Novel : Cinta Bertandang Lagi 7, 8

3 September 2010  
Kategori: Novel

1,653 bacaan 1 ulasan

Oleh : Noorza Nooriz

BAB
7

* Strong Baby…

BERTUNANG jugak aku akhirnya. Dalam banyak-banyak spesies lelaki di universiti aku secara khususnya dan di dunia ni secara amnya, aku sangkut dengan si Zaid Izlan jugak, abang sepupu sendiri pulak tu.

Dulu waktu kecik – kecik, selalu main sama – sama, buat jahat sama – sama tapi sekarang siapalah yang sangka kan, aku nak naik pelamin pulak dengan rakan jenayah aku dulu tu. Aduss….Tragedi betul!

Itu pun kalau jadilah kan nak naik pelamin dengan dia. Siapa tahu nanti buatnya tiba – tiba dia jumpa orang yang dia betul – betul suka, dia tinggalkan aku pulak kan? Waktu tu, apa kau nak buat Sarrah? Haish……

Niaya tu!

” Apa susah? Aku pun cari orang lain jugaklah kan?! Hehehhe…..” Sarrah mengekek sendirian, melayan pemikirannya.

Sarrah tiba – tiba mengeluh panjang.

” Apalah malang sangat nasib aku ni hah? Pakai cantik-cantik pun tapi kalau kat dalam ni tak happy, buat apa?” Sarrah menepuk – nepuk dadanya.

“Tapi, tibai jelah labu, dah nasib badan… Lan pun okay what. Kita try jelah ek. He deserve me what. Macam dia cakap, I’m way too precious.” Sarrah bercakap lagi pada dirinya sendiri.

Mundar – mandir dia seorang diri di dalam bilik sementara menunggu saat untuk menyarung cincin. Entah kenapa tiba – tiba dia berdebar pula. Bukan orang asing pun yang akan sarungkan cincin tu, ibu saudaranya jugak tapi kenapa hati ni berdegup kencang?

Adeh…..masalah betullah kau ni Sarrah!

Tidak lama kemudian, saat yang ditunggu tapi chop! Tunggu ke? Tak jugak! Sarrah dengan berjayanya mampu meng‘ayu’kan diri dengan sebaik mungkin. Aunty Munirah dan ibunya masuk untuk menyarungkan cincin pada jari manisnya. Cincin emas putih yang berukirkan bentuk hati dan dihiasi dengan batuan biru di bahagian atasnya menjadi pilihan Zaid Izlan untuk Sarrah. Sarrah memandang kedua raut wajah yang tersenyum di hadapannya itu. Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka.
Alangkah bagusnya kalau aku pun mampu merasa segala kegembiraan itu walau untuk sekelumit cuma.

Sarrah menarik nafas dalam – dalam sambil menghadiahkan senyuman kepada ibu dan Aunty Munirah.

Dengan tersarungnya cincin pada jari manis Sarrah, maka bermulalah episod baru bagi dirinya sebagai tunangan kepada Zaid Izlan. Best atau tidak bergelar tunangan orang, dia sendiri tidak tahu.

Just wait and see about that Sarrah. Lagipun, kau ada masa enam bulan lagi untuk tentukan segalanya sebelum kau betul – betul diikat oleh Lan. Dalam masa enam bulan nilah yang akan menentukan segalanya, sama ada kau nak teruskan atau nak berhenti setakat ini sahaja.

” Kenapa cincin tunang ataupun cincin kahwin selalu atau mesti disarungkan pada jari manis dan bukan pada jari – jari yang lain?” Sarrah bertanya pada dirinya sendiri setelah semua tetamu keluar dari biliknya. Bilik yang sesak tadi dirasakan lapang semula. Dirasakan dirinya seperti dapat bernafas semula.

” Sebab ada orang cakap, pada jari manis ni ada satu pembuluh darah yang bersambungan terus dengan hati. Jadi, dengan menyarungkan cincin dari orang yang tersayang pada jari ni, suatu ikatan dari hati ke hati akan terjalin.” Sarrah menjawab sendiri pertanyaan dia tadi sambil bermain dengan jari manisnya yang sudah tersarung dengan cincin pertunangannya itu.

” Tapi betul ke?” Sarrah bertanya lagi pada bayangnya di cermin. Dia sendiri masih tidak yakin dengan apa yang dikatakan oleh orang tentang hal itu kerana sesungguhnya, dia tidak merasakan apa – apa pun lagi pada saat cincin itu disarungkan tadi. Sikit pun tak ada!

