
Cerpen : Malu la siot!!
Oleh : Kak Mel
‘Ni apsal pulak main jeling-jeling?!Ade rase nak telan high heel size 7 ker?’ Raihana menjeling pemuda di hadapannya.
Dia mengeluh. ‘Kalaulah kereta aku tak buat hal pagi tadi,takde nye aku duk melangut kat sini,konfem aku dah sampai rumah dah ni.Nak suruh mama amek,dia kata da hal.Ni mane pulak teksi ni.Nak kata hari cuti,bukan.Huh!’ Sekali lagi Raihana menilik jam putihnya di tangan. ‘Mamat ni pun…aku cucuk mate tu kang,tau la kau hensem…’ Sempat lagi dia memuji.
‘Hei,aku tak tengok kau lar,perasan..tepi r sket kepaler tu..!Ni mane Mak su ni?.Semalam kata nak amek aku kat airport.Last-last aku stuck kat sini.Huh!Nyesal aku ikut kata papa suruh jaga company dia kat sini.Kalau aku tau camni,tak hingin aku nak balik Malaysia!’ Rizal memberontak di dalam hati. Bajunya dikipas-kipas.Panas!
‘Mane pulak la teksi ni,ke dah pupus?Rissa ni pulak hilang ntah ke mana,beg aku plak ada ngan dia.Minah ni nak main-main mate ngan aku ker?.Tau larh kau cantik.Kang aku terpikat karang,susah plak.’ Rizal menjeling sekilas ke arah gadis di hadapannya.
Suasana di perhentian bas menjadi tempat mereka jeling-menjeling. Tak lama kemudian,sebuah teksi berhenti berhampiran mereka.Kedua-dua mereka berebut ingin mendapatkan teksi itu.
“Weh,ni teksi aku lah!”Raihana menjerit ke arah Rizal yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
“Apsal pulak? Takde name kau pun.Lagipun,aku yang masuk dulu,” Rizal membela dirinya
“Eh,,takde-takde…aku dulu yang masuk,so…kau dipersilakan get out!” Raihana mengetap bibirnya apabila melihat Rizal membatukan dirinya. ‘Chetan tak bertauliah betol mamat ni!’Raihana mendengus kuat.
“Dah-dah,biar pak cik hantar dua-dua.Nak pergi mane?”Akhirnya pak cik punya teksi tu bersuara membuatkan Rizal dan Raihana terdiam.
“Taman Raudhah!”Serentak kedua mereka berpaling.Memandang sesame sendiri. Rizal mengangkat kening.
‘Hek ele,macam kau sorang ada kening,’ Raihana menjuihkan bibirnya.Buruknyer!Keningnya turut sama diangkat.
‘Hek ele minah ni,main angkat-angkat kening la pulak.Sekali aku cabut.Menangis air mata darah hijau kau’ Rizal mengalih mukanya mengadap permandangan jalan raya. ‘Tengok,jalan raya ni lagi baik dari tengok muka kau’
Masing-masing mendiamkan diri sampailah di tempat yang dituju.Selepas membayar tambang,Raihana terus keluar dari teksi tu.
‘Eh,mamat ni…apsal pulak ikut aku ni…?’Raihana berhenti dan berpaling menghadap Rizal.Rizal memberhentikan langkahnya.
‘Eh,minah ni….apsal break tibe-tibe ni?Naseb tak terlanggar,’Rizal mengangkat sebelah keningnya.Raihana pula berkerut.
“Kau apsal ikut aku lak ni?”
“Ikut kau? Sori yer,takde maser.Aku ikut alamat rumah kat kertas ni je,” Rizal menjawab selamba.Raihana merampas kasar kertas yang dipegang Rizal.
‘Eh,ni alamat rumah aku.Sape pulak mamat ni?Aku tak kenal pun.’ Raihana menggaru kepalanya.Entah kutu mane buang tebiat sangat ni.Nak mampus agaknya.
“Eh Ikhwan,sampai pun.Sori lah,takdi mak su ada hal.Jemput masuk” Ramah mama Raihana,Datin Ranya mempelawa.Matanya memandang Raihana sekilas.
“Hah kamu Hana,kenapa baru sampai?Kate nak datang sebelum subuh la,ape la.”
“Hehe,sori mama.Kereta Hana buat hal pagi tadi.Dah nak sampai ajal dah kot,” Raihana ketawa mengekek.Kakinya dihayun masuk ke dalam rumah.Raihana menjeling tajam Rizal yang mengikut langkahnya masuk ke dalam rumah.
