Cerpen : lukisan cinta

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

6,496 bacaan 14 ulasan

Oleh : diya dayana isabella

Aku terima nikahnya Alia Binti Hamdan dengan mas kahwinnya RM 80 tunai. Sah! Serentak para saksi menjawabnya. Kini Alia telah selamat bergelar isteri kepada Iskandar. Walaupun perkahwinan itu merupakan rancangan keluarga, namun andai takdir telah menentukannya tiada siapa bisa mengubahnya. Cinta itu suci. Ibarat kain putih yang bersih. Perkahwinan pula merupakan satu perkongsian. Berkahwin bukan dua atau tiga kali tapi diharapkan hanya sekali dalam seumur hidup. Kedua-dua mempelai nampak sama padan dengan sepasang baju kurung dan baju melayu berwarna putih sempena hari pernikahan mereka. Berbagai dugaan diterima semasa bertunang, mereka kini lebih matang dalam menguruskan kehidupan selepas berumah tangga.
************************
“Lia”
“Ya, abah”
“Abah ada hal nak beritahu kamu ni, duduk kejap”
Suatu petang yang hening, ketika aku diminta pulang ke rumah. Ibu kulihat hanya mendiamkan diri. Belum pernah aku diminta pulang kecuali ada hal yang penting.
“Ada apa abah? Macam penting je”
Aku anak bongsu. Kak Anisah dan abang Imran sudah mendiami rumah masing-masing. Mereka sudah berumah tangga. Yang tinggal hanya aku.
“Sebenarnya, kami berdua menerima pinangan untuk kamu”
“Hah? Pinangan?”
Aku terkejut. Baru tadi aku menerima berita tentang Ros yang bakal berkahwin di kampusku. Sekarang berita ini lagi mengejutkan.
“Ya, Lia. Pinangan untuk kamu”
“Tapi abah, Lia kan masih muda, masih belajar”
“Itu kami tahu, Lia. Tapi abah takut kamu terjebak dengan perkara-perkara tak elok.”
“Kenapa abah tak beritahu Lia sebelum abah dengan ibu terima pinangan tu?”
Aku sedikit kecil hati melihat sikap diktaktor abah. Ibu pula pasti menyokong suaminya itu. Ah..tiada siapa pun berani membantah kata abah.
“Kalau kami beritahu, pasti Lia kata tak nak”
Ibuku mengeluarkan kata-katanya sekian lama mendiamkan diri.
“Pasti banyak alasan kamu, Lia. Bila lagi kamu nak bersedia kalau sepatah orang cakap, sepuluh patah kamu jawab.” Abah berkata dengan nada kerasnya.
“Beri Lia masa”
Akhirnya aku mengalah. Aku mungkin tinggal di rumah sewa bersama teman yang lain, tapi aku tidak terjebak dengan sikap liar seperti Allen dan Lucy.
“Abah beri masa, tapi ingat. Jangan sesekali malukan abah dan ibu. Kami dah terima pinangan untuk kamu”
“Baik abah”
Aku berlalu ke bilik. Perlukah perkahwinanku diaturkan pada abad ke 21 ni? Aku mengomel sendirian. Perkahwinan kan penyatuan dua hati, perlu sefahaman. Perlu hormat-menghormati antara satu sama lain.
****************************
Malam itu aku berfikir panjang. Kahwin atau tak? Sebenarnya, sama ada aku berfikir atau tak, aku tetap kena kahwin. Abah, siapa berani lawan dia. Nasibku sama seperti abang Imran dan kak Anisah. Mereka juga terpaksa menghadapi sikap tegas abah. Mungkin kerana aku anak bongsu. Tapi, abah tiada istilah tolak ansur dalam kamus hidupnya. Kalau hitam katanya, maka hitamlah dan begitu juga sebaliknya. Namun abah ni, aku respect la. Mungkin bukanlah seorang yang romantik, namun kebajikan keluarga kami dijaga dengan baik. Abah ketua keluarga yang tegas dalam mendidik. Dan mungkin sejarah keluarganya menyebabkan dia berhati-hati dalam memilih pasangan hidup untuk anak-anaknya. Kulihat kak Anisah bahagia bersama suaminya, abang Zaki dan kedua-dua permata mereka. Ahmad Faiz dan Ahmad Rayqal. Begitu juga dengan abang Imran, abangku. Dia juga bahagia bersama kak Maisarah. Dan bakal menerima cahaya mata sulung mereka. Abah agak tegas denganku berbanding abang dan kakakku. Entah.