Mungkin dia perlu menunggu untuk perkara itu terjadi pada dirinya. Mungkin juga dia harus memberikan masa kepada hubungan mereka yang baru terjalin ini. Siapa tahu, mungkin Zaid Izlan akan dapat juga menundukkan dirinya yang tak berapa ‘sihat’ ini.

PUAN LARASATI amat bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan baik dan yang paling penting sekali Sarrah tidak lagi kelihatan memberontak. Dia amat mengharapkan anak gadisnya itu faham akan niat baiknya. Meskipun ada secubit rasa kecewa di hati kerana Naym tidak ada bersama, dibuang jauh-jauh perasaan itu. Bukanlah mahu membuang Naym dari kamus hidupnya tetapi hanya inilah caranya bagi dia meneruskan hidupnya sehari-hari. Pandangannya jatuh kepada puterinya yang begitu asyik membelek – belek cincinnya itu. Bibirnya terkumat kamit. Entah apalah yang masih dibebelkan oleh puterinya itu.

” QIS sayangku, kau tunggulah bila aku balik nanti, banyak sangat benda aku nak cerita kat kau. Mesti kau terkejut badaknya dengan status baru diri aku ni.” Sarrah ketawa seorang diri sambil membelek – belek cincin yang telah dan insyaAllah akan terus tersarung di jarinya untuk suatu jangka masa yang sudah tentunya penuh dengan dugaan dan cabaran. Kan orang cakap, orang bertunang ni, banyak rintangannya. Sebab itu, ramai yang kahwin terus. Senang kerja!

“Sorrylah sebab tak jemput kau ye sayang. Aku tak nak kau buat kecoh kat sini nanti.”

Sarrah tersenyum lagi, teringatkan sahabat karibnya di kampus, Qistina Qaleeb. Bukan sahaja Qis, malah tiada seorang pun teman – teman dari kampusnya dimaklumkan akan hal pertunangannya. Dia merasakan tidak ada keperluan untuk memberitahu mereka. Pertunangan mengejut. Tak ada apa yang special pun. Kalau diberitahu nanti, mesti habis kena soal selidik, so baik tak payah beritahu. Dia juga meminta pada Zaid Izlan supaya dia tidak menjemput sesiapa di kalangan sahabat handainya. Dia amat bersyukur kerana Zaid Izlan hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Senang kerja aku. No worries babe!

” Bertunanglah kau dengan aman dan damainya. Tak ada sesiapa pun yang akan tahu melainkan aku sendiri yang beritahu,” bebel Sarrah dalam hati. Hatinya kini terasa begitu lapang dan lega, well not because the bertunang thing tapi sebab tak ada siapa yang akan tahu pasal hal ini melainkan dia atau Zaid Izlan sendiri yang membuka mulut dan bercerita akan hal ini.

” Sekarang Cik Maisarrah Imelda, kau kenalah tukar baju sebab nak pergi makan kat luar tu. Takkan kau nak pakai baju ni lagi kan?” Sarrah mengingatkan dirinya supaya menukar baju pertunangannya itu sebelum ke jamuan yang diadakan di halaman rumahnya itu.

MALAM itu, satu jamuan khas untuk keluarga kedua-dua belah pihak diadakan di halaman rumah Sarrah. Semua ahli keluarga mereka berkumpul di situ kecuali Abang Naym. Aunty Salma dan Adam Mikhail.

Oh God, how much I miss you guys. Wish you all were here, here with me, and be apart with all this thing happenning. Sarrah berbisik pada hati kecilnya.

Dia mengasingkan diri daripada orang ramai di situ. Dia duduk seorang diri di tepi kolam ikan tempat dia, Abang Naym, Adam dan Zaid Izlan selalu berkumpul suatu ketika dahulu, membuat dan melaksanakan komplot jahat mereka.

Seronoknya jika masa itu boleh diputar kembali. Hidup sebagai seorang kanak – kanak memang senang. Riang dan gembira aje tanpa perlu memikirkan tentang kehidupan orang dewasa yang langsung tidak seronok ini. Semua pilihan dan keputusan terletak pada ibu bapa mereka. Tapi itulah kan. Waktu kecik – kecik dulu tak sabar – sabar nak besar tapi bila dah besar nak jadi kecik pulak! Manusia ni memanglah….Tak pernah puas dengan apa yang ada sekarang. Mesti nak ubah jugak.

Tapi jadi budak – budak ni senang. Hidup tu rasa macam tak ada tekanan langsunglah. Bangun, makan, pergi sekolah, main, lepas tu makan lagi and lepas tu main lagi sikit, and terus masuk tidurlah lepas penat main kan?! Wah! Bahagia betul hidup waktu tu!