“Mama,sape pulak mamat ni?” Tanya Raihana sambil matanya menghala ke arah Rizal.
“Ops,sori,mama lupa nak kenalkan.Ni Rizal Ikhwan,sepupu kamu yang duduk kat UK tu.Ikhwan,ni Raihana,Amira Raihana.Mulai sekarang,Ikhwan dan adik dia akan tinggal dengan kita. ” mulut Raihana melopong.Rizal hanya menganguk. ‘Bia betik mama ni?Takkan nak ajak mamat hensem ni tinggal sekali ngan kita?Goyah jugak iman aku nanti,ish3!’
“Hana,toksah nak buat rumah lalat.” Raihana menutup kembali mulutnya. ‘Ek ele mama ni…tak pandai cover lansong!Malu la Hana depan mamat ni….’
“Dah,sekarang,Hana pergi tunjuk bilik IKhwan kat mana.Mama nak masak,” tegas Datin Ranya mengeluarkan arahan
*
“Ni bilik kau,” kasar suara Raihana menunjuk bilik Rizal. ‘Huh! Ingat kau hensem,aku nak buat baik la ,jangan harap!’ kaki Raihana tidak jadi melangkah tatkala mendengar suara seseorang.
“Weh,” Raihana berpaling.Keningnya diangkat.
“Erm…takde pape lah.Pergi la blarh,” selamba Rizal menuturkan ayat itu.Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik barunya.
‘E..eh,sesuke hati mak bapak tiri belah atuk kau je suruh aku blarh?!Ingat ni rumah bapak kau ker?’ Hati Raihana mulai panas.Belum sempat membalas,terdengar hon kereta dari luar rumah.
‘Ponnn!’ Hon kereta berbunyi nyaring.Hati Raihana mengumam marah. ‘Woi boleh tunggu tak?Aku nak turun la ni.Huh!Buat macam lah dia sorang ada hon.Menyampah eden,’
“Hello brader,tak sayang kereta ker?Ker duit dah terlebih banyak nak hantar kereta pi workshop?” Dilihatnya Irwan tersengih memandangnya.
“Hehe,rilek r bro,ni apsal pulak marah-marah ni? Malaun mane buat girlfren aku camni ni?Meh aku bagi sebijik dua,” ujarnya sambil mengepal penumbuknya.
“Girlfren atuk kau!Kalau kau bagi sebijik dua,malaun tu konfem bagi kau mampus,”
Raihana menjenguk di dalam kereta Irwan,kelihatan seorang budak perempuan sedang duduk di bahagian hadapan kereta itu. Raihana kembali berpaling ke arah Irwan
“Weh,tu anak dara sape kau kidnap tuh?” dilihatnya Irwan yang tersengih.Cam kerang busuk lar wei.
“Entah.Dia yang mintak tolong hantar ke sini.” Raihana menggaru dagunya,keningnya diangkat sebelah.(Ni apsal kening je yang diangkat ni?)
‘Ni mesti adik malaun tuh.Tadi mama da jugak mention.’ Tekaan nya memang tepat apabila Rizal keluar dari rumah dan menyapa budak perempuan itu.
“Ha Rissa,kenape baru sampai?Dah habis shopping satu mall ker?Ke nak pergi lagi malam ni?” Tanya Rizal kepada budak perempuan yang baru keluar dari kereta Irwan.
“Ala abang ni,orang baru sampai,bukan nak ajak masuk dulu.kesian telinga Rissa nih,terpaksa dengar bebelan percuma,” Rissa berkata seraya memegang telinganya.Rizal menjeling Raihana disebelahnya.
“Raihan,ni adik aku,Arissa Suhaila.Rissa,ni…..” belum sempat Rizal berkata,Rissa sudah memotong.
“Rissa tau,Kak Amira Raihana kan?Mama pernah mention nama akak sebelum kita sampai kat sini.Abang je yang nyanyuk,nama Raihana,dia panggil Raihan.Huh! Apa punya malang la dapat abang camni…”Sempat lagi dia mengutuk.Rizal mengetuk kepala Rissa yang ketawa mengekek.Haha,mukanya udah merah.
Rizal kaku di tempatnya apabila terpandang Irwan.Keningnya diangkat. ‘Macam pernah ku lihat,tapi di mana ya?’ Irwan juga seperti memikirkan sesuatu.Dagunya digaru.