********************
“Abah”
“Ha, Lia. Macam mana?”
“Ya abah. Aku mengangguk lemah. Abah buatlah yang terbaik, Lia ikut je. Mana yang baik bagi abah, baik jugalah bagi Lia”
“Macam tu la anak abah”
Kulihat abah dan ibu tersenyum lebar. Fahamkan mereka tentang hati dan perasaanku? Apa yang aku mahukan. Cita-cita untuk menjadi seorang pelukis masih lagi jauh.
“Nanti ibu bawakan gambarnya, Lia”
“Okay ibu”
“Lia, mereka jemput kita makan malam di rumah mereka. Esok. Pastikan Lia ada di rumah”
“Baik abah. Sepatah itu yang mampu aku katakan. Ibu, Lia nak keluar dengan Ros kejap”
“Lia, bawa kereta elok-elok”
********************
Aku dan Ros merupakan sahabat baik sejak memasuki universiti lagi. Sekarang, kami berdua di tahun akhir pengajian. Ada projek yang perlu disiapkan. Galeri seni perlu disiapkan untuk mempamerkan hasil lukisan pelajar-pelajar Art and Design. Bahan-bahan masih lagi kurang.
“Woi, Lia! Jauh menung?”
“Ros, kau dah tak reti bagi salam ke?” Aku mencebik, membuat rupa marah.
“Alah, maafkan patik puteri Alia Hamdan” Ros menyusun kemas jarinya tanda memohon maaf. Lucu juga mukanya. Aku pura-pura marah.
“Beta maafkan, wahai dayangku”
“Dayang? Eh Lia, muka punya cantik macam aku ni boleh jadi dayang je?”
“Laa…aku gurau je”
“Dah la. Melalut pulak kita. Bahan lukisan tak cukup lagi nih. Jom cari”
“Jom”
“Tapi kenapa ek, aku tengok kau macam jambatan tak siap je.Tak happy je”
“Happy? Happy la ni” Aku tersenyum hambar.
“Tak la, Lia. Citerlah” Ros mendesak.
“Sebenarnya, abah terima pinangan untuk aku. So,aku kena kahwin dengan orang yang aku tak kenal”
“Kahwin? Biar betul?”
“Betul, Ros. Tiada yang lebih betul daripada abah aku tu”
“Tahniah, Lia. Semoga kau bahagia. Sapa nama dia?”
“Thanks, Ros. ISKANDAR. Tu la nama dia”
“Tapi kenapa kau monyok je, macam mati laki je. Rasanya belum kahwin lagi.”
“Abah tu la. Perlukah mengaturkan perkahwinan aku? Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Zaman dulu boleh la. Tapi sekarang….”
“Abah kau tu mahukan yang terbaik untuk kau, Lia” Ros pantas memintas kata-kataku. Mungkin benar abah mahukan yang terbaik untuk jadi menantunya. Mungkin juga aku merasakan perkahwinan atas dasar keluarga tidak relevan. Mungkin kolot barangkali.
“Lia, kau percaya pada cinta?”
“Cinta? Entah. Aku bukan macam kau, Ros. At least kau dah kenal sapa Haikal tu. Semua tentang dia dalam kocek kau je. Dan aku tahu, Haikal cintakan kau”.
“Tak semestinya tak bahagia, Lia. Walaupun kau tak kenal dia. Kau tengok contoh terbaik. Parent’s kau. Kan bahagia tuh.”
“Ya, bahagia.” Ibu sebenarnya takutkan abah. Mungkin hormat pada pandangan ibu, tapi pada aku mereka berdua macam orang zaman dulu-dulu. Pemikiran bahawa perempuan mesti duduk di rumah, mesti jaga anak-anak dan tak boleh bekerja. Perempuan mesti ikut kata lelaki. No compromise. Kadang-kadang aku tengok abah macam menggunakan kuasa veto ke atas ibu. Zaman dah berubah sekarang tapi abah? Entahlah.
*******************
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Pertemuan di rumah Iskandar kelmarin amat menyenangkan. Itu aku akui. Dia tampak tampan dengan baju melayunya. Kulitnya putih berbeza dengan kulitku. Aku agak kekuningan langsat. Ya, renungan matanya. Bisa menikam dan menembusi jiwa-jiwa yang diulit rasa cinta. Pandangan yang bermakna. Mungkin ditujukan kepadaku. Hampir tak tertelan nasi di tekakku kerana dia menjeling tajam ke arahku. Bagaimana hendak mengenalinya? Aku berfikir sendirian.
