
Cerpen : Hanya Kau Di Hati
Oleh : Wanny Azwani
“Woi Wani! Cepatlah sikit! Kang nanti jammed!”jerit Najla dari luar rumah. Cadangnya hendak membeli buku di Jusco.
“Ye! Aku datang la ni!”balasku.
Kami berdua bergerak menuju ke destinasi dengan kereta Najla, memandangkan kereta Satria Neo kesayanganku berada di ‘klinik’.
Setibanya kami di Jusco, kami lantas ke MPH. Aku tercari-cari novel ‘Cinta Kau Dan Aku’ by Siti Rosmizah, penulis kegemaranku.
Sedang aku memilih buku, aku terlanggar seorang pemuda yang kebetulan berada di belakangku. Habis buku-buku yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Dia memandangku dengan muka masam.
“Sorry! Saya tak sengaja!”ujarku. Dia masih memandangku dengan muka masam. Apahal plak mamat ni?
“Takde mata ke?”balasnya pedas. Membara api kemarahan dalam diriku. Kan aku dah minta maaf?
“Tak! Takde!”getusku kasar. Bengang betul aku! Aku dapat rasakan manusia-manusia di sekitar sedang memandang ke arah kami.
“Kalau dah tau takde mata, tak yah la datang sini. Duduk je diam-diam kat rumah!”ujarnya lagi. Dia lantas mengutip buku-bukunya di atas lantai. Najla berlari anak ke arahku. Dia cuba menenangkan aku. Mungkin dia tahu aku jenis yang panas baran.
“Apahal kau ni kerek sangat hah? Kau ingat MPH ni bapak kau punya ke??!!”balasku. Najla sudah menarik taganku agar beredar dari situ.
Lelaki itu tersengih. “So? MPH ni bapak kau punya la?”begitu lembut nadanya menyindir aku.
“Kau!!!”jari telunjukku aku tunding ke mukanya. Dia masih tersengih berlagak memandangku.
“Wani, dah la tu. Malu la. Jom keluar!”Najla menarik tanganku keluar dari MPH itu.
***
“Yang kau pergi tarik tangan aku tu sapa suruh?”marahku setibanya kami di rumah.
“Habis? Kau nak semua orang pandang kau macam orang yang tak sopan? Camtu?”balasnya.
“Alah! Bukan salah aku pon!”getusku.
“Dah la. Kita tutup kes ok? Kita bukannya kenal pon dengan mamat tu.”Najla cuba memujuk.
“Ok,”aku mengeluh kecil. Tiba-tiba datang rasa malu apabila mengenangkan bahawa aku bergaduh seperti budak kecil. Arhh! Tak matang sungguh!
***
“No, no,no! Asal aku kena temankan kau pulak? Aku dah janji la nak balik kampung dengan adik aku, minggu ni.”bantahku.
“Ala, Wani…please! Aku takde kawan la. Kau pun tahu kan yang mak aku tu bukannya bagi aku berkawan dengan budak-budak kat kampung aku tu. Katanya bebudak tu tak sopan. Ta berpelajaran macam aku. Aku boring la weh. Please!! Temankan aku.”rayu Najla. Aku sudah hendak ketawa melihat muka seposennya itu.
“Ok la…”akhirnya aku mengalah. Lagipun ini bukannya pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumahnya di kampung. Mungkin ini kali ketiga.
“Thanks!! Kau lah sahabat aku dunia akhirat!”jerit Najla lalu kami tertawa.
***
Aku bersalam dengan Mak Cik Idah, mak Najla. Pak Cik Sulaiman kulihat tersenyum lebar memandang aku dan Najla.
“Dah lama kamu tak datang rumah mak cik ni, Wani”ujar Mak cik Idah. Aku hanya tersenyum.
“Pergi la rehat, mandi dulu. Mesti penat drive dari Shah Alam ke Ipoh ni.”kata Pak cik Sulaiman.
“Ye ayah.”balas Najla. Kami menuju ke bilik dan melepaskan lelah. Aku membuka tudungku dan menukar baju.
Selepas kami menunaikan solat asar, kami pergi ke dapur untuk minum petang.
“Mak, abang mana?”tanya Najla.
