Cerpen : Masih Ada Bahagia II

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

4,280 bacaan 3 ulasan

Oleh : Shima/hawahashima

Giler…giler.memang aku nie dah giler..kenapa aku boleh terbabas tadi. kenapa aku boleh dibuai perasaan. Dihanyutkan perasaan. Patutnya aku sedar diri. Aku tak sepatutnya mengikut rentak Rizman. Aku tidak sepatutnya menangis. Tidak sepatutnya berpeluk dengan dia. Patutnya dari awal lagi aku patut sedar, tidak terlalu ikutkan perasaan. Ikutkan rentak Rizman. Aaarggghhhh…Widad memegang kepalanya lalu merebahkan diri di atas katil. Dia menyesal dengan perbuatannya tadi.

Selama ini dia menjaga batasan pergaulan. Tidak terlalu bebas. Tidak mudah dipegang-pegang oleh orang yang bukan muhrimnya. Tapi mala mini dalam sejarahnya tersendiri, dia melanggar peraturan yang telah dia tetapkan sekian lama. Dia seorang wanita yang bukan mudah disentuh oleh seorang lelaki. Biarpun dia seorang yang bergelar kekasih. Sepanjang bercinta dengan bekas suaminya dulu pun, dia tetap menjaga batasan. Dan Aziz amat menghormati prinsip yang dipegangnya.

Tetapi dengan Rizman kenapa dia boleh melampaui batasannya. Kenapa dia boleh hanyut begitu jauh. Berdosanya dia. Widad meraup wajahnya pula. Adakah ini disebabkan oleh Cinta atau nafsu semata-mata? Ahhh..tentunya nafsu, kalau cinta yang ikhlas kerana Allah mereka tidak akan hanyut begini. Dan mujurlah dia cepat-cepat sedar sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Cepat-cepat dia membolosi biliknya. Cepat-cepat dia mengunci pintu. Beristiqfar banyak-banyak. Dia tidak peduli apa perasaan Rizman ketika ini. Yang penting dia perlu menyelamatkan dirinya. Perlu keluar dari situasi itu. tidak patut dia sebagai seorang muslimah yang berpakaian menutup aurat berdansa dengan seorang yang bukan muhrimnya. Tidak patut berlaku!. Apa kata orang lain jika tahu perkara ini. Tercemarlah nama baiknya. Akan muncul lah kata-kata cemuhan yang memang senang dilemparkan kepada janda seperti dia. Masyarakat mesti melabel dia sebagai janda gatal. Yang pandai menggoda dan memikat lelaki seperti Rizman. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu, jauhi aku dari sebarang fitnah. Ya Allah aku menyesal mengikut kata nafsu dan hanyut di bawa arus hawa nafsu ini. Ya Allah berikanlah kekuatan dan petunjuk kepadaku. Semoga aku dapat memilih jalan yang mendekatkan aku kepada MU. Jauhilah aku dari bisikan syaitan yang menyesatkan.

Rizman terkejut, tindakan spontan Widad yang menolak dia secara tiba-tiba dan terus meluru masuk ke dalam bilik menyedarkan dia betapa mereka telah hanyut di bawa arus hawa nafsu. Masya Allah..apakah yang telah aku lakukan ini. Jika mereka sama-sama hanyut tudak mustahil benda yang patutnya dinikmati selepas kahwin terjadi pada malam ini.

Di pandang pintu yang tertutup rapi. Maafkan I sayang. Dia tidak boleh membiarkan nafsu menguasi jiwanya lagi. Hanya satu cara sahaja untuk menghalalkan semua ini. mereka perlu cepat-cepat bernikah. Di dalam hatinya Rizman bertekad, selepas ini dia tidak akan menangguhkan lagi rancangan untuk menikahi Widad. Semakin sesak dadanya menahan perasaan ini. dan sepatutnya diluahkan secepat mungkin.

Rizman tidak ingin mengganggu Widad. Cukuplah peristiwa tadi. Dia tidak ingin juga dipandang rendah oleh Widad di atas ketelanjuran mereka tadi. Dia yang tidak dapat menahan perasaan. Jika berlaku apa-apa dialah yang paling menyesal. Tentunya rancangan dia untuk memiliki Widad akan terkubur.

