
Cerpen : Tabir Kehidupan Remaja
Oleh : Tina Basri
Apabila bercerita mengenai perasaan, remajalah yang paling sensitif mengenai perkataan tersebut. Bukan sekadar perasaan tetapi emosi yang akan menjatuhkan setiap remaja yang gagal menanganinya. C.I.N.T.A _ cinta. Setiap mereka mempunyai persepsi sendiri mengenai cinta. Sejujurnya, perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh remaja, malahan setiap insan pasti merasainya.
Ada yang beranggapan emosi itu adalah satu dunia yang indah. Namun ada juga sebaliknya. Tiada sesiapa yang dapat merungkaikan apa sebenarnya cinta. Yang pasti Cinta kepada-Nya adalah cinta Yang HAKIKI, tiada dua atau lebih. Kisah yang dikarang oleh penulis hanyalah imaginasi semata-mata. Tiada kaitan dengan yang mati.
Lama Diana termenung. Sesekali matanya dipejam rapat. “Susah betul soalan ni. Kenapalah cikgu tak bagi satu darab dua ke, sepuluh bahagi sepuluh ke?” komen gadis kacukan itu dalam hati. Matematik memang menyeronokkan jika dapat dibuat tetapi memeningkan jika tersalah langkah. “Weh, minah angau! Buat apa tu?” soal rakannya yang tiba-tiba muncul dari belakang. Diana mendengus perlahan. “Saya tengah menjahit ni! Awak ni kan, lain kali bagilah salam. Ini tak, main sergah saja,” kata Diana dengan nada tidak puas hati. Lelaki itu ketawa kecil. Anak matanya sempat menjamah wajah montel Diana. Cute! “Janganlah marah sayangku. Nanti saya lari cari yang lain,” gurau Farhan dan selamba sahaja dia duduk di hadapan Diana. Gadis itu menjuihkan bibirnya.
“Please, Alif Farhan bin Razak! Since when I become your honey?”
Tiada reaksi dari Farhan. “Ada masalah?” tanya Farhan. Diana mengangguk lalu meletakkan jari telunjuknya pada soalan yang tidak dapat diselesaikan. Tanpa disuruh, Farhan mencapai kertas soalan yang berada di hadapan Diana. Sepi menjalari antara mereka berdua. Saat itu, Diana mengambil kesempatan menilai lelaki di hadapannya. Rambutnya yang pendek dan dipotong kemas membuatkan Farhan kelihatan matang. Senyumannya? Ya, senyuman Farhan mencairkan setiap gadis memandangnya. Namun bukan itu yang dilihat oleh Diana apabila mengenali lelaki itu. Sikap Farhan yang memahami orang sekeliling dan tenang memberi keselesaan kepada Diana untuk bersahabat dengan anak jati Kelantan itu. Secara tiba-tiba, kenangan lalu bertandang di ruang matanya.
Diana gelisah di tempat duduknya. Dia berpaling ke kanan, seorang teman sekelasnya tidak memandang pun ke arahnya. Kemudian, dia berpaling ke kiri. Ketika itu, lelaki di sebelahnya merenung Diana dan mata mereka bertaut sebelum senyuman terukir di bibir masing-masing. Mungkin lelaki itu sepertinya, bosan mendengar ucapan demi ucapan yang disampaikan oleh orang atasan. “Hai,” sapa lelaki itu.
“Weh, Na! Termenung pula dia,” bicara Farhan melenyapkan sama sekali memori yang berputar di benaknya. “Err… boleh jawab tak soalan tu?” soal Diana menutup gugup di dada. Malu ditegur oleh lelaki itu. Farhan mengangguk yakin.
“Cari sudut antara satah JKLM dengan garis OM. Diana, dah banyak kali saya ajarkan. Kita kena tenung gambar yang diberi dan cuba guna daya imaginasi sendiri,”
“Huhuhu…. Farhan pun tahukan yang saya tak pandai berimaginasi ni,”
“Cubalah tapi Diana janganlah terpesong berimaginasi pula,”
“Weh, mulut tu jaga sikit ya!”
Spontan dia meletakkan kedua-dua tapak tangan di mulutnya. Entah kenapa, Diana merasakan lucu melihat raut wajah Farhan ketika itu dan dia ketawa. “Dah, kira dulu,” kata Farhan cuba mematikan tawa gadis itu. Tidak sengaja, tangan mereka tersentuh apabila mereka mencapai kalkulator serentak. Pantas mereka menarik tangan masing-masing. Diana merasakan bagai ada arus yang mengalir apabila tangan kasar itu menyentuh tangannya. “Em..awak kiralah! Biar saya tulis,” ujar Farhan tenang. Bagaikan tersedar dari mimpi, Diana mencapai kalkulator itu dan memegang erat. “Di, stop it! Nothing to think. He just you friend,” bisik hatinya berkali-kali.
