Cerpen : Aku Jatuh Cinta

5 September 2010  
Kategori: Cerpen

21,636 bacaan 39 ulasan

Oleh : CoKeLaT

Syed Haikal Wafiy menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya bulat merenung gadis di depannya kini merangkap sahabatnya. Tidak disangkanya idea gila a.k.a. bodoh itu boleh keluar dari dua ulas bibir Ian Erika. Mahu saja dia menggoncang bahu milik sahabatnya itu. Ingin dia menjerit-jerit depan muka Ian Erika. Biar Ian Erika tahu yang sahabatnya itu mengambil jalan yang salah apabila ingin menggantikan tempat Nur Saffiya dalam hatinya.

“Auntie Jie, izinkan Ian yang bernikah dengan Haikal menggantikan Fiya.”

Lembut suara itu memasuki telinganya yang masih mundar-mandir di tepi tingkap biliknya. Namun, Syed Haikal Wafiy tersentak apabila otaknya dapat mencerna patah-patah kata yang meluncur perlahan tapi bagai menabur garam dalam hatinya. Ini semua gara-gara Nur Saffiya yang tiba-tiba menghilang di hari perkahwinan mereka. Kini bala lain pula datang apabila Ian Erika sudah mencadangkan dirinya menjadi pengantin terjun hari ini.

“What?! You cakap apa tad…..”

Belum sempat dia berkata, umi sudah terlebih dahulu memintas laju. Parah ni, getusnya dalam hati.

“Ian, tak payah nak bersusah sampai macam tu sekali. Auntie tak kisah pun kalau majlis ni tak jadi. Auntie lagi bersyukur sebab dapat tak bermenantukan Fiya tu. Dari dulu Auntie dah cakap dengan Haikal tapi masih juga dia mabuk cinta dengan budak perempuan tu. Sekarang biar padan muka dia.”

Syed Haikal Wafiy tersentap mendengar kata-kata umi. Dia mahu menjawab mempertahankan kekasihnya yang menghilang sedari 2 jam yang lepas tapi renungan tajam umi begitu menakutkan. Dia tahu umi memang tidak suka Nur Saffiya, kerana buah hatinya memilih untuk menjadi seorang model. Lidah Syed Haikal Wafiy jadi kelu sebab umi dah mengalami transformasi menjadi Hulk. Akhirnya dia memutuskan untuk menjadi penonton drama swasta lagi free di depannya kini. Tangannya disilangkan rapat ke dada sambil matanya tidak putus-putus memandang kedua-dua wanita di depannya ini.

“Auntie, keputusan Ian muktamad.”

“Tapi Ian bukan muslim sayang. Tak jadi masalah ke nak convert your religion dengan tiba-tiba. Bukan sehari dua hari Ian nak memeluk Islam tapi selama-lamanya.”

Umi begitu risau akan Ian Erika yang ingin menyelamatkan keadaan dari anaknya yang sudah ditinggalkan bakal isteri di hari pernikahan mereka. Hatinya sedikit terusik dengan layanan umi terhadap Ian Erika padahal selama ini layanan umi memang begitu. Syed HaikalWafiy jadi begitu sensitif hari ini.

“So, that’s the problem. Ian dah cakap dah, Auntie jangan ris….”

“Ian, Auntie tak nak kamu menyesal di kemudian hari. Mendirikan masjid ni pun bukan satu perkara yang kamu selalu main time kecil-kecil dulu. Sekali Haikal dah melafazkan akad nikah, status kamu dah berubah. Segala-galanya akan berubah Ian. Fikirlah masak-masak sebelum buat keputusan drastik macam ni.”

“Auntie, Ian faham dan Ian maklum dengan semua itu. Kalau agama yang jadi masalah, rasanya sekarang mungkin tidak.”

Umi mengerutkan dahi, Syed Haikal pula semakin pelik. Kenapa sahabatnya sejak dari Tingkatan 5 itu begitu aneh hari ini, selama ini tak pernah dia buat perangai. Ian Erika. Nama itu begitu sinonim dengan dirinya sejak dari hari pertama dia tinggal di kawasan perumahan ini 10 tahun yang lepas.

“Ian dah lama memeluk Islam Auntie. Dah dekat dua tahun.”

