Novel : Hadirmu Satu Kurnia prolog

16 August 2010  
Kategori: Novel

299 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Orkid Edyliyne

“Eh. Kenapa pulak kereta ni. Waktu macam nilah dia nak buat hal pula,” bebel Hirani Niara sambil memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Tali pinggang kesalamatan dilucutkan dari mebelit tubuhnya dan turun untuk melihat apa yang terjadi. Terasa bergoyang sahaja keretanya sebentar tadi. Pembawakannya juga bagaikan terhuyung-hayang.

“Bocor ke tayar ni. Bila masa pula yang dia bocor ni? Tadi keluar rumah tak bocor pun,” bebel Nia lagi sambil membetulkan rambutnya yang kian panjang itu. Dikuak ke belakang.

Peluh mula merembes galak di dahi. Kepanasan mentari menyucuk permukaan kulit membuatkan wajahnya kemerah-merahan.

Dia berlalu ke bahagian pemandu untuk mengambil tas tangannya. Telefon bimbit di keluarkan.

“Nak call siapa pula ni? Abang?” kata Nia sendiri sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bahagian pemandu.

Pantas tangannya menari mendail nombor abangnya. Setelah itu dilekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.

“Hallo abang. Nia tak dapat nak ambil Kak Isya lah. Tayar kereta Nia bocor pula. Abang banyak kerja lagi ke?” tanya Nia setelah menjelaskan keadaannya panjang lebar.

“Lah. Abang banyak kerja lagi ni. Tak apalah. Abang suruh Pak Man ambilkan dia. Nia ada sesiapa nak tolong tak tu?” tanya Hamka Nadmi di hujung talian. Seakan tidak menyampat sahaja dia hendak memanjangkan bicara.
“Tak ada. Tengah-tengah panas pula tu. Mana Nia pandai nak tukar sendiri. Dengan skirt macam ni,” jelas Nia dengan nada sedih. Cuba meraih simpati si abang.
“Tulah abang nak ajar dulu, tak nak. Minta tolong Nurul ambilkan. Kereta tu panggil orang tolong tarik. Abang banyak kerja ni. Dah. Pandai-pandai selesaikan masalah tu. Okay bye.” Hamka di hujung talian terus memutuskan perbualan mereka setakat itu.

“Abang ni. Sampai hati. Kak Isya je dia suruh Pak Man ambil. Apa salahnya ambil Nia sekali? Sayang isteri dia je. Yelah, orang dah ada isterilah katakan. Hish,” bebel Nia sendiri. Terkumat-kamit mulutnya membebel.

Tangannya pantas pula mendail nombor Haisa Nurul, kakaknya.

“Mana orang ni tak angkat call pula? Kak Nurul cepatlah,” rungut Nia tidak sabar. Selepas tidak disambut panggilannya, dia mendail lagi nombor yang sama. Mengharap benar ada orang membantunya kala itu.

“Oh aku,” latah Nia, terperanjat kerana ada orang mengetuk tingkap keretanya. Telefon bimbit di tangannya sudah terbang entah ke mana.

Dengan pantas tangannya menekan butang untuk menurunkan paras tingkap.

“Kenapa? Terperanjat tahu tak? Tak reti beri salam ke?” tanya Nia bertalu-talu melepaskan marahnya. Sudahlah dia tengah panas dengan kejadian yang menimpanya, ada orang pula menyerah diri untuk dihamburkan rasa yang bersarang, memang kenalah sebiji.

“Ish garangnya. Saya dah beri salam dan lepas tu baru ketuk tingkap awak. Awak yang tak dengar. Apa masalah? Nak saya tolong ke?” tanya lelaki yang membongkokkan dirinya di sisi kereta supaya nampak wajah Nia yang duduk terperuk di dalam keretanya.

“Tak payah. Saya tak apa-apa,” bentak Nia sambil membuka pintu keretanya dengan kuat. Sengaja berbuat begitu supaya pintu itu melanggar tubuh lelaki itu.

“Sakitlah awak. Ganas betul. Hati-hatilah sikit. Orang nak datang tolong dia boleh macam ni pula.” Lelaki tadi mengaduh kesakitan sambil menggosok tempat yang berlaga dengan pintu tadi.

