
Cerpen : Cinta Bikin Keliru!
Oleh : Syamnuriezmil
“Even the richest king can’t compare to the greatest treasure I have, He may own things that I can only dream of. But he doesn’t know what I’ve got…someone like YOU – Hakeem -”
Aduh… aku menutup kad kecil yang dihantar kepada aku dengan bunga sekali. Hari ini hari apa ya? Valentine’s day ke? Setahu aku, tak pernah aku dan Hakeem sambut valentine’s day! Lagipun, aku dengan dia… teman tapi mesra sajakan! Apa yang hendak disambutnya?
“Siapa hantar bunga ni, Qis?” Tanya kawan sepejabat aku, Anim.
“Hakeem.” jawab aku ringkas. Aku malas nak cerita panjang-panjang, nanti gosip satu pejabat! Sudahlah girlfriend si Hakeem satu department dengan aku! Kang… cerita lebih-lebih pula, aku dengan Naurah jadi gaduh pula! Bukan tak tahu perangai wanita yang dipanggil Aura itu! Sama macam nama dia, aura angin taufan yang datang!
“Hakeem ni mana satu dia nak? Kejap si Aura, kejap dengan kau!” marah Anim tiba-tiba.
“Hush… jangan kuat sangat Nim, nanti satu pejabat dengar! Aku pun tak tahu sebab musabab dia bagi bunga ni. Macam tak logik akal lah mamat ni, takpa aku interkom dia.”
Anim mengangguk-angguk tanda setuju. Dia pun sibuk nak tahu. Aku juga mahu tahu! Aku mengangkat ganggang telefon dan mendail extension Hakeem. Hakeem di tingkat atas, jabatan lain.
“Hello, Hakeem’s extension.”
“Hakeem, aku ni.”
“Eh, kau dah dapat bunga aku bagi tu ke?”
“Pasal bunga lah aku nak tanya kau ni. Ni bunga apa? Any occasion yang aku tak tahu ke?” tanya aku.
“Kau ni kalut betul lah. Kan hari itu kau tolong aku pujuk Aura. Bunga tu ucapan terima kasih aku pada kaulah.” ujar Hakeem. Aku dapat bayangkan dia tersenyum manis. Aduh… tak dapat tengok, bayang pun jadilah! Sudahlah Balqis, dia milik orang kan…
“Lain kali ucap terima kasih saja sudah memadai. Tak perlu bunga-bunga ni, kalau orang lain tahu, especially si Aura, tak ke mati aku! Kau nak pisang berbuah 18 kali ke?” ujar aku.
Hakeem tergelak. “Tidaklah macam tu. Kau tolong aku banyak dah! Sekali sekala saja. Dengan Aura pun aku tak pernah hantar bunga tau, untuk kau saja! Kau kena appreciatelah.”
Aku tersengih. Betapa pentingnya kewujudan aku pada Hakeem. Haii… hatiku, janganlah cepat dibuai perasaan!
“Okaylah! Aku ada kerja sikit ni. Anyway, thanks ya.”
“Okay, no problem.”
Aku meletakkan telefon aku. Anim yang sedang menunggu bicara aku, tak sabar!
“Bunga ucapan terima kasih sebab tolong pujuk Aura tempoh hari. Aku ingat apalah!” ujar aku.
Anim mencebik. “Apa dia ingat kau ni babu dia ke Qis? Asal gaduh kau yang tolong pujuk! Sepatutnya dia kena realize tempat Aura tu bukan untuk Aura, tapi untuk kau! Aku peliklah, kau tu dah lama kawan rapat dengan dia, dekat 5 tahun beb! Tapi dia tak pandang sebelah mata pun pada kau. Kau pun satu, layan juga!”
Aku tersenyum mendengar bebelan kawan baik aku, Anim. Pada dialah aku bercerita tentang betapa pendamnya perasaan aku pada Hakeem. Tapi aku tak ambil pot lah! Itu cinta Hakeem pada Aura, bukan pada aku. Sepatutnya aku buat tak kisah pun! “Hemmm… cinta itu mengelirukan!”
Anim mengelengkan kepala. “Bukan keliru, tapi buta! Tak pandai menilai mana satu permata, mana satu yang kaca!” Anim marah sekali. Hish… macam dia pula yang berada di tempat aku. Relekslah… apa guna jadi kawan kalau tak dapat membantu?
******
Sudah pukul 5.30 petang, aku mahu beransur balik. Sedang aku hendak melintas jalan, tiba-tiba aku tak perasan, satu kereta melintas laju. Mahu aku terjatuh, mahu barang-barang aku tercampak di atas jalan raya, nasib baik ada satu tangan menarik aku daripada semua yang aku fikirkan itu berlaku. Huh… semangat! Bangang betul, bawa kereta macam jalan raya ni dia seorang saja bayar cukai! Marah aku dalam hati. Debar di dada pun belum hilang.
“Cik okay ke?”
Aku memandang ke arah lelaki yang telah menyelamatkan aku.
“Eh okay. Terima kasih, encik…”
“Faris. Betul ni okay?”
“Okay, okay. Saya tak jatuh pun, cuma terkejut saja.” Huh… lari semangat aku beb! Kalau aku jumpa kereta tu, aku calar depan belakang!
“Kadang-kadang boleh kena heart attack tau!” ujar Faris tersenyum. Aku pun turut tersenyum. Putih bersih wajah mamat ni, aku tak pernah nampak pun dia ni sebelum ni! Kerja mana ek?
“Qis, kau okay ke?” jerit Hakeem. Aku menoleh ke arah suara itu. Hakeem berlari anak mendapatkan aku, di sebelahnya Aura, tersenyum melihat aku.