Pagi yang hening. Suasana diluar sana masih lagi berkabus. Cahaya matahari pagi tidak dapat menembusi kabus yang menebal di atas tanah tinggi ini. pokok-pokok yang menghijau yang dilitupi kabus putih nampak seperti masih lagi tertidur. Biarpun kicauan burung-burung yang berterbangan seakan mengejutkannya untuk tersedar dari lena yang panjang. Ia tetap juga begitu. Sayup mata memandang. Menyejukkan pemandangan. Widad melebarkan pandangan sejauh yang dapat dicapai oleh pancainderanya. Keheningan itu seolah memahami dirinya yang terasa keseorangan. Walaupun sesekali terlintas peristiwa semalam. Dia tidak betah untuk terus meneruskan imbasan cerita itu. rasa hangat dan malu memukul hatinya. Mendetikkan penyesalan yang bukan sedikit. Terlena diulit rona-rona romantik yang hampir-hampir melontarkannya ke dalam lembah kehinaan. Cintakah itu andai berpaksikan nafsu. Kukuhkah ikatan andai segalanya bermula dari asas yang tidak kukuh. Asas yang melalaikan.

Sedang dia asyik menikmati pemandangan alam, ketukan kedengaran di pintu. Dilihat jam di tangan, sudah pukul 9 pagi rupanya. Lama juga dia mengelamun di situ. tentunya Rizman yang sedang mengetuk pintu biliknya. Tidak ada sesiapa lagi melainkan mereka berdua di situ. lalu dengan langkah perlahan dia berjalan menuju ke pintu dan dibukanya.

Disebalik pintu itu, Rizman melemparkan senyum dan dibalas pula dengan jelingan. Teringat peristiwa semalam, darah menyerbu ke wajahnya. Malu masih lagi bertandang. Senyuman itu mampu mengggoncang hatinya. Juga mampu membuatkan wajahnya menjadi merah.

“Assamualaikum sweetheart. Jom breakfast” ucap Rizman sambil memandang wanita pujaannya itu. Widad mendiamkan diri. Salam dijawab di dalam hati. Manakala kakinya melangkah mengikut langkah Rizman menuju ke balkoni.

Telah tersedia di situ makanan untuk sarapan. Rizman menarik sebuah kerusi dan mempersilakan Widad duduk. Kemudian dia mengambil tempat di hadapannya. Dan mereka pun menikmati sarapan dalam suasana senyap. Sesekali mata Widad memandang lelaki di hadapannya. Yang asyik menikmati hidangan. Dan mata itu tidak lari dari memandang wajahnya. Sesekali mata mereka bertembung dan Rizman menghadiahkan sebuah senyuman. Namun Widad tetap membeku. Begitu susah untuk dia mengukir senyuman pagi yang damai ini.

“bila nak balik?”tanya Widad memecah kesunyian.

“Kenapa? Dah tak sabar hendak memberitahu keluarga ker?”acah Rizman.

Widad mencebik. Lelaki ini sejak semalam lagi telah mengada- ngada, miang menjadi-jadi. Huhu.. Widad menjelingnya. Kalau sehari tidak membuat hatinya membara. Memang bukan Rizmanlah. Semuanya mesti mengikut apa yang dimahukannya.

“tak ada masalaah. Lagi pun semalam I tidak memberi kata putus. So jangan dok perasan yang I nak kawin dengan U” ucap Widad tegas. Serta merta Rizman meletakkan sudu dan garfu yang tengah di pegangnya tadi.

“kenapa? Bukankah u telah setuju semalam dengan lamaran I?”tanya Rizman. Matanya tidak lepas-lepas memandang Widad. Kata-kata yang dituturkan tadi telah mencantas kegembiraan yang bermungkin di hatinya. Menyekat seleranya. Memang kalau diikutkan mereka telah hanyut di dalam perasaan sendiri. tetapi keadaan itu tentunya tidak akan berlaku andainya ke dua-dua mereka tidak ada perasaan di antara satu sama lain. Dan pagi ini Widad tanpa riak menyatakan dia tidak memberi kata putus lagi. Padahal teramat jelas di matanya tentang persetujuan yang diberikan. Apa yang harus aku lakukan lagi untuk memiliki wanita di hadapanku ini?

