Cerpen : Cerita Cinta

27 September 2010  
Kategori: Cerpen

3,076 bacaan 18 ulasan

Oleh : Siti Satu

Riuh rendah suara kanak-kanak bermain mematikan konsentrasiku saat aku asyik membaca buku Chicken Soup For The Soul. Lalu jemariku lincah menyisipkan penanda buku berukir ‘ Be Positive Always’ pada helaian 56. Daun jendela kubuka luas untukku lihat panorama kanak-kanak bermain di taman permainan berdepan dengan rumahku.
‘Seronoknya jadi budak-budak ni. Happy je selalu, tak ada problem, tak tau lagi nak sedih-sedih.’ Bisik hatiku lirih. Entah kenapa, masih terngiang-ngiang di cuping telingaku, sindiran daripada ibu Amirul.
“Mak ayah Sakinah dah bercerai kan? Apa guarantee sakinah boleh jaga anak auntie ni?”
Bukannya aku terlalu sensitif, namun bagi aku, amat penting untuk mendapat restu daripada ibu bapa bakal teman hidupku nanti. kerana aku tak percaya ada bahagia tanpa redha ALLAH dan ibu bapa. tapi, kadangkala terdetik rasa geram di hati pada mereka yang begitu konservatif dan prejudis terhadap mangsa sebuah perceraian. Orang selalu memandang hina akan para ibu tunggal dan beranggapan mereka yang tak pandai jaga suami. Sedangkan hakikatnya aku tahu betapa taat setia dan patuhnya mamaku terhadap papa. Sampai sekarang pun, mama tetap menyuruh aku hormatkan papa dan ibu tiriku. Sesungguhnya, aku teramat mengagumi ketabahan mamaku seorang ni. Cerita aku dan Amirul dah lama berlalu, namun kisah itu yang buat aku rasa macam tawar hati nak bercinta lagi. Lagipun, Mama selalu cakap, bercinta sebelum kahwin ni boleh jadi dosa sebab kita asyik teringat orang yang belum halal untuk kita.
Bila senja mulai berlabuh, aku segera pulang ke rumah dan menunaikan solat maghrib. Aku hayati bait-bait surah ad-Dhuha dalam solatku.

TUHANmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu
Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
Dan sungguh, kelak TUHANmu pasti memberikan kurniaNYA kepadamu sehingga engkau menjadi puas
Air mataku deras mengalir menghayati janjiNYA, sambil aku cuba meneguhkan jiwaku agar terhindar daripada putus asa. Aku mahu meyakini, bahawa beratnya ujian yang bertimpa-timpa itu bukanlah kerana ALLAH membenciku. Sebaliknya ALLAH mahu kurniakan anugerah terindah untukku.

Usai berdoa, aku terus ke dapur untuk membantu mama hidangkan makanan. Baru je nak suapkan nasi ke mulut, mama mula bersuara.
“Lepasni mama nak Sakinah yang masakkan untuk mama ok. Dulu mama sekolah menengah dah pandai masak macam-macam.”
“Ala, mama dulu tak duduk hostel bolehla. Sakinah dari form 1 sampai kat sekarang duduk hostel. Mana ada masa nak belajar resipi itu ini. lagipun kan Sakinah terror masak padprik, buat telur dadar, nasi goring, macaroni goring, spaghetti Hehe.”
“Mana boleh bagi excuse macamtu. Nanti macam mana kalau tiba-tiba ada orang datang meminang? Ha, takkan tiap-tiap hari nak ulang-ulang masak spaghetti?”
“Ala, boyfriend pun tak ada. Belajar tak habis lagi.. Takkan tiba-tiba ada rombongan.” Jawabku sambil sengaja aku muncungkan bibir.
“Siapa tau, anak mama kan dah besar. Umur 22 ni kalau orang dulu-dulu dah ada anak lima dah.”
Masa tu jugak aku terdiam. Sebab aku selalu rasa mulut mama ni masin. Takutnya kalau tiba-tiba orang datang ketuk pintu, bawak rombongan meminang.

