Cerpen : Destinasi Cinta

5 September 2010  
Kategori: Cerpen

4,761 bacaan 16 ulasan

Oleh : Aida Ismail

“Awak, siapa saya pada awk?” tanya Aleeya sambil mengusap lembut tangan Rayyan. “Awak adalah masa depan saya, dan yang paling penting awk adalah calon isteri saya, bakal ibu kepada anak-anak kita nanti” sungguh lembut bicara Rayyan dan saat itu jelas kelihatan sebuah senyuman manis dari bibirnya. Aku kelu. Tapi hati aku puas mendengarkan setiap kata yang diucapkan oleh Rayyan.

Aku terjaga dari tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

“Laaaa, aku mimpi ke?” Dush!

“kalau aku tahu, aku tak bangun tadi, boleh jugak sambung mimpi tu” ngomel aku sendirian.

Alangkah indahnya, kalau mimpi tersebut benar-benar berlaku. Girang jugak kalau dapat duduk di pelamin, jadi raja sehari. Pagi itu hati aku berbunga-bunga, tengah mandi pun sempat lagi aku menyanyikan lagu cinta ‘Yang Sempurnakanku’, nyanyian 6ixth Sense. Mimpi semalam benar-benar membahagiakan aku. Kalau boleh, aku tidak mahu terjaga dari dunia itu. Tapi aku sedar, mimpi itu sama sekali tidak akan muncul di dunia realiti, hanya di dunia mimpi. Ada rasa kesal namun aku yakin pada janji Allah, sesungguhnya Yang Maha mengetahui ke atas sesuatu itu adalah Allah.

Aku melangkah masuk perlahan ke bilik Kirana. Kelihatan, teman serumahku itu masih nyenyak tidur. Entah-entah, si Kirana ni pun tengah mimpi kahwin-kahwin. Sempat hati kecilku berbisik.

“Na, bangun Na, dah pukul 6 lebih ni. Solat subuh yer”.

Berkali-kali dikejutkan tapi tiada respon dari Kirana. Aku jadi penasaran. Biar betul minah ni, tidur mati ke apa. Disentuhnya badan Kirana.

“Ya Tuhan, panas ni, Na, kau demam ke?panas gila ni”

“Na bangun Na!”

Aku bergegas membawa Kirana ke hospital. Tapi doktor meminta Kirana ditahan untuk beberapa hari dan saat itu aku tidak tahu siapa yang patut aku hubungi. Ibu bapa Kirana jauh, dan aku kalau boleh tidak mahu merisaukan mereka. Aku yakin, Kirana juga tidak mahu aku berbuat demikian. Pantas, tangan aku mengambil Blackberry di dalam handbag Boniaku. Dicarinya nama Azri, teman lelaki Kirana. Mungkin aku patut memberitahu Azri, paling tidak, boleh jugak dia tengok-tengokkan si Kirana ni. Aku perlu ke sekolah, ada tugasan yang perlu diselesaikan. Lagi pula, Seminar PMR dah tak lama dah, bila dilantik sebagai Co-ordinator Seminar ni, memang macam ni lah, sibuk jer memanjang. Yang aku geram, cikgu-cikgu lain buat endah tak endah jer. Sakit hati aku. Sabar jer la dengan mereka ni.

Nombor Azri di dail . . .

“Hello, assalamualaikum Azri, ni Leeya ni, ermmm. Aku ada hal nak cakap dengan kau, pasal Kirana. Ermmm, macam ni, Kirana baru je kena tahan” Aku seakan teragak-agak untuk memberitakan keadaan Kirana pada Azri.

“What?? tahan? dia buat kes jenayah ape pulak?, kau jangan main-main Leeya”

“Eh, bukan bukan, adoyai, bukan kena tahan lokap, kena tahan hospital la, demam panas”

“Astaghfirullah, semalam Kirana ok jer. Dia kat mana sekarang? wad mana? Apa doktor cakap? dia ok kan?”

“Yie, boleh tak kau bertenang? tarik nafas, pejam mata, bukak mata, haaa, sekarang kau senyum. Kirana dah ok, cuma doktor perlu tahan dia untuk beberapa hari. Risau kalau-kalau terkena jangkitan demam denggi ke ape” ” so, sekarang ni, aku perlukan pertolongan kau, aku memang tak boleh miss sekolah hari ni, mintak tolong kau temankan si kirana tu, kau boleh tak ni Azri?”

Azri senyap. Dan aku masih menanti jawapan darinya. Lama.

“Hurm, Leeya, aku bukan tak mahu, tapi kau kena faham kerja aku macam mana. Bukan senang aku nak keluar-keluar ni. Lagipum semalam aku dah mintak half-day sebab nak keluar dengan dia”

Aku terpaku mendengar jawapan dari Azri. Tadi bukan main beriya-riya, risaukan si Kirana, sekarang ni lain pula ceritanya. Sungguh aku tak faham. Lagi pula, ape kes nya mamat ni siap mengungkit-ungkit half-day dia. Itu pun nak berkira ke, jumpa teman wanita sendiri kot. Dush!

“Kau memang tak boleh ke Azri? Aku tak sampai hati la nak tinggalkan Kirana sorang-sorang kat hospital sana”

“Sorry la Leeya, aku memang tak boleh. Eh Leeya, ok la, aku ada meeting ni. Nanti apa-apa, jangan lupa inform aku yer, bye”

****Talian terputus****

Fuhhh, memang mencabar kesabaran aku. Macam mana si Kirana boleh sayangkan kau pun aku tak tahu. Nak tak nak, aku kenalah call pihak sekolah. Minta cuti, lagipun aku perlu buat report pasal kesihatan Kirana pada pihak sekolah.

*****

Aku melihat jam di tangan aku. Laa, dah pukul 12 ni. Patutla lapar semacam jer. Dahla aku lupa nak ambil breakfast pagi ni. Segera tangan aku mencapai telefon bimbitku, mencari nama Rayyan. Best jugak kalau dapat lunch sama-sama. Hehe. Senyum sorang-sorang lagi. Dah angau agaknya aku ni.

“Nak call ke, nak mesej, nak call ke, nak mesej” ujarku dalam keadaan keliru. Hailaaa, macam budak-budak jer aku ni. Ermm, mesej la, tak ada la mengganggu sangat kalau dia ada meeting pun.

“Yan, are you busy?” -Mesej pertama dihantar-

“Hi Leeya, no, I’m not. Just finished my meeting. Wanna have lunch together? will pick u up =) ” -Diterima-

Wahhh, ada smiley, sukanya!! Hehe

“Sure, but I’m still at the hospital. Can you?” -Mesej kedua dihantar-

“No worries, will be there as soon as I can, can’t wait to see you =) ” -Diterima-

“Alright Rayyan, drive carefully, see you soon” -Mesej ketiga dihantar-

Jiwa wanita aku memaksa untuk tidak terlalu berharap. Risau kalau-kalau dikecewakan. Tapi jauh disudut hati, aku mengharapkan dia, Rayyan; yang bakal menemani sunyi hati aku. Yan, Leeya tak mampu nak tolak perasaan ni, tapi Leeya juga tak mahu mempunyai harapan yang terlalu tinggi. Cukup la, hanya Leeya yang tahu. Sekiranya, Yan untuk Leeya, Leeya terima, dan Leeya akan tunggu Yan. Dan andainya, Yan bukan untuk Leeya, Leeya redha dengan ketentuanNya.

“…dan dua orang yang saling mencintai karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya….” (HR. Bukhari dan Muslim)

Doa Leeya cuma satu,

“Ya Allah, jika dia benar milikku..dekatkanlah hatinya dengan hati ku..dan jika dia bukan milikku…damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu”

*****

—————–

PART 2

Pertemuan tengah hari tadi benar-benar membuat hati kecilku luluh. Sedih? Mungkin. Atau lebih tepat untuk aku katakana bahawa aku takut untuk kehilangan dia.

