Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 26

18 August 2010  
Kategori: Novel

8,932 bacaan 11 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

Makcik mengeluh perlahan sebaik saja pintu bilik cik mudanya dibuka… hurm masih seperti siang tadi dengan badan yang berbungkus selimut hampir keseluruhannya. Dulang yang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas air diletakkan perlahan di atas sebuah meja kecil yang terdapat di situ.

“Cik.. bangun ya.. makan sikit, dari siang tadi tak makan apa, nanti bertambah sakit pula..” kejutnya perlahan. Dahi Suhail di sentuhnya, agak panas, tapi tidak sepanas siang tadi lagi suhunya.

“Makcik saya tak ada selera nak makan..” jawabnya lemah.

“Isk tak bolehlah macam tu cik muda, kalau perut kosong macamana nak makan ubat ni..” pujuk makcik sabar melayan kerenahnya.

“Hurm..” dia mengeluh, melihat makcik masih sabar berdiri di sisi katilnya membuatkan dirinya mengambil keputusan, terpaksa menuruti, yalah kalau tak mesti lagi lama pembantu rumahnya berada di situ. Digagahi juga dirinya untuk menelan bubur nasi itu, terasa tawar, hambar.. rasa ingin terluah kembali.. berpeluh dahinya, dan akhirnya hanya beberapa sudu saja yang mampu ditelannya.

“Cik tadi Dato’ dengan Datin ada call, tapi makcik tak sampai hati nak kejutkan cik..”

“Mereka apa khabar makcik?”

“Mereka semua sihat alhamdulillah, tadi makcik beritahu kata cik demam, jadi mereka bilang suruh bagi cik makan ubat, lagi satu mereka mungkin pulang agak lewat dari tarikh asal..”

Pulang lewat? bagus juga tu, tak adalah mereka lihat keadaan aku ni, mesti akan timbul syak wasangka kalau-kalau mereka melihat keadaan aku sekarang ni, silap-silap mereka paksa aku buat pemeriksaan di hospital.. teringat akan kerenah kedua orang tuanya, pantang andai melihat dirinya tidak sihat, pasti akan mula risau..

“Lagi mereka kata apa lagi makcik?” berkerut-kerut wajahnya ketika menelan pil yang dihulurkan oleh pembantu rumahnya, tekak terasa perit mungkin akibat kerap kali meluahkan segala isi perutnya.

“Itu saja yang mereka pesan, lagi pun taliannya agak kurang jelas..” walaupun sudah menjadi penduduk tetap di Malaysia, namun slang Indonesia wanita separuh umur itu masih tidak berubah..

“Owh..”

Siang nanti nak tak nak aku kena pergi farmasi, aku nak cari pregnancy test sama ada positif atau negatif.. andailah positif aku mengandung.. apa yang aku perlu buat? suruh mama nikahkan aku dengan calon pilihannya secepat mungkin?? ya mungkin.. itu saja jalan yang aku nampak sekarang ni.

*********

Dia bersandar kepenatan di sofa yang terdapat di ruang tamu rumah agam itu, kepenatan.. membuang habuk yang melekat pada dinding, sofa dan segala hiasan yang terdapat disitu. Hari ini mereka berpindah masuk ke sini, tiada banyak barang yang di bawa cuma beberapa beg pakaian sahaja kerana segalanya sudah lengkap di sini.

Adeyss lenguh pinggang.. dia mengusap perlahan pinggangnya yang terasa sedikit lenguh, akibat bebanan kandungannya yang semakin membesar mungkin.

Daniel yang terbaring di sofa panjang tidak jauh daripadanya sudah mula terlena… hisy sekejapan dah tidur dia ni, kata tadi nak berehat lima minit saja.. entah apalah dia ni, Balqish mengomel perlahan.

Cantik sungguh rumah ni, tak pernah langsung terlintas dalam hidupnya untuk tinggal di rumah serba mewah ini, hidupnya, segalanya berubah kini semenjak terlibat dengan lelaki itu.. takdir yang tidak pernah diduga.

“Awak… bangun..” dia mengejut perlahan, mengusik ibu jari kaki lelaki itu.

