Cerpen : Hiasan Hati

5 September 2010  
Kategori: Cerpen

2,715 bacaan 7 ulasan

Oleh : Dhia Nariesya

“Aduhh! Sakit lah Rizal. Kau ni apa hal? Tiba – tiba aje main piat telinga aku. Apa kes?” suaranya agak lantang pabila tiba – tiba telinganya dipiat dari arah belakang. Tangannya tak henti – henti memegang telinganya yang kelihatan merah sambil mulutnya berkumat -kamit memarahi kawannya itu.
“Alah sikit je tu, tak kan dah sakit kot? Cakap lelaki. Relax ah bro! Aku saja je nak kacau kau. Bosan ah beb! Eh, Afi nanti petang jom kita pergi padang nak tak? Kau dah lama tak turun padang. Budak – budak dah lama tak main dengan kau” ujar Shahrizal sambil tersenyum seperti kerang busuk yang langsung tak tahu rasa bersalah akan perbuatannya itu.
“Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar. Tak sakit kau cakap? Ni hah dah merah telinga aku ni, nasib tak tercabut je! Tengok ah dulu. Aku ada banyak kerja ah sekarang. Lagi pun aku ada ke tak ada ke sama je kan? Korang main juga kan? Sorry ah Zal!”
Jelas raut wajah Shahrizal menunjukkan wajah yang kecewa. Akhir – akhir ni sikap Afi begitu ketara berubah sejak dia dipanggil oleh Tuan Pengetua sekolah. Puas sudah mereka bertanya itu dan ini namun Afi lebih bersikap mendiamkan diri dan cuba mengelak dari bercakap hal tersebut.
Suasana malam ini agak mendung. Mungkin sebentar lagi, hujan pasti turun. Rasa sunyi semakin mencengkam dalam diri. Namun di sabarkan hatinya. Afira Najwa, begitu indah nama secantik empunya diri. Namun sayang, sikap dan tingkah laku yang seakan lelaki itu menutup keistimewaan yang dimiliki olehnya.
Telahannya benar pabila hujan turun dengan lebat sekali dan yang paling menakutkan bunyi dentuman guruh di langit amat kuat sehingga terasa getarannya.
Afira Najwa masih lagi ingat kata – kata Tuan Pengetua, En. Azmi tempoh hari. Kerana pesanan itulah dia mencuba menjauhkan diri daripada kawan – kawan lelakinya. Namun hakikatnya, hatinya bagai digaru untuk bergaul dengan mereka.
Baginya berkawan dengan kaum lelaki jauh lebih bagus kerana mereka tidak perlu hipokrit seperti kaum sejenisnya. Namun dia sedar apa yang dicakap oleh Tuan Pengetua adalah benar belaka.
Ini semua untuk kebaikkan dirinya. Kadang – kadang dia selalu menyusahkan ayah angkatnya itu. Bukan dia ingin melawan cakap ayah angkatnya itu namun semenjak pemergian kedua ibubapanya dalam kemalangan telah mengubah segala – galanya.
Sudah 4tahun dia kehilangan kedua orang tuanya. Kereta yang dipandu oleh ayahnya terbabas akibat mengelak dari dilanggar oleh kereta yang dipotong secara tiba – tiba dari arah belakang. Kereta yang dinaikinya itu terjunam ke dalam gaung yang dalam.
Kuasa Allah S.W.T dia terselamat dari kecelakaan tersebut namun sayang hanya mayat mamanya sahaja yang pihak polis jumpa. Mayat ayahnya, En.Nazim tidak ketemui mungkin telah dibawa arus oleh sungai yang deras itu.
Mujurlah, arwah mamanya adalah guru yang bertugas di sekolahnya kini lalu Tuan Pengetua sekolah iaitu, En. Azmi mengambil dirinya sebagai anak angkat yang kebetulannya pada masa itu, tidak mempunyai anak setelah berkahwin selama 5tahun. Tapi selepas 2tahun dia dijaga oleh En. Azmi dan Puan Suriati mereka dikurniakan cahaya mata.
Kini adik angkatnya itu sudah pun berumur setahun lebih. Karenahnya sering sahaja mencuit hati mereka sekeluaga. Walaupun ayah angkatnya sudahpun memiliki anak kandung sendiri namun kebajikan dan kasih sayang mereka berdua untuk dirinya masih lagi utuh seperti dulu.
Kini semua itu sudah pun berlalu, hampir 8tahun dia menetap di Melbourne, Australia. Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan, ayahnya terus menghantar Afira Najwa ke Luar Negara untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Mungkin hari ini bukan hari cuti ataupun musim perayaan ini kerana suasana di Lapangan Terbang KLIA saat ini agak lenggang tidak seperti selalu!
“Afira” namanya dipanggil dari arah belakang. Dia terus berpaling dan tersenyum. Lalu mara ke hadapan dan lantas memeluk insan yang yang telah pun bersusah payah menjaganya selam ini. Afiqa Nijwa kelihatan sibuk menarik tanganya untuk bersalam dengannya. Kini genap 9tahun umur adik angkatnya itu yang dianggap seperti adik kandungnya itu.
“Cik Afira, ini dia document – document yang perlu Cik Afira tandatangan dengan segera” ujar Intan Zulaikha sambil menyerah fail pada Cik Afira Najwa. Hatinya yang nakal itu tertanya – tanya, lelaki manakah yang telah berjaya memiliki empunya lesung pipi yang kini berada didepannya ini?? Namun ditahan sahaja hati bimbang majikannya itu tersalah tafsir nanti seandainya dia bertanya. Dia tak sanggup dicopkan sebagai busy body!