“Alhamdulilah. Pandai betul kamu sorokkan dari Auntie ya.”

Umi sudah tersenyum lebar, seketika cuma. Apabila bebola matanya singgah di tubuh milik Syed Haikal Wafiy, tajam sungguh renungannya. Sekali lagi Syed Haikal Wafiy kecut perut.

“Haikal, kamu pergi bersiap. Umi tak kira lagi lepas ni. Kamu mesti juga bernikah dengan Ian. Nanti umi maklumkan dengan tok kadi yang kat luar sekarang tu.”

Usai saja melengkapkan ayat diktator itu, umi terus berlalu sambil menarik tangan Ian Erika keluar dari bilik itu. Termangu-mangu dia seorang di dalam bilik itu. Keadaan begitu memaksa sekarang, macam diluah mati emak, ditelan mati ayah. Tapi bagi Syed Haikal, kalau dia menolak cadangan umi, bermakna dia yang akan mati. Bukan mamat rempit yang merempit di malam buta. Bukan juga si kucing parsi milik umi. Tapi dia yang akan mati, dia yang bernama Syed Haikal Wafiy.

Walid sudah lama meninggalkan mereka dua anak beranak semasa umurnya baru menginjak 16 tahun. Tidak tahan mendengar cercaan dari keluarga arwah walid yang menggelar mereka biawak hidup, memaksa umi keluar dari rumah keluarga walid.

Hari ini, dia telah berjaya sebagai seorang doctor dan sekarang bertugas di Hospital Besar Kuching. Jerih payah umi membesarkannya tidak pernah dia lupakan. Dia tidak mahu menghampakan umi tapi hatinya bukan milik Ian Erika, hatinya milik Nur Saffiya.

Nur Saffiya yang dikenalinya semasa menghadiri majlis makan malam di rumah Tengku Faizal Hakimi sempena ulang tahun perkahwinanya yang kedua. Banyak sudah kasihnya tertumpah buat Nur Saffiya. Bukan senang dia mahu mengubah haluan hati yang sudah menjadi milik Nur Saffiya kepada Ian Erika. Dan buat entah kesekian kalinya, Syed Haikal Wafiy mengeluh.

Akhirnya dia redha dengan ketentuan ini. Syed Haikal Wafiy tertekan dengan semua ini. Ya Allah, kalau dia tulang rusuk kiriku yang hilang, aku redha.

***********
“Cikgu Ian, sup apa ni?”

Suaranya sudah mula menggamatkan kondominium yang dihuni dua bulan selepas bernikah. Ian Erika yang berada di dapur mengurut dada perlahan. Sungguh dia terkejut disergah begitu. Geram betul dia dengan Syed Haikal Wafiy yang memekak di pagi buta ni.

“Mata letak kat mana ni Incik Syed Haikal Wafiy @ arkitek kerek? Kalau tak tau, awak tanya je mak cik yang jual nasi lemak kat depan kondo ni.”

“Oppss, terlupa pulak. Semalam tertinggal biji mata kat warung dia tu.”

“Banyak sangat la mata awak tu tertinggal. Yang terletak elok tu apa? Takkan mata ayam kot?”

“Sampai hati awak samakan mata saya yang menggoda ni dengan mata ayam. Huhu..”

“Ada saya kisah?”

“Geramnya dengan awak ni. Dari dulu lagi tak pandai nak berubah. Menjawab je kerja mulut dia tu. Agaknya semua cikgu kat Malaysia ni macam tu ke?”

Perlahan dia menuturkan ayat yang terakhir. Bimbang andai terdengar oleh isterinya yang baru dinikahi 6 bulan yang lepas itu terdengar. Tak rela dia dipiat telinga, perit yang tertanggung rasa seperti minggu lepas.

“Amboi, amboi, sedap mengata cikgu kat Malaysia ni. Tak sayang telinga ke?”

Alamak, dia terdengar la pulak! Macam mana ni, akal Syed Haikal Wafiy ligat memikirkan alasan.

“Ian, awak masak apa ni?”

“Tanya lagi, ada mata tengok la sendiri. Saya masak sweet corn soup la, takkan tu pun tak kenal.”

