Cerpen : Diari Si Syah

8 August 2010  
Kategori: Cerpen

1,856 bacaan 8 ulasan

Oleh : osmosis

Ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke asrama penuh. Memang dari dulu lagi aku nak masuk asrama, akhirnya tercapai juga hasratku. Aku nak jugak belajar berdikari macam kak Long dan abang Ngah. Aku nak menjadi seorang yang lebih matang dan mampu membanggakan kedua ibu-bapaku. Surat penerimaan kemasukan ke MRSM Beseri untuk pelajar tingkatan 4 melonjakkan kegembiraanku sehingga semua orang pun aku minta dibelanja, haha..lebih-lebih lagi kak Long. Aku yang memaksa kak Long belanja aku makan KFC yang sememangnya makanan kegemaran aku sejak dahulu lagi.

Pada hari pendaftaran;

“Wah, ramainya budak baru tingkatan 4! Ini lah masanya nak bersuai kenal,”kataku gembira.

Sedang aku asyik mengisi pelbagai borang yang patut, aku terasa seperti ada orang memandangku dari arah tepi. Lalu, aku memalingkan mukaku dan memandangnya tajam.

“Eh, budak ni!..apa hal pulak pandang aku macam pelik je?..Macam nak kena lempang pulak aku tengok..kataku dalam hati..Dalam hati je..Kalau depan-depan aku tak berani..Dah la aku ni budak baru, karang tak pasal pulak kena boikot dengan budak lama. Bak kata orang; musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

————–

Selepas seminggu aku berorientasi, hari ini merupakan hari pertama pembelajaranku. Aku berasa sangat teruja untuk memulakan kelas pertamaku. Seronok yang amat! Tiba-tiba, seorang cikgu yang agak berpakaian kemas masuk ke kelasku.

“Assalamualaikum semua”

“Waalaikumussalam cikgu,” dengan serentak kami mennyambut salam..

Lalu, presiden kelas membaca doa dan kami mengaminkan doa itu. Selesai sesi pembelajaran, aku tidak terus ke dewan selera, tetapi aku hanya duduk beristirehat di dalam kelas..huhu..penat kepala otak aku belajar additional mathematics tadi tapi ‘best’ sebab memang subjek’ favourite’ aku.

Tiba-tiba ada seseorang menegurku, ‘Hai, awak! Tak pergi makan ke?..tanya seorang budak lelaki yang aku tak kenal dan yang pasti dia bukan ‘classmate’ aku.

‘Oh, saya tak lapar!’jawabku malu-malu kucing.

“Ehem..budak baru! Nama awak siapa?”

“Nama saya Nik Nur Arisyah bt Nik Daniel!”..dengan pantas aku menjawab pertanyaannya. Fuhh!!. Kus semangat.. Ambik kau, sekali dengan nama bapa aku bagi.hehe..

“Oh, nice name! By the way, my name is Ahmad Danish. You can call me Dan or anything you want my friend!” Kata Danish sambil tersenyum ‘handsome’.

“Ok Danish, nice to meet you!” Balasku berlagak selamba, padahal hatiku sudah tidak tentu arah melihat senyumannya.

“Syah, kelas saya kat sebelah, nanti kalau ada masa saya datang sini, borak-borak dengan awak ye..Boleh tak?..Awak macam tak suka je,”Danish saja menduga. Kekagetan gadis manis di hadapannya amat mencuit hati.

“Eh, mana ada!..saya suka lah”

“Apa?..awak suka saya Syah?,”..Kata Danish bergurau.

“Eh, bukan la! Maksud saya, saya suka kalau awak datang sini”

“Ish..Danish ni, memang tak paham bahasa ke? Loyar buruk pulak dia ni.Adeh..layan je la. Nak lempang, anak orang pulak..huhu,” kata Arisyah dalam hati.

“Bye Syah..See you tonight!”

“Okay Danish..bye..hisy..baru seminggu, dah ada orang ngorat..Eh, perasan pulak aku ni! Mana ada dia ngorat aku, kawan je..hehe..biol dah kepala otak aku ni. Ni semua gara-gara add maths tadi”

—————–

Sudah 5 bulan aku di sini dan aku berasa amat gembira kerana mempunyai cikgu yang amat mengambil berat dan kawan-kawan yang amat memahamiku terutamanya Danish. Kitorang dah jadi bestfriend dah..Danish suka sangat lepak-lepak kat kelas aku sampaikan awek dia sendiri pun cemburu tengok kitorang rapat sangat..Alahai, awek dia tu. Macam jadi je dia nak kahwin dengan Danish. Dah macam ‘queen control’ aku tengok. Padan muka kau Danish dapat awek macam tu.haha.Aku takde perasaan cinta pun kat Danish dia tuh..Kitorang hanya kawan rapat je tau..hmm..

Syah!!..jerit Danish sambil mengetuk mejaku.

Wei, Danish! kau ni bagi salam la dulu, aku ni tengah study, kau tau tak? Terkejut aku tau. Nasib baik aku takde penyakit asma.huhu.

