Cerpen : Kau Tetap di Hatiku

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

2,655 bacaan 15 ulasan

Oleh : Najah Ahlami

Air mata mengalir laju membasahi pipi Balqis. Deringan telefon bimbitnya tidak dihiraukan. Berita yang disampaikan mamanya sebentar tadi merobek hatinya. Telefon bimbitnya berhenti berdering. Balqis mencapainya. Terdapat 1 ‘missed call’ daripada Daniel. Air matanya mengalir lagi. ‘Nell, bagaimana harus aku berdepan denganmu?’ bisiknya.
“Hei! Apahal ngan ko ni?” Natasya menyapa Balqis. “Ko nangis ke?” sambungnya lagi setelah dilihatnya mata Balqis yang merah.
“Kenapa ni Qis? Cakap la ngan aku. Manela tau kot kot aku boleh tolong,”
Balqis masih membisu. “Qis, cakap ler…what’s your problem?” Natasya terus mendesak. Dia meneguk air berkarbonat berperisa oren.
“Aku dah bertunang,” Hampir tersembur air yang diminum Natasya.
“Bertunang? Ngan sape? Nell?” bertalu-talu pertanyaan daripada Natasya.
“Bukan…orang lain. Aku pun tak tau sape,” Balqis bersuara tenang.
“Camne boleh jadi camni? Story sikit,”Balqis melemparkan pandangannya keluar jendela. Kemudian dia melepaskan satu keluhan berat.
“Mama aku call tadi. Dia surh aku blik Ahad ni,”
“Untuk pe? Jumpe tunang ko ke?” Natasya mencelah.
“Tak…nak sarung cincin.”
“Ko tak try bantah ke?”
“Nak buat cmne. Tak kan nak suruh family aku tolak pinangan yang dah diterima?”
“Ye tak ye jugak kan. Tapi ko pernah cakap kat aku yang mama ngan papa ko tak kisah ko nak kahwin ngan sape pun. So, nape tup tup je dah bertunang? Tak kenal lak tu”
“Ni semua mulut aku punye pasal la ni. Mid sem ari tu papa aku ada tanye, dah ada choice ke belum. Umur aku pun dah 22 tahun. Study dah nak abis. Aku pun cakap la yang aku tak kisah. Kalau ada orang pinang malam tu, malam tu jugak aku bertunang. Tapi mase tu aku tak cakap serious pun. Tak sangka diorang take serious. Rupa-rupanya diorang memang dah ada choice untuk aku. So, bile family mamat tu anto rombongan, papa ngan mama pun accept je la”jelas Balqis panjang lebar.
“Tu la…kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Nell dah tau ke hal ni?”
“Belum,aku tak tau nak bagitau die camne. Nak pandang muke die sekarang ni pun aku tak berani,”
“Patutla die call ko tak angkat eh.” Balqis mengangguk.
“Tolong la aku Sya. Aku takutla.”
“Ok la, Ape kate ko relax dulu. Dah cool nanti aku teman ko jumpe die, boleh?”
“Jumpe die? Tak nak la aku. Aku tak berani nak cakap. Ape kate ko tolong cakap bagi pihak aku,” pinta Balqis.
“Aku? Ish… mane boleh…aku rase ko lebih kenal Nell kan. Die bukannye suke percaye bulat-bulat. Mesti die siasat dulu,”
“Aku tau, tapi…”
“Ah, tak de tapi-tapi lagi. Jom aku belanje ko kat Café. Cool r beb.” Natasya menepuk bahu sahabatnya itu.
Telefon bimbit Balqis berdering lagi. Dia mencapainya dan sedikit terkejut apabila nama Daniel yang tertera di skrin telefonnya. Dia memberi telefon itu kepada Natasya dan mengisyaratkan supaya mengatakan dia tiada di situ. Natasya menurut kerana memahami keadaan Balqis.
“Kesian Nell,” Natasya mematikan telefon bimbit. “Dah, jom” ajak Natasya.

***

Ahmad Daniel Hakim Mohd Adam, satu-satunya lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Balqis. Balqis tidak pernah mempercayai cinta. Baginya cinta hanyalah satu perkara remeh yang tidak diperlukan. Sehinggalah suatu hari.
“Eh, ape ni tak nampak orang ke?” Balqis memarahi seorang lelaki yang secara tidak sengaja telah melanggarnya. Namun dia tidak memandang langsung lelaki itu.
“Maafkan saya. Saya nak cepat ni. Saya pergi dulu. Sorry sekali lagi!!!” jeritnya. Balqis mengutip buku-bukunya yang terjatuh. Di saat itu dia terpandang sekeping kad pengenalan tertera nama Ahmad Daniel Hakim Mohd Adam.
‘Ni mesti budak tu punye’ detiknya. Balqis berdiri dan melihat keadaan sekeliling kalau-kalau ada lagi lelaki itu, ingin dipulangkan kad pengenalannya, tetapi hampa.
“Wei, ape ko buat kat sini?” Natasya menegur.
“Ni ha… aku jumpe I/C sorang budak ni. Dia langgar aku tadi, tapi aku tak sempat nak bagi balik. Macam pelesit je hilangnya.”
“Bak sini aku tengok. Daniel Hakim? Macam kenal…owh..ye,,dia senior Ishak. Nanti aku mintak Ishak tolong bagi kat dia.”
“Confirm je ko ni,” Balqis ragu-ragu.
” Iye la…mamat ni la yang spoil blind date aku ngan Ishak minggu lepas. Ada ke patut orang tengah syok-syok date, dia leh suruh Ishak belikan mee goreng untuk dia.” Mereka beriringan ke bilik.
” Tak patut…” Balqis mengusik. Natasya senyum melirik.
” Tapi boleh tahan tau mamat ni. Handsome gila. Ada le iras-iras Arjun Rampal.”
” Iye la tu…” Balqis tidak mahu tahu tentang itu. Apa yang dia tahu tanggungjawabnya untuk memulangkan semula kad pengenalan Daniel telah lepas.

