Novel : Kau Milikku 2, 3

23 August 2010  
Kategori: Novel

4,815 bacaan 4 ulasan

Oleh : Penerbitan Kaki Novel

“S IAPA SEBENARNYA kau ni? Tak habis-habis mengacau aku. Kau ingat kau dapat takutkan aku? Apa… kau ingat ni cerita I Know What You Did Last Summer? Atau Texas Chainsaw Massacre? Or Friday Night the Thirteen? Ohhh… atau kau ingat ni Urban Legend, The Exorcist? Eh, helo… tolong sikit ye. Kalau dengan orang lain mungkin, tapi tidak aku! You… GTH!”

Talian yang dimatikan itu benar-benar membuatkan darah Faizal menyerbu ke mukanya. Kalaulah Dizyan yang berada di hadapannya ketika itu, mahu nahas Dizyan dikerjakan. Bagaimana aku nak ajar perempuan blue hyppo tu? Aneeq menepuk bahu Faizal dengan kuat menyebabkan Faizal tersentak dari lamunannya.

“Macam mana? Kau dapat takutkan dia tak?” Aneeq bertanya. Faizal tersengih. Kesemua ahli kumpulannya masih menanti butir bicara dari Faizal.

“Hey, tengok oranglah. Ni Faizal, kan? Mestilah dia takut. Lepas aku cakap aje, terus dia hang up,” ujar Faizal separuh riak. Asrul memandang sinis dengan kata-kata rakannya itu.

“Tapi…” Faizal seperti berfikir sesuatu.

“GTH tu apa?” tanya Faizal dengan muka blurnya. Ketawa mereka sudah terburai.

“GO TO HELL!!!” Serentak satu kumpulan berkata. Faizal hanya tersengih.

“Ye ke dia hang up? Ke kau kena sembur sedas dengan dia dulu? Aku kenallah Yan tu macam mana.” Asrul tergelak kecil. Rizal hanya mengangguk seperti burung belatuk hendak menyiapkan tukangan sahaja lagaknya.

“Yang kau ni Rul, nak sebelahkan si blue hyppo tu apa hal? Kau dah lupa prinsip kita?” Aneeq menolak perlahan bahu Asrul.

“Oh… lupa pulak aku. Kaukan suka kat dia. Tulah sebabnya kau tak bagi orang lain aniaya dia, kan?” ejek Aneeq. Ahli kumpulan yang lain hanya mentertawakan Asrul.

“Aku back up dia bukan sebab aku suka dia. Aku hanya satu study group dengan dia aje. Aku tak naklah tengok kau orang semua ni aniaya dia. Bukan aku tak tahu kau orang punya perangai kalau nak aniaya orang.” Asrul membela diri.

Sememangnya dia tiada perasaan pada Dizyan. Tetapi disebabkan dia bercinta dengan teman baik Dizyan, Misha. Dan Misha pernah memberi amaran kepada Asrul jangan sekali-kali ikut sama perangai geng-gengnya menganiaya Dizyan. Jika tidak, Misha akan memutuskan hubungan mereka berdua. Dan sudah tentu Asrul tidak mahu semua itu berlaku.

“Whatever.” Aneeq berkata dan melabuhkan punggung di sebelah Nazem.

“Sudahlah. Kita ke sini nak bincang macam mana nak kenakan dugong sesat tu…” ujar Faizal. Meleraikan mereka berdua dari bertikam lidah.

“Aik? Dugong sesat pulak. Kalau tak, selalunya blue hyppo,” sampuk Hakimy.

“Ahhh… suka hati akulah. Blue hyppo ke, dugong sesat ke, godzilla ke. Suka hati akulah nak panggil apa pun!” Malas Faizal melayan kata-kata gengnya itu.

“Aku blah dululah, Fez. Aku ada date,” ujar Asrul. Sudah malas mahu masuk campur urusan mereka semua ini. Dia hanya bersalaman dengan Faizal. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.

“Date dengan dugong tu ke?” sinis sekali Aneeq berkata. Asrul berpaling memandang Aneeq yang tersengih seperti kerang busuk.

“Sekurang-kurangnya aku ada girlfriend, walaupun dia tu dugong. Bukan macam kau!” sela Asrul. Berdesing telinga Aneeq mendengar kata-kata pedas itu.

“Kurang ajar!!!” Aneeq sudah berdiri dengan penumbuknya. Berjalan pantas untuk mengayun tumbukan itu. Asrul sempat mengelak. Rizal dan Hakimy sudah memberikan pertolongan. Tidak mahu pergaduhan ini menjadi besar dan memecahkan ahli kumpulan mereka.