Eleh kau ni Syah, asyik dengan buku je. Kalau macam tu kau kahwin je lah dengan buku tu..kata Danish dengan ketawa yang menyakitkan gegendang telingaku.

Lalu, segera aku ambil buku Fokus Biology dan…papp!!!

“Aduh!..Syah!..sakit tau, kau ni dah tak sayang aku ye.huhu”

“Amacam? Ada rasa nak makan buku tak?,” Kataku sambil menjegilkan biji mataku ke arah Danish.

“Ada aku cakap aku sayang kau?,”Eleh..kau ni perasan je lebih.

“Hisy..Syah! Aku bosan la..Jom kita main SUDOKU” kata Danish dengan muka yang dah macam kucing Parsi mintak makanan.

“Kau ni kan Danish, aku nak study pun tak boleh. Kacau la mamat ni”

“Ala..Syah..please!..im begging you..Ke kau nak aku melutut depan kau?” dengan selambanya Danish terduduk dan ingin melutut ala-ala melamar seorang gadis pilihan hati.

“Danish!!..no, its okay..Jom main SUDOKU ye”

Bahaya la budak Danish ni. Karang tak pasal-pasal ada gosip free pulak..huhu..aku jugak yang kena..Danish duduk berhadapan denganku dan kami mula bermain SUDOKU..suasana sunyi dan masing-masing tekun menyelesaikan SUDOKU. Sesekali terdengar classmate aku yang lain bersiul-siulan dan mengusik kami.

“Huh!! Takde kerja lain gamaknya,” kataku dalam hati meluat dengan usikan itu.

Beberapa minit kemudian,

“Yes!..Danish..aku dah dapat semua..Aku menang!”

“Again?..Why must you, Syah?”

“Because I am genius..Haha..Got it?”

“Alright Syah..Hish.. Kau ni pun bagi la aku menang sekali sekala tak boleh ke?”

“Takde maknanya aku nak bagi kau menang free macam tu”

‘Woi, cikgu aku dah datang la Danish!.. Cepat balik ke kelas kau’

‘Eh, alamak!..mampus aku Syah!..Kau ni tak cakap awal-awal’

‘Padan muka kau.haha..siapa suruh kau datang!..Ada aku jemput?!’

Ye lah, semua salah aku. Dah la, aku nak blah ni.

Bye Syah..

Bye Danish.

Weh, jangan lupa ‘date’ kita malam ni tau Syah!!.hehe..Danish sengaja menguatkan suaranya sehingga seisi kelas memandang mereka dengan wajah yang pelik bin ajaib!

Arghh!! Ahmad Danish!! Siap kau malam ni!..huhu..Danish berlalu pergi sambil tersenyum sumbing memandangku..

———————–

Selepas makan tengahari bersama Lisa, yang merupakan bestfriend aku juga, kami terus bergegas ke surau untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Beginilah rutin harian aku selama di sini dan sudah menjadi kebiasaan untuk aku menunaikan solat berjemaah.

Ala, bukannya penat pun solat berjemaah, dah la dapat 27 kali ganda pahala dan dapat juga aku mengeratkan silaturrahim dengan kakak-kakak Badar yang memang sempoi dan pada masa yang sama tegas dalam menjalankan tugas. Aku memang tabik spring tervulkan la dekat kakak Badar ni terutamanya kak Aisyah yang sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak kejutkan semua penghuni asrama Aspuri bangun Subuh.

Hmm..Kalau aku la, memang tak boleh kot nak jadi macam dia. Nak bangun Subuh pun masih lagi liat.hehe..Buat malu je dengan kak Aisyah.huhu..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka tamatlah sudah peperiksaan akhir tingkatan 4. Peperiksaan kali ini akan menentukan aku berada di kelas yang mana kerana khabar angin dari cik Joyah kelas mengatakan bahawa kelas kitorang akan dirombak semula untuk ke tingkatan 5..huhu..

Ni yang aku sedih ni. Aku memang tak biasa sangat dengan budak-budak kelas lain. Aku dah memang rapat dengan classmate aku ni bagai kotoran degil melekat dibaju, jika diguna Clorox sekalipun tetap juga degil untuk melekat di baju..haha..ops.peribahasa apa yang aku pakai ni? Hmm..Layan je la. Mintak-mintaklah tak satu kelas dengan si Danish tu. Kalau tak, memang teruk la aku! Asyik nak kena layan dia je. Adeh..

—————–

Seminggu kemudian,

“Syah!!..Congrates!”, ucap Danish dengan air muka yang aku sendiri tak boleh nak tafsir.

“Kau apa hal cakap congrates kat aku nih?”

Setahuku, aku takde pulak menang apa-apa acara sukan pulak. Nak pijak padang pun susah, inikan pulak nak bersukan. Hehe..memang sewel la kot kalau aku nak bersukan..Fikirku dengan muka yang berkerut.

La, Syah..kau ni memang lembap la. Lembap plus lembam. Haha..Result dah keluar la weh. Tadi cikgu Raffi dah tampal result kat notice board. Pointer kau 3.68 la! Wow! Caya lah kau Syah!..kata Danish denga penuh perasaan.

Ye ke Danish? Hehe..macam tak percaya pulak. Ala, kau pun mesti tinggi jugak kan?