“Siapa suruh awak nak tolong. Tak suruh pun. Pergilah. Saya tak perlu pun pertolongan awak. Sibuk je,” bebel Nia sambil membuka belakang keretanya untuk mengambil apa yang sepatutnya digunakan untuk mencabut tayar keretanya.

“Menghalau ke? Tak baik tau sombong.” Lelaki itu masih berdiri di sisi kereta sambil melihat tayar depan kereta merah metalik itu yang sudah leper.

“Apa yang nak dipakai ni. Abang. Nia tak tahu nak buat ni,” rungut Nia dengan nada perlahan supaya tiada siapa dengar.

“Hah. Awak tak pandai nak tukar tayar tu, kan? Saya nak tolong, tak nak,” kata lelaki itu yang entah bila berdiri di sebelahnya.

“Sibuklah awak ni. Kan saya suruh pergi tadi. Janganlah ganggu saya. Dah lah saya tak kenal awak. Entah orang jahat ke?” Nia berlalu untuk mendapatkan telefon bimbitnya kembali. Cuba hendak menghubungi sesiapa yang boleh membantunya. Paling tidak, mengambilnya dari terus tersekat di tenga-tengah perjalanan.
Lelaki itu senyap sahaja.
Nia masih meraba-raba di bawah kerusi mencari kelibat telefon bimbitnya. Disangkanya lelaki itu sudah pergi jadi dia sudah tidak perlu risau lagi.
Setelah terjumpa telefon bimbitnya, dia keluar dari kereta.

“Hah. Awak buat apa tu?” Nia terkejut melihat lelaki itu mencangkung di hadapan tayar yang pancit dan terdapat satu tayar lain di sebelahnya.

“Tolong awaklah. Takkan saya nak biarkan pula,” jelas lelaki itu tanpa memandang wajah Nia. Tekun dia melakukan kerjanya.

Nia tidak mampu membantah kerana dia tahu tak ada siapa lagi akan membantunya jika bukan lelaki asing itu.

“Awak panas ni. Pergilah duduk dalam kereta saya tu dulu,” suruh lelaki itu selamba setelah lama Nia berdiri di bawah terik mentari dan bermandikan peluh. Basah belakang bajunya.

“Tak payah. Suka sayalah nak buat apa,” bentak Nia. Kelakuan lelaki itu menjadi bahan tontonannya. Cekap sahaja tingkahnya.

“Lah. Duduk je. Bukan saya suruh buat apa-apa.”

“Awak siapa, nak suruh-suruh saya? Suka hati sayalah nak buat apa.” Sesekali peluh yang mengalir ke tepi wajahnya diseka menggunakan jari-jemari halusnya.

“Degil juga awak ni,” kata lelaki itu perlahan tapi cukup untuk didengari.

“Degil tu diri saya, bukannya awak,” bidas Nia tidak puas hati.

Telefon bimbit lelaki itu berdering rancak menghentikan perbalahan kata antara mereka.

“Hallo, pa. Jhon tak masuk pejabat hari ni. Ada hal sikit, pa,” jelas lelaki itu setelah mendekatkan telefon bimbit di telinganya menyambungkan talian yang menjerit-jerit itu.
Beberapa minit dia diam mendengar percakapan orang di hujung talian.

“Papa jangan risau dengan client tu. Nanti Jhon uruskan. Ye, pa. Assalamualaikum.” Telefon bimbitnya kembali diselitkan di kocek seluar dan kembali meyambung kerjanya tadi.
Nia hanya mencebik ke arah lelaki itu. Geramnya masih berbaki.

“Awak dah siap. Berhati-hatilah. Lain kali check dulu sebelum keluar,” pesan lelaki itu sambil mengemas kembali barang-barang yang digunakannya ke belakang kereta Nia.

“Tak payah nak pesan-pesan pula. Sibuk je.”

“Berat ke mulut awak tu nak cakap, ‘thanks’?” tanya Jhon dengan wajah seriusnya menatap wajah Nia yang sudah bagai udang disalai kerana berjemur.

“Thanks,” balas Nia dengan nada menyindir.

Jhon tersenyum sinis. Keras kepala sungguh gadis yang dibantunya itu.

“Lain kali kalau ada masalah calllah saya. Bila-bila masa je,” jelas Jhon sambil menyerahkan kadnya kepada Nia.

