
Novel : Renovate Cinta 1
Oleh : DYADILA
Wajah gadis di depannya dipandang dengan ekor mata. Sumpah, kalau ada pembesar suara dah lama dia memekik di telinga gadis itu supaya mendengar apa yang dia cakap. Degil!.. tapi degilnya berasas. Seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat seorang perempuan yang terlalu patuh dengan arahan orang tua. Langsung tak berani berkata tidak.
“Kau ni betul ke tak nak sambung study ni?.. kenapa kau mesti ikut semua telunjuk Mama kau tu?,” marah Danish keras. Bukan dia tak tahu impian dan cita-cita temannya itu.
“Tak apalah, aku ok aje. Lagipun akupun macam malas dah nak sambung, cukuplah dengan apa yang ada.. lagipun Mama aku bukan orang senang,”
Ziyad Danish mencebik. Bukan baru semalam dia kenal Qalesya Alia dan hampir lima tahun. Malah apa yang cukup dia yakin Puan Mariam bukanlah seorang yang tak mampu untuk menyara pengajian anaknya. Rasanya dengan pasaraya yang dimiliki tak akan dengan anak sendiripun nak berkira.
“Macamlah aku tak kenal Mama kau tu..habis tu kau nak tolak tawaran tu macam tu aje?,” Alia tersenyum. Tapi senyuman pahit yang tak dapat disembunyikan dari mata Danish.
“Tak ada rezeki kot..” lembut saja jawapan itu keluar. Bukan dari hati.
“Itu bukan tak ada rezeki, itu tolak rezeki namanya. Biar aku cakap sendiri dengan Mama kau,” Danish sudah bangun dari duduknya, memang dia nekad untuk berdepan sendiri dengan Puan Mariam.
Melihat Danish yang kelihatan bersemangat Qalesya Alia juga bangun. “ehhh kau nak kemana pulak ni?,” sengaja dia menguatkan suaranya biar langkah Danish terhenti.
“Laaa tak akan nak main bola pula.. nak pergi jumpa Puan Mariamlah a.k.a mama kesayangan kau tu..” Qalesya Alia menepuk dahinya. Hishhh gila ke nak jumpa Mama. Nak cari nahas?. Dah lama hidup makan nasi ke Danish ni sampai teringin sangat nak makan bubur dekat hospital.
“Cuba kau berterus terang dengan aku, kenapa kau tolak tawaran tu?.. bukan ke memang cita-cita kita nak ke sana dan balik dengan kejayaan?,” sekali lagi dia membangkitkan cita-cita dan sumpah yang pernah dilafazkan Qalesya Alia.
“Itu dulu.. masa tu aku tak fikir yang pergi sanapun perlukan duit yang banyak.. lagipun kau kan tahu Mama aku tu macamana kalau melibatkan duit..”
Danish berdengus geram. Sengaja dia memandang tepat kea rah mata hazel itu. Cantik!.. memang diakui Qalesya Alia memang cantik tapi bukan kecantikan luaran yang menyebabkan mereka masih bersama tapi kecantikan dalaman yang tak ada tolak bandingnya.
“Lagipun Kak Nia banyak perlukan duit untuk masuk kelas solekan dan nak teruskan cita-cita dia nak jadi model”
Danish duduk semuala. Memang dari tadi itulah sebab yang bermain dalam fikirannya. Tak akan ada sebab lain melainkan Aleesya Dania. Nama yang selalu meniti di mulut Alia tapi tak pernah sekalipun dalam tempoh lima tahu mereka dipertemukan. Dia sendiri tak tahu apa bezanya Qalesya Alia dengan Aleesya Dania sehinggakan Puan Mariam sanggup mengabaikan anak bongsunya itu.
“Apa kata kalau aku pujuk papa aku bagi sponsor dekat kau?” cadangan itu keluar dari mulut Danish.
“Encik Ziyad Danish jangan nak buat cadangan tak bijak boleh tak?”
Danish mengangkat kening. Tak puas hati.
“Papa aku pasti akan setuju kalau tengok result kau.. silap-silap dia hantar kau dari aku.. lagipun kalau nak harapkan tajaan Mara mungkin tak cukup..”
Qalesya Alia tersenyum. Kali ini senyuman itu ikhlas. Dia tahu niat murni Danish dan lelaki itu terlalu banyak membantunya sejak dari sekolah lagi. dia senang dan rasa selamat bila bersama Danish. Itu adalah hakikat.
“Aku dah buat keputusan Danish, lpas ni mungkin aku akan tolong Mama dekat pasaraya.. lagipun kesian pulak aku tengok dia sorang-sorang”
Danish mencebik.
“Bukan itu yang kau nak kan.. kau jangan ingat aku ni bodoh boleh tertipu dengan lakonan kau tu. Bukan semalam aku kenal kau dah bertahun”
“Kalau kau tak pergi aku pun tak jadilah nak pergi..”