Tak la setinggi kau cik Arisyah oi.. Aku punyer pointer lagi rendah dari kau..huhu..and again! Kau mengalahkan aku Syah..Aku dapat 3.51..Cukup-cukup makan je.hehe..Tapi kan yang membuatkan aku gembira ni sebab kita akan duduk satu kelas! Syah!! Kita bakal jadi classmate!hehe..nanti hari-hari aku boleh kacau kau Syah..haha..

What!! Are you serious? Oh, no! Danish, kau tipu aku ek?

La, tak percaya pulak,” Aku ni bukan kaki penipu tau Syah. Senakal-nakal aku pun, aku ni memang tak suka menipu”, kata Danish sambil menjelirkan lidah.

Ye la Danish. Kau la paling baik, kau la paling hensem, kau la paling pandai..huhu.

Selesai menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah, kak Aisyah menyuruh beberapa orang pelajar untuk tunggu sebentar selepas perhimpunan pagi ini. Tiba-tiba, tanpa diduga namaku juga dipanggil sekali.

“Aik! Kak Aisyah panggil nama aku ke? Aku ada buat salah ke?” fikirku kehairanan.

“Erm..Lisa, kau pergi dulu la ye. Kak Aisyah nak jumpa aku la. Macam serius semacam je aku tengok kak Aisyah ni. Kecut pulak perut aku. Adeh..nak terkencing pun ada.huhu”

“Ok Syah. Ala, takde apa-apa kot. Kau pergi je la. Dia tengah tunggu tu. Jangan terkencing dalam kain sudah.haha..Bye Syah.. Jumpa dalam kelas nanti”

“Okay, nama-nama yang dipanggil tu, sila datang dekat sikit ye. Ada benda yang kak Aisyah nak cakap kat korang. Macam ni, tahniah kepada awak semua sebab telah terpilih untuk menjawat jawatan dalam BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)..Tahniah sekali lagi! Akak harap korang semua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah yang berkaliber dan dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada sahabat-sahabat yang lain”

“Mak aiii? Kena lantik jadi BADAR? Biar betul kak Aisyah ni pilih aku?? Salah orang kot..”

“Kak Aisyah, saya rasa saya tak layak la nak masuk BADAR ni,” Kataku dengan nada sedih.

“Nur Arisyah, soal layak tak layak tu bukan awak yang tentukan, yang penting sekarang awak jalankan tugas awak dengan baik dan jangan lepas tangan. Ini amanah kamu Nur Arisyah. Kamu mesti terima dengan Redha ye. Akak tak nak ahli-ahli BADAR sendiri buat perangai dan antara ramai-ramai yang akak tengok korang semua yang paling layak”

“Oleh itu, kamu semua patut bersyukur sebab terpilih. Ini lah masanya untuk kamu semua membantu agama Allah. Barangsiapa yang membantu agama Allah, insyaAllah, Allah akan membantu mereka. Itu je yang akak nak cakap. Jangan lupa malam ni ada meeting dengan semua BADAR dekat bilik meeting BADAR ye. Okay, bersurai”

—————–

Sekarang ni aku dah satu kelas dengan Lisa dan Danish dan semua orang tahu kami bertiga ni bestfriend. Kelas aku kena rombak berdasarkan keputusan peperiksaan baru-baru ini. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih dan diletakkan dalam satu kelas yang dipanggil kelas ‘streaming’.

Huhu..tak sukanya aku dengan kelas baru ni sebab semua orang macam sombong dan perasan diri bagus.huh..kalau memang bagus tu takpe la jugak. Ni tak, suka sangat nak banding-banding markah orang. Hurm..siap buat jadual perbandingan markah lagi. Bosan betul la. Takde kerja lain gamaknya.

“Woi! Kau ni apa hal termenung je aku tengok. Lepas tu geleng-geleng. Kejap-kejap senyum-senyum. Isyh..takut aku tengok” kata Lisa tersenyum..

“Haha..takde la Lisa. Aku ni kan anak Perdana Menteri, sebab tu la aku ni banyak sangat fikir masalah rakyat”

“Amboi Syah! Banyak kau punyer anak menteri. Kalau ye pun kau jadi anak menteri, takdenye kau nak pikir masalah Negara ni. Buang sel-sel neuron ko aje”

“Sebenarnye kan, aku kena lantik jadi BADAR la. Aku tak rasa aku layak la beb”

“Oh! Really? Tahniah Syah. Aku bangga dengan kau. Sekurang-kurangnya kau ada la jugak jawatan kat sini. Macam Danish tu dah jadi Lembaga Disiplin Pelajar dan aku pulak dah jadi Badan Wakil Pelajar” kata Lisa dengan nada bangga.

“Hek eleh Lisa..Bangga pulak kau ye.hehe..Apa lagi belanja la aku KFC”

“Boleh je beb. No hal. Duit aku berkepuk dalam purse ni,” kata Lisa sambil ketawa.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi derapan tapak kasut milik Miss Dania yang merupakan guru English mengejutkan seisi kelas dan cepat-cepat Lisa kembali ke tempat duduk. Kawan-kawanku yang lain bertempiaran lari mengambil tempat duduk masing-masing. Beginilah keadaannya setiap kali terdengar tapak kasut cikgu anggun itu menuruni tangga.