“Leeya, Yan ada something nak beritahu Leeya, ermmm”

Lama Rayyan membisu, seakan-akan ada sesuatu yang merunsingkan dia.

“What? Yan nak kahwin? Dengan siapa? hehe” dalam gelak aku, aku dapat rasakan getaran yang cukup kuat. Sebenarnya gurauan itu sendiri mampu mengguris hati aku.

“Leeya, please….”

“Yes Yan, tell me…”

“Yan diarah untuk bertugas ke luar negara. Dan mungkin lama, tapi Yan tak pasti”

Aku senyap. Sedih, Pilu. Aku seolah-olah hilang dalam dunia aku sendiri. Meninggalkan Rayyan tanpa jawapan.

“Leeya, are you listening to me?” “Leeya…..”

“Leeya dengar Yan. So? kenapa Yan sedih jer? sepatutnya happy la, to be the chosen one, representing your company”

“Leeya, I don’t want to be apart from you. Leeya tak sedih?”

Sedih? Yer, Leeya sedih Yan. Tapi Leeya tak punya pilihan. Kadang-kadang aku keliru. Sukar untuk aku membaca isi hati seorang lelaki. Bagi aku, kepercayaan itu bukan letaknya pada kata-kata, bukan juga pada tindakan tapi pada hati. Aku pernah kecewa sebelum ini. Aku tenggelam dengan kata-kata janji manis seorang lelaki, dan aku terperdaya dengan layanan lelaki yang cukup kalau aku label sebagai ‘gentleman’. Semuanya dusta belaka. Aku hanya boneka bagi mereka. Sejak dari itu, aku takut untuk percaya pada insan yang bergelar lelaki.

Aku mula mengenali Rayyan ketika kami sama-sama menuntut di luar negara. Yang membezakan kami, hanyalah jurusan yang kami ambil. Perkenalan kami, membuahkan rasa sayang. Mungkin hanya aku yang merasakan demikian. Rayyan? Aku tidak pasti. Kami bukan pasangan kekasih, bercinta? sama sekali tidak. Tapi kami punya kisah kami yang tersendiri. Ramai yang hairan dengan status hubungan aku dan Rayyan, bila ditanya “Is he your boyfriend?” Pantas mulutku menjawab “Oh, no, he’s just a good friend of mine”. Aneh kan? Sedaya upaya untuk menyembunyikan rasa hati.

*****

“Woit! Berangan je memanjang. Ingatkan Rayyan ke? Takkan dah rindu kot” Kirana menyampuk. Aduh, Na. Aku tengah asyik berkhayal, time ni jugak la kau nak kacau aku kan. Wahhh, bingit bingit!

“Hish kau ni Kirana, mana ada. Kalau pun aku rindu, aku pasti rindu aku itu hanya rindu untuk seorang sahabat. Tak lebih dari itu. Yang kau ni pulak macam mana. Apa cerita terkini kau dengan mamat Azri tu? Dah berbaik ke?”

“Azri? siapa? Haha. Entah la Leeya, aku pun tak pasti dengan perasaan aku sekarang. Macam dah hilang kepercayaan. Aku rasa aku ni macam klinik la. Bila dia sakit, dia datang. Kalau dah sihat, dia meronta-ronta ke Redbox sana”

“Aku ni, lagi la tak faham dengan korang berdua. Gaduh-gaduh, alih-alih, dua tiga hari lepas tu, elok la pulak. siap dating-dating candlelight dinner bagai”

“Leeya, aku dah cuba yang terbaik untuk hubungan kitaorang. Aku cuba untuk faham dia. Tapi aku rasa, aku dah makin jauh dengan dia. Aku dah tak kenal dia Leeya. 6 tahun seolah-olah tak cukup untuk aku cuba memahami dia. Aku tak tahu dimana kurangnya aku”

“Kirana, aku tak punya kisah cinta yang hebat untuk aku kongsi. Tapi aku punya kisah cinta yang cukup sempurna untuk mematangkan aku. Kecewa yang aku rasa, mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Aku kadang-kadang terfikir, macam mana kau boleh bertahan dengan dia sampai sekarang. Dan aku respect dengan kesetiaan kau”

“Tak apa la Leeya, biar masa yang menentukan semuanya. Aku yakin pada janji Allah. InshaAllah. ”

*****

Malam itu aku menerima panggilan dari Rayyan. Terasa terhibur. Yer, aku memang terhibur dan aku adalah insan yang paling bahagia.

“Hello, assalamualaikum Leeya”

“Waalaikumussalam Yan, how’re you doing? been great?”

“I’m not doing fine Leeya. Missing my Aleeya Natasha”

Sumpah, berdegup kencang hati aku saat dan ketika itu. Macam buah kelapa jatuh atas kepala, eh bukan bukan. Macam rasa terkena suntikan cinta.

“Yan, be serious please….”

“Leeya, do you think that I’m lying to you? I have never lied my feelings. And please Leeya, tell me for sure, don’t you miss me honey?”

“Of course I do, as a friend. And I will always do Rayyan”

Aku ketawa kecil. Dan saat itu aku mendengar keluhan Rayyan. Seolah-olah, kecewa dengan jawapan yang aku berikan. Maaf Yan, Leeya tak mampu. Leeya tak kuat untuk berlaku jujur. Bukan Leeya tak rindu, rindu sangat-sangat Yan. Cuma Leeya tak mahu kisah lama berulang kembali.

“Never mind, Yan nak merajuk. Yan dah tak mahu contact Leeya selagi Leeya tak rindukan Yan. Deal?”

“Ok, Leeya, I have got to go. My clients are all here now. Oh ya, selamat malam untuk Leeya, take care sweetheart, miss me ya, assalamualaikum”

Belum sempat aku menjawab salam, talian telah diputuskan. Aku berbisik sendiri “Rayyan, awk dah benar-benar mencuri hati saya” sambil tersenyum manja. Aku mahu mimpi indah, hanya aku dan dia. Boleh kan?

—-

PART 3

Seminggu berlalu, dan seminggu itu juga aku kehilangan berita dari Rayyan. Merajukkah dia pada aku, atau dia benar-benar tidak mahu menghubungi aku. Aku membiarkan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan. Biarlah kiranya masa yang menentukan, lagipun aku bukan siapa-siapa pada dia, bukan kekasih hati, tunangan? Jauh sekali tidak. Aku hanya teman biasa, seperti teman-teman wanitanya yang lain. Dan aku faham itu.

*****

“Leeya!! kau dah siap belum, cepatla…nanti lewat pulak nak ke sekolah, pagi ni kan morning assembly, kau jangan buat-buat lupa” Laung Kirana dari dapur. Dia sedang sibuk menyediakan breakfast, dan pastinya aku dapat merasakan sesuatu yang enak.

“Ya iya la, aku tinggal nak pakai lipstick je ni” Aku mengambil lipstick Maybelline aku, sambil itu aku mencapai ‘Carlo Rino’ aku di atas katil. Aku dan Kirana mempunyai minat yang sangat berbeza. Jika nak dibandingkan, Kirana lebih meminati gadgets khususnya handphone. Setiap tahun pasti akan ditukarnya, sekarang dia menggunakan Nokia 97 Mini, beribu juga harganya. Alah, aku confirm mesti dua tiga bulan lagi si Kirana ni tukar IPhone. Aku bermonolog sendiri. Berlainanan dengan aku, aku lebih meminati handbag, kasut, barang kemas, serta banyak lagi. Aku kira aku ni type yang ‘girly girly glamour’ la. Bagi aku, aku mahu dipandang sebagai seorang yang mempunyai personaliti tersendiri. Cukup kalau pelajar-pelajar aku tersenyum melihat aku.

