Cerpen : Kau Sahabat Kau Teman

22 August 2010  
Kategori: Cerpen

2,723 bacaan 24 ulasan

Oleh : Khazinatul Asrar

“Mak…!Nak balik,nak balik..tak nak duk asrama…!, “Azliana menghentak-hentak kaki selesai saja Puan Ramlah mendaftarkannya masuk tingkatan satu ke sekolah berasrama itu dan meletakkan barang-barangnya di dalam blok A Asrama Khadijah.

“Nana,tinggal kat asrama la best.Ramai kawan,study sama-sama.Nana satu-satunya anak Mak.Nana kena belajar rajin-rajin ya., “pujuk Puan Ramlah.

“Tapi Mak,semua kawan Nana tak sekolah sini.Nana boleh duduk rumah,Nana jalan la datang sekolah. “,jawab Azliana mempertahankan keputusannya.Wajahnya yang putih makin kemerahan menahan kesedihan di dalam hati.Tidak pernah berpisah dengan ibu bapanya selama ini.

“Tak pe,nanti ramai kawan baru yang nak kawan dengan Nana.Jauh kalau nak berjalan dari rumah ni,lagi pula duit minyak makin mahal.Mak nak balik dah ni.Ayah tunggu sorang je kat rumah tu.Jangan sedih-sedih ye. “tambah Puan Ramlah lagi memujuk anaknya yang pertama kali tinggal di asrama itu.

“Mak…isk isk isk…, “Nana memanggil Maknya sayu,air matanya mula berlinangan jatuh membasahi uniform sekolahnya.

“Ye Nana,dah jangan nangis.Belajar rajin-rajin ye nak,Mak dan Ayah akan sentiasa doakan kejayaan Nana., “Puan Ramlah memeluk Azliana dan mengusapnya lembut.Puan Ramlah mula masuk ke perut teksi yang sudah lama menunggunya,dah tidak lama selepas itu,kereta itu hilang dari pandangan Azliana.

Tangisannya makin memuncak.Dia masuk ke dalam asrama dan duduk di atas katilnya.Dia seperti tiada arah,tangisannya makin kuat.Semua pelajar yang berada disekeliling melihat saja ke arahnya.Ada beberapa senior yang datang memujuk tidak diendahkannya

Tiba-tiba bahunya disentuh.

“Awak…, “sapa seorang pelajar perempuan.
Azliana memandang ke arah perempuan itu.Hatinya berasa lebih tenang dengan sentuhan dan sapaan lembut itu.

“Awak..jangan nangis.Wawa pun sedih,Mama dan Papa baru je tinggalkan Wawa.Wawa pun baru masuk hari ni.Wawa form one.Nama awak sape?, “tegur Salwa memperkenalkan diri tanpa dipinta dan duduk disebelah Azliana.
Esakan tadi makin berkurang.Azliana rasa selesa dengan kawan barunya itu.

“Azliana.Panggil je Nana.Nana pun form one.Nana sedih,Nana tak pernah berpisah dengan Mak dan Ayah.Dulu,Nana tinggal kat rumah je.Mak dan Ayah yang hantar pergi sekolah.Nana suka sekolah dulu.Nana ade ramai kawan., “Azliana mula berminat meluahkan apa yang terpendam.

“Wawa pun suka duk rumah.Mama dan Papa suka bawa Wawa pergi jalan-jalan.Bibik pulak suka masak ape je yang Wawa nak.Wawa pun tak nak duk asrama.Tapi…, “kata-kata Salwa terhenti.Wajahnya menampakkan
kesedihan.Dia merenung dalam mata Azliana.

“Kenape Wawa?, “tanya Azliana penuh tanda tanya.

“Papa dan Mama…Papa dan Mama tak lama lagi akan mati…, “luah Salwa tersekat-sekat.Dia pula menggantikan tempat Azliana.Tangisannya pula yang kedengaran di dalam blok itu.

“Ha?!,Kenape?Papa dan Mama Wawa sakit ape?, “Azliana terkejut dengan kenyataan yang diluahkan Salwa.

