
Cerpen : Cinta Terakhir
Oleh : Balqiss88
Dari kiri cepat jalan!!!!…Arahan yang diberikan oleh ketua platun begitu tegas dan bersemangat. Apa tidaknya, di hadapan sana jurulatih yang terkenal dengan misai lentiknya sedang memerhatikan dengan penuh tekun latihan kawad anak buahnya. Aku rasa sangat bengang. Tengah hari yang terik begini disuruh untuk berkawad.Huh! kalau ikutkan hati aku ni, kuak lentang atas katil lagi sedap.
Apalah nasib aku ni, terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang sememangnya aku sangat-sangat tak suka. Alahai, apalah nasibku ini. Ke kanan pusing!!! Ops, aku tersungkur apabila kakiku tersadung akar pokok. Kentang betollah punya akar! Terdengar gelak ketawa dari rakan-rakanku. Persis kilat aku bangun, buat muka selamba dan poyo. Merah mukaku bukan disebabkan bahang mentari namun kerana diketawakan.
Syira!!! Tekan tubi 20 kali, sekarang!! Arahan daripada Cikgu Syafiee, jurulatih kami yang garang dengan misai kemetotnya. Huhu…apalah malangnya nasibku hari ini. Dah la jatuh gedebuk macam nangka busuk, kena denda la pulak. Tekan tubi pulak tu. Aku menurut arahan dengan muka masam mencuka. Apelah atok misai kemetot nie, takde keje lain ke? Sikit-sikit nak denda orang.
Huh!! Geramnya, aku mengomel dalam hati. Rasa nak tarik jer misai kemetot dia tu, baru padan muka!! Disebabkan aku terjatuh tadi, latihan tengah hari tu ditunda ke petang nanti. Eleh, cakap aje la nak berhenti rehat. Ade ke aku pulak yang nak dijadikan sebab. Hehe..tapi tak pe, kirenya aku ni penyelamat jugak la, kalau aku tak jatuh tadi, mesti sekarang ni masih berjemur kat padang tu. Ingat nak jadikan kami ikan kering ke??huhu…
Dengan wajah selambanya aku berjalan ke kantin. Letih betul kurasakan pada hari ini. Dalam kepalaku sudah berkira lepas makan ni aku nak tidur jap. Hehe…dah hobi katakan, mana boleh tinggal waima sibuk mana sekalipun. Syira!! Tersembur air yang kuminum. Cekodok basi betol la. Nasib baik tak terkeluar dari hidung, kalau tak mahu taknya aku malu. Dah la depan budak lelaki pulak tu, hilang keayuanku..hehe.. Oit, Nana! Kau tak reti ke nak panggil aku lembut sikit? Ni ape terjah-terjah orang, ingat ni melodi ke, nak terjah-terjah orang. Kot yer pun bagi la salam dulu. Ape la minah ni. Wat aku geram tahap gaban jer.
Banyak cantik la kau punyer muka. Uit, memang aku cantik pun. Kire ade sikit la mirip Nora Danish tu. Ala, yang citer puteri tu. Hehe… eleh, tak malu la tu, nak angkat bakul plak. Angkat bakul tak per. Asalkan tak angkat berat jer. Nanti tak pasal-pasal timbul plak ketul-ketul kat bahu aku nie. Hehe…sempat gak aku melawak ngan Nana. Kukira muncungnya waktu tu dah panjang sedepa dah. Mak ai!! Cakap sikit dah nak wat muncung itik tu. Dah la tu, nanti itik tu ingat ko ni geng dia plak. Makin galak aku menyakat Nana. Tu la, sape suruh suka sangat nak cari pasal ngan aku tadi. Kan dia yang kene. Hehe…
Ala, kau ni, suka tau nak kenakan aku. Aku tak nak kawan baru tau!! Nana mula angkat punggung nak beredar. Wei beb!! Tu pun nak marah ker? Aku gurau jer la. Meh la dok sini sahabatku Nana, si intan payung, buah hati pengarang jantung pisangku. Hehe..sempat lagi tu. Nana tersengih-sengih. Eleh, bukan nak merajuk betol pun. Nak acah jer. Yang ko makan tak tunggu aku ni naper? Ape punya ciput la kawan ni. Aku yang dok tunggu dia dari tadi, rupanya dia dah habis makan plak kat sini. Bertuah punya kawan la ko ni. Tapi cepat jugak ko cekik ek, baru tadi aku tengok kau tengah bersemangat berkawad kat tengah padang tu. Siap-siap cium rumput lagi tu. Hahaha….