Jangan haraplah. Getus hati Nia sambil memandang tajam wajah lelaki yang lengkap berkemeja itu. Mahu atau tidak, tangannya tetap menggapai pemberian itu.

“Saya pergi dulu,” kata Jhon dan berlalu ke keretanya yang diletakkan di belakang kereta Nia tadi.

Jhon Denial Danis. Nama yang tertera besar di atas kad merah hati yang berada di tangannya ketika itu.
“Ingat nak sangat agaknya aku call dia. Tolonglah. Ini kali pertama dan kali terakhir aku jumpa kau,” gertu Nia dan melemparkan kad itu di tepi jalan kemudian masuk ke dalam keretanya. Tidak berapa ketika, kereta merah metelik itu sudah memecut laju membelah angin.

***

“Kenapa yang kau tersenyum-senyum ni Nurul? Pelik je aku tengok. Kenapa? Dato’ Darus tu bagi kau apa-apa ke?” tanya Arisa Queri betalu-talu sambil memandang tubuh yang membelakanginya itu. Asyik membuat air untuk dirinya sendiri.

“Tak adalah. Apa benda yang Dato’ Darus tu nak bagi. Kau ingat ni cerita tv ke? Bos ada hubungan dengan setiausaha.” Bibir itu masih lagi tersenyum. Punggung dilabuhkan ke kerusi yang bertentangan dengan Arisa.

“Manalah tahu. Habis tu kenapa senyum je. Dari datang tadi aku tengok. Tak penat ke?” Berkerut dahi wanita berkulit sawo matang itu memandang wajah Haisa Nurul meminta kepastian.

“Kan senyum tu sedekah.” Dilebarkan senyuman di bibirnya. Positif sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Pasal anak buah aku si Allysa tulah. Aku janji dia nak belikan dia hadiah semalam, pagi tadi dah call. Pesan suruh belikan hadiah untuk dia.” Teringat kepetahan mulut kecil itu bertutur dengannya di hujung talian.

Kata abangnya, sampai tidak mahu tidur anak saudaranya yang seorang itu kerana hendak tunggu hadiah dari Auntie Udanya.

“Pasal anak buah kau tu je?” tanya Arisa masih lagi tidak puas hati. Semenjak dari dia berkerja di situ, kawannya yang seorang itu memang pelik sedikit kelakuannya. Dia mampu tersenyum seminggu memikirkan gelagat anak buahnya.

“Yelah. Si buah hati keluarga aku tu, kalau aku tak balik sana bawa hadiah petang ni, alamatnya, lambat tidur lagilah daddy dengan mummy dia tu. Abang aku kata dia tidur pukul 2 setengah semalam sebab memujuk anak manja dia yang sorang tu.” Sesekali tawa kecil menghiasi ceritanya.

Arisa juga turut tersenyum. Memang mengasyikkan jika memikirkan kerenah anak kecil.

“Dahlah. Setahun pun belum tentu cukup nak bercerita pasal anak buah aku tu. Aku…”

“Gosh. What the…” Wajah di hadapan Nurul kala itu merah padam menahan marah. Tangannya mengibas bajunya yang basah.

Nurul mengetap bibir memandang baju kemeja merah cair lelaki di hadapannya itu bercorak abstrak kerana terkena simbahan kopi yang berada di tangannya tadi.
Bila masa mamat ni ada depan mata aku? gumam Nurul. Ditatap sahaja baju lelaki itu kerana tidak mahu melihat reaksi wajah lelaki itu.
Mata Arisa sudah membulat. Dia turut terperanjat dengan tone tinggi yang digunakan lelaki itu.

“Kau ni kan. Mata letak dekat mana?” marah lelaki itu lagi. Terbeliak matanya menikam wajah Nurul yang sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

“Sorry. I don’t mean it.” Rendah sahaja Nurul bertutur, mengharap lelaki itu merendahkan sedikit nada dia melontarkan marahnya.

“Sorry. Kalau pakai sorry boleh bersihkan baju aku ni, aku tak kisah. Tak guna tau sorry kau tu pada aku.” Marah sungguh lelaki itu.

“Jeff. Kenapa ni?” tanya seorang lelaki awal 50-an yang menegur lelaki itu dari belakang.