“Papa dan Mama ade sakit yang tak dapat diubati.Bibik yang cakap.Papa dan Mama tak pernah bagi tahu Wawa.Tapi Wawa selalu nampak Papa dan Mama ulang-alik ke hospital.Kawan-kawan Wawa pun ade bagi tahu Wawa.Kadang-kadang tak balik rumah.Papa dan Mama cakap ade kerja,tapi Wawa tak percaye.Wawa tanya bibik,mula-mula bibik tak nak bagi tahu.Tapi Wawa paksa jugak.Bibik kata Mama dan Papa kena tahan di hospital beberapa hari.Ada rawatan khusus.Wawa sayang Papa dan Mama.Wawa tak sanggup kehilangan mereka.Sebab tu Wawa ikut cakap Papa dan Mama untuk tinggal di asrama ni.Nana,jadi kawan Wawa ye.Wawa tak de kawan lagi kat sini.Wawa rindu Mama dan Papa…, “luah Salwa penuh emosi.

“Wawa…Nana nak kawan ngan Wawa.Wawa jangan sedih…, “Azliana pula memujuk Salwa.Rasa simpati terhadap kenalan barunya itu.Rupanya kesedihan dirinya tidaklah seteruk Salwa.Tangisan yang berhenti tadi,kedengaran kembali.Mereka berpelukan.Tangisan kali ini semakin kuat,dua tangisan bersatu menjalinkan ikatan persahabatan.
Ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka di asrama itu juga melihat dengan penuh rasa terharu dan mata yang berkaca.

***

Genap dua bulan mereka bersahabat,mereka saling berkongsi rasa suka dan duka.Mereka dikenali di sekolah sebagai “kembar nakal “, tetapi bukanlah samseng.Walaupun begitu,mereka sangat disayangi kawan-kawan dan guru-guru disekolah kerana kecerdikan serta kecantikan mereka.

“Mana lencana?, “tegas seorang pengawas perempuan bertanya pada Azliana.

“Ade., “jawab Azliana selamba walaupun ternyata dia tidak memakainya pagi itu.

“Ni., “sampuk Salwa disebelahnya menunjukkan lencana yang dipakainya.

“Ni lencana awak.Akak tanya lencana dia ni., “nada suara pengawas itu ditinggikan geram dipermainkan oleh budak tingkatan satu.

“Relaks kak pengawas,lencana ni tersorok sikit kat belakang ni…jap,ish susahnya…!Wawa tolong tarik.., “Azliana mencari helah.Dia buat-buat menarik tudungnya yang tersepit di celah zip beg sekolah yang digalasnya.

“Satu dua tiga…tariiiiiikk..,berjaya! “jerit Azliana.

“Huh!Berjaya jugak kan Nana., “balas Salwa.

“Tapi kak,tercabut.Lencana ni tercabut dari tudung.Mungkin tarik kuat sangat kot., “Azliana mengeluarkan lencana dari poket begnya yang memang tidak dijahit secara sembunyi.

Pengawas itu menggeleng kepala melihat telah Azliana dan Salwa.

“Baik..!Hari ni dimaafkan.Malam ni jahit.Esok pastikan lencana tu melekat kuat kat tudung awak.Letak gam gajah ke.Faham!, “arah pengawas perempuan itu malas melayan dua budak yang pandai berdalih itu walaupun dia tahu langsung tidak masuk akal lencana yang sepatutnya berada di depan tersangkut di zip beg belakang.Malas membuang masa.

“Huh…mujur akak tu tak perasan.Kalau tak, Nana mesti kena diri kat depan tu.Nape Nana tak pakai lencana hari ni?, “tanya Salwa sambil berjalan beriringan dengan Azliana masuk ke kelas 1 Asfar.

“Nana lupa.Pagi tadi nak jahit,tapi tak sempat.Nana bawakla pergi sekolah.Rupanya tak sempat jugak.Terima kasih Wawa tolong Nana tadi,kalau tak mesti Nana dah kena.Pandai jugak Wawa berlakon ye.Hehe., “Azliana menepuk lembut bahu Salwa.

“Hee..kita kan kawan…, “jawab Salwa pantas.

“Betul,betul,betul…friends forever… “Azliana mengajuk ungkapan yang selalu disebut Ipin dalam kartun animasi Upin dan Ipin.
Mereka berlalu masuk ke kelas.

***

Kringgg….

“Jom Wawa,Nana belanja makan hari ni. “pelawa Azliana pada sahabat karibnya itu.

“Tapi,kesian Nana,selalunya,Nana je yang belanja. “Salwa menolak lembut.

“Mak Nana cakap,memberilah apa yang kita mampu. “Azliana tersenyum manja.