“semalam tidak memberi sebarang makna. Kita hanyut di dalam arus perasaan sendiri. I tidak sepatutnya begitu. Betapa lalainya. Kira I nie masih lagi lemah dalam mengawal perasaan dan tingkah laku sendiri. berikan I masa lagi.”

“berapa lama u nak? Ambillah seberapa lama pun I tetap akan menunggu”

“terima kasih. I hargai apa yang u lakukan untuk I semalam dan juga sebelum-sebelum ini. tetapi hati ini terlalu sukar untuk menerima dan mempercayai seseorang lagi. Kegagalan dulu membuatkan hati I tidak yakin untuk melangkah jauh. Untuk melangkah ke alam rumahtangga lagi. I takut ia berulang lagi” berlinang matanya menuturkan kata-kata itu.

Selama ini dia cuba selindungkan apa yang dirasa. Dia cuba melarikan diri dengan perasaan sendiri. sehingga dia penat berlari lalu dicuba untuk menghadapinya. Ternyata dia masih lagi dibelenggu. Walaupun dalam hati ada bunga-bunga cinta, namun ketakutan masih lagi kuat membelenggu. Dia tidak yakin dengan cinta Rizman.

Walaupun berkali-kali lelaki itu melafazkan cinta. Melafazkan sayang. Dia tetap sangsi. Walaupun berkali-kali dia menunjukkan keprihatinannya, dia tetap membutakan hatinya. Tidak mahu mengakui. Walaupun Rizman sentiasa memanjainya dengan pelbagai hadiah, bunga dan juga perhatian yang tulus, dia tegar untuk terus menepisnya. Dia sendiri bingung. Saat ingin saja diterima segala perhatian itu, tiba-tiba seperti ada suara yang kuat melarangnya. Lalu dia membiarkan ia sepi.

Dan sekarang ini, melihat betapa keruhnya wajah Rizman mendengar kata-katanya, dia tidak bisa memujuk. Dia lebih rela memujuk hatinya supaya tidak mempedulikan Rizman. Suatu hari nanti lelaki itu akan sedar. Akan melihat dirinya dengan mata hati. Dia seorang janda. Tentunya bukan seorang yang sesuai untuk seorang teruna sepertinya.

Rizman memiliki segalanya. Kekacakannya pasti ada sahaja gadis-gadis muda terpikat dengannya. Kekayaannya tentu sahaja menjamin dia tentunya diterima tanpa banyak bicara. Macam mana lagi dia boleh membuatkan lelaki ini memahami dirinya. dia bukanlah seorang wanita yang layak untuk lelaki seperti Rizman. Rizman patut memikat wanita lain. Yang belum berkahwin. Bukan seperti dirinya yang sudah merasai hidup berumahtangga.

“jadi U akan terus dengan pendirian U. I pun akan terus tetap dengan pendirian I. tiada wanita lain yang I mahukan selain U.”tegas Rizman bersuara.

“selama u berfikir tentang perhubungan kita ini. I tak akan ganggu. Jadi bolehlah u berfikir dengan baik. Timbang baik dan buruknya. Dan tidak salah teruna berkahwin dengan janda. Sedangkan Nabi junjungan kita pun mengahwinan Siti Khatijah seorang janda yang jauh lebih tua. Jadi apalah sangat dengan status janda U itu. lagipun u lebih muda dari I. dan tidak ada pula hadis yang menyebut Teruna tidak boleh bernikah dengan Janda. Jadi buang prasangka U pada diri sendiri. U atau pun I tidak layak melabelkan diri sendiri atau diri orang lain baik atau buruk. Tak ada sesiapapun. Hanya Allah sahaja yang layak!” tegas Rizman sambil berdiri dan berlalu dari situ. seketika dia terhenti melangkah.

“bersiaplah, sekejap lagi kita bertolak balik”beritahunya dan berlalu masuk ke dalam biliknya sendiri.

Tinggallah Widad termangu-mangu seorang diri di situ. kata-kata terakhir Rizman meresap ke dalam hatinya. Tanpa sedar air mata laju menuruni pipinya. Ya Allah berilah petunjuk kepadaku. Tunjukkanlah apa yang baik, apa yang buruk untuk diriku ini. kuatkanlah semangatku dan lapangkanlah dadaku untuk menerima apa yang engkau berikan. Doanya di dalam hati.

