Cerpen : Mp3 cintaku

29 August 2010  
Kategori: Cerpen

7,022 bacaan 34 ulasan

Oleh : Akko_Mikotyra

“Ina! Tengah buat apa tu?”sapa satu suara dari belakangnya. Perempuan itu kemudiannya duduk disebelah Ina. Ina hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh ke sebelah.

“Ina!!”jerit perempuan itu sedikit kuat. Dia memandang telinga Ina. Patutlah..Dia menarik wayar mp3 itu dari telinga Ina.

“Eh, Wanna. Bila sampai?”soal Ina sambil tersengih. Mp3 itu disimpan didalam poket. Dia sayang akan mp3 itu kerana mp3 itu hadiah terakhir dari arwah ayahnya sebelum menghembuskan nafas.

“Baru jer. Tu pun nasib baik aku cabut wayar mp3. Kalau tak, berjanggut aku tunggu tau.”ujar Wanna. Ina ketawa kecil.

“Sorrylah. Aku tak dengar. Aku tengah dengar lagu tadi. Anyway, where’s your janggut? Tak nampak pun.”ambik kau. Nak sangat loyar buruk. Ni ha, ratu segala loyar plus loyang dah sampai..

“Aku baru sat cukur tadi. Kau tu ha, asyik dengar mp3 jer. Lagu sama pulak tu. Apa nama band korea tu? FT….”Wanna menggaru-garu kepalanya sambil cuba mengingati band korea yang menjadi kegilaan Ina itu.

“FT Island.”ujar Ina sambil tersenyum.

“Ha..FT Island. Entah apa yang bestnya pun aku tak tahulah. And one more thing, FT tu stands for what? Fart eah?”ujarnya sambil ketawa besar. Ina mencubit lengan Wanna. Pantang keturunanan nenek moyang aku kalau ada yang berani mengutuk band kegemaranku itu. Tambahan lagi, aku ni merupakan ‘kipas-susah-mati’ band itu.

“Ek eleh minah ni. Aku sekeh kepala kau karang, botak terus jadinya. Ada juga yang kena pergi yun nam hair care buat rawatan. Well, for your information, FT tu stands for Five Tressure. You should listen to their songs lah. Best giler.Especially, bad woman, cling, girls don’t know, I hope and the latest one is brand new days. And my favourite song is always be mine.”ujar Ina panjang lebar. Wanna membuat aksi seolah-olah sedang mencatat nota-nota penting di dalam buku.

“Ya, ya, ya.. You told me already okay. Hurmm, esok jangan lupa bangun awal. First day kau kerja, jangan lupa pulak. Kalau lambat, aku tak berani tanggung. Bos kita tu baik. Tapi kalau bab lewat ni, memang dia sembur habis lah.”gulp! Ina menelan air liur. Aku ni dah lah bermasalah dalam kes lewat ni. Memang akan lewat punya. It’s okay Ina. You can do it babeyh..Chaiyok, chaiyok.!!
**********************************************************************

Lewat!!!!
Macam mana nie?? Mati aku. Pukul berapa sekarang ni?7.45..What!!

Dia mencapai tuala yang disangkut di kepala katil lalu terus masuk ke bilik air. Dia hanya mandi kerbau sahaja. Teringat dia akan pesanan Wanna semalam. Mampus aku. Setelah selesai, dia tergesa-gesa keluar dari bilik air. Akibat tindakannya itu, dia terjatuh.

“Aduh, sakitnya! Hish, sengal betullah. Time aku lambat nilah, macam-macam hal jadi. Jatuh lah, accident lah.”Ina menggosok-gosok punggungnya. Dia bingkas bangun dan terus mencapai baju di dalam almari. Telefonnya yang sedang berbunyi itu tidak dipedulikan.

Selepas semuanya selesai, dia mencapai tas tangan dan mp3 kesayangannya itu lalu turun ke tingkat bawah. Setelah mengunci rumah, dia masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju.
**********************************************************************

“Apsal lewat? Saya pantang betul kalau ada pekerja saya datang lewat. Lagi-lagi pekerja baru.”ujar pemuda itu. Dia memandang Ina tajam. Satu ketukan terdengar di luar pintu.