“Abang kamu tu keluar jumpa kawan katanya. Sekejap lagi balik la tu.”
Aku mengambil sebiji pau daging dan menjamahnya. Mak cik Idah memang terkenal di kampung itu dengan kepakarannya membuat kuih. Lagi-lagi kuih pau. Memang kegemaranku!
“Assalamualikum!”kedengaran satu suara dari pintu hadapan. Najla sudah tersenyum. Dia berlari anak ke pintu hadapan. Aku mengekor perlahan.
“Abang!”Najla bersalam dengan abangnya. Aku tersenyum. Sungguh rapat mereka. Maklumlah, hanya mereka putera dan puteri di rumah ini.
“Adik, bila balik?”tanyanya. dia tersenyum ke arahku.
“Tengahari tadi adik sampai.”balas Najla. Dia melihat-lihat ke luar
apabila perasan ada orang di pintu pagar rumahnya.
“Siapa tu, bang?”
“Oh, lupa abang nak panggil dia. Sofi! Woi! Sinilah! Kau buat ape berdiri kat luar tu?”laung Azwan.
Pemuda itu berjalan pantas ke arah mereka. Aku dan Najla terpempam. Ya Allah apakah ini ujianMu?
“Kau??!!”aku dan pemuda itu serentak berkata.
***
“Hahahahha!!!”Azwan ketawa kuat. Sampai mengalir air matanya.
Aku buat muka straight. Najla masih tersengih. Tak guna punya kawan! Yang kau pergi cerita dari A sampai Z tu apesal?
“Susah abang nak percaya dik. Sebab kawan abang Sofi ni mana suka gaduh ngan orang.”Azwan menghabiskan sisa tawanya. Pemuda bernama Sofi itu memandang ke luar.
Ish! Benci aku dengan mamat kerek ni. Aku meneliti wajahnya. Kulit sawo matang. Rambut macam sakai laut. Eh, ade misai. Haha. Eh, eh, dia pakai spec ke? Hari tu macam tak je. Baju pun nampak selekeh macam orang yang takde masa depan. Hiish! Tak minat betul aku.
“Hai Wani..jangan tenung lama-lama. Nanti dari mata turun ke hati.”usik Najla. Aduh..merah wajahku waktu itu. Aku segera memandang ke luar. Sofi menjelingku.
“Wan! Ajak la kawan kamu tu pergi sungai. Pancing ikan. Ayah kamu pun ada kat sana.”laung Mak cik Idah dari dapur.
“Ye mak! Jom, siapa nak ikut?”Azwan bertanya pada mereka bertiga. Najla laju mengangkat tangan. Dia turut mengangkat tanganku. Mahu saja aku memarahinya namun aku tahu bahawa memancing adalah aktiviti kesukaan Najla dan Azwan. Aku mengalah.
“Memandangkan aku pun takde ape-ape nak buat, aku join la.”kata Sofi. Aku mengangkat kepala mendengar suaranya. Oh tidakkkk!!!!!!
***
Kami berempat mengambil port masing-masing. Azwan dan Sofi pergi ke lubuk sungai, tidak jauh dari kami. Manakala aku dan Najla memancing di mana-mana pun tak apa, asalkan ada joran dan umpan. Hehe.
“Kau ni reti pancing ke tak ni, Wani?”Najla memerliku apabila melihat aku terkial-kial mahu melempar joran.
“Aku bukan tak reti, Cuma tak biasa je. Maklumlah aku ni biasa buat kerja-kerja dapur je.”balasku secara tak langsung memerlinya kembali. Kami memandang satu sama lain lalu tertawa.
“Kau perli aku eh?”Najla masih tertawa. Dia memang jarang membantu di dapur. Lagipun kalau dia cuba membantu, banyak masalah yang akan berlaku nanti. Contohnya, teh akan rasa masin akibat dia tersilap percaturan mana satu gula dan yang mana satu garam.
“Kau yang perli aku dulu. Aku balas ar. Hahaha”aku tergelak.
Tiba-tiba aku terpandang Sofi yang kelihatan memandangku. Namun dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Aku buat tak perasan lantas mengalihkan perhatianku pada mata joran di sungai.
“Eh, Lala! Ape kena joran aku ni?”aku mengadu apabila joranku bergegar dan seperti ditarik-tarik.