“Sudah!!! Baik kau blah aje, Rul.” Faizal berkata lantang. Asrul segera beredar.

“Yang kau ni Neeq, nak menyakitkan hati dia buat apa? Apa yang kau dapat? Balik-balik hati kau jugak yang sakit.” Faizal menepuk bahu Aneeq. Menyabarkan sahabat yang seorang itu.

“Dahlah. Kita lupakan aje hal tadi. Sekarang ni fikir macam mana nak kenakan dugong sesat tu balik. Berani dia tengking aku. Dia belum kenal siapa aku. Ni Fezrull Faizal anak Datuk Farid!” ujar Faizal dengan bangga. Yang lain hanya turut tersenyum sinis mengenangkan perkara yang bakal berlaku terhadap gadis yang bernama Dizyan Farhana.

Sedang mereka melepak di Taman KLCC, kelihatan dari jauh Ku Zhety melangkah dengan lenggang-lenggoknya menuju ke arah mereka bertujuh. Di wajahnya bertempek bedak setebal empat belas inci. Tersenyum menggoda ke arah Faizal.

“Tu awek opera Cina kau dah sampai,” kata Najib sinis. Mata yang lain semua tertuju ke arah Ku Zhety. Ada yang menahan tawa, ada yang tersengih.

“Wei, opera Cina pun awek aku tu…!” Tetapi Faizal tetap tertawa mendengar kata-kata Najib itu. Ku Zhety melabuhkan punggung di sebelah Faizal dan sempat menjeling ke arah Najib. Tahu sangat mereka mengumpat tentang dirinya. Dan dikepalai oleh Najib.

“Yang, jom tengok wayang. I boringlah nak hang out dengan kawan-kawan you ni,” kata Ku Zhety dengan perangai gedik yang tidak habis itu. Yang peliknya, Faizal sedikit pun tidak rasa jelik dengan sikap Ku Zhety itu.

“Habis, kalau I hang out dengan you, kawan-kawan you tu nak hang out dengan siapa?” Faizal menjuihkan bibirnya ke arah rakan-rakan Ku Zhety yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka melepak.

“Kalau kau orang suka, pilihlah yang mana satu kawan aku tu yang nak dijadikan date ke, girlfriend ke,” laung Ku Zhety ke arah ahli kumpulan Faizal.

“Oi cik adik. Kau ingat kawan-kawan kau tu, macam beli ikan kat pasar. Mari… mari… mari… beli!!! Seekor percuma lapan,” ejek Najib seperti tauke jual ikan di pasar. Tanpa dapat ditahan, yang lain menghamburkan tawa mereka. Ku Zhety menjeling geram.

“You pergilah hang out dengan kawan-kawan you. Lagipun, I dah lama tak lepak dengan dia orang ni. Asyik dengan you aje.” Faizal menolak cadangan Ku Zhety itu.

“Alaa… you memang tak sayangkan I,” rajuk Ku Zhety.

“Kalau dia tak sayangkan kau, dah lama dia tinggalkan kau. Macamlah kat sekolah kita tu, tak ada yang lebih cantik dari kau. Kalau setakat muka macam tepung gomak ni, berlambak dia boleh dapat.”

Pedas kata-kata Najib itu sehingga Faizal menggeleng perlahan. Dia tahu mulut Najib laju berkata-kata. Tetapi dia juga tidak menyalahkan Najib. Lelaki itu lebih mengenalinya kerana mereka berkawan sejak kecil lagi. Lebih kenal akan cita rasanya terhadap wanita.

“Jib… you ni… Arghhh!!!” Terus sahaja Ku Zhety beredar. Malas hendak bertekak dengan Najib. Dia tahu kalau dia berlawan mulut dengan Najib, pasti Najib akan menang. Dan yang lebih sakit hati lagi, Faizal tidak akan menyebelahinya.

“Jib, cakap tu berlapiklah sikit.” Faizal menegurnya perlahan.

“Aku dah tak tahan dengan awek kau tu. Macam-macam hal. You tak sayang I… You tak cintakan I…?” Najib mengejek dalam lenggok gedik Ku Zhety itu. Faizal hanya mampu tersenyum. Tidak tahu hendak berlawan kata apa-apa lagi.

“Sekarang ni kita sama-sama fikir nak kenakan si dugong sesat tu,” ujar Faizal.

“Esok tak boleh nak balas dendam kat dia, sebab hari Jumaat. Tak ada assembly. Aku cadangkan, kita kenakan dia hari Isninlah. Waktu perhimpunan. Lagipun kelas dugong tu, ada PJ, kan?” Aneeq bersuara. Seolah-olah memberikan satu cadangan yang agak bernas buat mereka. Sudah tahu apa yang difikirkan oleh Aneeq itu.