“Eh okay! Aku tak sempat jatuh pun… encik ini sempat tarik tangan aku tadi.” Aku menoleh kembali ke arah lelaki yang bernama Faris tadi, dia tak ada dah. Aik.. pi mana?
“Hemm… she is fine! Tak ada luka pun.” ujar Naurah.
“Aah… tak ada luka pun.” Ujar aku.
Hakeem mengerut dahi. “Betul ka?” Dia nampak betul-betul risau. “Tadi kereta tu laju betul!” ujarnya lagi seperti tidak puas hati.
“Tak, aku okay.”
“Okaylah, shall we go now dear?” ajak Naurah. Meluat pula aku tengok minah ni! Apa tangkal lah dia pakai sampai semua mamat dekat pejabat ni minat dekat dia. Nak kata cantik, tak nampak pun macam Gisele! Rambut berkarat adalah mirip sikit-sikit.
Hakeem mengangguk-angguk.
******
Hari minggu selalunya aku akan keluar dengan Hakeem, itupun kalau Hakeem ada nak beli hadiah untuk Naurah. Paling tidak, meneman Hakeem membeli-belah atau makan-makan. Yang aku peliknya, setiap hari ahad, jarang sekali Hakeem keluar dengan Naurah. Kata Hakeem, Naurah selalu balik ke kampung di Sabak Bernam. Hari Ahad baru nak balik? Awat tak balik hari Jumaat atau Sabtu terus? Aku pun tak ambil kisah sangat, hal orang kan! Aku jaga hal aku sudah…
Hari ini pula, hari minggu untuk diri aku seorang! Saja aku nak menikmati kebebasan diri sendiri, selalu dengan Hakeem, tak Hakeem, Anim pulak! Hari ini aku hendak berseorangan, rasa hendak ke kedai buku. Hemmm… aku hendak membeli novel Trilogi Twilight Saga! Sekarang ini murah sikit nak beli, kalau dulu tengah duk meletup, stok pun sampai tak ada, harga melambung tinggi! Bukan tak mampu, cuma sayang ke duit, baik waktu itu aku borong novel melayu berlambak-lambak.
Hemmm… sedapnya bau buku, bisik hati aku bila aku masuk ke dalam kedai buku Popular, yang baru diubahsuai. Nampak lagi menarik, nampak macam MPH pula aku tengok! Nampak sangat lama tak pergi kedai buku! Aku mengelengkan kepala aku… macam-macam hal!
Sedang aku mengambil sebuah buku novel di hadapan aku, terjatuh pula buku di sebelahnya. Segera aku menunduk ke bawah untuk mengambilnya, bila aku bangun, “Aduh!” aku sedikit terjerit bila kepala aku terhantuk kepada sesuatu. Aku dengar, orang itu juga mengaduh sakit. Aku bangun cepat-cepat sambil mengosok kepala aku yang sakit, aku terhantuk dengan kepala siapa tadi? Buat malu saja!
“Encik? Sorrylah encik… saya tak perasan!”
“Takpe takpe… saya pun ada silap juga. Eh… cik ni!” Dia memandang aku, terkejut.
“Eh… Encik Faris kan!” Aku memandang dia, terkejut.
Kami berdua tergelak memandang satu sama lain. Dunia ni kecil betul, asal ada kemalangan saja mesti terjumpa muka yang sama! Macam chemistry lah pulak…
“Jumpa pula kita dekat sini!” ujar aku sambil memegang kepala aku. Nasib tak benjol! Tudung pun dah tersenget-senget.
“Dah dua kali jumpa, nama pun saya tak tahu lagi.”
“Oh, saya Balqis, panggil Qis cukup.” Aku menghulurkan kad nama aku kepadanya.
“Balqis Humaira Hussein. Cantik nama, cantik orangnya!” Faris membaca kad nama aku dan disematkan di dalam poket bajunya.
Aku ketawa. “Mana adalah Encik Faris. Hari tu mana pergi? Saya belum sempat nak ucap terima kasih betul-betul!” ujar aku. Aku teringat-ingat hari itu, dia tiba-tiba hilang. Kalau tidak kerana Faris, aku dah gone kut!
“Oh! Saya nak cepat hari itu. Maaf ya, terburu-buru sampai tak sempat nak beritahu. Saya ralat juga, sudahlah tak tahu nama, muka Qis ni asyik saya teringat-ingat. Anyway Qis, saya masih membuka peluang untuk Qis mengucapkan terima kasih. Peluang tu tak pernah saya tutup lagi.” Ujar Faris sambil tersenyum.
Aku ketawa. Pandai betul mamat ni berkata-kata! “Terima…”
“Opps… kalau sekadar hendak berkata terima kasih saja, peluang itu saya tutup sekarang. Tapi kalau Qis nak berterima kasih macam open table lunch ini ke, peluang itu saya buka sampai bila-bila.” Faris tersengih.
“Ooo… pandai ya Encik Faris!” ujar aku. “Kejap, biar saya tengok buku-buku ni dulu.”
“Silakan Ratu Balqis, saya memang ada banyak masa hari ini!”
Aku tersengih. Macam-macam hal!
******
Akhirnya, waktu makan tengah hari pada hari itu, bukan aku yang belanja tetapi Faris yang belanja aku. Dia kata, kalau dia kata dia akan belanja at the first place, mungkin aku tak mahu makan bersama dengannya! Pandai betul Faris ni, macam-macam tahu-tahu saja, aku tak akan terima perlawaan tidak sembarangan. Nasib dia sebab dia menyelamatkan aku, kalau tidak, tak dapatlah! Biarlah orang kata aku sombong, memang itu sikap Ratu Balqis.
