
Cerpen : Kasih tercipta
Oleh : mawar berduri
Perkahwinan yang dirancang berlangsung dengan gilang gemilang di kediaman Datuk hamzi dan Datin Marissa. Datuk Hamzi dan Datin Marissa antara individu yang paling gembira ketika itu kerana dapat menantu yang menepati ciri-ciri untuk anak tunggalnya,Muhammad Hadif Zafran. Menjadikan Nurimani Sofea isteri kepada Zafran merupakan jalan terbaik untuk anak tunggal mereka.
*******************************
Selesai solat maghrib, Sofea mencapai senaskah Al-Quran untuk dibaca. Itu perkara rutin yang biasa Sofea lakukan setelah bersolat. Sofea menyarung tudung biru lalu menuruni anak tangga untuk membuat persiapan makan malam untuk keluarga mertuanya. Semua ahli keluarga Datuk Hamzi sudah bersedia untuk santapan malam. Namun, kelibat Zafran tidak kelihatan sejak berakhirnya majlis persandingan mereka tadi. Sofea tahu, kehadiran dirinya tidak diundang oleh Zafran. Oleh kerana permintaan dari arwah bapanya, Sofea menurut perintah.
“Pa, Sofea dah tunaikan hajat papa untuk jadi menantu Datuk Hamzi. Doakan Sofea bahagia pa…semoga papa damai di sana…”, doa Sofea di dalam hati.
“Mana Zafran? dah lama papa dan mama tunggu, takkan nak memerap kat bilik je”, sapa Datuk Hamzi sambil mengukir senyuman.
” Abang Zafran kejap lagi turun, dia tengah mandi papa”, jawab Sofea.
Sofea terpaksa berbohong untuk menyedapkan hati papa dan mama, walhal dia tidak tahu dimana suaminya berada. Tidak lama selepas itu Zafran muncul, hati Sofea lega kerana tidak mahu menjawab segala persoalan papa dan mama mengenai Zafran.
Selesai makan malam, papa mengajak Zafran berbual di balkoni banglo.Sofea sempat menghidangkan air kopi dan beberapa potong kek untuk Datuk Hamzi dan Zafran sebelum dia melangkah kaki ke pintu bilik. Walaupun mempunyai orang gaji, Sofea lebih selesa buat sendiri. Sebelum tidur,Sofea melaksanakan solat isya’. Badan yang kepenatan,menyebabkan kelopak mata Sofea menjadi berat, Sofea akhirnya tertidur. Zafran melangkah perlahan menuju ke kamar tidur.Hatinya terlalu berat dan bebal. Dek kerana amaran papa yang mengugut tidak akan memberi segala harta, Zafran terpaksa setuju dengan perkahwinannya dengan Nurimani Sofea.
Zafran menghempas lembut badannya di atas tilam bersebelahan Sofea. Sesekali dia memandang wajah lembut Sofea yang lena dibuai mimpi-mimpi indah.
“Ayu jugak wajah perempuan ni, tapi mintak maaf, aku akan terima kau sebagai isteri aku,tp bukan masa yang terdekat..apa istimewanya sangat kau di mata papa sehingga papa nak bagi harta kat kau..” bisik zafran di dalam hatinya.
Melompat Sofea dari katil ketika terjaga dari lena yang panjang apabila seorang lelaki bertubuh sasa tidur disebelahnya. Barulah Sofea sedar bahawa Zafran sudah menjadi suaminya.
“Nasib baik dia tak apa-apakan aku…aku tak kan rela jika dia belum bersedia menerima aku sebagai seorang isteri..aku tau kau belum sedia menerima aku sebagai isteri, aku akan bersabar…itu janji aku pada papa”, nekad Sofea di dalam hati.
*****************************
Hari dan bulan berlalu dengan pantas. Hari ini genap lapan bulan pernikahan antara Zafran dan Nurimani Sofea. Perhubungan mereka ibarat langit dengan bumi. Kedinginan kasih antara mereka. Walaupun mereka tinggal bersama papa dan mama, Zafran dan Sofea pandai menyimpan rahsia perhubungan mereka. Erat di mata yang memandang tetapi di dalam tersirat segala kepalsuan cinta dan kasih sayang.