“Okey, set. Kita kenakan dugong tu cukup-cukup hari Isnin ni.” Faizal turut bersetuju dengan cadangan Aneeq. Kemudian, mereka satu kumpulan tertawa kuat menyebabkan orang di sekeliling yang lalu-lalang memerhatikan mereka.

MONDAY BLUES. Hari yang paling malas untuk melakukan sebarang kerja dan merupakan hari permulaan bagi setiap minggu. Dizyan dengan ditemani Misha dan Yasmin, melangkah malas ke arah laman sekolah untuk menghadiri perhimpunan setelah beg yang sarat dengan buku dan baju untuk pendidikan jasmaninya itu diletakkan di dalam kelas.

“Sha, Yas… aku dahagalah. Aku pergi beli air kejap,” ujar Dizyan. Sahabat-sahabatnya hanya mengangguk. Laju kaki Dizyan melangkah ke arah kantin yang cerah dengan lampu. Cuaca yang agak mendung pagi itu seperti hendak hujan sahaja. Minta-mintalah hujan. Boleh duduk dalam dewan. Kalau di laman sekolah, pasti baju sekolah mereka berpasir setiap kali diminta duduk di situ. Dalam dewan tidaklah terlalu kotor, doa Dizyan dalam hati.

“Kak Nah, air sirap satu!” ujar Dizyan pada tukang masak kantin tersebut. Tersenyum sahaja wanita yang bernama Kak Nah itu apabila terpandangkan wajah Dizyan.

“Ni air sirap kamu.” Kak Nah menghulurkan air sirap yang sudah siap dibungkus di dalam plastik dan diikat tepi kepada Dizyan. Gadis itu menyambutnya dan menghulurkan pula not seringgit untuk membayar.

Sebaik sahaja Dizyan berpusing, tubuhnya terasa terhuyung-hayang. Segera dia berpaut pada rel besi yang dijadikan penghadang untuk memisahkan kaunter minuman dan makanan. Matanya melekap pada baju putih yang sudah diwarnai rona merah. Dilihat pula pada air sirap yang sudah separuh penuh itu. Mendongak memandang gerangan orang di hadapan yang melanggarnya itu. Orang itu tersengih seperti kerang busuk.

“Kau!” jerit Dizyan. Faizal membuat muka selambanya.

“Ya, aku. Aku akan kacau-bilaukan hidup kau selama-lamanya.” Faizal berkata sinis. Bibirnya sengaja disengetkan untuk menampakkan karakter jahat.

“Kau ni memang gila! Yang kau nak kacau hidup aku ni kenapa? Aku nak kau ganti balik air aku. Baju aku ni, aku nak kau basuh sampai bersih.” Kuat suara Dizyan ketika itu, menggambarkan perasaannya. Dua, tiga orang pelajar tingkatan tiga dan empat, hanya memerhatikan tingkah mereka tanpa berkelip.

“Kau tunggu ajelah time assembly nanti. Kau nak minum banyak sangat air nak buat apa? Dalam badan kau tu dah ada banyak air.” Kata-kata Faizal membuatkan telinga Dizyan menjadi panas.

“Patutlah macam ikan buntal!” Aneeq pula menyambung kata-kata Faizal dari arah belakang. Mereka sama-sama mengalih pandang ke arah ahli-ahli kumpulan Faizal yang baru tiba seorang demi seorang.

“Hey! Ikan buntal aku pun, aku comel lagi dari kau yang macam tapir tak ada hidung!” Dizyan masih meninggikan suara.

Yasmin dan Misha yang sedang menuju ke arah kantin segera berlari apabila mendengar suara Dizyan yang melangsing tinggi itu. Aneeq mengepal penumbuk.

“Ini sudah lebih, buntal…!” Aneeq berkata. Geram. Ingin sekali dia mengayunkan penumbuk ke arah Dizyan. Segera dihalang oleh Faizal yang berdiri menghadap gadis comel itu.

“Hey, Aneeq! Kau dengan perempuan beranilah. Dasar lelaki dayus! Patut pun Yan cakap kau ni tali barut Faizal.” Tiba-tiba Yasmin masuk campur. Mereka yang lain tersentak dan memandang ke arah Yasmin yang berdiri di hadapan mereka.

“Apa hal pulak minah salih celup ni nak masuk campur?” Aneeq menyindir. Dia tahu gadis kacukan itu amat tidak suka dipanggil minah salih.