——————————-

Enam bulan telah pun berlalu sejak peristiwa di bukit tinggi. Rizman terus menyepikan diri. Walaupun Widad ada juga menghubunginya dan juga menghantar sms kepadanya, tiada balasan dari lelaki itu. dan Widad tentunya merasai kekosongan sejak lelaki itu menjauhkan diri.

Berkali-kali peristiwa di bukit tinggi berulang tayang di mindanya. Semakin sarat dia merindui lelaki itu. barulah dia sedar selama ini dia tidak mengetahui apa-apa pun tentang lelaki itu. hanya Rizman yang mengetahui segalanya tentang dia. Dia melepaskan keluhannya.

“kenapa kak?”soal Tisya apabila mendengar kakaknya tiba-tiba mengeluh. Widad Cuma menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak ingin dikongsi apa yang dirasakannya.

“ooo yer..esok member orang minta tolong jagakan anak saudaranya. Dia ada kerja kat Singapore 2 hari. Bolehkan kak? Akak cuti kan?”soal Tisya sambil meminta tolong. Widad berpaling kepada adiknya itu. nak jaga anak orang pula. Dahlah perasan nya tak stabil. Ini pula nak ditambah lagi menjaga anak orang.

“berapa umurnya? Dia tak ada mak ayah ker?”soal Widad malas.

“mak ayah dia kat U.K lagi. Lagi sebulan baru balik. Budak ini nak sangat ikut bapa saudaranya nie balik Malaysia. Terpaksalah buat balik. Sementara menunggu mak ayah dia balik. Terpaksalah dia menjaganya. Tetapi tiba-tiba jerr adai urgent meeting kat Singapore pula” jelas Tisya.

“bakal anak sedara kau ker nie?”Tanya Widad lagi

“dok eh..kawan orang jerlaaa” jawab Tisya.

“dah tue baik hatinya nak tolong jagakan budak tue kenapa?”soalnya lagi.

“dah orang minta tolong, takkan tak boleh pulak. Lagipun bos orang yang minta tolong nie” terang Tisya.

“kau yang nak tolong, nie kenapa pula kak yang kena jagakan?”

“dah kak kan cuti. Alaaa minta tolong sikit pun dah soal macam-macam. Kalau tak nak tolong cakaplah taknak tolong. Orang minta cutilah kalau macam tuh” rajuk TIsya.

“yerlaaa…yerlaa kak tolong. Sikit-sikit nak tarik muka. Huhuhu… taunya nak merajuk jer”bebel Widad.

Tisya tersengih. Yes misinya berjaya. Hahhahahahaa.

——————–

“kak kenalkan ini Azalea Balkish. Salam dengan Auntie yer.” Suruh TIsya. Lalu gadis kecil bertocang dua dan berbaju gaun warna pink itu pun menurut kata. Menyalamin tangan Widad dan menciumnya. Widad merendahkan badannya agar sama tinggi dengan gadis kecil itu yang mungkin berumur lebih kurang 4 tahun.

“comelnya. Pandainya dia” Puji Widad. Gadis cilik itu tersenyum mendengar pujian tersebut.

“oklah..orang nak pergi kerja nie. Babai..Assalamualaikum” Tisya pun berlalu di situ.

“ok..hari ini Azalea nak buat apa? Kita nak buat apa yer berdua nie?”tanya Widad.

“tak tahu. Uncle cakap nanti jangan susahkan Auntie, duduk baik-baik jerr. Dengar cakap Auntie” jawab Azalea. Banyak mulut jugak budak nie yer” kata hati Widad.

“ok..kita tengok kartun laa macam itu yer..petang nanti kita pergi main kat teman permainan depan sana. Ok?” atur Widad.

“ok Auntie, no problem”jawab Azalea. Lalu mereka berdua berpimpinan tangan masuk ke dalam rumah.

Ternyata telatah Azalea menceriakan hari Widad. Ada sahaja perkara yang mereka lakukan bersama. Dua hari yang berlalu tidak terasa. Widada merasa sayang pula untuk melepaskan Azalea kembali kepada bapa saudaranya.