Hatinya bagai digaru pabila melihat tingkah laku sepasang remaja yang asyik meluah perasaan cinta yang langsung tidak mempunyai perasaan malu di khalayak ramai.
Bukan mereka tidak tahu banyak mata yang memandang akan perbuatan mereka itu malah mereka hanya buat tak tahu dan malah berpelukkan sakan kononnya untuk melepaskan rindu.
“Assalaimualaikum Najwa” Afira Najwa segera berpaling mencari suara yang serak basah itu. Saat itu, hanya senyuman yang menghiasi dibibirnya yang munggil itu.
“Waalaikummussallam” jawab Afira Najwa dengan lembut dan mereka berdua segera bercerita panjang lewat petang itu. Setelah matahari hampir terbenam barulah mereka berganjak dari tempat itu. Namun bukan bererti, hubungan mereka akan berakhir disini.
Masing – masing sudahpun mempunyai rancangan tersendiri. Hanya menunggu masa sesuai untuk menokhtahkan hubungan ini dalam erti yang sebenarnya -benarnya.
Mata Shahrizal dan Safwan hampir tidak berkelip melihat sepasang tubuh yang langsing itu datang menghampiri meja makan mereka berdua.
Hampir melompat mereka melihat gadis itu adalah sama gadis yang mereka kenali dulu malah pernah menjadi satu pasukan sewaktu zaman persekolahan dulu.
“Afi, kau betul –betul dah berubah sekarang. Aku dengan Wan hampir tak kenal kau tadi tapi nasib baik aku cam lagi lesung pipi dengan tahi lalat di pipi kanan kau tu. MasyaAllah, maha suci Allah S.W.T akhirnya kita dapat berjumpa lagi. Ye lah, mula – mula aku tak percaya juga kau kirim e-mail tu kat aku minggu lepas. Ingatkan ada orang nak main – mainkan aku. Rupanya tidak, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi tapi aku betul- betul gembira sebab kita dapat lagi berjumpa” ujar Shahrizal dengan panjang lebar sambil matanya galak memerhati Afira Najwa yang suatu dahulu pernah singgah dihatinya tanpa pengetahuan sesiapapun.
“Takkan lah aku nak main – main pula dengan kau berdua. Aku dah lama balik sini. Tapi ye lah sibuk dengan kerja dan keluarga tu yang aku buat senyap je tu. Sekarang aku tak sibuk, sebab itu lah yang aku hantar e-mail tu kat aku. Nasib baik lah kau masih guna lagi e-mail tu kalau tak haru juga aku nak cari kau orang semua” jelas Afira Najwa dengan senyuman yang cukup manis bagi pandangan Shahrizal dan Safwan saat ini.
“Afi, kau buat apa sekarang ni? Dah kahwin ke belum? Kalau belum aku nak isi borang lah mana lah tahu kot – kot ada peluang nak jadi laki kau ke?” Hampir gelak besar Afira Najwa mendengar gurauan kawannya itu. Dia terasa semuanya masih seperti dulu. Namun sayang dia yang banyak telah berubah.
“Kau ni Wan tak pernah berubah ek? Still macam dulu lagi. Aku kerja kat sekitar ni je. Buat bisnes sendiri je. Dah tu kau berdua kerja apa sekarang?” jawab Afira Najwa dengan jujur namun Shahrizal dan Safwan agak kecewa kerana pertanyaan Safwan tadi hanya tergantung tanpa sebarang noktah.
