
Cerpen : Segaris pelangi
Oleh : NAS SHARA
Pelangi petang tampak indah. Tujuh jalur warna penuh seri melakar senyuman di bibir itu. Senyuman bahagia dalam hambar. Mungkin esok, andai aku berusaha sedikit keras lagi, senyuman itu akan lebih bernyawa.
“Pelangi itu indah” bisik Maya antara dengar atau tidak.
Aku senyum tipis lalu ku peluk maya. Maya, sahabatku selamanya. Kami saling memerlukan. Bagi aku, Maya dan aku saling melengkapi. Tiada Maya, maka aku ibarat burung yang pincang. Aku dan Maya membesar bersama-sama dalam pelarian. Pelarian yang memiliki segalanya kecuali kasih sayang. Keluarga kami sama-sama hampir musnah sewaktu kami baru belajar mengenal dunia. Kami pelarian yang lari dari kucar-kacir hidup untuk mencari kebahagiaan. Aku hanya ada Maya dan begitulah sebaliknya. Kami sama-sama percaya hidup itu ibarat pelangi, penuh dengan warna-warni tetapi dilitupi dengan kabus-kabus kusam yang suatu waktu akan berlalu.
**********************************************************************
“Fea, mungkinkah?”
“Percaya padaku Maya. Di hujung pelangi itu kebahagiaan menanti kita”
Maya memelukku erat. Aku tahu, Maya takut pada realiti kehidupan ini. Maya lemah. Dia terlalu rapuh untuk mengharungi semua ini. Tapi aku yakin, Maya akan lebih tegar kerana aku akan selalu di sisinya.
**********************************************************************
Sinar mentari pagi menusuk tepat ke mataku. terasa cahanya benar-benar menganggu.
“Maya, bangun”
Matanya di buka perlahan-perlahan. Maya bangun seperti selalunya. Tiada bantahan.
“Fea,shall we continue this journey?”
Aku senyum nipis dan mengangguk. Walaupun aku dan Maya sama-sama tidak tahu hendak ke mana. Perjalanan ini tetap harus diteruskan. Setiap langkah membawa harapan kami. Perjalanan ini tanpa arah. Tanpa permulaan dan tiada noktah, yang wujud hanya perhentian. Di mana terlihatnya pelangi, di situlah kami berhenti.
“Fea,sampai bila kita akan mengejar pelangi?”
Aku terkedu. Tidak pasti apa yang perlu ku jawab. Akhirnya aku menjadi bisu. Perjalanan hari ini sunyi. Aku berhenti di tepian jalan. Enjin kereta ku matikan. Aku Kepenatan. Jalan berbukit bukau ini punya pemandangan yang begitu indah. benar-benar menarik hatiku. Maya turun dari kereta. Terpukau dengan keindahan yang terbentang di hadapan kami. Menarik-narik aku seperti anak kecil untuk ikut sama dengannya. Kami benar-benar menikmati detik ini. Foto terbaik kami bersama adalah di sini. Dalam keasyikkan Maya menjamah pemandangan ini, aku temukan jawapan untuk persoalannya.
“Maya. Kita akan terus mengejar pelangi hingga kita temukan jawapan”
“Jawapan?”
“Ya. Jawapan untuk meneruskan cerita ini”
“Setelah itu?”
“Aku tidak tahu. Tapi yang pasti, semua akan berhenti dan hidup kita akan jadi seperti jalur-jalur pelangi.”
**********************************************************************
“Fea. Pelangi itu masih terlalu jauh kan?”
“Maya, bertahan”
“Aku sudah kepenatan”
Aku tahu perjalanan ini memakan tenaga Maya. Aku bukan memaksa. Tetapi, pelangi itu impian aku dan Maya. Air mata ku merembes-rembes keluar tanpa henti melihat kondisi Maya. Kereta ku hentikan.
“Kita pulang”
Maya bisu. Tidak menjawab. Aku tahu Maya sedang menahan kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Andai aku dapat berkongsi kesakitan itu, pasti bebanan Maya akan berkuranng. Tapi aku hanya manusia biasa yang tidak punya kuasa untuk merubah semua itu.