“Awak, Alia?” Iskandar bertanya kepadaku sejurus kami ditinggalkan berdua di ruang tamu. Dia mengambil kesempatan untuk mengenali aku. Barangkali. Aku juga menggunakan kesempatan yang ada untuk lebih mengenalinya. Siapakah Iskandar yang sebenarnya di sebalik kaca mata yang dipakainya?
“Ya, saya Alia. Panggil Lia je”
“Saya Iskandar. Haris Iskandar” Aku sudah maklum akan namanya sebelum ini. Ibu yang beritahu.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?” Aku bertanya kerana aku hanya melihat uncle Nasharuddin dan untie Rozana sahaja yang ada bersama Iskandar ketika makan sebentar tadi. Hanya mereka bertiga tinggal di rumah banglo ini.
“Saya anak sulung dari dua orang adik beradik. Yusmarina tengah belajar di luar negara. She’s taking International Business in Business School. Awak?”
“Saya anak bongsu. Ada 3 orang, kakak dan abang. Semua dah berkahwin.”
“Oh…bongsu. Manja la ni”
“Manja? Taklah”
Sesedap rasa je mengatakan aku manja. Adakah rupaku yang agak baby face menampakkan aku baru berumur 18 tahun? Mungkin juga kerana aku sering disakat oleh juniorku sendiri. Aku melewati sekeliling ruang tamu. Kulihat gambar-gambar yang tergantung di dinding. Rupanya Iskandar merupakan seorang doktor. Segak mengenakan jubah doktor. Sijilnya juga menyatakan dia merupakan lulusan Ireland University. Dan dia lebih menjurus kepada psychology doktor. Hebat pencapaiannya. Adakah ilmu agamanya sehebat dengan sijil-sijil yang tergantung?
*********************
Soalan demi persoalan terjawab. Dia berumur 30 tahun. Dan persoalanku kini terjawab seusai aku dan keluargaku berimamkan Iskandar ketika keluarganya bertandang ke rumahku. Dan aku yakin, dia bukan calang-calang orangnya. Aku akui pilihan abah memang tepat. Tak dapat disangkal lagi. Cuma adakah cinta di hatinya untuk aku? Dan adakah aku mampu mencintainya?
“Lia, saya nak tanya sikit”
“Apa?”
“Adakah awak setuju dengan pertunangan ini? Please be frank with me, Lia”
Aku hanya mengangguk. “Awak?”
“Pada mulanya saya tak bersetuju, tapi lepas saya tengok awak, fikiran saya berubah”
“Berubah? Kalau awak nak tahu, abah yang merancang jodoh untuk adik-beradik saya. Kakak dan abang saya juga sama. Semua abah yang pilihkan. Kami tak dibenarkan membuat pilihan sendiri.” Aku menerangkan kedudukan sebenar.
“Oh…macam tu pula. Saya ingatkan awak gadis manja macam budak kecil. Tapi saya silap. Awak nampak manis malam tu. Sedondon dengan saya mengenakan baju berwarna hijau muda. Cantik”.
Aku tersipu malu. Aku hanya mampu tunduk mendengar pujiannya.
“Biasa saje. Saya pun tak sangka baju saya sedondon dengan awak”
“Iskandar, ke sini kejap” Ibuku memanggil Iskandar
“Ya, untie”
” Untie mahu bercakap sedikit tentang Lia ni” Aku berlalu pergi setelah melihat pandangan ibu. Entah apa yang mahu dibicaranya dengan Iskandar sampai aku tidak boleh dengar.
“Iskandar, untie harap didiklah Lia sebaik mungkin. Tegurlah apa yang patut. Lia anak bongsu kami. Manja sikit.”
“Baik untie, saya faham”
Aku hanya melihat dari jauh mereka berborak. Sesekali Iskandar hanya mengangguk. Butir bicaranya tidak aku dengari.
**********************
Aku selamat ditunangkan dengan Iskandar selepas 2 minggu kedatangannya ke rumahku. Tempoh pertunangan 6 bulan. Dan dalam pada masa yang sama, aku dan Ros sibuk menguruskan galeri seni kami.Atas tuntutan Iskandar sebagai seorang doktor, dia juga tidak mempunyai kesempatan untuk menemuiku. Aku berpindah ke rumah kerana peperiksaan telah tamat. Kami hanya perlu menjayakan pameran galeri seni ini dan menjual hasil lukisan beserta potret. Hasil pembelian akan disalurkan ke tabung Art and Design Club untuk dana aktiviti kelab dan persatuan. Semester lepas persatuan itu telah mengadakan rombongan ke Kuala Gandah di Pahang. Namun, aku tidak dapat pergi kerana tuntutan assignment yang berlambak. Pagi itu cuaca mendung dan hujan tiba-tiba turun.