“Masuk!”arah pemuda itu. Wanna masuk sambil menatang secawan air kopi. Dia meletakkan air itu di atas meja. Wanna memandang Ina, simpati. Ina memandang Wanna meminta pertolongan Wanna.

“Awak tunggu apa lagi?”tanya pemuda itu dengan nada serius.

“Er..Takde sesiapa Tuan Naqib. Saya keluar dulu.”Ina mengeluh. Habislah aku kali ni. Aduh, apa alasan nak bagi eak? Fikir, fikir, fikir!!!! Kejap, kejap. Apsal aku rasa cerita ni dah jadi cerita budak sains kepala besar tu eak? Budak mana? Alah, Jimmy neutron tu..hehe

“Bagitahulah kenapa?”jerkah Naqib. Ina yang terkejut segera menggosok-gosok dadanya. Bengap apa dia ni. Tiba-tiba je jerkah orang. Datang bulan agaknya…

“Er..err..se.se..sebenarnya..”jawab Ina gagap.

“Sebenarnya apa?”jerkah Naqib lagi. Pandangannya masih melekat di muka Ina.

“Sebenarnya pagi tadi kucing saya mati..”dengan sekali nafas sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Kucing mati? Apa punya alasan lah yang otak aku bagi ni. Bagilah alasan yang logik sikit.

“What? Awak ingat saya akan percaya dengan alasan tak bertamadun macam tu? Well Hello, It’s such a stupid excuse okay.”marah Naqib. Wei, aku dengan perkataan stupid tu memang bermusuhan sejak aku dalam kandungan mak aku lagi. Nak guna perkataan bengap, bangang, aku tak kisah. Kalau stupid..siaplah. Ina bingkas bangun.

“Well, hello!!Kalau dah tau it’s a stupid excuse, kenapa nak tanya lagi? Jusat keep your mouth shut and let me do my work. Jangan mentang-mentang awak bos, awak boleh marah saya sesuka hati. Saya tahulah saya lambat. Memang itu salah saya. Saya kan dah cakap, kucing saya nama ‘Kutu’ tu dah mati. Takkan saya nak biarkan dia terbaring tengah jalan dengan darah. Hello, saya tak sekejam itu. At least, saya kenalah kebumikan dia dulu. Apa awak ingat, manusia je yang kena mandikan, tanamkan. Kucing tu pun mahluk Allah jugak. Be rasional okay..”Dia kembali duduk. Kopi dihadapannya dihirup rakus. Selepas mengambil nafas sesaat dua, dia kembali tenang.

“Sorry. So, can you let me do my work? I’m so excited..”ujar Ina sambil tersenyum.

Naqib memandangnya lalu menganggukkan kepalanya. Dia masih terkejut dengan tindakan pekerjanya itu. Dahsyat betul!! Selepas Ina keluar dari pejabatnya, dia segera mengangkat ganggang telefon.

“Boleh bagi saya fail pekerja baru tu?”arahnya kepada setiausahanya.
**********************************************************************

“Well, Ina. It’s hard to believe yang kau boleh sembur Tuan Naqib tu. He’s a kind person anyway. Tapi kalau bab lewat, memang dia marah gilerr.”ujar Wanna. Tangannya ligat melipat baju yang berlonggok dihadapannya.

“Just believe it okay. Aku pun tak expect yang aku boleh marah dia. Dah dia suruh aku bagi alasan, aku bagilah alasan kucing aku mati. Lepas tu, dia boleh cakap pulak yang alasan aku ni alasan bodoh. Kau sendiri tahu kan, aku dengan perkataan bodoh tu memang tak sebulu sejak azali lagi. Kalau nak kata alasan aku ni bengap ke, bangang ke, aku tak kisahlah sangat..”ujar Ina. Dia duduk di atas sofa sambil mengunyah twisties.