Tak sopan punya anak dara. Ada ke dia gelakkan aku camtu sekali. Oit, bahasa tu jaga la sikit. Budi bahasa budaya kita la. Ape plak cekik-cekik. Aku makan la, bila masa plak aku mencekik. Apa bengong punya kawan. Eleh, tadi tu aku bukan cium rumput la. Kan dah nak masuk waktu zuhur. Aku cakap la kat Cikgu Syafiee tu, siap aku demo lagi tu, sebab tu aku sujud. Hehe…nak ’cover’ la tu. Eleh, banyak ko punya sujud, tengah padang lagi tu. Ape la ko nie, kalo yer pun sujud, jangan la kat tengah padang beb. Hehe…ko tau tak, tadi budak Amir tu. Ala, budak yang sama kumpulan ngan aku tu la. Yang ko ’admirer’ tu. Kau tau tak, dia gelak sakan tadi ngan geng dia. Aku apa lagi. Tumpang selutut la. Hahaha…
Uit, minah nie. Kalo tak sabar kang aku sekeh kang dahi dia. Nanti ada plak yang benjol. Kau ni, kalau yer pn nak gelak, ingat dunia la weh. Dah banyak kali aku ingatkan. Masih gak ngan perangai kau. Gelak mengalahkan lelaki. Kentang punya kawan!!! Betol ke Amir gelakkan aku?? Waa…nie wat aku malu ni. Mana nak sorok muka aku yang kiut nie?huhu…nak sorok dalam kain tak de kain plak, sekarang aku tengah pakai seluar. Mak ai… jatuh la saham aku. Tak sempat-menyempat aku nak ngorat si Amir tu. Dah jadi plak ’incident’ nie. Hilang la keayuanku di matanya. Ceh!!macam zaman kesultanan melayu melaka la plak. Hehe…betol ke ape ko cakap ni Nana? Ko jangan nak main-main weh. Kang aku karate kang. Ada plak yang masuk longkang.
Elo beb!! Bile mase plak aku main-main. Betol la. Tadi waktu kau jatuh tu, waktu tu kumpulan kami baru jer abis berkawad. Tibe-tibe plak ko wat drama kat tengah padang. Semua orang tengok tau. Ape lagi, kawan-kawan Amir tu gelak sakan la. Dia pun waktu tu senyum siot jer aku tengok. Geli ati la tu. Yer la, ape tak nyer, tengok tayangan percuma. Yang ko jatuh gedebuk tu wat pe? At least ko wat la gaya sikit waktu jatuh tu. Ala, macam Mitchell Yeoh tu ke, waktu wat scene lasak la katekan. Hehe… Siot punya kawan. Ade ke dia kate camtu plak. Camner la aku nak berdepan ngan Amir tu. Huh!! Mesti dia geli hati tengok aku jatuh tadi. Alahai, tak dapat aku bayangkan dia gelakkan aku. Huhu…
Your browser may not support display of this image.
Tersenyum sendirian bila aku mengenangkan kenanganku ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara 3 tahun yang lepas. Biarpun sudah lama perkara itu berlaku, ia tetap menjadi kenangan manis dalam ingatanku. Wajah insan yang kupuja dalam diam itu masih segar dalam ingatanku. ’Amir Hakimi’…nama insan yang masih tersemat dalam sanubariku. Adakah aku masih dapat menatap wajah itu? Entah lah, biarlah masa yang menentukan. Apa yang lebih penting, aku sekarang sudah semakin hampir dalam mencapai cita-citaku. Menjadi seorang guru, itulah cita-cita yang aku impikan sejak dari bangku sekolah lagi.