“Aku dengan Zal kerja kat Syarikat Canggih Kilat area KL je. Cuma yang beza aku bahagian supervisor ID&Architecture, Zal lak Projek Managers. Tapi kita berdua satu team. Sebenarnya kita orang kejap aje ada kt KL ni. Minggu depan kami berdua outstation kat Terengganu. Ada projek kat INSTEP kat kawasan Maras, Batu Rakit” kata Safwan dengan jelas sekali.
“INSTEP tu tempat apa Zal? Setahu aku lah, area tu dekat dengan jeti nak pergi Pulau Redang kan?
“INSTEP tu singkatan dari perkataan INSTITUSI TEKNOLOGI PETRONAS. Ha’aa..kami berdua kat sana dah hampir setahun belum pernah pergi lagi kat Pualau Redang tu. Tak ada masa Afi. Kerja banyak sangat sampai hari jumaat dan sabtu pun kita orang semua kerja”
“Ermm…” hanya anggukkan kepala sahaja menandakan Afira Najwa memahami keluhan yang diluahkan oleh temannya sebentar tadi
Waktu semakin berlalu membawa seribu cerita. Segala kisah suka dan duka dibawa pergi bersama masa yang tak pernah menunggu manusia yang lalai akan kehidupan mereka dan manusia yang tidak tahu menghargai masa. Begitu juga kisah Afira Najwa yang sentiasa menanti keajaiban dalam hidupnya.
Dia hampir putus asa dalam usaha mencari ayah kandungnya. Dia tidak percaya ayahnya meninggal dunia tanpa melihat mayatnya. Malah pencarian ini dilakukan tanpa pengetahuan kedua ibubapa angkatnya.
Perkahwinan antara dia dengan Darwish Hakim semakin hampir. Tinggal 2bulan lagi dari tarikh keramat itu, hatinya semakin gelisah. Jiwanya merintih menahan seksaan. Sungguh berat dugaan yang dia tanggung selama ini.
Hatinya makin sakit pabila mengimbau kembali tragedi yang menimpa diri dan keluarganya itu. Ingatannya begitu kabur untuk mengingati raut wajah lelaki durjana yang telah menyebabkan kematian ibubapanya sehingga dia tinggal sebatang kara didunia ini.
Dendam dia pada lelaki begitu mendalam sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hati dia termasuklah memaki hamun, membuli, memainkan perasaan lelaki sehinggalah satu tahap dia diherdik oleh Darwish Hakim di dewan makan ketika dia sedang membuli seorang budak lelaki pada masa tu. Darwish Hakim berusaha untuk menyedarkannya dari terus dia melakukan kesilapan yang berulang.
Kringg! Kringg! Kringg!
Afira Najwa terkejut dari tidur saat mendengar bunyi jam loceng yang asyik berdering dari tadi lagi. Pagi ni dia telah berjanji dengan Darwish Hakim untuk membeli barang – barang perkahwinan mereka yang masih belum dibeli lagi. Lagi pula, dia sudah berjanji untuk keluar makan dengan keluarga Darwish Hakim.
Sudah hampir 2jam dia menunggu Darwish Hakim di restoran, namun kelibat bakal suaminya itu langsung tiada malah pabila call hanya panggilan voice mailbox yang kedengaran. Tak pernah lagi Darwish Hakim membuat dia begini lagi sebelum ini.
Afira Najwa cuba mendail nombor mama Darwish Hakim namun dia kecewa kerana perkara yang sama terjadi. Hatinya berdebar – debar bimbang seandainya terjadi perkara yang buruk pada buah hati kesayangan dia.