Pertemuan aku dengan Faris tengah hari itu bukanlah berakhir di situ. Boleh dikatakan hampir seminggu aku berjumpa dengan dia. Kalau dia tidak sibuk di mahkamah, maklumlah dia seorang peguam dan tidak ada client, dia akan lunch atau dinner bersama aku. Kadang-kadang breakfast pun boleh bersama.
Anim tersenyum melihat aku tiba-tiba. “Sejak dua tiga menjak ni, aku tengok kau ceria semacam sahaja. Dengan Faris okay ke?”
“Kau ni… aku dengan dia kawan sahajalah!” Aku sedang berseronok berkawan dengan dia. No string attach!
“Jangan kau kata kau masih simpan lagi perasaan kau dengan Hakeem, Qis. Fall in love with the person who deserves your heart. Not the one who plays with it!” ujar Anim tegas. Kadang-kadang aku agak rasa takut juga dengan si Anim ni. Dia kalau dapat berlawan, huish… memang kalau time dia buat collection, orang yang dia call tu mesti menangis punya sebelum bayar! Dia titik dulu, dia tarbiyah dulu, muhasabah sampailah orang tu nak bayar.
Hakeem datang ke partition aku, masam. Hari ini Naurah ambil MC aku rasa, tak tahulah sebabnya kenapa. Muka masam ni kenapa pulak? Marah aku ke marah Naurah? Kalau marah Naurah, kenapa jumpa aku pulak?
Lama juga aku tak jumpa Hakeem, dekat 2 minggu jugalah. Bukan setakat jarang jumpa, call ke mesej ke pun tidak aku jawab. Bukan aku tak mahu jawab, aku nak dia tahu, aku bukan selalu ada untuk dia! Dia ada girlfriend, so biar semua dengan girlfriendlah. Bukan dengan aku, aku kawan saja, aku bukan ada apa-apa.
“We need to talk.”
Aku mengerut dahi. Anim yang berdiri di sebelah aku tadi, beredar. Muka Hakeem serius sangat, menyebabkan aku jadi takut.
“Talk about what?” tanya aku.
“Talk about what is going on between us!”
“Nothing is going on between us.” Ujar aku.
“If nothing, why you seem running away from me? Nak ajak jumpa sekarang, payah, call dan mesej tak berjawab. What is wrong then?” marah Hakeem. Aku menolaknya ke pantry. Nasib baik tempat pantry agak dekat dengan aku. Dekat tempat aku tu, ramai yang memandang! Semua orang tahu Hakeem dengan Naurah, tapi aku yang bergaduh dengan Hakeem. Tak pasal gosip pulak!
“Kau ni dah kenapa? Terjerit-jerit dekat tempat aku macam tu. Nanti orang ingat kita ada krisis rumah tangga pulak!” Marah aku.
“Memang pun! Memang kita ada krisis rumah tangga!”
“Kalau kau marah sekalipun pada Naurah, cuba jangan lampiaskannya pada aku. Kau ingat aku ni siapa? Tunggul kayu? Boneka kau, boleh marah bila nak, boleh minta bila perlu? Hakeem, kau perlu ingat, aku ini kawan kau, bukan sesiapa istimewa bagi kau! Kau tak ada hak untuk marah aku.” Hah… tu dia! Aku dah marah kan… kau yang menjadi sebab aku marah. 5 tahun aku tak pernah marah, tapi kau provoke aku dulu, nasiblah.
“Aku tak tahu why am I so scared to lose you when you’re not even mine!”
Hakeem bingkas bangun, terus beredar dari situ dan kata-katanya itu, membuatkan aku tergamam.
******
Balik rumah, aku demam! Demam terkejut, kenapa Hakeem berbicara seperti itu? Di luar dugaan betul! Apa maksud dia hah? Aku demam dekat 2 hari jugaklah! Satu pejabat ingat kena taufan denggi, mana taknya, lepas Naurah mc, aku punya turn pulak yang mc.
“Besok aku masuk kerjalah! Kau jangan risaulah. Aku bukannya kena denggi!” ujar aku kepada Anim. Anim bersusah payah melawat aku, siap bawa sup ketam lagi. Ingatkan aku kena denggi. Kalau denggi sahlah aku masuk wad, ini demam biasa saja!
“Hakeem dah break dengan Naurah!”
“Hah??” Aku memandang Anim, pelik. Serius pelik!
“Jangan kau cakap kau adalah penyebabnya, aku tak mahu dengar.”
“Aku kan demam ni, bila masa pulak aku merosak kan rumah tangga dia orang tu!” Dalam hati, tuhan sajalah yang tahu! Kalau boleh hendak melompat sehingga ke awan! Bukan sebab bahagia atas perpisahan orang lain, bahagia sebab aku bebas! Tak perlu lagi menjadi tempat singgahan Hakeem meminta tolong untuk memujuk Naurah! Tak kuasa dah aku jadi pak pacak, sekarang yang penting diri aku. Iya ke Balqis?? Macam mana Hakeem? Dia mesti sedih dengan perpisahan itu, ini mesti Naurah buat hal! Geram betul aku dengan Naurah ni! Aikk… kau ni Qis, sekejap sangat berubahnya! Aku tersengih… Lupa Anim di situ memerhatikan aku.
“Jangan kau nak berangan kau boleh sambung cinta dengan Hakeem. Jangan kau lupa si Faris!”
Faris?! Aku menepuk dahiku. Sepatutnya aku return call dia semalam, tapi aku tak call dia balik. Aiseyman… gua lupa beb! “Nasib baik kau cakap Nim, aku tak call dia lagi. Dia mesti ingat aku kenapa-napa!” Terus aku mencapai telefon bimbit aku. Anim hanya mengelengkan kepala.
“Hello, assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam. Ratu Balqis! How are you? Saya dengar awak tak sihat?”
“Demam sikit 2 hari.”