“Assalamualaikum, Ros”
“Waalaikummussalam, Lia. Kenapa call aku?”
“Aku tak dapat datang la. Hujan lebat ni”
“Okay. Roger, Lia”
“Kau uruskanlah apa yang patut kat galeri tu”
“Okay, jangan risaulah. Haikal pun ada ni”
“Okay”
***************
Tinggal sehari sahaja lagi, Galeri Sri Cendana akan dibuka selama dua hari kepada orang ramai. Hari seterusnya, galeri itu akan di ambil alih oleh Ben, seorang pelukis terkenal yang merupakan pemilik sebenar galeri itu. Kami cuma membantunya tapi Ben pernah kata yang kami boleh terus bekerja dengannya selepas graduasi.
“Nah”
“Apa ni?” Soal Iskandar
“Tiket ke galeri Sri Cendana.Kalau-kalau awak berminat untuk melihat hasil lukisan dan potret”.
“Oh..tapi kenapa dua keping?”
“Awak bawa la kawan, taklah bosan nanti”
“Okay Lia. I try my best to come”
“Kalau awak datang, mesej saya. Nanti saya tunjukkan awak lukisan dan potret yang ada”
“Okay, boleh gak saya tengok kehebatan tunang saya melukis”
“Jangan terlalu memuji”
****************
Seperti yang dijanjikan aku melihat kelibatnya dari jauh. Iskandar bersama seorang perempuan. Seksi dan agak manja perlakuannya. Mereka berpegangan tangan. Ah..aku hanya membiarkan. Kenapa aku tak rasa cemburu? Kenapa tiada seulit rasa marah ketika melihat mereka? Entah. Mungkin aku tidak merasai getaran cinta itu. Aku lihat Iskandar melambai ke arahku. Aku membalas. Iskandar meleraikan ikatan tangannya setelah menyedari aku merenungnya.
“Lia, cantik hiasan galeri ni”
“Thanks Is”
“Ha, kenalkan. Ni Wana. Kawan saya. Wana ni Lia..Alia. Tunang saya”
” Hai Wana. Nice to meet you”
“Oh…nilah Lia. Tunang Iskandar. Cantik.”
“Saya biasa saje, Wana pun apa kurangnya. Cantik juga” Kawan? Kawan apakah yang berpegang tangan sambil melingkar di pinggang Iskandar. Pertemuan itu menimbulkan rasa tidak senang hati. Adakah Iskandar tidak jujur? Siapakah aku sebagai tunangnya? Aku meninggalkan mereka berdua. Malas aku melihat kegedikkan Wana. Ahh…gatal. Tapi kalau tak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Iskandar juga sama sahaja. Aku rasa seperti dipermainkan. Lantas aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Biarlah Iskandar mencari aku.
********************
Malam itu deringan handphoneku berbunyi beberapa kali. Tertera nama Iskandar. Aku biarkan segala mesej dan telefon itu tidak ku angkat. Aku biarkan tidak berjawab. Penat la. Mengingatkan adegan-adegan panas Iskandar dan Wana membuatkan aku rasa tertipu. Inikah sikap Iskandar yang sebenarnya?
“Lia, sapa perempuan yang datang dengan Iskandar semalam?” Soal Ros kepadaku.
“Kawan katanya. Nama dia Wana. Kenapa Ros?”
“Takde la, mesra semacam je aku tengok. Kau tak risau ke?”
” Mesra? Mesra macam mana?” Aku pura-pura tak tahu, sedangkan disebabkan merekalah aku beredar dari galeri itu.
“Ye la, Lia. Merengek-rengek macam budak kecil je Wana tu. Gatal la.”
“Entah” Balasku pendek.
“Eh, dia dah tahu kau tunang Iskandar?” Soal Ros lagi. Makin dilayan, makin menjadi pula si Ros ni. Mengalahkan Detective Conan fikirku.
“Dia tahu. Is yang kenalkan kami”
“Aku nak cakap sesuatu, tapi kau jangan marah ek”
“Apa dia Ros?”