“Woi! Sentaplah cepat! Ikan dah makan umpan tu!”jerit Najla girang.
“Sentap? Sentap tu macam mana?”aku sempat bertanya walaupun joranku seperti mahu terlepas dari tangan.
“Sentap tu macam ni.”tiba-tiba joranku ditarik ke atas oleh satu tenaga. Aku berpaling ke belakang. Sofi?????
Dia menarik-narik joranku setelah aku melepaskannya. Akhirnya dia berjaya menaikkan seekor ikan haruan kira-kira 30cm panjangnya. Najla bertepuk tangan. Azwan tersenyum. Aku buat muka takde perasaan.
“Tu la, kalau tak reti tu, jangan nak mengada-ngada try.”Sofi sempat berbisik di telingaku. Arghh!!!!! Aku benci dia!!! Benci!!
Tiba-tiba, aku dapat rasakan yang aku telah terpijak satu benda licin. Tanpa sempat berbuat apa-apa, aku..Buushh!! Aku tejatuh ke dalam sungai. Aku tercungap-cungap. Tenggelam timbul aku dalam sungai yang dalam itu.
“Waniiii!!!!!”Najla menjerit ketakutan.
“Woi! Berenanglah!!”jerit Sofi.
“Dia…dia tak reti..berenang.”ujar Najla menggigil.
Sofi membuka bajunya untuk terjun namun sebelum sempat dia berbuat demikian, Azwan terlebih dulu terjun ke dalam sungai. Dia berenang pantas lalu memaut badan aku. Aku ditariknya ke tepi lalu mendukungku ke tebing.
“Wani! Wani!”Azwan kelihatan gelisah. Najla dan Sofi terpana.
“Uweekk! Aku memuntahkan air dari dalam mulutku. Dengan payah aku membuka mata.
“Syukurlah.”Azwan menghela nafas lega.
Aku cuba bangun. Najla membantuku. Sofi masih kaku di tempatnya. Azwan pula tercungap-cungap kepenatan.
“Wani..”aku berpaling memandang Azwan yang menyebut namaku.
“Beratnya awak..”usiknya lalu ketawa. Merah padam muka aku. Namun aku turut ketawa.
“Ya Allah! Apa dah jadi ni Azwan? Najla?”Pak cik Sulaiman bertanya. Dia kebetulan lalu di situ.
“Wani jatuh dalam sungai. Nasib baik abang Azwan selamatkan.”Najla membalas.
“Alhamdullilah.. dah jom balik.”Sulaiman tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut memandangkan mereka berempat kelihatan penat.
***
“Kamu tidur sajalah di sini. Lagipun kamu tu penat, nak drive ke Shah Alam balik, larat ke?”ujar Pak cik Sulaiman pada Sofi. Sofi hanya mengangguk.
Pada pagi keesokan harinya, aku dan Najla menolong di dapur. Buat sarapan pagi. Aku mengusik Najla yang terkial-kial menggoreng sambal. Dia bengang lalu mengejar aku satu rumah. Aku ketawa sambil berlari. Tiba-tiba, dukk!!
“Aduh!”
“Aw!”
Aku memandang ke hadapan. Oh tidakk!!
“Kau ni, apesal suka langgar aku hah?”getus Sofi. Takleh cakap dia takde mata. Nanti dia balas balik.
Aku memandangnya masam. Najla sudah terkulat-kulat di belakangku.
“Sori abang Sofi. Tadi Lala kejar Wani. Tu yang dia lari tak tengok depan.”Najla bersuara.
Sofi memandangku. Aku memasamkan muka. Tiba-tiba Azwan membuka pintu dan menjengah.
“Gaduh lagi?”tanyanya.
Dia berjalan ke arah kami. “Dah la, jom sarapan.”ajaknya. aku mengikut Azwan. Sempat aku menjelirkan lidah pada Sofi.
“Eei perempuan ni.. mencabar kesabaran aku betul!”getus Sofi dalam hati.
***
“Abang Wan, Wani ucapkan terima kasih banyak sebab selamatkan Wani hari tu. Kalau takde abang, tak tahulah macam mana.”aku berterima kasih pada penyelamatku. Sofi di sebelah Azwan kelihatan mengajuk cakapku.