“Irwan?” “Rizal?” Tanya mereka serentak.Tawanya meletus.Hahaha.
“Betul la kau Irwan.Lama tak jumpa.” Katanya sambil memeluk Irwan.
“Yelah,lepas kau ke UK dulu,kita tak jumpah dah.Bila balik ni?” pelukan dilepaskan.
“Baru tadi,” Rizal masih lagi memegang tangan Irwan. Raihana dan Rissa yang hanya melihat mula berbisik.
“Weh Hana,aku bukan gay larh,” ujar Irwan sambil mengetuk kepala Raihana.
“Betul ker?” Tanya Raihana,masih ragu-ragu.
“Yelah!” suaranya separuh menjerit.
“Abang,abang true man kan?” Rizal menganguk. “Dah tu?” Rissa memuncungkan mulutnya ke arah tangan Rizal dan Irwan yang masih berpegangan. Kelam-kabut mereka melepaskan pegangan.
“Hish kamu nih!Ni kawan lama abang lar.Dah lama tak jumpa,mestilah happy.” Muka sudah memerah.Bila mase kau pakai blusher?
“Dah-dah,jom masuk.Rizal and Irwan,angkat barang Rissa masuk dalam” Tegas Raihana memberi arahan. “Rissa,jom masuk,”
**
“Cepatlah,dah lenguh kaki aku nih!” Raihana bercekak pinggang di hadapan Rizal. ‘Ek ele minah ni,baru round satu mall dah bising.Cam mak nenek!Huh!’ Rizal mencebik.
‘Huh!Mama nih…tak pasal-pasal suruh aku teman mamat ni pergi shopping.Malaun ni pun satu,yang kau gatal tak prepare baju kerja sebelum sampai kat sini,apsal?!Kan dah menyusahkan aku!’
“Kejaplah,aku tengah pilih la ni,”Rizal membelek satu persatu baju kemeja yang ada di kedai itu.
“Raihan,kau rase yang mana sesuai??” Rizal menayangkan dua helai baju kemeja yang berwarna biru gelap dan hitam.
“Sape Raihan tuh?Awek baru ea?” Raihana bertanya cam orang bodoh.
“Kau memang nak kene lepuk ngan aku kan?!Yelah…yelah,aku salah!Cik Raihana,you rasa yang mana sesuai?” tanyanya lembut(dalam nada romantik)
“Uwek!Nak muntah aku!Dah-dah,,geli telinga aku!”Raihana menutup telinganya.Rizal merenungnya tajam.
“Hurmm,aku rasa yang Hitam tu sesuai kot.” Rizal menjelingnya dan terus mencuba baju itu.Dalam fittin’ room lar,takkan nak bagi freeshow kat luar ni pulak.
Selepas membeli beberapa pasang baju kerjanya,Rizal terus mengajak Raihana pulang ke rumah.Muka kedua-duanya masam mencuka.
***
Rizal dan Raihana bagaikan bermusuh.Macam anjing ngan kucing!Hari-hari,ada je yang nak digaduhkan.Tapi..biasalah,dalam sumer cerita,dalam gaduh-gaduh tu,mesti ada perasaan lain yang tumpang sekaki.Macam LOVE…Hehe…I know larh..aku kan writer!
Rissa ngan Irwan pun dah couple…ntah la budak dua orang nih..senyap-senyap jew..
***
‘Apsal pulak aku stuck ngan mamat ni kat sini..?!Boring betul lar!Huh!Memang nak kena Rissa ngan Irwan nih!’Raihana mengomel sensorangan sambil mengacau air sarsinya yang sudah tinggal setengan gelas.Rizal dihadapannya dipandang sekilas.
‘Ek ele minah ni,buat muka boring lar pulak.Nak buat camner ni yer…?Haa!’Tetiba ada satu mentol menyala kat atas kepala Rizal.
“Weh Raihan…” Raihana menjegilkan matanya.
“Err…sori.Raihana,jom kita gi jenjalan.Boring la aku duduk kat sini.orang pun tengok semacam.Mesti dia ingat aku tengah dating ngan nenek aku.Jomlah.” Rizal buat muka suci.Raihana dah mengecilkan matanya,rase cam nak makan jerk mamat nieyh.
