Novel : Rahsia hati 9

27 August 2010  
Kategori: Novel

1,670 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : azimahlily

Bab 9

Dania menghampiri wanita yang sedang duduk di ruang tamu. Wanita itu begitu leka membetulkan make upnya tanpa menyedari kehadiran Dania.
“Lily!” tegur Dania.
“Kak Dania!” Lily tersenyum bila melihat kehadiran bakal kakak iparnya. Lantas dia menyimpan alat make upnya ke dalam beg tangannya.
“Nak jumpa Daniel ke? Dia tak ada.” beritahu Dania.
“Lily tahu tapi Atuk Daud beritahu yang Abang Daniel balik petang ni.” Lily tersengih.
“Oooo….Atuk Daud yang beritahu ye!” Dania tersenyum. Dia merenung Lily yang berdiri di hadapannya. Dia memandang dari atas dan bawah. Pakaian yang dipakai oleh Lily benar menyakitkan matanya. Dia ni rabun warna ke? Semua color dipakainya. Sakit mata aku dibuatnya. Gaun yang dipakainya juga pandek. Hmm….ini ke style bakal cucu pilihan atuk? Sejenis dengan Shiela. Dania mengeluh.
“Kenapa Kak Dania mengeluh?” Keluhan Dania menarik perhatian Lily.
“Penat! Kat office banyak kerja.” jawab Dania. Mata Dania masih merenung Lily. Bulat mata Dania melihat fesyen rambut Lily. Rambut sebelah kiri dipotong paras bahu manakala rambut sebelah kanan dibiarkan panjang. Style apa pulak ni? Macam alien saja! Dahi Dania berkerut. Macam mana la atuk boleh berkenan? Patut la Daniel menyampah tengok si Lily ni.
“Kenapa Kak Dania tengok Lily macam tu? Ada apa-apa yang tak kena kat muka Lily ke?” Lily cepat mengeluarkan cermin. Dia membelek wajahnya.
Cepat betul reaksi Lily ni!Tahu-tahu saja aku tengok dia. “Tak ada apa-apa la. Style rambut Lily unik la. First time kak tengok style ni.”
“Kak Dania suka ke style ni? Style terbaru. Cantik kan!Macam-macam style ada lagi? Kalau kak Dania suka, Lily boleh rekemenkan kat kak Dania” Lily memainkan rambutnya. Dia tersenyum lebar bila dirinya dipuji.
Dania menelan air liurnya. Tak ingin la aku nak potong rambut aku macam tu! Macam orang gila saja. “It’s ok! Saja tanya. Hmm….Lily duduk la dulu, kak ada hal. Jemput la minum. Agaknya sekejap lagi, Daniel sampai la.” Dania bangun. Telefon bimbit di tangannya dipegang erat.
“Kau nak pergi mana ni, Dania?” Tiba-tiba saja Tan Sri Daud berada di belakangnya.
Dania memusingkan badannya. Wajah atuknya serius seolah-olah ada sesuatu yang ingin diperkatakan tetapi kehadiran Lily menyukarkannya untuk menyatakannya. “Something that i need to settle at the office.”
“Duduk sini, teman Lily! Kan kau baru saja balik, hal pejabat boleh tunggu esok.” Tan Sri Daud menghampiri cucu perempuannya. Matanya tepat memandang telefon bimbit di tangan Dania. Macam la aku tak tahu apa rancangan kau, Dania? Kau nak beritahu Daniel tentang Lily kan!
“Tapi!”
“Duduk!” tegas Tan Sri Daud. Wajahnya kelat.
“Ok!” Dania beralah. Dia malas nak bergaduh dengan atuknya. Macam la dia tak kenal perangai atuk? Kalau orang tak ikut cakap dia, mula la melenting!
Sebaik saja Dania duduk, kedengaran bunyi enjin kereta yang berhenti. Dania menoleh ke arah atuknya. Daniel sudah balik. Hmmm…..perang saudara akan meletus la nanti! ….3, 2, 1! Daniel masuk sambil diiringi oleh Irfan dan Zamri.
