikan panggilan.Sakit juga hati ni kena tuduh dengan awek macam tu.

“Hakimi!”jerit Alisa sambil membaling handsetnya ke atas tilam.Marah betul dengan perbuatan lelaki itu.
“Kenapa ni?”tanya rakan serumahnya yang terdengar jeritan Alisa.
“Bengang betul aku dengan Hakimi ni.”luah Alisa.
“Dia buat apa?”
“Dia tak jadi teman aku petang ni.Katanya ada appoinment dengan klien.”
“Lah,itu pun marah.”
“Memanglah.Dia dah janji.Alih-alih tak jadi.Dia kata appoinment dengan klien tu dah buat lama tapi dia tak ingat.Aku rasa dia saja bagi alasan tu.Macam mana boleh kebetulan dengan hari kami nak keluar ni.”
“Tak baik kau tuduh dia macam tu.Dah kerja dia.”
“Memang aku rasa dia ada sorokkan something.Entah-entah dia ada perempuan lain.”teka Alisa bersungguh-sungguh.
“Takkanlah.Dia nampak jujur dengan kau.”
“Bukan kita tahu hati dia.Kalau aku jumpa dia dengan perempuan lain,siap!”
Rakannya menggeleng-geleng.Alisa!Alisa!

Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal.Kertas kerja di atas meja penuh berselerak tapi bukan itu yang merunsingkannya.Tetapi Alisa!Gadis yang dirasakan begitu memahami dahulu sekarang begitu menyesakkan rongga pernafasannya.Boleh dikatakan setiap masa ada sahaja panggilan daripada gadis itu bertanyakan dia berada di mana dan dengan siapa.Siap kena buktikan betul ke dia ada di tempat yang dimaksudkan.Baru mahu menyambung kerja yang terbantut,telefonnya berbunyi.Dengan malas Hakimi menjawab.
“Nak apa lagi?”
“Awak dekat mana?”
“Ya Allah!Baru sepuluh minit lepas awak call tanya saya di mana.Dekat pejabatlah mana lagi.”rasa marah sudah mahu meletus.
“Jangan cuba nak tipu saya.Kalau saya tahu awak menipu,saya datang office awak.Bukannya jauh sangat.”
“Please Alisa!Jangan asyik nak call saya setiap masa.Banyak lagi kerja yang saya kena fikirkan daripada fikir pasal panggilan awak yang tak henti-henti tu.”marah Hakimi.
“Oohh….betullah kan yang awak dah ada perempuan lain.Sebab tu tak suka saya asyik call.Siap marah-marah lagi.Siapa perempuan tu?Cantik sangat ke?”
“Itulah modal awak!Kalau saya marah sikit mulalah kata saya ada perempuan lain.Cuba awak tengok perbuatan awak tu.Itu yang buatkan saya marah.Tolonglah jangan buat perangai macam budak-budak.Jangan asyik nak menuduh saya.”
“Tak apa taknak beritahu.Saya buat semua ni sebab saya sayang awak tahu.Saya taknak kehilangan awak.Saya cemburu tengok awak keluar dengan klien-klien perempuan awak.”Alisa sudah teresak-esak.
“Saya tahu.Tapi,cubalah berpada-pada sikit.Cemburu awak tu tak berasas langsung.Tolong,lepas ni jangan buat macam ni lagi.Awak tak percayakan saya ke?”
“Tak!Hati lelaki mana saya tahu.Mulut cakap lain hati cakap lain.Saya akan tetap call dan awasi pergerakan awak.”panggilan terus dimatikan gadis itu.Hakimi termangu.Bingung!

