Cerpen : Konflik Cinta

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

2,763 bacaan 11 ulasan

Oleh : Mastura Salmy Binti Alias

Kegembiraan terletak pada kesetiaan, bukannya kalimah cinta semata-mata…

Cinta,kadang-kala ia tidak perlu diluahkan berulang-kali.Kita hanya perlu setia dan curahkan sepenuh kasih sayang kita tanpa perlu menyesalinya.Mungkin cinta sukar untuk kekal selamanya,tapi tidak salah jika kita mencubanya dan memberi peluang kepada seseorang yang menanti dan mengharapkan cinta untuknya dan ingat bahawa tiada istilah paksaan dalam cinta…

Cinta?Perkahwinan?Semua itu sering menerjah di kotak fikirannya.Alysha,seorang gadis remaja yang hidup dalam serba lengkap.Dia memiliki hampir segalanya, kecantikan,kekayaan dan dua orang sahabat yang setia.Tiada apa yang perlu dirisaukan kecuali cinta.Dalam mencari cinta sejati,ramai orang yang cuba menghampirinya,namun semuanya disebabkan oleh kecantikan dan kekayaan yang dimilikinya.

Suara yang kedengaran nyaring itu pastinya bertujuan untuk mengejutkan sang puteri yang sedang lena dibuai mimpi.
“Alysha!Bangun!Tak nak pergi kolej ke?”
“Alah,nanti Lysha bangunlah.Bisinglah!”Tempiknya kepada pembantu rumahnya,Cik Intan yang juga merupakan pembantu peribadinya.
“Hahhh,bangun pun.Tadi baru cik Intan nak kejutkan nenda”.
“Hah!Nenda dah bangun ke?Alamak,habislah Lysha.Apa ni cik Intan?”
“Tahu pun takut.Kan bagus kalau dengan cik Intan pun Lysha takut.Tak payahlah Cik Intan nak pening fikirkan setiap hari macam-mana nak kejutkan Lysha”.
Apa yang bising-bising ni?Panggil nenda ke?”Sergah nenda yang sedang turun dari tangga di rumahnya.
“Nenda dah bangun?Bila masa pula Lysha panggil nenda.Bukan begitu cik Intan?”Jawab Lysha yang memandang tepat kearah mata cik Intan untuk memastikan cik Intan tidak membocorkan rahsianya.
“Betullah tu puan.Saya ke dapur dulu ya”.Lantas cik Intan beredar ke dapur untuk menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli di pasar.
“Jadi,Alysha dah fikirkan cadangan nenda?”
“Cadangan nenda?Sebenarnya Alysha dah lambat ni.Nenda pun tahu Cik Shahora tu tegas orangnya,kalau Lysha lambat sampai kelas nanti mesti dia marah.Lysha berangkat dulu ya”.
“Alysha,fikirkanlah cadangan nenda tu.Nenda buat pun untuk kebaikan Lysha juga”.
“Yalah,nanti Lysha fikir.Maksud Lysha kalau ada masa lah”.
“Alysha!Alysha!”
“Kenapa ni bonda?Sampai atas dengar suara bonda.Ni mesti bonda fikirkan lagi cadangan Pak Shidi tu kan?”Tanya Lisa iaitu ibu kesayangan Alysha.Boleh dikatakan sekepala dengan anaknya.Like mother like daughter.

“Hoi,Lysha.Masam je muka tu.Kenapa ni?”Tanya Maya yang merupakan salah seorang sahabat baik Lysha.Maya juga merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan sering menyumbangkan idea kepada Lysha untuk mengelakkan diri daripada desakan nenda.
“Ha,Maya.Macam-mana keadaan awak hari ini?Sebab awaklah satu malam saya dapat tidur terpaksa dengar awak menangis je sebab si Shahri tu.Buat apa nak buang air mata untuk lelaki macam tu.Kalau saya jadi awak,dah lama saya tinggalkan dia sebelum dia campakkan saya”.
“Itulah kelemahan awak.Tengok saya,pergi seorang ada ramai lagi yang menunggu.Macam orang kata,petik jari seribu yang datang.Saya tak petik pun berbaris menunggu.Awak pula,petik seribu kali pun takde orang pun yang datang.Nak jengah pun tak berani,garang macam harimau”.
“Macam itulah baru dapat cari jejaka idaman”.
“Hah,mana jejaka idaman?”Sergah Nur,seorang lagi sahabat baik Alysha.
“Nursalina,mana ada jejaka idaman dekat sini”.

Nenda masih tidak boleh lupakan sejarah silamnya yang cukup menyeksakan.Dia kehilangan seorang adik disebabkan terpengaruh dengan cinta.Dia berasa sangat bimbang apabila Alysha mengungkap istilah cinta.Dia tidak mahu Alysha juga menjadi seperti adiknya yang hanyut sehingga terlantar di hospital setelah disahkan mengidap penyakit HIV.Oleh itu,dia tetap dengan cadangannya untuk menjodohkan Alysha dengan anak Dato Haris,sahabat baik papa Alysha.
“Good Morning my students”.Ucapan yang sangat ringkas oleh seorang pensyarah yang cukup berdedikasi dan berprinsip iaitu Cik Shahora.
“So,how about your assignment?Dah siapkan ke?Kalau dah siap,tinggalkan di atas meja saya dan kamu semua boleh balik.Tapi kalau belum siap,saya boleh tunggu kamu dekat sini sampailah assignment kamu siap.By the way,Alysha jumpa saya selepas ini”.
“Baiklah Cik Sha”.
“Hei Lysha,kenapa Cik Sha nak jumpa awak?”Tanya Nur .
“Entahlah,saya pun tak tahu.Jarang betul dia panggil saya melainkan ada hal penting”.

Setibanya di dalam pejabat Cik Sha,Lysha segera mengetuk pintu lalu masuk setelah kedengaran suara Cik Sha yang membenarkannya masuk.
“Cik Sha nak jumpa saya?”Tanya Alysha yang agak gugup dengan pandangan Cik Sha.
“Ya,Lysha.Have a sit,please.Saya nak minta maaf,pada mulanya memang saya menolak tapi awak pun tahu siapa yang boleh menolak permintaan Puan Fatimah”.
“Puan Fatimah?Maksud Cik Sha,nenda?”
“Ya,nenda awak”.
“Tapi kenapa?Apa permintaan nenda?”
“Puan suruh saya tengokkan Lysha samaada Lysha sudah ada kekasih ataupun belum”.

“Hei Nur,awak tahu tak kenapa Cik Sha panggil Alysha?”Tanya Maya yang kelihatan gelisah.
“Entahlah,mungkin dia nak tanya pasal Pak Cik Zaidi kut”.
“Pak Cik Zaidi?Maksud awak tunang Cik Sha?”
“Dia juga Pak Cik Lysha”.
“Hai,tak balik lagi ke?”Tanya Alysha yang muncul tiba-tiba.Alysha kelihatan muram.
“Hei,kenapa Cik Sha panggil awak?”
“Pasal siapa lagi,nenda lah.Ada ke patut dia nak spy saya”.
“Spy?Takkanlah nenda masih…..
“Ya,dia masih fikirkan cadangan Pak Shidi untuk cari jodoh untuk saya.Apa dia tak sedar ke yang saya baru 19 tahun”.
“Huh,kuat juga pengaruh Pak Shidi tu.Tapi tak patutlah Pak Shidi bagi cadangan macam tu.Mana boleh keluarga tentukan siapa bakal suami kita.Opss,maksud saya bakal suami awak”.
“Saya dah cuba mengelak,tapi awak pun tahu perangai nenda saya tu macam-mana.Lagi saya mengelak,lagi dekat dia dengan saya”.
“Itulah,saya bagi cadangan,awak tak nak ikut”.
“Cadangan apa mendanya.Lagi terukkan keadaan adalah”.Seperti biasa Maya sering memberikan cadangan yang tidak munasabah kepada Lysha untuk menolak calon suami buat Lysha.Cadangan seperti lari dari rumah dan terjun daripada rumah supaya cedera bagi meraih simpati.Tidak seperti Nur yang sentiasa membantah semua cadangan Maya dan sentiasa menyuruh Lysha untuk berterus-terang dengan nenda walaupun dia tahu itu pastinya bukan perkara yang mudah”.
Berterus-terang merupakan perkara yang terbaik buat Lysha bagi menyelesaikan masalahnya.Namun untuk berterus-terang dengan nendanya bukanlah perkara yang mudah.Tapi,bagi Alysha mamanya merupakan orang yang paling memahaminya.
“Haa Lysha,kamu dah balik?So,macam-mana kolej hari ini?”Tanya mamanya yang sedang menjamah makanan yang telah tersedia di atas meja makan.
“Mama,boleh tak kalau Lysha nak tanya sesuatu?”
“Wow,nak mama teka tak?”
“Mama,Lysha serius ni.Mama pun tahu kan yang nenda nak carikan jodoh untuk Lysha and I already told you I will never accept that kind of decision.Lysha nak pilih sendiri jodoh Lysha ma.Lysha yang perlu bersama lelaki itu bukannya nenda,pak Shidi ataupun mama”.
“Lysha,mama tahu yang anak mama ni yang akan hidup bersama lelaki tu,but I know that is the right decision although you don’t like it.Kamu pun sedar yang kamu tak boleh mengelak daripada nenda”.
“Ma,jangan cakap dengan Lysha yang mama pun setuju dengan cadangan tu”.
“Mama minta maaf,Lysha”.

Deringan telefon di bilik Lysha cukup nyaring bagi mengejutkannya dari lamunannya.Berkali-kali telefonnya berdering,dia sendiri tidak tahu samaada dia tidak menyedari deringan telefonnya itu atau dia memang sengaja untuk tidak mengendahkannya.
“Hello!Bisinglah,siapa ni?”Tempiknya dengan suara yang lantang.
“Hoi,Lysha.Apahal ni?Kenapa?Ni mesti terima keputusan nenda ke?Tanya Maya dalam nada mengusik.
“Gelaklah kuat-kuat.Seronokkan ketawakan saya”.
“Hei,janganlah serius sangat.Saya bergurau jelah”.
“Saya,tahu.Maafkan saya”.
“Awak tak cuba mengelak daripada nenda ke?”
“Saya dah cuba,tapi awak pun tahu nenda tu macam-mana”.
“Actually saya ada idea.Itu pun kalau awak nak tahu”.
“Apa dia?Kalau boleh saya tak nak dengar,mesti idea yang tak munasabah.Tapi terpaksalah”.
“Macam-mana kalau kita pergi ke agensi mencari jodoh?”
“Agensi mencari jodoh?Are you crazy?!”
“Yalah,patutlah saya asyik bagi cadangan yang pelik.Jadi awak nak ikut tak cadangan orang gila macam saya?”
“But…
“Ok,see you tomorrow.Lepas class,kita pergi ya”.
“Hello,Maya!Maya!”

“Haa,dah sampai pun.Inilah agensi mencari jodoh.Jomlah Lysha,kita pergi cuba nasib”.Kata Maya yang nampak lebih exited jika nak dibandingkan dengan Lysha yang kelihatan resah.
“Hei,Maya.Jomlah kita balik.Macam-manalah saya boleh setuju dengan cadangan awak”.
“Awak setuju sebab nak cari jodoh sendiri kan?”
“Yalah,tapi…
“Dah,tak ada tapi-tapi lagi.Jomlah”.

“Apa khabar?Saya Bobby,awak boleh panggil saya Bob”.Kata salah seorang kakitangan di syarikat tersebut.
“Hai,saya Maya dan ini kawan saya,Alysha”.
“So,what can I do for you?”
“Sebenarnya kawan saya nak agensi Encik Bob carikan jodoh untuk dia”.
“Oh,you come to the right place.Tapi kalau boleh saya nak tanya kenapa dating ke agensi ni sedangkan awak juga mampu mencarinya sendiri.Maksud saya,awak seorang yang sangat cantik.Tapi kenapa….
“Maafkan saya,Encik Bob.Tapi perlukah kami ceritakan semuanya?”Celah Maya yang kurang senang dengan soalan yang ditujukan oleh Bob.
“Maaf,awak tak perlu ceritakan semuanya.Saya akan cuba untuk aturkan lelaki yang sesuai dengan Cik Alysha”.

Shahora sedang berada di pejabatnya.Dia tidak selesa dengan permintaan Puan Fatimah.Sebelum ini dia memang agak rapat dengan Alysha,dia tidak mahu hubungannya dengan Alysha menjadi keruh disebabkan permintaan Puan Fatimah.Dia nekad untuk bertemu dengan Zaidi untuk meminta pertolongan.Segera dia mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Zaidi.

Setelah menerima panggilan daripada Shahora,Zaidi bergegas ke pejabat Shahora.
“Hai Sha.Kenapa you nak jumpa dengan I?Penting sangat ke?”Tanya Zaidi yang merupakan tunang Shahora dan juga pak cik kepada Alysha.
“I minta maaf sebab ganggu waktu kerja you.I just don’t understand.Kenapa bonda you nak carikan jodoh buat Alysha.Alysha muda lagi,banyak yang perlu dia kejar”.
“Maksud you?”
“Semalam,Puan Fatimah datang jumpa dengan I.Dia suruh I jadi spy dia untuk perhatikan Lysha samaada Lysha dah ada kekasih ke ataupun belum”.
“Oh,itu saja ke sebabnya you nak jumpa dengan I?”
“Apa yang you merepek ni?You sedar tak yang Lysha tu masih budak lagi,dia tak tahu apa-apalah”.
“Ya,I admit that dia still budak lagi.So do I,I kena bertunang dengan you pada usia I 22 tahun disebabkan keputusan my mother dan pertunangan kita ni dah berlangsung selama 4 tahun and there is still nothing.This is all about keputusan bonda I.What do you aspect me to do?I sendiri tak boleh tolak keputusan dia for us to get married and now you nak I tolong Alysha.Hei come on lah,think first before you speak”.
“Dah puas you bercakap?I cuma minta tolong you cakap dengan bonda you tentang Lysha.Tapi you ungkitkan pertunangan kita.You ingat hanya you menderita,hanya you yang bencikan pertunangan kita ni…
“I tak cakap yang I benci…….
“Shut up,I belum habis lagi.You tahu tak berapa orang yang I terpaksa tolak hanya kerana this stupid engagement?Bukan you saja yang tak suka tapi I juga tak boleh tolak permintaan daddy I.Try to understand that,I bukannya terhegeh-hegeh nak kan you”.

Lantas Shahora meninggalkan perbualannya dengan Zaidi dan beredar dari situ dengan perasaan marah.

Alysha memberanikan diri untuk berjumpa dengan nenda.Kadang-kadang dia juga tidak memahami sikap nendanya.
“Nenda,boleh Lysha masuk?”
“Alysha,masuklah.Lysha jumpa nenda ni mesti ada apa-apa kan?Cakaplah”.
“Ya.Lysha nak tany, kenapa nenda nak jodohkan Pak Cik Zaidi dengan Cik Shahora?”
“Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Cik Sha tu kan pensyarah Lysha dan Pak Cik Zaidi tu pak cik Lysha.Jadi tak salah kan kalau Lysha nak tahu”.
“Baikah,sebenarnya nenda sukakan Cik Shahora.Dia bijak,berdikari dan baik.Nenda pasti Lysha juga sukakan dia”.
“Tapi Pak Cik Zaidi tak sukakan Cik Sha”.
“Siapa kata Pak Cik Zaidi tak sukakan Cik Sha?”
“Lysha tahu kenapa nenda nak jodahkan Pak Cik Zaidi dengan Cik Sha.Nenda nak bergabung dengan syarikat daddy Cik Sha kan?Sebab tu nenda beriya satukan mereka”.
“Lysha!Apa yang Lysha cakap ni?”Tempik mama Alysha.
“Mama,Lysha cuma…
“Lysha masuk bilik kamu sekarang”.
“Tapi ma….
“I said now!”
Alysha mungkin boleh meninggikan suara dengan nendanya,tapi dia tidak mungkin boleh memperlakukan seperti itu kepada mamanya.Dia sangat sayang akan mamanya.
Dengan perasaan yang kecewa,Lysha meninggalkan bilik nendanya dan berjalan ke biliknya.
“Lisa,janganlah berkasar sangat Lysha.Dia tak sedar apa yang dia cakap tadi”.
“Bonda janganlah manjakan sangat Lysha tu.Tengoklah sekarang ni,dengan bonda dia berani tinggikan suara.Nanti esok lusa,dengan Lisa pula”.
“Sudahlah tu,kamu pergi pujuk dia.Jangan dibiarkan dia merajuk,nanti melarat”.