“Wahhh, Kirana, aku sayang bangat sama kamu Na. Nasi Lemak ya? Macam tahu-tahu je aku tengah mengidam ni” Kata-kata aku berbaur pujian. Sempat aku menjeling pada Kirana.

“Tak usah duk mengarut la Leeya, meremang aku dengar. Haha. Eh, kita kena cepat sikit, aku tak mahu lewat sangat. Nanti kan tak pasal-pasal kita kena berdiri dengan pelajar lewat. Jatuh air muka aku Leeya sebagai guru yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang ni!” Aku ketawa mendengar bicara Kirana. Ape ke benda la budak ni merepek, sah-sah la putus fius. Ada hati nak jadi guru Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Nak buat Lesson Plan pun malas. Aku ketawa kecil melihat gelagat si Kirana.

“Kot yer pum, jangan la gelabah sangat, bagi la aku makan dulu Na. Bukan jauh mana pun sekolah kita tu”

*****

Setelah di ‘punch card’. Aku segera ke bilik guru, mengambil buku kedatangan kelas 3 Jujur. Tahun ini aku ditugaskan sebagai guru kelas 3 Jujur. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar. Sekolah ini mempunyai nama yang tersendiri, ramai pelajarnya yang terdiri dari golongan anak-anak orang kaya, serta anak-anak artis. Datang ke sekolah dihantar oleh driver, yang tak tahan naik BMW. Whoahh, hebat kan. Aah, hebat la. Cuma kadang-kadang, aku kurang senang dengan segelintir dari mereka yang penuh dengan lagak. Pernah suatu ketika, seorang pelajar mempersendakan Cikgu Arini, guru Bahasa Melayu. Dan aku masih ingat akn peristiwa itu. Cukup jelas.

“Ek eleh, cikgu naik kancil je? Macam semut saya tengok cikgu. Kecik je, cikgu tu dah la kecik. Ni kalau saya tiup nie, sumpah terbang cikgu. Bukan setakat cikgu je, dengan kancil-kancil cikgu terbang sekali. Hahaha”

Cukup kurang ajar. Tapi aku tidak kisah, lagipun yang kaya bukannya mereka, mungkin kerana hidup mereka terlalu dimanja-manjakan. Aku tidak mampu untuk membeli kereta Honda, tapi cukup la dengan Suzuki Swift aku ni. Haaa, yang penting aku bayar CASH — TUNAI

*****

Tugasan disekolah hari ini semuanya berjalan lancar. Kerja aku pun dah selesai, dan aku mahu segera pulang ke rumah. Yeahaaaa! Oh ya, Kirana sudah diangkut oleh Azri untuk makan malam. Dan aku? Macam biasa, sendirian lagi. Anyone? Ohh, boleh hubungi saya di nombor – 013355****. Wah wah wah, promote nombor sendiri. Hehe.

Selesai sahaja solat maghrib, aku menerima panggilan dari ‘Unknown number’. Boleh pulak dia nak ‘unknown, unknown, buat je la known apa susah’. Luah aku seakan menyindir.

“Hello, assalamualaikum Aleeya”

“Waalaikummusalam, siapa yer?”

“Hai, dah tak ingat dah, sombong yer kamu sekarang Aleeya, hehe”

Wahhh, sedap mulut. Cakap aku sombong. Dush!

“Sorry, memang tak kenal” Sungguh aku tidak gemar untuk melayan lelaki. Lagi-lagi yang aku tak kenal. Gerutu hati aku. Hish.

“I’m Shahrul, Aleeya. Takkan dah lupa”

Saat itu, baru aku ingat. Ya, Shahrul!

“Ermmm, sorry Rul, I didn’t recognise your voice”

Shahrul, insan yang pernah ada di hati aku. Tapi itu dulu, sekarang, tidak lagi. Kami hanya teman biasa. Perasaan sayang itu sudah lama terkubur, dan aku tidak mahu mengingatinya lagi.

“Aleeya, awak free tak malam ni? Saya nk ajak awak dinner sama-sama. Itupun kalau awk sudi.”

Aku teragak-agak untuk menerima pelawaan itu. Mungkin juga tidak salah untuk aku menerimanya. Lagipun aku sering kali menolak pelawaan Shahrul sebelum ini. Kesian pula pada si Shahrul ni.

“Ermm, Aleeya free je. Tapi kalau boleh, Aleeya tak mahu jauh-jauh. Kita dinner dekat-dekat ini je boleh kan Rul?”

“Ok Aleeya, no worries, Ali Cafe ya? Lagi 20 minit, Rul datang jemput Aleeya ya”

*****

Aku tidak dapat lena malam itu. Perbualan antara aku dan Shahrul betul-betul menganggu fikiran aku. Ya Tuhan………

“Aku pasti hati ini hanya untuk dia —- Rayyan ”

—————–

PART 4

“You and your Mango juice, hehe, memang tak boleh berpisah erk?” Sindir Shahrul. “So, how’s your life now?” sambung Shahrul. Aku tidak mengerti akan pertanyaan dia, dan jawapan aku amat ringkas dan padat.

“Great, and will always be, InshaAllah, and you, Rul?”

“Saya macam biasa Aleeya, tidak ada yang menarik, yang menarik dalam hidup saya, hanya awak” Tajam tenungan Shahrul, dan aku tahu apa yang dia cuba sampaikan. Aku cukup faham apa yang dia mahukan dari aku. Tapi sedaya-upaya aku mengelak dari renungan itu.

Antara Shahrul dan Rayyan. Masing-masing punya sikap yang berbeza. Shahrul lebih kepada sikap kebudak-budakan, dan benar aku suka melayan dia. Aku mahu kasih sayang aku di kongsi. Dan antara aku dan Shahrul memang kami pernah berkongsi kasih sayang yang sama. Tapi Shahrul silap, aku juga perlukan perhatian dari dia. Aku juga mahu dimanjakan. Saban hari, hanya aku yang berusaha, menelefon dia setiap malam, menghantar mesej dan memberitahu setiap apa yang aku lakukan. Tapi dia tidak. Seolah-olah, aku tidak pernah wujud dalam hidup dia. Aku tahu dia sayangkan aku, tapi sayang saja tidak cukup dalam sesebuah hubungan. Berbeza dengan Rayyan. Rayyan mempunyai pemikiran yang sangat matang. Sikap Rayyan yang bertanggungjawab betul-betul mencuit hati aku. Pernah sesekali dia menyuarakan hasratnya untuk menikahi aku. Tapi aku sendiri tidak pasti, jikalau apa yang disampaikan hanyalah sebagai gurauan atau sebaliknya. Jangan risau, aku anggap itu hanyalah gurauan, tak lebih dari itu. Ketika hubungan aku dan Shahrul retak, Rayyan ada disisi aku, sebagai sahabat. Saat itu aku amat berterima kasih, kerana kekecewaan yang aku hadapi diganti dengan saat-saat yang cukup menggembirakan. Aku berjaya melupakan Shahrul, walaupun lama masa yang aku ambil.

*****

Pagi itu, aku hairan melihat Kirana. Wajahnya kelihatan suram. Ada masalah ke mak cik nie. Ni tak lain tak bukan mesti pasal si mamat Azri. Tak faham aku. Apa lagi la yang Azri nak. Aku kira Kirana ni dah cukup baik, dah banyak bersabar dengan perangai dia. Setia? Memang aku berani potong jari yang Kirana memang seorang yang setia. Tapi aku perasan la jugak, dah berhari-hari Kirana tidak dihubungi. Seingat aku, kali terakhir mereka berjumpa adalah malam aku keluar makan dengan Shahrul tempoh hari, Isnin rasanya. Hari ni dah hari sabtu. Ermmm, no wonder la, wonderpets pun monyok je, sebab shooting cancel rupanya.

