Cerpen : Nostalgia lebaran

5 September 2010  
Kategori: Cerpen

1,028 bacaan 4 ulasan

Oleh : Mofaz

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku pun hairan kenapa pada hari ini aku tidak dapat melelapkan mataku . Tidak seperti malam-malam sebelumnya, selalu pada waktu begini aku telah melelapkan mata dan pasti dibuai mimpi yang indah-indah. Buku-buku diatas mejaku seolah-olah hilang dari pandanganku. Fikiranku menerawang tak tentu hala, kadang-kadang teringat saat-saat Italy mengalahkan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia.
Aku pun membuka laci almariku, tiba-tiba mataku terpaku pada album yang agak usang nampaknya. Aku belekkan helaian demi helaian album itu, tiba-tiba mataku terpandang gambar semasa aku di tingkatan 5 . Aku ingat lagi ketika itu akulah yang menjadi ketua tingkatan. Mataku terus menjalar kepada kawan-kawan yang lain. Siti, lucu bila meningatkannya. Siti adalah orang yang paling bising dalam kelas kami apabila dia tidak hadir maka sunyi sepilah kelas dengan leterannya. Ada saja perkara yang hendak dicakapkannya.
Mataku terpaku melihat gadis yang duduk disebelahku. Ayu, aku ingat lagi aku pernah hendak mengoratnya dulu tapi malang tidak dilayan. Siapalah yang tidak terpikat pada kecantikan Ayu sesuai sekali dengan namanya. Warna kulit yang kuning langsat dilitupi oleh tudung yang bewarna putih dan matanya yang agak bulat membuatkan aku dan pelajar lelaki yang lain tergilakannya. Padaku dia sudah cukup sempurrna untuk dijadikan isteri.
Tanganku terus membelek helaian album. Terpandang juga aku pada gambar ketika Kem Kepimpinan Pelajar. Teringat aku ketika itu aku disuruh mencium tiang lampu dan ucapakan ” I love you ” Sebagai denda lewat bangun. Geram rasanya apabila melihat gambar itu entah melaun mana yang sempat menangkap gambarku ketika mencium tiang itu. Helaian demi helaian ku belek. Aku sangat tertarik melihat gambarku dengan rakan karibku sejak kecil iaitu Ali. Lama sudah tidak mendengar khabarnya. Lama rasanya aku tidak ‘bercontact “dengannya.
Agaknya kalau berjumpa mesti dia marah gila kat aku gara-gara tak bertanya khabar. “dulu masa kecik main sama-sama, bila dah belajar luar negara lupalah kawan! ” Aku senyum sendirian. Aku ingat lagi pertama kali aku pulang ke kampung untuk beraya orang pertama yang aku jumpa adalah Ali. Ali menunggu kepulanganku betul-betul dibawah tiang lampu simpang masuk ke kampung kami.
” Wei ! Siut ! Aku ingat orang minyak mana tadi ! Engkau rupanya. Apa kau buat malam-malam ni kat sini ” Aku bersuara sambil memeluk Ali yang terkekeh-kekeh ketawa.
” Aku tunggu kau baliklah, wah! Orang Harvard balik Malaysia jadi macam ni kau ya, hensem nampak?” Ali menepuk-nepuk bahuku. Kegembiraan jelas diwajahnya.
” Biasalah Ali zaman dah berubah kan jadi manusia pun kena berubah , hmmm mana kau tau aku nak balik ni ?” Ali tidak menjawab sepatah pun dia cuma tersengih-sengih. Aku memerhatikan pada sahabatku dari atas hingga ke bawah. Nampak selekeh dan kakinya agak tempang.
” Apa hal dengan kau ni ? Tu kaki tu kenapa ? Kau ni macam ada masalah besar ” Tegurku pada Ali. Ali murung saja.
Aku memang ada masalah pun. Eh! Kau ni nak balik rumah terus ke ni ?” Ali cuba mengubah topik.
” Cadangannya begitula ” Aku menjawab selamba.