Tidak kusangka, selepas tamat sahaja PLKN, aku telah diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memperkenankan doaku selama ini. Teringat aku akan kata-kata semangat yang diberikan oleh Cikgu Fauzi dalam satu ceramah motivasi sebelum menjelangnya peperiksaan SPM. “Kamu semua hendaklah menanam azam di dalam hati untuk meneruskan perjuangan selepas tamat sahaja SPM nanti, jangan patah semangat untuk berhenti belajar. Saya nak kamu semua berjaya menjejakkan kaki ke IPT. Di situlah kamu dapat membanggakan hati ibu bapa kamu. Lontarlah hati kamu ke tempat yang kamu ingin jejaki”. Kata-kata terakhir itulah yang sangat berbekas di hatiku kerana aku telah melontarkan hatiku ke Institut Perguruan. Dan sekarang ini, aku semakin hampir untuk menerima ijazah sarjana muda perguruan yang kuidamkan selama ini.
Tidak kusangka kawan karibku Nana juga turut bersamaku di sini. Tidak dapat kugambarkan kegembiraanku dalam menuntut ilmu bersama insan yang bergelar sahabat. “Oit, yang kau ni dari tadi aku tengok tersenyum itik jer pa pasal hah? Sergah Nana. “Opocot!! Mak kau! Siput sedut punya kawan, kau ni tak dapat tengok aku senang sikit ek? Main sergah-sergah camtu, nasib baik tak jatuh jantung aku nie. Kang aku ketuk kang kepala ko, biar benjol sikit. Biar mengalir cepat sikit darah ke otak ko tu. “Amboi!!!…cakap sedap hidung jer minah nie ek. Aku bukak kang silat cekak beruk, baru kau tau langit tu tinggi atau kemetot. Huh!! Dari tadi aku tengok kau tu asyik termenung. Ingatkan pakwe ko si Meon kat kampung tu ker? Hahaha…
“Pakwe aku ke ek? Bukan pakwe ko ke Nana? Hehe…bukan ko ke yang tergila-gilakan dia tu dulu. Siap balas-balas surat lagi. Dah la tu, siap taruk bedak Johnson Baby powder pulak. Hahaha…”Wei!! Ko ni, dah la wei!! Apa pulak bukak citer zaman dahulu kala tu. Citer tu dah tenggelam dek zaman la. Huhu…malu la aku kalau orang lain tau, kang aku sumbat mulut kau ngan buku nie. Baru tau!!
“Hehe..tu la, tadi bukan main lagi ejek aku. Sekarang sendiri kena!!…padan muka!..Ok2, aku surrender la beb…ape la kau ni, sampai ke situ plak kau kenakan aku ek, tak per, nanti la ko..
“Ko tak der kelas ke petang nie? Rileks jer aku tengok? Kalau tak der, jom kita gi wisma nak? Aku nie mengidam la nak makan ‘takiwado’ tu..huhu…dekat sebulan dah tak makan wooo…hehe.. “Banyak la ko punya mengidam, kang aku smack kang, ada yang nak kena nie!!.
“Hehe…jangan la marah wei, tapi tol la, aku teringin sangat-sangat nak makan ‘takiwado’..huhu…malam tadi aku mimpi siot, makan takiwado, siap sembunyi belakang pintu, takut kau tengok…hehe..