Kelakuan Alisa makin hari makin merimaskan.Dia bertekad memutuskan hubungan dengan gadis itu selepas kejadian di pasaraya semalam.
“Abang,Jira nak makan ais-krim tu.”ujar Hajira sambil menunjukkan ais-krim pudina.
“Dah besar-besar pun nak makan ais-krim lagi.Tak malu!”saje Hakimi menarik hidung adik perempuannya.
“Suka hatilah.Kalau tak beli,Jira beritahu mama.”ugut gadis yang berusia 20 tahun itu.
“Yalah.Mengada-ngada betul Jira ni.”Hakimi pergi membeli ais-krim yang dimaksudkan.
Hajira menjilat ais-krim sambil berjalan seiring dengan abangnya untuk ke tempat parking.Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipinya.Habis ais-krim yang masih banyak jatuh di atas lantai.Hakimi yang baru ingin membuka kereta tersentap.
“Apa ni?”marah Hajira.Tidak pasal-pasal pipinya ditampar perempuan di depannya.
“Kau yang apahal?Dahlah rampas pakwe orang.Patutlah awak dah tak jawab call saya.Rupanya dah ada girlfriend baru.”Alisa sudah menjerit.Nasib baik tempat parking bawah tanah itu tidak ada orang.
“Kenapa awak tampar dia?”Hakimi pula bengang.Alisa sudah benar-benar melampau.Ahli keluarganya tidak pernah menampar adik bongsunya itu.Pipi Hajira yang merah dipegang.Lagi mengamuklah Alisa dengan perbuatan Hakimi.
“Hei pompuan!Kau jangan ingat boleh rampas Hakimi.”
“Apa ni Alisa!Ni adik sayalah.Boleh tak awak jangan nak buat malu dekat sini.”
“Jangan nak tipu.Adiklah,makciklah,emaklah.Kenapa tak cakap nenek sekali.”sindir Alisa.
“She’s my sister.Hajira.Yang saya pernah cerita ari tu.Dia adik bongsu saya.”Hakimi cuba berlembut.Dilihat Hajira hanya bersabar dengan perangai teman wanitanya itu.
“Inilah teman wanita abang ye.Kalau beginilah perangainya,papa dan mama takkan setuju.”Hajira bersuara sambil memegang pipinya.Nasib baik tak berapa sakit.
“Kenapa ni Kimi,Jira?”tiba-tiba satu suara bertanya.Kelihatan papa dan mamanya sudah berada di situ.Di tangan mereka ada beberapa beg kertas.Hakimi dan Hajira saja meninggalkan papa dan mamanya berduaan tadi.
“Eh!Alisa pun ada kat sini?”mama Hakimi kehairanan.Dilihat Hajira sedang memegang pipi.
“Kenapa dengan pipi tu Jira?”
“Auntie kenal ke dengan perempuan ni?”Alisa pantas bertanya.Dia memang sudah kenal dengan ibu bapa Hakimi.
“Takkanlah tak kenal.Ni kan Hajira anak auntie.Adik bongsu Hakimi.Dia tak beritahu ke?”
Pucat lesi wajah Alisa.Dipandang muka Hakimi dan Hajira.
“Saya minta maaf Hakimi.Maafkan kakak Jira.”
“Hmm…lain kali jangan sesuka hati nak tampar muka orang.”Hajira bersuara sedikit tegas.Terkulat-kulat muka Alisa.
“Alisa,saya nak putus!”Hakimi bersuara yakin.Dia yakin keputusannya ini tepat.Dia takkan bahagia dengan perempuan yang tidak mempercayainya.
“Maafkan saya Hakimi.”
“Saya dah maafkan awak tapi saya tetap dengan keputusan saya.Awak tak pernah percaya dengan apa yang saya buat.Saya inginkan Alisa yang mula-mula saya kenal dahulu.Tetapi Alisa sekarang dah berubah sebab sifat cemburu yang melampau.Papa,mama jom kita balik.”
Hakimi terus melangkah.Papa dan mamanya yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya mengikut.
“Nanti Kimi cerita.”ujarnya seakan memahami apa yang difikirkan ibu bapanya.
Alisa menangis melihat kereta yang dipandu Hakimi meluncur pergi.Dirasakan begitu menyesal kerana terlalu mengikut kata hati.’Hakimi,maafkan saya.’detik hatinya.

Hakimi dikejutkan dengan sentuhan lembut di bahunya.Kelihatan isterinya,Alia sedang tersenyum manis.Kenangan 2 tahun lalu masih segar di ingatan.
“Abang fikirkan apa?”
“Tak ada apa-apa.Haidar mana?”tanya Hakimi bila tidak terdengar suara si kecil.
“Tidur,Dia penat seharian main hari ni.Abang nak minum ke?Alia buatkan.”
“Tak naklah.Abang pun dah mengantuk ni.Jomlah,kita naik tidur.”
Tangan isterinya digenggam kemas.Mereka beriringan masuk ke kamar.Alhamdullilah,akhirnya jodohnya dengan gadis pilihan mama dan papa.Kahwin dulu baru bercinta.Alisa!entahlah dia dekat mana.

Tamat


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Cerpen : Cemburu”
  1. kiki says:

    kalo dah dasar bodoh tuh, bodoh la jugak…

  2. rissa says:

    hahaha..akhirnya ada jgk org bt crita cmni..mmg kenyataan ada sesetgh pompuan cemburu tahap melampau..hehe..best2.truskn berkarya..

  3. ehehhe.
    wawa pn kuat cmburu gak p xde aa smpai tmpar2 anak owg..ahahhaha.

    usha2 lar novel tiga hati, satu bidadari ea.
    karya wawa. drop ur comment t0o..thnxie!

  4. hafzan sarah says:

    not bad.. :grin:

  5. kay says:

    susahnye kalo pmpn kuat cmburu ni kn..
    nsb bek aku xcm 2…syukur alhamdulillah..

  6. HOHO says:

    over ah minah sgal nih..smpai mati pon bleh jd andartu klu wat prgai bodoh gitu….kesian…

  7. epy.elina says:

    :razz: :razz: :razz:

  8. lu pikir la sendiri says:

    kuang ajr punyer pompuan :x :twisted: :evil:
    aq pown x lah smpi mcm tuh…mengada2..
    anyway..best larr cerpen neyh ;-) :razz: :mrgreen: :lol: :o :grin:

  9. yanty says:

    cemburu tahap gaban…nasib ler sapa kawen ngan dia…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"