“Abang Daniel!” jerit Lily sebaik saja Daniel melangkah masuk ke dalam banglo mewah 3 tingkat milik atuknya.
Hampir terkeluar biji mata Daniel bila melihat kehadiran Lily. Wajahnya berubah. Macam mana perempuan gedik ni ada kat sini? Pasti kerja atuk! Tapi kenapa kakak tak beritahu pun tentang kehadiran perempuan ni? Daniel menjeling ke arah Dania. Dania berpura-pura tak faham dengan maksud jelingan adiknya. Perlahan-lahan Dania menoleh ke arah lain.
Lily bangun dan cuba hampiri Daniel.
“Stop!” jerit Daniel.
Lily terkejut dengan jeritan Daniel.
“What the hell you doing here?” marah Daniel. Matanya tepat merenung Lily! Style rambut apa pulak perempuan ni buat? Macam orang gila. Ingatkan bila balik rumah boleh berehat tapi …macam mana pulak raksasa ni boleh ada kat sini?
“Daniel!” Tan Sri Daud bangun. “Kenapa kau cakap begitu kat tunang kau?” Melampau betul perangai Daniel ni.
“Tunang! Tunang siapa? Daniel tak pernah bertunang pun dengan perempuan gedik ni!”
“Daniel!” jerkah Tan Sri Daud.
Lily terkejut mendengar kata-kata Daniel. Kata-kata Abang Daniel benar-benar melukai hatinya. Dia sangka Abang Daniel amat menyukai dirinya. “Abang Daniel!” sayu suara Lily.
“Listen here carefully, aku tak pernah suka kat kau. Orang yang beriya-iya nak jodohkan aku dengan kau adalah atuk aku. Aku tak pernah setuju pun. Lagipun, cuba kau cermin dulu diri kau sebelum datang ke sini. Kau dan aku tak sepadan. Kau cari saja lelaki yang sejenis dengan kau!” Daniel meluahkan segala-galanya.
Zamri dan Irfan berdiri di situ dan terdiam. Mereka berdua memandang ke arah Dania. Dania memberi isyarat kepada mereka supaya beredar dari situ.
“Daniel! Sudah!” marah Tan Sri Daud.
“Kenapa? Biar dia tahu perkara yang sebenarnya. Itu kan lebih baik. Atuk, harta kita sudah banyak! Lagipun bila mati, bukannya boleh masuk ke kubur pun.” perli Daniel.
“Apa maksud Abang Daniel?” Wajah Lily tiba-tiba berubah!a
“Kau nak tahu tak tujuan sebenar atuk aku nak jodohkan kau dan aku? Sebab dia nakkan harta kau, bukannya dia ikhlas pun nak jadikan kau sebagai cucu menantu dia pun.” terang Daniel.
Air mata Lily mula mengalir. Kebenaran yang didengarinya benar-benar di luar jangkaan.
“Kau jangan melampau, Daniel! Kau tu cucu aku! Kau kena dengar cakap aku! Kau mesti kahwin dengan perempuan yang atuk pilih kat kau. Orang yang setaraf dengan kita” marah Tan Sri Daud.
“Setaraf! Macam ni atuk cakap setaraf dengan kita!” Daniel mendekati Lily. Dia menunding jarinya pada Lily. “Cuba lihat baju yang dia pakai ni? Terlebih warna-warni! Dia tak pening ke? Macam badut. Ni…..rambut ni, style planet mana la dia ikut ni! Sebelah panjang, sebelah lagi pandek pulak. Rimas! Kalau tengok dari jauh, macam pesakit mantel! Macam ni atuk cakap setaraf dengan kita.?”
Dania ketawa besar apabila mendengar kata-kata Daniel. Tepat sekali apa yang Daniel katakan tentang Lily.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Dania yang sedang ketawa. Begitu juga Daniel dan Lily. Wajah mereka serius.
Dania berhenti ketawa dan berpura-pura batuk. “Aduh…time-time ni pulak nak terbatuk!” Dania menggosak dadanya beberapa kali.
“Abang Daniel! Ini style sekarang.” Kata Lily dengan manja. Dia cuba menahan dirinya dari menangis. Lily membelek pakaiannya.
“Aku peduli apa!”