“Kalau aku jadi dia pun, aku akan cakap perkara sama. Ada ke patut kucing mati. Kalau kata mak kau sakit ke, kereta kau masuk bengkel ke, still boleh diterima. Ni kucing..Hurmm, apa nama kucing kau tu? Aku tak pernah tahu pun kau ada kucing.”Wanna duduk disebelah Ina.

“Kutu bin Kulop”Ina memandang Wanna. Mereka sama-sama ketawa.

“Apa punya nama lah tu.”Wanna masih lagi ketawa.

“Entah, aku main sebut je. Anyway, jadi tak kau tinggal sini. Boring seh aku tinggal sorang.”Ina membuat muka seposen, sambil matanya dikecilkan sebiji macam Garfield.

“Dah..Tak payah buat muka macam tu. Buruk gilerr. Dah macam hantu cina aku tengok. Hurmm, end of this week aku masuk..”Ina terus memeluk erat kawannya itu. Mereka berkenalan di salah sebuah universiti di Malaysia. Hubungan mereka memang akrab. Segala masalah cinta, kehidupan dan keluarga akan saling dikongsi.
**********************************************************************

“Ina, dah siap belum kerja kau?”soal Wanna sambil berdiri di hadapan meja Ina. Ina memandangnya sekilas sebelum kembali melakukan tugas.

“Siap kau kata..Huh, kau tak nampak ke fail yang bertimbun kat atas meja aku ni. Dah macam KLCC kau tau tak. Pening kepala aku.”jawab Ina sambil tangannya ralit menulis di atas kertas.

“Aku peliklah Ina. Apsal hari-hari Tuan Naqib tu bagi kau kerja bertimbun-timbun? Sebelum ni, tak pernah pulak dia buat macam ni.”ujar Wanna simpati. Dia menarik kerusi dan duduk disebelah Ina.

“Kalau kau pelik,aku seribu kali pelik bin hairan tau. Hishh, rasa macam nak siku je Tuan Naqib tu. Biar terabur semua gigi dia. Aku rasalah, dia nak balas dendam dekat aku sebab masa first day aku masuk sini, dia kan kena sembur dengan aku.”Ina mengangkat kepala.

“Well, I guess so. Or, maybe dia dah tangkap cintan dengan kau kot.”teka Wanna sambil ketawa kecil. Melorot mata Ina memandang Wanna.

“Kau gila? Jangan nak mengarut. Kau ni memandai jer buat andaian.”marah Ina.

“Aku bukan buat andaian semata-mata. Tapi sejak kau masuk sini, dia tu asyik curi-curi pandang kau je dari bilik dia.”ujar Wanna.

“Mana kau tahu, ha?”soal Ina.

“Aku tahulah. Aku ni kan setiausaha dia. Meja aku dekat sangat dengan bilik dia. Segala gerak laku dia aku tahu.”Ina menggelengkan kepalanya. Entah apalah budak ni merepek. Ina memandang jam di dinding. 7.20 malam. Dia mengemaskan mejanya yang berselerak itu. Mp3 miliknya di masukkan di dalam tas tangan.

“Dah siap ke kerja kau?”soal Wanna. Kerusi yang di ambilnya tadi diletakkan di tempat asalnya kembali.

“Not yet. Tapi lantaklah. Ada aku kisah?!”ujar Ina sambil ketawa kecil. Setelah semuanya selesai, dia dan Wanna turun ke tingkat bawah untuk pulang ke rumah.
**********************************************************************

“Selamat pagi tuan”Naqib tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kepada pekerja itu. Ina mengangkat muka memandang Naqib.

Oh..Tuan Naqib. ‘Smart’ betul dia pakai baju warna pink..Pink??Pink?????!!Ah, lantaklah. Asal kau tak ganggu hidup aku sudah. Ina kembali tunduk.

“Sibuk buat kerja nampak?”soal Naqib. Dia berdiri di hadapan meja Ina. Dia memandang Ina lama. Sejujurnya, dia sudah jatuh cinta sejak kali pertama memandang Ina. Kerana Ina satu-satunya perempuan yang berani menentangnya. Berbeza dengan perempuan lain yang hanya menuruti kemahuannya sahaja. Sebenarnya, perempuan-perempuan tu hanya mahukan duitnya sahaja sebab itulah tidak pernah sekali pun kemahuannya tidak dituruti. Tapi Ina, totally different.