Nada dering tik tok dari keysha telah menghentikan lamunannya. Saat dia menjawap panggilan misteri itu dia terasa dunianya berputar malah angan – angannya kini musnah dalam sekelip mata. Dia menggagahi diri mendail nombor En.Azmi untuk menyampaikan khabar buruk yang menimpa keluarga Darwish Hakim sebentar tadi.
Afira Najwa hampir pengsan melihat sekujur mayat yang kini hanya kaku terbaring. Hanya raungan tangisan yang bergema di ruangan Hospital Tawakal yang sepi itu.
“Afi, sabar nak” pujuk Puan Suriati sambil memeluk erat anaknya itu. Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anak? Biarpun Afira Najwa hanya lah anak angkatnya namun kasih sayang dia melebihi segala – galanya.
“Emak, Darwish tak sayang Afi ke mak? Kenapa dia tinggal Afi? Kami dah nak kahwin. Mak, kenapa Darwish tak bawa Afi sekali? Darwish… bangun lah sayang. Jangan tinggal Afi. Kita kan dah nak kahwin. Sayang, bangun lah! Bangun! Tengok Afi ni sayang!” Afira Najwa semakin kuat menangis sambil mengoyang – goyang badan Darwish Hakim yang kaku. En.Azmi cuba menghalang perbuatan anaknya itu namun gagal kerana tenaga Afira Najwa saat ini terlalu kuat.
Hampir setiap hari, Afira Najwa mengujungi kubur arwah Darwish Hakim. Dia tidak percaya dia telah ditinggal sekali lagi. Perkahwinan dia telah pun dibatalkan namun majlis bacaan yasiin dilangsungkan sebagai mengganti majlis perkahwinan tersebut.
Hidupnya kini mula suram, hanya terkurung di dalam bilik tidurnya tanpa bercakap sepatah pun dengan sesiapapun. Malah dia sanggup memarahi Puan Suriati membuka langsir dalam bilik tidurnya.
Doktor telah pun mengesahkan Afira Najwa mengindap kemurungan dimana Afira Najwa mula menunjukkan siptom – siptom kemurungan dalam dirinya. En.Azmi dan Puan Suriati hanya meratap pilu. Mereka hanya mampu berdoa semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan anak mereka suatu hari nanti.
“Kak Afi, ni surat untuk kak Afi. Mak yang bagi pagi tadi kat Wa.” Hampir tak kedengaran suara Afiqa Nijwa kerana takut akan renungan tajam yang dilemparkan oleh kakaknya itu.
Afira Najwa mengambil surat dari tangan adiknya itu lalu dengan pantas adiknya berlalu pergi meninggalkan kakaknya dikamarnya yang agak menyeram itu.
Buat Najwa yang Darwish sayang,
Maafkan Darwish kerana kehadiran surat ini secara mengejut buat mu sayang.. Mungkin dirimu tertanya mengapa Darwish mengutus surat ini. Sebelum kita berkahwin, Darwish ingin bersikap jujur dengan mu sayang. Darwish telah pun cuba untuk jujur dengan mu namun saat melihat mata mu yang redup itu membuat Darwish tak sanggup melihat air mata mu menitis di pipi kerana Darwish.
Bertahun lama Darwish memendam perasaan gelisah ini saat bertemu dan bertentang mata dengan mu sayang. Puas sudah Darwish mencari gadis yang bernama Afira Najwa namun hanya sia – sia. Hidup Darwish semakin tak tenteram. Terasa terlalu banyak dosa yang Darwish lakukan kepada mu. Hampir setiap malam Darwish bermimpikan wajahmu. Wajah yang suram. Keserian wajah telah pun dicuri kerana kesilapanku. Namun percayalah, Darwish tak pernah terniat membuat begitu pada mu.