“Ni bah. Kenapa perkerja abah ni? Berjalan mata dia letak mana agaknya. Baru hari pertama Jeff masuk, dah macam ni?” Sesekali matanya menikam wajah kemerahan Nurul.

“Saya tak segaja, Dato’.” Sekali lagi Nurul melontarkan rasa bersalahnya. Hilang semua fikirannya tentang Allysa, anak buahnya yang licik dan petah itu.

“Dah. Jeff pergi balik dulu. Esoklah datang kerja. Hari ni pergi rehat lagi. Tak cukup rehat agaknya Jeff ni.” Dato’ Darus cuba meredakan kemarhaan Jeff dengan mengusap lembut belakang lelaki itu.

“Abah bela dia ke?” Berkerut dahi Jeff menahan geram yang masih bertandang di dalam jiwanya.

“Bukan abah bela dia. Tak nak kamu marah-marah macam ni. Dahlah. Pergi balik.” Didorongnya tubuh itu supaya berlalu dan jangan terus berdiri di situ.
Nurul melihat sahaja lelaki itu pergi dengan rasa bersalah.

“Dahlah Nurul. Dia memang macam tu. Saya berlum sempat kenalkan dia dengan awak lagi. Tulah COO yang baru, Jeffry. Dia gantikan Hafiz yang saya hantar ke Pahang. Dia baru tukar ke sini. Sebelum ni saya suruh dia uruskan syarikat saya yang dekat Penang tu. Dia tu anak saya.” Senang hati Dato’ Darus memperkenalkan serba sedikit perihal lelaki itu kepada Nurul, setiausaha yang sudah lama berkhidmat untuknya.

“Dah pergi sambung kerja,” tambah Dato’ Darus dengan senyuman. Dia juga hendak berlalu menyambung apa yang dihajatkannya tadi.
Nurul tersenyum sumbing memandang wajah Arisa yang sudah menjungkit bahunya.

***

“Banyaknya orang dekat sini. Sejak bila pula orang buat tepi jalan ni jadi tempat parking ni. Boleh penuh macam ni? Ish, ish. Aku dah lambat sangat ke?” bual Hyurin Nuri sendiri sambil memberhentikan keretanya pada belakang kereta yang terakhir yang beratur panjang sebelum menggapai barangnya untuk turun.

Dia terpaksa meletakkan keretanya jauh sedikit dari tempat kerjanya kerana tiada tempat untuk dia letakkan keretanya yang tidak berapa besar itu.

“Jauhnya nak berjalan,” keluh Nuri lagi sambil menekan punat pada kunci keretanya sehingga berbunyi, menandakan ia sudah selamat untuk ditinggalkan.
Diletakkan beg-beg plastik yang mengandungi buku-buku dan kain ke atas jalan raya.

“Berat pula barang ni.” Tas tangannya dibetulkan sebelum mengangkat kembali barangnya yang banyak itu.

Tidak sempat lagi kakinya hendak melangkah, bagaikan ada satu tolakkan kuat mengena bahunya membuatkan dia jatuh.

“Apa orang ni? Lah. Mana beg aku?” tanya Nuri sambil melihat kiri dan kanan bahunya mencari tas tangannya yang tadi disidaikannya di situ.

“Hoi berhenti!” pekik satu suara. Berderum engin motor di sebelah Nuri, meninggalkan diri itu yang masih di jalan raya bersama asap motor besarnya itu.

“Ni lagi sorang. Pakai minyak apalah sampai asap boleh tebal macam ni,” sungut Nuri sambil mengutip satu-persatu buku yang berterabur tadi. Dia sudah lupa yang tadi begnya diragut kerana marahkan si penunggang motor yang mengasapkannya tadi.

“Aduhai. Sakitlah pula.” Dilihat pada tapak tangannya yang sudah terluka dan mengalir cecair merah pekat dari celahnya.

“Macam mana ni? Koyak pula kain ni. Hish manusia manalah yang sanggup buat benda ni dekat aku,” gumam Nuri kerana terasa sakitnya menusuk. Hujung kainnya yang tercakik dibeleknya dengan wajah sayu.

“Tak ada orang ke nak tolong aku?” Sedih sungguh rasa hatinya. Lansung tak ada orang yang perasan dia jatuh.