“Hurmm, mana tak sibuk. Hari-hari dapat kerja bertimbun macam KLCC.”ujar Ina. Naqib tersengih kecil.

“Tak baik mengeluh atau merungut tau. Saya buat semua ini bersebab.”ujar Naqib. Sebab aku cintakan kau Ina. Kalau boleh aku nak kau stay sampai tengah malam, teman aku di pejabat ini. Namun, suara itu hanya tersekat di kerongkong Naqib sahaja.

“Eh mana ada saya merungut. Saya suka sangat buat kerja ni. Lagi banyak lagi bagus. Kalau boleh hari-hari saya nak macam ni. Fail dekat atas meja saya ni, kalau boleh saya nak lagi tinggi dari menara KLCC. Alangkah nikmatnya hidup”perli Ina. Bibirnya tersenyum sambil matanya dikerdip-kerdipkan. Perbuatannya mengundang tawa Naqib.

“Hmm, baguslah kalau macam tu. Sebab hari ini, awak akan ada lebih banyak kerja dari hari biasa. Selamat menjalankan tugas ye.”ujar Naqib lantas berlalu ke bilik. Ina mencebik. Kertas kosong di penjuru mejanya diambil dan direnyukkan.

Eee, sengal punya bos. Apalah malang aku dapat bos macam kau ni. Siapa yang jadi makwe kau, memang menangis berdarahlah jawabnya.

“Aaaa!!!”jeritnya. Semua mata di pejabat itu tertumpu padanya. Dia hanya memandang mereka dengan pandangan tajam. Wanna pantas mendapatkan Ina.

“Ina, what’s wrong with you? Are you okay?”soal Wanna prihatin.

“I’m not okay, Wanna. Aku rasa macam nak sepak orang adalah.”Ina menghempaskan punggungnya di kerusi. Dia menarik nafas sedalam yang boleh. Naqib yang memandangnya dari dalam bilik, hanya tersenyum kecil.
**********************************************************************

“Ina, aku balik dulu eah. Hari ni, my hot BF ambil aku lah. Kitorang nak pergi dinner. Kau okay tak stay sorang-sorang dekat sini?”ujar Wanna. Ina mengangkat mukanya.

“It’s okay Wanna. I can handle this. Don’t worry, my dear.”balas Ina. Wanna tersenyum.

“Kalau macam tu, aku pergi dululah. Kalau kau rasa takut, Tuan Naqib tu ada dalam bilik dia. Kau panggil je dia. Tapi kalau dia bertukar jadi serigala jadian, call me as fast as you can, alright?”pesan Wanna.

“Okay. Bye, take care.”pesan Ina pula.

“You too.”Ina tersenyum. Dia memandang Naqib yang sedang berada di dalam biliknya. Dari situ, dia cuba menilai lelaki yang bernama Naqib Fakrullah Al-Razi. Raut wajahnya serius tetapi tenang. Ya, dia akui. Lelaki itu sememangnya kacak dan berkarisma. Tinggi? Yup, memang tinggi dan putih orangnya. Hurmm, kalaulah lelaki ini yang menjadi teman hidupku, alangkah bahagianya hidup. Saat dia sedang ralit memandang Naqib, matanya bertembung dengan mata Naqib. Naqib kemudian dilihatnya sedang tersenyum ke arahnya. Pantas dia melarikan anak matanya. Kembali menyambung tugasnya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Ina menggeliatkan badannya. Dipandang sekilas jam di dinding. Pukul 9.01 minit sudah. Nasib baik lah hari ini dia telah mengibarkan bendera jepun. Dia mengemaskan mejanya yang sememangnya berselerak. Dia memandang Naqib sekali lagi yang masih berada di dalam bilik. Dilihatnya, lelaki itu sedang bercakap melalui telefon. Raut wajahnya kali ini benar-benar serius. Hurmm, hal penting agaknya.