Dia ni dahlah kalau dah dapat tidur tu jenis yang susah nak bangun.

“Ala sepuluh minit Qish..” lelaki itu menjawab dengan mata yang masih lagi terpejam.

“No way.. tak adanya sepuluh minit, sepuluh minit bagi awak tu paling kurang ialah satu jam kan… banyak lagi tempat yang kita tak siapkan lagi.. bangun cepat kalau tidak saya simbah dengan air sirap ni.. ” Balqish mula membebel seperti selalunya.

Owh buat tak tahu saja ya.. aku cakap betul-betul ni.. jag yang berisi air sirap dicapainya bila menanti hampir lima minit namun Daniel masih lagi tidak mahu membuka mata bangun daripada pembaringannya

Bursss… yeahaa.. ambik… hoho kejut tak mau bangun ya.. dia tergelak nakal.

“Qish… ” terus duduk dalam keadaan tersentak, dan Balqish hanya tertawa nakal seronok dapat “membangunkan” lelaki itu.

“Apa ni, tengok habis basah, melekit pula tu.. hisy nanti karang mesti aku kena hurung semut..” Daniel mula merungut, baju dan seluarnya berubah menjadi warna merah.

“Padanlah muka awak, siapa suruh nak mengelat..”

“Dahlah.. kau ni main kasarlah.. aku nak mandi.. malas nak melayan kau..” ujar lelaki terus berlalu dan Balqish hanya mengekori langkah lelaki itu dengan pandangan matanya, senyuman nakal masih lagi tidak luntur dari wajahnya… heys janganlah anak aku nanti lahir nakal macam perangai aku juga.

“Lepas mandi nanti tolong saya balik..” laungnya agak kuat.

Dia menyanyi kecil sambil melakukan kerjanya, sesekali terasa tendangan bayi daripada dalam perutnya.. wah baby mama nak ajak mama bergusti ke.. bisiknya perlahan.. kadang-kadang terasa sedikit geli juga bila bayi bergerak-gerak.. tak lama lagi baby akan lahir.. hai gementar pun ada juga menanti saat itu.. minta-minta segalanya menjadi mudahlah.. dahlah aku ni bukan isteri yang baik pun.

“Eley dia pun bukannya buat kerja.. pandai kata orang…” tersentak dirinya bila ditegur oleh lelaki itu, terasa begitu dekat suara itu di telinganya., isy dia ni bila masanya dah ada tercegat dekat belakang aku ni, tak perasan pun.

“Eiii awak ni terkejutkan saya sajalah.. suka tau.. lain kali buatlah lagi, biar saya terberanak terus dekat sini..” Balqish merenung geram wajah lelaki itu yang selamba sedikit pun tidak beriak bersalah akibat membuatkan dirinya terkejut tadi.

“eh.. eh marahkan kita pulak, dia yang asyik berangan sampai aku datang pun tak perasan.. eh Qish kau berangankan apa hah? teringatkan boyfriend ya?” soal lelaki itu.

“Boyfriend? mengarutlah awak ni, saya manalah ada boyfriend tak macam awak tu girlfriend keliling pinggang.. kasanova..”

“Alah tak nak mengaku konon.. mesti kau teringatkan si Haizam tu kan?”

Tersentak Balqish bila nama Haizam bossnya itu meniti dibibir Daniel, apa kenalah dia ni hari ni.. kaki sibuk betullah.

“Eh awak ni kenapa Daniel? tiba-tiba saja tanya macam tu? awak cemburu ya?”

“Tak ada maknanya aku nak cemburu tau, jangan nak perasan.. lagi pun kau tu bukannya ada ciri perempuan idaman aku ni..” selamba dia berkata, sikit pun tidak menghiraukan perasaan Balqish yang bakal mendengarnya itu.

“Owh.. saya tak ada ciri-ciri wanita idaman awak ya? awak pun sama tak ada ciri lelaki idaman saya langsung.. dah lah buaya darat.. tak macam encik Haizam tu.. dahlah kacak, bergaya, caring pula tu..” sengaja dia berkata begitu ingin melihat perubahan di wajah lelaki itu… namun hampa wajah Daniel tetap selamba.