**********************************************************************
Perjalan ini juga melemahkan aku. Sesampai saja di depan rumah ku, aku menekan hon kereta dan selepas itu, duniaku berpinar-pinar. Gelap. Duniaku menjadi hitam.
**********************************************************************
“Maya!” bergema suaraku di ruangan itu. Ku lihat mama dan ayah di sisi kiri dan kananku. Kosong. Kehadiran mereka tidak pernah aku harapkan. Di setiap inci dan segenap ruang aku mencari wajah itu. “Maya, di manakah engkau?” bisik hati kecilku.
“Sabar Fea. Mama ada sayang.”
“Bukan itu yang fea perlu. Di mana Maya?”
Mama membisu. Soalanku dibawa angin berlalu. Ayah apatah lagi. Berdiri kaku tanpa refleksi. Aku bingung dengan apa yang telah terjadi. Apa yang berlaku? Di mana Maya? Mungkinkah? Tidak! Air mata merembes lagi. Kali ini tanpa henti.
**********************************************************************
Hangatnya air mata masih terasa lagi. Aku masih berpijak di tempat yang sama dengan memori bersama Maya. Segaris pelangi hidupku hilang bersama pemergian Maya. Aku tahu Maya tidak akan hidup lama, tapi aku tidak menyangka dia pergi secepat itu. Di usia remaja yang masih muda. Waktu berlalu tanpa aku sedari. Aku masih di sini, duduk di suatu sisi memerhatikan pelangi kami. Sepuluh tahun aku lewati tanpa Maya. Mama dan ayah lebih prihatin terhadapku selepas pemergian Maya. Keadaan berubah. Mereka semakin kompromi. Kami hidup dalam harmoni. Mungkin itu hikmahnya. Pemergian Maya buat mereka sedar betapa pentingnya aku. Sujud syukur aku pada Ilahi. Ibu bapa Maya pula tidak pernah lagi jauh dari kediaman mereka. Walaupun Maya sudah tiada, tapi rumah itu buat mereka dekat dengannya. Aku ibarat pengganti Maya buat mereka. Aku pilu. Maya menantikan semua kebahagiaan ini, tapi pada akhirnya, dia meninggalkan semua kebahagiaan ini untuk aku. Dia pergi dalam kesengsaraan, bersama keperitan dan kesakitan. Aku tahu Allah itu Maha Adil. Pasti ada kebahagiaan menantinya di sana. Tetapi, saban kali terkenang, aku tetap rasa terkilan.
Walaupun hidup aku kini hampir lengkap dan lebih terisi. Kesunyian itu masih terasa kerana ketiadaan Maya di sisi. Saban waktu aku berdoa pada Ilahi, tolong temukan aku dengan Maya pada suatu ketika nanti.
**********************************************************************
“Hei awak! Awak yang di sana!” Terdengar suara di sekitar ku. Aku lihat satu susuk tubuh gadis sedang menghampiriku. Aku mengangkat kening tanda bingung sebaik sahaja gadis itu berdiri betul-betul di hadapanku. Dia tersenyum manis. Jari-jemarinya yang halus dihulurkan padaku. Lalu dirinya diperkenalkan, “Alyssa. Alyssa Nadia.” Perlahan-lahan ku hulurkan tanganku. Giliran aku memperkenalkan diri. “Fea, Fea Ananda.” Gadis itu tersenyum girang. Aku tidak tahu apa yang di bebelkan oleh Nadia selepas itu. Aku hanya melihat seorang gadis girang yang mengomel dengan kebisingan. Lucu. Benar-benar lucu.
************************
Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan segaris pelangi hadir lagi dalam hidupku. Tertutupnya buku bersama Maya Atiqah akhirnya bawa aku kepada nota-nota baru bersama Alyssa Nadia.













sy suka ng cite ni…..read between d line n u will understand it with ur heart….
cuba memahami..emmm…
interesting….. kalau dipanjangkan lagi, mesti lagi menarik…

good job!
errr..sedang cuba memahami juge.
lembab sket nk paham.
ehehehe.
~jmputlah bace karya wawa yg ptame (tiga hati,satu bidadari). drop ur comment s k. thnxie!)~