Adam merepakan seorang penulis novel yang gemar menghabiskan masanya dengan berkarya dan bersendirian.Dia ialah seorang jejaka yang menjadi idaman setiap wanita.Berbeza daripada Imran iaitu seorang kasanova yang sangat gemar bersosial dan sering memikat wanita.Walaupun Imran anak kepada Dato Haris iaitu orang yang mempunyai pengaruh yang sangat besar,tetapi Imran sering menyembunyikan latar belakangnya daripada wanita-wanita yang ditemuinya.
“Hei Adam.Buat apa tu?Engkau tak nak tidur lagi ke?Dah larut malam ni”.Kata Imran yang baru balik ke rumahnya.
“Tahu pun dah tengah malam.Tapi kenapa dah tengah malam baru ingat nak balik rumah?”Tanya Adam dengna nada menyindir.
“Engkau bukannya tak tahu,aku kan orang yang cukup sibuk”.
“Sibuk?Sibuk dengan apa?Perempuan?Clubbing?”
“Haa,tahu takpe”.

Alysha sedang bersendirian di dalam biliknya.Dia kecewa kerana mamanya berpihak kepada nenda.Walau apapun yang akan berlaku,dia tetap dengan pendiriannya untuk menyalahkan nendanya.Inilah yang menguatkan semangatnya untuk mencari sendiri jodoh buat dirinya.Dia juga tahu bahawa nendanya pasti akan menyatukan dia dengan anak Dato Haris,iaitu sahabat baik papanya.Walau apapun alasan yang nenda berikan,dia tetap akan membantah.
Pintu bilik Alysha diketuk sebelum pintu itu dibuka.Kelihatan mamanya yang memandang tepat ke arah Alysha.Mimik muka mamanya yang garang berubah setelah memikirkan bahawa Alysha terpaksa menanggung beban yang sangat berat walaupun usianya baru mencecah 19 tahun.
Alysha tidak sedikit pun menolehkan mukanya,dia tahu itu pastinya mama yang datang untuk memujuknya.
“Lysha,sayang.Masih marahkan mama lagi?”Tanya mamanya yang telah lama berdiri di depan pintu biliknya.
Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut Alysha.
“Sayang,mama tahu mama tak sepatutnya marahkan kamu tadi.Tapi kamu juga tak sepatutnya bercakap sebegitu pada nenda.Kamu kena hormat nenda sebagaimana kamu hormat pada mama dan papa”.
“Ma,Lysha tahu Lysha salah pada nenda.Tapi nenda tak boleh paksa kita terima saja keputusan dia”.Jawab Alysha yang kelihatan kecewa.
“Kita?Apa maksud Lysha?”
“Ya,kita.Lysha tahu mama pun kena paksa untuk berkahwin dengan papa kan?Mama tak mencintai papa kan?Sekarang Lysha nak tanya,tanpa cinta pada papa,mama bahagia tak hidup dengan papa?”
“Apa yang Lysha merepek ni?Mama tak nak Lysha tanya soalan macam tu lagi selepas ni”.
Alysha tahu bahawa mamanya menyembuhnyikan sesuatu daripada pengetahuannya.Sejak dua bulan yang lalu,susah untuknya berjumpa dengan papa.Sebelum dia bangun,papanya sudah berangkat ke pejabat.Selepas dia tidur,barulah papanya pulang ke rumah.Nenda pula tidak pernah mempersoalkan mengenai papanya,inikan pula mama.Alysha tahu hubungan dan kasih sayang antara mama dan papanya semakin pudar.
Awal pagi Alysha sudah bangun dan bersiap untuk ke kolej.Harapannya agar dia dapat bertemu dengan papanya sebelum dia berangkat ke kolej.
“Selamat pagi,Cik Intan”.
“Selamat pagi,tuan puteri.Awal bangun hari ni.Baguslah kalau selalu macam ni,tak payahlah Cik Intan nak bersusah payah nak terjerit-jerit daripada dapur ni untuk kejutkan Lysha”.
“Yalah tu.Cik Intan,papa dah bangun ke?”
“Dah bangun dah.Dah pergi pejabat pun”.
“Apa?Papa dah pergi pejabat?Awalnya,bukannya waktu pejabat pukul 8 pagi.Pukul berapa papa bertolak tadi?”
“Dalam pukul 7 pagi.Papa Lysha kata tadi,hari ni ada meeting penting”.
“Meeting penting?Yeah right”.
“Good morning,my sweetheart”.Sergah Lisa yang kelihatan agak ceria.Tapi disebalik keceriaan itu,jauh disudut hatinya tersimpan perasaan sebak.
“Mama,awal bangun hari ni”.
“Kalau Lysha nak tahu,hari-hari mama bangun awal.Cuma Lysha je yang tak perasan sebab Lysha bangun lambat kut”.
“Bunyi macam perli Lysha je.Oklah ma,Lysha nak ke kolej dulu”.
“Hati-hati ya sayang”.

“Hoi Imran,engkau tak nak bangun ke?Itulah semalam balik lewat,pagi susah pula nak bangun”.Tempik Adam kepada Imran.
“Aku bangunlah ni,bisinglah engkau ni.Aku nak tidur sekejap pun engkau nak kacau”.
“Oh,aku engkau kata bising.Habis yang handphone engkau tu berdering daripada tadi,tak nak angkat pula.Naik pekak telinga aku”.
“Yelah!Yelah!Aku angkatlah ni”.
“Itulah engkau,lepas kena suruh baru nak buat”.

Imran berkerja sebagai pembantu Bob dalam Agensi Mencari Jodoh.Walaupun Imran gemar menghabiskan masanya bersama perempuan di luar sana,tapi dia tidak akan pernah untuk date dengan perempuan yang sedang mencari jodoh di agensinya.Dia akan mencari jodoh yang paling sesuai untuk yang memerlukan bantuannya di agensi tersebut.
“Hoi,Bob.Engkau buat apa tu?Berangan je”.Sergah Imran yang kelihatan ceria.
“Takdelah,aku pelik je.Takkan anak orang kaya yang cantik macam dia ni nak suruh agensi kita carikan jodoh untuk dia”.
“Gambar siapa tu?Bak sini biar aku tengok”.
“Ni ha,nama dia Alysha.Alah dia ni anak Dato Mustaffa yang famous tu.Kaya betul orangnya”.
“Anak Dato Mustaffa?Boleh tahan juga dia ni.Engkau dah tetapkan temu janji dia ni ke?”
“Dah.Pertemuan pertama dengan Khai,alah mamat yang kaya tu lah.Kalau nak temukan jodoh,mestilah setaraf kan?”
“Ikut suka engkaulah”.

“Yes,dah habis kelas pun.Jomlah Lysha”.Ajak Maya.
“Seronok nampak.Kenapa nak ajak shopping ke?”
“Shopping?Ni mesti dah lupa kan?”
“Lupa pasal apa pula?”
“Hei,hari ni kan date awak yang pertama”.
“Date?Dengan siapa?Maksud awak dengan agensi cari jodoh tu?”
“Bukan dengan agensi cari jodoh lah,tapi dengan seorang jejaka yang bernama Khai”.
“Macam-mana awak tahu semua ni?”
“Saya suruh Bob telefon saya kalau ada apa-apa rancangan.Kalau dia telefon awak,nampak gayanya semuanya akan hancur macam tu je”.
“Yelah tu.Cakap jelah kalau awak nak tahu semuanya.Kalau dia beritahu saya,tak mungkin saya beritahu awak punyalah”.

Pertemuan itu diadakan di sebuah restoran yang agak mewah,sesuai dengan taraf kedua-dua pasangan.Alysha berharap dapat bertemu dengan jejaka idamannya.Mungkin juga ini merupakan salah satu cara untuk Alysha bertemu dengan jejaka yang dinantikannya.Apa yang pasti,pertemuan pertama ini sangat mendebarkan Alysha.Walau apapun halangan yang dating,Alysha tetap dengan pendiriannya.Dia sudah nekad untuk berdepan dengan siapapun dan soalan yang bakal diajukan oleh Alysha ialah apa yang mereka faham tentang cinta.
“Hai,you must be Alysha,right?”Tanya Khai.
“Ya,have a seat please”.
“Anak Dato Mustaffa cari jodoh melalui agensi mencari jodoh.Wow,interesting”.
“Ya,menarik kan.Saya juga tertarik dengan cerita tentang seorang anak jutawan yang memiliki banyak cawangan syarikat juga turut mencari jodoh melalui agensi ini”.
“Let’s talk to the point”.
“What is the point?”
“Saya tak datang sini untuk bergurau dan awak sedang membuang masa saya”.
“Begitu juga dengan saya.Ok,biar saya mulakan.Apa yang awak faham dengan cinta?”
“Cinta?Kenapa tanya pasal cinta.Kita berjumpa pun bukan sebab cinta dan awak….
“Dan saya takde apa-apa makna bagi awak?Itu yang awak nak cakap?Awak suruh saya yang mulakan dulu,so saya tanya dan awak jawab”.
“Ok,saya akan jawab soalan tu.Bagi saya tak perlulah ada cinta antara kita”.
“Habis tu,kenapa awak nak cari jodoh?”
“Macam yang saya cakap tadi,tak perlu ada cinta.Saya cuma nak cari orang yang boleh dijadikan isteri saya,jadi takdelah keluarga saya bising-bising nak carikan jodoh untuk saya”.
“Jadi,takde maknalah cinta bagi awak?”
“Kalau lelaki yang banyak duit,senang sangat nak dapat cinta”.
“Maksud awak,cinta boleh dibeli?Kalau awak nak tahu,mungkin duit boleh membeli segalanya,tapi bukan cinta.Walau sekaya mana pun awak,jika cinta tidak ikhlas tidak mungkin awak akan mencapai kebahagiaan”.
Alysha meninggalkan restoran itu dengan keadaan yang marah.Dia kesal dengan sikap Khai.Dia tahu,Khai itu memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya,tapi itu tidak bererti Khai boleh membeli cinta dengan wang yang dimilikinya,kerana cinta yang tidak ikhlas akan mendatangkan penderitaan.
“Hai,Alysha.So,macam-mana date awak?”Tanya Bob yang sengaja hadir ke temu janji antara Lysha dan Khai bagi memastikan tiada perkara buruk yang akan berlaku seperti pertelingkahan.
“Encik Bob.Saya tak rasa yang saya serasi dengan Khai.Saya minta maaf”.
“Eh,tak perlulah minta maaf.Mungkin dengan Khai awak tak serasi,mungkin dengan yang lain.Manalah tahu ada keserasian.Saya akan cuba aturkan temu janji yang lain pada lain hari”.
“Baiklah,terima kasih”.

Shahora berada di ruang tamu untuk menyemak essaignment yang di hantar oleh pelajarnya.Dia begitu tekun sehingga tidak sedar kemunculan daddynya.
“Shahora,daddy nak cakap sikit dengan kamu”.Kata Encik Kassim,daddy Shahora.
“Ada apa,daddy?Cakaplah”.
“Daddy dengar kamu bergaduh dengan Zaidi.Kenapa dengan kamu ni?Dia tu tunang kamu,kamu tak boleh bersikap macam budak-budak lagi.Kamu kena jaga hati bakal suami kamu”.
“Daddy,Sha tak pernah mahu bertunang dengan dia apatah lagi kahwin.Daddy yang cuba jodohkan kami.Sekarang Sha nak tanya,daddy lebih pentingkan business ke atau Sha,anak kandung daddy?”
“Shahora!Apa yang kamu merepek ni?Daddy tak nak dengar apa-apa lagi daripada mulut kamu.Pergi masuk bilik kamu”.
“Sha tahu daddy langsung tak ambil peduli pasal Sha.Daddy hanya pentingkan business sampai mama pun tinggalkan daddy”.
“Shahora!!!Jaga mulut kamu!”
“Kenapa?Daddy sakit hati bila Sha cakap macam tu?Atau jangan-jangan ini merupakan cara untuk daddy balas dendam pada mama dengan menggunakan Sha?”
“Shahora!”Tanpa di sedari satu tamparan yang kuat hinggap ke muka Shahora.Shahora menekup mukanya yang kemerah-merahan.Tamparan yang diterimanya itu cukup kuat hingga menitiskan air matanya.Siti,pembantu rumah Shahora kaku seribu bahasa.Selama ini,dia tidak pernah melihat Encik Kassim berkasar dengan Shahora.Malahan satu jentikan juga tidak pernah dilepaskan kepada Shahora.
“Puas hati daddy sekarang?”Dengan pantas Shahora berlari ke biliknya.
“Shahora.Daddy minta maaf”.Permintaan maaf daripada Encik Kassim tidak diendahkan Shahora.

Pertemuan Alysha dengan Khai cukup untuk membuatkannya putus asa.Tapi,dia kuatkan semangatnya untuk terus mencari jodohnya sendiri.Kadang-kadang terdetik juga di dalam hatinya untuk melarikan diri daripada semua permasalahan yang di hadapinya ini.Tetapi melarikan diri bukanlah satu jalan penyelesaian bagi sesuatu permasalahan.Dia juga rasa simpati terhadap Khai yang juga dipaksa untuk berkahwin dengan pilihan keluarga,sebab itulah Khai juga turut meminta bantuan daripada agensi mencari jodoh.
Langkahnya semakin berlahan apabila dia sudah tiba di hadapan pagar rumahnya.Dia teragak-agak untuk melangkah masuk ke rumah itu.Rumah yang dulu penuh dengan gelak tawa tetapi kini di rasakan suram dan semuanya disebabkan desakan nendanya untuk menyuruh dia berkahwin.Dia dapat rasakan bahawa dirinya dengan nendanya sudah semakin jauh.Perlahan-lahan dia membuka pintu dan melangkah masuk.
“Awal balik hari ini,tuan puteri”.Tegur Cik Intan kepada Alysha yang kelihatn muram.
“Lysha tahu,Lysha balik lambat,tak payahlah nak perli”.
“Alysha,mari sini duduk dekat nenda.Ni ha,nenda ada special guest.Mesti Lysha suka”.Celah nenda yang sedang duduk di atas kusyen yang empuk.
“Ada apa,nenda?Lysha penatlah,Lysha nak berehat”.
“Nenda tahu Lysha penat.Mari sini sekejap,nenda nak kenalkan Encik Adam pada Lysha.Encik Adam ni seorang novelis yang terkenal.Mesti Lysha suka”.
“Oh,jadi sekarang ni nenda nak jodohkan Lysha dengan novelis pula?Nenda,tak cukup ke nenda dah musnahkan hidup pak cik Zaidi?Sekarang ni nak musnahkan hidup Lysha pula!”
“Alysha…”Nenda kelihatan sesak nafas sambil memegang dadanya.Keadaan di dalam rumah itu kecoh seketika.Papa yang baru pulang dari pejabat segera menelefon Dr.Hafiz yang merupakan doktor tetap keluarga ini.Sejak daripada dulu lagi doktor Hafiz yang merawat nendanya.
“Doktor,macam-mana keadaan bonda?”Tanya papa yang kelihatan resah.
“Encik Mustaffa pun tahu yang Puan Fatimah tidak boleh mengalami sebarang kejutan.Saya nasihatkan Encik agar menjaga Puan dengan baik.Bahaya jika terlalu banyak tekanan yang di terima oleh Puan”.
“Baiklah,saya akan pastikan bonda tak akan menerima sebarang kejutan lagi.Boleh kami berjumpa dengan bonda?”
“Silakan”.
Alysha kelihatan agak terkejut.Dia dibelenggu rasa bersalah yang teramat.Dia sedar bahawa itu semua berlaku di atas kedegilan dia sendiri.
“Maafkan saya,Cik Alysha.Saya rasa tak elok Cik Alysha buat nenda macam tu.Walau apapun,Cik Alysha perlu ingat bahawa Puan Fatimah tak boleh dapat kejutan,bahaya buat dirinya”.
“Saya tahu semuanya salah saya.Nenda selalu susah disebabkan saya.Saya memang tak berguna”.
“Cik Alysha,tak ada orang yang tidak berguna dalam dunia ini,yang ada hanyalah orang yang tidak mahu berusaha.Cik Alysha perlu kawal emosi Cik Alysha,jangan biarkan emosi mengawal minda”.
“Tapi bila minda yang mengawal emosi,itulah yang akan saya lakukan.Membantah keputusan nenda untuk jodohkan saya dengan pilihan dia,kerana minda saya masih waras untuk dapat melihat mama dan papa tak bahagia begitu juga dengan pak cik Zaidi dan Cik Shahora.Jadi,cuba awak katakan apa yang patut saya lakukan”.
“Berfikirlah secara positif.Mungkin perkahwinan tanpa percintaan susah untuk memperoleh kebahagiaan,tapi itu tidak bermaksud tidak akan memperoleh kebahagiaan selamanya.Apa kata awak cuba dulu cadangan nenda tu,lepas itu barulah awak putuskan samaada akan teruskan dengan keputusan nenda atau sebaliknya.Belum cuba,belum tahu”.
“Tak mungkinlah.What ever it is,thanks for your advice.Saya dah buat keputusan saya sendiri”.
“Tanpa mempertimbangkannya?”
“Saya sudah cukup membuat pertimbangan.Pertimbangan yang menggunakan kedua-duanya iaitu minda dan emosi.Apa-apapun,saya nak minta maaf kalau berkasar sangat dengan awak tadi”.
“Tak apalah,saya tak ambil hati pun”.

