Cerpen : Hilangnya Sebutir Permata

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

1,817 bacaan 5 ulasan

Oleh : Azzia Ariff

“Alahai, mana pulak abang aku pergi ni, janji nak ambik aku pukul 1, tapi sekarang ni dah pukul 2, batang hidung dia pun aku tak nampak. Ni memang nak kena siku dengan aku ni.”bebel Athirah.

“Hello abang!, abang dekat mana ni? Janji nak ambik Ira kat kolej, dah sejam dah ni Ira tunggu tau!batang hidung abang pun Ira tak Nampak.” marah Athirah pada abangnya.

“Hello, Ira. Sorry Ira, abang terlupalah tadi nasib baik mama telefon pejabat. Kenapa Ira tak call abang tadi?”Tanya Aizat pada adiknya.

“Tak call, abang cakap, dah beratus-ratus kali Ira call tau tak, tapi tak berjawab pun. Lagipun abang yang tawar diri pagi tadi nak ambik Ira kan. Takkan abang boleh lupa. Lainlah kalau Ira yang paksa abang suruh ambik Ira, boleh jugak nak kata lupa.”marah Ira.

“MasyaAllah, banyaknya miscall,dari Ira dengan mama .heheh, Sorry,abang tersilentlah telefon abang, patutla lah abang tak jawab.hehehe”terang Aizat dengan selambanya.

“Dah lah abang, abang kat mana dah sekarang ni, jadi ambik ke tak jadi ambik ni?Tanya Ira pada tahap suhu yang boleh dikatakan paling maksimum . Tunggu nak meletus je.

“Jadilah,ni pun abang dah dekat nak sampai ni. Ira tunggu je kat situ ye. Jap lagi abang sampai.”kata Irfan.

Beberapa minit kemudian Aizat sampai ke tempat Athirah sedang menunggu. Sebaik membuka pintu Athirah memarahi abangnya.

“Abang ni selalu j e macam tu, bila berjanji selalu sangat lupa. Lain kali abang tak payah la nak berjanji nak ambik Ira lagi, buat sakit hati je.”

“Ala, abang minta maaflah Ira, abang bukan sengaja, dah abang betul-betul lupa. Maafkan abang ye, lain kali abang janji abang akan ingat bila abang berjanji.” Pujuk Aizat.

“Yelah tu ingat, entah-entah makin tak ingat lagi adalah.” Perli Athirah pada abangnya.

“Tak, abang janji. Untuk adik abang sorang ni, abang akan lakukan apa saja,gadaikan nyawa abang sekalipun abang sanggup.”bagitahu Aizat pada adiknya.

Kasih sayang Aizat tidak berbelah bagi terhadap keluarganya, terutama kepada adiknya Athirah. Semenjak arwah ayahnya pergi dialah yang menjadi tempat mama dan adiknya bergantung harap. Dia tahu adiknya memang rapat dengan arwah ayahnya, jadi sebab itulah semenjak ayahnya pergi dia akan cuba sebaik mungkin untuk menggembirakan hati adiknya, kerana dia tidak mahu adiknya terasa kehilangan insan yang sangat rapat dengannya.

“Abang ni janganlah cakap macam tu, Ira tak suka tau! Ira sayang abang tau, sejak ayah pergi abanglah tempat Ira mengadu walaupun abang ni selalu je mungkir janji abang pada Ira”luah Ira pada abangnya.

“Ok,ok abang janji lepas ni abang tak buat lagi. Dah la tu muncungnya, senyum sikit.” Kata Aizat dengan nada memujuk.

Aizat lega apabila melihat senyuman pada wajah Athirah. Rajuk adiknya sudah tiada lagi. Dia tahu adiknya kalau merajuk sekejap saja. Pujuk sikit baiklah rajuknya itu.

“Ira,Ira,Ira kita dah sampai umah dah ni. Boleh pulak tidur budak ni”

“Hah, kita dah sampai ke abang? Cepatnya” Tanya Ira

“Yelah cik adik manis, kalau dah tidur memang cepatlah rasanya.” Perli Aizat.

“Abang ni, tak payahlah nak peril-perli Ira. Ira bukan tidur Cuma terlelap sikit je.hehehe

Mama, mama oh mama, Ira dah balik Ira ni.” Laung Ira memanggil mamanya.

” Ya mama kat sini. Ira dah makan belum ni? Kalau belum mama dah siapkan makanan di dapur Ira pergilah makan dulu.” Bagitahu Puan Asmah.

“Hai mama, takkan Ira seorang je mama pelawa, anak mama yang seorang ni pun belum makan jugak lagi ni, tak nak ajak sekali ke?” Usik Aizat pada mamanya.

“Ala Aizat ni, mama ajak Aizat sekali la tu. Pergilah teman adik kamu makan,tunggu kamu berdua lambat sangat, mama makanlah dulu tadi.” Terang Puan Asmah pada anaknya.

Aizat berlalu kedapur , sampai didapur dilihat adiknya begitu tekun makan. Memang sah macam orang satu tahun tak makan.

“Amboi khusyuknyaanak dara makan, Tak nak ajak abang makan sekali ke?”Tanya Aizat

“Ala abang ni, kacau aje orang tengah makan. Macamlah sebelum ni tak pernah makan dengan Ira.