“Bukan tak kenal tapi rasa dia sama je macam rasa sweet corn yang mamak kari tu jual. Cuba rasa sikit.”

Ian Erika menjulingkan matanya tanda, Ada saya kisah? Namun, kakinya dihayun perlahan menuju meja makan. Lantas tangannya mencedok sup milik suaminya. Dia memejam mata untuk menikmati sup itu.

Tanpa amaran waima tanpa perasaan bersalah sedikitpun, dia menyembur sup itu ke muka Syed Haikal Wafiy. Ian Erika sudah tersengih-sengih. Jari hantu dan telunjuknya diangkat ke atas, membuat tanda Peace. Kakinya sudah bersedia terhadap apa-apa kemungkinan ramalan cuaca di kondominium akan berubah akibat Ribut Syed Haikal Wafiy.

“Awak!!!!!”

Belum sempat Syed Haikal Wafiy mengetuk kepala Ian Erika dengan sudu, isterinya sudah angkat kaki. Laju sahaja kaki isterinya berlari meninggalkan ruang dapur yang dicat hijau muda. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Ian Erika.

Tangannya diseluk ke saku, cuba untuk mengambil sapu tangan yang sentiasa ada. Tergelak-gelak Syed Haikal Wafiy mengenangkan keselambaan Ian Erika menyembur sup itu ke mukanya. Dia tahu sangat bahawa Ian Erika ingin membalas dendam terhadapnya yang terover meloyar buruk.

Mujur dia belum lagi mandi. Tapi yang tak terjangkakan sekali, hari ini dia bermandikan dengan sup sweet corn isterinya. Ian ,Ian, memang tak pernah berubah. Bab balas dendam beri sahaja dia, pastinya Impossible Mission itu selesai. Time sekolah lagi nakal isterinya tu sampai guru disiplin pun dia rembat sekali sebab Cikgu Salleh pernah tegur dia tak pakai tag nama. Ish, isteri sapo la tu? Hehe…

Perlahan-lahan, dia bangkit dari kerusi kayu berwarna coklat. Niatnya ingin membersihkan diri. Mukanya mula terasa melekit akibat penangan sup sembur dari Ian. Ada lori ada bas, ada hari akan kubalas. Syed Haikal Wafiy mula merangka-rangka strategi untuk membalas dendam. Hehe…

Ding! Dong!

Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam biliknya, loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang. Syed Haikal Wafiy melangkah ke pintu depan. Pasti umi yang datang kerana umi ada mengatakan yang dia ingin melawat mereka hujung minggu ini. Syed Haikal Wafiy tersenyum lebar semasa membukakan pintu untuk ‘umi’nya.

“Umi, pagi-pagi dah datang ke sini buat ap………”

Mulutnya sudah membentuk huruf O. Lama dia berdiri di depan pintu dengan mulut yang melopong di depan tetamu yang tak terduga ini. Matanya tak berkelip langsung dan Syed Haikal Wafiy kini betul-betul bermimpi di siang hari. Tangannya mencubit lengan kirinya. Sakit. Jadi?

“Amboi, Haikal! Sudah-sudah la tu. Lama sangat nganga tu. Tak malu ke?”

Tangan Ian Erika sudah menutup mulut Syed Haikal Wafiy yang sedari tadi ternganga. Ian Erika sudah tergelak melihat suaminya yamg masih tidak berganjak dari muka pintu. Suami sapa la ni? Ish, buruk bebenor perangai.

“Jom, Fiya. Kita tinggal je mamat sewel ni kat depan pintu. Biar padan muka dia.”

Tangan Nur Saffiya sudah ditarik masuk ke dalam kondominium. Tinggal Syed Haikal Wafiy terpinga-pinga seorang di depan pintu.

***********
“Betul kau nak lepaskan si Haikal macam tu je, Ian? Sikit pun tak ada rasa sayang dengan dia?”

Ian Erika geleng kepala. memang dia tidak menyimpan apa-apa perasaan buat Syed Haikal Wafiy, hatta sedikitpun, dan perasaan sayangnya tak pernah bertunas melebihi seorang kawan. Gelagat orang yang memenuhi ruang di restoran milik keluarga Nur Aliya itu diperhatinya. Matanya terus mengitari di segenap penjuru. Tapi kenapa hatinya terasa sayu bila Nur Aliya mengajukan soalan begitu. Dia tidak pasti kini perasaanya buat Syed Haikal Wafiy hanyalah cinta atau bukan. Dia enggan dan tidak mahu memikir.