Bulat mata Qalesya Alia mendengar ayat yang baru melalui telinganya.
“Kau jangan buat pasal.. kalau kau tak pergi kau nak buat apa dengan sijil cemerlang kau tu?” bebel Alia.
Danish mencebik. Eleh.. pandai nasihat orang diri sendiri tak nak tengok. Kalau ikutkan keputusan Alia lebih hebat darinya. Itu yang membuatkan dia membantah niat Qalesya untuk menolak tawaran ke Rusia.
“Buat apa lagi kerja dekat pasaraya dengan kaulah..”
“Gila??.. kau dengan aku ni macam enggan dengan pipit tahu tak.. kau nak tengok muka Tan Sri Khalid tu hijau ke?” usik Alia dalam senyuman. Dia tak pernah berjumpa dengan Tan Sri khalid tapi berdasarkan apa yang diceritakan Danish tentang papanya itu dia tahu Tan Sri seorang ayah yang penyayang.
Danish ketawa kuat, terasa lawak pulak bila mendengar Alia menyebut nama papanya.
“Aku nak kau fikir balik apa yang aku cakap tadi.. bukan senang nak dapat peluang macam ni. Aku tahu dalam hati kau memang nak pergi..”
“Dan aku nak kau janji walau apapun terjadi kau akan terus mencapai cita-cita kau..” ucap Qalesya Alia perlahan. Cukup untuk memberitahu yang dia memang dah buat keputusan.
Mereka berjalan beriringan dalam bisu. Masing-masing hanya berbisik dengan hati sendiri.
****
Tiga tahun berlalu….
“Alia apa lagilah yang kau buat dekat belakang tu?.. banyak lagi kerja dekat depan ni, jangan nak curi tulang Mama tak suka” jeritan Puan Mariam kedengaran.
Alia menjenguk ke kaunter. Beberapa orang pekerja Mariam shop sudah keluar rehat. Dari tadi dia mengira stok yang baru sampai pagi tadi. Kerja ini mesti dihabiskan sebelum pukul 2 kalau tidak nampaknya dia akan ponteng kelas lagi.
“Kejap Mama.. tinggal sikit ni..”
“Tak apa Kak Alia.. biar saya buat..” Hanis salah seorang pekerja Mama bersuara, tangannya masih ligat menyusun satu persatu barang ke rak. Alia mengangguk memang dia tak akan sempat menghabiskan semua ni kalau ditinggalkan.
Selesai menyusun fail stok dia bangun dari duduk dan membetulkan sendi-sendi. Aduhhhh!! Melihat jam sudah tepat pukul 3.30. Teringat kata-kata Danish yang dia tak ubah macam Cinderella zaman Moden. Kalau di lihat dari luaran memang tak tapi dikaji dari sudut lebih dalam. Dia sendiri mengakui. Mesti Danish sedang seronok di Rusia sekarang.
Haiiii apa nak buat dah nasib badan..
“Alia.. nanti kalau dah siap tolong jemput kakak dekat agensi.. kesian Kak Nia bawa baju banyak-banyak..” hahhh itu lagi satu tugas baru dia. jadi driver model terkenal Aleesya Dania.
Sejak Danish pergi setahun lepas dia seakan hilang tempat bergantung. Terasa baru semalam dia bergaduh dengan Danish kerana keputusan tidak melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bila sunyi malam dia menangis juga disebabkan rasa sayang dan rugi melepaskan peluang untuk dia mengubah hidupnya. hasrat papa untuk dia terus melanjutkan pelajaran terus terkubur begitu saja. Kini taraf dia sama macam pekerja-pekerja pasaraya Mama yang hanya berkelulusan SPM.
DEBUMMM!!!….
Ya Allah!, Honda City Mama yang dibawa mencium BMW sport berwarna merah. Mata yang tadi tertutup dibuka perlahan.
“Aduhhhh, macamana ni..” seorang lelaki yang memakai kemeja biru lembut dan slack hitam keluar dari kereta. Lelaki itu menanggal cermin mata hitamnya dan membongkok melihat kekemekan keretanya.
“Maaf Encik saya tak sengaja..” lelaki itu masih diam. Tangan itu menyapu kesan kemek di keretanya. Jelas wajah itu tak puas hati.
“Macamana awak bawa kereta ni?,” wajah Qalesya Alia masih tak dipandang.
“Saya tak sengaja.. tak tahu macamana boleh jadi, memang saya cuai..” dia mengaku salah. Memang salah dia, siapa suruh berangan masa bawa kereta. Siap mengimbas kenangan lepas. Sekarang ni tengok apa dah jadi?.
Belum sempat Qalesya Alia menyambung ayatnya, telifon lelaki itu berbunyi.