“Daniel!” marah Tan Sri Daud lagi.
“Atuk, Daniel takkan kahwin dengan perempuan gedik ni! Nak jadi apa pun jadi la!” jerit Daniel pula. Dia sudah geram. Kesabarannya sudah sampai hadnya. Daniel segera beredar dari situ. Makin lama dia berada di situ, entah perkataan apa yang akan dikeluarkan nanti. Baik dia beredar dari situ.
“Daniel, atuk tak habis cakap lagi!” jerit Tan Sri Daud. Biadap betul budak ni! Entah perangai siapa yang diikutnya.
“Atuk Daud!” Lily merengek sambil meminta simpati pada Tan Sri Daud.
“Lily! Atuk minta maaf, kenapa pulak perangai Daniel tiba-tiba saja begini?” pujuk Tan Sri Daud.
“Hmm…..memang sejak azali lagi perangai Daniel macam tu. Nak hairan apa?” Dania tiba-tiba mencelah.
“Dania!” Tan Sri Daud menjegil ke arah Dania.
“Take my advice, kalau orang dah tak suka, faham-faham sendiri la ye! Takkan nak jadi perigi cari timba. Perkahwinaan macam ni takkan bahagia. Menyusahkan lagi ada la. Balik saja la.” Kata Dania sambil tersenyum.
“Shut up!” jerkah Tan Sri Daud. Kedua-dua cucunya memang melampau. Tahu menyakiti hati orang saja.
Tangisan Lily semakin kuat. Air matanya deras mengalir. “Atuk Daud, Lily balik dulu.Lily tak nak datang sini lagi” Kata Lily sebelum beredar dari situ.
“Lily!” Berkerut dahi Tan Sri Daud. Matanya masih memandang kelibat Lily sehingga hilang dari pandangannya.
“Style rambut macam tu pun, dia boleh suka! Pelik!” Dania ketawa bila teringatkan fesyen rambut Lily.
“Kau sedar tak yang kau sudah kecilkan hati Lily?” kata Tan Sri Daud.
“Hati Lily, atuk jaga! Hati cucu kandung atuk sendiri, atuk sakiti. Adil ke macam ni?” Nada suara Dania berubah. Pandangan matanya juga lain.
“Dania!”
“Atuk, sudah beberapa kali Dania beri amaran padan atuk jangan masuk campur dalam kehidupan peribadi Daniel. Hidup Dania, atuk boleh aturkan tapi bukan Daniel.” Tegas Dania terus meninggalkan Tan Sri Daud yang tergamam dengan kata-kata Dania seolah-olah seperti amaran.

****************************************

Matanya melirik ke kiri dan kanan! Clear! Langkah diatur perlahan-lahan. Daniel menoleh ke kiri apabila tiba di ruang tamu. Ok! Dia berjalan menuju ke pintu. Pintu dibuka secara berhati-hati. Dia tak nak mengejutkan penghuni di dalam mahligai tersebut, jika tidak rosak la rancangan dia. Mata Daniel masih mencari kelibat pengawal yang bertugas pada malam ni. Dia perlu berhati-hati , takut terserempak dengan mereka. Beg galasnya diperbetulkan. Ok, clear! Daniel berlari anak-anak menuju ke tembok pagar. Daniel mengundurkan beberapa langkah untuk dia melompat tembok setinggi 190cm yang dibina oleh atuknya. Tinggi giler temboknya. Pasti boleh! Kalau ni aku sudah bertekad, apa saja halangan akan aku hadapinya. Setakat tembok ni kacang saja!
Dengan sekali lompatan, Daniel memaut besi tajam yang dipacak di atas tembok batu. Dia berusaha agar dapat melepasi tembok batu yang tersergam indah mengelilingi mahligai 3 tingkat milik atuknya. Daniel melompat turun. “Yes, lepas!”
“Lambat!”
Serentak Daniel menoleh, matanya bulat melihat wanita yang berdiri sebelahnya. Bibirnya terketar-ketar. Mampus! Kantoi. Dania menurunkan hud yang berada di kepalanya sambil tersenyum lebar. Daniel terkejut.
