Cerpen : Cinta Si Remaja

5 September 2010  
Kategori: Cerpen

2,081 bacaan 10 ulasan

Oleh : Dhia Erryna

Cinta monyet sering dikaitkan dengan cinta remaja yang kurang arif tentang erti cinta . Tidak hairanlah mengapa arena cinta seusia mereka sering kandas dan kadang- kadang hanya sebuah permainan.
…………………………………………………………………..

“Asaalamualaikum, adik student baru kan?” sapa seorang senior.
“Waalaikumussalam, ye saya kak. Akak senior kat sini? Harap dapat beri tunjuk ajar pada saya menyesuaikan diri kat sini. Maklumlah saya baru lagi” balas Airin Darwina.
“Owh, ye. Nama akak Anis Mardhiah. Panggil je Kak Anis” tambah senior tersebut memperkenalkan dirinya.
“Saya Airin Darwina, panggil saja Rin.” giliran Airin memperkenalkan diri.

Hari pertama melangkah ke sekolah baru, sememangnya suatu pengembaraan yang baru bermula. Dia perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan kehidupan sebagai seorang pelajar asrama. Banyak yang perlu dia belajar untuk hidup lebih berdikari. Jauh dari keluarga memang sesuatu yang amat sukar bagi gadis yang bernama Airin Darwina.

Airin melangkahkan kakinya dengan penuh semangat ke kelas 4 Agama Sains. Dia mengetuk pintu dan memberi salam. Kelihatan seorang guru sedang berdiri dihadapan kelas. Semua mata tertumpu padanya. Seperti biasa, sebagai pelajar baru dia diminta untuk perkenalkan diri.
“Baik, awak boleh duduk disebelah Waheda” perintah Cikgu Amani sambil menuding jari ke arah kerusi dan meja yang kosong.

Airin melangkah sopan menuju ke sudut yang ditunjuk oleh Cikgu Amani tadi. Sepasang mata melihatnya sambil tersenyum. Airin hanya tersipu malu dan kemudian mengambil tempatnya.
“Hai, saya Nur Waheda Wanda. Salam perkenalan dari saya.” sapa pelajar yang duduk disebelahnya.
“Hai, panggil saya Rin. Nice to meet you.” balas Airin.

Sesi pembelajaran tamat untuk hari itu. Airin berjalan pulang menuju ke asrama puteri bersama kawan barunya Waheda. Dalam perjalanan, dia terpandang pelajar lelaki yang tersenyum padanya tadi menuju ke asrama putera. Jadi, rupanya pelajar itu juga tinggal diasrama. Baru dia tahu. Maklumlah dia pelajar baru di situ.

Usai menikmati makan di dewan makan atau dikenali sebagai (DM), Airin bergegas mengangkat pakaiannya yang tersidai diampaian. Kebetulan cuaca ketika itu kelihatan mendung. Tercungap- cungap Airin berlari. Dia mengeluh. Huh! Tidak disangka penat juga tinggal diasrama. Semuanya buat sendiri dan nak makan pun terpaksa berjalan ke bangunan lain. Namun, bagi Airin itu satu cabaran buatnya.

Sudah seminggu berada di sekolah baru dan menjalani hidup yang sinonim dengan trademark “Hostel Life”.
Tengah hari itu, dia ke dewan makan sendirian.
“Bosannya… bukan nak temankan aku makan.” ngomel Airin sendirian.
“Kesiannya orang tu… tak de orang nak temankan makan. Nak tak saya temankan?” sampuk Ikmal.
Airin menundukkan muka.
“Sapa pulak mamat ni, memalukan aku je. ” desis hati Airin.
“Saya Ikmal. Awak Airin Darwina kan?” Ikmal mula perkenalkan diri.
“Mana awak tau?” duga Airin.
“Kita kan satu kelas.” jawab Ikmal yang seakan pelik.
“Maaf, saya tak cam muka awak.” Bohong Airin. Padahal Ikmallah orang yang selalu diperhatikannya. Cuma dia tidak mahu Ikmal tahu hakikat tersebut.
Tengah hari itu, mereka makan berdua. Satu meja pula tu. Mujurlah hanya mereka orang terakhir yang makan di DM tengah hari itu. Kalau tidak nanti tak pasal lah pula kena gosip. Airin berasa kurang selesa kerana makan sambil berhadapan dengan seorang dari kaum adam yang baru dikenalinya.

