Novel : Pabila cinta memanggilku 1

2 August 2010  
Kategori: Novel

28,991 bacaan 14 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Prolog

“Sekarang ni, awak sayang saya ke tak, Adam?”

“Off course lah saya sayang awak, Yang! Selamanya, dari dulu lagi.” ujar Adam.

“Kalau awak sayang saya, kenapa bukan awak yang masuk meminang saya! Awak bukannya tak tahu abah tu macam mana?! Kalau dia kata hitam, hitamlah…” Yang lain nak, yang lain pula yang dapat!

“Saya dah cakap dengan daddy tapi keputusannya menghampakanlah. Daddy nak juga awak dengan Irfan. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi!” aku dengar suara Adam di hujung talian seperti sebak. Aku geram! Aku tutup telefon terus. Dah besar tua bangka dah… keputusan untuk hidup sendiri pun tak boleh nak buat!

Kata-kata Adam itu menyebabkan aku bengang gila. Kata sayang aku tapi kecil punya hal pun tak boleh nak settle! Siapa nak kahwin dengan Irfan? Yerk… tak mahulah! Aku sayang Adam, aku cintakan Adam! Geram betul lah! Kena ambil tindakan, macam mana jugak! Malu ke tak malu ke…

“Yang, kenapa tak siap lagi ni?” tanya ibu. Aku duduk bertelingkuh atas lantai dengan t-shirt dan seluar track saja. Mogok!

“Rombongan dari Datuk Zakuan tu, untuk Irfan ke untuk Adam?” tanya aku kepada ibu, minta kepastian.

“Ibu tak tahu Yang!”

“Kalau ibu tak tahu, Yang tak mahu siap. Yang nak Adam. Orang lain Yang tak mahu!”

“Dulu beria-ia Yang tak mahu Adam, sekarang nak Adam pulak! Mana satu ni Yang? Ibu peninglah.”

“Dulu lain, sekarang lain. Dulu tak nak, sekarang nak.” Aku bentak.

Ibu pening kepala, pening dengan kehendak aku. Pakaian bertunang yang dijahit manik oleh Adam sendiri tergantung di depan almari baju. Aku hanya melihatnya, aku tak mampu untuk memakainya. Ini jahitan dari Adam, mana mungkin aku bisa memakainya! Ibarat aku menghancurkan cinta aku sendiri!

“Ibu! Rombongan meminang Datuk Zakuan dah sampai!” Jerit Kak Ati di depan pintu bilik aku. Aku tergamam… macam mana ni??

Bab 1

“Ah Bok! Lu tengok wa punya tayar ni Bok! Wa ada dengar bunyi-bunyi lah, macam drive shaft rosak!” Aku menjerit memanggil Ah Bok, mekanik aku merangkap pencacai aku 24 jam! Ah Bok yang berbadan gemuk menghampiri aku, lagak seperti tauke tetapi pencacai sama juga macam aku!

“Hah… wa kasi check dulula. Bila mau angkat? Ini hari ka?” tanya Ah Bok.

“Hari ni lah, wa nak naik Cameron Highlands ni. Nak ambil bunga!” Aku mengangguk-angguk. Sebenarnya bukan aku yang nak pergi, tetapi pencacai lagi seorang dekat kedai. Aku tukang hantar kereta saja, memandangkan aku dan Ah Bok memang kawan baik! Kalau orang lain yang hantar, sure siap lambat ataupun bilnya melambung tinggi.

“Wa kasik lu tip top punya, siap wa kasi hantar!”

“Nah kunci!” Aku menyerahkan kunci kereta kepada Ah Bok, lalu berjalan kaki ke kedai bunga milik bos aku. Kedai bunga segar ini walaupun besarnya dua unit kedai, yelah, kedai bunga segar terbesar di Ipoh, pekerjanya sikit sahaja. Bos memang kedekut orangnya, kalau boleh jimat, nak jimat memanjang, kalau boleh kerah tenaga pekerja, kerah memanjang! Sampai cuti pun susah nak dapat!

Aku masuk ke dalam kedai. Aku cukup terpesona dengan haruman bunga di dalam kedai ini. Teringat sewaktu mula bekerja dulu…

“Kamu tahu macam mana nak gubah bunga?”
Aku mengeleng kepala. “Tapi saya boleh belajar! Saya memang cepat belajar.”

“Kamu tahu macam mana nak kenal bunga ni bunga apa?”
Aku pun mengeleng kepala. “Tapi saya suka bau bunga ni bos. Wangi, buat saya tenang saja. Kedainya pun cantik, tapi kalau dekornya mantap lagi, saya rasa kedai ini mesti lagi mantap!”