“Yes, sorry sayang, sikit lagi I datang.. tak bukan I accident sikit ni..ehhh tak I tak apa-apa.. you jangan risau ok. Lagi lima minit I sampai..”
Qalesya diam. Menunggu lelaki itu menghabiskan perbualan di telifon. Mak aiii macam nak buat laporan berita perdana, sikit punya lama. Jam dikerling, alamak dah lewat ni. Terbayang wajah masam mencuka Aleesya Dania. Matilah aku!!.
“Encik macamana ni?,” tanya Alia lagi.
Lelaki itu mengeleng kepala. Matanya masih tak lepas dari kesan kemek di kereta mewahnya itu. Wajah Alia langsung tak dipandang. Lelaki itu nampak tergesa-gesa.
“Tak apalah abaikan..”
Tergesa-gesa lelaki itu meninggalkan Qalesya Alia. Memang kalau ikutkan nak nangis juga. Buatnya kena bayar ganti rugi, siapa yang nak bayar?. Dengan duit simpanan yang tak seberapa tak mungkin dia dapat membayar kerugian lelaki itu. Tengok kereta saja dah boleh buat lututnya longgar.
Fuhhhh nasib baik. Kemudian matanya beralih pada Honda City milik Mama.. Matilah!!!!!..
‘tak payah ambik, aku naik dengan Harith..’
Sikit-sikit Harith Haziq, dah beberapa bulan nama itu sering meniti di bibir kakaknya. Tapi siapa dia sendiri tak tahu, apa yang pasti lelaki itu pasti istimewa di mata Dania. Sejak kecil dia memang hanya ada Dania sebagai saudara. Malah sejak kecil lagi dia sudah diajar untuk terus menghormati dan sentiasa berkorban untuk insan bernama Aleesya Dania. Kini Dania bangga dengan dunia Modelnya tapi dia masih dengan uniform pasaraya Mama yang entah bila akan hilang dari tubuhnya.
Satu keluhan dilepaskan. Kalau tahulah nak jadi macam ni kenapalah kakaknya tak mesej awal-awal. Tak adalah dia ditimpa masalah macam ni. Otaknya ligat meneliti kesan di kereta Puan Mariam. Agak teruk. Kalau ada Danish mesti lelaki itu akan membantunya. Macamana ni mesti kali ini dia kena marah.. tapi taka pa kot sebab bukan tak biasa telinga dia kena marah. Dah lali pun..
Semakin dia mengejar masa semakin dirasakan masa itu pantas berlari. Semalam dia sudah dimarah habis-habisan dengan Mama. Apa yang pasti gajinya akan dipotong untuk kereta kesayangan Mama. Terkilan juga bila bukan keselamatan dia yang di tanya tapi keadaan kereta. Tak terfikir ke Mama kemalangan itu boleh buat dia mungkin cedera atau mati.
“Mama esok Nia nak ke Langkawi, ada show mungkin dalan dua hari or tiga..”
Puan Mariam mendongak memandang wajah anaknya. Wajah yang cantik dan menjadi kebanggaannya. Menjaga Dania tak ubah seperti dia menjaga permata yang bernilai berjuta-juta ringgit.
“Sayang pergi dengan siapa?”
“Siapa lagi dengan budak-budak showlah..tapi mungkin Harith ikut sekali kalau dia tak sibuklah..” Dania tersenyum.
Dia bangun mengambil tempat di sebelah Mamanya. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan.
“Mama minggu depan keluarga Harith akan datang merisik..”
Ahakk!!ahakk!!… Puan mariam tersedak.. habis terkeluar balik air oren yang diminum. Pantas dia menutup mulut. Terkejut dengan kenyataan anaknya. Alia yang duduk di sofa bertentangan tersenyum.
“Apa ni Mama?” Dania mengelap percikan air di lengannya, hishh Mama ni kalau nak terkejut cubalah beritahu dulu.
“Sayang betul-betul serius ke dengan budak Harith tu?. Kau dah kenal keluarga dia?.. latar belakang dia?”
Dania diam. Memnag sepanjang dia mengenali Harith apa yang dia tahu Harith mempunyai perniagaan sendiri. Dan dilihat kehidupan dan cara sehariannya juga macam bukan orang biasa.
“Tak sempat lagi nak berkenalan dengan Mama dan papa dia tapi apa yang pasti mesti papa dan Mama dia baik macam Harith juga, dan yang paling penting kaya” bisik Dania perlahan. Tapi cukup menarik senyum Puan Mariam.
Qalesya Alia hanya mampu mengelengkan kepala. Hairan dengan sikap kakaknya. Sayang tapi duit tetap diletakkan di tangga teratas. Apa yang pasti Mamanya juga akan menyokong 100%.
Tapi nak buat macamana pusing-pusing macamanapun dia hanya ada kakak dan Mama. Hanya mereka saja saudara yang dia ada di dunia ni. Kalaulah papa masih hidup mesti dia bahagia sekarang ni.
