Novel : Biar Duka Berlalu 10

4 September 2010  
Kategori: Novel

520 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Qaireen Arina

” Hai termenung jauh nampak. Kau kenapa Sara. Kau fikir apa? tak kan sebab kita terserempak Khalish masa minum tadi buat kau gelisah semula.” Tegur Suraya Balqis. Dia perasaan sejak mereka pulang dari makan malam tadi kelihatan Damia Qaisara sedang termenung. Sehingga lah dia selesai mandi. Damia Qaisara masih lagi dalam keadaan yang sama.

” Sara.. ooo… sara. Kau dengar tak aku tanya ni?” Suraya Balqis mengoyang bahu Damia Qaisara. Namun panggilannya di biarkan sepi oleh Damia Qaisara. Dia hanyut dalam halunisasinya sendiri.

Suraya Balqis sangat geram bila tiada tindak berbalas atau reaksi dari sahabatnya. Bahu Damia Qaisara di goyang kuat. Hampir gugur jantung Damia Qaisara kerana terkejut.

” Eh…Qis, bila kau masuk bilik. Bukan kau pergi mandi ke tadi?” Tanya Damia Qaisara yang masih dalam keadaan terpingga-pinga. Matanya melilau memandang ke sekeliling bilik. Cerah! Bukan tadi dia sudah tutupkan lampu.Dia bersuara di dalam hati. Lantas jam di dinding di kerling sekilas. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.. Suraya Balqis mengeleng-geleng kepalanya beberapa kali. Hairan dengan perlakuan Damia Qaisara yang agak berbeza dari pagi tadi.

” Kau kenapa Sara… Sampai aku balik dari bilik air pun kau tak perasan. Sampai kemana kau mengelamun. Kau ada masalah ke. Kalau ada, cuba kau ceritakan pada aku?” Soal Suaraya Balqis mencari penyebab. Damia Qaisara yang tiba-tiba murung agak membimbangkan diri. Mungkin dia ada melukakan hati sahabatnya itu. Dia cuba bermain teka-teki di hatinya.

” Qis….petang tadi aku terserempak dengan Khalish. Tapi dia tak perasan aku. Mesra betul dia dengan Syafika. Siapa melentok-lentok dibahu lagi. Masa dengan aku dulu tak ada pun dia layan macam tu sekali. Sakit mata kau tengok Qis.” Luiah Damia Qaisara. Keluhan kecil turut di lepaskan. Hilang rasa sesak didadanya sejak tadi.

” Biar betul Sara. Kau jumpa kat mana. Tak pe la Sara. Kau dengan dia pun bukan ada apa=apa lagi. Kau bersabar je la..Lagipun aku rasa Khalish bukan lelaki terbaik buat kau. Jangan fikir lagi la pasal jantan tak guna tu. Membazir masa kau jer.” Usul Suraya Balqis. Damia Qaisara mengangguk. Mengiakan pendapat temannya itu.

” Betul juga kata kau…apa la aku nie. Emosi terlebih pula…tapi QIs, aku masih sayangkan dia. Kau pun tahu dia kan cinta pertama aku. Masakan mudah untuk aku lupakan dia walaupun hampir dua tahun sudah berlalu.” Tutur Damia Qaisar ikhlas dari hatinya. Balqis merenung wajah Damia Qaisara. Kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Damia Qaisara.

” Aku hairan la dengan kau Sara. Apa istimewanya si Khalish tu sampai kau tak mampu buang sayang kau jauh-jauh?” Soal Suaraya Balqis. Mata tak lekang dari memandang wajah milik Damia Qaisara. Damia Qaisara membetulkan posisi duduknya, apabila terasa lenguh di pinggangnya. Apa tidaknya dari pukul 4.00 petang tadi dia berteleku di meja tanpa bergerak-gerak. Kemuadian Pandangannya di alihkan ke Suraya Balqis.

” Kalau kau hairan…aku seribu kali hairan, Qis. Aku pun tak tahu kenapa aku sukar lupakan Khalish. Walaupun aku sedar dia telah melukakan hati aku. Mempermaikan cinta aku. Tapi itu semua bukan halangan untuk aku terus mencintai dia. Perasaan yang sukar aku tafsirkan. Kau jangan tanya lagi soalan itu kerana aku sendiri tiada jawapannya.” Luah Damia Qaisara.