“Cik okey ke? Ni beg cik tadi.” Tiba-tiba satu suara garau menyapanya dan beg tangannya sudah berada di hadapan mata.

“Orang dengar ke apa yang aku cakap dalam hati tadi?” tanya Nuri dengan nada sedikit pelik. Dia berfikir sejenak.

“Tadi awak membebel sorang-sorang, saya dengar.” Sekali lagi suara itu menyapa gegendang telinganya.

“Awak okey ke, tidak?” tanya lelaki itu lagi sambil meletakkan tas tangan Nuri di atas jalan bersebelahan tempat Nuri duduk mengenang nasib dirinya sebentar tadi.

“Okeylah agaknya. Macam mana benda ni ada pada awak? Awak yang nak rompak saya ke?” tanya Nuri spontan mengambil begnya dan dilihat isinya. Hilang rasa sakitnya tiba-tiba.

“Saya yang tolong awak kejarkan peragut tu tadi. Saya dah suruh orang panggilkan polis. Tu yang saya hantarkan balik beg awak ni.” Jelas dan terang percakapan lelaki itu di telinga Nuri.
“Dekat area taman ni ada kambing ke?” tanya Nuri selamba. Bingung sahaja riaknya.

“Kambing?” Lelaki itu juga turut pelik dengan pertanyaan Nuri yang tiada kena mengena lansung dengan kesnya tadi.

“Yelah awak kata peragut, kan? Yang meragut selalunya kambing je,”jelas Nuri sungguh-sungguh sambil bangun dari duduknya tadi. Ditatap wajah lelaki yang memakai pakaian seragam polis trafik itu dengan wajah seakan seorang guru menerangkan sesuatu pada pelajarnya.

“Peragut tu, orang yang meragut beg tanganlah. Itu pun awak tak tau ke?” Lelaki itu mula tersenyum dari wajah yang serius tadi.

“Hah? Peragut? Mana dia?” tanya Nuri mula cemas. Dipandang kiri dan kanan melihat kalau-kalau ada peragut yang dimaksudkan lelaki itu tadi.

“Saya dah hantar dia masuk lockup. Tak payah nak panic. Apa-apalah. Awak boleh jalan tak ni? Hati-hati. Nanti kena langgar kambing pula,” seloroh lelaki itu dengan senyuman dan terus berlalu hendak mendapatkan motornya yang diletakkan di seberang jalan.

“Awak! Thanks,” ucap lelaki itu di seberang jalan dengan senyuman yang masih berbaki.

“You’re welcome.” Nuri hanya menjawab ucapan itu tanpa berfikir.

“Aku tolong dia apa tadi?” tanya Nuri mula pening.

“Apa-apalah,” tambah Nuri sambil mengangkat kembali barangnya dan berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku padanya tadi.

“Puan. Ya Allah, kenapa ni?” tanya seorang wanita pertengahan 20-an sambil mendekatinya.

“Kenapa apanya, Daya?” tanya Nuri kembali. Beg plastik yang dibawanya tadi, bertukar tangan.

“Ni tangan Puan berdarah. Kain Puan koyak-koyak ni. Puan buat apa?” tanya Daya lagi. Risau sahaja wajahnya melihat keadaan Nuri.
“Entahlah. Kenapa eh?” Nuri berfikir apa yang terjadi padanya tadi.

“Oh saya jatuh tadi dekat tepi jalan sana. Dahlah. Nanti saya tukar baju. Budak-budak tu siapa yang uruskan?” tanya Nuri sambil memandang sekelilingnya. Selalunya bila dia datang, mesti bingit tempat itu dengan keletah anak-anak kecil yang menjadi penginap sementara rumah asuhannya itu.

“Oh Yati dengan Syida uruskan. Puan nak saya ambilkan first aid ke?” tanya Daya sambil mengiringi langkah Nuri ke pejabatnya.

“Tak payahlah. Ada dekat bilik saya tu. Ni buku-buku ni letak dekat tempat dia dan kain alas ni untuk gantikan alas meja bilik makan yang awak basuh hari tu.” Lancar sahaja dia mengarah perkerjanya.

“Yelah Puan. Kalau Puan nak apa-apa panggil saya.” Daya berlalu meninggalkan Nuri yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Nuri mengangguk faham.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"