Uish betul ke Qish dengan Haizam ada apa-apa? dari gaya dia cakap macam ya saja.. eh kenapa perasaan aku macam tak tentu arah saja bila mendengar kata si Qish ni.

Daniel ni memang tak ada ke perasaan langsung dekat aku ni, tak fahamlah dengan dia ni, habis selama ni dia bersusah payah jaga aku tu apa maknanya? takkan semuanya atas dasar tanggungjawab saja? ah Qish kau janganlah perasan yang Daniel tu sukakan kau.. bukan dia kata ke kau tu bukan wanita idaman dia? dah jelas dah tu dia jaga kau sebab kau mengandungkan anak dia.

Eh kenapa Qish diam saja? dia terasa ke dengan apa yang kata tadi? suasana rancak tadi tiba-tiba bertukar sepi.. masing-masing lebih selesa melayan perasaan sendiri.

Ouch..! tiba jarinya tergesel dengan bucu sebuah hiasan kaca yang agak tajam.

Tersentak Daniel dengan jeritan Balqish itu, terus menerpa kearah wanita itu…

“Tengok… heiiss macamanalah aku tak risaukan kau ni, kau ni selalu sangatlah cuai.., mesti ada saja kemalangan jadi dekat kau ni..” dia mula membebel memegang jari telunjuk Balqish yang terluka.

“Tepilah.. sikit saja ni.. bukannya teruk pun.. kalau tak nak tolong tak payah nak membebel..”

“Aik merajuk ke apa? lain macam saja ayat tu… ala busyuk-busyuk intan payung abang…”

Tergelak terus Balqish mendengarnya.. tak jadi nak marah bila mendengar lelaki itu berkata begitu, eeii dia bahasakan dirinya abang… macam pelik sajakan bunyinya tu..

“Awak ni kan… eiii malas nak kawan awak hari ni..” dia menggetap bibir konon-kononnya marah benarlah tu, tapi hakikatnya dia cuba menahan ketawanya yang hampir meletus.

“Duduk situ… aku pergi ambil first aid dekat dalam kereta..” disebabkan sikap Balqish yang agak cuai dan selalu terluka di sana sini, telah menjadikan dia seorang yang sentiasa beringat.. tidak pernah langsung meninggalkan first aid kalau mereka keluar bersama berdua.

Hai kadang-kadang aku keliru dengan sikap ambil berat dia ni, buat aku jadi rimas, buat aku rasa lebih selamat dan dalam masa yang sama buat aku rasa lebih di hargai.. Hai Daniel kenapalah kau mesti hadir dalam hidup aku ni dan mengucar-kacirkan perasaan aku ni?? aku tak faham tau dengan kau ni sebenarnya.

Ada sesuatu yang memelikkan dirikan semenjak mereka mendirikan rumah tangga, rasanya jarang sekali lelaki itu pulang lewat kecuali jika ada hal-hal yang tertentu.. agaknya ke mana pergi teman-teman wanitanya? mereka dah ditinggalkan ke atau meninggalkan si Daniel tu? hai kalau aku fikirkan pasal lelaki ni sampai ke bila pun tak sudah-sudah… misteri oiii..

Kadang-kadang dia memang agak rimas dengan lelaki itu, ada saja yang tak kena dengan apa yang dilakukannya.. jika hendak di bandingkan dirinya dengan lelaki itu… rasanya lelaki itu yang lebih banyak membebelnya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.. kadang-kadang dia benci, menyampah dengan lelaki itu namun kadang-kadang dia nak lelaki itu sentiasa berada di sisinya… perasaan ni memang rumit kan? serumit situasi aku sekarang.. tapi rumit lagi cinta.. eh jadi aku sekarang ni sedang bercinta ke? bercinta dengan lelaki yang kuat membebel tu?? oh tidakkkk…!!!!

“Kau ni kenapa Qish tergeleng-geleng kepala tu? nanti jadi teleng kepala tu baru tau..”

Hisy kenapalah dia ni selalu sangat muncul tanpa mengeluarkan bunyi apa-apa.. Balqish menggetap bibir.

Luka di jarinya dibersihkan dengan berhati-hati.. nasib baik tak dalam..