” Ikut suka hati kau la Sara. Aku sudah letih nak bagi nasihat. Kau tetap juga dengan pendirian kau.” Suraya Balqis mula mengalah. Tak berguna langsung jika dia memaksa Damia Qaisara melupakan Khalish Ikhwan. Sedangkan Damia Qaisara memuja lelaki itu dalam diam. Bukan dia tidak tahu perihal Khalish Ikhwan. Syafiq selalu bercerita pasal Khalish padanya.

***************

Hati Suraya Baqlis berbunga riang. Hatinya cukup terhibur dengan kasih sayang yang diberikan oleh Syafiq. Dia berasa Sungguh bertuah. Syafiq jejaka kelahiran kelantan itu, benar-benar membuatkan dia nanar sepanjang hari. Walaupun Syafiq tidak kacak, namun wajah itu sering menjadi igauannya saban malam. Wajah tenang hitam manis milik Syafiq telah membuka pintu hatinya selama ini was-was untuk becinta. Walaupun hatinya sering dilanda risau. Namun sikap yang di tunjukkan oleh Syafiq memberikan satu gambaran dan keyakinan pada dirinya. Dia juga sentiasa bimbang, takut andai dirinya juga senasib dengan Damia Qaisara. Namun di usir jauh perasaan itu dari sudut hatinya. Biar;ah dia sentiasa memikirkan kebaikan Syafiq sahaja.

Setiap malam dia sentiasa berdoa agar jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Dia juga turut mengiakan kata-kata Damia Qaisara. Perasaan cinta itu sangat indah andai ia benar-benar membahagiakan kita.

” Suraya Balqis…sedap nama awak?” Ujar Syafiq sambil menyambut huluran salam Suraya Balqis semasa pertama kali mereka bersua. Ketika mereka menemani Khalish Ikhwan dan Damia Qaisara berjumpa. Satu pertemuan yang telah membawa bibit-bibit sayang dalam hati mereka. Bermula dari situ mereka saling bertukar nombor telefon dan saling berbalas sms. Hampir setahun Suraya Balqis bersahabat dengan Syafiq, akhirnya dia membuka pintu hati buat jejaka itu bagi menghuni jauh di sudut dasar hatinya.

Masih terbayang saat semasa pertama kali mereka di perkenalkan. Mata Syafiq tidak terlepas dari memandang wajah mulus bujur sirih milik Suraya Balqis. Senyum manis itu benar-benar telah membuat Syafiq gelisah siang malam. Rindu datang bertamu setiap kali dia bersendirian. Gadis itu tidak la secantik mana. Namun sedap mata memandang. Bisik hati kecilnya.

Suraya Balqis, gadis comel yang berasal dari Kuantan, pahang. Seorang yang peramah yang agak manja. Mengambil Ijazah dalam jurusan perakaunan. Sama Jurusan dengan Damia Qaisara. Dan juga merupakan penuntut tahun akhir di UUM. Sebab itu mereka rapat berdua. Kemana sahaja bersama. Sifat lemah lembut suraya Balqis telah membuka mata Syafiq mengambil suraya Balqis sebagai teman hidupnya.

Hampir setiap hari dia mahu meluangkan masa bersama Suraya Balqis. Setiap saat dia akan merindui gadis itu. Begitu hebat panahan cinta Suraya Balqis pada diri Syafiq. Dadanya sentiasa berdebar tatkala melihat Suraya Balqis berbual mesra dengan rakan- rakan lelaki lain diluar sana. Bukan cemburu tapi lebih kepada bimbang dia akan disambar orang. Begitu teguh cinta Syakir pada Suraya Balqis.

