
Novel : Bilakah Kau Kan Mengerti? 8
Oleh : Noreyn
“Lama kau tak masuk office, kau pergi mana Balqis?”
“Kerjalah”
“Kerja apa pula? Kau dah dua minggu tak masuk. Ke mana?”
“Sejak bila pula yang kau ambil berat pasal aku ni?”
“Tangan kau kenapa?” Fizah tidak menjawab sebaliknya menyoal Balqis kembali.
Malas aku nak layan budak senget ni, makin dilayan makin menjadi.
“Sombong” Fizah berlalu ke tempat duduknya. Tidak berapa lama kemudian Adam muncul.
“Selamat pagi En. Adam. Mari saya tunjukkan pejabat baru En. Adam”
“Okay. Bawa barang barang awak pindah kat sana”
“Tapi En. Adam, ini bilik En. Adam. Kenapa perlu saya duduk kat dalam ni?”
“Sebab awak P.A saya. Cepat. Awak tau kan yang saya tak suka orang melengahkan arahan saya?”
“Baik En. Adam” Kenapa dengan dia ni hari ni? Tertelan cili padi ke? Serius semacam je.
Balqis memindahkan segala fail dan alat tulis yang digunakan ke meja barunya. Bersebelahan dengan Adam. Hanya dipisahkan dengan partition.
“Kopi En. Adam?” Balqis meletakkan secawan kopi di atas meja Adam.
“Ada apa apa yang En. Adam nak saya tolong hari ni?”
“Ada. Tolong diam”
“Baik” Balqis kembali ke mejanya.
Adam mencapai telefon bimbitnya. Dia menatap gambar gambar yang ditangkap mengunakan camera telefon bimbitnya semalam.
Siapa agaknya lelaki ni? Mesra betul. Makin aku tengok makin sakit hati aku. Boyfriend dia ke? Tapi dia tak pernah cakap pun? Ah! Dia mana pernah nak cerita hal peribadi dia pada aku? Dan tak akan cerita pun. Dia kan gadis yang penuh dengan misteri? Apa yang aku tau cuma yang basic saja, nama, nombor kad pengenalan, umur.. tu je. entah profile apa aku pun tak tau. Macam manalah papa boleh ambil dia kerja kat sini aku pun tak tau. Tapi.. kalau papa tak ambil dia tak mungkin pula aku dapat mengenali dia. Persoalannya sekarang, siapa lelaki tu?
Adam memandang ke arah dinding kaca yang terdapat di hadapan Balqis. Di situ dia dapat melihat dengan jelas apa yang sedang dilakukan oleh Balqis. Terlihat olehnya Balqis yang sedang menulis mengunakan tangan kanannya. Sekejap sekejap Balqis memegang tapak tangan kirinya yang masih berbalut. Perasaan amarahnya hilang serta merta. Hatinya menjadi pilu melihat Balqis menahan kesakitan.
Walau siapa pun Balqis yang penuh misteri ini aku masih mahu menagih kasihnya. Kesucian hatinya sudah dapat aku baca apabila dia menyalahkan dirnyai atas kesalahan Anis. Mengambil berat pasal Anis walaupun dia dilukai. Walau siapa pun lelaki itu aku tak akan mengalah selagi Balqis belum bernikah secara sah.
“Balqis” Adam memanggil lembut.
“Ye En. Adam?” Balqis bangun membawa diarinya lalu duduk berhadapan dengan Adam.
“Saya nak adakan function di rumah saya malam minggu ni. Anggaran tetamu lebih kurang 300 orang”
“Kejap ye En. Adam” Balqis mecatit butirannya di dalam diarinya.
“Awak boleh menulis dengan tangan kanan?”
“Boleh tapi slow sikit. Jarang guna tangan kanan. Cuma diwaktu kecemasan je” Balqis ketawa perlahan.
“Tangan awak masih sakit?”
“Tak. Dah baik dah. Saja je tak buka bandage ni. Seronok pula pakai benda ni”
“Balqis, memang awak P.A saya dan saya bos awak tapi awak boleh anggap saya sebagai kawan awak”
“Apa maksud En. Adam?”
“Yelah, awak boleh luahkan perasaan awak pada saya”
“Tapi saya tak ada apa apa perasaan untuk diluahkan”
“Tangan awak sakit kan? Kenapa perlu berselindung? Awak boleh berterus terang dengan saya. Kalau perlu awak boleh berehat di rumah atau ambil mc. Balqis, saya ambil berat pasal awak. Saya tak sanggup tengok awak dalam kesakitan macam ni”
“Saya tak apa apa En. Adam, terima kasih sebab En. Adam nak jaga kebajikan saya tapi saya masih boleh boleh bekerja seperti biasa. Pasal makanan, En. Adam nak western atau eastern?”
“Awak arrange ajelah apa yang patut” Bahasa apa lagi yang harus aku gunakan untuk buat dia faham?
“Okay. Last sekali, saya nanti dijemput ke tak?”
“Mestilah awak kena ada, kan awak P.A saya?”
“Sebagai tetamu atau sebagai P.A En. Adam?”