Airin duduk termenung di atas katil sambil matanya melihat ke luar tingkap bangunan asrama yang berusia hampir 10 tahun itu. Fikirannya jauh berkeliaran mengingati ibunya yang berada di Selangor. Masih dia ingat bagaimana ibu memaksanya supaya dia berhijrah ke sekolah ini semata- mata kerana ingin Airin tinggal di asrama dan hidup berdikari.
“Mama, Rin tak nak. Mama suka paksa Rin.” Airin memprotes cadangan ibu yang menggesnya supaya berpindah ke Perak dan tinggal di asrama.
Sejak hari itulah dia mengurung dirinya selama dua hari di dalam bilik. Dia keluar hanya jika ada keperluan sahaja. Sukar baginya untuk menerima cara hidup yang baru. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan keluarganya dan kehidupan yang dia lalui pada masa itu. Baginya asrama bagaikan penjara. Mempunyai peraturan yang sangat ketat.
Tetapi kini, dia berjaya membuat transformasi pada dirinya. Atas nasihat dan kata- kata semangat neneklah yang membawa dia ke mari. Sebenarnya, asrama sebenar bukanlah seperti penjara yang dibayangkannya selama ini. Hanya sedikit kelainan. Malahan, dia berasa gembira di samping rakan- rakan dan seorang insan yang baru dikenalinya.

Di dorm Damai 2, Asrama Putera…

“Ai Ikmal… termenung nampak? Teringatkan buah hati yang dekat aspuri tu ke?” sapa Helmi.
“Ish, kau ni! Pandai- pandai je. Aku mana ada buah hati. Apa kena mengena aku lak dengan aspuri ni?” jawab Ikhmal.
“Dah siap makan semeja tak nak mengaku. Nasib baik Ustaz Fahmi tak de kat sekolah masa tu, kalau tak bungkus lar korang berdua.” tambah Helmi tidak puas hati.
“Larrr… tu aku temankan dia makan je, just temankan sebagai seorang kawan ok. Lagi pun kami berdua je orang terakhir.” balas Ikmal.
Dia tersenyum dalam hati. Tidak sangkat ada yang melihat dia dan Airin makan bersama masa itu. Tetapi hakikatnya, dia ingin mengenali Airin dengan lebih rapat.

