
Novel : Bilakah Kau Kan Mengerti? 9
Oleh : Noreyn
Balqis yang ayu berbaju kebaya hitam keluar dari bilik tamu rumah Adam. Kebetulan Adam yang lalu disitu bertembung dengan Balqis.
“Balqis? Awak nampa…”
“En. Adam, tetamu semua dah tunggu kat luar tu. Tak elok En. Adam kat sini. Walaupun sekarang ni saya tetamu tapi tak perlulah En. Adam layan saya sebagai tetamu. Saya boleh layan diri saya sendiri. Saya minta diri dulu”
Cantik dan manis betul kau dengan baju kebaya ni. dengan rambut yang disangul rapi. Tetapi kenapa hitam juga? Baju kau semuanya berwarna hitam ke?
Selepas menukar baju, Adam keluar beramah mesra dengan para tetamu tetapi matanya tidak lepas dari memandang Balqis. Sentiasa mengekori ke mana sahaja Balqis melangkah.
“Adam, siapa perempuan tu?”
“Yang mana satu?”
“Tu yang pakai baju kebaya hitam tu”
“Kenapa kau tanya?”
“Cantik betullah dia tu. Aku berkenan betullah”
“That’s my ‘wife’. Jangan nak mengada nak tackle. Kau tak perasan ke yang baju aku sedondon dengan dia?”
“Hah? Biar betul? Bila kau nikah?”
“Betullah sama. Kau pun memang jarang pakai baju melayu. Betul ke kau dah nikah? Jadi ni majlis kau ke?”
“Jom aku kenalkan” Adam melangkah ke arah Balqis bersama kawan kawannya.
“Balqis”
“Ye En. Adam?”
“Kenalkan ni En. Joe dari Zilan & Co. Yang ini En. Fitri dari Ho Brothers dan yang ini En. Naim dari Zakaria Construction”
“Hai. Saya Balqis. Saya P..”
“She’s my wife”
“En. Adam. Saya ka…”
“Jom saya kenalkan dengan orang lain” Adam menarik lengan Balqis dan memperkenalkannya kepada teman teman dan juga para tetamu yang hadir. Sepanjang itu pegangan tidak dilepaskan walaupun diminta oleh Balqis berulang kali. Adam tetap memperkenalkan Balqis sebagai ‘isteri’nya tanpa memberi peluang kepada Balqis untuk memperbetulkan keadaan. Sehinggalah telefon bimbit Adam berbunyi, sewaktu mahu menjawab panggilan tersebut barulah dia meleraikan pegangannya. Balqis pula mengambil peluang itu untuk beredar dari situ.
“Balqis, awak buat apa kat sini?” Adam duduk disalah satu kerusi yang terdapat di hadapan kolam renang.
“Kenapa En. Adam buat macam ni?”
“Buat apa?”
“Kenalkan saya sebagai isteri En. Adam. Walaupun saya bekerja untuk En. Adam tak bermakna En. Adam berhak untuk melakukan apa yang En. Adam suka pada saya”
“It’s just for fun okay? Diorang pun taulah awak P.A saya. Saja je. selalunya P.A ni kan diibaratkan sebagai ‘office wife’?”
“Itu bagi En. Adam. Tapi saya macam mana? Apa saya nak jawab kalau bakal mak mertua saya dapat tahu hal ni dan dia ingat benda ni betul?”
“Awak dah nak kahwin ke?”
“Manalah tau satu hari nanti”
Adam mengeluh. Manalah tau satu hari nanti?
“Balqis.. apa sebenarnya peristiwa hitam yang cuba awak buang dari hidup awak? Peristiwa yang menghantui awak? Sampai awak fobia sangat untuk mempunyai seuatu perhubungan atau pertalian?”
“Kan saya dah cakap, En. Adam tak ada hak untuk mencampuri urusan peribadi saya” nada suara Baqis agak keras.
“Bukan sebagai bos tapi sebagai kawan, awak boleh cerita kat saya sebagai seorang kawan. Balqis, selagi awak simpan benda tu awak akan terseksa. Lepaskanlah supaya awak boleh hidup dengan lebih gembira dan bahagia”
“Kalau pun hati saya ni meyimpan pelbagai kedukaan ianya tak akam mengganggu prestasi kerja saya. Memang saya akui yang saya suka cakap lepas tapi selama hari saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya. Kalau En. Adam tak puas hati dengan kerja saya En. Adam boleh cari pengganti saya bila bila masa saja. Saya minta diri dulu dah lewat”
Balqis menuju ke bilik tamu untuk menukar baju. Menukar kembali dirinya kepada Balqis Personal Assistant kepada En. Adam. Kemudian dia berjalan keluar dari perkarangan rumah banglo itu menuju ke kereta yang di parkir agak jauh dari situ. Sampai sahaja dikeretanya Balqis menekan punat alarm kereta lalu menghulur tangan untuk membuka pintu.
“Oo inilah dia kereta ‘buruk’ awak tu? Mercedes S class? Patutlah awak malu sangat, memang ‘buruk’ sangat pun”
“En. Adam?” Balqis gugup tiba tiba. Dalam keadaan serba salah Balqis terus masuk ke dalam kereta berlalu pergi meninggalkan Adam yang tidak berganjak walau seinci.
Semakin misteri gadis seorang ni. Siapa sebenarnya Nur Balqis? Mercedes S class? Bukan calang calang orang yang boleh pakai.














wah… makin suspen adam di buat nye…
cpt smbung yew…
btoi2 suspen…
tp mmang btoi2 best la
cpat smbung yerr…
pjg kan la sikit.. citer ni best
ada gak la ayat2 yg mcm tunggang langgang skit.. biasa r mungkin terlepas pandang…calang-calang << begini kan ?
apa2 pun cite ko ni mmg best
laa xsabr nk bc tis contineu..
mcm best..
suspens!!
huh..suspen..ase2 nyer balqis nieyhh mesti anak pm k0re..ha3..suke jerk wat cter..

Wow!!! PA bawak Mercedes S… mmg vogue tu… anak saperlah Balqis ni…tapi naper jadi PA jer??
Hish, Adam ni…sedap2 dia jer perkenalkan Balqis as wife dia…
wah ! best gilaa .