Setelah Adam dan Doktor Haris beredar,Alysha tahu dia pasti akan di marahi habis-habisan oleh papanya.Pada asalnya,dia memang akan membalas semua percakapan papanya,tapi Adam telah mengingatkannya agar sentiasa bersabar dan terima apa sahaja yang bakal dikatakan oleh keluarganya nanti.Apa sahaja yang dilakukan pasti ada kesannya,samaada baik mahupun buruk.Dia sedia menerima apa sahaja kesannya setelah membuat nenda pengsan.
“Alysha!Papa tak sangka kamu sebiadap itu!Kamu pun tahu menda sakit dan tak boleh terima sebarang kejutan.Kamu sedar taka pa yang kamu buat?!”
“Alysha minta maaf.Alysha tahu…
“Diam!Apa yang kamu tahu hah?!Papa tak nak dengar apa-apa lagi daripada kamu.Sekarang pergi masuk bilik kamu.Pergi!”
Alysha amat terkejut dengan sikap papanya yang langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripadanya.Alysha segera bangun daripada kerusi di ruang tamu,lalu bergegas masuk ke biliknya.Dia tidak mahu lebih lama berhadapan dengan papanya,dia tahu semakin lama papanya memandang wajahnya,pasti angin papanya semakin teruk.
“Sudahlah tu,papa.Jangan berkasar sangat dengan Lysha tu.Dia tak sedar apa yang dia lakukan.Dia masih budak-budak lagi”.Celah mama Alysha yang cuba untuk menenangkan suaminya daripada terus memarahi Alysha.
“Awak jangan masuk campur.Budak tu mesti diajar,semua ni salah awak,manjakan sangat budak tu sampai jadi kurang ajar!”
Dari biliknya Alysha dapat mendengar suara papanya yang memarahi mamanya.Dia sangat kesal dengan papanya.Dia sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi pada papanya.Selama ini,papa tidak pernah tinggikan suara padanya apalagi pada mamanya.Jika ada pun kesalahan yang dilakukan,papa pasti akan mendengar penjelasan terlebih dahulu sebelum memarahinya.Tapi sejak kebelakangan ini,papa kelihatan berbeza sekali.Alysha tahu bahawa mamanya juga dipaksa untuk berkahwin dengan papanya.Dia tahu mamanya tidak bahagia dengan papanya.Dia tidak mahu menghadapi perkara yang sama seperti mamanya.Oleh itu,dia tetap akan mencari jodoh untuk dirinya.
Pagi-pagi lagi Alysha bersiap dan bertolak ke kolejnya tanpa menjamah sarapan yang telah disediakan oleh Cik Intan.Inilah satu-satunya cara untuk dia mengelak daripada berjumpa dengan papa.Dia tahu kemarahan papanya masih belum reda terhadapnya.
“Hei,Alysha.Kenapa muram je ni?Macam-mana dengan nenda?”Tanya Maya.
“Nenda ok.Saya je yang tak ok”.
“Kenapa ni?Nenda kan dah ok.Awak masih salahkan diri awak lagi ke?Semua tu bukan salah awaklah”.
“Semalam saya kena marah dengan papa.Saya pun tak tahu kenapa dengan papa tu,sampaikan mama pun kena tempiasnya.Kalau nak marah,marah jelah pada saya yang dia marahkan mama buat apa”.
“Sabarlah.Mungkin papa awak marah sangat sampai tak dapat kawal emosinya.Itulah emosi tu kena kawal,berfikir dulu barulah boleh bertindak”.
“Bunyi macam perli je.Tadi kata bukan salah saya,habis tu kenapa awak macam sindir saya je”.
“Mana ada.Saya cuma cakap je.Haa,awak takde date ke hari ni?”
“Takdelah,esok barulah ada.Saya dengar awak ada date dengan senior kita tu,betul ke?”
“Maksud awak,Izad?Macam-mana awak tahu?”
“Bukan saya je yang tahu,satu kolej dah tersebar gosip awak dengan Izad”.

Shahora masih berada di dalam biliknya.Dia terpaksa meminta cuti sakit kerana mukanya yang masih lebam akibat di tampar oleh daddynya.Dia tidak mahu pelajar mahupun rakannya melihat kesan lebam di pipinya,dia takut mereka akan fikir yang bukan-bukan.Pintu biliknya di ketuk,kedengaran daddynya berada di luar biliknya tetapi dia tidak mengendahkannya.Dia tahu daddy pasti ingin meminta maaf dan bukannya untuk membatalkan pertunangannya dengan Zaidi,tiada apa yang boleh membatalkan pertunangannya dengan Zaidi melainkan permintaan daripada Zaidi sendiri.
“Shahora,kamu masih tidur lagi?”Tanya daddynya.
Tiada sebarang jawapan daripada Shahora.
“Shahora,daddy tahu kamu marahkan daddy.Daddy minta maaf”.
“Tuan,saya dah siapkan sarapan”.Kata Siti yang merupakan pembantu rumah Shahora.
“Terima kasih,Siti.Nanti saya nak awak hantar sarapan ke bilik Sha”.
“Baiklah,tuan.Saya turun dulu”.
“Shahora,daddy turun dulu.Nanti jangan lupa makan sarapan”.

“Alysha,kamu dah balik sayang?”Tanya nenda yang kelihatan agak pucat.
“Lysha balik awal sebab nak jaga nenda.Lysha nak minta maaf sebab kurang ajar dengan nenda semalam”.
“Lysha,mari sini duduk sebelah nenda.Alysha tak pernah kurang ajar dengan nenda.Nenda sayang sangat dengan Alysha.Hanya Lysha saja cucu yang nenda ada,jangan tinggalkan nenda ya sayang.Nenda takut kalau kamu jadi macam….
“Jadi macam apa,nenda?”Tanya Alysha.
“Tak,tak ada apa-apa”.
“Nenda,semalam Lysha ada bercakap dengan Adam.Tapi Lysha nak tanya,kenapa nenda bawa Adam jumpa dengan Lysha?”
“Oh,jadi Lysha dah berkenalanlah dengan Adam.Nenda bawa dia sebab nenda tahu yang Lysha suka baca novel.Kebetulan dia bekerja di syarikat kawan baik nenda.Jadi nenda jemputlah dia datang rumah kita”.
“Itu saja?Bukan sebab…
“Alysha,nenda cuma nak kamu gembira selalu.Itu saja,walaupun kadang-kala perlakuan nenda agak keterlaluan.Tapi nenda nak buat yang terbaik,kalau boleh untuk seluruh keluarga kita”.
“Lysha tahu,tapi keputusan nenda untuk carikan jodoh buat kami bukannya boleh jernihkan keadaan,malah makin terukkan keadaan adalah”.
“Alysha,buat apa tu?”Tanya mama Alysha yang baru saja selesai membantu Cik Intan menyediakan makan tengah hari.
“Mama,Alysha baru saja habis berbual dengan nenda.Dah boleh makan ke ma?Lysha dah lapar ni”.
“Budak ni,balik kolej bukannya tahu nak tukar baju ke,mandi dulu ke,ni tahu nak makan je”.
“Biarlah dia,Lisa.Laparlah tu”.Kata nenda.
Diruangan makan,hanya mereka bertiga yang menikmati makan tengah hari yang berlaukkan daging dan ayam.Walaupun keluarga Alysha sering memakan makanan yang mewah,tetapi mereka sering mengelakkan daripada amalan membazir seperti membuang makanan.
Alysha berasa kesian melihat nendanya,wajah nendanya yang kelihatan pucat dan lesu.Keinginannya untuk membantah keputusan nenda semakin luntur.Dia takut untuk terus menyakiti nenda.Jadi,dia terpaksa mereka cerita untuk menyelamatkan dirinya begitu juga dengan nenda.
“Nenda,boleh Lysha tanya sesuatu tak”.Tanya Alysha yang sudah selesai menjamu selera dan sedang menikmati pencuci mulut.
“Ada apa?Tanyalah”.Jawab nenda.
“Adam dah ada kekasih tak?”
“Adam?Kenapa tanya macam tu?”
“Alah,nenda jawablah”.
“Baiklah,setahu nenda belum ada lagi”.
“Sebenarnya,dia dah ada kekasih sekarang”.
“Betul ke?Nenda tak tahu pula.Lysha kenal ke orang tu?Sampai Lysha yang tahu dulu”.
“Lyshalah”.
“Apa maksud Lysha?”
“Lysha cakap,Lyshalah kekasih Adam”.
“Alysha!Apa yang kamu merepek ni?Papa dah ingatkan jangan buat mama terkejut.Dah lupa?!”Tengking Lisa.
“Lisa,jangan marah dia.Tapi,nenda nak tanya sikit,macam-mana kamu boleh bercinta dengan dia sedangkan baru semalam kamu kenal dengan dia?”
“Erm…Sebenarnya….Haa,nenda kan tahu yang Lysha suka baca novel.Lysha kenal dia masa beli novel dulu”.
“Habis tu,kenapa Lysha tak beritahu nenda bila semalam nenda kenalkan Lysha dengan dia?”
“Lysha takut nenda marah kalau nenda tahu yang Lysha bercinta dengan dia.Tapi tak sangka pula sampai nenda boleh pengsan semalam”.
“Alysha pun kenapa tak cakap awal-awal”.
“Jadi,nenda tak marah ke kalau Lysha bercinta dengan Adam?”
Pada mulanya,Alysha memang takut jika Adam sudah ada yang punya.Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga dia mulakan soalannya pada nenda dengan bertanya kepada nenda apakah Adam masih belum berpunya.Mungkin ini sahaja cara yang boleh diambil ,sekurang-kurangnya dia dapat menjaga hati dan perasaannya sekaligus dapat menjaga hati nenda.Reaksi nenda pada mulanya agak mendebarkan.Muka nenda kelihatan merah,namun lama-kelamaan riak muka nenda kelihatan berubah,nenda kelihatan gembira.Mungkin setelah nenda sedar bahawa Adam memang lelaki yang baik dan Adam juga merupakan anak kepada jutawan tersohor iaitu Dato Kamal.

“Apa?!Awak dah gila ke Lysha?”Tempik Maya yang terkejut dengan keputusan Alysha untuk bercinta dengan Adam.
“Apa yang gilanya.Saya rasa itulah keputusan yang terbaik yang pernah saya ambil”.
“Awak cakap itu keputusan terbaik?Tadi awak cakap baru semalam awak kenal dengan Adam.Awak sedar tak keputusan yang awak ambil ni boleh merosakkan diri awak sendiri.Kalau macam tu,samalah juga awak terima keputusan nenda”.
“Tak samalah.Macam-mana kalau saya berlakon je bercinta dengan Adam,sementara itu saya terus mencari jodoh melalui agensi mencari jodoh tu sampailah saya temui jejaka idaman saya”.
“Habis tu?”
“Apa maksud awak?Habis tu….
“Awak akan tinggalkan Adam?Saya rasa awak sedang beritahu saya yang awak nak gunakan Adam untuk kebaikan awak?Itu maksud awak?”Tanya Maya dengan nada serius.
“Menggunakan Adam?Ayat awak tu agak kasarlah.Saya cuma nak minta tolong Adam supaya nenda hentikan perbincangan dia dengan Dato Haris untuk jodohkan saya dengan anak Dato Haris”.
“Habis tu,Adam dah tahu rancangan awak ni?”
“Belum lagi,petang ni saya akan jumpa dengan dia”.

“Apa?!Awak nak saya berlakon jadi kekasih awak?Apa yang awak merepek ni?”Tanya Adam yang terkejut dengan rancangan Alysha.
“Adam,saya tahu awak terkejut dengan rancangan saya.Tapi awak pun kenal dengan nenda tu dan awak pasti tahu perangai dia.Nenda tu suka memaksa untuk saya kahwin dengan pilihan dia,awak pun tahu kan yang saya tak suka dengan pilihan dia.Jadi saya tak ada pilihan melainkan buat rancangan macam ni”.
“Awak dah beritahu nenda tentang saya?”
“Erm….Sudah”.
“Hah…Jadi nenda dah tahu yang saya ni kekasih awak?”Tanya Adam sambil menepuk dahinya.
“Jadi,awak setuju tak nak bantu saya ni?Awak tak tahu macam-mana perasaan kalau kena kahwin paksa dengan orang yang kita tak suka apalagi dengan orang yang langsung kita tak kenal”.
“Tapi itu tak bermakna awak boleh buat keputusan yang macam ni.Awak tahu tak macam-mana perasaan nenda kalau dia tahu tentang rancangan awak ni”.
“Kalau macam tu,kita sorokkan jelah rancangan ni.Kalau kita tak beritahu,macam-mana mereka nak tahu.Betul tak?”
“Saya pun tak tahu apa lagi nak cakap dengan awak”.
“Baiklah kalau macam tu.Saya mengalah.Mungkin betul cakap awak saya tak sepatutnya tipu nenda”.Kata Alysha dengan nada yang sedih.
“Ha,tahu pun.Betul tu,tak baik tipu nenda”.
“Tapi saya dah beritahu nenda yang awak ni kekasih saya.Tapi takpelah,nanti saya jumpa nenda dan beritahu nenda yang awak dan saya dah putus cinta.Mesti nenda sedih sebab dia suka sangat bila dengar saya bercinta dengan awak.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya balik dulu”.
“Alysha,tunggu dulu”.
“Ya,ada apa?Tak payahlah hantar saya balik,saya boleh balik sendiri”.
“Bukan macam tu,saya…
“Jadi,awak setujulah ya?Baiklah,kalau macam tu nanti saya beritahu nenda.Jomlah”.
“Pergi mana?”
“Mana lagi,hantar saya baliklah.Takkan awak sanggup biarkan saya balik naik teksi pula”.

Memang Alysha tidak mengenali Adam,tapi dia tahu bahawa Adam memang seorang lelaki yang baik.Adam tidak mungkin sekali-kali mengambil kesempatan terhadap dirinya.Walaupun dia baru mengenali Adam,tapi jauh di sudut hatinya dia gembira kerana dapat bertemu dengan seorang lelaki yang sangat baik seperti Adam.

Shahora sengaja membiarkan telefon bimbitnya terus berdering.Dia tahu itu pastinya permohonan maaf daripada Zaidi.Dia juga sedar bahawa sudah pasti Zaidi ingin memohon maaf kepadanya setelah dimarahi oleh Puan Fatimah.Deringan telefon itu semakin nyaring sehingga membinggitkan telinganya sehingga memaksanya mengangkat telefon bimbit itu.
“Hello!Zaidi,you nak apa?!”
“Hai Sha.Bunyi macam marah je.Kenapa ni?”
“You tanya I kenapa?Semua yang berlaku ni disebabkan you and now you nak tanya I soalan macam tu.Layak ke you nak tanya I macam tu?”
“Come on lah Sha,I tahu I yang salah sebab tu I telefon you.I nak minta maaf sebab berkasar dengan you hari tu.Hari tu I terlalu emosional”.
“Oh,emosional.You fikir emosi you je,emosi I macam-mana.You minta maaf mesti sebab you mother yang suruh kan?!”
“Kenapa dengan you ni.I dah minta maaf kan yang you masih marah-marah ni kenapa?”
“Kalau you nak tahu sebab you lah I bergaduh dengan daddy dan sebab you juga daddy sampai angkat tangan dekat I”.
“Apa yang you cakap ni?Daddy you pukul you?”
“Ya,ni semua sebab you.I akan maafkan you,itu pun kalau you jumpa dengan daddy I dan putuskan pertunangan kita”.
“Apa maksud you?Jangan terlalu ikut kan emosi”.
“I tak ikut kan emosi tapi perasaan yang tahu you tak layak untuk I”.
“Jadi you serius lah nak putuskan pertunangan kita ni ya?”
“Ya,I betul-betul serius.I dah fikir masak-masak,I dah bosan hidup macamm ni,ada tunang macam takde tunang,kalau macam tu baik kalau tak payah ada tunang dan I pasti you pun setuju kan?”
“Ok,kalau itu yang you nak,I akan jumpa dengan daddy you.Tapi you jangan menyesal”.
“Pernah ke I menyesal setiap tindakan yang pernah I ambilI?”