Ina bangun namun kakinya terasa keras. Kejang!! Dia terjatuh sehingga menyebabkan kakinya terpelecok. Dia cuba untuk bangun sambil tangannya memegang kuat kerusi. Namun, hampa. Kakinya terasa amat sakit sekali. Naqib yang sedang melihat kejadian itu, pantas keluar mendapatkan Ina.

“Kenapa ni?”soal Naqib cemas.

“Kaki..terpelecok..”suara Ina tersekat-sekat. Tahulah Naqib bahawa Ina sedang menahan dirinya dari menangis.

“Let me help you.”ujar Naqib. Namun tangannya pantas ditepis oleh Ina.

“No, it’s okay. Saya boleh bangun sendiri.”bantah Ina. Untuk kesekian kalinya, dia mencuba lagi. Namun, dirinya hampir jatuh sekali lagi. Mujur sempat ditahan oleh Naqib.

“Awak ni sombong. Orang nak tolong, tapi tak nak. Bongkak.”Naqib terus mencempung badan Ina. Dia kemudiannya meletakkan Ina di atas kerusi. Kaki Ina diurut perlahan.

“Dah bengkak ni. Saya bawak awak pergi klinik. Takde nanti, lagi teruk.”ujar Naqib. Sekali lagi badan Ina dicempung dan dibawa turun kebawah masuk ke dalam keretanya.
**********************************************************************

“Thanks and sorry pasal hal dekat pejabat tadi.”ujar Ina. Mereka kini sedang berada di hadapan rumah sewa Ina. Doktor bertindak membalut kaki Ina. Dia juga diberi cuti selama seminggu oleh ‘bos’nya. Teringat dia kejadian di klinik tadi. Hampir semua orang memandang ke arahnya. Yelah, kena angkat dengan jejaka macho. Kembang seh. Dah macam Cinderella pun ada gak.

“Kenapa awak tak suka saya?”soal Naqib tiba-tiba. Ina memandangnya pelik.

“Kenapa saya mesti suka awak pulak?”soal Ina hairan. Naqib tersengih.

“Sebab semua perempuan suka dekat saya.”Uweekk!! Nak muntah aku dengar. Hello! Macam ‘market’ sangat jer. Perasan lebih.

“Saya tak tergolong dalam ‘semua perempuan’ yang awak cakap tu. Lagipun, dari suka dekat awak, baik saya suka dekat pak mat tempe yang berniaga depan office tu. Lagi banyak manfaat. Hari-hari saya boleh makan tempe. Free of charge.”Jangan muka aku bertukar jadi macam tempe sudah. Hehe
Naqib menggelengkan kepalanya.

“Ina..Ina..Sebab tu lah saya suka dekat awak. Awak ni lain dari yang lain.”Apa-apa jelah Naqib ooi. Ayat kau tu, tak boleh tembus hati aku. Kalau kau rasa mudah untuk memancing aku, kau silap. Sebab yang kau pancing ini, ikan paus. Silap haribulan, ikan paus ni pulak yang ‘ngap’ kau..

“Hrmm..Anyway, thanks again. Saya masuk dulu.”Ina membuka pintu kereta. Namun, tangannya sempat disambar oleh Naqib.

“Ina, can you do me a favour?”soal Naqib. Ina memandang Wanna yang sudah setia menunggunya di hadapan pagar sebelum kembali memandang Naqib.

“Apa dia?”

“Tolong…Buka pintu hati awak untuk terima saya. Please!!!”Ina terkedu.
**********************************************************************

Setelah seminggu berehat di rumah, Ina kembali bertugas. Kakinya sudah hampir pulih sepenuhnya. Naqib…Nama itu bermain di bibirnya. Mana dia pergi agaknya. Sejak kejadian tempoh hari, Naqib langsung tidak bersua muka dengannya. Marahkah dia? Maafkan aku Naqib. Bukan aku tidak mahu membuka pintu hati ini untuk kau. Tetapi, pintu hati ini sudah lama terbiar sepi sejak 5 tahun yang lalu. Susah untuk aku mencari kuncinya balik untuk diserahkan kepada kau. Ahh, malaslah nak fikir. Dengar mp3 lagi bagus. Dia membuka tas tangannya. Tangannya diselupkan ke dalam untuk mengambil mp3.