Bintang di langit ditatap lama. Indahnya ciptaan Allah. Hatinya bagai mencari sesuatu di sebalik taburan bintang di langit. Seraut wajah yang mula menemani tidur malamnya. Sesekali gelak tawa gadis itu terngiang di cuping. “Alif, wakes up! She’s too perfect for you,” suara-suara halus kedengaran. Farhan mengeluh halus. Kata-kata sahabatnya membuatkan Farhan gelisah.
“Aku rasa Diana sukakan kau lebih dari seorang kawan, Farhan. Becareful,”
Lebih daripada seorang rakan? Tak mungkin. “Apa yang ada pada aku? Aku tidaklah sesempurna kau, Wan,” keluh hatinya.
“Farhan, saya dah sukakan awak. More than friend. Are you crazy? Takkanlah aku nak cakap begitu pada dia?” soal Diana sendiri. Lama dia merenung pantulan dirinya dalam cermin. Dia sedar kelemahan dirinya. “Aku tak cantik seperti kawan-kawan lain. Aku tidak selembut mereka tapi aku hanya ada sekeping hati yang dulunya tertutup rapat. Secara tidak sengaja, dia membukanya dengan kunci yang berada dalam dirinya,” berkali-kali ayat itu bergema dalam dirinya. Dia tahu, di luar sana ramai yang menaruh perasaan terhadap sahabatnya. Siapa yang akan menolak seorang lelaki yang matang, memahami dan pandai menenangkan hati? Kemudian matanya beralih ke kalendar yang ditampal pada dinding. Dua bulan lagi dia akan pergi. Ke mana?
Gelak tawa rakan-rakan sekelas sedikit pun tidak menarik perhatian Farhan. Dia sendiri tidak mengerti tetapi hatinya berdebar-debar aneh. Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku? Untuk menghalau kegelisahan yang bertandang, dia menghampiri Wan dan rakan-rakan yang berbual kosong. Beberapa minit kemudian, kehadiran Diana bagaikan menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah gadis itu. Setiap gerak-geri Diana, diperhati. Mengapa dia kelihatan gelisah tetapi senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya? Benak Farhan menyoal sendiri.
“Mila, kawan saya nak datang. Dia akan bersekolah di sini,” ujar Diana perlahan tetapi dalam nada yang teruja. Kening Mila terangkat sedikit.
“Nama dia Rafiq,”
“Betul ke kawan?”
Laju sahaja Diana mengangguk tetapi reaksi gadis itu aneh sekali. Riak gembira bagaikan dibuat-buat.”Kenapa awak nampak sedih?” soal Mila lagi, cuba mencungkil rahsia. “Eh, awak ni mengarut sajalah! Siapa yang tak gembira kalau kawan lama nak datang?” tokok Diana lagi cuba meyakinkan Mila. Akhirnya, Mila mengunci bicaranya. Seketika, Diana hanyut dalam lamunannya sendiri. Dia juga keliru dengan hatinya, gembira atau duka? Sekilas benaknya mencongak tarikh yang semakin hampir. Kemudian, dia mengeluh halus.
Rambutnya diselak ke belakang. Tiupan bayu Timur meniup perlahan rambutnya yang kian memanjang. “Han, kau tak dengki tengok Diana dengan Rafiq tu? Eh, meluat aku!” bisik suara-suara halus yang bergema dalam dirinya. “Ah, nothing to be worried!” bentaknya dalam diam. “Hai, Farhan!” sapa seseorang yang tiba-tiba muncul. Entah mengapa, senyuman yang dihadiahkan oleh Rafiq membuatkan hati lelaki Farhan berdegup kencang dan sinis pada pandangannya. Tangan yang berada di bawah meja dikepal kemas.
Fail ‘Panduan Hidup’ diklik sebanyak dua kali dan beberapa fail tertera jelas di skrin komputer. Tanpa diundang, suara lelaki itu bergema di cupingnya.
“Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain dan sebab itulah saya kata kawan hanya kawan. Tak lebih daripada itu,”
“Itu pendapat awak. Bagi saya pula kawan dan sahabat berbeza. Kawan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan tetapi sahabat seperti mencari permata dalam laut,”
Diana sedar, pendapat dia dan Farhan sangat berbeza mengenai erti persahabatan tetapi sedikit pun perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan mereka. Kelainan yang ada pada Farhanlah yang menimbulkan kekeliruan dalam hatinya. Puas dia menghalang sayangnya kepada lelaki itu tetapi gagal. “Aku mesti lupakan dia. He’s only my best friend!” berkali-kali hati kecilnya bersuara dan secara spontan Diana menklik butang ‘delete’. Sekelip mata fail yang diberikan oleh Farhan hilang. “Farhan, tiada niat untuk aku musnahkan kepercayaan kau kepada aku. Han, kau sedar tak secara diam-diam kau membuka kembali hati aku yang sudah sekian lama tertutup?” monolog Diana.
Diana hanyut dalam dunia ciptaannya. Sengaja dia menyendiri dan waktu itulah yang paling sesuai, iaitu waktu balik. Tiada sesiapa dalam kelas. Kelibat Mila juga sudah lama hilang. Sesekali bunyi kipas membuatkan Diana kembali ke dunia nyata sebelum termenung kembali. Hati dan akalnya berperang sesama sendiri.
“Perlukah aku beritahu dia? Mila sudah tahu. Pentingkah dia dimaklumkan mengenai perkara ini?”
Jiwa gadisnya goyah dan semangatnya terbang melayang apabila susuk tubuh seseorang muncul di hadapan pintu kelas. “Diana,” lembut sahaja suara dia menyapa gadis itu. “Farhan,” bisik Diana. Semerta sepi menemani mereka. Masing-masing bagai kehilangan kata. “Kenapa tak balik lagi?” tanya Farhan memecah tembok kebisuan. “Saja. Awak dari mana? Saya ingat awak dah balik sebab…..,”. “Saya ke pustaka,” pantas Farhan memotong bicara Diana. Dia sendiri tidak mengerti tetapi bagaikan ada magnet menariknya untuk memghampiri gadis itu. Keruh di wajah Diana membuatkan hati lelakinya semakin ingin tahu. Pada masa yang sama, dia ingin mengatakan sesuatu kepada Diana. “Saya…,” serentak mereka bersuara dan kemudian mereka ketawa. “Baiklah, awak dulu,” Farhan memberikan peluang kepada Diana terlebih dahulu. Dia terdiam seketika dan menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan.
“Han, hari ini mungkin hari terakhir saya di sini. Maksud saya bersekolah di sini,”
Tiada reaksi daripada Farhan, sebaliknya renungan yang menambahkan lagi getar di jiwa Diana. Namun dalam hati Farhan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
“Next week, saya akan berpindah ke Indonesia. Mungkin awak tak nak tahu tetapi sekadar makluman untuk awak. Family saya akan tinggal di sana. Satu lagi, fasal Rafiq,”
“Kenapa?”
“Truly dia bersekolah di sini hanya tiga bulan sahaja dan saya akan ke sana bersama-sama dia,”
Hati Farhan panas semerta apabila nama Rafiq meniti di bibir Diana. Perlukah nama lelaki itu disebut? Spontan Farhan berdiri dan menapak pergi. Langkahnya terhenti dan dia menoleh ke belakang. “You don’t need to tell me. Kalau awak nak pergi, pergi sajalah. What do I care?” ujarnya kasar. Ada getar dalam nada suaranya. Air jernih mengalir perlahan dan setitis jatuh menimpa meja.
Meja batu dipandang kosong. Sesekali dia mengeluh perlahan. Beban di dada bagai menyesakkan nafasnya. “Kaulah lelaki yang paling…..,” ujar Anna geram. Tidak sanggup dia mengungkapkan perkataan itu di hadapan Wan, Mila dan Fatma. Empat pasang mata yang terus memandang membuatkan Farhan tidak selesa dan semakin bersalah. “Aku tak tahu sebabnya aku cakap begitu dengan dia,” luah Farhan dalam nada yang rendah. Sesekali dia merasakan dia persis seorang pesalah yang melakukan kesalahan berat. Ya, memang besar kesalahannya! Menyakiti hati seorang gadis yang merupakan sahabatnya. “Kau memang benci dia?” soal Fatma mencelah. Lama dia termenung sebelum mengeleng. “Aku tak benci dia. Aku cuma….. keliru dengan diri aku sendiri,” kata Farhan jujur. Wan yang melabuhkan punggung setentang dengannya dipandang sekilas. “Kau terus-terang tak dengan dia?” tanya Wan ingin tahu. Kaca mata yang tersangkut di poket baju diambil.