Buat-buat tanya pulak.”

Aizat menarik kerusi kemudian duduk disebelah adiknya. Aizat merenung adiknya.

“Macam manalah keadaan Ira agaknya bila aku sudah tiada nanti. Mungkin dia tidak akan gembira seperti sekarang ni. Walaupun arwah ayah sudah tiada tapi sekurang-kurangya dia ada aku dan mama sebagai tempat dia bermanja tapi bila aku sudah tiada nanti macam mana? “tanya Aizat dalam hati.

PAGI KEESOKKAN HARINYA, Aizat dan Puan Asmah terkejut apabila melihat keadaan Ira yang begitu lemah sekali. Itupun mereka menyedari apabila ingin mengejutkan Ira untuk bersarapan.

“Ira kenapa ni nak? Ira, Ira”Puan Asmah kelihatan begitu cemas sekali.

“Ira, bangun dik. Kenapa ni Ira,jangan buat abang dan mama macam ni. Ira bangun Ira”

Aizat sudah tidak senang duduk lagi bila melihatkan keadaan adiknya yang sudah tidak bermaya.

Sampai di hospital Ira dibawa ke bilik kecemasan. Aizat dan Puan Asmah yang menunggu diluar sudah tidak keruan jadinya. Ira yang sihat tiba-tiba menjadi tidak bermaya.Hati ibu mana yang tidak bimbang.

“Ya Allah, selamatkanlah Ira anakku. Jauhkan dia dari segala keburukan Ya Allah” doa Puan Asmah dalam hati.

Tidak lama kemudian doctor yang memeriksa Athirah keluar dari bilik kecemasan.

“Doktor kenapa dengan anak saya doktor? Bagaimana keadaannya doktor?”tanya Puan Asmah tidak sabar untuk mengetahui punca sebenar.

“Maaf puan, saya telah cuba sedaya upaya, penyakit buah pinggangnya ini semakin serius dan gagal berfungsi dengan baik. Jangka waktu untuk pesakit bertahan adalah tipis. Itupun bergantung pada kekuatan mental pesakit. Kita hanya mampu berdoa saja sekarang ni, mudah-mudahan pesakit dapat sembuh ” Terang doktor Imran.

“Buat pengetahuan mak cik , pesakit juga sudah lama tidak datang ke hospital untuk buat rawatan susulan”.

“Ya Allah Ira kenapa Ira rahsiakan perkara ini dari mama sayang.sanggup Ira buat mama macam ni”keluh Puan Asmah.

“Sabar ye mama”pujuk Aizat.

Selesai majlis tahlil Puan Asmah masuk kebilik arwah anaknya. Sedar tak sedar sudah 7 hari Athirah meninggalkan mereka. Puan Athirah menjumpai sepucuk surat didalam bilik arwah anaknya itu.

‘Titipan khas buat Mama dan Abang tersayang’

Buat Mama dan Abang

Mama, abang

Maafkan Ira kerana merahsiakan penyakit Ira dari mama dan abang

Ira tak mahu menyusahkan hati mama dan abang lagi

Mama dan abang dah banyak menggembirakan hati Ira

Ira tak mahu melihat mama dan abang sedih dengan penyakit Ira

Ira tahu Ira dah tak lama lagi didunia ini

Penyakit Ira semakin serius,Ira tak mampu bertahan lagi

Hanya kegembiraan yang boleh menyembunyikan segalanya

Mungkin sudah ditakdirkan keadaan Ira sama macam ayah bila dijemput Illahi

Penyakit kami sama,memang tiada bezanya,

Ira nak minta maaf banyak-banyak pada abang dan mama

Halalkan makan minum Ira selama ini

Terima kasih kerana sudi menggembirakan hati Ira sepanjang hayat Ira didunia

Maaf sekali lagi, Ira sayang mama dan abang dengan sepenuh hati Ira.

~mungkin Ira sudah tiada lagi didunia ini bila warkah ini dibaca~

IKHLAS

ATHIRAH

“Ya Allah Ira, rupanya kamu sudah merasai yang kamu tidak lama lagi didunia ini”rintih Puan Asmah. Air matanya sudah tidak tertahan lagi akhirnya tumpah jua.

Karya

Azzia Ariff


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Cerpen : Hilangnya Sebutir Permata”
  1. hafzan sarah says:

    pendeknye..x sempat nk hayati sepenuhnye
    :cry:

  2. kay says:

    pndek sgt…
    kalo olah lg mst best..

  3. Azzia Ariff says:

    Thanks 4 da komentar, InsyaAllah saya akan perbaiki lg mutu penulisan sya pda msa akan dtg…

  4. she keen says:

    ni mcm novel princess kluaran rhytm…
    make ur own stry ek…
    klu nk survive dlm industri kna de identiti sndri bru maju…

  5. Azzia Ariff says:

    oyeke…sma ek?sya x penah bce lagi novel tu. eMm, InsyaAllah nt sya try cri, rsenya ni mmg idea sy sndiri,klu sme tu kbetulan kot. tapi xpe sy hargai komen saudari…thanks 4 da cment. :razz:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"