“Baiklah,baiklah,tapi lain kali biar Wawa belanja Nana pula ya? ”

“Ok… ”

“Janji? ”

“Janji…jom..! ”

“Jom… ”

“Erm..Wawa nak makan apa? ”

“Nasi goreng je lah,Nana? ”

“Samalah,nasi goreng jugak.Wawa duduk dulu ya. ”

“Ok,Wawa cari tempat dulu ya. ”

“Ok,ermm…abang,nasi goreng 2 ya. ”

“Sebelum tu,abang nak tanya,sape nama kawan adik tu?Wawa? “tanya abang yang menjual di kantin sekolah itu yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Azliana terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.Hatinya mula berdebar-
debar.

“Erk…a’ah..Wawa,kenapa bang? “jawab Azliana sedikit tergagap.

“Cantik..boleh tahan..,cakap Abang Man kiri salam ye. “tajam mata abang itu memandang ke arah Salwa.

Hati Azliana mula berasa tidak enak.Dia mula mengalih topik.

“Ermm..abang…nasi goreng mana? ”

“Oh,sorry-sorry terlupa pulak.Nah.., ” abang itu menghulurkan dua pinggan nasi goreng,tapi pandangannya tetap ke arah Salwa.

‘Ish..gatalnya dia ni…bencinya…!’ getus hati Azliana.
Azliana mengajak Salwa makan jauh dari kantin supaya Abang Man tidak dapat mengintip Salwa lagi.Azliana menggunakan alasan bahawa ada ‘kucing besar’ di kantin,dan dia juga alah pada bulu kucing.

***

Sudah empat tahun berlalu,ikatan persahabatan mereka makin utuh.Mereka makin membesar dan bertambah cantik.Mereka sentiasa bersama,belajar bersama,bersukan bersama,dan segalanya bersama.Ketika Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),kedua-dua mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.

Pada tahun ini,mereka akan menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mungkin juga selepas itu,mereka membawa haluan masing-masing.Rasa sedih tidak dapat digambarkan.Mereka sentiasa mengelak dari mebincangkan rancangan masa depan mereka,kerana mereka tahu mereka tidak akan bersama.Papa dan Mama Salwa,mahu Salwa menyambung pelajaran ke luar Negara.Manakala,Azliana pula di universiti tempatan.

Selepas Zohor pada hari Sabtu,Azliana,Salwa dan Habibah merancang untuk keluar ke Bandar Taiping untuk memberi barang-barang menyambut hari perpisahan untuk Asrama Khadijah.
Mereka bertiga menaiki bas awam.Dalam sepuluh minit,mereka selamat sampai di pusat membeli-belah The Store.

“Kita bertiga berpisah ya.Cepat sikit cari barang.Dah salin kan barang-barang yang kita bahagikan tadi? “tanya Habibah sebagai ketua Asrama Khadijah.

“Dah.., “jawab Azliana dan Salwa serentak.

“Baiklah,siapa yang dah sudah,kumpul dekat bus stop depan ni ye… “Habibah menunjukkan hentian bas di seberang jalan.

“Baik bos…hehe.. “jawab Azliana dan Salwa sambil menggayakan seperti tanda hormat seorang anggota polis.Mereka bertiga ketawa dan mula bergerak menyempurnakan tugas masing-masing.
20 minit kemudian…

“Wah…cantiknya…, “Azliana memandang ke arah kincin bear yang banyak tergantung di sudut kedai.Fikirannya mula memikirkan sahabat baiknya Salwa,dia yakin Salwa pasti sukakannya.Hatinya sangat gembira dan tidak sabar ingin menghadiahkan pada sahabat karibnya itu.
Usai membeli,Azliana bergerak ke tempat yang dijanjikan tadi.Jam menunjukkan pukul 6 petang.Azliana tersentak dan berdebar bilamana melihat kelibat Abang Man di hadapannya berlari seperti sedang
dikejar.

Azliana tidak mempedulikan,dan terus berjalan ke arah hentian bas.Habibah sudah menunggu di situ.

“Ha,Salwa mana?, “tanya Habibah sambil mengerling ke arah jam beberapa kali.

“Ntah..ingatkan dia dah datang sini.Tak sudah lagi kot. “jawab Azliana cuba berfikir positif.