Malam itu, macam biasa, aku login facebook untuk berhubung dengan kawan-kawan. Syukurlah sekarang ni zaman segalanya di hujung jari. Tak dapat aku bayangkan hidup aku bila lost contact dengan semua kawan zaman sekolah dan universiti. Harini ada lima friend request baru. Selalunya aku akan ignore je request daripada orang yang aku tak kenal. Yelah, orang cakap, stalker di alam maya ni bahaya sikit. Bila share gambar ataupun maklumat lain, macam-macam benda boleh jadi. Tapi ada satu nama yang seakan menarik perhatianku.
CoolGuy.
Haish, tak letak nama sendiri, tapi ada 121 mutual friend. Hmm, another stalker ke apa. Gambar pun tak ada. Mest tak handsome … Namun, entah kenapa pantas tanganku menghantar mesej untuk bertanya siapakah dia.
“Salam. Sorry, siapa eh? Gambar pun takde. Budak MRSM Jasin ke?”
Tak lama lepastu, aku dapat satu reply.
“Salam. Yup, saya Muhammad Fatih. Class 5 Gigih.”
Sejujurnya, aku tak pernah dengar nama tu. Mungkin sebab di Jasin terlalu ramai student. Tapi nama tu, macam menarik je. Macam Sultan Muhammad Fatih kan.. huhu. Ok, approvelah.
Muhammad Fatih, dia lelaki yang misteri dan agak pelik kot. Dia bukan macam lelaki-lelaki lain yang asyik nak buzz di YM, asyik cakap ‘hai, tengah buat apa?’. Namun, sesekali aku akan perasan kehadirannya bila dia singgah menjenguk di blog dan meninggalkan komen. Coolguy. Budget cool kot, bisik hatiku agak buruk sangka. Huhu.
Sesekali juga, aku berbual dengannya menerusi YM. Namun, perbualan selalunya sekitar tentang politik dan isu-isu semasa. Dan aku selalu mengagumi pengetahuannya yang luas dan menyenangi bicaranya. Sampailah suatu hari aku terima suatu mesej daripadanya.
“Assalamualaikum. Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Dah lima tahun saya doa supaya ALLAH beri saya petunjuk. Tapi bila habis sekolah, saya ingatkan awak dah ada someone. So, saya fikir nak lupakan awak. Sekarang, bila dapat tahu awak single, saya rasa taknak terlambat dan menyesal lagi.”
Aku tergamam dan terkejut membaca mesej itu. Aku tak sangka, dia boleh terus-terang macamni. Walaupun memang aku dah agak daripada caranya yang seolah-olah terlalu mengenali aku, namun aku masih tak tahu apa nak jawab. Akhirnya, aku sekadar membalas,
“Waalaikumussalamwbt. Saya terharu sangat dapat mesej awak tu. Tapi, kalau memang awak betul-betul sukakan saya, awak datanglah ke rumah. Saya terima je orang yang mak saya suka. Dan mungkin jawapan yang lebih yakin akan saya berikan selepas istikharah.”
Sebenarnya, bukanlah aku serius nak suruh dia datang ke rumah, namun tiba-tiba aku dapat satu reply,
“Awak bagilah address. InsyaALLAH saya akan datang.”

Siapa sangka yang Muhammad Fatih itu benar-benar nekad datang ke rumah bertemu Mama. ALLAH je yang tau betapa malunya aku nak berhadapan dengan dia untuk pertama kalinya. Memang dah penah jadi schoolmate, tapi aku tak pernah langsung bercakap dengan dia. Tapi, hati aku tak dapat menafikan yang dia memang handsome. Bila tengok sekali, ada pulak iras-iras Edward Cullens. Dahlah aku minat betul dengan Edward dalam cerita Twilight tu! Sebelum bergerak pulang, aku curi-curi dengar perbualannya dengan mama, pakcik, dan makcikku. Tanpa sedar, air mataku menitis apabila terdengar pengakuannya untuk memperisterikanku. Di depan mama dia mengaku bahawa memang dah lama dia menyukaiku dan merisik berita tentangku melalui teman-teman lain. Namun, dia meminta mama memberinya tempoh selama dua tahun untuk bersedia dari segi pembinaan diri, ilmu, material, dan sebagainya untuk benar-benar melangkah ke alam perkahwinan.
Sebelum bergerak pulang, Muhammad Fatih menghadiahkan aku buku yang bertajuk, Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Bahagia. Di dalamnya terselit satu nota yang berbunyi, ‘Terima kasih untuk layanan baik awak dan family. It must be one of your sweet memory, because I do feel the same. Semua ni terasa manis sebab kita tak selalu jumpa macam orang lain. So, take care yourself because I care.’
Namun, cerita kami bukanlah cerita cinta biasa. Selepas sebulan, aku sendiri tertanya-tanya, kenapa dia seakan-akan dingin bila aku cuba untuk berbual dengannya sama ada melalui telefon mahupun online. Kadang-kadang, sepuluh patah perkataan yang aku hantar akan dibalas dengan sepatah je. Biasanya, ‘yes’ ataupun, ‘no’, ataupun, ‘maybe’. Tapi, setiap kali aku cuba luahkan pada Mama, Mama tetap memujukku agar bersabar dan Mama tetap meyakinkanku bahawa dia teramat menyayangiku. Sedihnya hati aku dan selalu tertanya-tanya sendirian ni hanya ALLAH yang tahu.
Suatu hari, aku dapat satu email daripadanya,
“Salam. Saya minta maaf sebab tak layan awak macam mula-mula dulu. Saya diam dan garang dengan awak bukan sebab saya tak sayang. Tapi, kerana sayanglah saya taknakkita bahagia dan happy sebelum kahwin, tapi tanggungjawab terabai bila dah kahwin. Mesti awak pun taknak bahagia sekarang, bersedih lepas kahwin. Sekarang, awak wajib tumpukan perhatian awak pada Mama dan jagalah hati Mama. Minta maaf pada Mama setiap hari, sebab bahagianya hati Mama menjamin kebahagiaan awak. Dan saya bahagia bila awak bahagia. Sekarang saya kena belajar macam-macam benda untuk bersedia jadi suami dan ayah. Awak pun, mesti belajar betul-betul supaya dapat 4.0 flat. Dan jangan lupa, mesti belajar masak sebab saya suka makan. Ok, take care yourself. Kalau diizinkan ALLAH, saya akan datang dengan family saya 2 tahun lagi.
Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati…