Telatah Azalea riang bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya menghiburkan hatinya. Sesekali matanya memerhati gadis cilik itu. sesekali dialihkan kepada majalah yang dibacanya.

Kemudia dia terperasan ada seseorang yang mengambil tempat disebelahnya di situ. tidak diendahkan.

“seronok kan mereka bermain.”

Serta merta Widad menoleh. Terkaku dia seketika. Enam bulan mereka tidak bersua. Rizman masih seperti dulu. Sebuah senyuman manis dilemparkan. Bagaikan menyirami kesuraman di hati Widad.

“Uncle…uncle..”jerit Azalea sambil berlari ke arah mereka.

“seronok bermain?”soal Rizman sambil meggomol pipi Azalea. Mengekek dia ketawa. Widada Cuma mampu memandang. Minda masih lagi tidak berfungsi.

Azalea mendekatkan mulutnya di telinga Rizman. Seperti mahu membisikkan sesuatu.

“Auntie lulus menjadi Auntie Lea tahu. Auntie baik. Seronok tinggal dengan Auntie. Nanti Uncle cepat-cepatlah kawin dengan Auntie tau. Bolehlah Lea kawan dengan Auntie tiap-tiap hari” bisiknya. Nampak jerr seperti berbisik tetapi suaranya bukan main kuat lagi.

Ketawa Rizman. Widad apatah lagi merah mukanya. Kelakar pun ada. Azalea nie memang ada jer telatahnya membuatkan Widad ketawa. Lalu Rizman pun seolah –olah membisikkan sesuatu dengan Azalea.

“Lea tanyalah Auntie, nak kawin ker tidak dengan Uncle nie?”bisik Rizman. Suaranya pun kuat. Kononnya berbisiklah.

Lalu cepat sahaja Azalea berada di hadapan Widad.

“Auntie, uncle ajak Auntie kawin. Kira setujulah Auntie yer.. cian kat Uncle tinggal sorang-sorang. Mama ada papa. Nenek pun ada atuk gak. Jadi Uncle tinggal sorang. Tapi kalau Auntie kawin dengan Uncle. Uncle ada Auntie laaa” cakap Azalea. Nak tergelak pun ada jugak. Pandai jer budak nie. Siapa yang ajar.

“siapa yang cakap macam itu. kalau Uncle kawin dengan Auntie lain pun. Uncle ada teman jugak”

“tak boleh. Uncle kena kawin dengan Auntie. Tak seronoklah Uncle kawin dengan Auntie lain. Auntie kena kawin dengan Uncle laa..nanti Lea boleh kawan dengan Auntie lagi. Boleh main-main dengan Auntie lagi…boleh yer Auntie” lalu digoncang-goncangkan tangan Widad.

“cakaplah kat Uncle..nak kawin dengan Auntie kena jumpa mak dan ayah Auntie dulu. Kalau mereka setuju barulah boleh kawin” jelas Widad. Di jeling Rizman di sebelahnya. Apa lagi tersengih – sengihlah mamat itu.

Lalu Azalea mendekati Unclenya pula.

“haaa..uncle kena pergi jumpa mak dan ayah auntie..baru boleh kawin” beritahunya.

“ok nanti hujung minggu ini kita pergi ngan atuk dan nenek sekali.”jelas Rizman.

“hoooreyyyy”sorak Azalea sambil berlari bermain semula.

Merah muka Widad tidak lagi pudar. Ditambah pula Rizman yang seakan merenung dirinya.

“terima kasih sayang….abang akan pastikan sayang bahagia.”ikrar Rizman. Widad menoleh. Dia menghulurkan senyuman. Berkaca matanya. Sejauh mana pun dia menindakkan kehadiran lelaki ini. dia tetap tidak berganjak. Hilangnya seketika membuatkan dia hilang arah. Kini dia pasrah. Akan dia cuba untuk meletakkan kepercayaan dan harapan ke atas Rizman. Moga-moga kebahagian melingkari hidup mereka nanti.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Cerpen : Masih Ada Bahagia II”
  1. kay says:

    pendek sgt la…. ;-) :mrgreen:

  2. hatiku says:

    :razz: ad smbungan x?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"