Novel : Janji kekasih 9

27 August 2010  
Kategori: Novel

585 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Norhashima Adnan

BAB SEMBILAN
Cuti semester pertama telah tiba, tingkatan lima Bestari membuat rombongan cuti sekolah ke Gunung Ledang. Ianya dipimpin oleh guru kelas mereka Cikgu Faizz. Bermacam ragam yang dilakukan oleh mereka semua. Ada yang bergembira, bergurau dan ada juga yang sedang berbincang tentang mata pelajaran.
“Sesekali otak kita ni perlu jugak berehat. Betul tak?” Zulkifli bersuara.
“Betul tu! Otak kita yang selalu menghadapi mata pelajaran yang berat perlu direhatkan dengan pandangan yang indah dan suasana yang aman damai. Macam sekarang ni! Ibarat macam mesin jugak kalau selalu guna mesti rosak,” Shifa Syamira mengiakan. Tangannya lincah membaling batu ke dalam air.
“Awak suka dengan suasana macam ni?” tanya Zulkifli.
“Mestilah suka. Tenang, jauh dari kawasan bandar. Air terjun yang deras, bunyi-bunyi cengkerik, burung-burung yang berkicauan dapat menenangkan jiwa,” jawab Shifa Syamira.
“Zaman sekarang jarang ada orang perempuan yang berperangai macam awak.”
“Kenapa pulak?” Shifa Syamira pelikk dengan kenyataan yang diberikan.
“Yalah, banyak gadis zaman sekarang ni tak suka tempat-tempat macam ni. Dia orang lebih suka dengar lagu-lagu rancak, tak pun berpelesaran dekat bandar.”
“Itu dia orang bukan saya,” sampuk Shifa Syamira.
“Ha, itulah yang saya katakan lain daripada yang lain.”
Shifa Syamira memandang tepat ke arah Zulkifli. Dia merenung wajah itu kemudian dia bersuara.
“Zul, setiap orang tu tak sama untuk merasai kebahagiaan dan kedamaian hati. Sebab setiap orang mempunyai pendapat, perasaan dan minat masing-masing. Biarlah dia orang dengan dunia dia orang, asalkan dia orang bahagia. Tapi bagi saya kebahagiaan itu bukanlah terletak pada harta benda. Tapi kebagiaan itu terletak pada hati,” suara Shifa Syamira begitu tegas dan yakin.
Zulkifli yang mendengar tersenyum. Dia terpegun dengan kata-kata Shifa Syamira.
“Pandai awak berkata-kata. Saya suka dengan orang yang ada prinsip hidup dan tegas. Dan setiap pendapat awak selalu benar dan masuk akal pada pandangan saya. Memang awak ada bakat untuk jadi seorang yang berjaya kelak,” puji Zulkifli ikhlas.
“Ah, tak payahlah nak puji-puji. Matlamat yang nak dituju masih jauh lagi.”
“Saya puji dengan ikhlas pun awak tak nak terima?”
“Terima. Tapi belum tiba masanya lagi!”
“Bila masanya?”
“Nanti bila dah berjaya. Sekarang belum boleh terima lagi pujian awak tu.”
“Oh begitu. Kalau macam tu saya simpan dululah pujian tu dalam poket saya ni,” gurau Zulkifli geli hati.
Shifa Syamira turut ketawa.
“Hai seronok nampak!” jerit Amirul.
Amirul dan Yanti menuju ke tempat duduk Shifa Syamira dan Zulkifli.
“Koarang cerita pasal apa?’ tanya Yanti.
“Aku tau apa yang dia orang tengah cerita,” Amirul mencelah.
“Apa dia?” Yanti pantas menoleh ingin tahu.
“Dia orang cerita macam mana nak pergi ke bintang. Yelah, bulan orang dah pernah pergi, sekarang bintanglah pulak,” gurau Amirul. Dia tahu benar dengan perangai Yanti yang suka menyiuk pasal orang lain.
“Kau ni Amirul kalau bercakap tu ada je yang kelakar,” Shifa Syamira bersuara apabila melihat Yanti mula menarik muka.
“Hai, kalau nak serius selama-lamanya, hilanglah keindahan hidup ni. Nanti muka pun cepatlah berkedut macam nenek kebayan. Kalau da berkedut, nanti tak ada orang yang nak!” Amirul menjawab.
“Kalau berkedut macam tu , tak naklah,” Shifa Syamira tersengih.
“Ha, sebab itulah kita kena selalu bergembira.”
“Gembira dalam semua perkara?”
“Bukan macam tu! Selalu gembira bukan bermakna kita senang menghadapi sebuah kehidupan. Masa gembira kita gembira. Masa sedih kita sedih…”
“Oh, macam tu…”
“Konon-kononya pendapat dialah yang paling bagus dalam dunia ni. Berangan je nak jadi pakar kaunseling,” sindir Yanti kepada Amirul.
Semua ketawa dengan kata-kata Yanti. Tahu benar ianya sindiran yang berbentuk gurauan. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