Tersenyum Sarrah apabila mengingatkan kenangan dahulu ketika mereka masih bersama. Kini, segalanya sudah berubah. Masing – masing sudah pun membawa haluan sendiri, mengikut perjalanan takdir yang telah tersedia untuk mereka dan siapa sangka, takdir dirinya ada bersangkut paut dengan Zaid Izlan.

Zaid Izlan kini adalah sebahagian dari hidupnya. Dia kini telah menjadi tunangan kepada Lan. Dia masih juga tidak dapat melarikan diri daripada Zaid Izlan selepas beberapa ketika ini.

Haih….

Bertuah kan aku ni?

Abang Naym pula sudah menghilang membawa diri entah ke mana. Adam dan Aunty Salma pulak? Erm… Sudah lama juga tidak mendengar khabar mereka berdua tu.

Rasanya hampir lima tahun dah aku terputus hubungan dengan dia orang. Well, ibu dengan baba maybe tahu tapi aku memang tak tahu dia orang pergi mana lepas hal itu terbongkar.

Entah mengapa Sarrah dapat merasakan semua orang seperti cuba merahsiakan pemergian Adam dan Aunty Salma. Tak ada seorang pun yang beritahu dia ke mana Adam dan Aunty Salma pergi selepas kejadian itu.

Rahsia keluarga yang telah lama disimpan tiba-tiba sahaja boleh terbongkar dan telah menjadi skandal besar. Berita – berita mengenainya memenuhi dada – dada majalah dan surat khabar tempatan dan semenjak itulah dia tidak lagi mendengar khabar dari Aunty Salma, apatah lagi dari Adam Mikhail. Khabarnya mereka membawa diri ke luar negara tetapi di mana tempatnya, Sarrah sendiri tidak tahu dan tidak pula dia berani untuk bertanya pada ibu atau baba.

Sarrah tersentak apabila bahunya tiba-tiba disentuh dari belakang.

Perghh!!

Nak bunuh aku ke…..?

Nak gugur aje rasanya jantung ni!

Sengal!

Sarrah mengurut dada. Mangkuk hayun betullah! Lambat – lambat dia berpaling ke belakang.

Ingin sahaja dia memaki hamun manusia yang membuatnya terkejut tetapi apabila melihat gerangan yang menyapanya itu, dia bersyukur kerana dia tidak sempat untuk menghamburkan maki hamunnya. Dia bernasib baik kerana mulutnya boleh pula menarik brek tadi.

Nasib baik tak terlepas lagi. Kalau tak, ada jadi perang besar between in laws nanti. Bakal ibu mertuaku bertukar menjadi monster in law, aku pulak jadi macam Jennifer Lopez dalam cerita tu. Gaduh tak habis – habis, macam kucing dengan anjing gitu. Wah, best jugak tu.

Hish, Sarrah! Jangan nak merepek! Betul – betul sikit boleh tak? Cuba serius sikit!

“Lah…Aunty rupanya. Sarrah ingatkan siapa tadi. Nasib baik Sarrah tak terterjun masuk dalam kolam ni, kalau tak, mesti aunty dah tak kenal Sarrah tadi.” Sarrah berseloroh sambil Aunty Munirah mengambil tempat di sebelahnya.

Aunty Munirah hanya tersenyum mendengar kata – kata Sarrah.

“Sarrah tahu tak, aunty sayang sangat pada Sarrah.”

Pandangan Aunty Munirah padanya dirasakan sangat berlainan pada malam itu namun hatinya segera menepis prasangka buruk yang mahu menyinggah di kepalanya tadi.

” Aunty dah anggap Sarrah macam anak kandung aunty sendiri. Aunty berterima kasih sangat sebab Sarrah sudi jugak menerima Izlan.” Aunty Munirah tiba – tiba bersuara dan mengusap rambut Sarrah. Teramat sayang akan diri Sarrah.

“Sarrah janji satu benda dengan aunty boleh tak?”

Gulp! Sarrah mula menelan air liurnya.

Alamak! Kenapa tiba-tiba rasa cuak ni? Suspens aje hati ni dibuatnya. Belum apa – apa dah nak suruh janji – janji pulak. Mati aku!

Sarrah seperti dapat menangkap janji apa yang ingin dituntut oleh Aunty Munirah.

Nak minta kahwin cepat ke? Or nak cucu cepat – cepat? Or nak disuruh duduk dengan dia nanti bila kita orang dah kahwin nanti?