” Ala singgahlah dulu, aku lama dah tak berborak dengan kau ni, banyak benda aku nak cerita ni lagipun bukan senang dapat cuba kau ni setahun sekali pun susah !” Pujuk ali terus menarik tanganku.
” Tak apalah malam ni biar aku temankan dia lagipun bukan jauh sangat rumah aku,esok pagi-pagi aku balik boleh terus siap sembahyang raya ” Kataku dalam hati.
” Eh kau duduk sorang je ke ni ? Mana mak ayah kau ?” Aku kehairanan apabila mendapati suasana rumah Ali sunyi sepi. Malahan rumah itu hanya diterangi cahaya lampu pelita minyak tanah.
Ali menarik nafas panjang ” Inilah, malang sungguh nasib aku Faizal, lepas kau pergi ke luar negara dulu macam-macam terjadi kat aku, huh! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat nak sambung belajar sebab nak jaga diaorang. Terpaksalah aku berpenat dengan tulang empat kerat buat kerja kampung. Tapi kau tahulah mulut orang ni jahat betul orang kampung tuduh aku macam-macam cakap aku mencurila mengintailah huh! Ni kaki aku apa lagi kena balun oleh orang kampunglah ni.”
Aku terkejut mendengar cerita Ali.
” Setahun lepas mak ayah aku meninggal, kau tahu langsung tiada orang yang datang nak uruskan jenazah kecuali mak ayah kau dan pak imam ja” Ali terisak-isak. Dia mengesat airmatanya dengan lengan bajunya yang lusuh.
Aku tergamam. Tidak sangka nasib Ali begitu malang.
” Lepas mereka meninggal hidup aku tak tentu arah. Aku tak ada tempat mengadu. Tiap-tiap malam raya aku tunggu kau kat tiang lampu tu sebab aku tahu kau sorang je yang faham perasaan aku tapi malang baru raya tahun ni kau balik.”
” Kau tahu semua orang ingat aku gila. Minah-minah kilang pula tuduh aku nak kacau dorang. Hmmmm! Padahal aku tunggu kau balik, tu pun jadi masalah. Kau kawan aku dunia akhirat. Diaorang tu semua tak guna, tak peduli aku makan ka, minum ka, sakit ka, silap-silap mati pun tiada sorang yang ambil peduli” Suara Ali kencang dan sedikit tinggi.
” Aku minta maaf Ali aku betul-betul tak tahu kau hidup susah begini, aku tak sangka kau sanggup tunggu aku” Aku menyuarakan rasa bersalah. Ali tersenyum.
” Tula kau, pergi belajar pun jauh-jauh dah tu langsung tak bagi khabar berita. Tengok-tengok balik dah bergaya kau. Eh! Minumlah, rumah aku ni tiada apa-apa yang boleh dimakan. Nah .” Ali menyorong gelas berisi teh sejuk dan piring yang berisi beberapa keping biskut. Hatiku semakin sebak.
Sampai begini sekali kesengsaraan Ali.
” Aku minta maaf Ali, sedih aku melihat kau ni” Suaraku sayu dan pilu. Ali tersenyum tawar.
” Buat apalah kau nak minta maaf ni, aku macam ni bukan kau punya pasal pun dah takdir aku begini nak buat macam mana lagi. Hmmm kau dah balik ni, selalu-selalu lah jenguk aku kat sini. Esok dah nak raya, aku minta maaf lah dengan kau dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku sepanjang kita berkawan ni. Raya datanglah rumah aku.
Aku tak sedar kami berbual hingga larut malam. Ketika mataku berat, Ali menghulurkan bantal dan tilam nipis. Aku terus tertidur.
“Astaghfirullah ! Budak ni kat sini rupanya ! Puas kita tunggu dia balik !” Satu suara mengejutkan aku. Aku tersentak dan terus terbangun.
” Eh mak ! Terkejut aku melihat kelibat mak dan ayah bersama adik-adik yang lain berpakaian cantik dan kemas.” Aku kebingungan.
” Yang kau tidak tidur sini pagi-pagi raya ni apasal ? Dah tak da rumah nak balik ka? ” Jerkah ayah.