Setelah selesai bercakap dengan Shahora melalui telefon bimbitnya,Zaidi bergegas keluar dari biliknya untuk ke rumah Shahora.Puan Fatimah yang sedang berada di hadapan televisyen,menyedari kelibat Zaidi lalu menegur Zaidi yang kelihatan tergesa-gesa.
“Zaidi,kamu nak ke mana tu?Risau je bonda tengok”.
“Zaidi nak jumpa pak cik Kassim sekejap,itu pun kalau bonda benarkan”.Kata Zaidi.Dia tahu bahawa bondanya tidak akan menghalangnya untuk pergi berjumpa dengan pak cik Kassim kerana bondanga sangat suka jika dia berbaik-baik dengan bakal mertuanya.
“Sejak bila pula bonda halang kamu keluar untuk berjumpa dengan sesiapapun apatah lagi keluarga Dato Kassim.Tapi kalau boleh bonda nak tanya,kenapa kamu nak jumpa Dato Kassim malam-malam macam ni?Lagipun bonda tengok kamu ni kelam-kabut je”.
“Tak ada apa-apa yang mustahak,cuma dah lama Zaidi tak jumpa dengan pak cik,jadi apa salahnya Zaidi pergi rumah dia.Zaidi jadi kelam-kabut pula sebab kunci kereta tiba-tiba hilang pula”.
“Kunci kereta kamu hilang?Nah,pakai je kereta bonda”.Kata Puan Fatimah sambil menghulurkan kunci keretanya pada Zaidi.
“Takpelah,bonda.Zaidi dah jumpa dah.Oklah,Zaidi pergi dulu”.
“Ada-ada je budak ni.Zaidi,jangan lupa kirim salam bonda pada keluarga Dato Kassim”.
“Yelah”.

Adam masih berada dalam kebinggungan,dia tidak pasti samaada keputusannya untuk meneruskan rancangan Alysha merupakan keputusan yang tepat atau sebaliknya.Dia berasa bersalah kerana terpaksa menipu Puan Fatimah yang banyak membantunya dalam proses menghasilkan karyanya.Puan Fatimah juga yang membantunya untuk berjaya sehingga kini sebagai penulis novel yang terkenal.
“Hoi,Adam.Apahal engkau ni,tak pernah-pernah aku tengok engkau termenung.Ada masalah ke?”
Tanya Imran yang baru pulang ke rumah.
“Mana ada termenung,aku tengah cari idealah.Awal engkau balik hari ni,biasanya pukul satu pagi baru nampak batang hidung.Apahal,duit dah habis ke?”
“Wah,sindir aku nampak.Itulah masalah engkau,aku balik awal salah,balik lambat salah,kalau aku tak balik langsung baru engkau tahu”.
“Aku tanya je,yang engkau nak marah-marah tak tentu pasal ni kenapa?”
“Manalah aku tak marah,ini semua salah Imah tu lah,ada ke dia minta putus dengan aku.Padahal semuanya aku dah bagi,nak baju aku belikan,nak barang kemas aku bagi,nak pula yang mahal-mahal pula tu.Entah apa lagi yang dia nak aku pun tak tahu”.
“Dia tak nak apa-apa lagi melainkan hati engkau”.
“Hati aku?Eh,mana boleh bagi hati aku pada dia”.
“Tengoklah tu,dah jelas yang engkau tak cintakan dia,aku rasa dia pun tak sanggup lagi bercinta dengan engkau.Jadi sekarang ni engkau dah solo baliklah ya?”
“Nampak gayanya macam tu lah”.
“Tapi satu je yang aku pelik,kenapa aku rasa engkau macam happy je,mungkin ini perasaan aku je kut….atau engkau memang happy berpisah dengan dia”.
“Mestilah happy.Kalau engkau nak tahu,aku nak cuba pikat seorang gadis yang sangat cantik yang bernama…
“Oh,patutlah engkau happy je,jangan-jangan engkau yang cari alasan untuk berpisah dengan Imah kan?”
“Erm,macam tu lah agaknya”.
“Haiii,Imran,Imran.Pasal perempuan tadi tu,engkau nak try ke?”
“Yalah,cantik betul dia.Eh,aku nak tanya engkau ni dah makan ubat ke belum?Selagi aku tak suruh,selagi tu engkau buat diam je”.
“Ala,nanti aku makanlah”.
“Takde,cepat makan ubat tu.Nanti melarat pula sakit engkau”.

Zaidi kini berada di hadapan rumah Dato Kassim.Lalu dia menekan loceng yang berada di hadapan pintu pagar di rumah tersebut.
“Encik Zaidi,silalah masuk”.Jemput Siti iaitu pembantu rumah Dato Kassim.
“Terima kasih”.
Setibanya Zaidi di ruang tamu yang agak mewah dengan perabot yang berjenama,terlihat kelibat Dato Kassim yang sedang khusyuk menonton televisyen.
“Tuan,Encik Zaidi nak jumpa dengan tuan”.Kata Siti.
“Eh,Zaidi.Apa khabar?Dah lama tak jumpa.Saya minta maaf,tak perasan tadi.Kenapa datang tak beritahu?Bolehlah kita dinner sama-sama tadi.Eh,kenapa berdiri je,jemputlah duduk.Siti,buatkan air untuk Zaidi”.
“Baiklah,tuan”.Jawab Siti.
“Terima kasih,pak cik.Tapi tak payahlah susah-susah”.
“Apa yang susah-susahnya.Biarlah Siti buatkan air,ataupun Zaidi nak Shahora yang buatkan air untuk Zaidi,pak cik boleh panggil dia?”
“Eh,tak payahlah pak cik.Tadi bonda kirim salam dengan pak cik”.
“Waalaikummussalam”.
“Sebenarnya saya datang nak jumpa dengan pak cik bukan Sha”.
“Nak jumpa dengan saya?Kenapa?”
“Maafkan saya pak cik kalau saya agak menyibuk,tapi saya dengar pak cik pukul Shahora,betul ke?”
“Oh,pasal tu ya….
“Saya nak minta maaf kalau soalan saya tu agak kurang ajar,saya cuma….
“Zaidi,pak cik tak cakap pun yang kamu kurang ajar,justeru pak cik gembira kerana kamu sanggup datang malam-malam macam ni hanya disebabkan rasa risau kamu terhadap Shahora.Pak cik gembira sangat.Sebenarnya,pak cik tak sengaja nak pukul Shahora,pak cik terlalu ikutkan emosi”.
“Sebenarnya,ada satu lagi perkara yang saya nak bincangkan dengan pak cik”.
“Apa dia?”
“Saya rasa lebih baik kalau Sha ada sekali”.
“Tuan,ini minumannya”.Kata Siti yang baru selesai menyiapkan minuman.
“Siti,awak panggilkan Shahora”.Arah Dato Kassim.
“Baiklah,tuan”.
“Zaidi,jemputlah minum.Jangan segan-segan,anggaplah rumah ni macam rumah kamu sendiri”.
“Daddy panggil Sha?Oh Zaidi,awak dah sampai?”
“Jadi Sha tahu lah yang Zaidi nak datang ya,kenapa tak beritahu daddy?”
“Sha tahu pun sebab Zaidi telefon tadi.Dia kata ada hal nak dibincangkan dengan daddy”.
“Sha,awak duduklah dulu.Pak cik,sebenarnya saya nak bincangkan mengenai perkahwinan kami memandangkan dah 4 tahun kami bertunang,tak manis rasanya kalau kami selalu berjumpa tanpa ikatan perkahwinan”.
Shahora hanya mampu memandang Zaidi dengan pandangan yang tajam menandakan bahawa dia sangat marah dengan tindakan Zaidi.
“Oh,pasal tu ya.Pak cik ingatkan apa tadi.Pak cik dengan Puan Fatimah hanya tunggu keputusan daripada kamu saja,kami memang dah lama tunggu keputusan tu.Kalau kamu pun dah bersetuju,pak cik akan terus berbincang dengan Puan Fatimah untuk melangsungkan perkahwinan kamu”.
“Tuan,ada panggilan telefon untuk tuan”.Celah Siti.
“Baiklah,terima kasih.Pak cik jawab telefon sekejap,kamu bincanglah tentang perkahwinan kamu nanti”.
Shahora kelihatan marah
“Zaidi!Apa yang you cakap ni?!Kita dah bincangkan yang you datang sepatutnya batalkan pertunangan kita bukannya bincang pasal kahwin.I tak fahamlah,apa yang you nak sebenarnya?!”
“Apa yang I nak?I nak you yang batalkan pertunangan kita ni”.
“Apa maksud you?”
“Kalau I yang putuskan pertunangan kita ni,daddy you dan bonda I pasti akan salahkan I dan you boleh bebas daripada pertunangan kita nidan tak ada kesalahan yang akan diletakkan pada you,tapi sebaliknya I yang terpaksa terima semua kesalahannya”.
“”Yang you nak berkira sangat ni kenapa?You cakap jelah yang you nak putuskan pertunangan kita,habis cerita”.
“Habis cerita pada pihak you,tapi I yang kena tanggung semuanya”.
“Eeee,you ni itu pun nak berkira dengan I.You kan lelaki,mestila mulakan dulu”.
“Pandai you cakap,kalau macam tu,you jelah yang cakap”.
“Oooo,I tahu you tak nak putuskan pertunangan kita ni mesti sebab you dah jatuh hati dengan I kan?”
“You jangan perasanlah,banyak lagi perempuandekat luar sana yang boleh I jadikan isteri.You are not my taste”.
“Oh,ya?Kita tengoklah siapa yang akan mengalah.I takkan mengalah,you tengoklah nanti”.
“Ok,I akan tengok you yang kalah”.
“You ni…
“Apa yang kecoh-kecoh ni?Daddy suruh bincangkan perkahwinan kamu,bukannya bergurau senda macam ni”.Celah Dato Kassim.
“Tak ada apa-apa,daddy,Cuma berborak kosong je”.
“Betul tu,pak cik.Kalau boleh,saya nak minta diri dulu.Dah larut malam ni”.
“Baiklah,lain kali nak datang jangan lupa beritahu,bolehlah makan sama-sama.Zaidi pun kalau nak datang,jangan segan-segan,rumah ini sentiasa terbuka untuk Zaidi”.
“Terima kasih,pak cik.Zaidi balik dulu”.
Di luar rumah tersebut hanya Zaidi dan Shahora sahaja.Mereka berjalan beriring,sebaik sahaja kelibat Dato Kassim tidak kelihatan,Shahora mula bersuara.
“Pandai cari alasan,dah larut malam konon,padahal baru pukul 10 malam”.Sindir Shahora.
“Saya kan budak baik,mestilah balik sebelum pukul 11 malam.You tu apa kurangnya,berborak kosong,penakut”.
“You jangan melampau,baik you pergi balik”.
“Oklah,tapi jangan rindu dekat I pula.Good night”.
“Perasanlah you!”
Dato Kassim masih berada di ruang tamu.Sebaik sahaja Shahora melangkah masuk,Dato Kassim memulakan perbicaraan dengannya.
“Shahora,Zaidi dah balik?”
“Dah”.Sambil berjalan untuk masuk ke biliknya.
“Masih marahkan daddy lagi?Sudahlah tu,Zaidi pun dah marah daddy lagi,tak kesiankan daddy ke?”
“Zaidi marahkan daddy?Kenapa?”Tanya Shahora kebinggungan.
“Yalah,itu tandanya dia sayangkan Sha.Dia marah daddy pukul kamu.Shahora,daddy harap kamu janganlah berkasar sangat dengan dia tu.Sudahlah,dah malam ni,kamu pergilah masuk tidur.Esok kita bincang lagi,kamu pun nampak letih tu”.
“Baiklah,Sha naik dulu?”
Shahora tidak tahu kenapa Zaidi buat begitu,dia binggung.Adakah Zaidi buat begitu kerana sayang akan dirinya ataupun Zaidi menganggap dia sebagai seorang sahabat sahaja.Walau apapun,dia gembira kerana Zaidi mengambil berat terhadap dirinya walaupun dia tidak tahu kenapa.

“Adam,lambat awak datang hari ni.Biasanya pukul 2 petang dah sampai”.Tanya Doktor Fahri yang merupakan doktor pakar bagi merawat penyakit kanser.
“Maafkan saya,doktor.Saya sibuk sikit hari ini.Banyak kerja yang perlu saya siapkan”.
“Adam,jangan lupa awak kena banyakkan berehat.Keluarga awak tanggungjawabkan saya untuk menjaga awak.Kalau awak jatuh sakit nanti macam-mana?”
“Saya tahu,tapi ada ke ubat bagi penyakit saya?Peluang saya untuk sembuh bukan sahaja tipis tapi tak ada langsung.Doktor pun pernah beritahu saya kan yang saya cuma ada masa 3 bulan je lagi untuk hidup,lagipun ubat yang doktor bagi tu pun hanya sebagai penahan sakit”.
“Adam,listen here…
“Doktor,keluarga saya suruh doktor tengok-tengokkan saya saja bukannya rawat saya.Mereka sendiri pun tak ambil kisah tentang saya,doktor yang jaga saya selama saya sakit.Mana mereka semasa saya sangat memerlukan mereka?Papa sibuk dengan business,mama pula sibuk dengan persatuan dan Zack pula sibuk dengan kelab,disko.Mungkin mereka tahu peluang saya untuk sembuh dah tak ada lagi,sebab itulah mereka tak ambil peduli langsung.Saya macam dah tak ada siapa-siapa lagi”.
“Adam!Habis saya ni siapa?Jadi selama ini Adam langsung tak anggap saya sebahagian daripada keluarga Adam?Jangan lupa,Adam masih ada saya dan Puan Fatimah dan saya tahu Puan Fatimah sayang sangat dengan Adam.Selalu dia telefon saya dan tanyakan khabar Adam”.
“Saya tahu dan saya bersyukur sangat.Saya tak akan pernah buat sesuatu yang akan membuat Puan Fatimah sedih walaupun saya terpaksa menipu dia,tapi itu semua demi kebaikan dia juga”.
“Apa maksud Adam?”
“Tak ada apa-apalah”.
Adam nekad untuk terus berlakon sebagai kekasih Alysha.Dia sangat sayang akan Puan Fatimah.Walaupun Alysha tidak sedar akan kehadiran Adam,namun Adam sudah lama menyedari dan mengenali Alysha dan Adam juga turut menyimpan perasaan kasih terhadap Alysha.Memang pedih hatinya untuk berlakon sebagai kekasih Alysha sementara Alysha mencari jejaka idamannya.Tapi dia terpaksa lakukannya dan buang segala perasaannya terhadap Alysha.

“Jadi,Adam dah setujulah nak berlakon jadi kekasih awak?”Tanya Maya dengan nada terkejut.
“Yalah,well siapa yang pujuk”.
“Tapi awak tak rasa bersalah ke,awak macam menggunakan dia untuk kepentingan awak sendiri”.
“Sebenarnya saya pun rasa macam tu,tapi saya terpaksa dan hanya Adam yang boleh tolong saya”.
“Kenapa awak cakap macam tu sedangkan awak baru berkenalan dengan dia?”
“Saya pilih Adam sebab saya tahu nenda sukakannya,bila saya cakap pasal Adam dengan nenda,mesti dia akan tumpukan sepenuh perhatian.Saya pun tak tahu macam-mana Adam boleh ambil hati nenda sedangkan dengan saya pun kadang-kadang nenda macam endah tak endah je”.
“Beruntunglah awak ya,dapat boyfriend sampai dua”.Perli Maya.
“Eh,Lysha.Itu bukan papa awak ke?”Tanya Nur.
“Yalah,itukan papa awak.Tapi dia dengan siapa tu?”Celah Maya.
“Saya pun tak tahu,tapi saya macam pernah jumpalah dengan perempuan tu.Tapi saya tak pastilah dekat mana”.Kata Lysha.
“Awak rasa siapa perempuan tu?”Tanya Maya.
“Awak tak apa-apa ke,Lysha?Dahlah tu,jom kita balik”.Kata Nur untuk menenangkan Alysha.Muka Alysha semakin kemerahan,itu menandakan dia sangat marah.
“Kesian mama.Patutlah sikap papa berubah sangat,sekarang asyik nak marah je”.
“Kenapa awak cakap macam tu?”Tanya Maya.
“Sudahlah tu,jomlah kita balik.Nanti Lysha naik darah lagi menakutkan”.Celah Nur.