“Aku bagi gaji kau RM50 seminggu dulu, percubaan! Aku bagi kau try dulu, kamu belajar dengan Kak Zara kau ni dulu. Kau nampak CCTV tu?”
Aku mengangguk-angguk. Aku melihat CCTVnya di pasang di setiap penjuru kedai. Seingat aku dulu, kedainya hanyalah seunit sahaja.

“CCTV tu bukan untuk tangkap orang datang mencuri kat sini, tapi untuk tangkap orang curi tulang kat sini tau!” ujar bos aku yang namanya, Encik Saadan. Orangnya kalau tengok lembut-lembut, tapi nampak garang di luar, baik di dalam hati.

“Okay bos, terima kasih bos!”

Itu kisah 4 tahun yang lepas sewaktu aku disuruh abah mencari kerja selepas SPM. Akhirnya aku melekat dekat sini, tak pergi ke mana-mana pun walaupun aku sudah berjaya mendapatkan segulung ijazah! Yang aku risaukan sekarang ni, abah duk sibuk suruh aku tukar kerja, dapatkan kerja yang betul-betul tetap. Tapi aku suka dekat sini, ada bos, ada Kak Zara, ada Kak Irah, ada abang Meon, ada semua yang aku sayang, macam sebuah keluarga rasanya! Aku pening!

“Yang, kau termenung jauh ni kenapa Yang? Akak tengok, gubahan bunga kau lately ni macam tak cantiklah Yang. Tak berseri!”

“Yang peninglah Kak Zara. Abah suruh Yang berhenti kerja ni, macam mana ni? Kalau bos tahu ni, habislah Yang!” Aku merungut. Mana tak semua bunga aku gubah tak cantik kalau hati tak tenang!

“Akak pun tak mahu nak berpisah dengan kau, Yang. Kalau kau jadi orang besar-besar nanti, bukan kau nak ingat dekat kami!”

“Mana mungkin Yang lupakan orang dekat sini!” ujarku memujuk hati Kak Zara.

“Kau nak pi mana Yang?” tanya Kak Irah. Kak Irah sedang sibuk merenjis pokok bunga ros segar itu menyampuk.

“Si Yang ni, abahnya suruh cari kerja lain. Kerja sesuai dengan sijil yang dia dapat.”

“Loh Yang… akak sure rindu kat kau. Abang Meon pun sure rindu juga.” Ujar Kak Irah.

“Sudahlah. Perkara ini jangan kecoh-kecoh. Kang bos tahu, habis Yang! Kita buat tak tahu saja, lagipun, Yang tak dapat kerja mana-mana lagi! Dah… kita buat kerja, Yang nak kena gubah bunga untuk majlis perasmian butik mak datin sebelah ni! Semalam baru dapat jobnya, nak petang ni juga.”

“Semalam akak tengok baju-baju dia bawa masuk dia, perghh… dasyat!” ujar Kak Zara.

“Siapalah nak beli kalau harga satu bajunya mencecah ratusan ringgit!” ujar Kak Irah.

“Apalah sangat baju tu, banglo RM5 juta pun ada orang boleh beli la ni… Ate, orang berduit!” ujarku sambil menarik bunga-bunga yang hendak dibuat gubahan perasmian itu. Terkeluar pula loghat Perak ku, walaupun asalnya aku bukan orang Perak. Duduk di Ipoh dari kecil telah memantapkan sedikit sebanyak loghat Perak ku, tapi tak boleh lawan abah lah.

Dalam banyak-banyak bunga yang ada di dalam kedai ini, bunga daripada Belanda ini lah yang menarik minat aku, si bunga tulip. Walaupun tidak berbau wangi, bunganya simple sangat menarik perhatian! Bos selalu pesan bunga ini dari Belanda dan jarang-jarang ada kerana mengikut musim. Kalau ada, selalunya aku yang leka menelek bunga ini! Pernah sekali aku gubah bunga tulip putih bersama bunga lavendar berwarna ungu dan dihiasi dengan lily berwarna pink, ada mamat nak beli dengan harga RM300 satu gubahan! Arghh… kalau lah ada mamat macam tu, sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk bunga demi kekasih yang sangat dicintai!!! Wahh… aku rasa sangat bertuah!

Klink! Klink… bunyi loceng di pintu.

“Kak Zara, customer!” jerit Kak Irah. Kak Zara sekarang sudah upgrade jadi pembantu bos! Apabila bos tak ada, Kak Zara lah tukang jaga kaunter dan ambil pesanan. Kak Zara berlari ke kaunternya.