“Eh, mana mp3 aku? Ishh, mana ni..”dia terus menyelongkar beg itu namun hampa.

“Apa yang kau cari tu?”soal Wanna.

“Mp3 aku. Kau ada nampak tak?”soal Ina. Wanna berfikir sejenak.

“Tak pulak. Aku perasan sejak seminggu yang lalu, kau dah tak pernah pakai mp3.”Ina berhenti dari mencari. A’ah lah. Aduh, mana nak cari ni. Fikir, fikir, fikir!!! Kejap, last sekali aku pakai masa hari Rabu lepas. Aku letak atas rak ni. Lepas tu, kaki aku terpelecok dan terus….Ina cuba mengingati satu persatu peristiwa seminggu yang lau.

“Kenapa Ina?”soal Wanna.

“Wei, siapa yang kemas meja aku hari Khamis lepas?”soal Ina pula. Wanna memandangnya pelik.

“Setahu aku, takde siapa yang usik meja kau selain Tuan Naqib. Dia..”Ina terlebih dahulu pergi dan masuk ke dalam bilik Naqib.

Naqib yang sedang sibuk menyemak fail, mengangkat mukanya apabila terperasan seseorang telah masuk ke dalam biliknya.

“Did you took my mp3, sir?”soal Ina. Naqib berlagak tenang. Dia menutup fail itu dan memandang Ina.

“Sila duduk.”ujar Naqib.

“Saya datang sini bukan nak duduk. Saya tanya, tuan ambil mp3 saya ke tak?”Ina mengeraskan sedikit suaranya. No one can take my mp3. Kalau nak ambil duit aku ke, kereta aku ke, aku tak kisah. Tapi mp3 aku, jangan nak buat hal.

“Kalau saya kata saya tak ambil, awak nak cakap apa?”Naqib senyum. Ek eh mamat ni. Boleh senyum lagi. Aku dah macam orang sasau cari mp3 aku, dia boleh main seyum-senyum pulak.

“Well, saya tak percaya.”ujar Ina. Naqib menjungkitkan bahunya.

“It’s up to you, my dear. Daripada saya ambil mp3 awak, baik saya ambil hati awak. Saya letak dalam air panas bagi cair.”Huh, daaa!!Whatever. Ina terus keluar dari bilik itu.

Naqib menarik laci mejanya. Mp3 berwarna biru itu dipandang lama sebelum dia bertindak untuk mendengarnya.
**********************************************************************
“Ina, kita datang annual dinner ni untuk suka-suka. Bukan untuk tengok muka kau yang macam ayam berak kapur tu.”ujar Wanna. Ayam berak kspur? Ayam boleh berak kapur ke?? Ni mesti kes tak lulus sains masa high school.

“Mp3 aku hilang Wanna. Mana aku tak sedih.”balas Ina terkilan. Dia memandang sekeliling. Ramainya orang. Baju cantik-cantik. Aku? Cantiklah jugak. Pakai dress warna pink and putih. Make up lagi tu. Ni semua kerja Wanna. Suruh aku make up lah, itulah, inilah..Dah macam opera cina dah aku tengok muka aku ni.

“Cheer up dear. Nanti jumpalah tu. Sekarang ni, tolak tepi kesedihan kau tu. Kalau ditakdirkan kau ada jodoh dengan mp3 kau tu, kau jumpalah dia. Kalau takde jodoh, redha jelah.”kata-kata Wanna mengundang senyuman Ina. Betul jugak tu.

Wanna kemudiannya menarik tangan Ina dan membawanya berjalan-jalan di dalam dewan itu. Mereka bersalaman dan bertegur sapa dengan orang yang berada di dalam dewan itu. Ada di antara mereka, yang tidak dikenali oleh Wanna mahupun Ina.

“Wanna, aku pergi sana dulu eah?”ujar Ina. Ina berlalu setelah mendapat anggukan Wanna. Dia berdiri di satu sudut yang agak terpencil. Melihat orang yang agak ramai menyesakkan dadanya.