“Sayang, awak kena makan ubat! Kena jagalah kesihatan. Siapa nak jaga saya, kalau awak sakit macam ni, em?”
“Saya dengar suara awak ni, serta merta saya jadi sihat.”
Aku dengar Faris gelak besar di hujung talian, seronok. Aku pun rasa seronok, kalau tak sihat selalu pun best, ada orang panggil sayang hari-hari! Beranganlah kau ni Balqis, sentiasa tak pijak di bumi yang nyata!
“Eh! I have to go now my dear, I’ll call you later! Hopefully you get well soon. Bye!”
Klik!
“So??” tanya Anim.
“So what? Aku kawan sajelah.” Memang aku berkawan saja dengan Faris. Tak ada lebih!Dia pun tak pernah minta lebih daripada kawan. Mungkin dia pun sudah berpunya, mana aku tahu, aku tak pernah tanya pun.
“Dia pun anggap kau kawan juga ke?”
“Who wants to know, emm?” aku mengangkat kening aku. Anim ni lah! Suka fikir outside of the box!
Anim mencebik.
Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Si Faris lagilah ni! Tanpa melihat nombor di skrin telefon bimbit itu, aku terus mengangkatnya.
“Faris! Kata later nak call…” ujar aku sambil mengelengkan kepala aku. Tadi saja baru call, takkan rindu dah kot? Angau lak mamat ni…
“Hakeem.”
Glup! Mamat yang aku mahu hindar selama ni, penyebab aku demam terkejut 2 hari, pengacau tidur aku, selalu masuk dalam mimpi aku, the one that I hate the most because he makes me love him! Tak suka…. benci gila!!! Kenapalah terangkat phone ni plak!
“Oh!” Itu saja yang terkeluar dari mulut aku.
“Sihat?” tanya dia.
Anim bertanya siapa, aku berbisik… Hakeem! Anim menyuruh aku meletakkan telefon, aku mengelengkan kepala, tak mahu! Orang penat-penat call, takkan nak suruh letak pulak. Anim memukul peha aku, marah! Aku bangun terus masuk ke dalam bilik, meninggalkan Anim, sengaja pendengki haram!
“Okay dah.” Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah.
“Masuk pejabat besok?” tanya Hakeem. Suaranya tidak ceria, dia seperti muram. Kenapa? Sebab putus cinta kah dengan Naurah?
“InsyaAllah.” Aduh! Kenapa macam ini pulak cara perbualannya? Tak mesra lagi, tak seronok lagi!
“Hakeem ambil Qis besok? Tak perlu bawa kereta. Pukul 7.30 pagi, okay?”
“Ish tak perlulah, aku jumpa kau dekat pejabat sahajalah!” Tak pernah Hakeem nak datang ambil aku! Aku pun ada kereta juga, nanti orang dekat pejabat kata apa pulak! Aku tak mahulah bersangkut dengan Hakeem. Naurah lagi! Mesti dia mengamuk sakan dengan aku. Belum pun hilang merah tanah kubur, dah dapat penganti lain pula. Tak mahu aku jadi penyebab!
“Hakeem ada benda nak cakap dengan Qis! Kalau macam tu, Qis dah rasa sihat, Hakeem datang malam ni.”
“Cakap besoklah.”
“Tak boleh!”
“Sama saja.” Ujar aku biasa-biasa. Ye lah, sama sajalah, jumpa hari ini jumpa besok?
“Kenapa? Faris? Sekarang Qis dengan Faris?” jerit Hakeem tiba-tiba.
Aku tergamam. Bukan pasal Hakeem tahu pasal Faris, tapi pasal dia jerit-jerit dekat telinga aku! Dah kenapa mamat ni?
“Fine! Tonight at 8.30 pm.”
Aku terus meletakkan telefon. Selalu macam ini! Kalau dia ada masalah dengan Naurah, selalu paksa aku tolong fikirkan. Kalau Naurah marah saja, paksa aku dengar kesedihan dia. Naurah tak mahu keluar, aku yang terpaksa temankan dia. Sekarang aku tak mahu keluar, kata aku macam-macam! Walhal, aku selalu ada dengan dia sewaktu dia perlukan aku, dia??? Ada dia kisah?
******
Aku menghirup teh panas di depan aku. Panas lah pulak!
“Mamak, aircond!” jerit aku. Cepat-cepat mamak itu berlari mengambil ketul ais dan diletakkan di dalam piring, kemudia berlari membawanya kepada aku. Tahu takut! Lambat-lambat… aku hantar balik India baru tau! Di sinilah, aku selalu lepak dengan Hakeem. Lama sudah tak melepak dengan dia, sejak aku mengisi masa lapang aku dengan Faris. Biarlah dia dengan Naurah, ada aku atau tak ada aku, bukan dia kisah? Tiba-tiba aku teringat apa yang dia katakan pada aku, sampai aku demam 2 hari lepas. Gila penangan si Hakeem ni! Melantun adrenalin aku, tergugat sistem imunisasi aku beb! Aku pandang Hakeem, dari tadi dia diam sahaja.
“No time to waste, kau nak cakap apa dengan aku?” tanya aku macam berani. Sebenarnya aku pura-pura menjadi aku yang sebenar. Buang perasaan aku kepadanya, memang aku tak bisa, tapi pura-pura tak ada perasaan, aku boleh saja!
“Hakeem dengan Naurah dah putus.” Sejak tadi dia tidak lagi membahasakan dirinya ‘aku’ dengan ku. Apa kenalah mamat ni? Dia membayangkan aku ni Naurah ke??
“Hemm… selalu putus kemudian baik balik. Kau nak suruh aku buat apa pulak kali ni? Tolong bagi cokelat?” Bukan niat untuk aku memerli dia, tapi itulah yang selalu aku lakukan.