Tiba saatnya Zafran keluar dari banglo mewah Datuk Hamzi. Dirinya terasa begitu terkongkong dan khuatir rahsia hubungan hambarnya dengan Sofea akan terbongkar. Dengan alasan ingin berdikari sendiri membina rumahtangga tanpa bantuan keluarga, memaksa Datuk Hamzi dan Datin Marissa merelakan anaknya pergi. Raut wajah yang suram pada wajah kedua orang tua Zafran, mengundang rasa sedih di hati Sofea. Meskipun mereka hanya mertua kepada Sofea, layanan yang diberikan melebihi segala-galanya. Namun begitu, Zafran berjanji akan selalu menziarahi kedua-dua orang tuanya. Sejuk hati kedua-dua orang tua Zafran dengan janji yang diberikan seterusnya membenihkan harapan buat orang tuanya itu.
***********************************
Sejak duduk bersama di rumah baru, segala tanggungjawab dijalankan dengan baik oleh sofea. Sofea tahu sebagai seorang isteri, dia harus melaksanakan segala tanggungjawab yang ada meskipun Sofea tahu Zafran belum bersedia menerima dirinya. Sofea bersyukur, walaupun Zafran belum menerima dirinya, Zafran tidak lupa menyediakan keperluan asas untuk Sofea. Tanggungjawab yang dilakukan Zafran sedikit sebanyak mengundang perasaan sayang di hati Sofea. Namun, Sofea menidakkan perasaan itu kerana takut berasa kecewa suatu hari nanti jika Zafran mengambil kata putus untuk berpisah.
“Ya Allah, kuatkanlah kesabaranku, kuatkanlah imanku, kuatkan jodohku dengan Muhammad Hadif Zafran dan berkatilah perkahwinan kami ini”, doa Sofea di dalam hati.
********************************
Zafran terlena di atas sofa empuk setelah pulang dari kerja. Hari ini badan zafran terlalu letih kerana kerja yang bertimbun di pejabat. Terjaga dari lena, lantas zafran bangun ke bilik air untuk membersihkan muka. Zafran tidak sabar-sabar untuk menikmati air teh dan karipap sardin yang berada di atas meja kopi sejak dia bangun dari tidur.
“Boleh tahan jugak Sofea ni masak, dah la kuih kesukaan aku ni”, Detik hati Zafran.
Terpaut hati Zafran dengan segala tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Sofea dengan baik. Namun hatinya yang terpaut itu dilontarkan sejauh yang mungkin hanya kerana belum bersedia menerima Sofea seadanya.. Wanita pada pandangan zafran hanyalah pendusta, mementingkan kebendaan dan tidak bermaruah. Namun begitu, Zafran akui dengan melihat pada raut wajah Sofea, hati Zafran berbunga-bunga kerana Sofea dimatanya penuh dengan kelembutan dan ketenangan.
“Ya Allah, adakah dia sebenarnya jodoh yang tepat untukku…,jika dia benar jodoh untukku, Engkau sematkanlah kasih antara kami, jangan Kau butakan mataku Ya Allah hanya kerana pengalaman hitam yang menghantui diriku, lenyapkanlah tanggapan burukku pada seorang wanita yang bernama Nurimani Sofea”, bisik hati zafran yang penuh dengan harapan.
********************************
Pengalaman pahit yang ditinggalkan bekas tunang menjadi teladan untuk Zafran menerima kehadiran seorang wanita. Pengalaman itu yang menggundang kebencian dirinya pada seorang wanita. Baginya, wanita semuanya mempunyai persamaan iaitu memandang harta dari kasih sayang. Kehadiran Marliana dalam diri Zafran amat dihargai zafran. Paras rupa yang cantik, sopan santun dan lemah lembut mengundang rasa ingin tau zafran tentang Marliana. Zafran dan Marliana akhirnya bertunang walaupun usia perkenalan seawal lima bulan. Zafran mendapat tentangan dari Datuk Hamzi dan Datin Marissa, namun Zafran meneruskan niatnya untuk mengikat tali pertunangan dengan Marlina. Setelah empat bulan bertunang, segala keburukan Marlina diketahui Zafran. Zafran ditinggalkan hanya kerana seorang lelaki kaya. Kekayaan lelaki itu melebihi apa yang ada pada Zafran. Sejak itu, Zafran berubah. Berubah membenci wanita dan selalu ke kelab malam. Mengahwini Sofea merupakan satu paksaan dari datuk Hamzi dan Datin Marissa. Datuk Hamzi dan Datin Marissa mahu mengubah Zafran kea rah yang lebih baik. Zafran tau, perkahwinan dirinya dengan Sofea, akan mengundang kesakitan pada Sofea kerana dirinya belum bersedia menerima hati seorang wanita. Sekiranya Sofea merupakan jodohnya, Sofea akan bersabar dengan perkahwinan mereka.
