Novel : Arissa Oh! Arissa 4

7 September 2010  
Kategori: Novel

890 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Azzia Ariff

Sambungan 7

“Dah siap cik Irfan!” bagitahu Arissa sambil meletakkan sandwich tersebut didepan mata Irfan.
“Hah!sandwich ke apa ni Arissa? Dah rupa macam barang hantaran dah saya tengok. Awak ni ikhlas ke tak buat kerja ni?” soal Irfan pada Arissa tidak puas hati.
Arissa senyum meleret, berpuas hati dengan apa yang telah dia hasilkan.hahha!
“emmmmm…baru puas hati aku, nak kenakan aku sangat ye.nah! ambik kau, makanlah sandwich berhias tu. Dah nak berhias sangat.” Kata Arissa dalam hati,sambil kakinya melangkah untuk kedapur.
Belum sempat Arissa kedapur,Irfan terlebih dahulu memanggilnya.
“Arissa……mari sini kejap ye sayang”Irfan memanggil Arissa dengan nada yang penuh kelembutan.
“Ada apa lagi ni cik Irfan, saya ada banyak kerja lagi nak buat ni. Kesian dekat Mak Mah sorang-sorang dekat dapur tu.”
“Marilah kejap kat abang ni sayang.”kata Irfan
Sebaik mendengar perkataan abang dan sayang dari mulut Irfan,Arissa rasa ingin termuntah. Geli bulu tengkuknya mendengar perkataan itu.
“eeeeee…tolonglah mamat ni, kalau seminit tak menyusahkan hidup aku, tak boleh ke? Naik rimaslah dibuatnya. Macam manalah aku nak bertahan ni, kalu beginilah perangainya. Mengalahkan umur bayi 6 bulan “luah Arissa dalam hati.
“Hah! Apa lagi cik Irfan?kan saya dah buatkan sandwich tu, makanlah. Atau cik Irfan nak suruh saya suapkan jugak.”kata Arissa dalam nada menyindir.
“Amboi garangnya…hehehe.Pandai pun awak ye, macam tahu-tahu je apa yang saya nak suruh buat,hehehe. Apa lagi tercegat kat situ! Marilah laksanakan tugas awak ni.hahaha mari duduk kat sebelah saya ni. Cepat!”kata Irfan saja menyakat Arissa.
“Nak kena hempuk jugak mamat beruang ni. Mentang-mentanglah dia majikan aku, suka hati dia je nak suruh aku macam-macam. Macamlah aku ni bini dia nak suruh suap-suap. Takpe Arissa, sabar sabar, sabar tu kan separuh dari iman.”pujuk Arissa pada dirinya.
Irfan senyum meleret bila Arissa sudah berada disebelahnya.
“Emmmmmm pandai awak hias sandwich saya ni ye, siap ada lada dan tomato yang dihias cantik lagi. Tapi kenapa tak dihiris ye?kenapa awak letak sebijik-sebijik cam ni ye?”tanya Irfan saja memerli. Arissa sudah cuak dengan pertanyaan itu.
“Laaaaa… cik Irfan tak tahu lagi ke? Inilah style orang hias sandwich zaman sekarang ni, da tak payah hiris-hiris dah, ambik dan letak sahaja. Maklumlah orang sekarang ni kan sibuk bekerja, tak kira lelaki atau perempuan sibuk je memanjang. Jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita hias je macam ni, panggilnya tetap sandwich telur jugak kan. Ada roti,telur sebijik dan sayur sikit kira jadilah tu.hahaha”terang Arissa sambil menahan gelak dihati.
“Bagusss, pandai awak ye sampai telur pun tak payah dipecahkan ye,ni masak entah tidak telur ni. Mana awak belajar resipi ni ye,cukup kreatif, saya suka. Jadi ni kira boleh dan halal di makan lah ni yer?”tanya Irfan lagi.
“Eh! Sudah tentulah la cik Irfan, memang buat untuk dimakan pun. Jangan bimbang sandwich ni masih halal dan selamat untuk dimakan. Silalah makan cik Irfan” pelawa Arissa sambil muka sudah tidak dapat menahan senyum.
“Ooo… Senyum ye. Halal dan selamat untuk dimakan ye,hehehe. Kalau macam tu jom la makan sekali dengan saya, saya makan roti ni. Tomato, lada dan telur tu awak makan ye. Selamat untuk dimakan kan? Tunggu apa lagi Arissa, jomlah kita makan.”
“Apa cik Irfan, saya kena makan semua ni? Kenapa pulak? Tu kan sandwich cik Irfan. Cik Irfan makanlah. Saya dah kenyang.”tolak Arissa.
“Ala awak makanlah, saya tak sampai hati nak makan sayur dan telur yang awak hias tu. Cantik sangat hiasannya. Saya makan roti ni je ye.”
“Tapi cik Irfan….”belum sempat Arissa member alas an Irfan sudah memintas.
“tak ada tapi-tapi. Awak kena makan jugak. Ingat, awak dah tandatangan perjanjian tu dengan saya, kalau awak ingkar perintah saya, hukuman akan dijatuhkan. Awak nak tahu hukumannya apa? Arissa…Arissa…Arissa awak nak tahu tak?”
“dah…dah…dah cik Irfan saya tak mahu tahu. Ye nanti saya makan. Cik Irfan makanlah dulu.”
“Boleh pulak awak mengelamun time macam ni ye.Ok saya makan dulu, awak tak nak suapkan saya ke?.”Usik Irfan sambil memasukkan cubitan roti kedalam mulutnya.
“Eeeeee…geramnya aku mamat ni, memang nak kena ni. Aku nak kenakan dia, balik-balik aku jugak yang kena. Takpe-takpe mungkin hari ni bukan hari aku lagi. Tapi tengoklah kalau hari tu dah sampai nanti, teruklah kau cik Irfan aku kerjakan. Tungguuuu…”bebel Arissa dalam hati.