“Sebenarnya aku dengan Haikal nampak dia dengan Iskandar minggu lepas. Dekat KLCC.”
“Hmm…macam tu pula. Entahlah Ros. Aku pun tak faham”.
“Kau dengan dia macam mana sebenarnya ni?”
“Entah. Ros, aku dalam proses berkenalan la ni”
“Aku tak faham la korang ni”
“Takpe Ros, lagipun perhubungan ini kan atas aturan keluarga. Apa yang aku boleh buat. Aku tak nak malukan keluarga aku. Lebih-lebih lagi abah.”
Aku lihat Ros cuma mengeleng. Ros, aku sebenarnya cemburu sangat tengok kau. Haikal baik. Dia setia dekat kau sorang je. Kata-kata itu tidak terluah. Cuma terbuku di dalam hati.
*****************
Petang itu rumahku menerima tetamu. Iskandar! Aku sedang menghadap novel. Membaca adalah kegemaranku. Sunyi pula sementara menunggu jawapan dari temuduga kelmarin. Aku dah cuba yang terbaik, insyaAllah akan berjaya.
“Lia” Kedengaran pintu berkuak lembut. Ibu masuk ke bilikku.
“Ya ibu” jawabku perlahan.
“Lia, Iskandar ada kat bawah tu. Dia nak jumpa kamu”.
“Baik bu”. Aku lantas menyarung tudung dan menukar pakaian. Dia merenungi aku dengan pandangan yang kurang menyenangkan ketika aku menuruni anak tangga.
“Lia, awak sihat?” Iskandar memulakan bicaranya. Ibu pula ke dapur membuat air.
“Sihat” Balasku.
“Kenapa mengelak dari saya, Lia? Saya call awak tak angkat. Saya mesej, awak tak reply”.
“Maaf” Tuturku perlahan.
“Maaf? Senangnya kata awak. Siapa saya ni?”
“Tunang saya”
“Tunang awak kan. So, macam ni ke awak layan tunang awak?” Soalannya bertubi-tubi amat merimaskan. Macamlah aku isterinya. Ahh…kata-katanya seumpama memerli aku.
“Wana tu sapa?”
” Oh..ni kes jelous la ni. Tu yang awak lari masa pameran galeri awak” Ah..mati kutu aku dibuatnya. Dia macam pandai membaca isi hatiku. Malu.
“Jelous? Takdelah, saya tengok awak rapat semacam je. Hairan saya”.
“Sebenarnya Wana tu patient saya. Penghidap sakit jiwa. Dia sedang pulih. Semangatnya runtuh setelah kematian teman lelakinya”. Aku mendengar penjelasan Iskandar. Tapi masakan perihal peribadi dan kerja boleh dicampuradukkan.
“Maaf, Is”
“Okay, saya maafkan kali ni. Mulai hari ini, awak kena percayakan saya. Boleh?”
“Saya akan cuba yang terbaik”Perhubungan itu jernih kembali. Iskandar, aku sedang belajar mengenalimu.
*************************
Sementara menunggu jawapan temuduga, aku melukis di galeri Ben. Bosan kerana tiada apa yang boleh aku lakukan tika ini. Perlahan tanganku menggerakkan rupa seseorang. Aku terfikirkan Iskandar saat ini. Bagaimanakah dia? Sihatkah? Aku melukis raut wajahnya. Gambarnya tidak aku perlukan kerana aku mengingati setiap inci wajahnya. Perawakannya nampak lembut, namun panas baran barangkali. Renungannya tajam seolah-olah memperlihatkan sesuatu. Namun, sukar difahami hati lelaki itu. Aku terleka mengingati kata-kata Ros. Adakah cinta hadir dalam hatinya? Adakah dia dapat meneka hati aku?
“Hei, Lia. Awak ingat sapa tu?”Aku terkejut. Kelihatan Iskandar di belakangku. Dia tersenyum. Manis senyumannya.
“Eh, awak Iskandar. Awak buat apa kat sini?”
“Jengok awaklah. Ibu kata awak kat sini” Tanganku pantas menutup potret Iskandar dengan kain. Dia terlihat barangkali.
“Oh, awak tak kerja hari ni?” Soalku.
“Tak, saya off hari ni. Nak ajak awak keluar makan”
“Kejap, saya bersihkan tangan”
“Potret sapa tu? Boleh saya tengok?”