“Ya, nak beli bunga?” tanya Kak Zara. Aku yang duduk di belakang kaunter, hanya memerhatikan jejaka berkaca mata hitam itu, aku macam kenal! Bukan mamat tu ke yang…

“Saya memang nak beli bunga, bukan bunga biasa tapi bunga luar biasa!” ujar jejaka itu. Jejaka itu membuka kaca matanya, melihat aku. Aku mengerut dahiku. Aku macam kenal mamat ni, tapi di mana ya??

Kak Zara merenungnya pelik. “Bunga apa luar biasa? Kalau bunga raflesia, memang sini tak ada. Kalau nak kat gunung Kinabalu, paling dekat dekat Gerik!” ujar Kak Zara selamba. Aku tergelak mendengar jawapan Kak Zara yang bersahaja. Ambik kau!

“Saya nak bunga yang tergelak-gelak tu!” Mamat itu menunding kepadaku.
Aku terdiam. Haram jadah betul! Dia tak tahu ke, dalam banyak-banyak bunga dekat dalam kedai ini, aku yang paling brutal! Hampeh! Tak kena siku, kena hentak dengan kaki ni karang…

“Hah nak apa??” tanya aku, ganas lagi brutal. Duri pokok bunga ros ni, kira mainanlah…

“Huish… garangnya! Saya nak tanya, bunga saya pesan tu dah siap ke belum?” tanya mamat tu.

Aku terdiam. Lorr… baru aku teringat! Mamat nilah yang pesan bunga untuk perasmian semalam. Alamak… tak siap lagi!

“Er… er… sekejap ye encik, nanti siap saya hantar ke sana. Bukan jauh pun, sebelah kedai je.” Aku terus memperlahankan suara ku. Hilang lagak aku tadi! Silap aku sendiri juga, lambat buat pesanan, akhirnya terkena batang hidung sendiri.

“Tadi nampak macam kuat sangat… releks lah, saya just tanya saja. Tak apalah, dah siap nanti hantar ya.”

Aku mengangguk, cepat-cepat aku ke workstation aku semula. Kak Zara dan Kak Irah dah gelak-gelak. Haram… bukan nak menolong!

“Adam! Tolong mom ni Adam!” jerit seorang wanita dari luar. Aku memandang keluar, ke arah suara itu. Itu agaknya mak datinnya, mengancam habis!

“Okay mom, Adam datang!” Jerit mamat itu. “Cik bunga… jangan lupa ya, cepat sikit!” sambung jejaka yang bernama Adam itu lagi kepadaku. ‘Cik bunga dia panggil aku??’

Aku buat tak kisah dengan kata-katanya, aku leka menyucuk bunga-bunga itu ke dalam span yang telah aku basahkan. Kata perasmiannya esok, tapi nak bunga cepat-cepat. Apa maknanya?? Nanti kan layu juga! Baik ambil bunga tiruan, kalau nak jimat! Tapi dekat kedai ini hanya bunga segar sahaja, bunga tiruan tak mainlah. Aku pening, arrghhh… tak payah fikirlah Yang Ayesha oii.. yang penting siap!

Hampir setengah jam jugalah aku mengambil masa untuk menyiapkan satu gubahan itu, bukannya susah untuk aku gubah tetapi ketelitian itu amat penting dalam satu-satunya ciptaan gubahan aku! Barulah pelanggan datang berkali-kali.

“Okay Kak Zara?” tanya aku kepada Kak Zara, pendapat Kak Zara merangkap sifu aku ni sangatlah bernas.

“Wah… cantik! Grand openinglah beb…” ujar Kak Zara. Aku tersenyum gembira.

Aku mengangkat bunga itu dan di bawa ke sebelah. Aku mencari-cari kelibat si budak kaca mata hitam itu, tapi tak jumpa pula. Aku masuk ke dalam, aku agak kagum dengan rekaan dalaman butik yang sememangnya high class itu. Terfikir juga aku, siapalah orang kaya di Ipoh ni nak beli?? Kalau di KL bolehlah terjual!

“Hah… datang pun. Mom, bunga dah sampai, nak letak dekat mana ni?”

“Letak dekat meja tengah tu okay.”

Aku meletakkan di tempat yang diarahkan mak datin itu. Tadi tengok dari jauh dah mengancam, bila tengok dari dekat, memang cantik! Tak sangka dia tu mak kepada seseorang budak kaca mata hitam yang dah besar ni! Apa agaknya supplement yang dia pakai ek?? Boleh aku suggest dekat ibu!