Assalamualaikum..

“How is your new class? I hope everyone satisfied with it”

” It was great miss” jawab Malisa.

“Hmm..Okay good!” kata Miss Dania dengan senyuman yang tegas.

“For your information, I will be your class teacher and hopefully you guys can give me full cooperation. Remember! Please maintain your results as it will be the benchmark to other classes”

“Itu yang payah ni nak kena maintain result segala bagai bila dah duduk kelas streaming ni. Arghh!! Bosan la” rontaku dalam hati.

———————–

Selesai solat maghrib, aku terus ke meeting room BADAR. Rasa segan je nak pergi memikirkan budak-budak lain yang terpilih lagi layak berbanding aku ni.

Assalamualaikum..

“Ana ingin mengucapkan tahniah kepada yang terpilih menyertai BADAR tahun ini dan ana harap masing-masing tidak berasa menyesal dengan pilihan ini” kata Faris selaku presiden BADAR yang baru.

“Faris memang layak menjadi presiden BADAR dan mempunyai ciri-ciri anak yang soleh. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia. Ini lah calon yang paling sesuai kalau nak buat suami.hehe” fikirku sambil tersenyum.

“Nik Nur Arisyah? Kenapa senyum sorang-sorang ni? Apa yang kelakar?” Tanya Faris curiga.

“Alamak! Dia nampak aku senyum ke tadi? Aduh! Malu gua siot”

“Eh, tak! Saya teringat arnab saya main basikal tadi, tu yang tersenyum tu” kelentongku.

“Arnab naik basikal? Awak ni biar betul? Ada-ada je la. Okay Arisyah, awak akan jadi Biro Dakwah di bawah Alfian ye. Apa-apa program BADAR rujuk Alfian sebab dia ketua awak” kata Faris lembut.

“Huh? Bawah Alfian? Budak poyo tu? Bala lagi satu.huhu” gerutuku.

“Okay. Setakat ni aje mesyuarat kita. Apa-apa masalah, boleh rujuk terus kepada saya. Assalamualaikum”

———————-

Sesampainya aku di kelas, Danish dengan selambanya menarik kerusi dan duduk berhadapan denganku. Dia merenungku tanpa kata-kata. Rimas aku dibuatnya.

“Huh! Kau ape hal tengok-tengok aku ni? Pergi la study kat tempat kau” bebel ku.

” Apa salahnya aku study kat sini. Dah lama tak kacau kau” kata Danish selamba.

“Kalau nak study kat sini, kau kena tolong ajar aku add maths ni” kataku sambil mengeluarkan buku Fokus Add Maths yang sentiasa menjadi peneman setia tidurku.

“Okay! No problem. Meh sini aku ajar. Senang je ni”

Aku gembira kerana dalam sekelip mata sahaja sepuluh soalan yang sangat susah dapat diselesaikan dengan mudah dengan bantuan Danish. Untung ada kawan macam Danish, yang sanggup menolong kawan ketika susah dan dia tidak pernah sesekali mengabaikan kawan-kawannya.

“Hei, Syah! Mengelamun lagi. Dah sampai benua mana dah tu Syah?” usik Danish sambil ketawa.

“Eh, sorry! Aku tak perasan.hehe..Mengantuk pulak” kataku nak cover malu.

Danish menggeleng sambil tersenyum dan kami sama-sama ketawa. Prep malam sudah habis dan aku dan Lisa pulang ke hostel.

——————

Sedang asyik aku membuat latihan Biologi, tiba-tiba cikgu Hamdan yang merupakan guru penasihat maktab membuat pengumuman.

“Assalamualaikum. Di sini cikgu ingin memanggil kesemua pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina untuk ke bilik cikgu kerana ada perkara yang ingin disampaikan. Harap maklum..”

“Eh, hal apa pulak ni? Kenapa kelas aku je yang kena panggil?” desisku.

“Jom Syah” ajak Lisa.

“Jom. Kejap Lisa. Aku nak kemas barang dulu”

“Syah! Tunggu aku” laung Danish sambil berlari-lari anak.

“cepat lah sikit. Terhegeh-hegeh macam mak nenek!” bebelku.

“Apa pulak mak nenek? Aku lelaki lah. Sepatutnya ayah atuk” gelak Danish.

“Huh! Menjawab ye”

“Wei, aku dah putus dengan awek aku tu” bisik Danish tiba-tiba.

“O..” balasku.

“O je ke? pendeknye” kata Danish.

“Dah tu? Nak apa lagi? P? Q? R?” kataku berseloroh.

Dengan serentak Danish dan Lisa ketawa. Lisa hanya tersenyum memandang kami berdua. Lalu, kami bertiga berjalan beriringan ke bilik cikgu Hamdan.

——————-

“Okay, semua dah ada kat sini?” tanya cikgu Hamdan.

“Dah cikgu” jawab Lisa.