“Tak. Aku terus pergi,”
“Whatever! Petang ini kita pergi rumah Diana. Kalau aku tak silap, petang esok baru dia bertolak,”
Masing-masing saling berpandangan apabila mendengar cadangan Mila. Fatma, Wan dan Anna mengangguk laju. Berbeza dengan Farhan yang lebih banyak mengelamun. Mila memberi isyarat mata kepada Wan. “Kau ikut, ya?” ajak Wan. Rambut yang tidak terurus dikuak ke belakang sebelum mengeleng lemah. “Sorry. Aku ada banyak kerja nak buat,” jawapan yang diberikan oleh Farhan membuatkan rakan-rakannya mendengus geram. Wan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu, Farhan serba-salah dan lelaki itu berperang dengan perasaan sendiri.
Diana gelisah di tempat duduknya. Hatinya tidak keruan dan matanya sesekali menoleh ke belakang, mengharap kehadiran seseorang. “Di, air kamu,” spontan Diana memandang ke hadapan. Wajah Rafiq ditatap seketika sebelum menyambut botol air mineral yang disuakan kepadanya. “Di, saya tau kamu menunggu kehadiran dia. Betulkan?” soal Rafiq dengan teratur sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Diana. Pantas Diana mengeleng. Senyuman sinis yang terukir di wajah Rafiq menambahkan debar di hatinya.
“Kamu enggak perlu bohong sama saya. Kamu mau lihat Farhan di sini, ya kan?”
Diana terus membatukan dirinya. “Tak, aku tak tunggu Farhan! Lantaklah dia nak datang atau tidak. Apa aku kisah? Hari tu dia suka aku berambus,” bentak Diana dalam diam, membina dinding keegoan.
“Saya tau kamu pacaran sama dia. Di, please forgets him! He doesn’t deserve your love. Dia enggak pernah coba memahami kamu, Di. Saya di sini, Diana,”
Setiap bicara Rafiq semakin menyesakkan benaknya yang telah dibebani dengan pelbagai perkara.”Diana!” satu suara menarik perhatian Diana, sekaligus mematikan bicara Rafiq. Tika itu, sebolehnya dia mahu melompat kegembiraan apabila melihat rakan-rakannya berada di situ. Namun jiwa gadisnya terkilan apabila seraut wajah tiada bersama-sama mereka. Akhirnya, Diana menghampiri mereka dan cuba menyembunyikan kegundahan dalam dirinya.
Farhan menarik nafas panjang. Anak matanya terus merenung susuk tubuh yang berada nun jauh di sana. “Na, Han minta maaf. Bukan Han bencikan Na. Han tak sanggup nak jumpa Na. I’ll miss you forever,” bisik hati lelakinya. Tepukan yang singgah di bahu menyentakkan Farhan yang leka.
“Lu enggak mau masuk ke dalam?”
“Untuk apa?”
“Untuk lu buktikan keberanian lu,”
“Aku…,”
“I don’t want to hear anything! Ingat ya, karena keegoan lu, gue yang untung. Gue akan pastikan Di milik gue,”
Ego Farhan tercabar dengan kata-kata lelaki itu. Jika diikutkan jiwa lelakinya, sudah lama Rafiq dikerjakan. Kemudian, dia termenung. Ya, dia tidak boleh salahkan Rafiq kerana sesuatu yang sangat sukar untuk ditafsirkan. Akhirnya, Farhan melangkah tanpa hala tujuan, membawa bersama-sama hati yang penuh kekeliruan.
Diana, maafkan Farhan. Selama ini, Farhan tidak sedar bahawa ada yang menyayangi Farhan dalam diam. Apa yang ada pada saya sehinggakan awak menyukai saya? Diana, sekalipun saya seseorang yang menghormati perempuan tidak bermakna saya seorang lelaki yang memahami dan sempurna. Perjalanan kita masih jauh. Diana, seandainya satu hari nanti ada jodoh antara kita, maka kita akan dipertemukan. Sekalipun kita dipisahkan oleh lautan luas, apabila sudah tertulisnya jodoh antara kita, tiada sesiapa yang dapat menghalang melainkan ajal.
Sahabatmu @ ……,
Farhan (1_3 – 54)
? Andai ada orang yang kita sayang, beritahulah dia. SAYANG bukan sahaja antara LELAKI dan PEREMPUAN. Bahkan antara AHLI KELUARGA, SAHABAT, dan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Yang pasti, CINTA YANG HAKIKI hanyalah kepada-NYA.














uittt..cm 2 je ending nye…..alaaa
mmm..btul2..cm tu ja ka ending nya???