Tidak ramai penuntut di perpustakaan hari ini. Balqis leka mencari bahan yang diperlukan untuk tugasan terbarunya.
” Assalamualaikum…err…hai,” Balqis terkejut dengan sapaan yang tidak diduga itu. Buku yang ada di tangannya terjatuh. Balqis menunduk sedikit untuk mengambil buku itu seraya menjawab salam. Apabila dia berdiri untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam itu, secara tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.
” Terima kasih sebab sudi pulangkan I/C saya.” Daniel memulakan bicara setelah agak lama mereka bertentang mata.
” Kenapa perlu berterima kasih, bukan saya yang bagi pada awak,” Balqis mengawal nada suaranya walaupun hatinya berdebar berhadapan dengan Daniel. Entah mengapa dia sendiri kurang pasti.
” Err…jom kita duduk. Orang nak lalu susah.” Balqis menurut bagai kerbau ditusuk hidungnya.
” Saya tahu awak yang mula-mula jumpa I/C saya tu.sebab saya nampak awak pegang masa awak kutip buku-buku awak.”
” Ooo…jadi awak ada la masa tu. Kenapa tak ambil balik?”
” Saya memang in hurry masa tu. So, sempat tengok awak pegang je la. Nak amik balik memang tak sempat coz…” kata-kata Daniel mati di situ.
” Kenapa?” Balqis tertanya-tanya.
” Menyahut seruan alam…” Pecah derai tawa Balqis. Dia cepat-cepat menekup mulutnya apabila beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua. ‘ Alamak,camne aku boleh lupe ni library. Mamat ni punye pasal la ni.’
” Lawak sangat ke?” Daniel bertanya. Balqis malu sendiri.
Sejak hari itu, Daniel dan Balqis sering bertemu secara tidak sengaja. Pertemuan secara tidak sengaja itu telah membenih rasa cinta di dalam hati keduanya. Akhirnya Balqis tunduk pada kuasa cinta.

Seminggu berlalu, cincin pertunangan telahpun tersarung di jari Balqis. Pada mulanya Balqis enggan menyarung cincin itu, namun rasa saying pada mama dan papa mengatasi segalanya. Balqis tidak membantah pilihan papa dan mamanya kerana yakin pilihan mereka adalah yang terbaik. Oleh itu, dia menurut sahaja walaupun keputusannya itu memakan dirinya sendiri. Baginya kegembiraan papa dan mama adalah kegembiraannya juga.
” Kau rasa kau dah cukup kuat nak jumpa Nell?” Balqis mengangguk.
” Tak pe aku akan back up kau kalau-kalau kau tergagap.” Natasya memberi semangat. ” Janji jumpa pukul berape?”
” Pukul 4.00 petang kat belakang library.”
” Belakang library? Apela kau ni, tak romantik langsung.”
” Romantic apenya kalau dah jadi tunang orang.” Balqis membidas. ” Lagipun aku tak nak cakap lame-lame. Nanti makin rindu.” Sambungnya.
” Untung tunang kau Qis,tak pernah jumpa pun kau tetap hormat kat dia.” Puji Natasya.
” Ye la…aku tak macam kau. Ada Ishak depan mata pun boleh main jeling-jeling ngan Zamri.” Perli Balqis.
” Dah bertunang ni, bila nikahnya?”
” Abis sem last ni, kahwin le aku.” Balqis menjawab selamba.
” Abis sem ni? Tak keje dulu ke?” Tanya Natasya.
” Mama kata, tunang aku cakap lepas kahwin dia boleh bagi aku permission untuk aku keje. So, aku carry on je la.”
” Ooo…ni dia la yang nak kahwin cepat-cepat ni?” Duga Natasya.
” Bukan dia, parents dia. Pelik aku, dah la tak kenal langsung. Tiba-tiba je nak suruh kahwin cepat-cepat. Hai, dunia…dunia…”
” Eh, dah pukul 3.40! Jom, nanti merajuk pulak Nell tu. Dia bukannya suka menunggu. Orang tunggu dia tak pe.” Balqis menyarung sandal.
” Kau ni memang dah tak de perasaan ke kat Nell tu?”
” Ala… aku bercinta pun satu sem je Sya. Belum kenal lagi hati budi dia cam ne.” Balqis menjawab. Namun di hatinya lain yang tersirat.
” Aku tau kau tu lain di mulut, lain di hati. Kan Qis?”
” Ish, mane ade. Sekarang yang ada kat hati aku cuma tunang aku je.” Balqis masih menyembunyikan kebenaran.
” Qis, kau langsung tak tau pape about your fiancée?”
” No.”
” Even his nickname or anything else?”
” Kalau nama pun aku tak tau, lagikan yang lain-lain tu. Aku malas nak tanya banyak-banyak kat mama. Nanti dia ingat aku tak berkenan ngan pilihan dia.”
” Alamak Qis, aku dah nampak kereta dia la.”
” Kat mana?”
” Bawah pokok tepi pondok tu.” Natasya menunjuk.
” A’ah la…mampus aku. Hurry Sya!”
” Hurry,hurry. Kau jalan belakang aku jugak.” Balqis tersenyum.
” Apsal aku rasa cam nak pegi toilet je ni?”
” Ah, kau jangan nak ngada-ngada. Aku sanggup batalkan date aku ngan Is sebab nak teman kan kau tau. Jangan nak burn kan m.c untuk date aku ni.” Natasya menarik tangan Balqis.
” Iyelah…” Balqis menurut dalam paksaan.