“Kirana, kau ok tak ni? Semacam jer aku tengok. Ni kau tengok TV ke, TV yang tengok kau?” Sindir aku.

“Errr, aku ok Leeya, Cuma tak sedap badan sikit je”

“Yer ker kau tak sedap badan, atau hati kau yang tak sedap?”

“Entah la Leeya, aku pun tak tahu, sampai satu saat aku rasa aku nak give up je, tapi aku tahu, aku tak boleh” Perlahan kata-kata Kirana. Aku tahu, jauh di sudut hatinya terdapat pelbagai persoalan yang bermain di kotak fikirannya. Memikirkan si Azri yang kadang-kadang muncul dan kadang-kadang menghilang benar-benar menguji kesabaran cinta Kirana.

“Dah agak dah, pasal si Azri. Bosan aku dengar. Aku dah tak sanggup tengok kau sakit macam ni. Bila dia perlukan kau, dia cari kau, pujuk rayu kau, tapi bila dia tak nak, ditinggalnya kau tepi jalan macam tu jer. Kirana, aku faham apa yang kau rasa. Tapi aku rasa, cukup-cukup la kau sakitkan hati kau tu. Ramai lagi yang nak kan kau. Tinggal tunggu nak isi borang online je. Ikutkan yang kat luar tu, memang tinggal tunggu nak beli broadband je”

“Easier said than done Leeya, kau tak faham apa yang aku rasa. Apa yang pernah aku alami. Tak apa la Leeya, aku nak rehat dalam bilik dulu. Thanks Leeya”

Lor, emo pulak, salah ke apa yang aku cakap tu. Aku rasa dah betul dah, kalau salah pun tatabahasa je la. Terpulang la Kirana, aku dah cakap apa yang aku perlu cakap. Selebihnya terpulang pada kau. Tapi jauh disudut hati, aku bimbangkan Kirana. Apa yang mampu aku buat hanyalah mendoakan yang terbaik untuk dia. Jika benar Azri milik Kirana, aku mohon Ya Allah, dekatkan hati mereka dan satukan hati mereka dalam redhaMu.

*****

Selesai sahaja makan malam, aku bergegas ke bilik. Mahu isitirehat. Kirana tidak turun makan malam. Masih berkurung di dalam biliknya. Sakit kan bila bercinta ni, kalau yang tengah bahagia tu memang la manis, dah kalau yang sarat dengan luka ni, confirm la parah sikit.

Aku hairan melihat pintu bilik Kirana terbuka, aku berjalan menuju ke biliknya untuk melihat keadaannya. Kirana kelihatan sudah terbaring di atas katil, pasti sedang nyenyak tidur. Penat barangkali memikirkan masalah yang menimpa dirinya. Di lantai bilinya, penuh dengan kertas-kertas yang digumpal-gumpal.

“Aik, boleh tahan rajin minah ni, tak kan dah siap buat lesson plan untuk kelas minggu depan kot.” Bisikku perlahan.

Digapai nya kertas-kertas yang berselerak itu. Niatnya mahu dibuang sahaja, biar Nampak kemas bilik Kirana. Tapi ada sesuatu yang menghentikan aku. Tergerak hati aku ingin melihat apa yang ditulis dan saat itu, aku bergelinangan air mata. Ya Allah, kenapa aku tidak pernah tahu akan kisah ini.

“Azri, mungkin awak dah lupa kisah kita. Tapi yang saya pasti, kisah antara awak dan saya, akan saya kenang sampai bila-bila. Kenapa kita dah tak macam dulu ya Azri? Sebab awak dah tak sayang ke? Atau awak dah mula bosan dengan saya?. Saya cuma mahu penjelasan dari awak, Azri. Awak tahu kan betapa bernilainya awak pada saya. Awak tahu kan yang awak adalah sebahagian dari saya? Saya mahu lari dari kesakitan ini. Tapi saya tak mampu Azri. Saya tak kuat. Saya dah cuba yang termampu untuk rawat luka saya, tapi saya tak berdaya. Awak ingat tak kali pertama awak luahkan cinta awak pada saya? Saya cukup kagum dengan kesungguhan awak. Dan saya jatuh cinta dengan usaha awak. Ingat tak dulu, ketika kita sama-sama di sekolah. Saya ada minat seorang senior. Nama dia Zul dan saya minta awak jadi posmen saya. Sampai kakak-kakak senior pun tahu yang saya minat dia. Tapi saya dapat tahu, dalam kisah awak menjadi posmen untuk saya. Awak mula sayang saya, tapi saya tak sedar. Sampai la satu saat, di waktu perhimpunan pagi ketika saya naik ke pentas. Kawan-kawan yang lain menjerit-jerit nama awak pada saya ‘Yie !!! Yie !!!’ Hairan kan? Aah, saya pun pelik. Ramai yang cuba kenan kan saya dan awak. Lama kemudiannya baru saya tahu yang awak minat saya. Saat saya digantung sekolah, sekali lagi awak menjadi posmen saya. Tapi bukan lagi posmen kepada saya dan Zul. Tapi awak merupakan posmen yang menyampaikan semua kerja-kerja sekolah saya yang tertunggak. Terima kasih ya Azri. Ermm, awak ingat tak lagi Azri ketika awak buat kejutan ketika kawad kaki?. Awak pakai baju putih dan dibelakangnya tertulis nombor ‘91’, itu nombor saya kan, awak cat baju awak kan? Dan saya sama sekali tidak menyangka keesokannya, awak luahkan cinta awak pada saya. Tapi sayang, saat tu saya tak boleh terima awak kerana saya baru sahaja selesai hukuman gantung yang dijatuhkan oleh pihak sekolah. Saya tak mahu lagi terlibat dengan masalah. Saya juga tak mahu kecewakan ayah dan mak saya. Apa-apa pun, kita still kawan kan? Aah, kawan yang baik. Ada suatu hari tu, saya tuliskan sesuatu pada awak. Saya tampal nota tu pada meja awak “if you want me, you have to get 7′as n above..then i’ll be yours”. Saya ingatkan awak dah buang kertas tu, rupanya awak masih lagi simpan. Saya terharu. Entah, mungkin saya dah mula sayangkan awak. Saya sendiri tak pasti. Selepas itu, kita mula berusaha untuk compete each other untuk SPM akan datang. Petang-petang saya study dengan Saiful, kawan awak, awak ingat tak? Masa tu, awak tengok je saya dengan Saiful. Saya tahu awak cemburu. Setahun berlalu, result SPM diumumkan. Awak tak dapat 8A seperti yang saya mahukan, tapi awak tahu kan, saya tetap terima cinta awak disebabkan kesungguhan awak. Dan saya nak awak tahu, cinta dan sayang saya bukan diukur dengan A yang awak dapat, cukuplah kiranya awak tahu, yang awak berjaya dapat 8A di hati saya”

Sekarang baru aku tahu kisah mereka. Mereka punya kisah yang tersendiri. Kisah yang aku pasti, Kirana tak mampu nak lupakannya. Saat Azri mengecewakan Kirana, Kirana cuba untuk selitkan rasa sakit itu dengan kenangan yang mereka pernah ada. Sungguh aku kagum betapa utuhnya cinta kamu Kirana. Aku tersenyum melihat Kirana. Aku minta maaf Kirana, kalau kata-kata aku buat kamu sakit. Ketika itu, aku terkenangkan Rayyan. Kali ini, sudah hampir 2 minggu aku tidak menerima apa-apa berita darinya. Perlukah aku menghubungi dia? Arghh, biarkan saja. Lebih baik begini, aku tidak mahu ada cinta antara aku dan dia. Egokah aku?