Alysha serba salah samaada dia patut beritahu mamanya tentang apa yang dilihatnya tadi atau terus mendiamkan diri dan menganggap tiada apa yang berlaku.Dia kelihatan gelisah sambil mundar-mandir di dalam biliknya.Dia nekad untuk ke bilik mamanya dan ceritakan apa yang dilihatnya petang tadi,walaupun dia tahu mamanya akan tersinggung,tapi dia tidak boleh mendiamkan diri setelah melihat sendiri perangai papanya.Perlahan Alysha mengetuk pintu bilik mamanya.
“Ma,boleh Alysha masuk?”Tanya Alysha dengan nada perlahan,dia bimbang jika mengganggu mamanya jika mamanya sedang tidur.
“Masuklah,Lysha.Haa,ni mesti nak sesuatu kan?”
“Mama belum tidur lagi?”
“Belum lagi,susah pula nak lelapkan mata.Kenapa Lysha datang bilik mama malam-malam ni?Lysha tak tidur ke?Ataupun Lysha takut nak tidur sorang-sorang”.
“Takdelah,Lysha cuma nak tengok je samaada mama dah tidur ke belum.Tak apalah ma,Lysha masuk tidur dulu”.
“Lysha,ada apa-apa ke yang mama patut tahu?”
“Aaaa?Tak”.
“Alysha..Heii,mari duduk sebelah mama.Sebagai seorang ibu,mama tahu Lysha ada sembuhnyikan sesuatu.Kalau ada apa-apa masalah,beritahulah mama,mungkin mama boleh tolong”.
“Apa yang Lysha nak beritahu mama ni bukannya masalah Lysha,tapi masalah mama.I mean bukan berpunca daripada mama,tapi papa”.
“Apa maksud Lysha?Mama tak faham.Kenapa dengan papa?”
“Lysha nak tanya,mama sayang papa tak?”
“Kenapa tanya soalan macam tu?”
“Ma…
“Ya,mestilah mama sayang papa.Papa kan suami mama”.
“What if papa menduakan mama?”
“Alysha,apa yang Lysha merepek ni?Kalau itu yang Lysha nak beritahu mama,mama tak nak dengar.Mama rasa lebih baik Lysha masuk bilik sekarang”.
“Ma,Lysha cuma….
“Alysha,masuk bilik sekarang”.
“Tapi ma…
“Alysha..Masuk bilik kamu”.
Dengan perasaan yang hampa,Alysha melangkah untuk keluar dari bilik mamanya.Sebelum keluar dari situ,dia menoleh ke arah mamanya.
“Ma,Lysha minta maaf kalau Lysha ada tersalah cakap,tapi Lysha nak mama tahu,whatever it is,I will always support you because I know you will make the right decision for yourself.Good night ma,I love you”.
Alysha sentiasa inginkan yang terbaik untuk mamanya,walaupun dia agak degil dan tidak mendengar kata,tapi dia sentiasa mendengar setiap arahan daripada mamanya kerana mamanya juga sangat memahaminya dan tidak suka memaksanya seperti yang dilakukan oleh nenda dan papanya.

Keadaan di Agensi Memcari Jodoh agak sunyi.Imran sudah lama fikirkan untuk turut serta dalam mencari jodoh untuk dirinya.Dia sudah menemukan gadis yang sesuai untuk dirinya.
“Hoi,Bob.Macam-mana kalau engkau tetapkan date aku dengan Alysha?”Tanya Imran sambil tersenyum.
“Apa?!Engkau ni sakit ke?Tak pernah minta perkara pelik macam ni,jangan buat lawaklah”.
“Aku serius ni.Aku tak tahu kenapa,tapi yang aku pelik kenapa setiap date dia mesti tak menjadi,sedangkan kita dah temukan dia dengan bermacam-macam golongan,yang jutawan ada,anak Dato ada,tapi satu pun tak menjadi”.
“Jadi sebab tu engkau nak cuba nasib?Kalau engkau nak tahu,kasanova pun tak dapat pikat dia”.
“Apahal pula?Aku kan pandai bermain dengan kata-kata”.
“Bermain dengan kata-kata pun tak bolehlah.Dia tu terlalu ambil berat tentang cinta,setiap kali date mesti dia tanya apa yang mereka faham tentang cinta.Aku sendiri pun tak faham kenapa susah sangat dia nak buat pilihan.Lagi-lagi engkau ni ha yang langsung tak tahu cinta tu apa.Mesti tak akan dapat punyalah,percaya cakap aku”.
“Cinta?Tapi kenapa?”
“Entahlah,mungkin dia nak temui cinta sejati,siapa tahu kan?”
“Orang macam dia mesti susah nak jatuh cinta kan?Susah juga nak jumpa orang macam dia”.
“Lain macam je aku dengar,engkau ni apasal?”
“Takde apa-apalah”.
Imran segera bangun daripada kerusinya dan berjalan dengan pantas untuk keluar dari syarikat itu,sebelum itu sempat dia menoleh ke arah Bob.
“Jangan lupa date aku dengan dia”.Kata Imran lalu beredar dari situ.
“Hoi engkau serius ke?Hoi,Imran…

Alysha masih tercari-cari jejaka idamannya,kalau nak di ikutkan dia tidak sepatutnya menimbulkan persoalan mengenai jejaka idamannya memandangkan usianya baru mencecah 19 tahun,namun desakan nendanya membuatkan dia terdedah kepada persoalan ini.Hatinya tidak tenang dan hanya seorang sahaja yang mampu menenangkan dia iaitu Adam.Setiap kata-kata Adam merupakan dorongan buatnya walaupun ada segelintir nasihat yang Adam salurkan tidak berjaya,namun dia menyedari bahawa kehadiran Adam di dalam hidupnya menyerikan lagi hidupnya yang semakin kusam akibat daripada sikap nenda,papanya dan juga hubungan yang renggang antara pak cik Zaidi dan Cik Shahora.Alysha lantas mengangkat ganggang telefonnya dan mendail telefon bimbit Adam.Dia tidak tahu pada siapa untuk dia meluahkan perasaannya setelah melihat papanya yang bermesra dengan wanita lain.Mungkin dia boleh mengharapkan rakan-rakannya,tapi rakan-rakannya sekadar mendengar dan menenangkan Alysha,sebaliknya Adam sentiasa memberikan nasihat yang cukup berharga.
“Hello,Adam.Adam free tak hari ni?”
“Alysha,kenapa ni?Lysha ada masalah ke?”
“Adam,boleh tak kalau Lysha nak jumpa dengan Adam?Sekejap pun tak apa”.
“Baiklah,Lysha tunggu dekat rumah,sekejap lagi Adam ambil Lysha”.
“Baiklah,terima kasih.Lysha tunggu”.

Sebelum Adam sempat keluar dari rumahnya,kereta Imran telah pun menyusul masuk melalui pagar rumahnya.
“Adam,engkau nak pergi mana tu?”Tanya Imran.
“Aku nak keluar sekejap,ada hal.Engkau keluarkanlah kereta engkau tu dulu,kalau tidak macam-mana aku nak keluar.Dahlah tempat parking ni sempit”.
“Ala,nantilah.Aku ada hal nak tanya engkau ni”.
“Nanti aku balik karang,bolehlah engkau tanya.Aku nak cepat ni”.
“Oklah kalau macam tu,aku naik dulu”.
“Habis kereta engkau ni?”
“Ah,engkau jalan kaki jelah”.
“Imran…Yelah,apa engkau nak tanya,cepatlah aku nak cepat ni”.
“Haa,macam tu lah.Aku nak tanya apa yang engkau faham tentang cinta?”
“Hah,cinta?!”
“Hoi,kalau ye pun cakaplah perlahan sikit.Engkau nak satu taman ni dengar ke?”
“Hei,engkau sakit ke apa ha?Sejak bila pula terbuka hati engkau nak bercinta ha?”Sindir Adam di susuli dengan gelak tawanya.
“Gelaklah sekuat hati engkau.Tapi tolonglah aku,apa yang engkau faham tentang cinta?”
“Yelah…Bagi aku cinta bukan hanya melalui kata-kata,perasaan itu dating daripada hati kita.Cinta pastinya akan kukuh dengan adanya kasih sayang dan kesetiaan.Tak guna kalau hanya bermain-main dengan kata-kata tapi hati tetap kosong.Kepercayaan juga penting dalam sesebuah percintaan”.
“Wow,hebatnya kata-kata engkau.Tapi kenapa sampai sekarang engkau tak ada girlfriend ha?Peliklah”.
“Apa yang peliknya orang macam aku tak ada kekasih?”
“Apa maksud engkau?”
“Orang sakit macam aku ni….
“Adam,tak bererti kalau sakit tak boleh ada kekasih.Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,engkau tak boleh cakap macam ni,faham?!”
“Aku tahu,aku minta maaf ya.Hah,apa lagi,alihkanlah kereta engkau tu”.
“Malaslah,nah kunci kereta,engkau alihkanlah sendiri”.Kata Imran sambil melemparkan kunci kereta ke tangan Adam.
“Ada ke macam tu.Hei,Imran.Siapa pun perempuan tu,jangan lukakan hati dia ya”.
“Tahulah aku,engkau janganlah risau”.

Setibanya Adam di rumah Alysha,segera dia memohon maaf kerana terlewat.Mereka berdua bertolak ke sebuah restoran yang agak sederhana,sesuai dengan kehendak mereka.Walaupun mereka di besarkan dalam keluarga yang berada,tapi mereka selesa bersederhana dalam semua perkara.
“Kenapa ni,Alysha?Daripada tadi Adam tengok Lysha diam je”.Tanya Adam.
“Papa Lysha,menduakan mama”.
“Alysha,tak baik cakap macam tu.Tak elok cakap papa Lysha macam tu,kalau dia dengar macam-mana,mesti kecik hati dia”.
“Lysha cakap perkara yang betul.Bila Lysha tanya mama,mama hanya diamkan diri je”.
“Itu maknanya…
“Maknanya apa,Adam?Mama memang tak cakap apa-apa,tapi mama juga tak beri sebarang reaksi.Dah jelas yang mama tahu tentang perkara ni,there is nothing to be hiding anymore.I know everythings.Kalaulah nenda tak paksa mama kahwin dengan papa,semuanya……
“Semuanya apa,Lysha?Kalau mama dan papa Lysha tak kahwin,Lysha tak akan wujud dalam dunia ni”.
“Tapi papa tak boleh buat mama macam ni”.
“Lysha masih budak lagi.Kalau boleh Adam sarankan agar Lysha jangan campur tangan dalam urusan ni,biar papa dan mama yang handle semuanya.Mesti mereka tidak mahu orang ke tiga campur tangan”.
“Tapi,Adam…
“Sudahlah tu,sabarlah ya.Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Betul tak?”
“Ya,agaknya.Tapi apa kata kalau Lysha tanya papa”.
“Jangan,ini akan burukkan lagi keadaan.Lysha pun tahu kan yang nenda sakit”.
“Kenapa Adam selalu fikirkan nenda?Kenapa langsung tak pernah fikirkan Lysha?Dah jelas-jelas nenda sedang hancurkan hidup mama,tapi Adam masih pertahankan dia lagi.Kenapa?”Tanya Lysha,lalu dia beredar dari restoran tersebut dalam keadaan marah.
“Lysha…Tunggu dulu”.Kata Adam sambil menarik tangan Alysha.
“Kenapa?Adam nak marahkan Lysha ke sebab cakap nenda macam tu?”
“Bukan macam tu,Lysha datang dengan Adam,biarlah balik pun dengan Adam.Adam hantarkan Alysha balik ya”.Pujuk Adam sambil melemparkan senyuman kepada Lysha untuk memujuk gadis tersebut.
Sepanjang perjalanan pulang,Alysha hanya berdiam diri.Emosinya tidak stabil sejak dia lihat papanya yang tidak setia.Dia tahu mamanya menangis setiap malam kerana di sering melihat mata mamanya sering bengkak,pada mulanya dia tidak tahu kenapa,tapi setelah dia melihat papanya,barulah dia tahu perkara sebenarnya.
Setelah tiba di perkarangan rumahnya,Alysha segera turun dari keretanya dan masuk ke dalam rumahnya.
Adam berasa bersalah kerana membuat Alysha bersedih sedangkan dia tahu Alysha sedang menghadapi masalah yang berat.Namun,Alysha tidak tahu,setiap minit,setiap saat dan setiap kali jantungnya berdegup,setiap itu juga hanya Alysha yang ada di dalam hatinya.Tapi dia sedar bahawa Alysha bukan untuknya.Dia hanya ada masa kurang daripada 3 bulan untuk menikati hidupnya dan kalau boleh waktu itu Adam nak luangkan sepenuh masanya dengan seorang gadis yang sangat penting dalam hidupnya iaitu Alysha.

Shahora sedang berada di ruang tamu ketika telefon bimbitnya berdering.Lantas dia bergegas ke biliknya.
“Hello”.
“Shahora….
“Ya ,saya Shahora.Kalau boleh saya tahu,siapa di talian?”
“Mama….
“Mama?”
“Shahora,mama minta maaf”.
“Betul ke ni mama?”Tanya Shahora lalu mengalirkan air jernih di pipinya
“Shahora,kamu dah besar.Mama dengar kamu akan berkahwin tidak lama lagi,tahniah ya sayang”.
“Macam-mana mama tahu?”
“Memang dah lama mama perhatikan kamu,mama sayang akan kamu,nak”.
“Kalau mama sayang Sha,kenapa mama tak balik jumpa dengan Sha?Sha rindu dengan mama.Mama ada dekat mana sekarang?Sha ambil mama ya”.
“Jangan,Sha.Mama malu nak berjumpa dengan papa kamu”.
“Tapi kenapa?Bukan mama yang bersalah tapi papa.Papa yang seharusnya rasa malu untuk berjumpa dengan mama bukan sebaliknya”.
“Kenapa Sha cakap macam tu?Mama yang tinggalkan papa kamu di saat papa kamu amat memerlukan mama”.
“Tapi memang patut mama tinggalkan papa sebab perangai papa.Mama tak perlu rasa bersalah”.
“Perangai papa?Kenapa Sha cakap macam tu?Sebenarnya mama tinggalkan papa sebab perasaan mama terhadap papa kamu sudah pudar,mama tak sayang akan papa kamu lagi.Jadi,mama…
“Apa maksud mama?Papa cakap mama tinggalkan papa sebab papa selalu cari kesalahan pada mama,sebab itu sampai sekarang papa rasa bersalah terhadap mama.Ma,cakap terus-terang dengan Sha,mama tinggalkan papa sebab itu kan?Bukan sebab lain kan?”
“Maafkan mama,Sha.Mama tinggalkan papa sebab mama tak cintakan papa,mama cintakan orang lain yang mampu berikan segalanya……
“Cukup ma,cukup.Sha tak nak dengar apa-apa lagi daripada mama,Sha tak sangka selama ini Sha menangkan mama dan selalu salahkan papa,tapi sebenarnya mama yang bersalah pada papa.Apa patut Sha buat,ma?Tell me?!”Tanya Shahora.Dia sangat terkejut apabila mengetahui selama ini dia sering memarahi papanya,tapi kini baru dia sedar betapa baiknya papanya yang masih sanggup membersihkan nama wanita yang telah mengecewakannya.Shahora menangis semahunya.
“Shahora,mama tahu Sha tak mungkin akan maafkan mama,tapi mama ada satu permintaan.Tolonglah,tunaikannya untuk mana,Sha”.
Shahora menelap air matanya yang mengalir di pipinya.
“Permintaan apa,ma?”
“Kalau boleh,mama nak Sha terima lamaran Zaidi.Mama tahu dia sangat ikhlas untuk berkahwin dengan Sha dan mama juga tahu yang Zaidi boleh menjaga dan melindungi Sha seumur hidup Sha”.
“Sha akan cuba.Ma,mama tak nak balik jumpa papa?Mungkin papa boleh maafkan mama,maybe mama dan papa akan berbaik semula.Please ma,Sha tahu papa masih mengharapkan mama”.
“Mama tak mungkin dapat berdepan dengan papa,bukan sekarang.Tapi mungkin suatu hari nanti,bila mama dah bersedia,mama akan kembali…….
Talian telefonnya terputus.
“Hello,ma?Mama…
Shahora tidak dapat menahan sebak di dadanya,lantas dia segera mengunci dirinya di dalam biliknya bagi menangis sepuas hatinya.