********************************
Seperti hari biasa,setelah terjaga dari tidur yang lena,Sofea bangun dan mencapai tuala untuk mandi. Namun pagi ini, sofea merasakan kepalanya berdenyut-denyut. Sofea menguatkan langkah menuju ke bilik air. Dikesempatan itu, sofea sempat memandang Zafran yang lena dibuai mimpi. Biasanya, setelah Sofea mandi dan menunaikan solat subuh, barulah sofea akan mengejutkan Zafran untuk mandi, solat dan seterusnya menyiapkan diri untuk bekerja. Sofea amat bersyukur kerana sepanjang perkahwinan ini, Zafran tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Walhal peluang selalunya ada ketika mereka tidur bersama.
“Alamak, macam mana ni…baju persalinan lupa nak bawak…takkan la aku nak keluar dari bilik air dalam keadaan macam ni..malunya”, bisik Sofea.
“Tak pa lah, Zafran masih tidur lagi tu,mesti dia tak perasan kat aku ni…”,Sofea berbisik lagi.
Dalam keadaan yang perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik air, Sofea terus melangkah keluar dari bilik air. Namun dengan tiba-tiba kepalanya yang berdenyut-denyut menjadi berpinar-pinar dan pandangannya kabur. Badannya rasa begitu lemah sekali. Sofea rebah di atas lantai.
Zafran merasakan tidurnya begitu lama. Zafran membuka mata perlahan-lahan melihat jam di atas meja di sebelah katilnya. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.
“Ya Allah, terlepas subuh aku…kenapa Sofea tak kejutkan aku? Aku buat salah ke pada dia?”rungut Zafran sambil menggarukan kepala.
Apabila bangun, alangkah terkejutnya Zafran melihat sekujur tubuh yang tertiarap di atas lantai. Zafran lantas berlari ke arah tubuh yang kaku itu. Dengusan pernafasan Sofea yang semakin perlahan menggetarkan jiwa Zafran. Di usap wajah Sofea yang lembut itu dengan perlahan-lahan. Tanpa disedari, titisan manik jernih membasahi pipi Zafran.
“Sofea…Sofea…Sofea sayang bangun…sayang, bangun sayang…jangan tinggalkan abang…abang dah sayangkan Sofea…,” rintih Zafran sambil menggongcang tubuh yang lemah tidak bermaya itu.
Zafran cepat-cepat menyarungkan pakaian di badan sofea sebelum dihantar ke hospital. Zafran berasa kekok kerana dia tidak pernah berbuat sedemikian kepada seorang wanita. Sofea masih kaku, hembusan nafasnya semakin perlahan tetapi dadanya berombak-ombak seolah-olah dilawat oleh malaikat maut. Zafran menggenggam erat tangan Sofea sambil tangan sebelahnya mengusap-usap kepala Sofea. Harapan zafran supaya sofea terus bertahan.
*************************************
Setibanya Sofea di hospital, Sofea terus di bawa ke bilik kecemasan. Zafran menunggu di luar bilik kecemasan. Harapan Zafran supaya Sofea selamat. Ingin sahaja Zafran meredah pintu bilik kecemasan tersebut kerana mahu berada di samping Sofea. Zafran mahu memohon segala kemaafan kepada Sofea dengan ketidakadilan yang Zafran lakukan sepanjang perkahwinannya bersama Sofea. Zafran ingin menebus segala kesilapan yang dilakukan. Sofea insan yang terlalu baik, punyai budi pekerti yang baik dan menepati ciri-ciri seorang wanita muslimah.
Zafran menelefon Datuk Hamzi untuk memberitahu musibah yang berlaku ke atas Sofea. Keadaan yang kelam kabut menyebabkan Zafran terlupa untuk memberitahu kepada ibu bapanya. Zafran tidak senang duduk sejak menunggu di luar bilik kecemasan itu. Dadanya berdebar-debar menunggu doktor yang tidak keluar-keluar. Kepalanya runsing memikirkan Sofea kerana sebelum ini Sofea tidak menunjukkan sebarang petanda sakit kecuali selalu Sofea demam-demam.