“Adik kesayangan kakak ni nak pergi mana pagi-pagi buta ni?” soal Dania.
“Aaa…apa kak buat kat sini? Bukan ke kak sepatutnya tidur!”
“Daniel sendiri tahu yang waktu-waktu begini, kak belum tidur lagi.” Dania membetulkan baju sejuk yang dipakainya. Dingin malam ni
Daniel mengeluh. Cis, rosak plan aku! Topi yang dipakainya ditanggalkan.
“Bila ada masalah sikit, lari! Tak ada cara lain ke?”
“Kak sendiri tengok perangai atuk macam mana! Daniel dah tak tahan. Makin lama Daniel tinggal kat sini, boleh jadi gila dibuatnya. Nak kita ikut telunjuk dia saja. Siapa boleh tahan!”
“Hmmm……,kalau kak tiada nanti, apa la akan jadi antara Daniel dan atuk ye!” kata Dania .Sayu saja suaranya. Perkara inilah yang sentiasa membimbangkan dirinya. Boleh ke atuk dan Daniel hidup bersama?
“Kenapa? Kak nak pergi mana?” Wajah Daniel berubah apabila mendengar kata-kata kakaknya. Lain saja bunyinya!
“Nothing!” jawab Dania. Dia tak nak Daniel dapat menghidu apa yang berlaku. Dania membaling sampul surat pada Daniel secara tiba-tiba. Pantas Daniel menyambutnya.
Daniel memegang sampul surat tersebut. Apa ni? Dahinya berkerut. “Bila sampai nanti, buka la sampul tu. Have nice trip!” Dania terus memeluk Daniel.
Daniel terkejut dengan reaksi Dania. “Apa maksud kak?” soal Daniel lagi.
“You know what i mean! Enjoy yourself Tapi bila tiba masanya, Daniel perlu kembali sebab tempat Daniel adalah di sini. Walaupun ke mana kita pergi, kita tidak dapat lari dari kebenaran tentang siapa diri kita yang sebenarnya. Understand!” bisik Dania.
Daniel membalas pelukan Dania. Di dunia ni, hanya Dania yang memahami dirinya. Dia memang bertuah kerana Dania sentiasa berada di sisinya sebab itulah dia amat menyayangi Dania. Dia tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika Dania tiada di sisinya kerana Dania umpama seperti nyawanya sendiri. “Thanks, sis!”
Dania meleraikan pelukan mereka sambil menepuk belakang adiknya beberapa kali. “Irfan!” panggil Dania.
Tiba-tiba saja Irfan berada di belakang Dania. Irfan tersenyum.
“Irfan!” Daniel tersenyum bila melihat sahabatnya turut sama berada di situ.
“Kamu pastikan Daniel sampai ke airport dengan selamat.” arah Dania.
“Baik, Cik Muda!”
“Be careful!” kata Dania sambil melambai tangannya sebelum masuk ke dalam mahligai tersebut.
Daniel tersenyum dan memandang kelibat kakaknya sehingga hilang dari pengelihatannya. Dia memegang erat sampul surat yang diberikan oleh Dania.

******************************

Dania mengunyah karipap berintikan ayam yang dibuat oleh Kak Munah perlahan-lahan sambil matanya begitu asyik membaca berita yang terdapat di dalam suratkhabar Utusan Malaysia. Sesekali Dania menggelengkan kepalanya. Kejam! Orang sekarang tak ada perasaan belas kasihan langsung. Budak perempuan seumur 6 tahun pun boleh dirogol kemudian dibunuhnya. Mereka ingat nyawa seseorang macam pakaian ke? Boleh pakai buang! Mana perginya sifat kemanusian dalam diri mereka? Mereka tidak fikir ke tentang perasaan ibu bapa kanak-kanak terbabit.
“Daniel mana?” tanya Tan Sri Daud secara tiba-tiba.
“Tak tahu.” Jawab Dania. Matanya masih tepat membaca suratkhabar.
“Tan Sri!” jerit Mak Munah berlari menuruni tangga sambil sepucuk surat berada di tangannya.
“Kamu ni Munah, apa halnya ni?” Berkerut dahi Tan Sri Daud melihat telatah orang gajinya.