Sarrah membuat andaian sendiri. Janji yang mana satu yang akan dikhabarkan nanti?

Tapi aku rasa mesti dia nak minta cucu cepat – cepat ni. Matilah saya….

Minta – mintalah bukan. Mati sungguh aku nanti. I still love my ‘singlehood’, tak nak masuk motherhood lagi.

Tapi betul ke istilah singlehood tu wujud? Ah!! Tak kisahlah! Yang penting aku kena relaks dulu. Dengar dulu apa yang Aunty Munirah hendak cakapkan ini. Mungkin dia minta aku berjanji hal yang biasa – biasa sahaja kot. Jangan nak merepek dulu ye Sarrah….

Lambat-lambat sahaja Sarrah mengangguk. Dia memaksa relakan hatinya untuk cuba menunaikan apa sahaja janji yang bakal dituntut oleh bakal ibu mertuanya itu. Dia rela!

Tipah sanggup bang!

Ceh! Sarrah! Merepek lagi! Fokuslah!

Suara dalam kepala Sarrah memarahinya lagi apabila dia mula berdrama lagi tapi nak buat macam mana kan. Dah jadi tabiat semulajadi. Memang jadi macam ni kalau dah nervous.

Aunty Munirah tersenyum lagi.

Hah! Senyum….Senyum ada makna tu. Sarrah memaksa dirinya tersenyum juga apabila melihatkan rupa bakal ibu mertuanya itu.

“Sarrah janji dengan aunty yang Sarrah akan sentiasa jagakan Izlan untuk aunty. Dialah tempat aunty bergantung harap selain adiknya. Aunty harap Sarah boleh sayang dia macam dia sayang Sarrah. Tolong aunty jaga dia ye? Boleh kan janji yang ni dengan aunty?”

Lah, janji yang ni ke? Ingatkan apalah tadi. Dah aku suspens sekejap. Kalau yang ni, small the pieces aje. Dengan rela hati aku menerima tanggungjawab itu.

Sarrah akhirnya mampu juga mengukir senyuman di bibirnya.

Nak jaga dia? Kerja mudah sahaja itu. Orang dah besar panjang, bukannya susah sangat nak jaga kan?

Sarrah yakin dia mampu melaksanakan janjinya yang satu ini.

Sarrah melepaskan nafas yang panjang sebelum menganggukkan kepalanya. Auntiy Munirah dengan serta-merta memeluk dirinya.

Di dalam hati, Sarrah berdoa supaya Tuhan memberikan kekuatan pada dirinya untuk menghadapi dugaan terbarunya ini. Meskipun yakin, namun dia tahu bahawa itu adalah suatu petanda tentang tanggungjawab yang bakal dihadapinya apabila dia bergelar isteri Zaid Izlan kelak.

Pada masa yang sama, satu lembaga yang berdiri di sudut hujung pagar sedang memerhatikan mereka. Tiba – tiba lembaga itu segera lari, seperti mengetahui kehadirannya mula disedari.

Sarrah segera bangun, meleraikan dirinya daripada pelukan Aunty Munirah dan segera bergerak ke tempat lembaga itu berada sebentar tadi tetapi tiada sesiapa pula di situ.

” Siapa tu? Jiran – jiran aku ke? Tapi kenapa tak masuk? Dah tu asyik terhendap – hendap pula, macam pencuri pulak gayanya.” Sarrah mengomel sambil menjengah lagi untuk mendapatkan kepastian. Dia pasti yang dia ternampak seseorang di sini sebentar tadi.

” Mungkin perasaan aku sahaja tadi. Mana ada orang kat situ. Mesti salah tengok ni. Aku penat sangat kot.” Sarrah mengetuk kepalanya yang dirasakan malfunction sedikit sambil cuba menyedapkan hatinya.

Sarrah kembali mendapatkan Aunty Munirah semula dan mereka berdua berjalan menuju ke laman utama di hadapan.

———————–

* Strong Baby – Lee Seung Ri ( Big Bang )
BAB
8

Sahabat…

“WHAT? Bertunang? Apakah?!!”

Nyaris tersembur air yang diminumnya tapi mujur sempat ‘dibrek’terlebih dahulu. Kalau terlepas, mahunya makhluk di depannya itu bermandikan jus orennya yang sedap semacam hari ini.