*****************************************
Sofea membuka mata perlahan lahan. Terlalu berat matanya untuk melihat tubuh manusia yang berada disisinya. Sofea merasakan badannya terlalu lemah. Jari jemarinya terasa berat seperti dicengkam oleh sesuatu. Di tepi katilnya kelihatan Zafran yang tidur dengan lenanya. Tangan Zafran menggenggem erat tangannya. Sofea mengusap-usap rambut Zafran. Sofea tidak tahu tangannya begitu cepat melakukan tindakan sedemikian. Zafran terjaga apabila merasakan ada sesuatu yang mengusap rambutnya. Zafran menggenggam erat tangan Sofea lalu mengucup tangan dan dahi Sofea. Sofea begitu terharu sehinggakan manik-manik jernih gugur di pipi Sofea. Zafran, suaminya kini menunjukkan reaksi menerima dirinya sebagai isteri. Penantian yang ditunggu selama ini mungkin akan berakhir. Manik-manik jernih yang gugur di pipi sofea, di usap oleh Zafran dengan pandangan yang penuh dengan seribu makna. Zafran menggilingkan kepala seakan-akan meminta sofea tidak menangis lagi.
Pagi-pagi lagi Datuk Hamzi dan Datin Marissa sudah tiba di bilik Sofea. Sofea menghulurkan tangan tanda mahu bersalam.tangan Datin Marissa menyambut persalaman dan diikuti Datuk Hamzi.
“Sofea rasa macam mana sekarang? Mama terkejut bila Zafran kata Sofea masuk hospital,” Tanya Datin Marissa kepada Sofea.
“Ntah la ma, Sofea pun tak tau, sebelum ni selalu jugak demam-demam, Sofea makan panadol pastu terus baik, ni datang lagi pening, tak tau sampai leh pengsan macam ni.” Terang Sofea kepada ibu mertuanya untuk kepastian.
“Sofea terlalu penat sangat agaknya tu…Zafran buli Sofea ke suruh Sofea buat kerja berat-berat? ” Tanya Datin Marissa sambil menjeling ke arah Zafran.
“Tak lah ma…abang Zafran tak pernah pun buli Sofea…” senyum sofea memandang zafran yang kelihatan agak kaget.
************************************
Suasana rumah yang agak nyaman menenangkan hati Sofea. Sudah tiga hari Sofea tidak menguruskan rumahnya kerana berada di hospital. Bau-bauan aroma terapi menusuk hidung. Di tepi dinding terdapat sejambak mawar hidup yang diletakkan di atas meja kaca berwarna putih jernih. Keadaan di sekeliling rumah kelihatan begitu nyaman. Hatinya terpaut dengan kepandaian Zafran menyusun atur perabot dan aksesori rumah. Sofea duduk di atas sofa merah sambil menunggu Zafran membersihkan diri. Akhirnya Sofea terlena sendirian.
Sofea terjaga dari lena yang panjang kerana tidurnya diganggu oleh sesuatu. Dahinya di kucup oleh Zafran. Zafran tersenyum melihat Sofea. Sofea berasa malu disaat tangannya dikucup oleh Zafran.
“Dah nak masuk maghrib sayang…sebab tu abang kejutkan Sofea…” senyum Zafran memandang wajah ayu Sofea walaupun wajah isterinya kelihatan pucat. Kekurangan darah menyebabkan Sofea di tahan di wad selama tiga hari.
“Sofea gi mandi dulu…nanti kita solat sama-sama…lepas tu kita makan…Sofea makan banyak untuk tambah darah tau…doktor pesan, Sofea kena makan.. ” terang zafran.
“Yelah zafran…” angguk Sofea megiyakan apa yang dicadangkan Zafran.
Selesai solat , Zafran dan Sofea melangkah ke dapur. Terkejut Sofea kerana di atas meja terhidang makanan. Tidak disangka rupa-rupanya Zafran memasak untuk makan malam mereka pada malam itu. Sofea berasa sangat dihargai. Zafran mungkin sudah berubah untuk menerima diri Sofea. Zafran hanya tersenyum melihat diri Sofea yang terkejut dengan perubahan dirinya.
