
Cerpen : Dari KL ke Banting
Oleh : niesrief
Suasana di Maahad Ihya al-Ahmadi riuh seketika. Mana tak nya, kami selaku fasi-fasi dah nak balik ke Universiti Malaya dah. Tapi aku tak la sedih sangat sebab aku kan biro disiplin masa kem tu. Jadi, aku anggap tak ada adik-adik yang minat aku. Almaklumlah, setiap kali ada kem, mesti akan ada kakak-kakak atau abang-abang yang jadi igauan adik-adik. Hmm.. dah pukul 3 ni. Van dah nak gerak rasanya. Lalu kami pun cepat-cepat angkat beg dan berjalan menuju kea rah van yang dah sedia menanti. Menanti apa? Apa lagi? Nak hantar kami balik UM la. Isy..isy..isy..
Dalam van, aku terlelap. Penat kot. Tidur je lah. Hehe. Nak dijadikan cerita, phone kesayanganku, aku pegang kejap dalam genggaman. Selepas lebih kurang dua jam perjalanan, kami pun sampai ke UM. Aku tinggal kat kolej Tunku Kurshiah manakala kakak-kakak yang lain ada yang tinggal di kolej ke-11, kolej ke-5 dan kolej ke-12. Disebabkan aku je yang paling jauh, maka aku pun dihantar terlebih dahulu. Selepas sesi salam-salam dengan kakak-kakak seperjuangan, aku pum mula la jalan kaki menuju kea rah bilik tercinta. Sambil-sambil jalan tu, aku pun cari la phone aku kat dalam poket. Eh, tak ada pula. Mana ni? Selepas itu, baru aku teringat. MasyaAllah, aku tertinggal kat dalam van. Aku pun pecut la balik ke bilik. Aku pun dial nombor aku tapi tak ada orang jawab. Ni mesti sebab aku ‘silent’ ni. Hmm. Aku dah tak tahu nak buat apa masa tu. Yang aku ingat, aku hanya lari sambil fikir macam mana nak ambil phone aku. Dipendekkan cerita, memang tak dapat la phone aku tu. Tapi jauh di sudut hati, aku tau phone tu akan balik semula kat aku. Tapi aku tak tau macam mana. Hmm.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Keesokan harinya…
Dah tak ada benda lain dalam kepala aku. Macam mana nak ambil phone aku. Sebenarnya, aku dah minta tolong abang aku untuk telefon salah seorang tenaga pengajar kat sekolah tu. Jadi memang phone aku selamat berada dalam jagaan ustaz tersebut. Sekarang, aku tengah fikir. Macam mana aku nak ke Banting?? Jauh tu. Takkan aku nak pergi sorang-sorang pulak kan. Isy….nak ajak sape temankan ni? Aku bukannya kenal sesape pun kat sini. Kalau nak ajak perempuan, alih-alih kami sama-sama tak balik nanti. Hmm… tetiba aku terbayang seseorang. Ya ALLAH, seandainya dia adalah manusia yang tepat untuk menolong hamba-Mu ini, maka temukanlah aku dengannya pagi ni juga. Aminnn…
Tup-tup…
Masa aku tengah tunggu pensyarah sampai kat DK Teratai, ada dua manusia yang datang dan lekatkan satu notis.
‘Perhatian kepada semua pelajar. Kelas SHES1203 telah dibatalkan. Anda semua diminta ke Dewan Tunku Canselor untuk satu taklimat.’
Isy…kalau macam ni memang aku takkan jumpa dia la jawabnya. Hmm. Aku pun jalan la dengan kawan-kawan aku. Tetiba aku terjumpa dia.
“Sham!!” tetiba aku terjerit nama mamat tu. Memang seperti yang diduga, muka dia memang terkejut habis la. Aku pulak, tanpa sedar, dah lari-anak ke arah Sham.
“Asal?” pendek je dia cakap. Memang bajet cool la mamat ni. Tapi kan, memang dia sentiasa cool pun.
“Err.. macam mana aku nak cerita kat ko ek. Hmm., macam ni. Hari tu aku pergi kem. Dipendekkan cerita, phone aku tertinggal kat dalam van tu. Sekarang phone aku ada kat Banting.” Aku mula bercerita sambil tanganku asyik tergaru sana, tergaru sini. Macam orang kena kutu badan je. Isy…
“So??” dia dah mula buat muka nak gelak dah.
“Sebelum tu, aku minta tolong ko jangan gelak dulu boleh tak?” boleh pulak aku bagi arahan saat-saat genting ni.
“Ye la. Ye la. Teruskan.” Dia ni memang la. Suka sangat buat ayat ringkas. Aisyyy….
“So, aku nak minta tolong ko temankan aku ke Banting boleh tak?” masa tu aku dah tutup muka dah. Tak sanggup rasanya nak tengok muka dia masa tu. Kalau nak tau, dalam banyak-banyak manusia yang aku kenal, memang dia la orang yang aku paling tak boleh nak cakap depan-depan.
Mula-mula dia memang berkeras la taknak temankan. Aku faham kenapa tapi memang aku dah tak boleh nak harapkan orang lain dah masa tu. Dia je la penyelamat aku. Last-last, dia setuju jugak nak temankan aku atas dasar kesian.