“Biar betul ni?”

“Betul la. Kau fikir aku main-main ke? Ada ke rupa aku ni macam Shin Chan yang suka-suki sekarang?”

Ambik kau, Aliya. Banyak sangat tanya soalan yang dah kau tahu jawapannya. Dah aku cakap tak maknanya tak lah. Ni boleh buat muka tak percaya dengan aku, macam la aku ni penipu. Sampai hati kau Aliya, huhu… Tapi kesian N ur Aliya kena tipu hidup dengan muka innocent aku ni. Adira Zulaikha sudah tergelak tapi dalam hati sahaja, dia tidak mahu Nur Aliya tahu isi hatinya.

“Dah elok-elok kau kahwin dengan dia, nak bercerai pulak. Takkan kau tak kisah langsung dengan perasaan Auntie Jie?”

Sesak nafasnya bila mengenangkan umi. Tapi dia terpaksa demi suaminya yang tak pernah mengiktirafnya sebagai isteri. Biar lah, dia tak kisah pun. Sejak dua bulan selepas Nur Saffiya balik dari Paris, Syed Haikal Wafiy kelihatan begitu payah berada di kondominium. Kalau bertembung pun hanya pada waktu pagi apabila suaminya itu ingin ke pejabat dan dia pula ke sekolah.

“Nanti aku bincang dengan umi. Pandai-pandai la aku nanti. Takkan aku nak biarkan merpati sejoli tu. Lagipun aku hanya pulangkan hak milik Nur Saffiya je.”

Dia hanya sebagai pemegang title isteri buat Syed Haikal Wafiy buat sementara sahaja. Lagipun dia kenal Nur Saffiya semenjak menganut agama Islam dan apabila Nur Saffiya meminta pertolongan, dia tidak berfikir dua tiga kali. Lagi pun, Nur Saffiya hanya pergi sekejap saja kerana ada photo shoot di Paris.

Ian Erika sejak dulu lagi memang tak pernah kisah pun tentang perasaan. Dia lebih mementingkan kawan. Risau Nur Aliya kalau-kalau Ian Erika tidak menyedari bahawa dia sudah terjatuh cinta pada suaminya a.k.a. Syed Haikal Wafiy. Parah kes ni, getus hati Nur Aliya.

“Memang kau ni tak berubah langsung. Kau ni tak ada perasaan ke?”
Tangannya pantas mengetuk ke dahi Ian Erika. Bimbang kalau sahabatnya itu memang tidak mempunyai perasaan.

*************
Tangan kanan memicit dahi. Pening kepalanya sejak kebelakangan ini. Persoalannya mengapa? Mungkin disebabkan hubungannya dengan Ian Erika yang semakin menjauh. Dia sedar sudah lama dia tidak menghabiskan masa bersama-sama Ian Erika. Mereka sudah tidak seperti dulu sejak Nur Saffiya kembali dari Paris dua bulan yang lalu.

Kerja di pejabat terbengkalai begitu saja. Kertas-kertas putih bertaburan di atas lantai. Ideanya untuk melakar menghilang. Terasa begitu payah sekali untuk memerah idea di saat fikiran yang bercelaru. Syed Haikal Wafiy tidak berani membuat pilihan. Nur Saffiya atau Ian Erika?

Ah, bentak hatinya. Lantak la apa nak jadi lepas ini. Tapi, hubungan suami isteri antara dia dan Ian Erika walaupun tidak normal dan hanya bertulis di atas kertas, dia gembira bersama gadis itu.

Tekanan semakin memberat di puncak apabila Nur Saffiya mendesak dia untuk menceraikan Ian Erika. Kata Nur Saffiya, Syed Haikal Wafiy hanyalah miliknya seorang. Tapi hatinya kecil berat amat untuk melafaz talak buat isterinya,hatta niat untuk bercerai seperti pun tidak pernah.