“No, hal lah Wani. Abang sedia membantu. Kalau ada apa-apa masalah,jangan segan telefon abang tau.”pesannya.
“Amboi, amboi…dengan Wani bukan main manis ayat. Habis kalau Lala yang ade masalah?”kata Najla tersenyum. Saja mengusik abangnya.
“Kalau Lala yang ada masalah, jangan segan telefon Tanjung Rambutan.
Mungkin diorang boleh bantu.”balas Azwan lalu ketawa kuat. Aku turut ketawa. Najla mencubit Azwan.
“Ye la..adik pun call lah abang kalau ada masalah.”ujar Azwan. Najla mengangguk.
Setelah bersalaman dengan ayah dan mak Najla, aku dan Najla bertolak ke Shah Alam. Dengarnya Sofi akan bertolak petang. Hmm..baguslah. takdelah aku meluat asyik tengok muka dia je.
***
Hari ini aku bercadang hendak lunch di KFC memandangkan sudah lama tidak menjejakkan kaki di situ. Setelah aku membayar harga snack plate, aku mencari tempat duduk. “Ya Allah! Ramainya orang!”getus hatiku. Aku nak duduk kat mana ni?
Tiba-tiba ada satu tangan yang menggamitku. Aku mengecilkan mata melihat gerangannya. Walaupun aku memakai cermin mata, aku masih rabun. Tapi tidaklah teruk sangat. Aku tersenyum melihat lelaki itu. Lantas aku mendekatinya.
“Duduklah, Wani.”pelawanya. di hadapannya ada sebuah komputer riba.
“Abang Wan buat apa kat sini?”tanyaku.
“Abang tengah sidai kain ni. Hahaha”dia mengusik. Aku turut tertawa.
“Takde lah. Abang tengah tunggu makanan sampai. Baru je order
tadi.”dia masih tersengih.
“Hoi Wan! Lepak je ko eh? Bukannya nak tolong aku.”ujar satu suara. Aku terkedu. Oh no! not him again!!!
Sofi tersenyum manis. Apabila terpandang aku, wajahnya tiba-tiba berubah. Dia memandangku seperti aku telah melakukan satu kesalahan juvana.
“Ape pandang-pandang?”getusku tak puas hati.
“Eh eh, perasan plak.”balasnya lalu duduk.
Aku tak kisah, janji aku dapat makan. Segera aku menjamah hidangan itu. Sedang aku enak menjamu selera,..
“Wani..”tegur Azwan lalu jari telunjuknya ditujukan pada pipinya.
“Apa?”soalku.
Tanpa berfikir panjang, Azwan mengambil tisu lalu mengelap pipiku.
“Ada sos.”ujarnya lembut sambil tersenyum. Mukaku merah. Sofi masih makan, tidak mempedulikan kami.
“Wani ni, comellah!”ayat yang terkeluar ari mulut Azwan berjaya menarik perhatian Sofi. Aku masih terpana. Sofi memandang ke arahku. Dia seperti menahan ketawa. Dan akhirnya…
“Hahahhahahahhahha!!!!”dia ketawa kuat sehingga pengunjung-pengunjug lain memandang ke arah kami.
“Comel? Kau kata dia comel Wan? Aku rasa kau kena pakai spec la Wan. Macam ni punya hodoh kau cakap comel. Kau tak nampak ke muka dia yang penuh jerawat tu? Bercela sana-sini. Siap ada misai lagi tu. Hahahahhaha!! Pakai spec cam nerd lagi. Cuba kau perhati kening dia Wan, bersabit…
“Dah puas kau hina aku??!!”aku menjerit seraya bangun dari tempat dudukku. Tanpa aku suruh, air mataku deras mengalir dipipi. Azwan kelihatan gelisah. Aku mengambil tas tanganku lalu berlari keluar dari tempat itu. Aku menangis… sampai hati dia…
“Wani!!”Azwan melaung namaku. Aku tak peduli. Aku teruskan langkahku. Tiba-tiba lengan bajuku ditarik. Azwan tercungap-cungap di belakangku.
“Please Wani. Dengar cakap abang dulu.”