“Sekarang ni cikgu nak maklumkan bahawa kamu semua akan menjadi mentor kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang lain. Senarai nama telah dibuat dan cikgu harap kamu semua mampu menjadi mentor yang terbaik buat rakan-rakan yang lain” terang cikgu Hamdan panjang lebar.

“Nah. Ini senarai nama mentor berserta mantee kamu” kata cikgu Hamdan.

“What?? Kenapa aku punye mantee semua lelaki pulak?” kataku dengan nada terkejut.

“Haah la Syah! Kau punyer mantee semua lelaki” kata Lisa sambil ketawa.

“Cikgu, kenapa mantee saya semua lelaki?” tanyaku cemas.

“Oh, cikgu memang pilih secara rawak je.Ala, apa salahnya mantee semua lelaki. Biar dorang rajin sikit kena sergah dengan kamu Syah” kata cikgu Hamdan sambil tersenyum.

“Eh, cikgu ni! Entah-entah saya pulak yang kena buli dengan dorang. Naya saya cikgu”

“Ala Syah, kau buat bodoh je kalau dorang buli kau. Bagi warning sikit. Tapi kan ada je mantee kau yang baik. Tuh Faris baik ape. Takkan dia nak join sekaki kot buli kau” kata Danish.

“Hmm. Ada benarnya jugak kata-kata kau tu wahai encik Danish” aku mengangguk mengiakan kata-kata Danish.

” Ok, tugas kamu semua adalah mengajar mantee kamu supaya mereka faham dan dapat menaikkan markah dalam peperiksaan percubaan dan SPM nanti. Cikgu akan bagi hadiah berupa wang tunai kepada kumpulan yang berjaya naik sama-sama” terang cikgu Hamdan.

“Wah, bagus tu! Wang tunai..hehe..Molek la tu kebetulan duit aku memang dah kering kontang macam tanah gersang ni” kataku penuh semangat.

“Syah si mata duitan! Kau ni kalau dengar duit je mula la terkeluar biji mata” sindir Danish.

“Please okay! Aku ni bukan jenis yang melepaskan peluang beb. Rezeki datang melayang ni bro. Apa lagi tangkap aje. No money, no food! Hehe”

“Kau ni Syah, macam la mak bapak kau tak bagi makan. Kalau ye pun tak, aku kan masih ada. Aku boleh ma bagi duit dengan syarat kau kahwin dulu la dengan aku” kata Danish sambil mengenyitkan matanya.

“Huh! Meluat je aku dengar. Hampir-hampir bernanah telinga aku ni!” balasku selamba.

“Okay..Dah dah kamu berdua ni. Jangan nak buat drama pulak kat sini. Daripada buat drama free kat sini, lebih baik kamu sumbang bakat ‘terendam’ kamu tu untuk kelab drama maktab kita” kata cikgu Hamdan sambil gelak anak jin.

“Kamu semua boleh terus jumpa mantee kamu dan bincang apa-apa yang patut”

———————-

Aku terus berjumpa dengan semua mantee aku. Dua orang berada di kelas Al-Khawarizmi dan 3 orang lagi berada di kelas Ibnu Al-Nafis. Kami membuat kata sepakat bahawa perbincangan malam ini akan diadakan di kelas aku.

Aku melihat soalan-soalan Add Maths yang diberikan cikgu Zakuan tadi. Memang dabomb punya soalan! Entah dari mana cikgu Zakuan ambil soalan ni pun aku tak tahu lah, tetapi yang pastinya memang susah. Takpe, sekejap lagi angkatan ‘tentera’ akan datang menyelesaikan masalah ini.Huhu..

Assalamualaikum..

“Waalaikumussalam..Ha Faris. Ingatkan siapa tadi. Duduk lah” kataku dengan hati berbunga sakura.

“Takkan awak sorang je? Mana yang lain? Kejap lagi nak mula dah ni” tanyaku memecah kesunyian yang tersimpan.

“Err.. Tadi ada dekat kelas. Tengah bersiap kot” jawab Faris sopan.

“Amboi, lambatnye bersiap! Takkan bermekap kot?”

“Arisyah! Awak okay ke kerja bawah Alfian tu?” tanya Faris tanpa diduga.

“Kenapa tanya? ” balasku malas.

Kalau perkara berkaitan dengan BADAR ni aku jadi malas sikit sebab Alfian tu la. Pemalas betul. Semua kerja aku yang kena buat. Hatta senarai nama usrah untuk muslimin pun aku yang kena divide. Ingat dia tu puteri raja ke? Ops silap. Putera raja?! Kalau ye pun putera raja macam ni tahap malas beruang kutub, sampai bila-bila pun dibenci orang.

“Saya tahu awak tak sebulu dengan Alfian. Kalau boleh saya tak nak korang macam tu. Awak nak saya tukarkan awak bahagian lain tak?”

“Memang pun tak sebulu dan tak sebuku! Eh, pucuk dicita ulam mendatang! Memang la nak! Kalau boleh awak letak saya bawah biro kebersihan dan keceriaan pun dah cukup la” kataku gembira.

“Okay. No problem. Itu saya boleh buat” balas Faris dengan senyuman.