“Mana Qis pergi selama ni? Call tak pernah angkat, mesej tak pernah jawab, di pejabat selalu tak pernah ada! Hari ahad pun selalu menghilang? Dulu tak pernah macam ni pun, dulu senang saja nak jumpa Qis, sekarang ni susah. Apa Qis dengan Faris sekarang? Bercinta ke berkawan?” soal Hakeem.
Banyaknya soalan? Nak jawab yang mana satu? Punca apa ini?
“I have a life too.”
“Qis! Sekarang cakap pun macam perli-perli, Qis marah Hakeem ke?”
“Kenapa nak marah pula? Kau ada benda yang kau rasa kau ada buat salah dekat aku ke?” tanya aku.
“Qis, boleh tak jangan jawab soalan dengan soalan. Boleh tak jangan kusutkan keadaan?” rayu Hakeem. Aku tak pernah tengok dia seserius macam ini. Aku jadi sesak nafas duduk dalam situasi macam ni!
Aku terdiam. Hish, patutkah aku beritahu apa yang aku rasa? Jauh dari lubuk hati aku ini, ada perasaan untuknya. Perlu kah aku cakap semua itu? Atau, biarkan ianya terkubu sahaja? Aduh… peninglah! Sakit otak fikirkan benda ini. Selama ini memang aku sengaja menyakitkan hati Hakeem, tak angkat call, tak mesej, tak keluar dengan dia, tak ada dekat pejabat! Aku sengaja keluar dengan Faris, Faris ajak ke mana, aku ikut sahaja! Asalkan aku tak duduk rumah melihat telefon, menantikan Hakeem. Faris pun okay saja, layan je kepala otak aku ni. Lawak-lawak Faris membuatkan aku senang bersamanya, hilang ingatan aku terhadap Hakeem sekejap! Aku ingat lama-lama aku dengan Faris, aku boleh lupa Hakeem slowly! Tapi tak langsung… Lelap mata pun boleh nampak dia lagi! Apa tangkal mamat ni pakai?
“Peninglah, nak balik.” Aku memegang kepalaku.
“Qis, janganlah macam ni!”
“Apa yang kau nak lagi?” bentak aku.
“Aku nak kau!”
******
Aku masuk pejabat, mata aku bengkak. Bengkak sebab semalam aku tak boleh tidur walaupun aku sangat mengantuk! Gara-gara si Hakeem meluahkan perasaannya selama ini kepada aku, sepatutnya aku sangat gembira kerana selama ini cinta aku berbalas tetapi sebagai seorang manusia yang berhati murni, aku sangat rasa bersalah dengan Faris. Aku seperti mempergunakan Faris untuk menghindar Hakeem. Kebetulan pulak dia yang menyelamatkan aku!
Anim terdiam tatkala aku bercerita kepadanya apa yang terjadi semalam dan apa yang aku rasa kepada Faris. Anim pun bingung macam aku juga.
“Aku tak rasa Faris ada perasaan pada aku! Aku anggap dia kawan saja, Nim. Aku rasa dia pun macam itu juga.”
“Aku pulak rasa Faris ada perasaan dengan kau. Aku takut dia akan patah hati kalau kau berterus terang dengan dia. Cuba kau berada di tempat dia? Kedudukan dia seperti kau sewaktu Naurah masih bercinta dengan Hakeem. Cuba kau fikir apa yang berlaku pada kau dulu? Sakitkan?”
Aku memegang kepala! Arghhh… pening! Confused! Kusut!
Tengah hari itu, aku keluar makan tengah hari dengan Faris. Faris mesej aku ajak lunch date hari ini. Aku ikut sahaja, lagipula Hakeem tak ada. Semalam aku minta Hakeem masa untuk aku meleraikan kekusutan di kepala otak aku ni. Aku suka Hakeem, tapi aku masih mahu berfikir tentang tindakan yang aku bakal ambil. Kalau aku bersama dengan Hakeem, banyak hati yang sakit! Naurah! Anim?
“Hi!” sapa Faris sebaik sahaja aku mendekatinya. Dia sedang khusyuk membaca surat khabar sewaktu aku datang.
“Hi, sorry lambat.”
“Tak apa, saya baru dapat baca surat khabar hari ni, nak tengok perkembangan kes ni.” Dia menunjukkan kepada aku kes yang mendapatkan perhatiannya. Aku tersenyum sahaja.
“So dah order makan?” tanya aku.
“Belum sayang, I am waiting for you.”
“Hah, hari ini saya belanja pulak.”
“Eh… mana boleh. Saya ajak awak lunch, saya yang belanja.”
“Encik Faris Rezwan, sekali-sekala saya bayar pulak.”
“Okay then, if you insist but in one condition…”
“Kalau dah namanya peguam, banyak benda nak dibelitnya tau!” ujar aku.
Faris tergelak senang. Nampak barisan giginya yang putih bersih, tahi lalat di bawah bibirnya, lesung pipitnya di sebelah kanan, keningnya yang cantik, matanya yang redup! Apa aku ni??
“Today is my mom’s birthday. Malam ni dekat rumah saya ada kenduri doa selamat sikit. Ikut saya ya? Saya nak kenalkan awak dengan seluruh ahli keluarga saya. Selalu saya cerita pasal awak dekat ibu saya, hari ini dia minta saya bawa pulang hadiah harijadi dia. Saya dah janji.”
“Hah??” aku terkejut!
“Boleh kan?”
“Saya tak beli hadiah lagi!”
“Tak perlu, awaklah hadiah harijadinya.”
Glup!! Macam mana ni?? Siapa nak tolong aku ni? Anim!
******
“Aku dah kata dah! Dulu sekali petik, satu pun tak mari, sekarang sekali petik, dua langsung yang datang! Apa kau nak buat Qis?”