“Ehem..ehem..”terdengar satu suara berdehem dari tepinya. Ina menoleh. Naqib!!Kenapa dia terlalu..
Terlalu….
Handsome dan bergaya malam ni…

Dan dia perasan warna baju Naqib hampir sedondon dengan bajunya.

“Dah habis tilik muka saya? Macam mana? Jatuh cinta tak?”Naqib mengenyitkan matanya. Ina hanya tersengih.

“You look gorgeous, tonight.”puji Naqib. Ina tersenyum lebar. Senyum sampai telinga. Aduh, kembang seh….

“Thanks for the compliment. Awak pun sama. Nampak handsome.”puji Ina pula. Dan pujian ini lahir dari dalam diri Ina. Ikhlas dan tulus.

“Tapi still tak boleh buat awak cair kan? But it’s okay. Saya suka macam tu. Lagi susah saya nak dapatkan awak, lagi bersemangat saya nak memiliki awak. Kalau senang sangat, takde thrill lah.”banyaklah kau punya thrill. Aku hempuk karang.

“Ina, I’m begging you. Please, terima saya. Awak suruhlah saya buat apa pun, saya akan buat. Asalkan awak terima saya. Even kalau awak suruh saya menyamar jadi orang gila, merayau dekat tengah-tengah jalan Chow Kit tu pun saya sanggup.”Daripada aku suruh kau jadi orang gila, baik aku suruh kau jadi gajah ke, kuda ke. Bukannya apa, senang sikit aku nak tunggang..hehe..

Ina menarik nafas sedalam yang boleh. Patut ke aku bagi dia peluang? Tapi macam mana kalau dia buat aku terluka? Oh Ina, he’s just a normal guy. Mestilah tak lepas dari buat mistakes. That’s why sikap saling mempercayai kena ada dalam perhubungan. Ya Allah, bantu aku…

“Baiklah. Saya tahu awak ambil mp3 saya. Dalam mp3 saya tu, ada satu lagu yang paling saya minat. Kalau awak boleh teka tajuk lagu tu, saya akan bagi peluang dekat awak. And I need the answer right now.”ujar Ina. Naqib bersandar di dinding. Otaknya ligat memikirkan lagu apa yang di minati oleh Ina.
Lama dia berkeadaan sebegitu hingga membuatkan Ina bosan. Ina mengeluh hampa.

“Well, saya rasa saya dah dapat jawapannya. Terima kasih kerana cuba menembusi hati saya. Tapi jodoh kita takde. Carilah gadis lain. You deserve better.”Ina pergi ke arah Wanna selepas temannya itu melambai-lambaikan tangannya. Naiqb memandang pemergian Ina dengan ekor matanya. Bibirnya pula terukir dengan senyuman yang penuh makna. Dan senyuman itu, hanya dia seorang sahaja yang mengetahui maksudnya.

^^^^^^^^^^^^

“Kita persilakan CEO syarikat kita, Encik Naqib Fakrullah Al-Razi untuk memberikan ucapan sempena malam annual dinner kita ini.”ujar pengacara majlis. Seiring dengan itu, tepukan yang gemuruh diberikan oleh semua yang ada di dewan itu. Naqib berjalan ke atas pentas. Dia sempat mengenyitkan matanya kepada Ina yang duduk di barisan tengah dewan.

“Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada pengacara majlis. First of all, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Malam ni, saya tidak mahu berucap tentang prestasi syarikat, saham jatuh or turun and yang sewaktu dengannya. Malam ni saya nak buat luahan hati saya.”ujarnya sambil tersenyum.

“Well, lately, saya ada kenal dengan seorang gadis yang merupakan pekerja saya. Dia ni orang kata, jinak- jinak burung merpati. Susahnya nak dapatkan dia. Dia tak tergolong dalam top 10 perempuan cantik di dunia. Tapi bagi saya, keluhuran budi dialah yang membuatkan saya jatuh sayang padanya.”satu dewan gamat dengan tepukan hadirin. Ina ternganga. Macamlah dia tidak tahu ‘gadis’ yang dimaksudkan Naqib adalah dirinya. Wanna disebelahnya sudah tersengih-sengih memandangnya.