“Tu la, kedekut sangat la tu, nak makan sorang-sorang, tak nak la temankan ko, bagus aku kuak lentang petang nie lagi sedap..hehe…
“Eleh, apa punya kawan, kalau ko tak nak temankan, aku nak bawa diri jer la. Nak bawa diri pegi bulan..huhu
“Alolo…sian nyer, naper nak gi bulan plak? Pergi la kat tanjung rambutan ke, tanjung durian ke…lagi best kat situ..hihi…
Eleh…
“Waa…jahatnye kawan aku nie, kang tak pasal-pasal ade yang kene taekwando kang, tak jadi nak makan takiwado nih..huhu
“Yer la cik adik oi, tu pun nak majok ker? Eleh, muncung mengalahkan muncung itik…meh, nak pinjam muncung, nak masuk pertandingan muncung terpanjang…hahaha..
“Eee…ko nie, kalau tak usik aku satu hari tak bleh ker?
“Laa..tak bleh la Nana, kalo tak usik ko, takkan plak aku nak usik Mak Joyah yang kat kampung tu plak..huhu
“Yer la, ko nie, suka sangat nak kenakan aku. Aku geram tahap gaban nie wei..huhu
” Ok la beb! Petang nie aku temankan ko la, jangan la majok..hehe…
Hilang kemanisan di wajahmu yang ayu bak bunga semalu…hihi
Your browser may not support display of this image.
“Mak ai, ko tengok tu Syira, mamat tu hensem giler woo..” mulut Nana melopong melihat pemuda yang sedang leka berbual dengan rakannya di kedai kasut.
“Ko nie, pantang tengok lelaki hensem sikit mula la tu nak meleleh air liur, control sikit la weh, tengok tu, mulut tu kang masuk lalat kang, dia ingat mulut kau tu tempat dia bertelur ke apa, ternganga luas camtu…
“Yer la, ko nie tak abis-abis kenakan aku tau, tu kau tengok jejaka hensem tu, macam secret admirer kau dulu la, ape name die??Amir?ala waktu kita PLKN dulu tu…
“Mane?mane? mataku melilau ke kiri ke kanan mencari gerangan yang dikatakan oleh Nana. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang sekian lama tersimpan jauh di lubuk hatiku. Ya!! Itulah Amir. Tiba-tiba datang seorang gadis ayu lalu memaut mesra lengan Amir dan memberikan kucupan di pipinya. Aduh!! Sakitnya kurasakan di dalam hatiku. Bagaikan tertusuk sembilu melihat adegan yang tidak kusangka akan kusaksikan lebih-lebih lagi pada lelaki yang kupuja selama ini.
“Ok la Nana, jom la kita balik. Orang lain tu, salah orang kot. Hatiku menidakkan kenyataan yang telah kusaksikan. Sebenarnya aku tau yang kulihat itu sememangnya Amir, namun perasaanku cuba untuk menafikan kerana terasa ada kepedihan menjalar di sudut hatiku. Aku terus berlalu dari situ.
“Wei, tunggu akulah!! Nana mengejar dari belakang. Terkedek-kedek dia membawa tubuhnya berlari. Aku berjalan semakin laju. Kutakut Amir perasan akan kehadiranku di situ. Tak mungkin kot dia perasan. Dia mana tau akan kewujudanku. Waktu PLKN dulu pun dia wat derkk jer bila tengok aku. Yer la, orang hensem katekan, tengok kite pun setengah mata jer.
” Apesal aku tengok kau dari tadi dok termenung jer nie? Macam ayam berak kapur jer, slalunya kau nie la yang bising macam itik tercabut ekor aku tengok? Nana menghampiri Syira yang duduk membelakanginya.
Syira menoleh Nana di sebelahnya. Ada air mata yang bergenang di tubir matanya. Menunggu masa untuk mengalir di pipinya yang mulus itu. Nana tersentak, tidak pernah dia melihat wajah itu dalam kesedihan, apatah lagi menitiskan air mata. Baginya, sahabatnya itulah seorang gadis yang sangat periang dan penuh ketabahan apabila menghadapi masalah. Tapi pada kali ini Nana melihat mata indah itu penuh dengan kedukaan.