Sedang mereka berjalan-jalan,tetiba je hujan turun ngan lebat.Baju Rizal dan Raihana dah basah terkena air hujan.
“Woi cepatlah sikit.Aku dah basah dah nih.”Rizal menjerit ke arah Raihana yang punya la slow berlari.Cam siput jer.
“Yer lar..ye lar” Suddenly tangannya diraih.
“Lambat ar kau nih”Muka slumber Rizal direnung tajam. ‘E..eh mamat nih.Memang ade rase nak kene backhand ngan aku nih’ Tangan Raihana ditarik laju,dia hanya mengikut langkah Rizal yang berlari menuju ke kereta.
Tiba-tiba kaki Raihana tergelincir.Nasib baik tak jatuh,Rizal sempat sambut lar.Kalau tak,dah tentu jadik nangka busuk tak bertauliah atas jalan ni.Masing-masing main pandang-pandang mata.
Mereka tersedar.Cuba untuk mencover apa-apa yang terover.
“Err…thanks” ‘Eh,bila mase pulak aku jadi gagap lak ni?Buang tebiat ke apa?’ Raihana menggaru kepalanya.Tak gatal pun.Biasa la gaya orang nak cover malu.
“Welcome.Jomlah kita balik.Dah lewat nih”
***
Raihana berkurung di dalam biliknya.Permintaan Mak Long,mama Rizal sangat berat untuk dia penuhi.Kahwin! Kahwin dengan Rizal!Tapi selepas beratus kali dipujuk oleh Datin Ranya,akhirnya dia pun agree.Eleh,mula-mula tu malu-malu kucing jerk.Macam lah aku tak tau.Aku kan writer!
Rizal pulak dah macam cipan kepanasan lepas tau Raihana nak kahwin.Mak su kate, ‘Hana akan kahwin dengan orang yang always ada dekat dengan dia’.Dalam otak dia,mesti pikir Irwan bakal husband Raihana. ‘Shit!Jage kau Irwan.Mama kata Rissa yang nak kahwin,apsal pulak Hana yang ikut serta?Huh!Pening otak aku!’
**
Pagi tu,Rizal keluar ngan Julia.Awek part time yang dia jumpa.Kat mana ntah.Mulanya tak nak,tapi lepas Julia pujuk,cair jugak mamat ni.Ingat ke kebal,rupenya gatal jugak!
‘Woi!’ Ayoyo,Rizal udah marah.
Selepas puas meround satu mall,Julia mengajak Rizal lunch di PizzaHut.Irwan yang melihat dari jauh,terus meluru ke arah Rizal.Mukanya kelihatan marah. ‘Amboi,sedap yer kau keluar ngan pompuan lain.Nanti ko’
“Rizal,jom.Aku nak cakap sikit” Irwan mengajak Rizal keluar dari PizzaHut.Mereka ke tempat letak kereta.Nak bincang ape ntah.
“Apsal kau nak jumpa aku?” Rizal berpeluk tubuh.
“Aku rasa kau tak patut keluar ngan budak tadi tuh,”Pertanyaanya tidak dijawab.
“Pasal apa plak??”
“Pasal Hana.Aku tau kau sukakan dia Rizal.”
“Heh,dah terlambat.Aku dengan rela hati serahkan dia pada kau,Irwan.Tolong jage dia bebaik,” Rizal berkata dalam nada sinis.
“Hah?Pe kau cakap nih?Aku suka dia sebagai kawan jer.Dia lah kawan rapat aku selepas kau.” Irwan menggaru kepalanya.Tiba-tiba,dia terfikir sesuatu. ‘Hurm..ni mesti dia ingat aku yang akan kahwin ngan Hana nih.Haha,aci tak aku memburukkan keadaan sket?Alah,bawak disaster skali dua. ’
“Tapi kalau kau nak aku terima Hana,takpe jugak.” Rizal tersentak.Laju sebuah penumbuk dihadiahkan ke muka Irwan ‘Hah,amek kau disaster!’ Irwan mengesat darah merah pekat yang mengalir di celah bibirnya. ‘Huih!Ganaz jugak mamat nih’
“Kau jangan nak main-mainkan dia pulak!Aku berjuta kali ganda sukakan dia dari kau!” Rizal dilihat seperti harimau yang kematian anak angkatnya.Mukanya bengis semacam.
Irwan ketawa sinis.Rizal mengetap bibir.Geram!