Rayyan —- relationship status | unknown, dan aku? Aku tidak mahu berharap pada benda yang tidak pasti. Lebih baik begini.

“This isn’t love, right? It’s just a bad feeling”

“When you close your eyes, who appears first?”

I close my eyes and I see him, standing right beside me —- Rayyan

PART 5

Malam itu, aku seolah-olah tersedar dari mimpi. Mungkin kisah aku dan Rayyan hanya wujud di dalam dunia mimpi aku, bukan pada realitinya. Dan saat itu, aku merasakan seperti hati aku digunting-gunting halus. Perit yang amat. Aku pernah membayangkan sesuatu yang indah antara kami. Tapi mungkin juga benar, ianya hanya tinggal bayangan. Tapi aku mohon untuk kali ini, aku ingin menangis, aku mahu pergi jauh dari dia, dan kalau boleh aku mahu pertemuan aku dan Rayyan tidak pernah wujud sama sekali. Boleh kan?

Pelbagai soalan muncul di benak fikiran aku. Kenapa hati wanita cukup halus untuk disentuh oleh lelaki? Dan kenapa wanita hanya menjadi tempat mainan lelaki. Siapa aku di mata kamu Yan? Seorang sahabat? Teman? Atau sebenarnya aku ini tidak pernah wujud dalam hidup kamu sama sekali? Kali ini aku nekad, biarlah kiranya, aku lari dari dia. Aku mahu ubati luka aku. Benar, antara kami hanya la teman biasa, tidak lebih dari itu. Aku yang salah. Aku salah mentafsirkan setiap layanan Rayyan, dan aku juga salah kerana terlalu terbuai-buai dengan kata-kata Rayyan. Tapi Yan, mimpi Leeya tak salah kan Yan? Leeya mimpikan Yan, dan Yan tak pernah tahu kan?

*****

Setelah 2 minggu tidak dihubungi oleh Rayyan, malam itu aku berhasrat untuk melayari internet. Lagipun sudah lama benar aku tidak meng ‘update’ facebook aku. Aku masuk pada Homepage, cuba untuk menjengah-jengah latest news daripada kenalan-kenalan yang lain. Tiba-tiba, lamunan aku terhenti pada status Rayyan. “currently in Malaysia” 2 days ago. What??? Aku terkejut. Kenapa Rayyan tidak memberitahu aku? Sama sekali tidak menghubungi aku untuk memberitakan kepulangan dia. Aku click pada page Rayyan. Rayyan’s wall, tertulis sesuatu “Hi Rayyan, jumpa nanti ya” 1 day ago. Another wall post, “Rayyan, kamu pick up saya ya nanti, thank youuuu =)”. 55 minutes ago from Fifi Ahmad. Aku tidak tahu kenapa aku sakit hati melihat kedua-dua wall post itu, walhal aku sedar aku tidak harus sama sekali berperasaan sedemikian. Cemburukah aku? Yer, aku cemburu ! Puas hati kamu Yan? Yan, kenapa perlu ada kata-kata manis Yan? Atau mungkin juga benar aku hanya perasan sendiri. Aku biarkan semua bisikan itu, saat itu air mata aku mengalir laju. Aku sebak. Ya Allah, kenapa perlu ada rasa sayang ini? Aku tak minta untuk disakitkan untuk kedua kalinya Ya Allah.

“Perempuan cukup mudah untuk jatuh cinta, perempuan juga cukup mudah untuk disakiti”

*****

Seperti kebiasaannya, hari Ahad, aku dan Kirana akan meluangkan masa bersama-sama menonton wayang dan bermain bowling. Tempat yang menjadi sasaran utama kami selalunya Mid Valley. Lagi pula tempatnya tidak jauh dari rumah kami di Bangsar. Setidaknya, aku tidak perlu tersangkut dalam trafik jam. Maklumlah, hujung minggu pasti ramai yang keluar untuk meluangkan masa bersama keluarga, pasangan, dan teman-teman yang lain.

Kami memilih untuk menonton movie ‘He’s just not that into you’, arahan Ken Kwapis dan lakonan oleh Morgan Lily, Trenton Rogers, Michelle Carmichael. Selesai sahaja menonton, kami bergerak ke Restoran Nandos. Sudah lama benar tidak makan disana. Aku cukup suka pada sos Peri-Peri Nandos, ada kelainan berbanding sos yang lain.

Ketika sedang menantikan makanan yang kami order untuk sampai, aku mengimbas kembali beberapa dialog menarik didalam movie itu.

I just need you to stop being nice to me unless you’re gonna marry me. — Beth

—– Could you do that Rayyan? Stop being nice to me?

How stupid is it that a girl has to wait for a guy’s call anyway, right? — Gigi

—— So it’s true that I’m stupid enough waiting for him to call

If a guy doesn’t call you, he doesn’t want to call you. — Alex

—— So be it.

What if you meet the love of your life, are you supposed to let them pass you by? — Mary .

—— This time I will let you pass me by Rayyan

Lamunan aku terhenti dengan teguran Kirana. Aku tahu Kirana sedar akan perubahan sikap aku. Aku banyak termenung dan aku juga tidak banyak berbicara hari ini.

“Leeya, kau ada masalah ke? Semacam je aku tengok kau hari ni. Biasanya kau la yang kepoh”

“Tak ada la, aku ok je la Kirana, macam biasa je, mana ada lain nya, perasaan kau je tu”

“Leeya, kot yer pum kau nak tipu, tak usah la kau berangan dapat tipu cikgu yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang macam aku ni, aku dah masak benar dengan perangai kau”

“Haiiii, aku rasa kau yang lain Kirana. Berbunga-bunga je kata-kata kau hari ni? Kau mimpi bunga apa semalam? Kekwa? Bunga raya? Ke bunga tahi ayam?”

“Banyak la songeh kau Leeya, tak ada mimpi-mimpinya. Malas layan kau, senyap lagi bagus. Ni haaaa, tak sabar tunggu ayam nandos ni, kan ada jugak aku bantai peri-peri ni dulu, tak pasal-pasal aku berperi nanti!”

Aku sangka kata-kata Kirana terhenti disitu, tapi masih ada sambungannya. Dush. Kirana Kirana.

“Leeya, kenapa kau tak beritahu je si Rayyan yang kau suka dia? Ape salahnya, lagipun aku rasa kau tak rugi apa-apa pun. Paling tak pun kau dapat malu je. Tapi dah kalau sayang kau tu terbalas, takkan bonus untuk kau?”

“Hish, apa yang kau merepek ni Kirana, aku dengan Rayyan biasa je la. Tak adanya sayang-sayang, cinta-cinta ni”

“Wooo, relax relax, aku tak cakap apa-apa pun pasal cinta, yang kau sebut-sebut ni kenapa?, ada apa-apa ke?” Kirana sempat mengerling mata kedua-dua matanya pada aku.

Alamak, terkantoi la pulak dengan si Kirana ni. Alahai, nasib la kau Aleeya.

“Tak apa la Kirana, kalau pun aku sayang pada Rayyan, aku rasa baik aku pendam je, boleh jugak jadi cinta syahid? Tak gitu? Hehe” sempat pulak aku gelak-gelak.