***************

Diam tak diam minggu nie dah minggu terakhir smester mereka. Sedihnya! Hari nie dah bermula’study week’ sebelum ‘final exam’ di semester akhir Damia Qaisara di UUM. Alahai, tiba-tiba perasaan ketika di tingkatan lima terimbas kembali. Perasaan berdebar-debar semasa menghadapi SPM. Namun, masa itu, dia masih mentah. Zaman menghabiskan duit ibu dan ayah sahaja. Namun situasi sekarang sudah berbeza. Dia sudah menginjak dewasa. Semua perkara perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Tahun-tahun pengajian ditempuhi dan dilalui dengan penuh bermakna. Begitu banyak cabaran yang terpaksa dilalui dan ditempuhi apabila bergelar sebagai pelajar universiti akan tetapi semua itu tidak menjadi masalah dan halangan dalam meneruskan pengajian dalam menimba ilmu. Pada hari ini, dia sudah berada di tahun akhir pengajian. Tahun penentuan dalam hidupnya. Hatinya semakin berdebar menanti saat berakhirnya peperiksaan.

Masa yang ada banyak dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran. Sudah beberapa hari fikiran Damia Qaisara tida konsisten. Kerisauan makin menjadi-jadi. Buat itu, buat ini, semua tidak dapat menenagkan perasaannya.

” Ah, pedulikan!” bentak hatinya sendirian.

Dia tatapi semula lembaran demi lembaran, satu persatu. Baca tapi tidak faham, Nak dihaal tak juga diingati. Bertambah la kerisauan dihati. Kerisauan ini adalah untuk menyudahkan gundah gulana yang sering berulang selama lebih tiga tahun, sejak dia memulakan pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Diam tak diam, Hari ini merupakan hari terakhir dia menduduki peperiksaan untuk sidang pengajiannya di semester terakhir. Mata pelajaran untuk hari ini ialah subjek perakaunan. Masa peperiksaan bermula pada pukul 2.00 petang. Masa yang di peruntukkan ialah selama 3 jam 15 minit. Dengan berakhirnya kertas tersebut, maka berakhirla tugas Damia Qaisara sebagai seorang pelajar.

*************

Hari ini hari terakhir dia di kampus. Semua barang milikknya habis dikemas. Dia sekadar menunggu keluarganya sampai untuk mengambilnya.Rasa sebak mula menyelubugi kamar hatinya. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-teman sekampus. Kenangan sebagai seorang pelajar tidak dapat dia lupakan sampai bila-bila. Banyak pahit manis yang sudah dia tempuhi. Semua kenangan itu akan terpahat teguh di dalam hatinya.

” Qis…nanti kau jagan lupa call aku tau. Kejap betul masa berlalu. Rasa baru jer aku kenal dengan kau.” Tutur Damia Qaisara sebak. Balqis dah mula menangis. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan Qaisara.

” Kau pun sama, Jangan lupa call aku.” Luah Suraya Balqis

Mereka berpelukan. Masing-masing akan bawa haluan sendiri. Pasti mereka rindu dengan suasana kampus nanti. Damia Qaisara meninggal semua kisah dukanya disini. Satu pun dia tidak mahu sisip dihati. Biar la takdir yang menukan dia dengan jejaka yang ikhlas mencintainya.

Pagi tadi dia menerima panggilan dari Idham Naufal. Hilang rindu untuk berbicara dengan jejaka tersebut. Cinta yang mekar dalam diam didimpan sendiri. Biar la takdir yang menentukan segala. Sempat juga dia bercerita tentang hari terakhir dia di bumi sintok ini. Bebicara dengan Idham Naufal membuatkan dirinya di bawa terbnag kea wan biru. Sentiasa di susuli tawa gembira.

” Awak…saya last day tau kat sini. Dah lama awak tak call saya. Awak sibuk ker?” Damia Qaisara memulakan bicara bila butang jawapan ditekan.

“Ha’ah..saya busy sikit dua tiga hari nie…lagipun kawan-kawan kolej saya selalu ajak saya main futsal petang-petang. Malam dah letih. Tu yang jarang mesej dengan awak. Awak marahkan saya ker?” terang Idham Naufal.

” Oooo.. patut la…taka pa..saya tak marah pun..saya nie siapa nak marah-marah awak tak tentu pasal..” Ujar Damia Qaisara.

” Awak teraa hati ker..jauh jer bunyi suara tu..” Idham Naufal cuba mengumpan.

” Mana ada la…saya tak jauh hati pun…pandai je awak tuduh-tuduh saya yer..” ujar Damia Qasiatra sambil tertawa kecil di hujung telefon.

” Ye ker..kalau awak jauh hati pun tak per..sekurang-kurang awak sentiasa fikirkan saya…” Idham Nuafal memberi signal hatinya.