Allah S.W.T itu maha esa. Dia telah pun menemukan kita berdua di kota Melbourne, Australia. Sungguh Darwish tak menyangka kita satu tempat belajar. Yang membezakan dirimu adalah juniorku. Namun sayang sikap mu yang kasar itu membuat aku meluat lalu mengherdik mu didepan teman mu.
Walaubagaimanapun, percaya lah hati ku telah pun kau curi saat kau memandang ku dengan renungan yang segan dan agak malu – malu itu. Sejak dari itu, Darwish berusaha untuk melindungimu, menyedarkanmu dari terus hanyut.
Mengenali mu adalah satu anugerah yang terindah dalam hidupku. Saat dirimu menerima ku dalam hidup mu membuat Darwish bahagia malah tersa sebahagian beban hilang di bahu.
Sayangku najwa, seandainya Darwish tiada nanti, jagalah dirimu baik – baik, bangunlah dari terus bermimpi dan buang lah segala rasa sakit itu dalam hati. Maafkanlah Darwsih andai sepanjang kita menjalin hubungan diriku banyak melukakan hati mu sayang.
Najwa ku sayang,
Terasa sesak nafas didada ku saat menulis nota ini. Bimbang hati mu kian terluka andai dirimu tahu. Namun Darwish tekad hanya dengan cara ini sahaja yang mampu Darwish untuk berterus terang dengan mu.
Kemalangan yang menimpa keluarga Najwa beberapa tahun yang lepas adalah berpunca kecuaian Darwish pada masa tu. Kerana marah telah pun menguasai diri pada masa tu Darwish memandu kereta dengan lajunya sehingga sanggup memotong kereta dihadapan secara mengejut. Namun sayang, kerana ingin mengelak dari dilanggar Darwish dengan tak sengaja melanggar kereta yang dipandu oleh ayahmu.
Saat Darwish tersedar dari pengsan, Darwish tak mampu buat apa – apa. Namun pada masa tu, Darwish masih lagi sempat melihat dirimu yang dipeluk oleh seseorang sambil memujuk dirimu supaya tidak menangis. Dan kebetulannya, Darwish sempat melihat ayahmu sebelum dibawa arus sungai yang deras itu.
Darwish cuba bangun untuk menolong ayahmu, tapi apa lah daya kudrat yang ada pada Darwish pada masa tu?? Sedangkan untuk bangun pun Darwish terasa payah sekali apatah lagi untuk menolong ayahmu yang ketika itu hanya melihat diri ku yang cuba berusaha untuk bangun..
Sejak dari itu, Darwish berazam untuk mencarimu dan memohon ampun atas kecuaian ku ini. Darwish faham seandainya dirimu tak mampu menerima ku lagi selepas ini kerana kesalahan yang telah Darwish lakukan ini terlalu susah untuk dimaafkan.
Namun percayalah tak pernah sedikit pun diri ku untuk melukai hati mu saat kebahagiaan kita semakin menjadi realiti. Najwa sayang, andai dirimu ingin memarahi ku, marah lah sepuas hati mu namun satu yang ku pinta jangan lah engkau menbisu dari ku.
Semoga kau tabah menghadapi kenyataan ini. Maafkan Darwish melukakan hati mu. Apa pun keputusan mu aku terima dan ingatlah, walau kemana pun dirimu pergi diriku bagaikan langit yang sentiasa mengikut langkahmu pergi. Cintaku hanya buat mu sayang.
Salam sayang
Darwish Hakim
09 mei 2010.. 11 malam.