Syed Haikal Wafiy tahu sangat mengapa Ian Erika bersungguh-sungguh menyuarakan hasrat untuk mengganti tempat Nur Saffiya ketika di pernikahannya. Memang gila rancangan itu tapi itulah risiko yang diambil oleh Ian Erika .

Kononnya, Ian Erika ni stonecold heart, jadi dia takkan jatuh cinta dengan mudah apatah lagi dengan kekasih kawan sendiri. Kononnya lagi, Ian Erika ingin membalas budi Nur Saffiya yang telah menyelamatkan dirinya dari diperkosa. Percayakah Syed Haikal Wafiy?

Berani sungguh Ian Erika turut serta dalam rancangan itu. Apa dia bukan manusia untuk tidak mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Ian ,Ian, hatinya merintih memanggil nama isterinya yang wujud hanya di atas kertas itu.

Meluangkan masa bersama Nur Saffiya kini menjadi hambar, dia tidak teruja seperti dulu. Kadang-kadang fikirannya lebih banyak melayang mengingatkan Ian Erika dari melayan celoteh Nur Saffiya. SYED HAIKAL WAFIY sudah jatuh CINTA dengan IAN ERIKA ke?

Kepalanya digeleng-geleng laju. Tak mungkin dia jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Tak mungkin lelaki sepertinya yang PERFECT boleh jatuh cinta dengan IAN ERIKA yang semuanya serba-serbi sederhana. TIDAK MUNGKIN!!!!!

Getaran yang berpunca dari telefon bimbitnya minta segera diangkat. Telefon bimbit itu ditekap ke telinga kanan. Serius dia mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil. Sekali-sekala dahinya bercantum, membentuk kerut di dahi.

“Anything else about her that I need to know anymore, Mr. Siva? Okay.”
Talian diputuskan dan dia mendail pula nombor Ian Erika. Syed Haikal Wafiy tidak perlu menunggu lama kerana selang beberapa saat saja Ian Erika sudah menyambut panggilannya.

“Assalamuaaikum. Ian, petang ni ikut aku keluar.”

Belum sempat Ian Erika membalas, Syed Haikal Wafiy sudah memutuskan talian. Dia sengaja berbuat demikian. Pasti kini, Ian Erika sedang mengherotkan mulutnya, akibat terlalu geram dengan tindakannya itu.
Teringat kepada telatah Ian Erika mampu membuat dia tersenyum sendiri. Parah sungguh perasaan yang bertapak di hatinya. Tambah parah lagi apabila Syed Haikal Wafiy tidak mengetahui yang dia sudah jatuh cinta kepada isteri sendiri. Apa punya suami la Syed Haikal Wafiy ni….

**********
Semua pengunjung di Restoran Sayang sudah mula berbisik-bisik. Semuanya melontarkan pandangan sinis terhadap insiden yang baru berlaku tadi.

“Ni untuk menyembunyikan perkahwinan you dengan lelaki ini!”

Kuat suara yang keluar dari kerongkong suaranya tapi nadanya tegas. Nur Saffiya tidak mampu membalas pandangan tajam yang penuh kebencian dari Syed Haikal Wafiy. Nur Saffiya sudah basah bermandikan jus tembikai diam tak berkutik.

Tangan kanan Syed Haikal Wafiy masih lagi memegang gelas yang baru sahaja dia tumpahkan isi jus tembikai itu ke atas kepala Nur Saffiya. Hidup-hidup Nur Saffiya menipunya. Photo shoot di Paris konon, padahal bercuti sebab ditangkap berkhalwat dalam sebuah hotel. Yang paling mengharukan lagi, Nur Saffiya boleh melibatkan Ian Erika dalam kancah masalahnya. Dia ke situ pun selepas penyisast upahannya berjaya menjejak ke mana hilangnya Nur Saffiya 6 bulan yang lepas.

“Lepas ni I tak nak jumpa you lagi. Jangan pernah nak muncul dalam hidup lagi.”

Lantang suaranya mengherdik Nur Saffiya yang sedang duduk bertentangan dengan seorang pemuda a.k.a suaminya. Gelas dihempas kuat ke lantai. Ian Erika buntu, sejak tadi dia hanya jadi pemerhati. Mindanya masih tepu dengan apa yang baru berlaku. Lantas dia hanya membiarkan tangannya digenggam kemas oleh Syed Haikal Wafiy sejak masuk ke dalam restoran itu hingga kini.