Adam kini berada di dalam biliknya bagi menyiapkan karyanya.Kerjanya semakin lambat disebabkan dia tidak dapat khusyuk menyiapkannya kerana sering terfikirkan Alysha.Dia berasa risau kerana kali terakhir dia melihat Alysha berada dalam keadaan tertekan.Dia sangat sayang akan Alysha.Kalaulah dia diberi peluang untuk sembuh,ingin sekali dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya.Tapi dia sedar cintanya terhadap Alysha hanya mampu di simpan tanpa di ungkapkan.Baginya Alysha bagaikan sekuntum bunga yang mekar mewangi dan dia buat ibarat racun yang boleh merosakkan bunga tersebut.Jika dia meluahkan perasaannya terhadap Alysha,mungkin Alysha akan menerimanya kerana simpati terhadapnya,Alysha hanya menganggap dirinya sebagai seorang sahabat,tidak lebih daripada itu.Dia tahu Alysha ingin menemui cinta sejatinya dan dia akan terus menyokong Alysha sehinggan dia menemui jejaka idamannya.
Telefon bimbit Adam berdering.Dilihatnya nama Alysha terpancul di ruangan skin telefon tersebut.
“Hello,Alysha”.
“Adam,maaf ganggu Adam malam-malam ni.Lysha telefon ni sebab nak minta maaf daripada Adam.Lysha tahu,Lysha tak sepatutnya terlalu emosi.Maafkan Lysha,ya?”
“Adam tak marahkan Lysha pun.Adam faham perasaan Lysha”.
“Terima kasih,Adam.Lysha telefon pun sebab tu je.Oklah Adam,nanti kita jumpa lagi,ya.Good night”.
“Baiklah”.

Lisa masih setia menunggu suaminya pulang dari pejabatnya walaupun jarum jam sudah menunjukkan tepat jam 2 pagi.Kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumahnya,dia pasti suaminya sudah pulang ke rumah.
Lima minit kemudian Mustaffa masuk di dalam biliknya.
“Papa,dah balik?”Tanya Lisa.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“Mama tunggu papa,ada perkara yang mama nak bincangkan dengan papa”.
“Ada apa?Tak boleh tunggu esok ke?Papa penatlah”.
“Papa nak ceraikan mama ke?”Tanya Lisa yang kelihatan serius.
“Apa mama cakap ni?Jangan merepeklah.Sudahlah,papa tak nak dengar lagi”.
Lalu Mustaffa pergi meninggalkan biliknya.Dia pergi ke bilik tetamu untuk bermalam di sana.Lisa berasa terkilan kerana di perlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.Mungkin benar apa yang dilihat oleh Alysha.

Setelah puas Adam memikirkannya,dia nekad untuk berdepan dengan papa Alysha.Dia tahu bahawa dia tidak seharusnya mencampuri urusan keluarga Alysha,tapi dia tidak sanggup untuk melihat Alysha terus bersedih.
Lantas Adam mengambil kunci keretanya dan memandu ke pejabat Dato Mustaffa.Setelah tiba di sana,dia menemui setiausaha Dato Mustaffa.
“Maafkan saya,boleh saya berjumpa dengan Dato?”
“Awak sudah tetapkan temu janji?”Tanya Fifi.
“Tak.Tapi ini penting sangat,kalau boleh tolonglah saya”.
“Maafkan saya,tapi……
“Adam,apa kamu buat dekat sini?”Tanya Dato Mustaffa yang baru keluar dari pejabatnya.
“Dato,apa khabar?Saya ada perkara penting nak tanya Dato.Saya harap Dato boleh luangkan masa untuk saya,5 minit pun takpe”.
“Boleh,apa salahnya.Marilah,masuk pejabat pak cik”.
Adam serba salah,dia tidak tahu harus mulakan perbicaraannya.
“Haa,Adam.Tadi kamu kata ada perkara nak beritahu pak cik,cakaplah”.
“Pertama sekali,saya nak minta maaf andainya saya tersilap cakap.Saya tahu saya tak seharusnya campur tangan dalam urusan Dato,tapi saya…
“Adam,apa sebenarnya kamu nak beritahu pak cik?”
“Sebenarnya,saya ada ternampak Dato keluar dengan seorang perempuan semalam,kalau boleh saya tanya,siapa dia tu?”
“Ni mesti Alysha beritahu kamu,kan?”
“Bukan macam tu…
“Sudahlah tu,pak cik tahu.Semalam pak cik ada ternampak Alysha,pak cik cuba panggil dia berkali-kali tapi mungkin dia tak dengar”.
“Panggil Alysha?”
“Yalah,semalam pak cik temankan Katrin untuk belikan husband dia birthday present.Dia ingat nak ajak mak cik Lisa sekali tapi mak cik Lisa pula sibuk,sebab tu pak cik je yang pergi dengan dia.Lagipun Katrin tu kawan baik pak cik dan mak cik Lisa,jadi kami selalu keluar bersama,lagipun suami dia rakan kongsi pak cik”.
“Oh,macam tu ya?Jadi antara Dato dan Katrin…
“Kami tak ada apa-apalah.Adam,mungkin pak cik ni taklah baik sangat,tapi pak cik tahu nak bezakan antara yang baik dan buruk.Lagipun pak cik sayang sangan dengan mak cik Lisa,mana mungkin pak cik menduakan dia”.
“Saya minta maaf,saya betul-betul tak tahu tentang tu”.
“Tak apalah,Adam.Pak cik tak ambil kisah pun”.
“Tapi kalau boleh saya nak minta jasa baik Dato untuk menerangkan perkara sebenarnya pada mak cik Lisa”.
“Baiklah,lagipun sudah lama pak cik tak berbual dengan mak cik Lisa.Pak cik takut sangat bila dia sebut soal cerai”.
“Dato sayang akan mak cik Lisa?”
“Mestilah,walaupun perkahwinan kami diaturkan oleh keluarga,tapi dah 22 tahun perkahwinan kami berlangsung”.
“Habis tu,kenapa Dato tak berterus-terang dengan mak cik Lisa yang Dato tak nak berpisah dengan mak cik Lisa?”
“Pak cik tahu mak cik Lisa dah tawar hati dengan pak cik.Takut pula bila fikirkan hidup tanpa dia”.
“Kalau macam tu,genggam dia jangan sampai terlepas.Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi,tapi Dato tak bertepuk sebelah tangan kerana mak cik pun sayang akan Dato.Jadi,jika Dato mengambil inisiatif untuk menjernihkan semula keadaan,pasti mak cik Lisa akan tetap bersama dengan Dato”.
“Kenapa kamu cakap macam tu?”
“Macam yang Dato cakapkan tadi,sudah 22 tahun Dato berkahwin takkan langsung tiada perasaan cinta,begitu juga dengan mak cik Lisa.Saya tak tahu sangat,tapi lebih baik kalau Dato tanya sendiri pada mak cik Lisa.Saya pasti,jawapannya pasti tidak mengcewakan”.
“Baiklah,pak cik akan bercakap dengan mak cik Lisa.Pak cik nak ucapkan terima kasih kerana Adam sangat mengambil berat terhadap keluarga pak cik,pak cik juga gembira kerana Adam yang menjadi pilihan Alysha”.
“Sama-sama.Kalau macam tu,Adam balik dulu ya.Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam.Hati-hati ya”.
Adam berasa sangat lega.Dia bersyukur sangat kerana Dato Mustaffa tidak menduakan mama mak cik Lisa.Dia sudah menganggap keluarga itu seperti keluarganya sendiri.

Adam lantas mengambil telefon bimbitnya untuk menyampaikan berita gembira ini kepada Alysha.
“Hello,Lysha.Adam ada perkara penting nak beritahu Lysha.Nak dengar tak?”
“Apa yang penting sangat?”
“Macam-mana kalau Adam cakap tadi Adam pergi pejabat papa Lysha”.
“Apa?!Adam pergi pejabat papa?Apa Adam buat dekat sana?”Tanya Alysha yang kelihatan terkejut.
“Adam tanyalah apa yang Lysha nak tahu”.
“Maksud Adam,tentang perempuan yang Lysha nampak dengan papa?”
“Yup”.
“Apa kata papa?Mesti itu kekasih dia kan?Atau dia langsung tak mengaku dan halau Adam dari pejabat dia kan?”
“Tekaan Lysha semuanya salah”.
“Habis tu,apa yang papa cakap?”
“Dia cakap,perempuan tu kawan dia.Namanya Katrin”.
“Katrin?Maksud Adam mak cik Katrin?”
“Yalah,itulah Lysha lain kali tengok betul-betul perempuan tu.Ini tidak,sekali pandang je terus nak tuduh macam-macam.Kesian papa Lysha”.
“Maaflah,manalah Lysha perasan wajah dia.Lysha cuma pandang dari jauh je.Oklah,Lysha nak beritahu mama”.
“Jangan!”
“Kenapa pula?”
“Biarlah papa dan mama Lysha yang berbincang sendiri.Lagipun mama dan papa Lysha pun dah lama tak berborak sama-sama”.
“Betul juga.Terima kasih,Adam.Nanti Lysha belanja makan,ok”.
“Oklah.Bye”.

Zaidi dalam perjalanan untuk ke kolej Alysha.Setibanya di sana,dia terserempak dengan Shahora.
“Zaidi,kenapa awak datang sini?Saya minta maaf,saya sibuk sikit hari ini”.Kata Shahora.
“Siapa nak jumpa dengan awak?Saya datang ni sebab nak jumpa anak buah kesayangan saya,Alysha”.
“Oh,yeke.Saya bergurau je tadi.Haa,itu pun Alysha”.Kata Shahora sambil menundingkan jarinya kearah Alysha.
“Eh,pak cik Zaidi.Kenapa datang sini”Oo,nak jumpa Cik Sha ya?”
“Taklah,pak cik nak jumpa Lysha lah”.
“Nak jumpa Lysha?Kenapa pula?”
“Ni ha,mama suruh pak cik hantarkan bekal untuk Lysha”.Kata Zaidi sambil menghulurkan bekas makanan yang di bungkus dengan plastic.
“Bekal?Bila pula kolej kita adakan perkhemahan ya?”Tanya Lysha dengan nada bergurau.
“Perkhemahan?”Tanya Zaidi kebinggungan.
“Yalah,tak pernah pula mama hantar bekal.Mama yang bagi duit lebih untuk Lysha makan dekat kantin.Pak cik nak hantar bekal untuk Lysha ke atau saja cari alas an untuk jumpa dengan Cik Sha”.Kata Alysha dengan nada menyindir sambil menjeling kearah Cik Shahora.
“Jangan merepeklah.Sudahlah pak cik balik dulu”.
“Eh,pak cik.Kata nak bagi bekal untuk Lysha,baklah sini”.
“Eh,lupa pula.Nah bekalnya.Tapi jangan buka dekat sini,buka dekat kantin je.Pak cik balik dulu”.
“Cik Sha nak makan sekali?”
“Takpelah,saya dah makan tadi.Awak makanlah”.
“Baiklah,saya pergi kantin dulu”.Kata Alysha yang berjalan dengan pantas menuju ke kantin.Dia tahu Maya dan Nur pasti sedang menunggunya untuk makan bersama.
Setibanya di kantin,Alysha melihat Nur melambai-lambaikan tangannya,menunjukkan tempat duduknya.
“Sorry,lambat sikit”.Kata Alysha.
“Awak pergi mana?Lapar ni,jomlah beli makanan”.Celah Maya.
“Eh,bekal siapa tu?”Tanya Nur.
“Bekal sayalah,pak cik Zaidi bawa tadi.Katanya mama yang suruh bagi saya”.
“Pak cik Zaidi?Tak pernah pula dia rajin sangat nak hantar bekal makanan untuk awak.Tapi takpelah,jadi awak tak payahlah susah-susah nak beli makanan”.Kata Maya.
“Bukalah,nak juga tahu mama awak masak apa.Berat je bekal ni”.Celah Nur.
“Yalah,saya bukalah ni”.
Alysha segera membuka bekal makanan tersebut,namun apa yang dilihat tidak seperti diharapkan.
“Aik,takkan nasi kosong je kut.Mama awak tak bagi lauk ke?”Tanya Maya.
“Entahlah,lupa nak masukkan tak?Takpelah,kita beli kat kantin je lah”.Kata Lysya dengan nada kecewa.
“Baru nak rasa masakan mama awak.Tapi takpelah,kita beli je”.

Cik Intan kelihatan seperti mencari sesuatu.Lisa yang kebetulan lalu disitu menegur Cik Intan.
“Kenapa ni,Cik Intan?Tengah cari apa?”Tanya Lisa.
“Puan Lisa.Takdelah,tadi saya letak bekal makanan yang berisi nasi.Saya tinggalkan atas meja sebab nak isi lauk pula.Sekejap je dah hilang”.
“Awak pasti ke letak atas meja?Takkanlah boleh hilang”.
“Itulah,saya pun pelik.Takkanlah boleh hilang pula”.
“Sudahlah,tak payah cari lagi.Isi yang baru”.
“Baiklah,puan”.

Dato Mustaffa berada di dalam biliknya.Dia kelihatan agak risau,seperti ada sesuatu yang membelenggunya.
“Awal papa balik hari ni?”Tanya Lisa yang melihat suaminya berada dalam keadaan resah.
“Papa saja balik awal hari ni.Ada perkara yang papa nak beritahu mama”.
“Ada apa,pa?”
Dato Mustaffa menarik lembut tangan isterinya untuk duduk di sebelahnya.
“Mama,papa nak bincang tentang kita”.
“Tentang kita?Apa maksud papa?”
“Papa tahu mesti Lysha ada beritahu mama yang dia lihat papa keluar dengan seorang perempuan.Betul tak?”
“Ya,tapi papa janganlah salahkan Lysha.Dia tak tahu apa-apa tentang ni”.
“Jadi,mama pun fikir yang papa curang dengan mama?Macam tu?”
“Pa,mama tak pernah tuduh papa.Tapi,sekarang mama nak tanya,papa curang dengan mama ke?Mama selalu nak tanya perkara ni,tapi ada je halangannya”.
“Mungkin papa sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa untuk berbual dengan mama.Papa minta maaf.Sebenarnya ma,papa tak pernah curang dengan mama.Tak pernah pun terlintas di hati papa untuk menduakan mama”.
“Jadi papa…
“Ya,papa tak curang dengan mama”.
“Habis tu,yang Lysha nampak tu…
“Lysha nampak papa keluar dengan Katrin.Katrin nak ajak papa dan mama temankan dia untuk beli hadiah buat Iskandar.Tapi kan mama cakap mama sibuk,jadi dia pun terus telefon papa.Dia nak tanya hadiah yang sesuai dengan Iskandar.Papa dengan Iskandar dah lama berkawan,apa yang papa suka Iskandar pasti akan suka”.
“Jadi semalam yang bersama papa tu,Katrin?”
“Yalah,mama ingat siapa?”
“Mama ingatkan papa….
Percakapan Lisa terhenti,dia berasa malu sangat kerana curiga terhadap suaminya sendiri.Dia sedar bahawa dia tidak seharusnya berperasaan begitu.Dia seharusnya percaya akan suaminya.
“Sudahlah tu,ma.Papa tahu kita dipaksa oleh keluarga untuk berkahwin,tapi sudah 22 tahun kita berkahwin.Memang papa mengaku,permulaan perkahwinan kita memang langsung tidak wujud cinta dalam hati masing-masing,tapi lama-kelamaan papa dapat rasakan cinta papa untuk mama semakin mekar di hati papa.Mula daripada itulah,papa bertekad untuk terus mencintai dan bersama dengan mama selamanya.Mama isteri papa dunia akhirat.Tapi,papa tak salahkan mama kalau mama tak cintakan papa dan kalau mama nak bercerai dengan papa,papa terima asalkan mama gembira”.
“Papa,mama tak pernah berfikir untuk bercerai dengan papa.Mungkin papa cintakan mama setelah sekian lama kita berkahwin,tapi mama cintakan papa sebaik sahaja akad nikah kita selesai.Mama cintakan papa pada hari pertama perkahwinan kita.Mama tahu,sebagai isteri,mama kena cintakan suami mama selamanya.Hati mama hanya untuk papa”.
“Maafkan papa,ma.Papa banyak buat mama menderita.Papa banyak buat salah pada mama”.
“Tak,pa.Papa tak pernah buat salah pada mama.Sebagai isteri,mama tak pernah menganggap diri mama menderita berkahwin dengan papa.Malah,mama bersyukur sangat kerana dikurniakan suami yang baik macam papa dan anak yang sangat solehah seperti Alysha”.
Alysha masih lagi menetapkan telingannya di hadapan pintu bilik mamanya.Dia mendengar semuanya dengan jelas.Tanpa disedarinya,air matanya mengalir.Dia sedar bahawa anggapannya selama ini terhadap papanya,semuanya salah.Dia sangat bersalah pada papanya.Kini baru dia sedar betapa kuatnya cinta papanya terhadap mama.
Dengan perlahan dia berjalan menuju ke biliknya.Perasaannya bercampur-baur,dia berasa sedih sekaligus berasa gembira.Dia tahu konflik papa dan mamanya akhirnya selesai.