Tidak semena-mena Syira memeluk tubuh Nana. Terhenjut-henjut bahunya menangis. Air matanya tumpah membasahi baju Nana. Sesungguhnya hatinya ketika itu sangat sakit dan pedih. Apa yang dilihatnya petang tadi telah menghancurkan impiannya untuk hidup bersama insan yang sangat dicintainya dalam diam itu. Selama ini dia memasang impian untuk menjadi suri kepada insan yang bergelar Amir Hakimi. Tetapi impiannya ternyata musnah. Tidak disangkanya angan yang sekian lama dibajainya telah hancur dalam sekelip mata. Walaupun selama ini dia tidak pernah berjumpa semula dengan Amir selepas tamatnya PLKN, namun jauh di sudut hatinya menaruh harapan bahawa dia akan berjumpa semula dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya.
“Aku mintak maaf, aku tak sepatutnya terlalu emosi, mungkin dah bukan jodoh aku dengan dia, sebab tu la selama nie kami tak bersua. Lima tahun aku menunggu Amir, aku setia pada cintanya. Aku sangkakan dia memang akan menjadi milik aku satu hari nanti. Tapi, ternyata impian itu hanya dalam anganku” Syira akhirnya bersuara setelah tangisnya reda. Dia menyapu sisa-sisa air mata yang masih mengalir di pipinya, namun air mata itu seakan tidak akan kering. Semakin dia menyekanya, semakin ia deras mengalir.
“Sabarlah Syira, biarkan perkara itu berlalu. Tapi, kau belum tahu kedudukan yang sebenarnya. Mana la tau kot-kot tu adik dia ker, sepupu dia ker. Nana menenangkan perasaan Syira. Tidak disangkanya Syira benar-benar mencintai Amir Hakimi. Dia sangkakan perasaan Syira terhadap Amir hanyalah minat semata-mata. Tidak pernah dia menduga begitu dalamnya perasaan cinta Syira terhadap jejaka yang tidak pernah bercakap dengannya itu. Syira hanya mencinta lelaki itu dalam diam.
Pernah dia bertanyakan hal itu kepada Syira dahulu, namun Syira pada waktu itu mati-mati menafikan yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Lagipun katanya tak mungkin dia akan jatuh cinta kepada lelaki yang pendiam seperti Amir.
Tetapi sangkaannya terbukti meleset. Aku tidak dapat meneka dengan tepat perasaan sahabatku sendiri. Patutlah selama ini dia langsung tidak menghiraukan mana-mana lelaki yang cuba untuk mencuri hatinya. Rupa-rupanya hatinya telah dimiliki oleh insan yang bergelar Amir Hakimi. Alangkah beruntungnya Amir kerana dicintai oleh Nur Insyirah, gadis yang penuh ketabahan dalam menghadapi hidup yang banyak dugaan. Bukan dia tak tau, Syira menyembunyikan kesedihan di sebalik sikap periangnya di hadapan semua kawan-kawannya. Dia berusaha menggembirakan kawan-kawanya walaupun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Dulu, sewaktu mengenali Syira dalam PLKN, Nana sangkakan Syira mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, namun sebaliknya apabila dia mengetahui bahawa ibu dan ayahnya telah lama pergi menghadap Ilahi, ketika dia baru berusia lapan tahun. Ibu dan ayahnya terkorban dalam kemalangan ngeri ketika hendak membelikannya basikal baharu sempena hari jadinya. Namun semua itu telah meragut kebahagiaan gadis itu. Dia tinggal bersama abang kepada ayahnya. Pak ciknya itu seorang yang buta dan tinggal bersama seorang anak gadisnya. Pada ketika itu pak ciknya juga kehilangan isteri tersayang kerana menghidapi penyakit kanser payudara.
Jadi, selama ini, Syira sedaya upaya untuk membalas jasa pak ciknya yang banyak membantunya dan memberikannya secebis kasih sayang untuk dirinya yang ketandusan kasih sayang ibu dan ayah.