Pagi-pagi lagi aku dah siap. Semangat sebab nak pergi ambil phone. Dah seminggu kot tak jumpa phone kesayangan aku tu. Dan seminggu jugak la aku tak dapat nak sembang dengan mak aku. Lagipun kalau boleh, aku taknak dia tunggu aku lama-lama. 5 minit sebelum pukul 8 aku dah ada kat stesen bas. Penat la tunggu dia tapi tak sampai-sampai pun. Pakcik bas pun dah pelik tengok aku tak naik-naik bas lagi. Dah dekat 6 kali dia pusing. Last-last, pukul 9 lebih baru dia sampai. Kesian la pulak tengok dia jalan jauh-jauh. aku pun buka beg. Ambil tisu sepeket.
“Sham.” Dia toleh. Aku tunduk. Malu la nak pandang dia. Nanti mula la muka aku jadi pelangi. Memang aku mengaku aku suka dia pun. Tapi aku rasa aku sangat tak layak nak dipadankan dengan dia. Aku pun dengan selamba baling tisu sepeket tu kat dia. Nampak macam dia nak sambut tapi jatuh jugak. Mungkin sebab dia terkejut dengan balingan aku yang tak berapa nak tepat tu.
Kami diam. Sampai bas datang balik. Aku naik dulu dan bayar sekali harga tambang. Untuk aku dan untuk dia. Selepas tu, kami kena naik LRT untuk ke KL Sentral pulak. Aku pun belikan dua tiket. Bila aku toleh, aku tengok ada satu tiket kat tangan dia. Tak berkedip aku tengok dia. Rasa macam nak marah je. Tapi tak jadi sebab aku takkan pernah boleh marah dia. So,tiket tu masuk poket je la.
Sepanjang perjalanan, kami bagaikan orang asing. Tak cakap apa pun. Memang jauh la nak ke Banting tu. Tambah-tambah naik bas. Dua jam lebih baru kami sampai. Elok-elok kami sampai je, ustaz dah tunggu kat situ dengan phone aku sekali. Masa tu dah nak masuk waktu Zohor dah. Lepas dah dapat phone, dia tanya la nak pergi mana pulak. Aku cakap la nak pergi surau sebab dah nak masuk waktu dah.
“Jom makan. Lapar la.” Eh, biar betul mamat ni ajak aku makan. Aku pun setuju je la. Lagipun dia dah sudi temankan aku pun dah besar rahmat. Kami pun makan dengan aman. Dia je la yang aman. Yang aku ni asyik control je. Asal la mamat ni pilih nak duduk depan aku? Macam mana nak makan ni?? Aisyyy… Aku memang tak pernah makan berhadapan dengan lelaki walaupun abang aku sendiri.
“Berapa?” aku pun belek la kertas bil tu. Tapi aku tak cakap apa-apa pun. Azan pun berkumandang. Kami pun mula la nak keluar dari kedai makan tersebut. Belum sempat aku ambil duit dari beg duit aku, dia dah hulur duit kat makcik tu dari belakang. Aku tergamam. Aku pandang dia sesaat.
“Asal?” boleh pulak dia cakap macam tu dengan aku. Aku pun tak terkata dah. Aku terus solat Zohor. Usai solat, aku terus sujud syukur. Menangis aku dalam surau tu. Terharu punya pasal. Tetiba ja phone aku bunyi. Dia call. Aku angkat.
“Nak keluar dah.” Aku terus cakap tanpa bagi peluang dia cakap terlebih dulu. Terus aku letak. Tak sanggup nak dengar dia cakap walaupun hakikatnya dia memang jenis lelaki yang tak cakap banyak pun. Bila masuk bas, kami diam lagi. Lepas turun dari bas, dia cakap nak ke toilet. Aku pun pergi toilet jugak. Lepas tu, aku terus je masuk KFC. Tetiba ada orang call. Sham. Bila aku angkat je, terus dia tanya aku kat mana.
“Kat KFC jap. Kejap lagi aku pergi la.”
“Memang tak tau nak cakap kan? ” hah?? Dia marah aku ke? Biar betul. Bahagianya!!!!
Kami pun mula jalan kaki nak ke stesen bas. Aku nak naik bas je. Tapi dia berkeras nak naik teksi jugak. Last-last, aku balik dengan bas. Dia balik naik teksi. Di situlah akhirnya kisah kami. Mungkin pada orang lain, kisah ini tidak punya sebarang nilai tapi pada aku, inilah satu-satunya kenangan yang akan aku kenang sampai akhir hayat. Tiket LRT yang aku beli untuk dia kini tersemat rapi dalam celahan diariku. Sampai sekarang aku hanya mampu mencuri pandang ke arahnya tanpa mampu untuk berkata-kata. Tak pernah terlintas di fikiranku Banting akan menjadi satu tempat yang amat bersejarah dalam hidupku.














hhhmm..sorry to say, but citer ni memg borinkkk
dont know wat to say laa..
actully, pe motif tulis dis cerpen??
ni macam luahan perasann jer. macam diary pun ada. ppepun seronok gak citer awak ni. boleh tergelak sendiri saya bace.
perlu ke aku bom penulis ni…???
mule2 da best da tp ending cm2 plk..huhu~~
ni pengalaman penulis sndri ke??
apa nie?? karya yang xbest