“Mulut kau nikan, memang tak ada insurans. Agaknya kalau kau mati terbakar, mulut kau yang dulu disambar dek api.” Yasmin berkata pedas.

“Yang kau orang nak masuk campur dalam urusan aku dengan kawan dugong kau ni, apasal?” tanya Faizal. Buat-buat bersuara lembut.

“Yan ni kawan kita orang. Kalau si tali barut kau tu boleh masuk campur, takkan aku tak boleh?” bidas Yasmin.

Mereka semua terdiam. Kata-kata gadis itu memang benar. Dizyan hanya tersenyum sinis. Mata Yasmin dan Misha melekap pada baju putih Dizyan.

“Apa dah jadi dengan baju kau ni, Yan?” tanya Misha tiba-tiba. Bulat matanya memandang baju kurung putih rakannya yang telah memerah itu.

“Nilah mamat salih celup ni punya pasal,” unjuk Dizyan ke arah Faizal yang berdiri di hadapan mereka.

Mencerlung mata Faizal. Dia tidak suka dipanggil mamat salih celup. Dia juga berdarah campuran sebelah bapanya. Tetapi memang tidak dinafikan Faizal mempunyai raut wajah yang cukup menawan sehingga dapat mencairkan hati mana-mana gadis termasuk Dizyan. Cikgu-cikgu wanita yang masih bujang ada juga yang tertarik hati kepada Faizal.

“Dahlah tu, Yan. Jom kita pergi toilet. Cuci baju kau ni. Nanti lagi kotor pulak,” pujuk Misha. Tidak mahu pertengkaran itu berlanjutan.

Mereka bertiga segera beredar ke tandas perempuan. Harus cepat kerana sebentar lagi juga akan diadakan perhimpunan. Semua pelajar wajib menghadirinya.

“Kau orang dah ready?” tanya Faizal kepada ahli kumpulannya.

“Dah, bos. Tunggu show time aje nanti,” ujar Aneeq pula. Yang lain hanya mengangguk dan tersenyum jahat. Kemudian, mereka semua menuju ke laman sekolah untuk berhimpun.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan guru bertugas memberikan kata-kata yang biasa didengari di dalam perhimpunan setiap minggu. Kesemua pelajar diminta duduk di atas lantai yang berpasir itu.

Dan juga seperti biasa, ada pelajar yang menguap, ada yang bersembang sesama sendiri. Yang paling pasti, hanya dua, tiga orang sahaja yang benar-benar menumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku di hadapan mereka. Dizyan, Yasmin dan Misha adalah pelajar-pelajar yang tidak terkecuali bersembang sesama sendiri.

“Dizyan, Yasmin, Misha… sila senyap! Pandang ke depan dan dengar ucapan cikgu tu!” Seorang pengawas tingkatan enam rendah, berkata tegas. Mereka terus terdiam dan memandang ke hadapan.

“Diminta Dizyan Farhana binti Azmin ke bilik guru disiplin, sekarang,” ujar salah seorang pengawas lelaki tiba-tiba.

Semua mata tertumpu ke arah Dizyan. Gadis itu terpinga-pinga tidak faham. Ahli kumpulan Faizal sudah tersengih. Dizyan terus mengangkat punggung dan beredar dari laman perhimpunan. Misha dan Yasmin saling berpandangan.

Pintu bilik guru disiplin, diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Dizyan segera melangkah masuk dan menutup semula pintu bilik tersebut. Kelihatan guru disiplin itu tengah sibuk mencatat sesuatu di atas kertas. Dizyan hanya berdiri tercegat di hadapan meja guru disiplin. Lelaki tua itu membuka cermin matanya dan memandang ke arah Dizyan dengan pandangan yang sangat tajam.

“Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?” tanya Cikgu Alias, tegas.

Dizyan menggeleng perlahan. Takut untuk bertentang mata dengan guru yang sangat dikenali kerana ketegasannya itu.

“Saya dapati kamu telah melakukan vandalisme.” Terus sahaja Dizyan mendongak memandang Cikgu Alias dengan pandangan tidak percayanya.

“Vandalisme?”

“Ya. Kamu telah menconteng di dinding tandas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kurang elok. Dan, telah memalukan rakan satu sekolah kamu,” ujar Cikgu Alias lagi. Membetulkan cermin mata yang sudah melorot jatuh.

“Hah?” Dizyan masih tidak faham.

“Saya nak kamu lihat di dinding tandas perempuan. Dan sebagai hukumannya, saya nak kamu bersihkan tandas itu selepas waktu sekolah.”