Syed Haikal Wafiy melangkah laju keluar dari restoran itu sambil tangannya masih lagi menggenggam erat tangan Ian Erika. Kecewakah dia? Tidak sama sekali sebaliknya dia berasa lega yang amat.
Kini Syed Haikal Wafiy amat pasti dengan perasaannya. Tidak mahu lagi ego dengan dirinya, sunggguh dia cintanya telah beralih arah kepada Ian Erika. Bibirnya menguntum senyuman kecil.

Terasa tangan kecil yang berada di dalam genggamannya direntap kuat oleh empunya badan. Dia menoleh ke belakang. Tampak tercungap-cungap gadis itu mencari oksigen yang semakin berkurangan kerana berjalan terlalu laju tadi.

“Awak, kenapa ni?!!!”

Jaraknya cuma 2 meter saja dari Ian Erika. Namun, suara Ian Erika yang melengking kuat memanggil membuatkan semangatnya terbang.

“Tak nampak ke saya tengah berjalan-jalan di tengah hari yang indah ni?”

“Loyar buruk nampak? Sekarang cuba awak explain dengan saya kenapa awak simbah Fiya dengan jus tembikai tu. Tak pasal-pasal awak buat drama sebabak. Kalau laku tak pe la, ni memalukan saya tujuh keturunan je.”

Ian Erika sudah membebel apabila dirinya menjadi penonton drama sebabak yang langsung tak laku itu. Drama yang dilakonkan sendiri oleh Syed Haikal Wafiy sebagai hero merangkap pengarah, manakala Nur Saffiya sebagai heroinnya. Dia? Dia pula jadi pelakon tambahan yang setia menonton tanpa kata dengan riak keliru. Sampai hati Haikal buat aku begini, huhuhu…

“Nanti, nanti lah. Takkan kat tengah jalan ni kita nak buat drama tak bergaji ni. Kalau muka awak lawa tak pe la. Ni cantik lagi mak cik cleaner dekat tempat saya kerja tu.”

Mukanya pantas memerah. Panas sungguh hati Ian Erika disamakan dengan mak cik cleaner. Sengihan nakal dari Syed Haikal Wafiy langsung tak dipedulikan.

“Ingat muka awak tu handsome sangat ke? Setakat muka yang macam kat India Street ni macam awak ni saya tak heran la.”

Malas mahu mencari gaduh dengan Ian Erika, Syed Haikal Wafiy mendiamkan diri. Terus sahaja Ian Erika menoleh pelik ke arah lelaki yang berjalan seiringan dirinya ke tempat meletak kereta. Cuak juga hatinya melihat Syed Haikal Wafiy yang suka mengusik tiba-tiba diam. Dia terasa pasal aku cakap dia tak handsome ke?

“Ian, saya nak beritahu awak something ni.”

Ian hanya menggumam perlahan. Dari nada Syed Haikal Wafiy dia dapat mengagak bahawa perkara yang ingin disampaikan mesti penting. Bukan sehari dua dia kenal lelaki itu untuk membaca tingkah laku Syed Haikal Wafiy.

“Saya…..”

Belum sempat dia menghabiskan ayat, sebuah kereta berwarna merah meluncur laju ke arah mereka. Syed Haikal Wafiy menjadi panik. Tanpa berfikir panjang tubuh kecil milik Ian Erika ditolak kuat ke tepi. Selepas itu dia terasa tubuhnya melambung tinggi dan akhirnya terkulai di atas jalan berturap hitam itu.

“Haikal!!!!” Dia dapat mendengar suara Ian Erika memanggilnya cemas. Kepalanya dirasakan sedang dipangku oleh gadis itu.

“Saya sayang awak Hani Wardiah.” Usai saja ayat itu, dia terasa dunianya gelap. Ian Erika hanya mempu menahan air mata.

********
“Haikal, bangun lah. Awak dah tak sayang saya lagi ke?”

Sudah tiga hari Syed Haikal Wafiy begitu. Terbaring pucat tanpa kata usikan lagi, tanpa sengih jahatnya yang selalu mengkritik masakannya. Air mata bagaikan tidak mahu berhenti mengalir. Tangannya menggenggam erat tangan milik Syed Haikal Wafiy.