“Ni….surat untuk Tan Sri dari Daniel.” Mak Munah menghulurkan sepucuk surat berwarna biru sambil termegah-megah akibat berlari tadi.
Tan Sri Daud terus membuka sampul surat tersebut dengan kasar. Matanya bulat sebaik saja membaca isi kandungan surat tersebut. Perlahan-lahan Tan Sri Daud melihat ke arah Dania yang juga sedang memandangnya.
“Dania, mana kau sorokkan adik kau?” jerkah Tan Sri Daud.
“Sorok?” soal Dania balik. Matanya terkebil-kebil melihat reaksi datuknya.
“Macam la atuk kenal kau sehari dua, Dania! Daniel lari dari rumah, takkan kau tak tahu langsung! Mustahil!” Surat tersebut digenggam erat. Budak bertuah ni memang sengaja nak naikkan darah aku! Berani dia buat macam ni?
“Daniel lari!” Dania berpura-pura terkejut terus dia melipat suratkhabar yang sedang dibacanya. “Aaaa….Betul ke?”
“Dania, kau jangan nak mainkan atuk! Mustahil kalau kau tak tahu langsung tentang perkara ni? Dia adik kau!” Tan Sri Daud masih berasa was-was tentang Dania.
“Memang betul Daniel adik Dania tapi Daniel jugak cucu atuk!”
“Budak ni! Dia perli kita balik.”
“Itu la atuk, dah banyak kali Dania nasihatkan atuk! Jangan paksa Daniel. Ni sekarang ni dah jadi macam ni, mana kita nak cari Daniel ? Sekarang ni Daniel kat mana ye? Dah makan ke belum? Kalau atuk tak paksa Daniel bertunang dengan Lily tentu Daniel tak larikan diri. Kalau la Dania, Dania lari ke luar negara. Korea ke?” kat Dania berpura-pura sedih. Pasti atuk percaya tapi aku kena teruskan jugak. Bab berlakon ni, memang aku suka.
“Kau salah atuk pulak! Hish…geram betul la aku dibuatnya. Awal-awal pagi lagi dah ada masalah! Perangai adik kau macam budak-budak. Ada masalah sikit lari. Ini ke perangai pewaris Global Bersatu?” bebel Tan Sri Daud. Dia minum secawan air kopi yang berada di hadapannya. Hatinya masih resah.
“Macam mana tak lari kalau kena paksa bertunang dengan Lily gedik yang ada masalah mantel!” kata Dania secara tiba-tiba.
Tersedak Tan Sri Daud dibuatnya apabila mendengar kata-kata Dania.
“Tan Sri tak apa-apa ke?” tanya Mak Munah. Pantas memberi tisu pada majikannya.
“Atuk, kenapa? Itu la kalau minum jangan gelojoh.” Dania menggelengkan kepala.
Tan Sri Daud merenung Dania seolah-olah ingin menelannya tetapi Dania hanya membuat muka selambanya. Atuk tahu kau tentang Daniel. Tak apa, atuk akan cari Daniel sampai dapat. Bila dah dapat siap la kau berdua nanti. Tan Sri Daud terus bangun dengan kasar.
“Atuk nak pergi mana?” tanya Dania.
“Cari adik kesayangan kau la. Dia ingat dia boleh sembunyikan diri dari atuk. Dia silap ! Ini Tan Sri Daud, tiada sesiapa dapat sembunyikan diri dari atuk! Kau faham tak? Sampai lubang cacing pun, atuk akan cari adik kau.” Tegas Tan Sri Daud.
“Suka hati atuk la. Nanti Dania suruh Irfan dan Zamri cari Daniel.” Beritahu Dania. Dia juga bangun. Telefon bimbitnya dicapai.
“Tak payah ! Atuk tak percaya pun dengan orang kau ! Mereka semua macam kau! Sama saja.” Tan Sri Daud terus berlalu meninggalkan Dania dengan wajah masam. Pantas Tan Sri Daud mengeluarkan telefon bimbitnya. Sekarang ni juga aku kena bertindak. Aku perlu cari Daniel sampai dapat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"