*************************************************************************************
Zafran duduk dibirai katil. Zafran memanggil Sofea duduk bersebelahannya. Zafran memggenggam erat lalu mengucup tangan Sofea. Sofea berasa malu dengan kelakuan suaminya. Zafran tersenyum lalu memandang tepat ke wajah ayu Sofea. Dada sofea berdebar-debar ketika itu.
“Abang mintak maaf sayang dengan layanan abang selama ni…Sofea gadis yang baik, bertuah abang dapat memperisterikan Sofea…abang sebelum ni selalu berjumpa dengan perempuan yang memandang kebendaan..abang ingat Sofea macam tu..abang benci perempuan macam tu…abang pernah menderita kerana perempuan macam tu…tp sangkaan abang salah pada Sofea…sofea baik dan tak pandang semua tu…maafkan abang sayang…” pinta Zafran dengan penuh keikhlasan.
“Sofea maafkan abang…sebagai seorang isteri, Sofea akan tetap menunggu perubahan sikap abang. Sofea yakin abang akan berubah suatu hari nanti. Hari ni Allah dah makbulkan setiap doa Sofea. Mungkin ada hikmahnya Sofea pengsan hari tu…” terang Sofea kepada suaminya.
Zafran merangkul badan Sofea. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Sofea menitiskan airmata kerana di saat itu dia merasakan keikhlasan dan kejujuran suaminya. Zafran menyapu airmata Sofea dengan jari-jemarinya. Begitu syahdu ketika itu, ditambah dengan suasana yang begitu sunyi. Harapan yang menggunung untuk membina mahligai yang indah kini kian terasa.
“Mulai hari ini, abang akan jaga Sofea…abang akan tebus segala kesilapan abang pada Sofea…abang janji akan menghargai Sofea dan beri sepenuh kasih sayang pada Sofea…ni janji abang pada Sofea..” terang Zafran dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
“Sofea akan pegang janji-janji Zafran tu…lepas ni jangan selalu larikan diri dari Sofea…tinggalkan Sofea sorang-sorang kat rumah ni…” pinta Sofea.
“Insyaallah tak…Sofea kan dah jadi kesayangan abang..buah hati abang…isteri abang, mesti la abang bawak kemana-mana yang abang pergi…Sofea lepas ni panggil Zafran ‘abang’ leh tak? Kan mesra sikit…sejuk hati abang bila dengar Sofea panggil abang ‘abang’….leh tak sayang…? Kita cuba mulakan perhubungan yang baru ni dengan sesuatu yang indah…” abang bahasakan diri sofea ‘sayang’ boleh? Sebab Sofea dah jadi orang kesayangan abang…” luah Zafran dengan penuh keyakinan.
Sofea tersenyum menandakan dia bersetuju untuk memulakan perhubungan ini demi kesejahteraan rumahtangganya. Harapan Sofea agar rumahtangga yang di bina ini kekal hingga ke syurga, penuh dengan kebahagiaan dan kasih sayang.
Masa demi masa berlalu pergi, kini genaplah tiga tahun perkahwinan Zafran dan Sofea. Perkahwinan yang dulunya hambar, kini menjadi erat dengan taburan kasih sayang dan cinta yang mendalam antara kedua-duanya. Zafran menyayangi Sofea melebihi dirinya sendiri. Kini, Sofea hamil lapan bulan. Penantian yang ditunggu-tunggu bakal berakhir. Penantian inilah yang menjadi pengikat kasih antara mereka berdua. Hari-hari yang indah dan pautan kasih sayang sentiasa dirasa oleh mereka.
Jam menunjukkan pukul empat pagi. Perut Sofea berasa sakit dengan tiba-tiba. Mungkin ini tanda-tanda awal bersalin. Sofea mengejutkan zafran yang tidur dengan nyenyaknya. Zafran bergegas menghantar sofea ke hospital. Nasib la barang-barang sudah disiapkan dari awal-awal lg. setelah bertarung hampir satu jam, lahirlah seorang puteri yang comel. Namun, Sofea tidak dapat diselamatkan.