“Zul, awak saya datang sini untuk apa?” Shifa Syamira menyoal. Pelik, tiba-tiba sahaja Zulkifli mengajaknya keluar.
“Saja. Kan awak suka suasana yang tenang macam ni,” bersahaja jawapan yang keluar dari mulut Zulkifli.
Zulkifli hanya memerhati perbuatan Shifa Syamira. Sesuatu sedang bermain di fikirannya. Dia termenung jauh.
“Apa yang awak menungkan tu?”
“Tak ada apa-apa,” Zulkifli berpaling ke arah Shifa Syamira yang berada si sisinya.
Zulkifli masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Dia tidak tahu sama ada untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Shifa Syamira tepat ataupun tidak. Dia melemparkan pandangannya ke arah bot yang bergerak laju di permukaan air.
“Zul, alang-alang kita dah keluar ni, apa kata kita pergi kedai buku. Nak tak?” cadang Shifa Syamira.
“Kedai buku mana?”
“Dekat Weyexlah. Kan ada kedai buku Tanjung Emas. Saya ingat nak beli novellah.”
“Boleh gak. Jom.”
Mereka berdua berhati-hati mengayuh basikal. Bandar Muar sememangnya sesak apabila menjelang waktu petang. Setelah tiba, mereka mengunci basi=kal dan menuju ke tingkat atas Wetex Parade.
“Awak memang selalu pergi sini ke?” terpacul soalan dari mulut Zulkifli.
“Taklah selalu. Tapi saya suka pergi sini.”
“Awak suka pergi sini? Kenapa?” soal Zulkifli pelik.
“Saya suka pergi sini sebab kedai buku ni ada jual novel. Kalau ada member card dapat diskaun. Kedai lain mana ada,” jelas Shifa Syamira.
Kakinya pantas menuju ke rak novel.
“Oh awak suka baca novel rupanya,” Zulkifli tersenyum apabila mengetahui salah satu minat Shifa Syamira.
“Mestilah saya suka membaca. Kalau awak nak tau saa bercita-cita nak jadi penulis. Dan saya mesti capai cita-cita saya tu satu hari nanti,” bersunggu-sungguh Shifa Syamira bersuara.
“Saya doakan awak berjaya capai cita-cita awak tu nanti,” doa Zulkifli ikhlas.
“Amin. Eh, awak tak nak beli novel ke? Kalau awak nak saya carikan untuk awak. Awak pun kan bercita-cita tinggi. Nak jadi macam A.Samad said. Takkan lahtak minat membaca.”
Zulkifli membelek-belek novel. Dia langsung tidak mendengar kata-kata Shifa Syamira.
“Buku ni macam best je. Apa kata awak beli buku ni?” Zulkifli mencadangkan novel Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah.
“Novel ni saya dah beli minggu lepas. Baru habis baca. Best tau. Awak belilah.”
“Awak dah beli ke? Kalau macam tu saya pinjam awak punya je lah. Mesti rumah awak banyak novel kan?”
Shifa Syamira menganggukkan kepala.
“Tapi saya nak beli buku ni. Macam best ceritanya,” Zulkifli menunjukkan novel yang berjudul Tirai Semalam karya Adriana Zahra.
“Saya novel ni,” Shifa Syamira menunjukkan novel Kau Tercipta Untukku karya Shahriah Abdullah.
“Awak tak suka novel terbitan Alaf 21 ke?” Zulkifli tiba-tiba bertanya.
“Kenapa?”
“Tak adalah ni buku terbitan Buku Prima, saya tengok banyak orang suka beli nove terbitanl Alaf 21.”
“Saya tak kisah novel tu terbitan mana-mana pun. Alaf 21 ke, Buku Prima ke, Kaki novel ke, janji jalan cerita menarik cukuplah. Syarikat yang menerbit tak penting, tapi kita yang membaca ni harus tahu menilai sesebuah cerita.”
“Oh, jadi awak tak memilihlah untuk membaca?’
“Tak. Tapi kat rumah saya mesti asingkan novel-novel saya. Ikut syarikat yang menerbit novel. Kalau Alaf 21 semua novel Alaf 21. Tak boleh campur. Saya tak suka campur-campur.” Cerita Shifa Syamira.
“Kalau macam tu, mesti awak balut buku awak cantik-cantik supaya tak kotor. Lepas tu,awak tak suka lipat buku nanti buku tak jadi tak cantik. Betul tak?” Zulkifli menduga apabila melihat gaya Shifa Syamira yang amat menjaga novel-novel miliknya.
“Betul-betul. Mana awak tau?”
“Saya agak je,” Zulkifli tersengih apabila tekaannya tepat.
Setelah membayar harga novel, mereka keluar berjalan-jalan di tempat lain. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Awak nanti dah habis baca bagi saya pinjam boleh?”
“Boleh, nanti saya nak pinjam awak punya novel juga,” Shifa Syamira bersetuju. “Tapi ada Syarat nak pinjam novel saya. Tak boleh terlipat sikit pun. Mesti jaga baik-baik. Mcam mana saya jaga novel saya macam tu jugak awak kena jaga.”
“Saya tau lah cik Shifa. Saya janji saya akan jaga novel awak baik-baik.” Zulkifli tersenyum. Gembira hatinya bila dia dapat berkongsi minat dengan Shifa Syamira. Apa salahnya kalau jadi macam dia, fikir Zulkifli.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"