Alysha sedang gembira sambil menjamu selera di ruangan makan.Hatinya sangat tenang dan gembira.Kelihatan papa dan mamanya menuruni anak tangga di rumahnya dan berjalan menuju ke arahnya.
“Morning,Lysha.Belum pergi kolej lagi?”Tanya mama yang kelihatan sangat ceria.
“Morning,ma,pa.Happy je nampak.Ada apa-apa ke yang Lysha perlu tahu?”
“Tak ada apa-apa yang penting,cuma…
“Apa yang tak pentingnya,pa?Kalau Lysha nak tahu,mama dan papa dah berbaik”.Celah mama.
“Yelah tu.Lysha,papa nak minta tolong pada Lysha.Nanti kalau Lysha jumpa dengan Adam,tolong sampaikan terima kasih papa pada dia dan jemput dia makan malam dengan kita”.
“Baiklah,pa.Nanti Lysha jumpa Adam”.
“Untung Lysha dapat berkenalan dengan Adam.Mama tengok dia baik,jadi Lysha jagalah Adam baik-baik.Susah nak jumpa lelaki macam dia”.
“Lysha akan cuba”.
Serba-salah Alysha dibuatnya.Dia teringin untuk menceritakan segalanya pada mama,tapi dia tahu itu mustahil.Dia tidak boleh menceritakan kebenarannya,dia takut semuanya akan musnah.Hubungan mama dan papanya baru sahaja jernih,dia tidak mahu jika dia memberitahu segalanya,hubungan mama dan papanya akan kembali keruh.Tambahan,nenda pula sakit.

Imran sudah bersedia untuk bertemu dengan Alysha.Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia menatap gambar gadis itu,hatinya berdegup pantas.
“Hoi,Bob.Engkau ni daripada tadi aku tengok tersengeh-sengeh,apahal?!”Tanya Imran.
“Takdelah,aku cuma terfikir Alysha tu nak ke terima engkau.Dia tu titikberatkan soal cinta tau.Dia takkan ambil kira kalau engkau ni anak Dato ke,jutawan ke atau apa-apalah,dia cuma nak cinta bukannya harta engkau.Engkau tu tahu ke maksud cinta?”
“Of courselah aku tahu.Jangan pandang rendah dengan aku lah.Bila date aku dengan dia?”
“Petang esok.Hei,engkau serius ke nak date dengan dia?”
“Mestilah,engkau ingat aku main-main ke?”
“Hah,aku nak tanya engkau.Macam-mana dengan tawaran papa engkau?Apa keputusan engkau?”
“Pasal syarikat tu?Entahlah,aku pun tak pasti lagi”.
“Kalau ikutkan aku,aku terima kalau engkau nak kerja dekat syarikat papa engkau”.
“Jadi,engkau tak kisah kalau aku nak berhenti kerja?”
“Demi masa depan engkau juga”.

Setiap kali Alysha ingin bertemu Adam,dia dapat rasakan suatu perasaan yang sangat menyenangkan.Tambahan pula setelah hubungan papa dan mamanya sudah kembali jernih.
“Hah,Adam.Dah sampai pun awak”.Tegur Alysha dengan ceria.
“Happy je nampak.Macam nil ah,kena selalu gembira.Kalau masam je,takde siapa nak dekat nanti”.
“Yalah,Encik Adam.Terima kasih,ya,Adam.Adam dah banyak tolong Lysha,Lysha pula asyik menyusahkan Adam je.Lysha tak tahu macam-mana nak berterima kasih pada Adam”.
“Lysha,kenapa cakap macam tu?Adam dah anggap Lysha macam…..
Kata-kata Adam terhenti…
“Macam apa,Adam?”Tanya Lysha.
“Macam keluarga Adam sendiri.Sudahlah tadi cakap nak belanja Adam makan,ke tak jadi”.
“Eh,mana boleh tak jadi.Pesanlah nak makan apa.Hari ni,biar Lysha yang belanja”.
“Jadi dah jumpa ke belum?”Tanya Adam sambil tersenyum.
“Jumpa apa?”
Senyuman Adam kadang-kala menbuatkan Lysha tidak keruan.Dia juga tidak pasti kenapa,tapi setiap kali Adam merenungnya,jantungnya berdegup kencang.Tapi,sayangnya dia langsung tidak sedar bahawa dia mula tertarik dengan Adam.
“Jejaka idaman”.
“Jejaka idaman?Oh,belum lagi lah.Masih mencari”.
“Kenapa,Adam dah jumpa dengan gadis idaman Adam ke?Kalau dah jumpa,ambillah peluang tu untuk bersama dengan dia.Lysha tak nak disebabkan Lysha,Adam tak dapat bercinta.Lysha tak nak jadi penghalang cinta Adam”.
“Penghalang cinta?Apa yang Lysha cakap ni?Adam tak pernah anggap Lysha penghalang cinta Adam.Malah,Adam gembira dapat tolong Lysha dan Adam cuma nak yang terbaik untuk Lysha”.
“Adam tak bosan dengan Lysha ke?Hari-hari kena keluar dengan Lysha”.
“Tak mungkin Adam akan bosan dengan Lysha.Adam cuma takut Lysha salah pilih teman hidup”.
“Sayang juga Adam pada Lysha ya.Untung Lysha dapat kawan baik macam Adam”.
“Kawan baik?”
“Tapi esok Lysha ada date lagi.Alamak,Lysha dah lambat ni.Boleh tak kalau kita balik sekarang?”Kata Lysha dengan nada agak cemas.
“Oklah,Adam pun dah habis makan ni.Adam hantar Lysha balik ya”.
“Ok juga tu,tadi pun Lysha datang dengan pak cik Zaidi.Entah mana dia pergi pun Lysha tak tahu”.

Sebelum loceng di bilik Alysha berdering,dia sudah sedia untuk ke bilik mandinya.Dia harus bersedia kerana datenya hari ini diadakan pada waktu pagi memandangkan hari ini dia tiada kuliah pagi.
“Good morning Lysha”.Sergah papa Alysha.
“Hai,pa.Biasanya hari ni papa pergi main golf.Kenapa tak keluar lagi?”
“Ya,tapi hari ni papa nak bawa mama jalan-jalan.Dah lama tak bersiar-siar dengan mama.Lysha nak ikut sama ke?”
“Takpelah pa,Lysha ada urusan hari ni.Lagipun Lysha tak nak ganggu date papa dengan mama”.
“Ha,Lysha.Dah nak keluar ke?”Sergah mama.
“Wow,mama nampak cantik hari ni.Oklah,Lysha dah lambat ni,Lysha keluar dulu”.
Dengan pantas Lysha mengapai begnya dan bergegas keluar.
“Lysha ada date dengan siapa?Dengan Adam ke?”Tanya mama.
“Sudahlah tu,ma.Meatilah Lysha nak date dengan Adam,kalau tidak siapa lagi?”Kata papa.

Imran kelihatan agak gementar seperti baru pertama kali adakan temu janji padahal dialah lelaki yang sering keluar bersama-sama kebanyakan gadis tanpa rasa segan-silu.Apa yang pasti,dia dapat merasakan sesuatu setiap kali menatap foto kepunyaan Alysha.
“Hei,Adam.Engkau tengoklah aku ni”.Desak Imran.
“Apa yang engkau nak ha?Setiap hari aku asyik tenung je muka engkau,tak cukup lagi ke?”
“Boleh tak kalau engkau jangan bergurau untuk hari ni je.Engkau tengoklah pakaian aku ni,ok tak?”
“Yalah,engkau ni macam perempuanlah.Baju pun nak suruh aku tengok.Engkau nak aku gosokkan sekali ke?” Kata Adam dengan nada sindiran.
“Eh,boleh juga.Engkau nak tolong gosokkan ke?”
“Cantik muka engkau.Aku peliklah perangai engkau hari ni,selalunya tak pernah macam ni.Dah berpuluh kali engkau date dengan perempuan.Istimewa sangat ke dia tu?”
“Yup,dia sangat istimewa.Alamak aku dah lambat ni,engkau doakan aku ya”.
“Doakan engkau?”
Adam termenung seketika.Selama ini Imran tidak pernah meminta dia supaya doakan kejayaannya supaya berjaya memikat seseorang perempuan.Adam dapat rasakan bahawa perempuan yang akan bertemu dengan Imran pasti telah berjaya membuatkan Imran mengenali apa yang dimaksudkan dengan cinta.Adam memang berharap agar Imran akan berubah suatu hari nanti,Cuma dia tidak sangka perubahan itu disebabkan oleh seorang perempuan.

Setibanya Alysha di sebuah restoran,dia terlihat seorang lelaki melambai-lambai ke arahnya.Dia pasti itu ialah Imran.
“Hai,nama saya Alysha.Awak pastinya Imran”.Tegur Alysha.
“Ya,saya Imran.Silakan duduk”.
“Encik Bob banyak bercerita tentang awak”.
“Oh ya?Kalau boleh saya tahu tentang apa ya?Keburukan atau
“Mestilah kebaikan,sebab kalau keburukan I’m sure that I will never be here today”.
“Sesuatu kebaikan itu tidak seharusnya ditunjukkan atau dihebohkan kerana jika kita melakukan sesuatu dengan niat yang baik,pastinya kita juga akan dapat balasan yang baik.Bukan begitu,cik Alsyha?”
“Ya,saya setuju”.
“Awak setuju dengan cinta?”Tanya Imran dengan nada yang agak serius.
“Maksud awak?”
“Bagi saya cinta itu indah,tapi keindahan sebuah kalimah cinta kadang-kala tidak seindah yang diimpikan,ia juga mungkin akan pudar bersama waktu yang berlalu.Kita mungkin akan berasa sangat bahagia ketika diri dicintai,tapi kita tak tahu mungkin cinta itu sedang cuba untuk mengorak langkah dan menjauhi kita”.
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Mungkin kerana sudah berjumpa dengan pilihan yang lebih baik”.
“Jadi,awak tak percaya dengan cinta?”
“Bukan tak percaya tapi takut untuk memberi sepenuh harapan pada cinta.Cinta bukannya hanya diluahkan dengan kata-kata,tapi ianya harus datang daripada hati kita yang paling dalam.Cinta pastinya akan lebih kukuh dengan adanya kasih sayang,kesetiaan dan yang paling utama ialah tanggungjawab.Tak guna kalau hanya mengungkapkan kata-kata manis tapi hati tetap kosong.Saya tak mungkin dapat menjanjikan bahawa cinta saya akan kekal hingga ke akhir hayat.Tapi apa yang boleh saya lafazkan,as long as I breath,I will never take you for granted”.
“Terima kasih,Imran.Saya gembira bertemu dengan awak”.
“Saya yang sepatutnya berterima kasih pada awak kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan saya”.

Alysha berasa terharu dengan apa yang diungkapkan oleh Imran.Tapi,dia menyedari bahawa ungkapan itu seharusnya diungkapkan oleh Adam.Lelaki yang banyak berkorban untuknya.

Nenda kelihatan semakin sihat dan cergas setelah bertemu dengan Dato Kassim,daddy Shahora.
Kedatangan Dato Kassim ke rumah Alysha bagi membincangkan perkahwinan Zaidi dan Shahora.Nenda memang sudah lama ingin melangsungkan perkahwinan antara Zaidi dan Shahora,cuma nenda bimbang perkara ini terlalu awal bagi mereka.Tetapi setelah Dato Kassim memberitahu bahawa Zaidi sendiri yang menemuinya dan berbincang mengenai perkara tersebut,nenda mulai lega dan bersemangat sekali.
“Cik Intan,hari ini saya nak cik Intan masak sedap-sedap”.Kata nenda.
“Kenapa,puan?Selama ini saya masak tak sedap ke?”Tanya Cik Intan dengan nada kecewa.
“Eh,bukan macam tu.Maksud saya,hari ini saya suruh semua berkumpul,ada hal penting yang nak dibincangkan sebab itulah saya nak cik Intan masak masakan yang sedap dan banyak”.
“Oh,macam tu ke.Baiklah,memandangkan ramai yang nak makan masakan saya hari ni,saya akan menunjukkan kepakaran saya dalam masak-memasak ni”.
“Baiklah,saya nak pergi buat panggilan sebentar”.
“Baiklah,puan”.

Zaidi masih berada di pejabatnya bagi membereskan kerja yang telah lama tertangguh.Dia begitu khusyuk membelek setiap helaian dokumen yang penting.Bunyi telefon bimbitnya memecah kesunyian di bilik pejabatnya.Lantas dia mengangkat ganggang telefon tersebut.
“Hello,bonda.Ada apa bonda?”
“Zaidi,bonda nak kamu balik awal hari ni.Ada perkara yang bonda nak bincangkan”.
“Perkara apa tu,bonda?Penting sangat ke?”
“Pentinglah,kalau tidak bonda tak akan ganggu kamu kerja.Ingat balik awal”.
“Baiklah bonda”.
“Hah,jangan lupa bawa Shahora sekali”.
“Shahora?Kenapa nak bawa dia sekali?Bonda,apa yang bonda nak bincangkan ni?”
Hati Zaidi mula tidak tenang.Dia takut untuk memikirkan apa yang bonda cadangkan untuk mereka.
“Nanti bila Zaidi balik,bonda beritahulah.Jangan lupa balik awal.Bonda tunggu dekat rumah”.
“Baiklah,nanti Zaidi balik awal sekali”.
Segera dia menelefon Shahora.
“Hello,Sha.You free tak hari ni?”Tanya Zaidi.
“Kalau I free pun takde kaitan dengan dengan you?”Kata Shahora dengan nada sindiran.
“Janganlah macam tu.I cuma…
“Cuma apa?Nak menyibuk?”
“Hei,kalau boleh I pun tak nak ambil tahu hal you lah,tapi bonda I ajak makan malam dekat rumah I malam ni”.
“Makan malam?Kenapa ajak I?”
“Manalah I tahu.Kalau you nak sangat tahu,you jelah yang tanya dengan bonda.Lepas tu bagi tahu I”.
“Excuse me?Kalau I tahu pun I takkan bagi tahu you punyalah”.
“Blah,blah,blah.So,nak ikut ke tak ni?”
“Kalau I tak ikut,bonda you bagi tahu daddy I tak?”
“Buat apa nak beritahu….
Percakapan Zaidi terhenti seketika.
“Mestilah bonda beritahu daddy you,sebab daddy you yang suruh bonda ajak you makan malam.Daddy you pergi out station kan?”
Zaidi terpaksa menggunakan helah untuk mengajak Shahora ke rumahnya.Jika dia gagal membawa Shahora ke rumahnya,bonda pasti tidak akan membenarkannya menjejakkan kaki di rumahnya sehingga dia membawa Shahora.
“Yeke?Habislah kalau bonda you beritahu daddy I,mesti I kena marah”.
“Jadi you nak ikut I lah ya?”
“Yalah”.
“Ok,you bersiap dulu.Setengah jam lagi I sampai”.

Adam seperti biasa berada di dalam biliknya sambil menyiapkan karyanya.Sedang dia sibuk mengarang,dia ternampak sekeping gambar terselit di dalam buku Imran.
“Gambar siapa lagi,perempuanlah tu.Imran,Imran,tak berubah lagi ke dia ni”.Kata Adam bersendirian.
Pandangannya tertumpu pada gambar tersebut.Dia seolah-olah mengenali pemilik foto tersebut.
Lantas dia menghampiri gambar tersebut.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pemilik foto tersebut ialah gadis yang sangat di cintainya iaitu Alysha.Di belakang gambar tersebut tercatat sesuatu.

