Novel : Cinta Dua Hati 1

9 August 2010  
Kategori: Novel

590 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Neira

“Apa??Kahwin??”Bergema villa tiga tingkat itu apabila kedengaran suara pemuda yang menjerit kerana terperanjat mendengar unsur yang dikemukan oleh kedua orang tuanya.

“Iyalah kahwin.Kenapa pulak kamu terperanjatnya?” soal Puan Sri Zahliah yang sejak tadi memandang anak sulungnya yang agak gelisah seperti menunggu isteri di wad bersalin.

“Mama Azrie baru aje lepas habis belajar takkanlah mama nak suruh Azrie kahwin.”Fazrie membangkang cadangan mamanya.Dia merasakan belum puas lagi menikmati zaman remajanya.

‘Apalah mama nie aku baru aje nak enjoy sikit dia dah suruh aku kahwin.Pakai jodoh-jodohan pulak tu macam orang zaman dulu pulak.Lecehlah macam nie’rungut Fazrie di dalam hati.

“Apa salahnya.Kamu bukannya muda lagi dah masuk 24 tahun pun.Lagipun gadis yang kami pilih datang dari keluarga yang baik-baik,”sampuk Tan Sri Kamaruddin apabila daripada tadi mendiamkan diri.

Fazrie merasakan dirinya sudah terperangkap. Sebenarnya dia masih was-was untuk menerima cadangan orang tuanya.Selepas putus cinta tiga tahun lalu dia tidak pernah membuka pintu hatinya untuk mana-mana perempuan.

“Bagi Azrie masa dulu mama,papa.”Tan Sri Kamaruddin memandang isterinya.Isterinya mengangguk kepala tanda bersetuju.

“Baiklah mama dan papa akan beri masa seminggu untuk kamu berfikir.Mama harap Azrie tak hampakan harapan kami,”luah Puan Sri Zahliah.

“Iyalah mama.Azrie naik atas dulu,”ujar Fazrie sebelum berlalu naik ke kamarnya.

Puan Sri Zahliah memandang langkah anak terunanya itu.Perlahan-lahan nafas di lepaskan.

“Saya berharap sangat Azrie akan setuju.”Puan Sri Zahliah meluahkan harapannya.Tan Sri Kamaruddin memandang isterinya.

“Hal macam nie kita tak boleh nak paksa.Lagipun kita belum tanya lagi dengan anak Dato Ismail.Si Afida tu pun belum habis belajar lagi,’terang Tan Sri Kamaruddin sambil melipat surat khabar yang di bacanya tadi.

“Tak apalah nanti saya telefon Kak Suraya dulu.”

Tan Sri Kamaruddin mengeluh mendengar jawapan dari isterinya itu.

********************************************
Fazrie memusingkan ke kiri dan ke kanan kerusi yang di dudukinya. Kepalanya masih pening memikirkan permintaan orang tuanya.Masih terngiang-ngiang lagi suara mamanya yang berharap agar dirinya setuju untuk berkahwin dengan anak sahabat karib papanya itu. Sedang asyik mengelamun pintu pejabatnya di ketuk dari luar.

“Masuk,”laungnya.

Pintu di buka dan kelihatan sahabat baiknya itu sedang menutup pintu pejabatnya selapas meloloskan diri ke dalam.

“Kau nie kenapa Azrie?Dari luar tadi aku tengok kau mengelamun,”soal Khairil selepas melabuhkan diri di atas kerusi berhadapan sahabatnya itu.Fazrie masih mengelamun.

“Woi!!Aku tanya nie.”Khairil naik bengang apabila sahabatnya itu tidak mengendahkan pertanyaanya.

Hilang terus lamunan Fazrie sebentar tadi apabila tiba-tiba sahabatnya itu meninggikan suara.

“Kau tanya apa tadi,”soal Fazrie terpinga-pinga.Khairil melepaskan keluhan. ‘memang sah kawan aku nie dah tak betul’fikir Khairil.

“Tak adalah aku tanya kau tadi kau nak makan kat mana rehat nanti,”soal Khairil sambil memandang sinis sahabatnya itu.

“Cakaplah betul-betul.Janganlah main-main pulak,”tegur Fazrie kepada Khairil. ‘Aku tengah serabut nie dia main-main pulak’.

“Kau nie kenapa Azrie?Kalau ada masalah kau ceritalah kat aku,”Khairil menyoal kembali sahabatnya itu.Fazrie hanya melepaskan keluhan yang berat.

“Entahlah..Aku dah naik pecah kepala fikir tentang permintaan orang tua aku,”luah Fazrie sambil membetulkan kedudukannya supaya menjadi lebih selesa.

“Permintaan apa??”

“Orang tua aku nak jodohkan aku dengan anak sahabat lama papa aku,”terang Fazrie.

Khairil ketawa besar.Fazrie yang terkenal dengan sikap playboy masa zaman persekolahan dijodohkan oleh orang tua sendiri.

“Apa telinga aku ada masalah atau kau yang salah cakap.”Khairil mahukan kepastian.

“Kau janganlah nak main-main.Aku tengah serius nie.”Fazrie naik geram apabila dengan selambanya sahabatnya itu memainkannya.

“Okey sorry..Dah tu kau terima ke.”

“Aku tak beri keputusan lagi.”

“Menurut aku baik kau terima je cadangan orang tua kau tu,”cadang Khairil.

“Kau dah gila ke?Kenal pun tak kau nak suruh aku kahwin dengan dia. Budak tu pun tak habis belajar lagi.Budak tu anak tunggal jadi kau faham-faham jelah perangai anak tunggal macam mana.Kalau perangai manja dan gedik semacam lah yang aku tak tahan,”terang Fazrie panjang lebar.

“Entahlah kawan aku tak tahu nak tolong kau macam mana. Aku ada kerja nak buat nie jadi aku keluar dululah.Nanti kau kahwin jangan lupa jemput aku jadi pengapit engkau.” Fazrie bergurau.

“Banyaklah kau punya pengapit.Khairil kau jangan lupa pulak lawat tapak projek kat Putrajaya petang nie,”pesan Fazrie.

“Beres bos..Aku keluar dululah.”Khairil keluar dari pejabat dengan satu senyuman.

Fazrie hanya memandang lemah langkah sahabatnya itu.Selepas pintu di tutup Fazrie manyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"