Petang Sabtu itu, ramai ibu bapa datang melawat anak mereka yang amat dirindui. Maklumlah tinggal berjauhan. Termasuklah ibu Airin turut datang melawatnya pada hari itu. Kegembiraan terpancar di wajah Airin. Langkah kaki Airin laju meluru keluar dari pagar asrama puteri. Dengan tidak sengaja dia terpandang jejaka yang menemaninya makan tengah hari beberapa hari yang lalu. Ikmal yang juga terpandang Airin hanya tersenyum dan terus berjalan menuju ke surau sekolah.
Airin berbual panjang dengan ibunya. Banyak pengalaman baru yang diceritakannya, termasuklah dia dan beberapa orang rakan didenda jalan itik kerana lambat masuk kelas kimia. Satu pengalaman yang sangat hebat. Cuma satu saja pengalaman yang menjadi rahsia hatinya. Tentang Ikmal. Baru 6 bulan dia di sekolah barunya itu, sudah pelbagai pengalaman baru yang dilaluinya. Kadang- kadang melucukan juga.
Tiba- tiba, kedengaran suara seseorang mengaji…
“Suara sapa tu Rin? Merdunya? Qari sekolah ke?” tanya Puan Aina yang kelihatan teruja.
“Entah lar mama… Rin pun tak tau. Rin bukan cam suara Qari sekolah. Kenal pun tak.” balas Rin yang seperti terfikir- fikir sesuatu.
“Sejuk perut ibu dia kan? Dapat anak yang pandai mengaji.” tambah mamanya.
Airin hanya tersenyum.Tetapi, bukan kerana ayat ibunya. Dalam hatinya, dia dapat mengagak siapa empunya suara yang merdu itu.
Airin melambaikan tangan ke arah ibunya yang sudah sedia duduk di ‘sit’ pemandu. Rasa sedih menyelubungi hati Airin apabila kereta mamanya beredar dari perkarangan sekolah. Namun, tidak seharusnya dia berasa begitu kerana masih ada rakan- rakan disampingnya.
Malam itu kelas tuisyen bahasa arab untuk pelajar tingkatan 4 berjalan seperti biasa. Airin dan Waheda mendahului rakan- rakan mereka yang lain. Membawa buku teks bahasa arab, buku nota dan kamus adalah menjadi rutin bagi mereka jika menghadiri kelas tersebut.
Oleh kerana mereka pelajar terawal yang ke kelas, jadi keadaan kelas masih gelap gelita. Ustazah mereka juga belum tiba. Tepat jam 9 malam, empat orang pelajar lelaki masuk ke kelas. Kemudian, diikuti pelajar perempuan yang lain. Airin memandang ke kirinya. Dilihat Ikmal sedang khusyuk mencari makna perkataan dari kamus bahasa arab. Sungguh rajin jejaka itu.
“Assalamualaikum ya kullukum. Maaf saya terlambat.” Ustazah Siti Laila memberi salam.
“Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Ustazah.” murid- murid menjawab salam.
Kelas dimulakan. Mereka diberi tugasan menjawab kertas soalan.
“Baik, masa dah tamat. Kumpulkan kertas.” arah Ustazah mereka.
Kertas soalan yang mereka jawab tadi dikumpul, kemudian ditukarkan sesama rakan mereka untuk disemak. Yang pastinya mereka tidak menyemak kertas sendiri. Selesai semakan, kertas dipulangkan kepada pemiliknya.
“Siapa yang semak kertas Airin Darwina?” Ustazah Siti Laila melontarkan suaranya.
Ikmal bingkas bangun.
“Owh, kamu Ikmal? Pulangkan kertas pada Airin semula.” arah ustazah.
Tiba- tiba… sorakan dilontarkan oleh pelajar- pelajar lain.
“Ada apa- apa yang tak kena ke?” soal ustazah mereka hairan.
“Pasangan ideal, ustazah.” sampuk Aiman.
“Kalau ada jodoh, Insyaallah tu.” Ustazah Laila saja mengusik.
Muka Airin semakin merah. Ikmal pula serba tak kena. Tak pasal- pasal mereka dikenakan begitu. Ini mesti gara- gara kes di DM tempoh hari.

Pagi itu, Airin berjalan menuju ke kelas bersendirian. Rakan- rakan yang lain masih berdandan di dorm asrama. Mana tidaknya, masih jam 7.00 pagi. Lampu kelas telah dipasang. Melangkah saja ke dalam kelas, kelihatan Ikmal tekun membaca di mejanya.
“Assalamualaikum.” Ikmal memberi salam dengan selambanya. Tujunnya untuk memerli Airin.
“Waalaikumussalam.” Jawab Airin.
“Awalnya Cik Airin datang sekolah? Nak temankan saya ke?” usik Ikmal.
“Eh, jangan perasan lar. Orang datang awal nak bertugas.” tegas Airin.
“Tak baik marah- marah, nanti cepat tua.” tambah Ikmal.
Airin diam membisu. Dalam hatinya membara tak sudah. Menjengkelkan rasanya dengan ayat- ayat Ikmal yang suka menyakat itu.

Waktu ‘study’ atau lebih dikenali sebagai ‘PREP’ tamat. Airin tidak ke DM untuk menikamati bihun sup, sebagai hidangan malam itu.
“Kak Airin!!” jerit Nuha, pelajar tingkatan 3.
“Kenapa?” Airin agak terkejut.
“Ada pesanan lar kak.” Nuha menyerahkan sepucuk surat dan sebatang Ais krim Solero kepada Airin.
“Sape yang bagi ni?” tanya Airin.
“Adalah… Rahsia.” Nuha hanya menguntumkan senyuman.
Airin membuat muka pelik. Hairan dia. Tiba- tiba saja dapat surat dan Ais krim dari peminat misteri. Airin membuka surat tersebut dengan hati yang berdebar.

Assalamualaikum….
Cik Airin Darwina, sudi tak awak jadi ‘couple’ saya?