“Aku tarik balik kata-kata aku tadi!Aku takkan serahkan dia pada kau!” Tumbukan berbalas tumbukan.
“Aa…sila la buat camtu!” Sepak terajang dibalas dengan tendangan kencang.
Raihana dan Rissa yang sedari tadi hanya menjadi penonton tak bertauliah terus berkejar mendapatkan Rizal dan Irwan yang kelihatan seperti tidak dapat dikawal.
‘Cis,minah dua ekoq nih,Dari tadi aku tunggu,tak show up-show up jugak.Habis muka hensem aku jadik cam muka panda’ Irwan menjeling Rihana dan Rissa.
“Abang!Stop!Abang!Abang nak bunuh tunang Rissa ker?!”Rizal terkedu.
“Tunang Rissa?Abes,sape tunang Raihana?”Sekali lagi Rizal terkedu apabila semua mata menghala ke arah dia. ‘Aku ker tunang dia?Ayoyo!’ Mukanya merah padam.
“Rizal…!”Raihana menjerit memanggil nama Rizal yang apabila dia semakin jauh meninggalkan mereka.Kereta sport hitam milik Rizal dilihat meluncur keluar.
“Haa,tu lah kau.Nak bagi suprize konon.”Irwan buat muka tak bersalah.
“Rissa,aci tak akak sembelih tunang kau tu bagi ikan jerung makan…?” Raihana menjegilkan matanya.
“Dengan segala hormatnya,dipersilakan,”
**
“Uh!Mana pergi my beloved finance nih!Dah 3 hari lesap.Sejam lagi dah nak nikah,biar betik Rizal nih!Sumer orang lak,nak berahsia ngan aku.Bila aku tanya, ‘juz wait n see’.Tu je yang diorang jawab.Huh!”Raihana di dalam bilik bagaikan tenuk kepanasan.Dia keluar dari bilik dan terserempak dengan seseorang.Raihana terkezut.
“Rizal!Mana kau pergi 3 hari ni?Apsal kau blarh camtu je hari tuh?Aku panggil pun,wak derk jer?” Machine gun jenis ape lak nih…
“Malu la siot!!Mana aku tau aku tunang kau.Kau tak bagitau aku pun!Tak pasal-pasal aku fight ngan Irwan.”ujar Rizal dengan muka yang memerah.Raihana dah gelak sakan sambil pegang perut dia. ‘Adeh,adeh…de judak mamat pemalu zaman sekarang.Huhu,senak perut aku wei..hahaha’
“Rizal!Buat apa lagi kat sini.Majlis dah start.Rizal,Raihana,pergi tukar baju,sekarang!” Papa Rizal,Dato’ Razlan dah bercekak pinggang memandang ke arah mereka berdua.Kedua-duanya bergegas mengikut arahan.Dah macam lipas tersepit ekor.
“Aku terima nikahnya Amira Raihana binti Razak dengan mas kahwin 80 ringgit tunai.”
-Ni cerpen 3 saya tp mrupakn cerpen yg petama yang saya guna gaya bahasa funky gini…hope u all enj0y-
1-Ingatan
2-Melodiey Of lurve













hehehe… sweet la,ada gak yg pmlu mcm 2… truskan bkarya….

bez…ending nyer…
a total mess .
bahasa macam (……)
sorry tu say . i didn’t even read sampai habis but boleh tau .
jalan cerita klise , stereotaip .
pening baca, sakit mata .
this thing u called cerpen macam a piece of junk yang buat lama web berkualiti macam penulisan2u sesak .
so lame .
sorry writer, taktau laa layak or not panggil cerpen .
as conclusion, boring .
Bahasa kurang baik, memeningkan pembaca, tak tahulah pembaca lain. Tetapi jalan cerita agak baik cuma bahasa dan ejaan yang funky tu yang tak menyenangkan. teruslah memperbaiki tulisan ye…
best. i think in short story tak salah gune ayat2 “funky” like this.
senang nak faham..boleh relate ngn real life
very realistic..tp ending tu if leh elaborate sikit lg, mesti perfect.
good job!
bes laa cite nie..

tp cam pendek jepp..
by de way..gud..
nothing much to say but be careful with words..
nk gune ayat yg funky xsalah tp pastikn tau mknenye..eg : ‘jew’
paper pon, nice trying..gud luck
comey2….
kebetulan la…nama dlm cite ni same ngan i – raihana n tunang i rizal…hehe