Dia tidak mahu lagi mendengar penjelasan mengapa Syed Haikal Wafiy menyiram Nur Saffiya dengan jus tembikai. Ian Erika sudah tahu kenapa kerana Nur Saffiya sendiri telah menerangkan perkara sebenar. Yang dia mahu biarlah Syed Haikal Wafiy bangun sekarang dari koma akibat hantukan di kepala. Mata suaminya juga sudah berbalut putih kerana mengalami kecederaan tercucuk dengan bendasing semasa dilanggar.

‘Awak, bangunlah. Lepas ni saya janji tak piat telinga awak bila awak samakan masakan saya dengan masakan mamak kat depan kondo kita tu.’

Hati merintih untuk melihat lelaki yang terbaring kaku ini membuka mata. Mengusik dia seperti selalu. Tersenyum mengejek setiap kali dia menangis melihat drama Korea. Sesungguhnya dia rindu segala-galanya tentanag lelaki ini. Sesungguhnya dia telah jatuh cinta kepada sahabat sendiri. Dia kalah dengan perasaannya.

“Ian….”

Suara itu begitu sinonim dengan gegendang telinganya. Segera dia menoleh ke belakang. Matanya sudah berkaca merenung Nur Aliya. Pantas dia mendakap tubuh milik sahabatnya erat.

“Alisa, aku….”

“Shhh…..aku tau. Tak payah kau susah-susah nak cakap.”

Nur Aliya hanya membiarkan saja Ian Erika menangis teresak-esak di bahunya. Mungkin kini baru Ian Erika sedar bahawa dia juga amat mencintai suaminya.

Kalaulah Ian Erika tahu bahawa dia turut mencintai Syed Haikal Wafiy, entah bagaimana agaknya reaksi temannya yang seorang itu. Lama sudah dia memendam perasaannya sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi biarlah rahsia ini menjadi rahsia hati Nur Aliya seorang saja. Dia tidak tegar memusnahkan cinta Ian Erika yang mulai berputik buat Syed Haikal Wafiy.

Air mata yang bergenang di pipi segera Nur Aliya seka. Dia tidak mahu menambah lagi duka di hati Ian Erika. Biar lah dia terus begini, lagipun kehidupan yang dipinjam Allah ini sudah mahu sampai ke penghujungnya.

“Ian, kalau aku dah tak ada nanti tolong jaga Haikal baik-baik untuk aku boleh?”

Ian Erika berhenti menangis serta-merta. Dia memandang pelik apabila mendengar permintaan dari Nur Aliya.

“Kenapa?”

“Janji dengan aku, Ian?”

Soalan berbalas dengan soalan. Raut wajah Nur Aliya kelihatan tegas dengan permintaan yang satu itu. Walaupun masih lagi tertanya-tanya, Ian Erika hanya mengiyakan saja permintaan sahabatnya.

“Terima kasih. Hurm, so macam mana dengan keadaan Haikal?”

Cepat benar mood Nur Aliya berubah. Tadi tegas semacam tapi sekarang kelembutan jelas terpamer di wajah Nur Aliya. Sejenak dia diam sebelum menjawab pertanyaan dari Nur Aliya. Air mata kembali bergenang. Perkara inilah yang membuat Ian Erika begitu dalam dukanya.

“Semuanya ok. Tapi…”

“Tapi apa Ian?”

“Mungkin bila Haikal sedar nanti, dia tak boleh lagi menikmati deria penglihatannya untuk selama-lamanya.”
“What?!!”

**********
Pusara yang masih merah lagi tanahnya itu direnung lama. Matanya semakin deras mengeluarkan air mata. Ibarat kilang air matanya begitu produktif menghasilkan air mata. Sebak yang bertandang di dada juga semakin membukit.

‘Nur Aliya, sampai hati kau tak bagitahu aku pasal penyakit kau. Sampai hati kau.’