Sengaja dia menegur Sarrah tentang cincin baru yang tersarung di jari manisnya. Cincin yang tidak pernah pula dilihatnya selama berkawan dengan Sarrah ni. Cincin emas putih yang berukirkan bentuk hati di atasnya menarik minatnya lantas membuatkan dia bertanya. Ternyata jawapan yang keluar dari mulut Sarrah memberikan impak terkejut yang hebat kepadanya.

Bertunang? Dengan siapa? Bila masa pulak? Kenapa aku, Qistina Qaleeb boleh tak tahu pulak ni?

Ek eh, memang perlu ke manusia bernama Qistina Qaleeb kena tahu. Budget bagus la pulak kau ni! Tak perlu kot…tapi nak jugak tahu!

“Bila pulak kau bertunang?” Qistina terus sahaja bertanya. Tumpuannya kini sepenuhnya diberikan pada Sarrah. Hot story weyh. Sarrah dah bertunang tu…

” Tapi, kenapa kau tak ajak aku? Sampai hati kau membelakangkan aku dalam hal – hal yang penting macam ini, Sarrah.” Qistina membuat muka kesian. Terasa juga hatinya kerana tidak dimaklumkan akan hal pertunangan Sarrah itu apatah lagi diundang ke majlis tersebut.

Sarrah hanya membuat muka tidak berperasaannya. Malas dia hendak menjawab soalan – soalan Qistina itu, at least not for the time being. Tak kuasa!

Melihat Sarrah yang langsung tidak mempedulikannya, Qistina mula naik angin.

” Kau memang kan? Sengaja buat aku macam ni!” Dia menepuk peha Sarrah sekuat hati. Mata Sarrah yang terjegil memandangnya dibiarkan sahaja. Sedikitpun dia tidak takut.

Memang patut pun kau kena! Itu baru sikit! Tunang pun tak nak beritahu aku. Sengal! Memang lama hidup minah ni.

” Tapi kan babe, aku tak dapat agak pulak siapa mamat tu.”

Sarrah menggeleng kepala. Cepat betul mood dia berubah. Kejap tadi marah tapi sekarang ni dah on mode kepoh dia! Qis…Qis…

” Beritahulah aku weyh…Kau bertunang dengan siapa?” Suara Qistina mula melerek seakan merayu.

Sarrah mencebir. Apa kes minah ni… nak kecoh – kecoh pulak? Aku tunang aje pun, bukannya kahwin lari kat selatan Thai ke apa. Itu pun nak kena buat drama ke?! Sarrah membebel sendiri.

” Aku yang bertunang, buat apa susah – susah nak ajak kau? Kenapa nak tahu sangat siapa mamat bertuah yang bertunang dengan aku tu?” Sarrah membalas.

Ini baru dia bertunang, bukannya kahwin lagi. Apalah perempuan ni nak buat kalau hari tu aku kahwin dan bukannya bertunang? Mahunya dibakar aku ni hidup – hidup. Ala – ala Joan of Arc gitu.

” Lagipun, buat apa aku nak ajak kau? Nak share tunang ke? Apa? Kau ambil separuh, aku ambil separuh, macam itu?” Sarrah membalas dengan selamba pertanyaan sahabat baiknya itu.

” …tak payah susah – susah nak kongsi ke apa. Setakat dia tu, aku bagi free aje kat kau tau! Kalaulah boleh aci pas macam tu aje…” Tambah Sarrah lagi.

” Aik, gaya cakap macam kau tak berkenan aje dengan mamat tu. Apa cerita sebenarnya ni, babe? Cuba kasi cerita sikit sama aku…”

Sarrah memandang Qistina dengan perasaan hati yang masih berkecamuk.

Qis, kalaulah kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni…

Qistinalah orang pertama yang ditegur Sarrah ketika hari pendaftaran di universiti mereka, kira-kira hampir empat tahun yang lalu, ketika mereka masih dalam foundation year. Mereka berjumpa sewaktu briefing scholarship oleh MARA. Kebetulan mereka mengambil course yang sama, Kejuruteraan Kimia membuatkan hubungan mereka bertambah akrab. Mereka sering berdua walau ke mana – mana sahaja dan mereka juga telah menjadi housemates hampir dua tahun sekarang.

“Kau ni kadang-kadang boleh tahan bendul jugak kan.” Dibidasnya Sarrah dahulu sebelum menyambung lagi.

Sarrah mengerut dahi. Apa hal pulak ni?

” Yelah, kenapa kau tak beritahu aku yang kau nak bertunang? Aku pun nak tengok kau pakai baju cantik-cantik, jadi minah ayu gitu.” Qistina menyisip jus orennya, menyejukkan hatinya yang mula nak berapi kerana tindakan Sarrah yang telah selamat bertunang tanpa memberitahunya dahulu.