“Apa lagi bang? Tak cukup ke tohmahan kawan abang tu? Abang pun nak hina Wani jugak ke?”ujarku agak kasar.
“Maafkan abang Wani. Abang tak sangka dia akan cakap macam tu. Dia tu sebenarnya baik, Wani. Abang pun tak tahu macam mana dia boleh cakap macam tu.”rayu Azwan.
“Macam tu abang kata baik?”soalku. Azwan terdiam. Dia menunduk ke tanah.
Aku tak sampai hati memperlakukannya begini. Lagipun, bukan dia yang bersalah. Dia siap cakap aku ni comel lagi. “Abang Wan..”ujarku. niat ingin memohon maaf.
“Abang sukakan Wani..”sepotong ayat itu berjaya membuatku kehilangan kata-kata. Lidahku kelu.
“A…pa..?? aba..ng ja…ngan bergu..rau den..gan Wa..ni. wani tak.. suka.”menggigil-gigil mulutku berbicara.
“Abang tak bergurau. Dan abang tak main-main. Memang betul, abang sukakan Wani.”entah dari mana kekuatan itu datang, Azwan dengan berani meluahkan perasaanya padaku.
“Wani ambillah berapa banyak masa pun, abang akan tunggu.”ujarnya lagi.
“Beri Wani waktu untuk berfikir.”balasku lalu menuju ke Satria Neo ku dan memandu laju pergi dari situ.
***
Sofi berlari mengejar Azwan dari belakang. Namun dia tidak terlalu rapat dengan Azwan kerna takut Wani terlihatnya. Hatinya menangis pedih kerana terpaksa melukakan hati orang yang disayanginya. Dia hanya melihat adegan yang dilakonkan oleh Azwan dan Wani. Sofi berselindung di balik pokok yang berdekatan.
“Abang sukakan Wani…”
Ya Allah! Kau tabahkanlah hatiku dalam menerimanya. Kau tabahkanlah
hatiku ya Allah! Tanpa sedar, dia menangis… dia amat menyesal kerana telah menyakiti hati wanita kesayangannya. Namun dia terpaksa kerana tidak mahu mengkhianati sahabat baiknya. Ya Allah, sesungguhnya aku tersepit di antara dua insan yang hamba sayangi. Jika Azwan adalah yang terbaik untuknya, aku redha ya Allah. Aku redha..
***
Hubungan aku dan Azwan berjalan lancar. Aku cuba belajar mencintainya. Tetapi bagaikan ada satu ruang kosong di hatiku yang telahpun ada penghuninya. Seketika, aku berasa menyesal kerana mencintai pemuda itu. Sekarang, aku dengan rasminya telah menjadi tunang pada Muhammad Azwan bin Sulaiman. Dan aku gembira dengannya.
“Wani! Hang bakal jadi kakak ipar aku? Hahahaahha!!!”Najla gelak sakan.
“Kau ni, hormatlah sikit.”tegurku walaupun aku turut ketawa kecil mengenai kenyataan itu. Aku dan Najla bersahabat baik sejak Form 1 sehinggalah sekarang. Tak sangka betul abang Azwan yang aku sudah anggap seperti abang sendiri itu,menyukaiku.
“Yelah..bakal kakak iparku.”Najla masih tersenyum. Dia masih teringat apabila perkara itu disampaikan pada ibunya. Mak cik Idah menjerit kesukaan seperti dia pula yang mahu bertunang.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi nyaring. Tertera nama Azwan di skrin telefon.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.. Sayang, esok harijadi sayang kan? Kita celebrate kat dewan di kampung abang ya?”
“Okey..”aku tersenyum lebar. Dia juga sudah pandai memanggilku sayang.
“Oklah kalau macam tu. Bye sayang.”
“Bye.”
“Amboi…sape tu??”usik Najla lalu ketawa. Aku hanya tersenyum memandangnya.
***
“Happy birthday to you..happy birthday to you..happy irthday to Wani..Happy birthday to you..”lagu selamat harijadi itu bergema di dalam dewan. Mana taknya, ramai jemputan yang menghadiri majlis tersebut. Ini semua rancangan Azwan. Aku ikut jerr..hehe
“Ini tunang awak Azwan??!”jeritan itu berjaya menarik perhatian para jemputan.
“Ya. Kenapa Sara?”