” Assalamualaikum… lama tunggu?” Natasya menyapa.
” Waalaikumussalam…tak la lame sangat. Ada la dalam 2 jam.”
” Ah, tipu la tu. Memang sengaja cari pasal, janji pukul 4.00, datang awal gitu buat ape.” Balqis bersuara. Geram.
” Serious, saya tunggu dah lama. Tapi entah kenape rasa cam awak nak cakap something yang gila-gila punya important. So, tunggulah sampai saat ni.”
” Boleh caye ke?” Natasya seakan tidak percaya.
” Ya Allah! Tak caye gak? Cuba try test tanya junior kat pondok tu. Dia pun dah lama study kat situ.
” Ok…Ok…caya,caya…minta maaf la. Saya ingat semalam awak janji pukul 4.00. So, saya datang la ngan Sya pukul 4.00. Sorry ye wak. Buat awak ternanti-nanti. Saya tau penantian suatu penyeksaan. Tapi…”
” Tiba-tiba Daniel ketawa. Junior di pondok itu turut ketawa. Balqis dan Natasya ‘blank’.
” Awak-awak ni, saya tipu pun caya. Nasib baik awak tak tanya budak tu. Kalau tak, saya kene bayar kat dia.”
” Awak memang nak kena. Tunggulah satu hari nanti.”
” Dah banyak kali saya dengar ayat tu. Entah bila la hari tu agaknya.” Daniel ketawa lagi. Balqis hanya tersenyum. Natasya sekadar melihat gelagat mereka berdua.
” Hmmm…Apa yang awak nak cakap sebenarnya. Waktu awak call hari tu dengar macam penting.” Balqis membetulkan tudungnya. Di saat itu, Daniel terkejut melihat jari Balqis.
” Err…cincin apa tu? Sebelum ni awak tak pernah pakai cincin pun.” Daniel inginkan kepastian. Balqis kaget. Suasana sepi seketika.
” Sebenarnya saya…” Natasya mendekati Balqis.
” Go on Qis, kalau kau tak cakap sekarang, bila lagi.” Bisiknya.
” Sebenarnya saya…dah…”
” Awak dah kahwin?” Daniel meneka. Balqis tersentak lantas memandang tepat wajah Daniel yang bisa menggugurkan jantung wanita ynag tidak cukup iman. Daniel juga memandangnya. Malu dipandang begitu, Balqis tunduk.
” Saya dah bertunang.” Akhirnya Balqis berjaya meluahkannya. Daniel tidak lagi terkejut. Tiada reaksi yang ditunjukkannya, juga tiada respon darinya. Masing-masing membisu.
” Harap kita tak bertemu lagi.” Balqis bersuara tiba-tiba dan terus berlari meninggalkan mereka.
” Maafkan dia Nell.” Natasya meminta diri. Daniel melepaskan keluhan. Sejurus kemudian segaris senyuman terukir di bibirnya.

***

” Cool Qis, cool. Dia dah nak masuk.” Natasya menenangkan Balqis. Natasya terkedu apabila melihat suami Balqis. Di saat cincin disarungkan, Balqis tunduk tidak berani melihat wajah suaminya. Dia kemudiannya bersalam dan mencium tangan suaminya. Tatkala dagunya disentuh barulah dia mendongak sambil mata terpejam. Setelah dahinya dikucup, Balqis membuka mata dan terkejut melihat lelaki berbaju Melayu putih di hadapan matanya.
” Nell!!!”

sekian…


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Kau Tetap di Hatiku”
  1. nur naim says:

    ;-) :smile: :lol: :grin: :cool:

  2. flavor of life says:

    memang sweet citer ni .

  3. lau panjang agi mesti best !

  4. Sha says:

    kalao kembang kan lagi,, mzty best punya!!

    nie pown dah terbaek.. hehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"