“Amboi Syah! Seronoknye dia borak, sampai tak perasan aku kat tepi ni ye” sergah Lisa.

“Hisy Lisa ni, main sergah-sergah pulak. Nasib baik aku tak melatah macam biasa. Kalau tak, malu juga aku dek Faris! Karang tak pasal keluar segala mak nenek perkataan alien depan presiden BADAR terhormat ni. Hilang segala kemachoanku a.k.a keayuanku..Huhu” desisku dalam hati.

“Huh, dah sampai pun korang! Cepat sikit. Nak siapkan cepat jadi boleh balik awal” kataku mula mengeluarkan kuasa veto. Rasakan korang!

“Ye la makcik! Kitorang lambat sebab ni la si Fairuz, hilang kertas soalan pulak. Jenuh kitorang mencarinya! Tengok-tengok dalam beg dia! Huh” kata Akmal cuba membela diri.

“Okay lah. Jom start. Aku divide ikut soalan ni. Semua 30 soalan. Jadi, 5 soalan setiap sorang. Lepas tu siapa yang buat soalan tu, kena ajar yang lain. Setuju?”tanyaku tegas ala-ala ketua yang berdedikasi. Perasan la pulak!

“Okay bos! Kami setuju!” balas Ikhwan penuh semangat.

“Bagus Ikhwan! Semangat ini yang kita nak ye..hehe” balas Fairuz mengusik sambil menepuk tangan.

“Dah la. Oh ye! Sebelum terlupa, nanti jawapan ni Fairuz tolong hantar ke meja cikgu Zakuan!” kataku memberi arahan persis seorang komander.hehe..

“La..aku lagi. Suruh la Faris.huhu”

“Hep! Kerja mesti ikhlas. Faris akan tiba giliran dia juga”

“Okay! Menurut perintah!” jawab Fairuz ala-ala askar Melayu.

—————–

Hujung minggu yang membosankan dan aku seperti biasa akan ke bilik Lisa untuk belajar bersama, almaklumlah SPM dah nak dekat. Lisa memang top student, jadi senang la untuk aku bertanya soalan.

“Lisa sayang!!” panggilku sambil membuka pintu biliknya.

“Ye Arisyah manis yang kusayang!!!” balas Lisa.

“Hehe..Amacam semalam birthday girl kena baling telur ayam plus air longkang?” tanya Lisa tersenyum manis.

“Giler la korang! Seriously memang busuk tahap gaban doh. Bangkai biawak pun tak busuk macam tu” balasku mengingati kejadian semalam dilontar peluru cap telur ayam tambah pulak kena siram dengan air longkang dewan selera.

“Haha..Ini hadiah special daripada kitorang sebelum kita semua keluar dari maktab ni Arisyah! Baru ada feel masuk boarding school. ”

“Nah! Ambik ni. Hadiah sebenar daripada aku.” Kata Lisa sambil menghulurkan bungkusan kecil berbalut.

“Thanks dear! Love you..Aku bukak ek.”

“Biasa-biasa aje. Bukak je la”

Segere kubuka balutan hadiah itu dan sebentuk jam tangan jenama casio amat menarik perhatian sesiapa yang memandang.

“Wow, mahal ni beb!”

“Takpe mahal-mahal pun untuk bestfriend aku jugak” balas Lisa.

“Terharu aku”

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Hehe. Aku ni kalau bab-bab langgar peraturan sekolah nombor dua. Nombor satu si Danish la. Dia tu nama je Lembaga Disiplin Pelajar tapi peraturan langgar aje. Kitorang bertiga memang berpakat nak bawa handphone senyap-senyap. Kalau ada sportcheck, apa lagi kitorang bungkus je dalam beg plastik dan sorok dalam tanah kat belakang Aspuri. Danish yang tolong korek.hehe..

Lalu, kubuka inbox.

Salam Syah. Aku nak jumpa kau kat Dewan Selera jap?

Ada hal penting nak cakap. Cepat sikit..

“Huh! Nape lak Danish ni? Macam ada problem je. Lisa, aku nak pergi DS jap. Danish nak cakap something” kataku mengundur diri.

“Oh,ok! Nanti aku ajar kau Fizik” balas Lisa.

Setibanya aku di DS, Danish segera berjalan ke arahku dan menghulurkan satu beg plastik.

“Nah. Happy birthday Syah!” ucap Danish sambil tersenyum.

“Thanks Danish!” balasku terharu.

“Okay Syah. Hope you like it! Aku main beli aje tu”

“Ala. Takpe Danish. Aku menghargai pemberian kawan aku tak kisah la murah ke mahal ke yang penting ikhlas”

“Ok. Thnaks Danish. Nasib baik kau ingat birthday aku”

“Mana boleh tak ingat. Aku dah save dalam handphone aku la”

“Okay la Syah. Aku nak pergi dulu. Ada group discussion kat kelas. Bye” ucap Danish sambil melambai tangan ke arahku.

——————-

“Lisa!!!!Congrates!!” kataku gembira.

“Thanks dear” balas Lisa tersenyum riang.

