Novel : Hatiku milikmu 1

30 August 2010  
Kategori: Novel

3,825 bacaan 1 ulasan

Oleh : arido87

BAB 1
Irfan mengelap peluh yang sudah membasahi pipinya. Dia memerhati ke tengah padang. Kelihatan kanak-kanak berlari ditemani ayah dan ibu mereka. Sesekali dia mendengar gelak tawa mereka.
“Kau dekat sini rupanya, puas aku telefon handset kau. Tapi tak berangkat pun. Bila aku telefon dekat rumah kau, umi kau cakap kau keluar joging.” Zali melabuhkan punggunya pada bangku bersebelahan Irfan.
“Hmm… tak tahu nak buat apa dekat rumah, tu yang aku datang berjoging dekat sini. Lagipun dah lama aku tak bersenam. Sekali sekala joging ni, semput la juga rasanya,” balas Irfan sambil tersenyum ke arah sahabatnya itu. ” kau pulak dari mana ni? Bukan main segak lagi aku tengok.” Soal Irfan lagi.
“Aku baru lepas date dengan Amalia.” balas Zali sambil tersenyum.
“Patut lah segak semacam aje. Habis tu, apasal kau datang cari aku dekat sini ?, ke nak sambung date dengan aku pulak ni ? aku xde hal… hikhikhik. Anytime anywere .” Usik Irfan sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.
“Mengarut lah kau ni… geli aku dengar. Daripada aku date dengan kau yang keras macam kayu ni, baik aku usha awek kat depan sana 2″. Balas Zali sambil menjuihkan mulutnya ke arah gadis yang berada tidak jauh dari bangku mereka duduk. Ifran turut memandang ke arah gadis tersebut.
“Habis tu kenapa kau datang cari aku dekat sini?” tanya Irfan buat kali yang ke dua. Dia memandang ke arah Zali. Menunggu jawapan dari sahabatnya itu.
“Kau tau tak, hari ini hari yang paling bahagia pada aku. Tu sebab aku datang cari kau. Kau kan sahabat yang paling rapat dengan aku. Aku nak berkongsi kegembiraan dengan kau”. Balas Zali sambil tersenyum.
“Kenapa, kau menang loteri ke?”
“Ish kau ni… ada pulak ke situ. Sebenarnya, tadi aku bawa Amalia jumpa keluarga aku. Kau pun tahu kan latar belakang Amalia macam mana. Aku takut mak dan ayah aku tak terima dia. Tapi bila aku tengok layanan mak terhadap Amalia tadi, aku yakin mak aku boleh terima Amalia.” jelas Zali lagi. Wajahnya jelas terpancar cahaya kegembiraan.
“La… tu aje. Aku ingat apa la yang buat kau gembira sangat tadi.” balas Irfan acuh tak acuh.
“Kau tak faham perasaan aku. Pada aku, tiada perkara yang mengembirakan selain daripada penerimaan keluarga aku terhadap diri Amalia. Kau akan faham perasaan aku apabila kau dah jumpa dengan gadis pujaan kau nanti. Dah lah… menyesal aku cerita dengan kau. Aku ingat kau akan tumpang gembira.” Zali bangkit dari bangku, tetapi tangganya disambar lembut oleh Ifran.
“Rileks la bro… aku bergurau aje tadi. Mentang-mentang lah dah bercinta, dah pandai merajuk pulak. Hebat juga si Amalia tu, kerana berjaya ubah kawan aku yang rock ni jadi mamat jiwang.” usik Irfan sambil melihat Zali yang kembali melabuhkan punggungnya. “Jadi bila aku dapat makan nasi minyak kau?”.
“Insyallah… Kalau tidak ada ara melintang, hujung tahun ni kami akan berkahwin.”
“Mak oii… cepatnya… biar betul kau ni? Kenapa dah anggau sangat ke? Kalau ya pun, bertunanglah dulu. Lepas tu baru lah fikir sal kahwin.” Irfan hanya melihat Zali menguntum senyum. “Lepas ni terpaksa la aku lepak sorang-sorang.”
“Kenapa pulak?” soal Zali.
“Boleh pulak tanya kenapa. Kalau dah kahwin, alamatnya kau berkepit 24 jam lah dengan bini kau tu. Jadi terpaksa lah aku lepak sorang-sorang lepas ni”.
“Kalau macam tu, kau pun cari lah seorang teman yang boleh sediakan makan minum kau. Nanti kau tak lah kesunyian.” usik Zali. Dia memandang ke arah Irfan dan menunggu bicara dari sahabatnya itu.
“Kenapa kau senyap? Salah ke apa aku cakap tadi?” soal Zali apabila melihat Irfan yang masih leka memerhatikan kanak-kanak yang bermain di tengah-tengah padang itu. Irfan berpaling ke arah zali yang berada disebelahnya. Wajah sahabatnya itu kelihatan riang sejak dilamun cinta. Dia melepaskan keluhan kecil.
“Jodoh tak adalah Zali.” Irfan bersuara perlahan. Sekali lagi pandangannya dibuang jauh ke hujung padang.
“Bukan jodoh tak ada, tapi kau tu yang memilih sangat. Aku tengok bukan tak ada perempuan yang nak mendekati kau, Cuma kau tu aja yang jual mahal.” Balas Zali.
“Aku bukan memilih, cuma aku belum jumpa lagi dengan perempuan yang sesuai. Aku tak nak sejarah aku dengan Suliana itu berulang lagi.”
“Aku tahu kau pernah kecewa dengan perempuan, tapi tak semua perempuan macam tu.” Zali tahu sahabatnya itu masih kecewa dengan apa yang berlaku diantara dia dan Suliana.