“Aku telefon kau bukan nak dengar kau membebel Anim. Aku telefon kau nak tanya pendapat kau! Aku ni tengah bingung! Keliru tau… Nak lepaskan di tangan kanan, aku sayang. Nak lepaskan di tangan kiri, pun aku sayang!”
Aku sedang sibuk memilih baju kurung untuk aku pakai ke majlis malam ini. Anim asyik gelakkan aku sepanjang aku menelefon dia! Haram jadah betul lah! Sengaja nak bagi darah aku naik… Mama dengan abah tak balik dari umrah dan ziarah lagi! Dengan siapalah pula aku hendak mengadu! Itulah kalau ada adik ke kakak ke abang ke, bolehlah menolong aku meringankan beban aku ni! Anak tunggal yang ditinggalkan selama 24 hari… aduh! Ada kawan pun… asyik bebel mengenakan batang hidung aku saja ni!
“Biru ke hitam ke pink??”
“You look nice in pink, dear. So sweet… Yang kau beria-ia ni kenapa? Dia ajak pergi kenduri je, bukannya nak ajak menikah!”
“Hoii kawan! The first impression is important daa…”
“Why you need sooo much of the first impression my dear friend, hah? Ada benda yang kau tak beritahu aku ni.”
Aku tergelak. “Nothinglah.”
“Kau dah decide ke?”
“Apa?”
“Hakeem atau Faris?”
“Dah, aku pilih ‘atau’!” Aku tergelak.
Anim marah aku! “Aku cadangkan kau sembahyang istikharah lah.”
“InsyaAllah.” Cadangan yang paling baik.
Aku memakai baju kurung berwarna pink seperti saranan Anim. Baju kosong berwarna pink bersulam dan bermanik di tangan itu aku padankan dengan tudung berbunga berwarna putih dan pink. Aku mencalitkan sedikit makeup, aku tak perlu banyak dan aku tak suka banyak!
“You look nice and beautiful!” ucap Faris ketika mengambil aku di rumah. Aku memandang dia terkejut. Baju yang sama warna! Kebetulan kah? Aku tak janji pun… Dia pasang CCTV dekat rumah aku ke?
“Thank you. Pink juga?” Aku menegur baju melayunya, siap bersampin lagi dan bersongkok, macam Anim kata, macam nak pergi menikah.
“Itu orang kata sehati sejiwa.”
Aku ketawa. Peguam, memang bijak berbicara!
Kereta Faris berhenti di depan rumah banglo yang sederhana besarnya. Faris pernah cakap, keluarganya keluarga peguam. Bapanya dulu bekas hakim, sekarang bapanya sudah pun meninggal. Dah lama, sudah 5 kali hari raya. Seingat aku, Faris ada 4 adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan termasuk dia and he is the youngest! Kesemuanya sudah berkahwin dan anak buah dia ada 7 orang! Keluarga yang agak besarlah berbanding keluarga ku. Masa aku dengar, dalam kepala otak aku dah terfikir mesti mamat ni anak emak! Ternyata betul lah tekaan aku… Kenapalah aku selalu sangkut dengan anak emak, Hakeem pun anak mak jugak. Payah! Sudahlah aku anak tunggal…
Faris membuka pintu kereta aku. He is really a gentleman! Dia memang macam tu, sejak aku kenal, bukan sekarang! Tertarik kah aku? Payah betul kalau hati sudah terbelah dua ni.
Sambutan keluarga Faris sangat meriah terhadap aku. Lebih-lebih lagi ibunya, boleh nampak keseronokan di wajah dia sewaktu berjumpa dengan aku. Kakak-kakak dan abangnya juga sporting termasuk ipar duainya yang lain. Setelah bacaan tahlil dan doa selamat dibuat, ada upacara memberi hadiah. Waktu inilah, aku jadi malu. Mana taknya, aku tak beli pun hadiah untuk ibu Faris, Auntie Faridah. Aku duduk di sebelah Faris. Aku duduk di atas kerusi, Faris duduk di bawah, dia menyandarkan badannya di kakiku. Aku segan! Aku pula yang duduk atas kerusi. Aku mahu duduk bawah, dia tak bagi.
“Okay, turn Faris pulak!” ujar Faris. Faris memegang riben berwarna merah dan dia lekatkan di tanganku. Aku memandangnya kehairanan, dia tersenyum. Dia lantas bangun menarik aku dekat dengan Auntie Faridah. Anak-anak saudaranya ada yang tergelak-gelak!
“Ni hadiah dari Faris, ibu.” Faris mencium kedua-dua pipi ibunya.
Aku tahu aku hadiahnya, tapi sampai letak riben segala! Malu ahh.. aku mencubit lengan Faris. Faris mengaduh! Mereka yang ada di situ sedang memerhatikan gelagat itu tergelak.
“Ini hadiah paling istimewa malam ni. Oleh kerana hadiah ini paling istimewa, ibu nak berikan sesuatu kepada pemberi hadiah ini.”
Faris menjerit keseronokan. Pandailah dia, duit riben berapa sen lah sangat, lepas tu dapat hadiah istimewa lagi. Faris mendapat satu kotak kecil daripada ibunya. Semuanya menjerit suruh buka! Aku ketawa, Faris bersungguh-sungguh membukanya.
“Cincin?” Faris mengerut dahi.
“Cincin pusaka arwah moyang Faris, untuk bakal isteri Faris.” ujar ibunya. Faris tersenyum.
Wah… itu hadiah paling tidak ternilai! Bertuahnya badan, cincin berlian dengan batu nilam itu sangat cantik, lagipun benda tu vintage! Klasik beb… Aku menarik riben di tangan aku. Hish… bikin malu saja. Dah tak ada hadiah lain Faris ni tau!