“Kau pun congrates. Bangga aku kawan-kawan semua cemerlang SPM”

“Kau la idolaku Lisa.hehe..Pergh..Straight A1 tu. Aku dapat 8A1 je. Tabik ultraman la kat kau!”

“Lepas ni kau nak mintak apa Lisa? Engineering or medic?”

“Aku nak medic sebab memang minat dan family aku ada yang sakit, jadi kalau boleh aku tolong dorang” kata Lisa dengan penuh semangat.

“Aku pun nak ambik medic gak. Nanti dah dapat tawaran cakap kat aku ye. Nanti mesti aku sedih nak berpisah dengan kau.huhu”

“Arisyah! Aku pun sedih jugak. Kau la sahabat dunia akhirat” kata Lisa sambil memeluk bahuku.

——————

8 tahun kemudian….

Deringan telefon bimbitku melenyapkan lamunanku 8 tahun yang lepas. Semua suka dan duka aku bersama kawan-kawanku masih lagi segar di ingatan. Kalau boleh aku mahu putar kembali masa.

Sekarang aku sudah di tahun akhir di University of Leeds mengambil jurusan medic dan berasa sangat bersyukur kerana Allah swt telah mempermudahkan sepanjang aku di sini. Lisa pula di University of Dublin dan mengambil jurusan yang sama. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang kitorang akan graduate sama-sama. Rindu sangat dengan Lisa.

“Assalamualaikum…Sape ni?” tanyaku di hujung talian.

“Waalaikumussalam..Syah..kenal lagi tak aku?” balas suara lelaki yang tidak dikenalpasti identity..huhu

“Erm. Maaf encik. Saya tak kenal. Saya tak cam suara”

“Syah! Aku la, Danish ni!”

“Huh?! Danish? Mana dapat nombor aku?” kataku gaya terkejut Mr. Bean.

“Hehe..Adalah. Kau ni Syah. Sampai hati ek langsung tak call aku bila dah dekat oversea. Mentang-mentang lah aku belajar kat Malaysia je.huhu” kata Danish merajuk.

“Erkk..Bukan tak nak call tapi busy la. Balik setahu sekali je Malaysia. Atleast kau kat UTP dan dah terjamin la jadi engineer”

“Haah. Lupa nak cakap. Aku dah kerja dengan Petronas. Dah cukup pun duit ni kalau nak kahwin.hehe” kata Danish bangga.

“Ye la tuh.huhu” balasku.

“Alamak. Ape hal kelu pulak lidahku berkata-kata ni? Selalu boleh je borak dengan Danish. Malu la.huhu”desisku

“Orang Malaysia rindu dengan Orang UK. Bila orang UK nak balik?” tanya Danish.

Aku berasa kurang selesa dengan kenyataan Danish itu lalu secara automatik mematikan talian.

“Fuhh..Kus semangat. Tak nak aku kalau tiba-tiba cakap benda yang aku tak suka ni.huhu”

Sementara di seberang sana..

“Eh, apasal pulak talian ni putus? Hurm..Lain kali la telefon. Tak tercakap pulak tadi kat dia. Lambat lagi la mak aku nak dapat menantu.hehe..Tak dapet den nak nolong ni ha” desis Danish.

——————-

Assalamualaikum mama..

“Nape tiba-tiba call? Semalam baru je kan Syah call” tanyaku curiga.

“Mama rindu kamu la sayang” balas mamaku.

“Syah lagi rindu kat mak.huhu..Tak lama lagi dah nak balik. Minggu depan habis exam final year mama”

“Iye..bagus lah tu. Syah balik la cepat-cepat ye”

“Ye mama. Jangan risau. Nanti Syah balik sekali dengan Lisa. Lisa cakap dia nak duduk rumah kita 2 minggu sebab nak luang masa dengan Syah”

“Elok sangat la tu. Mama pun rindu kat dia. Dah macam anak mama jugak Lisa pun”

“Okay la. Syah nak sambung study. Bye mama..assalamualaikum”

“Waalaikumussalam..”

———————

Akhirnya pulang juga aku ke Tanah Air yang tercinta. Macam nak cium je tanah.hehe..Rindu tanah melayu.Ceh.Tiba-tiba pulak jiwang semendang je aku ni..hehe

“Jom Lisa! Abah aku dah sampai”

“Abah!!” sahutku dari kejauhan.

Aku menyalami tangan tua abahku..huhu..Kesian abah dah tua. Sejak akhir-akhir ni mama cakap abah semakin warak. Selalu pergi ke masjid dan tolong orang miskin. Aku sebagai anak yang solehah turut gembira melihat perubahan abahku.

“Jom Syah, Lisa. Kamu berdua ni mesti penat.Lepas balik nanti, mandi, lepas tu solat. Nanti kita makan sama-sama. Mama kamu dah masak banyak lauk kegemaran kamu tu”

“Fulamak!! Kecur air liur Syah”

“Makanan!! Here I come!”

Sedang aku leka membaca surat khabar, tiba-tiba mama ku datang dan gayanya seperti ada yang tidak kena.

“Syah sayang..Mama nak cakap ni. Ada sorang kawan mak suka sangat kat Syah” mama memulakan bicara sambil membelai rambutku.