“Hahh Alia nak baca berapa ratus kali majalah tu.. picitkan kaki Mama sekejap rasa macam nak putus kaki ni..” suara Puan Mariam. Tangan mengosok-gosok hujung jari kakinya. memang berdenyut.
“Kakak kau dah nak kawin.. kau bila lagi?” tiba-tiba soalah cepumas menerjah masuk ke telingannya.
Wajah Puan Mariam dipandang sekejap.
” Alaa Mama ni macam tak tahu pulak, si Alia ni bukan ada taste pun..” sindir Dania dalam tawa yang dibuat-buat. Alia hanya diam. Malas nak mengulas lanjut apa yang pasti dia percaya Jodoh, Ajal, Maut dan pertemuan di tangan tuhan.
“Kalau susah sangat kau kawin aje dengan Haji Shamsul tu.. dia dah lama tanyakan kau pada Mama.. kalau kau kawin dengan dia mesti hidup kau bahagia..”
Ketawa kuat Dania tak diendahkan. Semakin kuat bila nama Haji Shamsul orang tua gatal yang tak sedar diri, rumah kata pergi kubur kata mari pun ada hati nak kawin muda. Benci..
“Kalau Mama nak, Mama ajelah yang kawin dengan dia..” bisik Alia malas.
“Hishhh budak ni orang suruh dia yang kawin ada pulak kita pulak..” Dania ketawa lagi.
“Tapi kalau kau nak Alia.. akak ramai juga kenal Dato or tan sri yang bujang..”
Alia bangun, kalau dia terus di situ dia akan menjadi bahan ketawa Dania dan bahan ujukaji Mama yang tak pernah akan habis.
“Hah.. nak kemana tu?,” Puan Mariam bertanya deras.
“Tidurlah Mama.. esokkan kerja..” berlalu tanpa menunggu jawapan Puan Mariam.
“Hahhh esok tolong hantar akak dulu ekk dekat KLIA..”
Dalam keluhan yang amat berat Alia tetap bersetuju. Dia tak faham dengan Dania, bukan kakaknya itu tak pandai bawa kereta tapi masih juga nak jadi tuan puteri. Dia jarang melihat Dania memandu sendiri. Kalau dah terdesak sangatpun mesti dia juga yang akan menjadi mangsa. Haiii.. sampai bila agaknya dia akan menjadi pemandu Dania.
***
Kereta diberhentikan betul-betul depan pintu masuk KLIA, tak tahulah tahap anak raja mana lagi. Dania nampak cantik dengan skirt bawah lutut dan jaket putih. Kasut tinggi 3 incinya juga berwarna putih. Satu almari koleksi kasut cukup untuk kakaknya itu menukar setiap minit. Begitu kontra dengan T-Shirt buruk yang dipakainya serta selipar jepun yang sudah haus tapak.
Betul kata Danish kalau dia berdiri di sebelah Dania mesti macam langit dan bumi. Langsung tak macam adik beradik. Dan orang lain juga tak akan percaya yang dia adalah adik kepada Model terkenal Aleesya Dania. Tai biarlah apa orang nak cakap apa yang penting dia tak pernah kisah dengan kata-kata orang. Apa yang penting dia tahu siapa sebenarnya Qalesya Alia.
“Hohhh!! Berangan nak kawin dengan anak raja ke?,” sergah Dania di sebelahnya. Bersiap untuk turun.
“Hishh apa jerit-jerit ni?”
“Siapa suruh berangan.. kau ni memang kerja kau berangan aje ek.. tak payah ambik aku tau.. Harith dah ada tu.” Macam biasa arahan keluar dari mulut Dania. Macam Bos.
Matanya menghantar langkah Dania hingga ke pintu masuk. Dilihat seorang lelaki berbadan tegak dengan cermin mata hitam yang menutup mata tersenyum manis kepada kakaknya. Ehhh macam pernah tengok aje mamat ni. Tapi dimana ek.. otak cuba diputar seligat mungkin tapi memori gagal. Bunyi hon kereta membuatkan dia tergesa-gesa meninggalkan KLIA.
“Ya..ya sekejap nak jalanlah ni…” bebel Alia sendiri di dalam kereta. Masih cuba mengingati wajah lelaki itu. Mungkin dia Harith yang selalu meniti dari bibir Dania.













bestt…..next please
permulaan yg best..x sabar nak bace sambungannye..
besttt laa….harith tu yg dia accident tu ann…
igt danish..
best…
next plss 
not bad…good…next please…
hehe..best la..cepat smbung taw…
mane sambungannye
Ek eleh ,wa caya lu penulis…
Mesti lelaki yang accident dengan Alia tu ,Harith kan?
best la semua karya awak DYADILA…
Salute you…
Congrats…
klu lambat siap la..