“Eh,nak kata banyak,barang kita lagi banyak rasanya.Kita belum solat Asar lagi ni.Entah-entah dia dah balik… ”

“Tapi…tak mungkin kan?Takkan dia tinggalkan kita? ”

“Mungkin dia balik dulu,dia nak solat dulu ke?Dia kan selalu solat di awal waktu? ”

“A’ah kan,betul juga.Nana tak boleh solat.Ermm,jadi kita nak balik ke ni? ”

“Ye lah!Saya rasa dia memang dah balik ni.Dia kan dah biasa datang sendiri.Dah 6.15 ni,saya takut terlepas Asar pulak nanti.Nana nak tunggu Wawa ke?Kalau dia dah balik macam mana? ”

“Ermm…erm..macam mana ya?Nana tak tahu balik sendiri.Nana ikut Habibah je lah.Mungkin Wawa dah balik… “Azliana membuat keputusan.Hatinya berbelah bahagi.Tidak tahu apa patut dibuat.Hatinya mula rungsing,Salwa tiada di hadapannya.Dengan kelibat Abang Man tadi,menambahkan kerisauannya.

Sampai sahaja di Asrama Khadijah…

Azliana berlari masuk ke dorm mencari Salwa.Kincin bear yang dibelinya tadi digenggam erat.Tidak sabar mahu ditunjukkan pada Salwa.Tapi kelibat Salwa langsung tidak kelihatan.
Azliana duduk bersila di tengah-tengah antara katilnya dan katil Salwa sambil mengenggam kincin bear tadi.Kelas prep ditinggalnya.Hanya dia seorang di dalam dorm.Dia berharap Salwa akan
pulang dan gembira dengan hadiah yang ingin diberi.

Krekk…
Pintu dikuak seseorang…

Azliana menyorok,bimbang warden datang untuk menghukumnya.

“Nana…keluarlah..Ustazah tahu Nana ada dalam bilik…Ustazah nak cakap sesuatu yang penting…, “lembut sahaja nada Ustazah Ainul ,iaitu warden Asrama Khadijah.

Perlahan-lahan,Azliana keluar dari tempat persembunyiaannya.

“Maaf ustazah,saya nak tunggu Salwa…,saya tak boleh belajar tanpa
Salwa. “Azliana mengaku kesalahannya.

“Ya,saya faham..mari ikut saya,ada orang yang mahu berjumpa dengan
kamu. “Ustazah Ainul membawa Azliana keluar asrama.

Azliana makin berdebar,meremang dan hatinya rasa sesuatu telah
berlaku pada Salwa.

Muncul Papa dan Mama Salwa dihadapannya seperti sudah lama menangis.

“Kenapa ni Uncle,Aunty?Apa dah berlaku? “tanya Azliana penuh tanda
tanya.

“Salwa nak…, “Mama Salwa memulakan bicara.

“Kenapa Aunty?Kenapa?Kenapa dengan Salwa? ”

“Dia dah meninggal… ”

“Ha?..Tak mungkin Aunty…tak mungkin…!Tadi dia dengan Nana…,Wawa dengan Nana tadi…Ni..ni hadiah untuk Wawa,Tak mungkin Aunty….Tak mungkin…Wawa takkan tinggalkan Nana…. “matanya mula merah.Azliana menunjukkan kincin bear yang mahu dihadiahkan pada Salwa.Dia tidak dapat menerima kenyataan itu.

“Betul Nana,Aunty tak tipu,sepatutnya,Uncle dan Aunty patut pergi dulu,bukannya Wawa. “Mama Salwa kesal.

“Betul nak…patutnya kami dulu,tapi Allah sudah taqdirkan Wawa pergi dulu.Wawa baru sahaja disahkan meninggal kul 9 malam tadi di hospital.Orang ramai terjumpa Wawa berada dalam keadaan separuh bogel di semak belakang bus stop di hadapan The Store kat Taiping dan mereka laporkan pada polis.Polis mengatakan dia telah dirogol di tempat lain,dan telah dibuang di belakang semak berhampiran bus stop tu.Mujurlah perogol tu dapat ditangkap.Beg dompet perogol itu terjatuh di tempat Wawa dijumpai.Rupanya dia pekerja di kantin sekolah ni !!! “panjang lebar Papa Wawa menceritakan kejadian sebenar untuk menyakinkan Nana.

Nana mula kelihatan lemah,kakinya nampak longlai,dan dia pengsan.

***

“Nana…Nana… “suara Salwa kedengaran.

“Wawa?Wawa pergi mana? “lantas Azliana memeluk erat sahabatnya itu tidak sanggup lagi dilepaskannya.