Yang ikhlas,
Ikmal Hafiz

Airin ketawa kecil. Ayat Ikmal memang lucu dan skema. Tapi, dia tidak pasti apakah jawapan yang sesuai untuk dia berikan kepada Ikmal? Menerima atau menolak? Airin sendiri bingung.

Seminggu berlalu, namun Ikmal masih menunggu jawapan daripada Airin. Di kelas pula, Airin bersikap dingin terhadapnya. Ikmal sama sekali tidak faham dengan reaksi Airin. Sambil berfikir, jari- jemari Ikmal terpegang sepucuk sampul surat di poket hadapan begnya. Di hadapan sampul tersebut, tertulis perkataan “Ila Ikmal Hafiz”. Ikmal membaca surat tersebut. Dia tersenyum riang. Hatinya berbunga- bunga.
Bermula dengan surat tersebut, mereka mula mengenali antara satu sama lain. Walaupun mereka masih bergelar pelajar, namun mereka dapat mengawal diri dan membahagikan masa antara pelajaran dan cinta. Perasaan sayang antara mereka semakin kuat. Kadang- kadang timbul rasa lucu kerana cinta tersebut tidak jelas dan bukan ikatan yang sah. Tetapi, mereka yakin dengan kata hati mereka.
“Rin.” Ikmal menghulurkan sebatang Ais krim.
“Syukran.” Airin mengucapkan terima kasih dalam versi arab.
“Afwan.” balas Ikmal.
“Mama dengan papa Mal tak datang ke?” tanya Airin memulakan perbualan.
“Tak. ‘Bussy’ memanjang.” balas Ikmal selamba.
“Mama Mal kerja apa?” tambah Airin. Sejak dia mengenali Ikmal, Ikmal jarang bercerita tentang keluargannya. Airin hanya tahu yang ayah Ikmal seorang ahli perniagaan yang berjaya dan merupakan pemilik syarikat kereta yang terbesar di Malaysia.
“Rin, Mal ada kerja lah. ‘See you’.” Ikmal meninggalkan Airin sendiri terpinga- pinga.
Salah ke pertanyaannya itu? Setiap kali Airin bertanya tentang mamanya, pasti Ikmal mengelak. Ada saja alasan yang diberikan. Airin jadi rungsing dengan sikap Ikmal.

Enam bulan berlalu…
Kini, mereka berada di tingkatan 5. Tahun kemuncak persekolahan dan mereka bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Semua pelajar tingkatan 5 sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan SPM mereka. Dalam kesibukan itu, ada juga yang berhati busuk yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi tersebut.
“Ema, abang Ikmal tu leh tahan gak kan?” Zanita meluahkan isi hatinya.
“Apa maksud kau ni? Kau jangan buat bukan- bukan. Abang Ikmal tu dah couple ngan kak Rin lar. Kau tak yah lar nak kacau daun.” nasihat Ema.
“Alar.. baru couple. Peduli apa aku.” Bentak Zanita, lalu meninggalkan temannya itu.
Ema tidak tahu apa yang akan Zanita lakukan. Tetapi, dia dapat mengagak jejak langkah rakanya itu seterusnya. Dia berharap rakannya tidak membuat hal lagi di sekolah.

Seminggu berlalu, bagaikan tidak terasa. Begitu pantas masa berjalan meninggalkan masa lalu yang sememangnya takakan berulang. Airin semakin buntu. Apakah yang patut dia lakukan? Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihanya malam kelmarin. Ikmal dengan Zanita. Kata Ikmal, Zanita hanya adik angkatnya. Mesra betul. Sakit hati Airin. Hanya Tuhan yang tahu.
Pagi berikutnya mereka berjumpa untuk menyelesaikan masalah yang semakin rumit itu. Lokasi yang paling tepat di hadapan kolam ikan yang serba indah dihias dengan rumput dan bunga- bungaan.
“Rin, Mal ada benda nak cakap. Tapi Rin kena dengar penjelesan Mal, sebab Mal buat keputusan macam tu.” Ikmal memulakan perbualan.
” Rin pun.” jawab Airin ringkas.
“Kalau macam tu, ‘lady first’.” tambah Ikmal.
“Rin rasaaa… (beberapa saat Airin terdiam), kita patut putuskan hubungan kita.” agak berat untuk Airin menyatakan hasrat itu. Memang sukar.
“Itulah juga yang Mal nak cakapkan. Mungkin itu yang terbaik untuk kita. ‘Exam’ pun dah nak dekatkan? Tapi jujur selama ni dan sampai bila- bila, Mal tak akan pernah curang dengan Rin.” jelas Ikmal. Mata Airin kelihatan berkaca- kaca. Dia menahan sebak. Ikmal masih bertahan. Sebenarnya, hatinya juga sebak. Jiwanya meronta untuk melafazkan tidak atas keputusannya itu.