” Eleh..kalau kita jer ingatkan dia..orang tu pula tak ingatkan kita nak buat apa.” Damia aisara semakin berani bermain tarik tali. Idham naufal tergelal kecil mendengar celoteh Damia Qaisara.

” Okey la awak…ibu dah ayah saya dah samapai kat bawah nie…saya nak kemas nak angkat barang.nanti kita sambung borak yer…take care….” Damia Qaisara meminta izin menamatkan panggilan.

” Okay…awak pun sama..take care yer…miss you.” Idham Naufal menamatkan panggilan.

Damia Qaisara tersenyum Nakal dengan ayat terakhir dari Idham Nuafal. Hatinya sedikit keriangan. Persahabatan yang dibini begitu lama, membuatkan mereka semakin mesra. Cuma masing-massing masih menyimpan rasa cinta sendiri.

*************

Bosan! Itu lah yang Khalish Ikhwan rasa sejak akhir-akhir ini. Semua benda yang dia lakukan semua serba tidak kena. Minggu pertama setelah tamat belajar amat membosankan diri.

” Wan…nanti tolong papa uruskan Syarikat kita yer…saper lagi papa nak harapkan.Papa tak nak dengar alasan.” Tegas arahan dari Datuk Kamal Arif.

” Tapi papa..Wan kan baru jer habis belajar. Bagi la wan peluang berehat dulu. Tak sporting la papa nie.” Runggut Khalish geram. Mukanya masam tanpa senyuman.

” Tak ada tapi-tapi dah.Sampai bila kau nak jadi kutu rayau.cukup la seminggu papa bagi kamu berehat.” Tutur Datuk Kamal tegas. Muka anaknya di pandang sekilas.

“Ye la Wan..mama sokong cadangan papa tu. Apa salahnya Wan tolong papa…awal-awal nie boleh la belajar serba sedikit. Papa pun dah semakin tua.” Datin Aida mula bersuara. Cuba memujuk anak lelaki tunggalnya.

” Ye la…minggu depan Wan start kerja kat syarikat Papa. Okey la, wan minta diri..malam nie wan nak dinner ngan Syafika.” Ujar Khalish Ikhwan sambil berlari anak menaiki tangga untuk kebiliknya.

” Ish Budak nie..tak habis-habis nak keluar dengan budak perempuan tu..saya tak berkenan langsung bang…tak faham saya..apa istimewanya si Syafika tu sampai Wan tergila-gila.” Bebel datin Aida pada suaminya.

” Biar la dia Aida…kalau awak halang pun dia tetap juga dengan pendirian dia..dia dah bagi persetujuan nak bekerja dengan anag pun daha okay Datin Aida ooiii..!!! Datuk Kamal Cuba membela Khalish. Dia bukan tak kenal isterinya, Bukan mudah jatuh hati pada pilihan hati anaknya. Ada sahaja cacat cela yang dia nampak.

” Awak selalu tak menyokong pendapat saya….susah betul bercakap dengan awak nie .” Marah Datin Aida pada Datuk Kamal.

” Habis awak nak saya kata macam mana lagi. Awak cari sendiri la calon menantu untuk anak awak tu..itu pun kalau dia berkenan la.” Geram pula Datuk Kamal bila datin Aida membebel di tepinya.

” Ishh!! Orang tua nie….” Marah Datin Aida sambil berlalu ke dapur. Malas mahu bertekak dengan Datuk Kamal.

Datin Aida tidak pernah memandang pangkat dan darjat dalam soal memilih menantu. Apa yang dia mahu biarlah gadis itu mampu membahagiakan anaknya. Pandai menjaga makan pakai anaknya. Span santu dihadapan orang tua. Itu sudah menggebirakan hatinya sebagai seorang ibu.

Namun semua sifat itu dia tidak nampak langsung dalam diri Syafika. Sebab itu dia menentang keras perhubungan anakanya. Namun, Semua nasihatnya ditolak mentah oleh Khalish. Ada sahaja alasan Khalish berikan kalau dia memulakan bicara berkaitan Nadia Syafika. Datin Aida menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanda tidak faham dengan gelagat anak lelaki tunggalnya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"