Dizyan sudah kehilangan kata-kata. Tergamam. Bersihkan tandas? Hukuman yang sangat ringan. Ingatkan hendak dihukum apalah tadi.

“Baiklah, cikgu.” Dizyan menjawab sebelum meminta diri untuk beredar dari bilik guru disiplin yang berhawa dingin itu. Kakinya laju melangkah ke kelas. Perhimpunan sudah tamat. Kesemua pelajar sudah kembali ke kelas masing-masing.

Dizyan melabuhkan punggung di sebelah Kartika. Misha dan Yasmin menyerbu ke arah Dizyan. Nasib baik guru subjek yang seterusnya tidak masuk ke kelas kerana tidak hadir. Kalau tidak, habislah mereka semua akan ditegur.

“Kenapa kau kena panggil dengan Cikgu Alias?” tanya Yasmin tanpa sabar. Dizyan mengeluh.

“Katanya, aku buat vandalisme,” ujar Dizyan ringkas. Ternganga mulut teman-temannya yang berdua itu.

“Isy… tak percayalah aku!” Yasmin pula berkata.

“Jom temankan aku pergi tengok kat toilet kejap,” ajak Dizyan. Yasmin dan Misha mengangguk setuju. Terus sahaja mereka bertiga menuju ke arah tandas yang dikatakan telah menjadi mangsa vandalisme Dizyan.

Setibanya mereka di situ, mulut masing-masing melopong. Habis satu dinding tandas dengan nama Ku Zhety dan rakan-rakannya dijaja di dinding tersebut. Siap melukis lagi gambar Ku Zhety lagi! Dizyan menelan air liur. Dia memanglah pandai melukis, tetapi tidaklah secantik ini lukisannya. Di bawah lukisan itu siap ada initial namanya lagi. D.F.A.

“Ini mesti tak lain dan tak bukan, kerja Si Faizal dengan geng dia tu,” ujar Yasmin tiba-tiba. Misha mengangguk mengiakan kata-kata temannya itu.

“Yan… Yan!!!” panggil seorang pelajar yang kelihatan berlari ke tandas. Dilihatnya Kartika tercungap-cungap menahan mengah.

“Kenapa, Tik?” Dizyan bertanya.

“Seluar… seluar… seluar kau. Seluar PJ kau,” ujar Kartika cemas.

“Kenapa dengan seluar aku?” Dizyan resah.

“Faizal and the boys gantung seluar kau kat sarang tebuan yang ada kat pokok belakang sekolah tu.” Kartika menyambung kata-katanya lagi. Masih dalam nafas yang terputus-putus.

Mata Dizyan terbelalak. Segera mereka berempat berlari ke arah pokok yang dinyatakan oleh Kartika itu. Dizyan memandang ke arah pokok yang ada sarang tebuan itu. Memang seluarnya tergantung di situ.

“Yan, kalau kau tak pakai baju PJ, nanti kena denda lari satu padang sekolah sepuluh kali,” sela Misha.

Yasmin dan Kartika kasihan melihat Dizyan yang selalu dianiayai oleh geng-geng Faizal.

“Aku lebih rela kena denda dari ambil seluar aku balik dan kena sengat dengan tebuan ni.” Dizyan berkata lemah. Yasmin menepuk-nepuk bahu Dizyan.

“Sabarlah, Yan. Satu hari nanti, geng-geng keparat tu mesti akan terima balasan mereka balik kerana menganiaya orang-orang macam kau ni,” nasihat Yasmin.

Misha dan Kartika mengangguk tanda setuju. Melaut simpati terbit di hati mereka terhadap teman yang seorang itu. Sering sahaja teman itu menjadi mangsa buli Faizal dan konco-konconya. Apalah salah Dizyan kepada mereka.

Dizyan hanya tersenyum. Lega kerana mendapat sahabat seperti mereka bertiga yang sentiasa memberi semangat dan tidak pernah jemu menyokongnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Kau Milikku 2, 3”
  1. Bea says:

    Mcm dah baca ending novel ni…kalau tak silap saya bukannya mereka (Faizal & Dizyan) akan berkahwin nanti…Sebelum tu Aneeq ke luar negara 1 uni ngan Dizyan?Mereka difitnah yg sebenarnya mereka tak buat?Aneeq tu sebenarnya budak baik dia suka Dizyan tapi tak dilayan…..Happy ending rasanya..walau ada part sedih…

  2. amir says:

    cite nie aku dibuat versi cetakkan ke?????????

  3. nanoki says:

    huh…geramnya…suka buli dizyan :x

  4. sutera ayu says:

    best giler cerita nie
    bleh nangis..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"