“Qish aku lapar ni…”

“Kenapa awak nak saya masakkan apa-apa ke? tapi kita mana ada bahan..”

“Ehh tak payahlah masak.. kita makan dekat kedai sajalah..”

“Malaslah nak keluar.. awak pergi sorang sajalah..”

Dalam keadaan macam ni, nak bergerak sangat pun rasa cepat penat, mengah…

“Mana boleh.. kau tak nak makan ke?”

“Awak bungkuskanlah untuk saya…”

“Kalau macam tu tak payah makanlah.. tak seronoklah keluar makan sorang-sorang..”

“Eii mengadalah awak ni.. tadi kata lapar.. kalau dah lapar pergilah makan..sakit nanti baru tau, tu pun nak berteman.. macam budak-budaklah awak ni.”

“Dah kau tak nak teman..”

“Saya penatlah nak gerak.. hah apa kata awak call pizza sajalah.. ”

“Ok jugak tu.. aku pun dah lama tak makan pizza..”

Sementara menanti pizza yang di pesan, tiba.. mereka berdua hanya berbaring santai di sofa ruang tamu.. masing-masing dengan perut yang dah mula berbunyi minta di isi.

“Qish..”

“Hurm apa??” soalnya dengan mata yang semakin layu.. ingin tertidur.

“Nah..” sekeping kertas bertulis tangan di hulurkan kepadanya.

“Apa ni??” soalnya agak hairan, takkan surat cinta kot.

“Bacalah..” jawab lelaki itu sepatah.

“What?? sampai macam tu sekali awak buat saya ni? ingat saya budak-budak ke?”

Terkekeh-kekeh lelaki itu melihat raut terkejut yang tertera di wajahnya.

“Peringatan.. kau tu kan selalu cuai..”

Peringatan sepanjang aku outstation.
1~ Pergi kerja dengan Pak Damin dilarang drive dengan tukun kau tu.
2~ Setiap malam sebelum tidur jangan lupa minum susu.
3~ Jangan berlari semasa turun naik tangga.
4~ Jangan pakai kasut tumit tinggi.
5~ Jangan lupa kunci pintu rumah kalau nak tidur.
6~ Penting!!! Jangan curi-curi makan buah pelam muda dekat belakang rumah tu..

“So?” soal lelaki itu sambil menjungkitkan keningnya.. Dari tadi dia melihat wajah Balqish yang berkerut membaca tulisan yang tertera di kertas itu.

“Deal.. tapi yang no enam tu tak janji..”

“Jangan nak mengada.. kalau kau langgar aku pecat Pak Damin nanti”

“Uik kenapa pula Pak Damin yang kena?”

“Yalah mesti kau suruh dia yang tolong petikkan nanti..”

Eh macam tau-tau sajalah dia ni.

“Yalah-yalah.. bencilah awak ni, itu tak boleh ini tak boleh.. eh kenapa awak tak tambat saja kaki saya ni.. biar saya tak gerak-gerak..”

“Kau nak aku buat macam tu Qish? aku ok saja..” karang aku buat betul-betul mau kau melalak nanti. Tu mesti tak puas hatilah tu.. tengok berkerut-kerut saja wajahnya.. ingat aku tak taulah tu.

Bunyi deruman enjin motor dan loceng pintu utama ditekan yang kedengaran membantutkan terus bicara Balqish yang baru saja ingin terkeluar.

“Hah tu pun pizza dah sampai.. kejap aku pergi tengok..”

Entah apa-apalah mamat ni, dia ingat aku tak pandai jaga diri sendiri ke apa.. sebelum ni tak ada dia hidup aku berjalan lancar saja.. eh berjalan lancar??? kalau berjalan lancar tak adalah aku dan dia terpaksa bersama…. kalau buat novel kisah aku dan Daniel ni, agak-agak laku tak untuk dijual.. hai selama ni aku asik terbaca kisah macam ni dalam novel saja.. tapi sekarang tak sangka terjadi betul-betul dalam hidup aku.. agaknya nilah yang dipanggil rahsia kehidupan kan? mana yang kita tak pernah fikirkan itulah yang akan datang kepada kita.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 26”
  1. adila says:

    memang best…cpt2 la smbng yer :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"