Ian Erika tidak pernah menyangka bahawa terlalu besar pengorbanan Nur Aliya demi kasihnya pada Syed Haikal Wafiy. Dalam surat Nur Aliya yang terakhir untuk Ian Erika begitu terharu dengan tindakan Nur Aliya yang mendermakan matanya untuk Syed Haikal Wafiy. Nur Aliya sudah pergi menghadap Penciptanya kerana menghidapi leukemia.

Syed Haikal Wafiy masih lagi di hospital. Suaminya itu baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata semalam. Dan, Nur Aliya yang tahu leukimianya sudah mencapai last stage begitu mulia menderma mata buat suaminya. Air mata Ian Erika semakin berjuraian.

Janjinya terhadap arwah Nur Aliya untuk menjaga Syed Haikal Wafiy akan dia tunaikan. Kasihnya pada suaminya yang mula berputik akan Ian Erika pertahankan sehingga akhir hayatnya, Insya-Allah.

*******
“Sayang tak dengan abang?”

Lamunannya terhenti. Ian Erika tersenyum, bahagia rasanya dipeluk dari belakang oleh suaminya. Dahu Syed Haikal Wafiy sudah mendarat di bahu Ian Erika.

“Sayang tak?” soalan itu diulang lagi. Tidak puas hati apabila tidak dijawab.

“Ermmmm, entah. Tak sayang kot.”

“Amboi, amboi! Nakalnya isteri abang ni.”
Tangan kanannya mencubit pipi Ian Erika.
“Sakit la bang, mesti merah pipi Hani!”

Ian Erika sudah menggosok-gosok pipi kanan yang sudah berwarna merah. Kuat benar Syed Haikal Wafiy mencubit pipinya.

“Sape suruh tak sayang abang?”

Syed Haikal Wafiy sudah ketawa melihat isterinya yang sudah merajuk. Muncung mulut isterinya itu sudah sedepa mengalahkan muncung itik. Ian, Ian, kuat benar rajuknya.

Tidak pernah dia menyangka bahawa Ian Erika merupakan seorang yang manja semetelah selama ini dia hanya melihat Ian Erika sebagai seorang yang berperawakan kasar.

Ian Erika memusingkan badan menghadap tubuh Syed Haikal Wafiy. Pipi Syed Haikal Wafiy diusapnya perlahan. Kasihnya banyak tertumpah buat suaminya sejak kemalangan yang hampir meragut nyawa Syed Haikal Wafiy 6 bulan yang lepas.

“Kalau Hani tak sayang, taklah hari ni jadi Mak Buyung.”

“Hehe….”

“Suka la tu.”

Tubuh Ian Erika ditarik rapat ke tubuhnya. Terasa kehangatan yang menyenangkan. Dia senang memandang wajah lembut milik isterinya. Tenang hatinya.

“Abang sayang Hani. Terima kasih sebab sudi jadi isteri buat Syed Haikal Wafiy dan ibu buat anak-anaknya.”

Ian Erika memandang dalam ke mata Syed Haikal Wafiy. Ya Allah, sesungguhnya aku telah jatuh cinta pada dia. Kekalkan aku untuk menjadi tulang rusuk kirinya yang hilang sehingga nafas terakhirku. Jangan pisahkan aku dan dia. Ya Allah berkati perkahwinan kami ini dan moga zuriat kami nanti akan berjihad tanpa rasa gentar untukMu, doanya dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Cerpen : Aku Jatuh Cinta”
  1. Masyi says:

    Cerita nei dah okey n jalan cerita menarik,cuma lau boleh cek dulu tau Haikal tu kerja apa…heee….arkitek nga doktor jauh bezanya…tp xpe,semua org belajar dr keslhan…good job….

  2. wAnn says:

    very good..

  3. jalan citer ok…tapi terlalu meleret ….so far ok gak la :)

  4. eira says:

    best jgk… tapi konpius haikal tu keja apa?

  5. fara restina says:

    a’ah la…haikal 2 keje ap erk????????? hehe….btw,keep it up.

  6. siti najerah says:

    ;) menarik

  7. syahirah says:

    cite yang da bleh dijangka endingnya

  8. Zfa Nobita says:

    sometime, buat la cerpen yg org tk boleh jangka ending nye . tkpun , buat sad ending. bosan baca cerpen yg happy ending laa ..KELAINAN ITU MENARIK .

  9. cik pieyer says:

    nice story..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"