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna
~Yakinlah ALLAH akan berikan kebahagiaan selepas kesusahan kerana menjaga syariatNYA.”
Satu kiriman email itu memberi jawapan pada semua persoalan yang bermain di mindaku. Saat itu juga aku terus sujud syukur kerana ALLAH menghadirkan dia dalam hidupku. Rupanya, sepanjang dia tidak menghubungiku itu, dia masih bertanya tentangku melalui Mama.
Tiba-tiba, bahuku disentuh lembut. Muhammad Fatih yang baru pulang dari mesjid tersenyum padaku Aku baru tersedar daripada imbauan kisah sepuluh tahun yang lalu. Kini, Muhammad Fatih sudah menjadi suamiku yang sah. Dan benarlah, kini aku teramat bahagia menjadi isterinya. Syukur pada ALLAH yang mengatur setiap perjalanan cerita.
Anak-anakku bersama Mama kerana bercuti ke rumah Maksu. Sebenarnya, mama sengaja memberi ruang untuk kami menyambut anniversary yang kesepuluh ini. sebelum ini, suamiku yang sibuk memberikan pelbagai kejutan istimewa untukku. Malam ini, aku yang mempersiapkan candlelight dinner ini. Aku kemudiannya memegang lembut tangan suamiku dan mengajaknya ke meja makan. Aku sengaja masakkan makanan kegemarannya, bersama chocolate cheesecake yang aku ukirkan namaku dan dia.
‘Sakinah love Muhammad Fatih’


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Cerpen : Cerita Cinta”
  1. miss_purple says:

    best citer ni..

    halaman56 tu, : the rabbit’s gift kan..??

  2. epy.elina says:

    gud try,,,,,

  3. Siti Satu says:

    Salam. terima kasih banyak untuk semua yang baca dan komen. sy budak baru belajar, kalau salah tlg tnjukkan. jom sama2 sokong-menyokong :)

  4. farah says:

    nie baru betul2 bahagia bila kahwin…
    :mrgreen:

  5. ani says:

    :razz: best lh…najla.. :grin: insyaallah,percintaan yang baru bertunas di alam perkawinan sangat di redhai olehNYA..kerana tiada bibit2 kemaksiatan sebelum perkawinan..Amin2..ya rabbal alamin… :smile:

  6. radhiah says:

    Najla..u can be a good writer..keep it up!! :smile:

    *luv to read ur blog and ur written work=)

  7. maedeyna says:

    best sgt citer ney..
    mmg layan habis,,
    sarat dengan pengajaran…
    insyaAllah mnjadi ikutan org lain:)

  8. qaseh umairah says:

    kak najla…best sgt citer ni…maaf bru hari ni sy sempat bace…akk sy teringin nk jd seperti sakinah…huhuhu
    sempat berangan lagi…
    pengajaran dlm citer ni buat sy lg tabah…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"