” Tapi dah tak ada can. Nak buat macam mana kan. Orang tu tak jemput kita.” Qistina membuat muka sedih, sedikit berjauh hati.

Perempuan ni memang ada masalah! Langsung tak cakap apa – apa. Itu pun nak main chak khun chak ke? Gila! Qistina terus menggelengkan kepala, mengenangkan perangai kawannya yang satu itu.

“By the way, who’s the unfortunate guy? Gambar pun takkan tak ada kot?” Qistina bertanya lagi.

Ingin juga dia tahu perihal pertunangan Sarrah itu. Manalah tahu tiba – tiba sahabatnya itu bertunang dengan artis terkenal ke, VVIP ke dan sebab itu nak berahsia. Maybe jugak kan. Siapalah yang tahu kan. Apa – apa pun boleh jadi dalam kes minah ni.

“Lan” jawab Sarrah. Mudah.

“Lan mana satu? Lan budak petroleum tu ke?” Qistina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia ingat Lan tu ada satu aje ke dalam dunia ni? Manalah aku tahu yang mana satu. Mudah aje minah ni jawab. Sengal betul!

Mata Qistina tiba – tiba bulat.

Biar betul?! Lan petroleum tu ke?! Perempuan ni biar benar! Gila ke?!

Boleh haru hidup kalau betul mamat tu yang dipilihnya.

“Kau biar betul?! Lan budak petroleum tu ke?” Qistina membeliakkan matanya, tidak percaya akan kemungkinan sahabatnya itu bertunang dengan mamat yang paling menggelikan di UTP ni dan mungkin juga yang paling menggelikan in the whole universe!

Sarrah hanya mendiamkan diri, seakan – akan mengiakan sahaja tebakan Qistina itu.

“Sarrah…Sarrah…Takkan kau desperate sangat sampai mamat yang menggelikan tu pun kau tibai?” Qistina menggeleng – gelengkan kepalanya pula.

” Dia masuk meminang kau and kau terima pulak?! Biar betul weyh!”

” Dulu punyalah kau cakap macam-macam pasal dia tu tapi sekarang kau bertunang dengan dia? Kau ni….memanglah!”

Dia seakan tidak percaya yang sahabatnya akan memilih si Lan, budak program Kejuruteraan Petroleum sebagai tunangan. Budak Lan itu memang telah dikenali ramai sebagai lelaki muka tembok. Lagi orang tak nak, lagi dia nak kacau dan Sarrah pula adalah salah satu daripada mangsa gangguan mamat itu. Sudahlah mamat itu memang kurang sivik sikit. Pakaian dia itu aje asyik diulang pakai sampai berhari – hari.

Aku pun tak faham kenapa dia sanggup buat macam tu. Tahulah dia tu tak famous mana tapi tolonglah….kalau bab baju, memang orang akan perasan punya lagi – lagi bila bau baju dia tu dah mengalahkan bau telur itik jeruk atuk aku kat kampung tu. Ngee…selekeh!

Tapi kenapa aku ni sibuk pasal mamat tu pulak ni? Kacau concentration aku aje. Dah Qistina! Back to reality! Maisarrah Imelda now, please!

Sarrah menahan rasa hendak ketawa melihat muka Qistina berkerut – kerut.

Si Qistina ni kalau bercakap memang macam bullet train, meluru dan menonong aje, tak ada brek langsung. Kalau langgar apa – apa, memang confirm mati terus benda alah tu! Belum tahu cerita betul, dia buat cerita sendiri pulak. Sedap – sedap aje ‘buat ketupat’! Siap bagi aku tunang baru lagi tu. Ada ke patut?

This girl really need to fix up her head!

Dah sebulan lebih aku bertunang, itu pun nak jadi isu hangat lagi ke? Malas nak ingatlah. Malas nak cerita. Buat semak otak aje.

Sarrah hanya menggeleng kepala, menafikan tekaan Qistina itu. Dia sememangnya berada pada tahap kemalasan bertaraf moksya ni. Dia tak kuasa mahu membangkitkan semula ‘kisah cinta’ dirinya yang tidak seindah mana itu.

” Beritahulah kau bertunang dengan siapa, babe?” Qistina menggoyang – goyangkan bahu Sarrah. Memang dia tidak akan berputus asa selagi dia belum mendapat jawapan.