“Cik bunga… kedai cik bunga tu tutup pukul berapa?” tanya Adam.

“Pukul 8.00 malam.” Jawabku bersahaja. Aku leka membetulkan kedudukan bunga gubahan aku di atas meja itu sambil mata meliar-liar melihat baju-baju yang dijahit manik, yang sangat menawan mataku. Kalau beli untuk ibu ni, sure ibu menangis air mata darah punya!

“Nanti cik bunga datanglah sini. Perasmian mula pukul 8.00 malam ni, ada makan-makan sikit. Saya jemput semua yang ada dalam kedai cik bunga tu.”

“Tengoklah tak janji. Okaylah, saya balik dulu!”

“By the way… nama saya Adam Harith Zakuan.”

“Tak tanya pun.” Aku terus berlalu. Adam menjerit-jerit memanggil aku ‘cik bunga’ pun aku buat tak dengar. Tak ada kelas langsung nak mengurat! Ingat nama dia sedap, aku terpikat ke! Pi mampuslah…

******

Malam itu aku menutup kedai tepat pukul 9.00 malam, lewat satu jam sebab hari ini stok bunga masuk. Tengah hari tadi, bos dengan abang Meon pergi ke Cameron Highlands untuk mengambil stok yang telah dipesan. Almaklumlah hari kekasih dah nak dekat, ramai orang akan tempah bunga sewaktu Valentine’s day! Arghhh bagi aku, lantaklah bila pun hari kekasih itu, kalau aku jatuh cinta, setiap hari yang aku lalui adalah hari kekasih bagi aku!

“Siap semua Yang?” tanya Encik Saadan. Aku mengangguk. Selalunya aku yang paling akhir balik dari kedai sebab aku leka menggubah bunga sehingga tak sedar semua dah balik dan malam telah tiba. Itu abah selalu marah dengan aku, sebab dia selalu terpaksa menjemput aku apabila kereta kancil selalu mati sebelum aku start! Kalau bukan abah yang marah, abang-abang aku lah yang bentak-bentak!

Aku menuju ke kereta aku. Aku melihat butik itu, ramai yang datang. Banyak juga kereta yang besar-besar parking, mungkin semuanya menuju ke situ. Aku mahu cepat-cepat masuk ke kereta, rasa seperti ada yang memerhati! Takut juga…

“Cik bunga!”

Aku menoleh ke belakang. Si Adam ini betul-betul menyusahkan aku seharian. Aku menepuk dahi!

“Apa lagi? Bunga kan saya dah hantar!” Aku mula nak marah. Adam menghampiri aku dan mula menyandarkan tubuhnya di kereta aku. Kalau sandar dekat pintu belakang tak apa, ini sandar dekat pintu masuk! Macam mana aku nak masuk??

“Kenapa awak tak singgah ke butik saya tu? Kan saya sudah jemput..”

“Lewat, saya nak balik.”

“Ramai orang puji bunga awak tu.” Ujar Adam sambil tersenyum.

“Tak payah bagitahu, saya dah tahu!”

“Berlagak betul ya awak ni, tapi saya suka sikap confident awak yang tinggi tu.” Aku pening. Bila lah lelaki ni nak berhenti bercakap?

“Yang okay ke?” tanya abang Meon yang kebetulan lalu dengan van kedai. Adam seakan tersentak. Dia langsung terdiam.

“Okay, Yang nak baliklah ni. Mamat ni…”

Adam bangun berdiri sebelah kereta aku. Aku masuk ke dalam kereta. Enjin kereta aku start dulu, nasib baik boleh hidup. Aku menurunkan tingkap…

“Saya balik dululah Encik Adam. Bye! Jom abang, kita balik saing. Yang takut juga kereta Yang ni mati tengah jalan pula.”

“Yang jalan dulu, abang ikut dari belakang.”

Aku melambai-lambai tanganku kepada Adam yang berdiri tegak melihat aku macam menyanyi lagu negaraku. Aku nak tergelak pun ada. Sah! Mesti dia ingat abang Meon, boyfriend aku! Hahah… pada muka! Tahu takut… Abang Meon tu suami Kak Irah lah! Bukannya dia tahu…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Pabila cinta memanggilku 1”
  1. feqaa says:

    cerite ni memg best. sweet sgt2.!!

  2. iffahamdira says:

    so sweet…walaupun alan cerita yg biase tp bile diolah dengan menarik ia kan ttp jd menarik…tahniah

  3. farrahaisyah says:

    so sweet..cerita ni memang best la..

  4. lili says:

    so sweet………………..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"