“Hurmmm, iye la tu Leeya, syahid la sangat, jangan sampai kau yang tersyahid sama sudah lah Leeya”

—————————-

PART 6

Esok secara rasminya bermulalah cuti pertengahan tahun sekolah. Hari jumaat. Ermm, kelas tamat awal hari ni. Tapi aku masih ada satu lagi kelas, tingkatan 2 Dedikasi. Aku berjalan melalui koridor bangunan blok A. Blok A adalah bangunan khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala Pelajar tingkatan 4 dan 5 ditempatkan di blok B. Dari jauh, pelajar aku sudah dapat mengagak kehadiran aku. Mana taknya, dengan kasut tumit tinggi aku ni, boleh buat gempa sekolah agaknya. Boleh tahan kuat bunyinya. Dari jauh, aku boleh dengar, jeritan pelajar kelas aku, “Weyhh, teacher dah datang!”. Yang sorang ni, berlagak jadi petanda la, supaya pelajar-pelajar yang lain bersedia.

Aku memang agak tegas dengan pelajar-pelajar aku, cuma ketegasan aku bertempat. Dan adakalanya aku melayan mereka sama seperti anak-anak kecil yang masih belajar untuk mengenal dunia. Selalunya, aku akan selitkan rehat selama 5 minit. Waktu ini aku gunakan untuk menceritakan pengalaman aku ketika menuntut di luar negara. Tak ada la mereka merasa bosan ketika di dalam kelas. Kadang-kadang, sesi ini aku gunakan untuk mereka berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Jadi dengan cara ini, mereka dapat membiasakan diri meggunakan bahasa Inggeris.

Selesai sahaja kelas pada tengahari itu . .

“Thank …… you…… Teacher!!” Mereka ramai-ramai berdiri mengucapkan terima kasih.

“Welcome, oh ya, please make sure you do all the tasks that I have assigned! and don’t forget to practise speaking in English with your friends, even with your family. Take a good care of yourself ya” Aku menghadiahkan senyuman kepada semua pelajar aku.

Sebelum sempat aku keluar dari kelas tersebut, aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki — Zaqwan.

“Teacher wait!”

“Yes Zaqwan, is there anything else?”

“I have got something to give you, teacher; an invitation card”

Aku pelik. Invitation card? Nak invite aku kemana?

“What? An invitation card? For me?” Aku kelihatan hairan.

“Yes teacher comel, opps, ok, take care teacher, balik dulu ya” sempat dia mengeyitkan matanya padaku. Wahhh! Nakal jugak kamu ni yer Zaqwan? Aku tersenyum sendiri melihat telatah pelajar aku.

Perlahan aku membuka sampul itu. Zaqwan !!!! ketika dan saat itu juga aku mahu menjerit! Aduhh, memang bikin aku pusing la kamu ni. Nakal ! gerutu hati aku. Tapi comel.

“Dijemput ke Majlis Perkahwinan anak lelaki saya

Muhammad Hadi Zaqwan

Dan pasangan pilihannya

Nur Aleeya Natasha”

Aku masih teringat ketika aku mula-mula mengajar di sekolah ini. Seorang pelajar tingkatan 1 pernah menegur aku.

“Morning teacher !”

“Morning!” Aku menjawab ucapan tersebut disertakan sebuah senyuman manis untuknya.

“Teacher, teacher, saya nak jadi boyfriend teacher boleh tak?”

And I was like, huh? Kidding me kid? Dan sampai sekarang aku masih ingatkan peristiwa tersebut. Nak tahu siapa pelajar itu? Pelajar tersebut adalah Zaqwan, sudah setahun rupanya kisah ini.

*****

Malam itu aku dan Kirana makan malam bersama. Seolah-olah meraikan cuti yang kunjung tiba. Aku menyediakan Ayam Percik , serta telur masak lemak cili api. Kirana pula menyediakan Ayam Szechuan kegemarannya. Tidak di lupakan Mango Juice kegemaranku.

Selesai sahaja makan malam, kami sama-sama menonton televisyen. Cerita pilihan kami seperti biasa Awan Dania. Memang favourite gila !!

“Leeya, aku ingat aku nak balik kampung la. Lagipun dah lama benar dah aku tak balik ke Kuala Berang kesayangan aku tu”

“Bagus jugak tu Kirana. Boleh jugak kau jengah-jengah Restoran Selasih. Jangan lupa kirim salam pada abang cashier tu yer” Saja aku menyakat Kirana. Aku tahu, dia dan keluarganya selalu makan di Restoran tersebut. Aku juga pernah makan di sana. Itupun beberapa tahun yang lepas. Sudah lama aku tidak kesana. Tiada masa.

“Oh ya, bila kau nak bertolak balik?” tanya aku

“Ikut plannya, esok pagi la. Lagipun, aku malas la nak lepak sini lama-lama. Bukannya boleh buat apa, kalau dapat dating-dating tu lain la”

“Esok. Kejap, kau sebut apa tadi? Dating-dating? Wahhh, dah matang sekarang yer. Hehe. Oh ya, masih tak ada berita dari Azri ke?”

“Azri? Tak ada Leeya, macam tuh la dia. Kejap ada kejap tak ada. Macam chipsmore”

“Erkkk? Chip chip chip moreeee? Comel betul, Haha”

“Haaa..!! Yang kau nie sibuk soal siasat aku pasal si Azri, kau pulak macam mana? Dah buat police report ke pasal kehilangan Rayyan?”

“Amboi, dah tak ada insurans mulut dah ke? Perli aku nampak! Lagipun, mana la aku tahu dia pergi mana. Bukannya pakwe aku ke, tunang aku ke, suami aku pun tak. Biarlah dia, pandai-pandai la dia jaga diri”

“Kalau pun tak ada insurans tapi aku pasti mulut aku ni memang manis Leeya oiiii ! Insurans pun tak berani nak cover tau, tapi kan aku pun hairan la. Kenapa agaknya si Rayyan menyepi yer? Lama betul aku tak dengar cerita dia. Eh kejap, aku dengar dia dah balik Malaysia. Yer ke? Bila lagi? Kenapa awal sangat?”

“Na! kejap yer Na, aku nak ambik phone”

Kirana hairan.

“Kau nak call siapa pulak malam-malam buta ni?”

“Ni haa! Aku nak call Metro, mintak dia ambik kau jadi reporter. Kerja part time”

Ketika itu juga, kami sama-sama gelak. Terasa lawak pulak dengan usikan aku itu. Kirana jugak seolah-olah tidak lagi memikirkan masalah dia dan Azri. Dia kelihatan lebih kuat. Tidak lagi seperti dulu. Aku? Aku masih begini. Kuat di mata Kirana. Tapi bukan di dalam.

*****

Malam itu, aku mimpikan Rayyan. Rayyan bersama seorang wanita. Aku tidak kenal akan wajah itu. Tapi mereka berdua kelihatan sangat mesra. Aku cemburu.

—————

PART 7

Kirana sudah bertolak pulang ke Terengganu pagi tadi. Dan aku? Keseorangan di rumah. Aku bercadang mahu ke Seremban petang ini. Rumah abang aku. Lagipun dah lama aku tidak berjumpa dengan abang dan Kak Linda.

Dua hari lepas. Abang kedua aku menelefon bertanyakan khabar aku.

“Leeya sihat?”

“Sihat bang, abang dan kak linda macam mana?”

“Kami sihat Leeya. Cuma ni haa, Kakak kamu ni, asyik tanya abang je, ‘adik Leeya tak rindukan Linda ke abang’, agaknya dia yang tengah rindukan kamu Leeya. Lagipun kesian jugak abang tengok, dia tak ada teman nak berborak”

“Laaa, Yer ke abang? Hehe. Bagitahu akak yang Leeya rinduuuuu sangat dengan akak. InshaAllah, nanti Leeya akan ke sana. Lagipun cuti sekolah pun dah nak mula dah”

“Ok. Baguslah macam tu. Baiklah Leeya, nanti jumpa di Seremban ya. Adik abang jaga diri baik-baik”

“InshaAllah bang”

Rumah abang ketiga aku di Putrajaya, aku sudah pergi 3 minggu yang lepas, melawat anak saudara perempuanku, Naura. Manakala, anak abang sulung aku, Hazriq di Bukit Jalil juga sudah. Jadi kali ni, aku akan ke Seremban.