“Wawa tak kemanalah.Wawa pergi tempat yang tenang sangat… ”

“Kat mana tu?Nana nak ikut… ”

“Nana tak boleh ikut,nanti bila dah sampai masanya,Nana akan sampai juga.Kita jumpa nanti ya. ”

“Tapi Wawa,Wawa tak nak ambil SPM ke?Kita kan belajar sama-sama.Perjuangan kita masih panjang Wawa. ”

“Nana,masa Wawa dah tiba,Wawa terpaksa tinggalkan Nana.Belajar rajin-rajin ya Nana.Wawa sayang sangat kat Nana.Terima kasih jadi sahabat Wawa susah dan senang.Maafkan segala kesalahan Wawa. “Salwa mula melangkah menjauhi Azliana.

“Wawa….isk isk isk…, “Azliana mula tersedu-sedan.Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Salwa.

***

“Wawaaaaaaaaaa!!!!!!… “Azliana tersedar dari komanya.
Semua pelajar mendekatinya.

“Nana,sabar ya Nana… “Aisyah datang memujuk.

“Mana Wawa?Mana Wawa?Dia pergi mana? “tanya Azliana mengharapkan jawapan.

Aisyah dan pelajar-pelajar lain memandang sesama sendiri.

“Wawa dah tiada,dia dah pergi meninggalkan kita semua,dia bertemu Tuhannya…Kita yang masih hidup kena teruskan hidup… “lembut Aisyah memujuk Azliana.

Azliana mula menangis dan memeluk Aisyah.
“Kenapa?Kenapa Wawa tinggalkan Nana…Nana sayang dia…Nana sayang sangat kat dia…Aisyah….Nana nak jumpa Wawa… ”
Aisyah dan semua pelajar menangis bersama Azliana,mereka memahami perasaan Azliana.Mereka cuba sedaya-upaya memujuknya.

***

Beberapa hari selepas itu,Azliana mengemas loker kepunyaan Salwa untuk dibawa pulang oleh Papa dan Mama Salwa petang itu.
Kemas sahaja loker Salwa.Terdapat kalendar yang ditanda hari kenangan mereka bersama.Tercatat juga hari jadi Azliana.Gambar mereka berdua juga dikepil bersama kalendar itu.
Mata Azliana mulai berkaca.Kesedihannya ditahan.
Azliana tertarik melihat satu balang yang diletakkan di satu sudut di dalam loker Salwa.Dia mencampai balang yang hampir dipenuhi burung kertas yang berwarna-warni itu.Ada satu nota kecil di balang itu.
Nanti dah penuh,Wawa bagi awak kat Nana ya.Nana tu kawan baik saya.Saya nak bagi awak kat dia masa birthday dia nanti.Cepat-cepat penuh tau…WAWA

Air mata mula membasahi nota kecil itu.Kenangan-kenangan bersama bermain difikirannya.Azliana mengambil balang yang hampir dipenuhi burung itu serta gambar mereka berdua di kalendar dan disimpan ke dalam lokernya.Itulah kenangan terakhir Salwa baginya.
Kincin bear yang ingin dihadiahkan juga disimpan bersama balang serta gambar tadi.Itulah barang kenangan yang akan dibawa bersama kemana saja dia pergi.Itu niatnya.
Setiap kali mendengar lagu nasyid dari Hijjaz, “Kau Sahabat Kau Teman ” pasti Azliana menangis.Tiap patah lirik lagu itu seperti ditujukan padanya dan Salwa.

“Memori indah kita bersama terus bersemadi,kau sahabatku kau teman sejati… “lirih suaranya sambil melihat sekolah menengahnya untuk kali terakhir sebelum melangkah keluar untuk meneruskan perjuangannya di peringkat yang lebih tinggi.

Hijjaz
[Kau Sahabat Kau Teman]

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana taqdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang ESA.

Ya Allah,tempatkannya ditempat yang mulia,
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMU,
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi ruh masih dijasad hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahgia dikau disana,
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan,
Moga disana kau bersama para solehin,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana taqdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Cerpen : Kau Sahabat Kau Teman”
  1. ciskek says:

    sahabat teman kawan rakan.. setia bersama jika keakraban itu masih ada.. wasalam.. congrats cik

  2. asrar says:

    Betul2 ciskek..thnks~ :smile:

  3. adawieyyah says:

    sedihnya…pa2 pon best sngt cita nie…

  4. asrar says:

    thnks ada…^_^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"