“Zaid Izlan Azlan. Hah! Puas hati kau sekarang bila dah tahu siapa tunang aku tu?!” Sarrah akhirnya mendedahkan juga siapa gerangan tunangannya. Dia mengalah. Dia marah tapi kesian juga melihatkan muka dua kupang yang dihidangkan Qistina itu.

Mendengarkan nama itu,Qistina terus menekup mulutnya, sekaligus menyatukan kembali rahang bawah mulutnya yang tadinya tiba – tiba terpisah dengan rahang atasnya.

“Kenal? Does that ring you a bell my dear lovely friend?”

Qistina memandang semula Sarrah. Biar betul minah ni. Gempar ni.

Zaid Izlan? Bukan ke tu nama abang sepupu dia yang ada belajar kat sini juga? Budak tahun akhir? Takkan dia bertunang dengan sepupu sendiri kot? Qistina menggumam di dalam hatinya.

“Abang sepupu kau tu ke? Dia ke? Memang dia? Bukan Lan lain?” Bertubi – tubi soalan dimuntahkan..

Kalau pasal lelaki ni, mana boleh main – main. Hal ini harus disiasat akan kesahihannya.

Sarrah sekadar menganggukkan kepala dan dia bingkas bangun dan terus mengemas buku-bukunya untuk bergerak ke dewan kuliah yang akan bermula sepuluh minit lagi. Dia hendak bergerak awal sedikit kerana jarak antara dewan kuliah dari kafeteria agak jauh. Nanti lambat pulak dia masuk kelas.

Baru sahaja dia hendak melangkah, datang pula si Airil, atau lebih tepat lagi Airiel Azraf Dato’ Rashid, mamat pendiam tetapi boleh tahan busybodynya yang Sarrah kenali melalui Qistina juga kira – kira dua tahun lepas. Hendak dipendekkan cerita yang tak berapa panjang, mereka bertiga terus rapat hinggalah sekarang.

Airiel terus sahaja datang ke arah Sarrah dan Qistina dan dia terus berdiri di sisi meja mereka.

“Airiel, baguslah kau dah datang, right timing. Kau tahu tak apa kawan kau yang sorang ni dah buat?” Qistina segera menghampiri Airiel dan menarik bahunya. Ingin diberitahu segala yang Sarrah telah lakukan atau kena paksa lakukan.

Airiel nyata terpinga-pinga dengan reaksi Qistina yang tiba – tiba itu namun segera dia duduk, meletakkan beg dan bukunya di atas meja, menunjukkan bahawa dia turut berminat untuk tahu.

Kalau dah dasar busybody, memang tak boleh nak buat apa. Qistina dengan Airiel ni sama aje! Busybody! Sarrah membebel di dalam hati.

“Apa yang Sarrah buat kali ini? Dia nak kahwin ke? Tak pun dia dah kahwin lari ke?” Selamba aje soalan itu keluar dari mulutnya. Padahal hakikatnya adalah hampir betul sahaja tekaan dia itu.

Hendak tergolek Sarrah mendengar tekaan Airiel itu.

Perghh! Pandai betul mamat ni menembak!

” Hah.. .Lebih kuranglah tu. Pandai kau teka. Kagum aku sekejap. Macam pak nujum pulak. Belajar nujum dengan siapa?” Qistina menepuk – nepuk bahu Airiel.

Airiel mengangkat kening double jerknya.

” Tak perlu kot nak merepek kat sini mak cik Qistina, you’re not the story of the day!” Airiel memberikan tembakan yang padu yang membuatkan Qistina terus terpelanting ke belakang…..well, literallylah….

Kurang hajo punya manusia! Suka hati hentam aku.

Qistina membuat muka. Geram! Tak pasal – pasal dia dihentam pula.

“Anyway, Cik Maisarrah Imelda kita ini dah rasmi bergelar tunangan orang. For about a month already.” Qistina membuat pengumuman rasmi kepada Airiel.

Terima kasih banyak – banyak Cik Qistina. Dari si mamat Airiel ni tak tahu, sekarang dia dah tahu pulak.

Riak muka Airiel terus berubah. Dia mengangkat keningnya semula dan membaiki kedudukan cermin matanya. Riak mukanya sukar ditafsir. Gembira? Terkejut? Entahlah. Apa yang Airiel cuba sampaikan melalui perbuatannya itu, Sarrah sendiri pun tidak tahu.

Pelik sangat ke kalau aku dah bertunang? Perlu ke sampai macam tu sekali reaksinya? Apa ingat perempuan macam aku ni, tak ada orang nak ke, hah?! Aku ni hot apa….Huh !