“abang…sayang nak mintak maaf seandainya selama ni sayang ada menguriskan hati abang atau pun kekasaran perbuatan pada abang…halalkan segala makan minum serta kasih sayang yang abang berikan pada sayang…kalau terjadi apa-apa pada sayang, sayang harap abang jaga la anak kita sebaik-baiknya…beri didikan yang sempurna pada anak kita nanti.” kata kata terakhir sofea masih lagi terngiang-ngiang ditelinga Zafran. Ini merupakan petanda Sofea mahu meninggalkan dirinya kesepian.
Selesai tahlil arwah sofea, tinggallah Zafran, Datuk Hamzi, Datin Marissa dan anak kecil yang tidur nyenyak.. Banglo mewah Datuk Hamzi terasa begitu sunyi seolah-olah menunjukkan sesuatu yang kehilangan. Zafran asyik termenung sehingga menghiraukan anak kecil yang memerlukan belaian manja. Datin Marissa yang bertungkus lumus menjaga cucunya yang comel itu. Datin Marissa faham keadaan anaknya yang kehilangan isteri tersayang. Zafran terlalu menyayangi sofea.
“Sofea….kenapa tinggalkan abang disaat abang memerlukan sayang…belum puas untuk abang melayari bahtera perkahwinan kita..abang nak kita sama-sama jaga anak kita…macam mana abang nak jaga anak kita sorang-sorang, abang tak mampu sayang…” rintih Zafran di dalam hatinya.
“Zafran…mama tau zafran sedih…mama pun sedih, lg sedih lihat anak Zafran yang tak beribu ni…Zafran kena kuat semangat, tabah la menghadapi dugaan dari Allah…Allah akan menguji hambanya yang tabah dan mampu menghadapi ujiannya…sabar la nak, kuatkan semangat untuk besarkan anak Zafran dengan Sofea…itulah kenangan yang boleh zafran simpan hasil perkongsian hidup dengan Sofea…” nasihat Datin Marissa kepada anak kesayangannya itu.
“Ma…Zafran lemah ma..Zafran tak kuat nak menghadapi hari-hari tanpa sofea di sisi…Zafran tak kuat ma…” tersedu zafran berkata-kata. Kedua-dua beranak itu menangis dan berpelukan. Esakan Zafran betul-betul meruntun jiwa keibuan Datin Marissa. Datin Marissa tau, anaknya itu betul-betul menyayangi Sofea. Datin Marissa mengelap manik-manik jernih yang membasahi pipi Zafran.
Hajar Khailani Sofea…itulah nama yang diberikan zafran untuk anaknya. Zafran mahu anaknya setabah Siti Hajar. Zafran tau anaknya itu akan kekurangan kasih ibu kelak. Zafran berjanji akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anaknya itu sebagaimana dia menyayangi Sofea. Zafran akan menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknya nanti.
“Hajar…jadilah anak yang soleh nak…selalu mendoakan kesejahteraan ibumu di sana..papa akan jaga Hajar sebaik-baiknya…papa sedih Hajar tak dapat melihat wajah ibu…ibu cantik dan baik nak..papa tak dapat nak menggantikan ibu mu dengan mana-mana perempuan…papa sayang ibu mu sepenuh hati papa..jadilah seperti ibumu kelak…” tersedu-sedu Zafran melafazkan kata-katanya.
“Sofea…abang terima ujian ini dengan hati yang terbuka walaupun abang tak dapat nak bayangkan hidup tanpa Sofea…abang akan jaga anak kita sebaik-baiknya…abang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Sofea di sana…” zafran mengesat matanya yang sarat dengan air mata.













ermm..crita yg kurang feel laa..sbbnya..hanya penceritaan oleh penulis sja..tpi takda sgt babak2 dialog antara suami isteri tu..melalui dialog may be lebih menarik lagipun crita ni ringkas sgt..takda klimaks yg nk d feel..baru jaa nk bahagia,dh sad ending..at least bg la hint dlu..my opinion je la..tq..
ending dy sdih~~~ huhu~~

hurm…sangat banyak kelemahan dari segi penyusunan ayat dan jalan cerita. seperti terlalu tergesa-gesa dan penggunaat ayat yang tidak sesuai…mungkin boleh di perbaiki lagi..teruskan menulis
cte ok, tp mcm ada yg x kenaaaaa
banyak sangat kelemahan jln cerita, walaubagaimanapun teruskan berusaha
menggiling kepala?macam giling cili ye…?