DI DALAM BILIK, Irfan sudah tidak dapat menahan lagi, dia ketawa sepuas hatinya,melihat muka Arissa yang masam mencuka apabila disuruh makan sudah membuat hatinya digeletek. Tapi disebabkan tidak mahu rancangannya gagal dia terpaksa menahan tawanya. Dia tahu Arissa tidak makan tomato, lada dan telur itu, dia nampak sendiri Arissa membuangnya kedalam tong sampah didapur.
“Arissa…Arissa…Arissa, nak makan didapur konon, aku tahulah taktik kau tu, aku pun tak sampai hati nak tengok kau makan.hahaha sebab tu aku bagi kau peluang makan didapur, dan akhirnya tekaan aku benar.hhaahah nak kenakan aku lagi, dan sekarang rasakan…hahaha” Irfan bermonolog sendirian dengan tawanya tidak putus-putus.
Didalam bilik Arissa lain pulak keadaannya, habis bantal-bantal menjadi mangsa untuk dia melepaskan geram.
“eeeee…geramnya aku tengok muka mamat beruang tu. Takpe-takpe, ni time kau nak senyum-senyum mengejek kat aku ye,nantilah tiba masanya akan ku balas nanti. Yang geramnya macam mana aku boleh tak sedar dia intai aku masa didapur. Nah! Bila dah buang baru aku sedar, ishhh! Apa lagi senyum meleretlah beruang tu. Arissa…Arissa tulah nak kenakan orang lagi,sekarang diri sendiri dah dapat malu.nasib…nasib”rungut Arissa,terkenangkan kebodohan sendiri.

Sedang asyik Arissa menyumpah-nyumpah nama Irfan dalam bilik, Arissa terdengar namanya dipanggil oleh Irfan.
“Arissa oh! Arissa, Arissa oh! Arissa, Arissa oh! Arissa” laung Irfan.
“ye,ye,ye saya dengar. Sekejap cik Irfan”
“Apa lagilah mamat ni nak ni. Kot ye pun janganlah laung sampai enam kali nama aku. Aku tak pekak lagilah. Siap berlagu pulak tu. Memang betul-betul sewel la mamat ni.”bebel Arissa dalam hati.
“Ya cik Irfan, cik Irfan nak apa lagi? Ada apa-apa perkara yang memerlukan bantuan dari saya lagi ke?”
“Tak, saya nak tanya, awak ada dengar tak suara orang yang laung-laung nama saya. Bunyi suara macam orang tengah lepas geram. Awak ada dengar tak?”
Arissa menelan air liur. Muka sudah kelihatan pucat.
“Aikkkkk! Mamat ni dengar ke apa yang aku cakap. Apalah aku nak jawab kali ni.matilah aku, nasiblah Arissa, tu lah mulut tu celupar sangat…huhuhu” kata Arissa dalam hati.
“Arissa! Awak dengar tak?” tanya Irfan lagi.
“Em,em,em…saya tak dengar pun cik Irfan. Cik Irfan salah dengar kot. Nama orang lain kot yang dilaung tu…”
“Betul awak tak dengar??? Tadi sebelum awak masuk bilik saya, saya dengar tau, suara macam orang marah-marah kat saya. Sekarang ni dah tak dengar dah. Hurmmm… siapa ya, musykil jugak saya ni.”Irfan buat-buat muka macam orang kemusykilan, sambil tangannya bemain janggutnya yang sejemput itu,matanya sesekali menjeling Arissa, ingin melihat reaksi sebenar Arissa.
“Cesssss!!! Kurang asam punya beruang. Eeeee geramnya aku!!!!!! Lain tak bukan,nak perli aku lah tu. Kalau dah tahu tak payah lah buat-buat tanya. Saja je nak sakitkan hati aku. “


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"