“Huh?! Siapa kawan mama tu?”

“Aunty Faridah. Dia nak sangat kalau anak mama ni jadi anak perempuan dia” sambung mama.

“Mama! Jangan cakap macam tu. Syah sayang mama. Syah tak nak jadi angkat aunty Faridah” bicaraku dengan nada sedih.

“Hisy! Kamu ni Syah..Mama belum habis cerita lagi la.” Balas mama sambil ketawa.

“Habis tu”

“Aunty Faridah nak anak mama sayang ni jadi menantu dia!” terang mama sebiji-sebiji.

“What?! Mama…Im not ready!”

“Honey! Listen here. You are 25 now. You should be getting married”

“Mama nak Syah fikir dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Okay la. Mama dah ngantuk. Mama tidur dulu ye”

“Oh ye! Jangan lupa buat solat Istikharah. Kot-kot terbuka hati batu Syah tu” sengih mama.

“Ye la mama.huhu.”

———————

“Kau rasa macam mana Lisa? Patut ke aku kahwin sekarang?” tanyaku pada Lisa semasa kami keluar shopping di Mid Valley.

“Hmm.. Aku rasa lebih baik kau kahwin je. Mungkin orang tua kau lebih mengetahui yang terbaik buat anaknya”

“Aku pun dah fikir panjang juga. Aku rasa pun macam tu”

“Okay la tu. Kau dah tengok ke belum bakal suami kau tu?”

“Huhu..aku tak nak tengok muka dia sebelum kahwin. Aku takut nanti hatiku berubah”

“Wah, memang ikhlas betul kawan aku ni! Apa-apa pun aku tetap sokong kau Syah”

Tiba-tiba, beg tangan Lisa diragut orang dan sepantas kilat aku membaling kasut yang aku pakai kearah peragut itu.

Kasut yang dibaling tepat-tepat mengenai kepala botak peragut yang gempal itu lalu dia tersungkur ke lantai..

“Huh! Tepat mengenai sasaran!! Ambik kau. Memang dasar badak air tak sedar diri!” kataku.

Pengawal terus menangkap peragut berkenaan dan segera mengembalikan beg tangan Lisa tadi.

“Hey peragut! Jangan ingat kitorang ni perempuan tak tahu nak lawan. Aku ni ahli silat cekak Hanafi kau tau? Lagi sekali aku nampak muka kau bertempiaran depan aku, memang nahas kau!” kataku member amaran sambil menunjukkan penumbukku yang sebesar jantungku.

Aku memakai kembali kasutku tadi dan segera berlalu pergi dan tidak mengendahkan pandangan orang ramai.

“Apa tengok-tengok? Beg tangan orang kena ragut, korang nak tengok je ke? Tolong pun tak. Jadi bystander je. Ni la masalah orang Malaysia”

“Dah la Syah! Jom blah. Bahaya la kau ni. Karang tak pasal gaduh dengan orang lain pulak” kata Lisa cuba menenangkan aku.

“Ye la..Jom”

———————

“Aku terima nikahnya Nik Nur Arisyah binti Nik Mohd Daniel dengan mas kawin RM120 tunai”

“Sah?”

“Sah” jawab 4 orang saksi.

“Alhamdulillah syukur”

Lalu, bacaan doa selamat dibaca..

Akhirnya, sah lah sudah aku menjadi isteri kepada jurutera muda petronas, ahmad Danish hari ini dan aku berasa sungguh bersyukur kerana persahabatan kami akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Alhamdulillah.

Pintu bilikku dibuka dan Danish muncul dengan senyumannya yang kacak seperti biasa..

“Assalamualaikum sayang”

“Waalaikumussalam abang” jawabku malu-malu pohon semalu.

“Sayang, abang sayang sangat kat sayang. Sayang sayang abang?” tanya Danish.

“mesti la saying saying abang! Abang kan comel macam tikus mondok.hehe” balasku bergurau.

“Muka abang yang macho macam Farid Kamil ni sayang cakap macam tikus mondok?! Jaga dia. Nak kena ni” kata Danish sambil mula mengejarku yang sudah melarikan diri dari ditangkap oleh si tikus mondok.hehe..

“Dah la. Tak larat abang nak kejar”

“I will always love you my dear” kataku berbisik dan Danish mengucup lembut pipiku tanda kasih pada isteri yang tercinta.

“Thanks dear!”

-TAMAT -




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Cerpen : Diari Si Syah”
  1. epy.elina says:

    :razz: :razz: :razz:
    gud job….

  2. Osmosis says:

    ;-) Thanks!..this is my first and last hikayat!!..enjoy! ;-)

  3. ::w@N:: says:

    best..good job..!!
    mcm real je..

  4. Osmosis says:

    Yup..citer ni brdasarkn pengalaman sendiri.. ;-)

  5. zizi says:

    cool story…. ;-)

  6. kay says:

    best try..gud2..

  7. Osmosis says:

    akan datang Diari Si Syah 2..menyingkap kisah Syah dan Danish slps kahwin.. ;-)

  8. Iman says:

    cpt buat! tak sabar dah ni.. hehehe :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"