“Ada beza ke?”
“Of course. Kalau sebagai P.A it’s official. Kalau tetamu tak official lah. Jadi keadaan tu tak sama. Kalau P.A saya kena sentiasa berada di sisi En. Adam tapi kalau tetamu, saya boleh explore rumah tu. Kalau nak tawaf 5 atau 6 pusingan pun tak apa”
“Pendek kata, which one you prefer?”
“Tetamu”
“Okay. Awak datanglah sebagai tetamu. Tapi siapa yang akan uruskan catering, khemah tu semua?”
“Sayalah sebagai P.A. dahlah En. Adam saya banyak benda nak buat ni. Tapi tetamu semua macam mana? Dah jemput ke?”
“Itu biar saya uruskan”
“Okay” Balqis bangun dan kembali ke mejanya.
Dia ni. Susah betul nak cakap pasal personal. Semuanya pasal kerja.
***************************
Jam sudah 10 malam tetapi bilik Adam masih terang. Lampu masih terpasang. Adam yang masuk semula selepas keluar tengah hari tadi berasa hairan dengan keadaan itu.
Ni kot Balqis. Mana dia? Tak balik lagi ke?
Adam memandang kot yang tersangkut pada belakang kerusi Balqis. Dia lalu duduk di sofa yang berada tidak jauh daripada meja Balqis.
Seketika kemudian Balqis muncul dengan menjinjing bungkusan plastic berisi makanan. Penampilannya berbeza sedikit waktu itu. Rambut separas pinggang itu dibiarkan terlepas tanpa ikatan seperti selalu. Kemaja putih yang lepas keluar dan juga seluar hitam. Biasanya di waktu pejabat dia lebih selesai dengan rambut ekor kuda, kemeja putih ‘tight in’, seluar hitam dan juga kot hitam.
“Balqis, aw..”
“Omo” Balqis amat terkejut dengan teguran Adam. Sangkanya hanya dia seorang di pejabat waktu itu.
“Kenapa terkejut sangat ni? Macam nampak hantu je?” cantiknya dia. Berkali kali aku jatuh cinta dengan minah seorang ni. Tapi omo? Korean? Dia ada campur korea ke?
“Tak. Saya ingat tak ada orang tadi. En. Adam buat apa lewat macam ni?”
“Awak tanya saya, yang awak tu kenapa tak balik lagi?”
“Saya uruskan persiapan untuk majlis di rumah En. Adam malam lusa”
“Office orang lain pun dah lama tutup, macam mana awak berkomunikasi?”
“Email, handphone. Saya dah biasa dengan diorang jadi senang sikit lagipun diorang pun belum balik lagi, maklumlah nak jaga business. En. Adam dah makan?”
“Kenapa tak buat kat rumah je? Bukan ke lebih mudah? Lebih selesa kan?”
“Rumah saya tak ada internet dan juga telefon. Handphone yang En. Adam bagi tu kan hanya untuk memudahkan En. Adam menghubungi saya?”
Balqis mengeluarkan roti dan biskut dari bungkusan yang dibawanya.
“En. Adam makanlah nanti saya buatkan kopi”
“Tak payah. Saya tak rasa nak makan. Takkan awak nak makan roti dan biskut je?”
“Tak, saya nak makan maggi” Balqis menunjukkan maggi cup pada Adam. Dia kemudian berlalu ke arah pantry. Seketika kemudian dia keluar dengan menatang dulang yang terdapat secawan kopi dan maggi tersebut. Kopi tersebut diserahkan kepada Adam manakala maggi pula untuk dirinya sendiri.
“Pandai awak makan pakai chopstick?”
“Dah biasa. En. Adam kan pernah nampak sebelum ni?”
Adam diam seketika.
“Awak ni Korean ye?”
“Hah?” serta merta seleranya mati mendengar pertanyaan itu.
“Saya tanya, awak ada kacukan darah Korea ke?”
Balgis tidak menjawab sebaliknya mengemas meja dan bersiap siap untuk pulang.
“Saya nak balik dulu En. Adam. Majlis malam lusa En. Adam tak perlu risau semuanya pasti beres. Insya Allah” Balqis mengambil kotnya dan bersedia melangkah tetapi ditegur oleh Adam.
“Balqis..”
“Ye?” Balqis memandang Adam menunggu jawapan.
“Awak cantik macam ni. kenapa aw…”
“Kalau tak ada apa apa saya balik dulu”
Apa sebenarnya peristiwa silam kau yang menyebabkan kau seboleh bolehnya mengelak daripada membicarakan hal hal seperti ini? Kenapa kau suka berpakaian serba hitam? Takkan buta warna kot? Dengan apa cara harus aku lakukan agar aku dapat berkongsi segala kesedihan yang mungkin tersimpan di sudut hatimu?














next..next….
Hehee…Adam ni mmg sengaja nak rapatkan diri dgn Balqis.. naper Balqis buat tak paham n biarkan dirinya mcm tak lawa?? Mesti pernah patah hati ni…