“Entahlah Zali… Aku dah malas nak fikir soal perempuan lagi. Kalau boleh aku nak tumpukan pada syarikat aku aja dulu.” Balas Irfan sambil berjalan ke arah keretanya. “Ok lah… aku balik dulu. Kita jumpa di pejabat esok.” Irfan menutup pintu keretannya dan berlalu pergi.
Damia meletakkan buku-buku yang baru dibelinya di atas meja. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
“Kau dari mana?” tanya Amalia sambil meletatkan cawan minumannya di atas meja. Dia mencapai remote control yang terletak di atas meja kecil disisinya itu. Pantas menekan rangkaian demi rangkaian. Namun tidak ada satu pun yang berjaya menarik minatnya.
“Aku ke bandar tadi, tolong belikan buku latihan untuk pelajar-pelajar aku,” balas Damia perlahan. Dia menanggalkan tudung dan membiarkan rambutnya yang ikal itu ditiup angin kipas. ” Oh ya, macam mana perasaan kau masa jumpa dengan bakal mak mertua tadi?” tanya Damia sambil merenung Amalia yang tersenyum ke arahnya.
“Takutlah juga… kau pun tahu kan latar belakang aku macam mana. Aku takut mak dan ayah dia tidak dapat terima orang macam kita ni.” Balas Amalia yang dengan hati sayu. “Tapi selepas jumpa dengan keluarga dia tadi, alhamdulillah mereka dapat terima aku. Mak Zali juga dah tetapkan tarikh. Katanya dia nak aku dan Zali disatukan pada hujung tahun ni”. Balas Amalia sambil tersenyum.
“Amboi! Patut lah… aku tengok bukan main seronok lagi. Tengok tu, senyuman kau pun dah nampak lain macam aja hari ni. Maklumlah tak lama lagi kan orang tu dah nak kahwin.” Damia mengusik sambil ketawa besar.
“Teruklah kau ni Mia. Mana ada. Aku senyum macam biasa aja. Kau tu yang pandai-pandai buat cerita.”
“Alah… tak nak mengaku lah tu. Tengok muka kau pun aku dah tahu.” Usik Damia lagi. “Bertuah la hidup Zali kerana jumpa dengan gadis macam kau ni, cantik.. pandai.. peramah… baik…”
“Hmm… tahu pun, tengok oranglah. Siapa yang tak kenal dengan Amalia Bt Nordin ni…” Amalia mengerakkan tubuhnya seperti gaya model memperagakan pakaian.
“Uuwek… perasannya kau ni! Orang puji sikit aja, dia dah lebih-lebih.” Damia menjelirkan lidahnya. Berderai ketawanya melihat telatah Amalia sebentar tadi.
“Teruklah kau ni Mia! Bukan nak puji aku betul-betul, tapi kutuk lagi adalah…” Amalia menjuihkan mulutnya ke arah Damia yang masih mentertawakannya.
“Kalau aku puji lebih-lebih, kau terover la pulak. Nantikan ada juga yang pergi kerja tak mandi pagi esok. Macam aku tak kenal kau tu, pantang dipuji.” Usik Damia lagi.
“Tengok tu. Jahatlah kau ni. Geram aku tau! Bukan nak ambik hati aku, makin nak tambahkan sakit hati aku adalah…” Peha Damia dicubit bertubi-tubi oleh Amalia.
Menjerit-jerit Damia kerana dikerjakan oleh temannya itu. Begitulah hubungan mereka sejak dari dahulu. Mereka sering usik mengusik, itu yang menyebabkan persahabatan mereka sentiasa dibungai dengan kemesraan dan kegembiraan.
“Kau dengan Azlan pulak macam mana? Tak keluar dating dengan buah hati ke hari ni?” Soal Amalia apabila tawanya mula reda
“Tak. Dah beberapa hari dia tak hubungi aku.” balas Damia perlahan. ” Entahlah… kadang-kadang aku rasa macam dia tu dah semakin jauh dengan aku sekarang ni. Tak macam dulu. Usahkan nak jumpa, nak jawab panggilan aku pun susah.” Rungut Damia. Dia pening kepala apabila memikirkan hubungannya dengan Azlan agak hambar sejak akhir-akhir ini. Azlan seolah-olah cuba menjauhkan diri darinya.
“Kau tak tanya ke, kenapa dia jadi macam tu? ” tanya Amalia.
“Dia kata, dia sibuk dalam masa beberapa bulan ni. Aku rasa, dia saja buat alasan macam tu. Orang lain pun sibuk juga dengan kerja, tapi tak pulak macam dia tu. Sampai tak ada masa langsung nak jumpa aku. Entah-entah dia dah ada orang lain…”
“Ish kau ni… jangan fikir macam tu. Mungkin dia betul-betul sibuk, tak elok kau berprasangka buruk dekat dia. Aku tak fikir Azlan buat macam tu kat kau.” Pujuk Amalia.
“Hmm… entahlah Lia. Aku pun dah buntu fikirkan soal ni.” Balas Damia lemah.
“Sudahlah… jangan difikirkan sangat hal tu. Mungkin dia betul-betul sibuk sekarang ni. Esok lusa dia call la tu. Kau jangan ikutkan hati sangat,…” Pujuk Amalia lagi.
“Betul juga kata kau tu, mungkin aku aja yang berfikiran macam tu.” Ujar Damia. “Ok lah, aku nak pergi mandi kejap. Lagipun hari dah nak masuk waktu maghrib ni.” Damia mengambil buku-buku yang terletak di atas meja kaca dihadapannya itu dan berlalu pergi meninggalkan Amalia yang masih diruang tamu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Hatiku milikmu 1”
  1. permulaan yg menarik.agaknya heroin dia mst damia ni kan??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"