*****

Aku ke Seremban minggu kedua cuti sekolah. Hari jumaat. Kirana juga sudah seminggu di Kuala Berang. Aku berada di ruang tamu rumah abang aku. Kak Linda pula sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Mahu ditolong, tapi katanya dia baik-baik sahaja di dapur dan dipaksanya aku berehat di ruang tamu.

Sedang aku asyik membaca Berita Harian Metro. Telefon aku berbunyi. Azri??? Mimpi apa si Azri ni?

“Leeya!!”

“Mak bapak, terkejut aku! hoiii Azri, dah buang tabiat ke? Menjerit-jerit nama aku? Kot yer pun bagi la salam, bukan kena bayar pun”

“Sorry sorry Leeya, Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam, kan bagus macam ni, Ada apa ni kau call aku? Kau ni jangan harap nak call aku kalau tak ada benda yang betul-betul penting”

“Leeya, aku cuma nak kepastian dari kau Leeya, aku tahu, kau mesti tahu”

“Kepastian apa pulak? Apa yang mesti aku tahu?”

“Leeya, betul ke Kirana dah bertunang?”

“What??!!! Are you kidding me Azri? Aku tak tahu apa-apa pun, kalau ada pun, mesti dia dah beritahu aku. Tapi aku tak tahu la, kalau-kalau ada yang datang merisik si Kirana tu and dia terima ke apa, kejap, mana kau dapat berita ni?”

“Tak ada, aku terbaca status dia di facebook –she’s engaged-, mula-mula aku pun tak percaya, tapi makin lama aku fikir, makin aku tak sedap hati. Boleh gila aku Leeya kalau Kirana dah betul-betul engaged!”

“Kau cuba la call dia, tanya”

“Dah Leeya, aku dah call, tapi dia tak jawab. Dah banyak kali Leeya”

“Memang kena la dengan muka kau Azri, dulu kau sakitkan dia, kau tak contact dia, sekarang kau pulak yang cari dia”

“Leeya, pleaseeee…”

“Aku rasa, kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau tahu apa yang patut kau buat”

“Ok la, Leeya, thanks”

Ada nada sayu pada kata-kata terakhir Azri. Kesian pulak aku si mamat nih. Tapi aku sendiri memang tidak tahu mengenai hal pertunangan Kirana. Malam nanti la aku hubungi Kirana. Agaknya betul la kot, bila kita dah hampir-hampir kehilangan seseorang tu, baru kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

“You will never realize how much you care about a girl until the thought of her being with someone else is enough to break your heart.”

——————–

PART 8

Abang bercadang untuk mengajak aku sama-sama bercuti di Avillion Village Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Lagipun, mereka juga cuti hujung minggu itu. Boleh la jugak meluangkan masa bersama.

Kami memilih Avery Suite. Apa yang menarik tentang suite ini adalah pandangan sudut yang meghadap panorama pantai yang cukup indah. Terdapat dua master bedrooms, yang mana masing-masing mempunyai King size bed. Suite ini dilengkapi dengan Jacuzzi serta private balcony yang juga bertentangan dengan pantai.

Malam itu, selepas selesai sahaja makan malam di Crow’s Nest Restaurant. Aku bercadang untuk mengambil angin di kawasan pantai. Lagi pula, masih ramai yang melepak di sana. Abang dan kakak masing-masing kepenatan. Mana taknya, sepanjang hari, kami berekreasi. Junggle trekking, cycling, swimming, beach jog dan yang paling best ialah sauna.

Aku duduk di bangku yang berhampiran dengan swimming pool, yang mana ia juga menghadap suasana pantai. Sungguh, aku merasa tenang, ditambah pula dengan angin bayu diwaktu malam. Benar-benar mengasyikkan. Aku melihat pada bulan yang satu. Cantik sahaja. Bulan, kamu tahu tak yang kamu ini sangat indah. Kamu bisa membuat malam yang gelap menjadi cerah. Aku bermonolog sendiri.

Ketika itu, Rayyan hadir dalam kotak fikiran aku. Aku tidak tahu mengapa, semakin aku jauhkan diri, semakin dia hampir dengan aku. Kadang aku terfikir, ego sangatkah aku ni? Mungkin juga. Mungkin aku terlalu ego. Tapi aku punya sebab kenapa aku ego. Aku ego, kerana aku kurang yakin yang Rayyan juga punya perasaan yang sama. Aku kurang yakin, kalau-kalau aku dan Rayyan berkongsi hati yang sama. Dan aku takut. Aku takut untuk menerima kenyataan ini kerana aku mahu mimpi aku menjadi realiti. Aku juga mahu mimpi aku menjadi sebuah kisah cinta yang hebat.

Lama aku termenung di sana, tiba-tiba lamunan aku terhenti tatkala terdengar sesuatu. Dari jauh kelihatan, satu pasangan; lelaki dan perempuan. Aku dapat melihat perempuan itu menangis dan merengek kesakitan. Mungkin jarinya terkena cebisan kaca gara-gara gelas yang pecah tadi. Aku melihat sahaja mereka dari jauh. Si lelaki, segera mengoyakkan lengan bajunya. Mahu dibalut jari si perempuan. Aku kagum melihat mereka. Ternyata lelaki itu benar-benarkan sayangkan perempuan itu. Mana taknya, terus di balut jari si perempuan. Lama aku tenung mereka, dan tiba-tiba aku terpaku melihat kelibat dan wajah si lelaki. Sungguh aku kenal akan wajah itu. Aku amatinya, dan aku yakin, lelaki itu adalah Rayyan. Tapi apa yang Rayyan buat di sini dan siapa perempuan yang bersama dengannya. Seribu macam pertanyaan bermain di fikiran aku. Aku kaget kalau-kalau dia perasan dengan kehadiran aku di situ. Aku sedaya upaya berusaha untuk menyembunyikan diri. Ya Allah, kuatkanlah aku dengan kenyataan ini.

Ikutkan hati, aku mahu segera beredar dari tempat itu. Aku sama sekali tidak mahu Rayyan sedar akan kehadiran aku di situ. Tapi aku tidak punya pilihan. Aku harus melalui Rayyan kerana suite aku berada di sebelah kanan sana. Perlahan aku berjalan menghampiri Rayyan, ditundukkan muka kebawah. Risau kalau-kalau Rayyan perasan.

Bang !!!!

Rayyan terlanggar bahu aku. Ketika itu dia kelihatan tergesa-gesa mahu membawa perempuan yang bersamanya itu pergi. Mahu ke klinik barangkali. Sempat aku mengerling pada mereka. Rayyan memegang erat bahu perempuan disebelahnya.

“Sorry girl, my fault”

“Never mind” ringkas sahaja jawapan aku

Rayyan berlalu pergi. Begitu juga dengan aku.

“Wait a second!”

Aku dapat mendengar dengan jelas. Aku tahu, Rayyan menujukan kata-katanya itu kepada aku.

“Do I know you?”

“Guess not. Good night”

Aku teruskan sahaja. Aku mahu segera meninggalkan Rayyan. Aku tahu dia pasti sudah mengagak itu aku. Tiba-tiba bahu aku di sentuh dari belakang.

“Leeya …..”

Aku seolah-olah mahu jatuh pengsan. Aku kelu tanpa bicara. Kelihatan perempuan yang bersamanya sudah menghilangkan diri. Tapi aku tidak pasti kemana.

“What are you doing here?”

Aku masih membisu.