Airin teresak- esak menangis di atas katilnya. Tangisan itu tidak dapat dibendung lagi.
“Adakah kebahagiaan akan berakhir? Tidakkkk!!! Kebahagiaan datang dari dalam diri dan ia merupakan anugerah Sang Pencinta.” suara hati Airin meluahkan kata.
“Rin… dah lar tu. Lepaskan saja. Tak guna kau macam ni. Fokus untuk SPM. Kau kena kuat. “Mukmin yang kuat lebih disukai Allah berbanding Mukmin yang lemah”.” pujuk Waheeda dengan memberi sedikit sokongan moral.
Mulai hari itu, Airin nekad. Berusaha untuk melupakan masa lalu. Mengejar kejayaan yang bakal dicipta. Menyimpan cita- cita yang menggunung sebagai kariernya suatu hari nanti. Perubahan akan bermula. Dia berazam untuk melakukan yang terbaik.

Hari ini, peperiksaan SPM berakhir dengan jayanya. Semua pelajar mengemas barang masing- masing untuk meninggalkan zaman persekolahan dan asrama mereka untuk selama- lamanya. Airin melangkah keluar dari pagar asrama puteri dengan lemah. Dia rasa sebak untuk meninggalkan sekolah dan asrama. Banyak kenangan yang tercipta. Dengan tidak sengaja, dihadapan simpang jalan menuju ke pejabat asrama, dia berselisih dengan Ikmal. Namun, tiada sebarang reaksi antara mereka. Masing- masing membisu. Lidah terkelu untuk melafazkan kata- kata.
“Mal, masihkah tersimpan hati saya pada awak” bisik hati Airin.
“Rin, hati awak sentiasa saya jaga. Percayalah.” Ikmal seakan membalas persolan Airin. Namun, hanya dari dalam hati.
Mungkin, itulah sebab golongan remaja digalakkan untuk tidak bercinta. Ia boleh menyebabkan kita sakit dan menderita. Akan tetapi, inilah yang terjadi dan menjadi kebiasaan di zaman ini. Cinta seusia remaja.
Tamat.

P/S daripada penulis:
Pertama sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada penulisan2u kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya. Terima kasih juga diucapkan kepada para pembaca dan yang sudi memberi komen. Insyaallah, jika berkesempatan dan mendapat sokongan semua saya akan menyambung cerpen ini dengan menghasilkan sebuah novel.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Si Remaja”
  1. kay says:

    blh thn…truskn brkarya..

  2. Atie Aisara says:

    blh tahan jln ceitanya.Apa kta pjgkan cerita dgn buat nvel? :grin:

  3. Nadiah says:

    emm…good idea….teruskan idea…

  4. annour says:

    best…

  5. kamn3892 says:

    ermmmmm…. ending tu la yang paling best… truskan erk!!! caiyok caiyok…

  6. sazlea says:

    Blh tahan teruskan usha… ;-)

  7. GaDiz =) says:

    best..haha

  8. TinTa Biru says:

    ok.. not bad.. cinta budak2 sek… teruskn buat yg lebih baik lg.. ;-) :mrgreen: :smile:

  9. Star Lavender says:

    best citer nih…teringat pada zaman persekolahan dulu…ada yg cinta monyet di zaman persekolahan berakhir dengan gerbang perkahwinan,ada juga yg berpisah, itulah lumrah alam….apa2pun TAHNIAH diucapkan pada penulis ini kerana menghasilkan karya yang bermutu…TERUSKAN USAHA ANDA DALAM BIDANG PENULISAN…

  10. awatif says:

    mcm knl jer…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"