“And tonight, dia minta saya cari lagu kegemaran dari mp3 dia yang saya ambil tempoh hari. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya apabila dia memberi peluang pada diri saya walaupun saya tahu peluang untuk tekaan saya betul adalah tipis. Saya cuma boleh berserah kepada Tuhan, sekiranya dia jodoh saya, dia tetap akan jadi milik saya. Saya cuma nak dia tahu, dialah wanita paling cantik sekali di dalam hati saya. .”sambungnya lagi. Ina tunduk memandang lantai.

Naqib mengambil gitar yang disandarkan di dinding.

“I dedicate this song to Cik Nur Halina Humaira. Awak, saya tak tahu sama ada lagu ni lagu kegemaran saya. Tapi lagu ni merupakan lagu kegemaran saya setelah saya mendengarnya di mp3 awak. Dan ini merupakan luahan hati saya. Terimalah, Always be mine..”Ina mengangkat mukanya. Mulutnya terlopong. Always be mine is my favaourite song. Macam mana dia tahu. Ya Allah, diakah jodoh aku. Kalau betul, aku terima dirinya seadanya dan sudi membuka pintu hatiku untuk dia.

Naqib mula memetik gitar. Matanya memanah tepat ke dalam mata Ina. Dan dalam masa yang sama, Ina juga memandang Naqib. Matnya cuba dialihkan tetapi seperti ada magnet yang membuatkan matanya terus-terusan memandang mata Naqib.

I hear you breathe
You’re lying close to me
The shadows gone
I have found my peace

You make me calm
With you I’m safe from harm
And right by your side
I’ll stay through the night ’til eternity
That’s the way it will be

And I wonder what you’re dreaming of
You’re so peaceful when you sleep
Everything I want everything I need
is lying here in front of me

And if I ever lose my power to fly
Then your love takes me high
I’ll always be true to you
Sometimes I think I might lose it all
Guess the chances are small
‘Cause you hold me close I feel you near
Don’t let go say you’ll always be here
Just hold me tight and I’ll be fine
Dreaming you will always be mine

Just like the sun
You make me warm inside
Like a soft summer breeze
A moment to seize
So true I won’t stop loving you

Satu tepukan gemuruh diberikan selepas Naqib selesai menyanyikan lagu itu. Naqib kemudiannya berjalan menuju ke arah Ina sambil tersenyum. Dia kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan Ina.

“So, macam mana nyanyian saya?”soal Naqib.

“Not bad.”puji Ina sambil tersenyum.

“Lagu tu..Lagu kegemaran awak ke?”soal Naqib lagi. Ina berdehem sebelum menganggukkan kepalanya.

“Yes!!Alhamdulillah.”jerit Naqib tetapi hanya dapat di dengar oleh dia dan Naqib sahaja.

“So, sudi tak jadi hot GF saya?”soal Naqib buat kesekian kalinya. Hishh, dia ni banyaknya tanya. Malasnya aku nak jawab.

“Hurmm, saya sudi. Tapi kalau awak sakitkan hati saya, siaplah awak. Saya potong-potong badan awak buat sup.”Ina memberikan amaran.

“Don’t worry. Saya takkan pernah sakitkan hati awak. Trust me okay.”Naqib cuba meyakinkan Ina. Ina tersenyum bahagia.

“Ok Fine, I’ll take your words.”ujar Ina. Seraya itu, dia berlalu pergi. Naqib kebingungan.

“Ina, wait for me!!”

Well, habis sudah. Aku rasa korang mesti tahu ending nya kan??Mestilah happily ever after..Eh, jap. Dah macam ‘fairy tale’ pulak an..They live happily ever after….hehhe

TAMAT….


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

34 ulasan untuk “Cerpen : Mp3 cintaku”
  1. noidentity says:

    :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile: :smile:

  2. chipmunk says:

    not bad.. :razz:
    keep it up!

  3. zarith says:

    sweet..
    sy suke gak lagu tu.. :mrgreen:

  4. Mellysa says:

    :lol: :oops:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"