“Leeya, I’m asking you”

“Yan, I’m really tired, need to go back to my suite. Good night”

“Leeya, please…”

“Yan, I’m really sorry. Talk later, can we?”

“No, I don’t want to. Leeya, I really miss you, like hell, please…talk to me”

“Yan, Leeya rasa baik Yan bawak your girlfriend pergi klinik. Bahaya kalau di biarkan” Ada nada sindiran dalam kata-kata aku.

“Girlfriend? Who? That girl? Oh, come on Leeya, she’s not my girlfriend. She’s my sister. And I guess, you have misunderstood everything”

Aku terperanjat dengan penjelasan Rayyan. Sister?

“Come with me” Rayyan menarik lembut tangan aku. Dan kami sama-sama melabuhkan punggung kami dibangku berdekatan. Jari aku disentuh halus oleh Rayyan. Mata kami bertentangan, jantung aku berdegup kencang. Aku dapat merasakannya.

“Leeya marah?” Soal Rayyan. Tapi aku membisu, membiarkan persoalan Rayyan tidak berjawab.

“Leeya, Yan minta maaf sebab Yan tak sempat beritahu Leeya tentang kepulangan Yan. Adik Yan, Fifi, sakit dan terpaksa di masukkan ke hospital. Mama dan Papa masih menunaikan umrah. Fifi perlukan Yan. Jadi Yan balik secara mengejut dan sama sekali tidak sempat berjumpa dengan Leeya”

Aku kaku mendengar penjelasan Rayyan. Jadi selama ni, ianya hanya salah faham? Begitu? Sekarang baru aku teringat akan nama Fifi Ahmad. Sama sekali aku tidak pernah terfikir bahawa Fifi Ahmad adalah adik Rayyan. Muhammad Rayyan Alif Bin Ahmad.

“Leeya tak rindukan Yan ke?”

Hati aku berdebar tatkala soalan itu keluar dari mulut Rayyan. Lama aku membisu. Seketika kemudian aku tersenyum. Aku rebah pada pandangan mata Rayyan yang penuh dengan kejujuran dan keihlasan.

“Rindu” Perlahan aku membalas pertanyaan Rayyan.

Dan saat itu, hanya Tuhan yang tahu betapa kuatnya aku untuk menuturkan kata rindu pada insan yang bernama lelaki. Aku malu, tapi aku juga puas. Aku sudah lepaskan segala yang aku rasa. Rindu yang telah sarat aku pendam. Dan malam itu, aku mahu berterima kasih pada bulan kerana menjadi saksi akan kata-kata aku.

“I know you will Leeya, thank you” Rayyan masih tersenyum nakal. Jari jemari aku masih digenggam erat olehnya.

“Yan….” kata-kataku terhenti.

“Yes Leeya?”

“Janji jangan tinggalkan Leeya” Perlahan. Tapi cukup jelas kedengaran di telinga Rayyan.

Aku tahu. Kata-kata aku itu seolah-olah tidak masuk akal. Tapi aku juga tidak punya sebab. Aku tidak mahu ditinggalkan Rayyan, dan aku mahu hanya Rayyan di hati aku.

Rayyan melepaskan genggaman tangannya. Disentuhnya pipi aku. Dia senyum. Begitu juga aku.

“I promise, I won’t”

Tidak perlu kata-kata ‘I Love You’ untuk mengucapkan sayang dan cinta. Kerana saat mata bertemu mata, hati yang bakal berbicara.

———————
PART 9

Azri tiba di rumah Kirana lewat petang itu. Dan kehadiran Azri, benar-benar memeranjatkan Kirana. Kirana mengajak Azri untuk keluar, tidak mahu Ibu bapanya mengajukan pelbagai macam soalan.

“Kirana, siapa lelaki tu?”

“Lelaki mana? Apa yang awak cakap ni Azri? ” Kirana hairan, dan dia sama sekali tidak mengerti akan maksud pertanyaan Azri.

“With whom you’re engaged to? Tell me” Ada nada serius pada bicara Azri.

“Apa yang awak merepek ni Azri, siapa yang bertunang?”

“You”

“Saya? Tak ada la. Ni dari mana awk dengar cerita karut ni?”

“Your facebook”

Sekarang baru Kirana mengerti.

“Ohh, status facebook saya tu ‘she’s engaged’?”

“Yup”

“Itu kawan baik saya la, kawan sekolah saya. Muna. Dia yang engaged bukannya saya. Jadi, awak datang sejauh ini dari KL hanya semata-mata nak tanyakan saya soalan ni? Macam tu?”

Azri tersenyum riang setelah mendengar penjelasan dari Kirana.

“Yer la, dah nak gila saya dibuatnya. Saya call awak tak jawab. Saya mesej awak tak balas” Azri merungut.

“So, sekarang awak tahu kan macam mana sakitnya bila awak buat saya macam tu”

“Ok, saya mintak maaf, cukup la dengan kesakitan yang saya rasa bila saya hampir-hampir kehilangan awak. Saya tak sanggup Kirana. Saya sedar, saya tak boleh hidup tanpa awak”

Saat itu, sekali lagi. Hati Kirana tersentuh dengan kesungguhan Azri. Dia sama sekali tidak menyangka, disebabkan status facebooknya, Azri jadi penasaran sehingga sanggup berjumpa dengannya di kampung. Sekali lagi, hati Kirana terusik. Dan kali ini. Kirana yakin, Azri betul-betul sayangkan dia.

*****

“Leeya, kita pergi rumah Yan ya hari ini. Lagipun Mama nak sangat kenal dengan Leeya, Fifi pun sama, keeps asking about you”

Aku tidak menjawab pertanyaan Rayyan. Aku hanya membalasnya dengan senyuman yang manis. Dan aku pasti Rayyan sudah mengerti akan jawapanku.

*****

Inilah Destinasi Cinta kami. Antara aku dan Rayyan. Kisah tentang keegoan aku, kisah tentang keikhlasan Rayyan. Aku jatuh cinta pada kejujurannya dan aku juga jatuh cinta pada ketulusan hati nya. Kisah Kirana? Aku tidak mahu bercerita panjang. Kerana aku juga tahu. Mereka juga punya Destinasi Cinta yang sama.

Tidak perlu takut untuk mengucapkan kata rindu, tidak perlu gementar untuk meluahkan rasa sayang. Kerana dalam diam ada rindu, dalam rindu ada sayang dan dalam sayang ada cinta.

*****

Lagu “Yang Sempurnakanku”

Artis “6ixth Sense”

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

*****

“Awak, siapa saya pada awak?” tanya Aleeya sambil mengusap lembut tangan Rayyan. “Awak adalah masa depan saya, dan yang paling penting awk calon isteri saya, bakal ibu kepada anak-anak kita nanti” sambil tersenyum manis. ———- Ini adalan kisah mimpi aku.

Dan Ini adalah realitinya

“Nur Aleeya Natasha is married to Muhammad Rayyan Alif”

-The End-


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Cerpen : Destinasi Cinta”
  1. 0ang baek says:

    cite ne bt0l2 kew :?: :?: :?:

  2. kay says:

    uuu…cm real je kn…
    best gk crta ni..gud2~

  3. haffie@sunquet says:

    ;-) :lol: :razz:

  4. nur aqlima mohamad says:

    :lol: besh lor… ending yg mnarik… nice… love it! ;-) ;-)

  5. Ana says:

    cerita betul ka???
    cerpen yang menarik…
    ;-) ;-) ;-) ;-)

  6. cintawithoutlove says:

    sweet~~

  7. samaira says:

    two thumbs up!!!!
    best sgt2 :razz:

  8. Nur Dara Adalia says:

    :mrgreen: keep it up! chaiyokk..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"