Alysha,gadis yang cukup cantik yang telah berjaya memikat hatiku dan merubah diriku menjadi yang lebih baik.
Aku berjanji tidak akan pernah melukakan hatinya
Kerana melukakan hatinya samalah seperti aku melukakan hatiku sendiri.
Alysha,
I love you…

Adam terduduk setelah membaca ungkapan tersebut.Dia dapat rasakan bahawa Imran benar-benar mencintai Alysha.Dia sungguh tidak mengangka,hati Imran yang keras seperti batu akhirnya berjaya di lembutkan oleh gadis yang juga menjadi pujaannya.Walau apapun,dia terpaksa mengalah.Mungkin setelah memikirkan tentang penyakitnya dan dia juga sangat menyanyangi Imran.Imran selalu berada di sampingnya,Imran juga sentiasa menenangkan Adam ketika Adam berada dalam kesakitan.Tanpa disedarinya,air matanya mengalir.
Kedengaran bunyi hon kereta yang menunjukkan Imran telah pulang.Lantas Adam mengelap air matanya dan duduk kembali bagi menyambung karyanya,walaupun dia telah kehilangan idea.
“Hei,Adam.Engkau buat apa tu?”Tanya Imran.
“Aku tengah siapkan kerja aku”.
“Kerja,kerja,kerja.Engkau dah makan ubat ke?”
“Dah.So,macam-mana date engkau?”
“Date aku?Sebenarnya…
Telefon bimbit Adam berdering.Adam bergegas keluar daripada biliknya dan menjawab panggilan tersebut.
“Hello,Alysha”.
“Hai,Adam.Malam ni,nenda ajak Adam makan malam dekat rumah Lysha.Adam jangan lupa datang ya”.
“Makan malam?Adam minta maaf sebab Adam sibuk sikit hari ni”.
“Oh yeke.Takkan sekejap pun tak boleh.Lagipun,Lysha ada hal penting nak beritahu Adam”.
“Adam minta maaf sangat sebab Adam betul-betul sibuk”.
“Oklah,kalau macam tu.Tapi,nanti bila Adam free,kita jumpa ya.Lysha ada hal nak beritahu Adam”.
“Baiklah,nanti kita jumpa.Bye”.
Lysha dapat rasakan bahawa sikap Adam agak dingin terhadapnya.Namun dia beranggapan Adam hanya keletihan kerana sibuk menyiapkan kerjanya.

Lauk-pauk yang sungguh menyelerakan sudah sedia dihidangkan.
“Wah,banyaknya lauk.Nak buat parti ke?”Tanya papa.
“Perli nampak”.Kata Cik Intan.
“Bukan perli,tapi tengoklah ni,banyak betul lauk.Takkan tak ada apa-apa yang istimewa kut”.
“Entahlah,cik Intan pun tak tahu.Tapi tadi puan cakap ada perkara penting nak dibincangkan”.
“Perkara penting?Tentang apa?”
“Semuanya dah siap?”Tanya Puan Fatimah.
“Sudah puan.Semuanya dah sampai kecuali Encik Zaidi,Cik Shahora dan Adam”.
“Nenda,Adam tak dapat datang.Katanya ada urusan lain”.Celah Alysha.
“Nenda ingat Adam datang.Kita kan dah macam satu keluarga.Tapi takpelah,mungkin Adam sibuk.Shahora datang ke tidak?”Tanya Puan Fatimah.
“Mestilah datang”.Celah Zaidi yang baru tiba di hadapan pintu rumahnya bersama Shahora.
“Ha,sampai pun.Bonda ingat tak datang tadi.Zaidi apa lagi tercegat depan pintu tu,ajaklah Shahora masuk”.
“Baiklah,bonda”.

Selepas selesai makan malam,mereka duduk di ruang tamu sambil berbual.Cik Intan turut menyediakan pencuci mulut yang sangat lazat.Seketika kemudian,Cin Intan juga turut sertai perbualan itu.
“Sebenarnya,bonda suruh semuanya berkumpul untuk membincangkan perkahwinan antara Zaidi dan Shahora yang akan dilangsungkan 2 bulan daripada sekarang”.Kata Puan Fatimah memulakan perbincangan tersebut.
“Apa?!”Celah Zaidi dan Shahora.Mereka kelihatan sangat terkejut dengan berita tersebut.
“Ya,bonda dah bincang pun dengan Dato Kassim mengenai perkara ni dan Dato setuju”.
“Tapi nenda,mana boleh nenda yang bincang perkara ni.Sepatutnya pak cik dengan Cik Sha yang kena bincang.That is not fair,ini kan mengenai kehidupan mereka”.Celah Alysha yang juga tidak keputusan menyetujui nendanya.
“Alysha,jangan campur tangan.Ini urusan orang dewasa,Lysha tak sepatutnya masuk campur”.Kata mama Alysha.
“Kalau tak nak Lysha campur tangan dalam hal ni,kenapa ajak Lysha berkumpul sekali?”Bentak Lysha.
“Lisa janganlah macam ni.Kita kan satu keluarga,tak salah Lysha nak bagi cadangan.Lagipun ada betulnya apa yang Lysha cakapkan.Perkara ni bukan main-main,tidak boleh dipaksa”.Kata papa yang juga bersetuju dengan Alysha.
“Tapi bonda tak paksa mereka.Dato Kassim sendiri yang cakap,Zaidi ada datang ke rumahnya untuk bincangkan soal perkahwinan mereka berdua.Jadi,bonda tak rasa ini satu paksaan.Betul tak,Zaidi?”
“Tapi bonda,itu hanya….
“Salah faham.Betul tak Zaidi?”Celah Shahora.
“Bonda,boleh tak kalau saya bincang dengan Sha sekejap?”Tanya Zaidi.
“Baiklah,kalau itu yang terbaik.Pergilah”.
Zaidi menarik lembut tangan Shahora.Mereka berada di halaman rumah bagi membincangkan tentang perkahwinan mereka.
“Ada apa ni,Zaidi.I tak tahu pun yang bonda you nak bincangkan tentang perkahwinan kita.Kenapa you tak beritahu I?Apa agenda you sebenarnya?”Tanya Shahora.
“Agenda?You tanya apa agenda I?I sendiri pun tahu bonda nak bincangkan perkara ni.Kalau I tahu pun.I takkan bawa you balik”.
“Habis tu?Apa kita nak buat sekarang?”
“Sekarang I nak tanya you dan I nak you jawab dengan jujur.Betul ke you anggap ini semua salah faham?”
“Apa maksud you?”
“You langsung tak ada perasaan pada I?”Tanya Zaidi dengan renungan yang tajam.
“Apa yang you….
Percakapan Shahora terhenti setelah tangannya disentuh oleh Zaidi.
“You tak ada perasaan dengan I?Beritahu I,kalau betul I sendiri akan putuskan pertunangan dengan you depan bonda”.Tanya Zaidi lembut.
“Tapi…..
“Tentang daddy you,you jangan risau.I akan beritahu dia yang I nak putuskan hubungan kita”.
“Kenapa you buat macam ni?”
“Sebab I cintakan you”.
Air mata Shahora mengalir tanpa disedarinya.Dia cukup terharu dengan apa yang diperkatakan oleh Zaidi.
“Tapi I takkan benarkan you buat pengorbanan ni,sebab I akan terima you as my husband”.
“Jadi you setuju?!”
“Ya,ini bukan paksaan.I betul-betul setuju nak jadi isteri you”.
Pertama kali dalam hidupnya,Shahora rasa satu perasaan yang sangat mengembirakan.Dia tahu Zaidi ialah pilihan yang terbaik untuknya.

Adam ingin sekali menikmati makan malam bersama keluarga Alysha.Tapi Adam akui dia tidak mungkin dapat membahagiakan Alysha.Sebelum dia meninggalkan tempat itu,dia ingin sekali bertemu dengan Puan Fatimah bagi menjelaskan perkara sebenarnya tanpa memburukkan Alysha.Dia terpaksa melakukan satu pengorbanan yang terbesar di dalam hidupnya iaitu dengan melepaskan gadis yang dicintainya itu.
Adam akui dia sangat merindui keluarganya.Mama dan papa Adam telah berubah setelah kemalangan yang menimpa adiknya.Adiknya mengalami kecederaan yang teruk di kepala.Mereka ingin sekali Adam kembali di sisi mereka.
Petang sebelum Adam berangkat,dia pergi ke rumah Alysha untuk berjumpa dengan Puan Fatimah.Dia tahu Alysha tiada di rumah ketika itu.Dia memilih waktu yang tepat untuk berjumpa dengan Puan Fatimah.
“Selamat pagi,Cik Intan”.
“Eh,Adam.Nak jumpa dengan Lysha ke?Lysha ada kelas hari ni”.
“Bukan macam tu,saya nak jumpa dengan Puan Fatimah.Puan ada dekat rumah tak?”
“Mestilah ada.Mana lagi saya nak pergi”.Celah Puan Fatimah.
“Puan,kalau boleh saya nak berbual dengan puan.Itu pun kalau puan ada masa”.
“Tak payahlah panggil saya puan.Panggil nenda je.Cik Intan boleh tolong buatkan air untuk Adam”.
“Baiklah,puan”.
“Nenda,pertama sekali Adam nak minta maaf”.
“Minta maaf?Kenapa ni Adam”.
“Saya nak putuskan hubungan dengan Alysha”.
“Apa?!Kenapa Adam cakap macam tu?Adam bergaduh dengan Alysha ke?Kalau bergaduh pun,janganlah sampai ambil keputusan melulu macam ni.Berbincang dulu dengan Lysha”.
“Adam tak bergaduh dengan Alysha pun.Mungkin tak ada jodoh antara kami.Adam redha.Lagipun,Lysha cintakan anak Dato Haris,Imran”.
“Anak Dato Haris?!”
“Ya,Adam baru dapat tahu yang nenda memang harapkan Lysha bercinta dengan Imran.Adam minta maaf,selama ni Adam tak tahu”.
“Adam,nenda memang harapkan Lysha bercinta dengan Imran.Tapi,setelah Lysha beritahu yang dia cintakan Adam,nenda terima keputusan tu sepenuh hati.Malah nenda memang gembira bila Adam bercinta dengan Lysha”.
“Walaupun nenda tahu umur Adam tak panjang lagi?”
“Adam!Apa yang Adam cakap ni?!Adam tak boleh putus asa macam tu je.Adam….
“Nenda,Adam tak boleh cintakan Lysha.Adam tak boleh”.
“Kenapa?”
“Sebab Adam akan pergi dari sini.Petang ni,Adam akan berangkat ke London.Adam akan tinggalkan Lysha.Adam akan pergi daripada kehidupan Lysha”.
“Adam…….
“Adam minta maaf.Adam minta maaf,nenda”.
Lalu Adam bangun dan beredar dari situ.Dia cuba untuk menyembuhnyikan kesedihannya.Terasa berat hatinya untuk meninggalkan nenda,apatah lagi Alysha.Namun,dia tidak berdaya untuk berpaling sedikit pun pada nenda,dia mungkin tidak dapat meninggalkan rumah itu jika lebih lama berada di disitu.

Cik Intan kelihatan gelisah.Dia berjalan mundar-mandir di halaman rumahnya sambil menunggu Alysha pulang ke rumah.Setibanya Alysha di perkarangan rumahnya,Cik Intan bergegas ke arahnya.
“Kenapa ni,Cik Intan.Gelisah semacam je”.Tanya Alysha.
“Memang Cik Intan gelisah sangat.Adam baru balik”.
“Baru balik?Dari mana?”
“Dari sinilah.Dari mana lagi”.
“Maksud Cik Intan,tadi Adam datang sini?Kenapa?Dia cari Lysha ke?”
“Bukan cari Lysha,tapi dia cari nenda”.
“Cari nenda?Ingatkan cari Lysha tadi”.
“Betul ke Lysha dengan Adam dah tak ada apa-apa hubungan lagi?”
“Apa yang Cik Intan cakapkan ni?Lysha tak faham”.
“Tadi Adam cakap Lysha cintakan Imran,betul ke?”
“Imran?”
“Lysha!Kenapa Lysha kecewakan hati Adam?!Dia dah banyak menderita.Kenapa Lysha tergamak buat dia macam tu?!”
“Kenapa Cik Intan cakap macam tu?Lysha yang menderita,Lysha yang sengsara.Lysha yang akan dijodohkan dengan pilihan nenda.Lysha tak nak!Cik Intan faham tak?!Dan sekarang Lysha cintakan orang yang dulunya Lysha pergunakan”.
“Lysha menderita?Habis tu,Adam tak menderita?Adam yang bertarung dengan maut tu,Lysha cakap Lysha yang menderita?Adam yang dipinggirkan keluarganya sendiri,Lysha cakap Lysha yang menderita?Habis tu,bila masanya Lysha nak beri peluang kepada Adam untuk luahkan penderitaannya sendiri?Dia banyak berkorban untuk semua orang,dia juga tahu nenda nak jodohkan Lysha dengan anak Dato Haris,Imran,dan dia mengalah.Dia buat semua ini semata-mata untuk Lysha.Dia pernah beritahu Cik Intan yang dia cintakan Lysha sepenuh hati dia.Tapi,Lysha tak pernah sedar semua tu dan sekarang Lysha tak akan mungkin dapat betulkan semula apa yang dah Lysha lakukan.Adam akan tinggalkan tempat ni,petang ni.Kalau Lysha masih ada perasaan kasihan pada Adam,sekarang pastinya masih sempat untuk Lysha berjumpa dengan Adam,mungkin buat kali terakhir.Tapi,jangan sekali-kali halang dia,tolong benarkan dia utamakan diri dia,buat kali ini saja”.
“Adam nak tinggalkan tempat ni?Adam nak tinggalkan Lysha?Tak mungkin.Adam tak boleh buat macam ni pada Lysha”.
Lantas Lysha bergegas ke rumah Adam.Dia harus halang Adam daripada meninggalkannya.

Imran tahu dia tidak mungkin dapat menghalang Adam untuk pergi.Dia tahu Adam nekad dengan keputusannya.
Setibanya Alysha di rumah Adam,dia berlari ke arah Adam.
“Kenapa Adam buat Lysha macam ni?”Tanya Alysha.
“Apa yang Lysha buat dekat sini?”Tanya Adam.
“Sudahlah tu,aku keluar dulu.Alysha ada perkara penting nak beritahu engkau.Perkara yang sangat penting”.Kata Imran lalu beredar dari situ.
“Apa maksud Imran?Apa yang Lysha nak beritahu Adam?”
“Kenapa Adam rahsiakan penyakit Adam?”
“Perlu ke Adam beritahu Lysha?Untuk apa?Supaya Lysha simpati dengan nasib Adam?Macam tu?”
“Bukan macam tu…
“Lysha,Imran seorang lelaki yang sangat baik.Adam bangga kerana Lysha terima dia.Adam tahu dia boleh jaga Lysha dengan baik.Tugas Adam dah selesai.Sepanjang Adam berlakon jadi kekasih Lysha merupakan saat yang cukup menggembirakan.Adam akan simpannya sebagai kenangan”.
“Tak,bukan macam tu.Lysha…
“Sudahlah tu,Lysha.Kadang-kala Adam terfikir,betul apa yang nenda lakukan buat seluruh keluarganya.Tengoklah mama dan papa Lysha,sekarang mereka sangat bahagia.Pak cik Zaidi dan Cik Shahora pula akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi dan Lysha pula sudah menjadi kekasih Imran.Kadang-kadang cinta tidak boleh membuktikan apa-apa.Selama ini,Lysha sibuk mengejar cinta yang Lysha sendiri tidak faham.Memang dalam perkahwinan akan wujud pertelingkahan,tapi itu semua itu hanyalah sementara.Itulah yang dinamakan konflik cinta


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Konflik Cinta”
  1. hajar says:

    ending nyer??maaf,, sy lmbt pick up sket so ley x trgkn ending die?

  2. rissa says:

    heee..sy suka bab shahora dgn zaidi..tp lysha x jd ngan adam..huk3..so sad ending die..

  3. Jun says:

    CERITA NIE X BEST LANGSUNG. :evil: :evil: :evil: :evil:

  4. kay says:

    aduhai….cik penulis..
    cm xberbaloi plak sengkang mate bace crta ni..
    nsib bek tau ending rltnship zaidi dgn sha.

  5. acha says:

    knp ending dier cam nie????sambg lah lagi…

  6. nuraishah8789 says:

    pape ntah…
    x best lgsg…x dapat feel pon :evil: :evil: :evil: :evil: :evil:

  7. aku_pengkritik says:

    enDing….????????
    peLiklah.. x relevan lgsung..

  8. bluehypo says:

    :oops: tlabih sudah..tlabih xsyok sudah cerpen kamu ini.

  9. harnia cute says:

    ending xbest..
    huhuhu…
    :sad: :sad: :sad: :sad:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"