“Kau nie kenapa termenung jauh camtu? Ingat si Meon ke? Tersentak aku dari lamunan. Kulihat wajah Syira kembali senyum. Sungguh indah wajah itu. Begitu mulus wajahnya setulus hatinya jua.
“Aku dah ok la, sori la basahkan baju kau tadi..hehe
Sikap itulah yang sangat aku gemari yang ada pada sahabatku yang sorang nie, sangat tabah biarpun dalam kesakitan.
“Takper, baju aku nie kan dapat save budget, kurangkan duit untuk beli tisu. Hehe..
“Aku dah ok dah nie, ko jangan la risau, aku beremosi sangat tadi. Biase la kan, lame dah aku simpan air mata, dah penuh dah simpanannya, sebab tu kluar banyak tadi.hehe..
“Yer la tu, nangis mengalahkan budak kecik yang kehilangan gula-gula la plak. Nana mengomel, namun jauh di sudut hatinya dia berdoa agar sahabatnya ini akan mengecapi kebahagiaan pada satu hari nanti.
Your browser may not support display of this image.
Pada malam itu, Syira duduk termenung. Berkumandang lagu Aiman dari corong radio kecilnya. Begitu syahdu lirik lagu tersebut sehingga menitis lagi air mata di pipinya.
Kau cinta pertamaku,
Kau cinta terakhirku,
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia…
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai di tengah jalan
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan….
Begitu indah lirik itu, sehingga benar-benar mencengkam sanubarinya. Syira menutup radio itu. Dia lantas merebahkan tubuhnya di atas tilam empuknya. Fikirannya menerawang mengingati lagi insan bernama Amir Hakimi. Dia sendiri begitu keliru, mengapa dia sangat cintakan lelaki itu sedangkan mereka tidak pernah berbual antara satu sama lain. Apa yang diketahuinya tentang lelaki itu semua dari kawan-kawannya ketika PLKN dahulu. Semua kaum hawa begitu memuji lelaki itu. Ada yang didengarnya mengatakan lelaki itu alim, bersuara merdu ketika melaungkan azan, boleh menyebabkan kita menangis ketika mendengar alunan suaranya mengalunkan bacaan al-quran.
Sememangnya Syira tidak dapat menafikan itu semua apabila pada malam itu, dia mendengar laungan azan dari insan yang bergelar Amir Hakimi. Sangat meruntun hatinya mendengar kalimah Allah yang dialunkan pemuda itu. Pada saat itulah, dia sudah jatuh hati kepada insan itu, tanpa bersemuka, tanpa berbicara, tapi hatinya sudah terpaut kepada lelaki itu. Sejak itulah dia berjanji akan menjadi permaisuri hati lelaki itu biarpun segalanya masih kabur pada ketika itu.
Janji yang hanya dirinya sajalah yang tahu.
Your browser may not support display of this image.
“Siti, baca apa yang cikgu tulis kat depan nie,” aku memanggil salah seorang muridku. Pada hari nie, aku rasa sungguh bersemangat. Aku pun tak tau kenapa. Aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku pada hari ini. Sejak pagi tadi aku rasa berdebar-debar. Selepas mengucapkan terima kasih, aku berlalu dari kelas 2 Cempaka. Aku menuju ke bilik guru yang jaraknya hanya 100 meter dari kelas itu.
Dari jauh aku dapat lihat kelibat seorang pemuda….bersambung….













best sangat. . . tahniah kpd penulis
cepat sambung. . .
huhu..ok la..best
cpat2 post smbngan nye
best la cite ni…
cpt la smbg….
best2x…
cpt smbg yer…
smbg2..hee~
la..ad smbungan plak..cpt sket ye..
best sgt….i luv it…cpatlah siarkan smbungannya..
da x sbar ni…
best giler cite nie…tak sabo nak tgk sambungannya pulak…
sambung2 yer.nak tahu kesudahan nya