“Tak..tak siap lagi, Is. Baru lukis mukanya, nanti dah siap saya beri awak tengok”
“Okay, takpe. Lain kali je saya tengok” Sikapnya memahami dan tidak memaksa. Itulah kelebihannya. Mungkin.
Kami makan di restoran berdekatan. Dia seorang yang suka ketawa barangkali. Bibir merah itu suka melemparkan senyuman lebar sehingga ternampak lesung pipit di pipinya. Dia tidak merokok, kerana bibirnya yang merah itu. Senyumannya pasti membuatku tidak keruan. Alah…bagaikan dipanah dewa asmara pula. Hehe…terasa bahagia dan selamat di sisinya. Adakah ini cinta? Aku merenungnya. Menjamah setiap inci wajahnya. Tidak sedar pula dia melambai tangan kanannya ke arahku. Dia berdehem kecil.
“Ehem…” Lantas mematikan lamunanku.
“Sorry….Is” Aku menunduk. Menekur lantai. Lama.
“Dah sampai mana cik Lia? Ingat kat sapa? Takkan ingat kat saya kot…saya kan depan awak ni”
“Maaf”
“Kenapa tenung saya?”
“Awak marah ke, Is?”
“Taklah…saya suka. Suka sangat. Macam tu la. Awak kan tunang saya”
Alamak, nakal pula si Is ni. Aku jatuh cinta padanya barangkali. Hehe…cinta itu berputik. Takut juga rasanya kerana dia tidak pernah berterus terang mengenai perasaannya yang sebenarnya kepadaku. Mungkin juga dia terpaksa dengan ikatan pertunangan ini. Atas pilihan keluarga. Mungkin juga.
*****************
Ros dan Haikal akan bernikah hujung minggu ini. Aku dan Iskandar diminta menjadi pengapit mereka. PENGAPIT!! Macam tak percaya je. Tapi apa boleh buat bila Iskandar sendiri menyetujuinya. Aku menolak pada mulanya. Pada hari persandingan itu, Iskandar merenungku lama. Ah..rasa tidak senang pula diperhati sebegitu. Mungkin aku comel kot. Hehe…habis sahaja persandingan, Iskandar mengajakku makan bersamanya.
“Jom makan, sayang” SAYANG?? Dia memanggilku sayang. Adakah benar atau bermimpi?
“Makan, jom. Lapar gak ni”
“Cantik awak hari ni”
“Terima kasih. Kenapa tengok saya macam tu?”
“Saja. Nak tengok awak puas-puas. Comel gak awak ni. Kalau senyum kan cantik, jangan masam je, nanti berkedut”
“Alah, kalau dah tua, awak cari je yang lain”
“Taknak lah. Saya nak awak je. Yang lain saya tak nak. Kalau tua pun, saya tak kisah. Janji awak!”
Hehe..macam aku pula yang berkahwin hari ni. Iskandar nampaknya tidak kekok menguruskan meja-meja dan menolong membasuh pinggan. Aku penat. So, duduk je la. Tolong tengok. Iskandar menjadi tumpuan para gadis pada hari itu. Tak dinafikan, tunangku memang kacak. Hehe..puji tunang sendiri. Kadangkala cemburu juga apabila tunangku sendiri menjadi tumpuan. Jangan curi Is sudahlah. Hehe…aku mulai mencintainya. Mungkin. Rindu jika tidak bertemu. Adakah dia merasa seperti perasaanku? Entah. Sikapnya sukar diramal, kadang-kadang caring dan kadang-kadang membiarku meneka perasaannya.
“Awak tak penat ke?”
“Sikit je lagi ni. Lepas ni kita balik”
Aku mengangguk perlahan. “Nah, air”
“Terima kasih” Perlakuanku menjadi perhatian dua pasang mata. Haikal dan Ros.
“Amboi, romantiknya. Betul tak Haikal?”
“Betul la Ros. Sayang, ambilkan abang air” Aku menunduk. Iskandar hanya tersenyum. Hehe..apa la Ros dan Haikal ni. Sempat juga mengusik aku dan Is. Haikal mengajuk perlakuanku. Malu. Pipiku terasa bahang.
*********************
Aku meneruskan melukis potret Iskandar di galeri Ben. Menyudahkan potret ini dan mewarnanya. Kedatanganku disambut baik oleh Ben. Sesekali Ben mengusik. Katanya aku dilamun cinta. Potret Iskandar aku lukis dengan teliti. Tidak tinggal sedikitpun wajahnya ku lukis. Tiba-tiba terasa bahuku disentuh lembut, aku menoleh.