“Awak tolak saya disebabkan perempuan hodoh ni?”katanya kuat. Eh minah ni. Dia belum rasa penangan mulutku. nanti kau!
“Eh betina jalang! Kau sape nak persoalkan pilihannya?”ujarku. eh, beraninya aku cakap macam tu.
Terbeliak matanya mendengar kata-kataku. Sofi tersenyum sinis di tepi Azwan. Eh, sejak bila dia ada kat sini?
“Perempuan hodoh! Tak sedar diri! Tak siuman!”balas wanita itu lalu mengambil sepotong kek dan dibalingkan kemukaku. Ini sudah lebih!!
Namun tanpa sempat aku berbuat apa-apa, “Pangg!!” wanita itu memegang pipinya. Aku melihat gerangan yang menamparnya itu. Sofi? Kenapa bukan Azwan? Aku memandang Azwan yang diam seribu bahasa.
“How dare you!”
“Sebelum kau teruk aku kerjakan, lebih baik kau blah.”keras saja suara Sofi. Namun dia tersenyum memandang wanita itu.
Kami hanya perhatikan wanita itu pergi meninggalkan dewan. Aku tercari-cari kelibat Sofi. Tadi dia bukan ada kat depan aku ke? Mana dia ni?
“Wani..”suara itu memanggilku. Aku berpaling. Aku sangkakan Sofi, namun..
“Oh, awak Azwan. Kenapa?”soalku. hatiku kecewa.
“Dia ada kat luar.. kalau awak cari Sofi, dia ada kat luar..”perlahan
Azwan menuturkannya. Aku terpempam.
“Eh, mana ada saya cari dia. Saya cari awaklah Azwan. Awak kan tunang saya.”bersungguh-sungguh aku menafikan.
“Pergilah…dia ada kat luar..”seklai lagi suara itu berkata. Matanya kelihatan berkaca-kaca. Aku sebak melihatnya.
“Tapi kenapa Azwan? Kenapa?”
“Pergilah sayang, dia mencintaimu..”Azwan berkata lembut. Setitik air mata akhirnya mengalir juga di pipi lelaki itu.
“Maafkan saya Azwan!”aku memohon lalu berlari ke pintu keluar. Sofi berdiri di satu sudut. Apabila dia melihatku, dia berlari anak ke arah aku.
“Wani..”
“Sofi..”
“It’s hard to tell your mind to stop loving someone, when your heart still does…”kan Wani?. Dia bertanya. Aku mengangguk. Air mataku mengalir di pipi.
“Maafkan saya kerana telah banyak melukakan hati awak. Sebenarnya, saya tahu yang Azwan menyukai awak dari dulu lagi. Dia kerap menunjukkan gambar awak yang diambil secara curi-curi. Dalam masa yang sama, saya mengaku, saya jatuh cinta pada awak bila Azwan bercerita tentang awak, Wani.
Dan sewaktu kejadian di MPH, saya amat terkejut tatkala melihat awak. Saya sengaja sakitkan hati awak supaya saya tak jatuh cinta pada awak dan supaya awak tak jatuh cinta pada saya. Dan yang paling penting, saya tak nak khianati sahabat baik saya sendiri. Tapi saya tak boleh tipu perasaan saya. Sya cintakan awak, Wani. Sungguh.”
Aku mengesat air mataku pada lengan baju lalu tersenyum memandangnya. Wahai Sofi, ketahuilah dikau bahawa sedari mula lagi namamu berada di hati ini…
TAMAT
*terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca cerpen saya ini. Segala kesalahan amatlah saya kesali. Saya sedar yang saya baru setahun jagung dalam bidang penulisan ini kerana saya masih belajar di tingkatan 3 di sekolah menengah. Komen anda diperlukan untuk saya memperbaiki hasil penulisan saya di masa akan datang. =)














wow muda lg penulisnye … cerita nya tetap best
good luck
good luck cerita yang baik…..teruskan penulisan anda….try the best in ur PMR…….good luck dear
cta best..tp cam lawak ckit part2 last tu..
adegan lari2 tu
hihi sori..
anway nice try..all d best!!!
ok lar . form3 dah leh wat cter bez. bgus2