Menggigil badan Afira Najwa saat membaca surat tersebut. Hatinya kian pilu menahan rasa duka dihati. Sungguh bukan ini yang dipinta dalam hidupnya. Kasih sayang yang hanya sementara sekadar menghiasi hatinya.
Afira Najwa bangun dari katil lalu mengapai kunci kereta yang tersimpan didalam laci. Dia segera keluar dari bilik itu. Bunyi anak tangga yang dipijak itu menarik minat emaknya untuk keluar melihat apa yang terjadi. Hampir terkejut emaknya melihat tingkah laku anaknya itu.
Enjin kereta terus dihidup lalu ditekan nya gear undur dan menukar kepada gear pertama dan terus memecut laju meninggal perkarangan rumah yang indah itu.
Afira Najwa benar –benar buntu kini. Tidak tahu kemana harus dia pergi membawa diri. Dia terasa dikhianati tapi orang yang mengkhianatinya itu adalah orang begitu dia sayang dan sangat menyintai dirinya dulu ketika arwah hidup.
Keretanya tersadai di kawasan taman. Dia hanya mengeluh perlahan sebelum enjin kereta dimatikan. Lalu dia membuka pintu keluar dari kereta dan menuju ke taman yang cantik dan nan permai itu.
Dia hanya duduk dibangku sambil termenung panjang. Afira Najwa cuba muhasabah diri sambil menghayati pemandangan yang indah ini. Menghirup udara yang segar membuat dia terasa tenang dan hampir sahaja dia terleka dibuai keasyikan melayani pemandangan.
“Cik” namanya dipanggil dari arah belakang membuatkan dia tersetak dan terus berpaling mencari arah suara yang memanggil namanya tadi.
Saat dia berpaling dia seakan tidak percaya apa yang dia lihat dihadapannya kini. Terasa badanya lemah dan tidak berdaya. Malah senyuman itu pernah dilihat sebelum ini. Namun dia ingat – ingat lupa. Si pemanggil namanya tadi semakin menghampiri ke arah Afira Najwa, sedangkan Afira Najwa hanya membiarkan tanpa membuat apa – apa tindakan kerana dia terasa raut wajah itu seakan – akan dia kenali sebelum ini….

-TAMAT-


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Cerpen : Hiasan Hati”
  1. acha says:

    cam tgantung je…..ada sambgan ke?

  2. kay says:

    xd hint yg jelas la sape yg pggl afi 2…ishhh

  3. Sri says:

    hmm ayh die k0t. tp memg trgntg p0n ni..h0w c0me?

  4. cintawithoutlove says:

    not bad…tp cerita cam berterabur..
    cerita ni boleh dikembangkan lg..
    bile dipendekkan jnl cerita die jadi kurang menarik..
    keep it up..

  5. on7_gurl says:

    Cam t’gantung je citer nih..tp rsnyer yg pggl afi tuh ayah dier kot..

  6. bez…
    tp ending die cm tergantung…
    n afira najwa dgr suara spe??
    atleast bg tau 0wg nye n ending must hepi….
    klu sdey must ad s0mething yg bgs at the ending….
    by da way…nice story except ending nye….
    trus kn usaha writer!!!

  7. QaMaRynA... says:

    alaaa…sape yG pngGl afi tuh…kta pown nak tw gaX…ending gntung larrr… x best larr cmnYh..hehe..pa2 pown jln crita yG sngt2 mnarIk…keep iT uP…!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"