“Eh..awak. Wana kan? Kawan Iskandar”
“Ya, saya. Cantik lukisan awak, Lia”
“Terima kasih, Wana”
” Saya sebenarnya nak berbincang sesuatu dengan awak, boleh kita pergi minum?”
“Bincang? Kejap, saya tukar apron dulu” Potret Is aku biarkan sementara. Apalagi yang Wana mahukan. Entah. Aku ikut rentaknya.
“Saya sukakan Is” Gadis ini terlalu berterus-terang. Robek hatiku saat ini. Mendengar pengakuannya yang tulus. Begitu berani dalam meluahkan isi hati.
“Saya tahu, Wana”
“Macam mana awak tahu?”
“Wana, saya pun wanita. Sama seperti awak. Melalui pandangan mata awak, saya tahu awak sukakan dia”
“Tapi dia tak sukakan saya” Apa yang harus aku jawabkan soalan Wana ni. Buntu.
“Habis tu, awak nak saya buat apa, Wana?”
“Lepaskan Is, Lia. Please, Lia” Wana memegang lembut tanganku. Dia merayu. Titisan air matanya jelas kelihatan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku berdoa dalam hati. Mohon diperkuatkan iman. Aku sudah mula mencintainya, Ya Allah. Jangan ambil Is dari aku.
“Lepaskan Is?”
“Ya, Lia. Saya janji saya takkan ganggu hidup awak. Saya tahu awak terpaksa bertunang dengan dia”
“Awak ingat Iskandar akan setuju kalau saya buat macam ni?”
“Saya tak pasti, tapi sejak akhir-akhir ni dia seolah mengelak dari jumpa saya, Lia. Tolong saya Lia. Saya tak boleh hidup tanpa dia”
“Baik Wana, kalau itu yang awak mahukan” Betapa lirihnya hati aku mendengar rayuan Wana. Buntu. Yang pastinya Wana benar-benar mencintai Is. Betulkah apa yang aku lakukan ini? Meninggalkan Is hanya kerana rintihan Wana? Tegarkah aku yang bernama wanita, melihat kesengsaraan Wana demi kebahagiaanku sendiri? Aku kesian melihat Wana sebenarnya. Is pernah cerita tentangnya. Wana anak yatim dan miskin. Dia merupakan anak angkat. Lebih-lebih lagi Wana merupakan pesakit yang dalam proses untuk pulih dari sakit jiwanya. Dia memerlukan sokongan.
****************
Malam itu sebenarnya Is mengajakku makan bersamanya. Tapi aku tidak datang. Maafkan aku, Is. Aku pura-pura tidur ketika ibu menolak lembut pintu bilikku. Seperti ku duga, Is pasti mencariku di rumah. Telefonku berbunyi. Entah beberapa kali. Lantas aku offkan. Adilkah aku, Is? Tanpa aku sedari, mutiara jernih jatuh berderaian di pipiku. Malam itu, aku menangis sepuasnya. Menangis kerana kekalahanku mempertahankan cinta Is. Aku tatap lama potretnya yang tergantung di bilikku. Aku sudah siapkan potret Is. Is..maafkan aku. Maafkan aku kerana mencintaimu. Maafkan kerana melukai hatimu. Semoga awak bahagia dengan Wana. Keesokan harinya pula aku menerima bungkusan yang tertera namaku. Lantas aku bukakan kertas pembalutnya dan mendapati beberapa keping gambar dan sekeping cakera padat di dalamnya. Luluh hatiku bagai dihempas kaca saat ini apabila terpandangkan gambar seseorang yang amat kukenal. Is! Dan perempuan di sebelahnya, Wana. Sandiwara apakah yang sedang Is mainkan ini? Aku capai laptop dan memasukkan cakera padat ke dalamnya. Ya, Allah! Is dan Wana. Mereka berdua tidur di hotel. Ya, aku pasti. Mesra benar perlakuan dalam CD itu. Ya, Allah dugaan apakah ini? Buat kesekalian kalinya, hati ini merintih pedih. Ya, Allah lukanya hati aku saat ini. Dan buat kesekaliannya titisan panas menitis di pipiku. Bengkak mataku barangkali.
****************
Minggu itu, abah tiada di rumah. Outstation di luar negeri. Hanya tinggal aku dan ibu. Aku hanya memerap di dalam bilik. Malas. Aku ingin bersendirian saat ini. Menyepikan diri dari dunia luar. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Perlahan pintu itu ditolak.