“Hah cepatlah sarungkan! Apa lagi tunggu Pak Su!” jerit salah seorang anak saudaranya. Mereka memanggilnya Pak Su kerana dia yang paling bongsu. Faris tersenyum memandang ibunya. Ibunya mengangguk-angguk.
Siapa? Aku memandang ke arah yang lain. Girlfriend dia ada kah? Mana? Satu-satu muka aku lihat, semuanya sudah aku kenal. Mana ada yang lain! Tiba-tiba Faris datang melutut di hadapanku. Apahal mamat ni? Hah… sudah! Ada benda aku tak tahu ke? Semua orang dah tersengih-sengih.
“If you all insist!”
“Insist!!”
Faris ketawa mendengar jeritan itu. Aku mengenjak ke tepi, bagi laluan pada siapa yang hendak disarungkan cincin itu. Makin aku ke tepi, Faris mengikut aku. Pelik tul mamat ni, ni dah tak boleh enjak lagi ni! Aku kah??
“Balqis Humaira Hussein, would you consider this proposal to be my wife? Saya tahu, its a bit fast, kita kenal pun belum masuk sebulan but I actually feel that we have been known each other for years!” ujar Faris.
Aku menekup mulut aku. OMG!! OMG!!! Pengsan kan aku, pengsan kan… Apa aku nak cakap? Kalau accept, satu hal pula aku nak explain, kalau tak accept, hati semua orang yang berharap di hadapan aku ini akan kecewa! Sampai lumat riben merah itu aku ramas…
Faris membisik kan sesuatu kepada ku… “Just accept it, i’ll explain later. Please, Qis. For sake of my mother!”
Aku memandang ibunya Faris yang berkerusi roda itu. Separuh tubuhnya lumpuh akibat strok, aku jadi simpati. Aku memandang Faris, ini keputusan yang berat dan tidak boleh ditarik balik.
“I do! I will consider it…” ujar aku.
“Yeahhh….” menjerit sakan orang dalam rumah. Aku hanya tersenyum. Cincin itu disematkan di jariku. Auntie Faridah memeluk dan mencium aku, gembira. Semua kakak-kakak nya dan kakak iparnya memeluk aku! Ini meraikan aku ke meraikan Auntie Faridah, aku pun tak tahu!
“Thank you!” ujar Faris tersengih.
“You owe me an explanation. Jangan lari hah!” ujar aku.
Faris tergelak. “Ya sayang, I will.” Dia membisik kepada aku. Hela nafasnya, bau cologne nya, menggetarkan jantung aku! Hish… banyak benda dalam satu minggu! I need my mom!!! Rasa macam hendak menangis pulak. Jangan di sini, Balqis!
******
Aku melihat cincin di jari manis aku. Muat-muat sahaja masuk ke dalam jariku. Aduh, kalaulah mama ada dekat sini! Macam mana aku hendak buat keputusan ni? Kalau aku silap, menyakitkan hati banyak pihak. Dulu mungkin satu pihak, sekarang ini… the whole family! Aduhh…
“Saya minta maaf, saya sepatutnya beritahu Qis, apa perasaan saya pada awalnya pada Qis. Tonight, I really don’t expect if this would be happen, so fast. Kalau Qis ingat, saya yang merancangnya, nope, saya memang tak tahu menahu.”
Aku mendengar sahaja, sewaktu itu di gazebo di rumah keluarganya. Aku sedang membelek kek harijadi, nak makan tapi aku rasa kenyang setahun!
“Saya memang sukakan awak, Qis sejak kita bertemu dulu dan selalu saya berdoa, setiap hari saya akan berjumpa dengan awak, Qis. Awak tak tahu sebelum saya berjumpa dengan awak dekat Popular dulu, saya macam orang gila, asyik teringat dekat awak! Sampai ibu perasan dengan perubahan saya, ibu selalu tanya kenapa. Saya ceritakan pada ibu peristiwa itu tapi yang ralatnya saya tak tahu siapa nama awak, mana awak kerja, mana awak tinggal dan berharap akan berjumpa awak lagi, setiap hari! Nasib hari itu, saya tergerak hati hendak ke Popular, takdir menemukan kita. Saya bersyukur sangat! Hari itu sahaja setiap kali solat, saya sujud syukur gila-gila Qis. Saya tak bohong!”
Aku memandang matanya. Aku tidak pernah lagi melihat pandangan mata lelaki yang seikhlas begini mencintai aku! Tidak pada Hakeem… Aku jadi sebak! Aku rasa bersalah sangat, apa yang aku buat dulu, keluar dengan Faris untuk menyakitkan hati Hakeem! Ternyata aku memang berjaya menyakitkan hati Hakeem, tetapi aku tak sanggup untuk melukakan hati Faris.
“Saya memang cintakan awak.” ujar Faris bersungguh-sungguh. “That proposal just now, I don’t want you to consider it, but I actually want you to accept it!”
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Saya tak mahu awak terlanjur atau terburu-buru membuat keputusan memilih saya, Faris. Saya sangat banyak kekurangan dan awak terlalu baik untuk diri saya.”
Faris terdiam. Dia memandang aku.
“Qis! Mana kurangnya Qis?”
“You just listen!”
Faris terdiam lagi.
“Sejujurnya saya memang seronok berkawan dengan awak, awak adalah kelebihan pada saya yang kekurangan. Terus terang saya cakap, saya ada suka pada orang lain bernama Hakeem, dia merupakan kawan baik saya di pejabat dan 5 tahun sudah kami berkawan. Dia tidak pernah tahu apa perasaan saya terhadapnya sehinggalah dia realize baru-baru ini, tanpa saya dia tidak boleh hidup. Sebenarnya saya keluar dengan awak adalah untuk menyakitkan hatinya. Saya nak dia tahu, dia tidak boleh bergantung harap pada saya kerana saya ini bukan hak dia! Tapi sekarang bila dia beritahu apa perasaan dia pada saya dan malam ini, kejadian ini, saya jadi keliru. Saya minta maaf Faris, saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, tapi itu yang sebenarnya. Saya nak awak tahu semua ini sebelum ini.” Aku membuka cincin itu dan aku menyerahkannya kembali ke dalam tangan Faris.