” Eh! kenapa pula dorang nak marah ni ? Aku hairan. Aku memerhatikan sekeliling. Mataku sedikit sepet dek cahaya matahri. Tiada gelas berisi teh,tiada pinggan berisi biskut.. Hanya daun-daun kering bertaburan. Disebelahku terpacak batu nisan. Bukan satu,dua, atau tiga tapi berpuluh-puluh. Aku tambah bingung dah aku gelabah.
” Eh! Semalam saya pergi rumah Ali mak… Ayah ” Jawabku.
” Hmmm Faizal-faizal tula orang suruh balik kampung beraya tak mahu, cuba kau tengok dekat kubur yang kau tidur tu” Mak menunjuk tempat aku tidur.
Aku mengesat-ngesat mataku. Aku menggamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan tu. Abdul Ali Bin Amran 18 November 1985 – 9 September 2005. ” Tapi mak semalam sya jumpa Ali kalau bukan dia siapa lagi yang saya jumpa malam tadi aku seakan-akan tidak percaya.
” Budak ni tulah akibatnya kalau tak pandai nak balik kampung tak pandai nak tanya berita. Ali dah tak ada . Dia meninggal hari pertama kita puasa. Masa tu ribut , dia duduk dekat kubur mak ayah dia, ada pokok tumbang menimpa dia esoknya baru orang jumpa mayatnya, mak ayahnya meninggal pun kau tak tahu kan” Terang mak dengan pilu.
” Tahu mak semalam Ali cerita kat saya, betul ka ni kubur Ali mak. Air mata ku berlinangan. Aku seakan tidak percaya. Setelah dua tahun tak berjumpa akhirnya aku hanya dapat melihat pusara arwah. Huh.. Hatiku bagi remuk aku betul-betul bersalah.
Terpikirkan malam tadi ‘bertemu’ arwah Ali di malam menjelang raya, kalau betul bulan puasa tiada hantu siapalah yang aku lihat semalam siapa yang bercerita dengan aku semalam. Air mataku terus berlinang. Petunjuk apakah yang ALLAH ingin sampaikan padaku ini. Aku terduduk pada pusara arwah sambil mengesat air mataku.
Aku teringat kata-kata arwah ketika bertemunya di malam raya. Hmmm kau dah balik ni, selalu-selalu lah jenguk aku kat sini. Esok dah nak raya, aku minta maaf lah dengan kau dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku sepanjang kita berkawan ni. Raya datanglah rumah aku.
Aku terisak-isak menangis. Aku duduk dipusara arwah dambil menadah tangan. Kalimah-kalimah suci disedekahkan kepada arwah.” Terima kasih Ali meningatkan aku. Semoga kau tenang disana”.
Aku tersentak dengan bunyi salakan anjing di sebelah rumah sewaku. Lamunan ku terhenti. Air mataku berlinangan, aku tidak dapat membendung kesedihan aku teringat arwah walaupun 2 tahun telah berlalu. Aku betul-betul rasa bersalah. Nostalgia “bertemu” Arwah dimalam aidilfitri terus segar diingatanku kata-katanya ketika malam raya terus terngiang-ngiang dihalwa telingaku. Lusa aku balik ke kampung untuk beraya, pasti aku akan menziarahi pusara arwah. Air mataku terus berlinangan menitis di gambar kami berdua.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Cerpen : Nostalgia lebaran”
  1. sairo........... says:

    :sad:

  2. Zahier Zahatul says:

    Hmm ambil kat mna karya ni????

  3. hana says:

    mcm prnah ku baca cerpen ni…

  4. kay says:

    knp suke ulang2 cerpen lame ni.
    bosan btol la cm ni.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"