“Lia, Is nak jumpa”.
“Ibu, Lia tak nak jumpa dia. Please, bu” Ibuku hanya mengeleng. Aku dimarahi abah kelmarin ketika memintanya membatalkan perkahwinan aku dan Is. Abah seorang yang menepati janji. Kata perlu dikota, janji pula perlu ditepati. Itu prinsip abah. Persiapan perkahwinan sedang giat dijalankan. Hanya tinggal sebulan.
Sekali lagi pintu bilikku diketuk. Tapi kali ini kedengaran suara lelaki. Ah..Is. aku pantas mencapai tudung dan menyarungnya. Aku berbaring di hujung katil. Is masuk tanpa disuruh.
“Lia” Aku lihat ibu ada di luar pintu bilikku. Pintu itu didedahkan, dibiarkan terbuka. Kulihat wajah Is sugul. Dia terpandangkan potretnya di dinding bilikku. Penuh tanda tanya di mukanya.
“Kenapa datang cari saya?”
“Untie kata awak tak sihat, demam. Awak tak makan dari pagi kan”
“Jangan peduli pasal saya, boleh Is? Mind your own business”. Aku memalingkan muka dari menghadap mukanya. Jijik.
“Lia, kenapa ni? Apa salah saya?” Kenapa nak batalkan perkahwinan ni?” Bertalu soalan yang keluar dari bibir merah itu.
“Nah! Awak tengoklah sendiri. Tolong balik, saya tak nak jumpa awak” Kepalaku pening saat itu. Berpinar-pinar dan aku lihat sekelilingku berpusing. Mata semakin kelam dan tidak berdaya untuk dibuka. Kabur.
**************
Sedar-sedar aku berada di hospital. Aku tersedar, namun aku pura-pura tidur. Is di sisiku. Suara itu perlahan, memuntahkan sesuatu namun butirannya jelas. Dia mengatakan sesuatu.
“Lia, maafkan Is. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku masa saya pergi seminar kesihatan tu. Wana perangkap saya. Dan gambar tu, tipu semata-mata. Saya tak bergambar dengannya. Saya menyesal Lia. Maafkan saya. Saya akui, saya dah mula cintakan awak. Dulu lagi, masa first time saya tengok awak. Saya dah jatuh hati dengan awak, Lia. Bila saya ternampak awak melukis potret saya, time tu saya dah yakin, awak tercipta untuk saya. Awaklah orangnya. Cinta awak terlukis dalam hati saya. Beri saya peluang kedua, Lia. Please, Lia”. Is tunduk, menekur lantai.
“Peluang kedua?”
“Eh…awak dah sedar” Aku sengaja berbuat begitu. Mengujinya. Air mata lelaki itu tumpas tatkala menginsafi perbuatannya dan memohon pengertian daripadaku. Aku terharu.
“Ya, saya dah sedar, dari tadi lagi” Is terpana, mungkin terkejut mendengar pengakuanku.
“Jadi…awak?”
“Ya, Is, saya dengar segalanya”
” Lia….”
“Ya, Is” Aku lihat keluargaku dan keluarganya memerhatikan gelagat kami berdua di sebalik pintu. Memberikan kami privasi. Dan di hadapan keluargaku…Is
“Alia binti Hamdan”
“Ya, Is”
“Sudikah awak menyempurnakan hidup saya, saat ini dan untuk selamanya? Membina istana cinta bahagia bersama saya? Mewarnai dunia saya dengan cinta awak?
“Sudi”
Aku terharu mendengar pengakuan tulusnya. Ikhlas. Air mata kegembiraan itu menitis jua. Keluargaku dan keluarganya menjadi saksi. Cinta itu terpatri. Dan Wana meminta maaf atas kesilapannya. Dia tak mampu memiliki hati Is. Dia akur, cinta Is bukan untuknya. Tapi untuk aku. Terima kasih Is. Aku kini percayakan cinta itu milikku dan Is. Berita itu amat menggembirakan. Lebih-lebih lagi aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat majalah tempatan. Sejak itu, aku sentiasa percayakan cinta. Pasti.
Oleh: diya dayana isabella


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Cerpen : lukisan cinta”
  1. aqis says:

    nice story… i loike… hehehe

  2. MilkyLove21 says:

    Ending dia,terlalu biasa..rasa tak puas hati..

  3. princess zue says:

    so sweet…
    :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"