Faris masih lagi diam, dia mengeluh. Aku sudah membuat lelaki ini sedih! Patutkah aku?
“Tetapi, malam ini, adakah awak datang sini Qis, sebab awak mahu datang atau sebab Hakeem juga?” tanya Faris serius.
Aku memandang Faris. Aku datang sebab dia! Aku tak datang sebab Hakeem. Kenapa aku tak datang sebab Hakeem??
“Saya datang sebab awak!” ujar aku yakin.
“Then, it is yours.”
Sebab itu, Cincin ini dikembalikan kepada aku. Aku melihatnya tidak berhenti-henti. Cantik betul ia berada di jariku! Adakah aku layak untuk memakai cincin ini? Kusut! Keliru!! Mana satu nak pilih ni… Tak boleh jadi, aku terus masuk ke dalam bilik air, mengambil wuduk. Hanya Allah yang dapat membantu aku! Hanya Allah…
******
Hari ini mama dan abah balik dari umrah dan ziarah. Selama 24 hari ini pelbagai dugaan yang aku hadapi dan tak sabar sebenarnya hendak memberitahu isi hatiku kepada mama. Aku menjemput mereka di KLIA, mereka nampak sihat dan seronok sekali bercerita dengan aku, perjalanan mereka di sana.
“Mama naik Jabal Rahmah sayang. Walaupun tinggi mama gagah naik juga!” ujar mama.
“Kan mama dah naik banyak kali, kenapa nak naik lagi?”
“Kali ini mama tiba-tiba rasa yakin, mama naiklah. Gerak hati macam ada rasa sesuatu.”
“Mama yakin apa abah?” Aku bertanya kepada abahku.
“Yakin yang Qis bertemu jodoh tahun ini.” ujar abah yang duduk disebelah aku.
Aku tergelak. Macam tahu-tahu saja! Aku terus memandu membawa mereka pulang ke rumah. Di rumah, saudara mara aku sudah ada, menjemput mereka pulang. Meriah satu rumah, sejak mereka pergi, sunyi sahaja rumah aku ni! Sekarang barulah rasa tak lonely!
Telefon aku berbunyi! Aku tersenyum… Aku berlari ke dapur! Ramai sangat orang di sini…
“Sayang dah beritahu belum?”
“Belum. Rombongan orang di sana nak datang di sini tu, agak-agaknya bila?”
“Eh, tunggu orang di sanalah bagi keputusan!”
“Kalau macam tu, nanti lah Qis beritahu balik. Mereka baru sampailah, takkan nak terjah kot! Nanti sakit jantung pulak!”
Dia tergelak! “Okay sayang, beritahu cepat sikit. Abang nak cari barang ni, dia orang ni tak sabar!”
“Iya, nanti Qis call abang balik!”
Klik!
“Rombongan apa Qis?” tanya mama tiba-tiba! Terperanjat beruk aku!
“Hish mama ni, buat terkejut Qis sajalah!”
“Rombongan apa?” tanya mama lagi.
“Rombongan merisik. Minggu depan boleh? Ada masa?”
“Hah??”
Aku tersengih.
******
Seperti yang dijanjikan, rombongan merisik sampai, dalam 5 buah kereta! Kenapa tak datang sampai 10 saja?? Ramai-ramai macam nak bertunang pulak! Hish.. Balqis! Orang dah datang, dah cukup baik kan…
“Mana satu orangnya Qis?” tanya mama. Ternyata mama yang tak sabar! Aku mengelengkan kepala.
“Ermm, tak nampak pun.” Aku mengintai-intai dari atas tangga, mana dia ni?
“Itu ke Qis, mama biasa tengok dia di Jabal Rahmah. Masa nak naik, mama nampak dia, masa nak turun pun, mama nampak dia juga. Dia senyum pada mama lagi.”
“Mana?”
“Tu… yang pakai baju melayu biru tu.”
Aku melihat lelaki yang dimaksudkan mama. Aku tersenyum.
“Dialah, Faris.”
“Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan mama.”
Allah kabulkan permintaan Qis juga, mama! Aku tersenyum melihat gelagat mama nak dapat menantu! Dia yang terlebih excited! Aku bersyukur sangat-sangat… harap apa yang mama doa di Jabal Rahmah, jodoh aku dengan dia berkekalan sehingga ke akhir hayat!
Hakeem? Dia terpaksa menerima kenyataan bahawa aku bukan miliknya dan tak akan menjadi miliknya sampai bila-bila. Sewaktu aku memberikan keputusan aku kepadanya tempoh hari, dia ternyata sedih dan redha. Tetapi, itu sudah menjadi keputusan aku! Dia kena terima bahawa bukan semua yang kita nak, kita akan dapat!
Cinta memang bikin keliru! Mana satu aku nak pilih pada mulanya aku pun tak tahu, tapi dengan mata hati… kita tahu! Siapa sebenarnya dan layak untuk Balqis… Hanya Faris!













i like!! 1000x..
best sgt2…..
sgt bessttt.. i like
decision that i like most…ending paling best.. yg penting happy ending..
hakeem.. terimalah dgn redha… tak semua yg kita nak akan kita perolehi…
besttt
best… best…
penuh dgn kekeliruan n rasa bersalah…
teruskan usaha penulis…
its beautiful cerpen ever…..