Qistina menceritakan segalanya pada Airil meskipun sudah puas Sarrah memberi isyarat supaya dia mendiamkan perkara itu.

Tak perlulah rasanya Airiel tahu serba – serbi pasal hal pertunangan dia. Sikit – sikit aje sudah.

Macam-macam yang telah Sarrah buat. Dikenyitkan mata, ditendangnya kaki Qistina di bawah meja namun minah eorang ni terus ligat bercerita.

Memang dasar mami jarum yang berjaya. Entah apa yang ditokok tambahnya itu. Yang si Airiel pulak asyik terangguk-angguk dan turut diselangi dengan hilai tawa pulak. Kadang-kadang macam nak terkeluar je mata dia tu. Mujur pakai spectacles, kalau tak, dah lama dua bijik mata tu berciciran agaknya. Suka sangat dia! Apa yang kelakar pun tak tahulah.

Setahu aku, tak adalah detail sangat apa yang aku beritahu pada Qis tadi, tapi kenapa dia macam cerita lama sangat? Apa bendalah yang dia merapu pada si Airiel tu….? Alahai…..

Sarrah menggaru – garu kepalanya. Dia bingung dengan drama yang sedang berlangsung di hadapannya ini. Terbantut niatnya untuk bergerak awal ke kelas. Risau dengan apa yang diceritakan Qistina pada Airiel itu.

” Argh! Lantaklah apa kau orang nak cakap. Aku pun dah tak kuasa lagi nak melayan! Dah….Aku nak gerak!”

Sarrah sudah tidak mahu ambil kira tentang apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Dia malas. Lantaklah apa pun yang dia orang hendak repekkan.

Baru sahaja dia hendak memula langkah semula, Airiel tiba – tiba sahaja bersuara.

“So mak cik. Kau bertunang dengan abang sepupu sendiri ek? Apa kes?” Airiel membuka mulut.

Mata Sarrah terbeliak keluar mendengarkan suara Airiel.

Mulut mamat ni memang nak kena jahit! Nak buat announcement ke? Cakap sekuat alam! Hantu betul!

Sarrah membuat isyarat supaya Airiel menutup mulutnya. Airiel pun terus menutup mulutnya. Sarrah mengambil tempat duduknya kembali buat kali kedua. Hajatnya hendak bercerita serba ringkas pada Airiel, kalau tak, mahunya dia betul – betul buat pengumuman pasal aku dah bertunang ni. Mamat ni bukan boleh kira sangat. Kesihatan mentalnya sangat diragui!

” Sorry Sarrah, terkuat pulak aku cakap tadi.” Airiel cepat – cepat meminta maaf sebelum Sarrah sempat memakinya.

Sarrah diam.

“Kau pun, ceritalah kat kita orang. Yang ni kau tak sempat story lagi dengan aku. Aku pun lupa nak tanya tadi. Kenapa dia? Kenapa mesti Zaid Izlan? Ni kes aturan family ke?” Qistina pula menyampuk.

Ini yang aku tak gemar. Kena soal selidik macam aku ni tahanan ISA and manusia berdua ni pulak FBI Malaysia. Mujur aku tak jemput manusia berdua ni. Kalau tak, huru – hara aje rumah aku nanti. Tengok sajalah sekarang, buat sensasi aje. Malaslah aku nak layan so baik aku angkat kaki terus. Tak jadilah aku nak cerita.

Sarrah segera mengambil beg dan buku-bukunya dan meninggalkan Qistina dan Airiel yang terpinga-pinga dengan tindakan drastik Sarrah itu.

“Eh, minah tu larilah pulak. Bertuah punya manusia. Nak mengelaklah tu !” Qistina bangun dan turut mengemas bukunya untuk membuntuti Sarrah.

” Tak apalah Airiel. Aku pun ada kelas ni. Nanti bila aku dah dapat full details, aku beritahu kau ek. Aku ni kan mami jarum berjaya. Menyampaikan berita lagi laju dari MIRC kita. Okay, see your later bro!” Qistina berlalu dan dia terpaksa berlari – lari anak untuk mendapatkan Sarrah yang sudah agak jauh meninggalkannya.

“BERTUAH punya mak enon! Tadi kau bolehlah mengelak tapi not anymore. I want to know the whole story, from top to toe.” Qistina sudah tidak sabar-sabar lagi hendak mengetahui cerita sebenar. Tetapi melihatkan Sarrah yang tiba – tiba sahaja tekun mendengar setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut Dr. Ahmed, menyebabkan dia terpaksa menangguhkan dahulu niatnya itu. Bagi dia pula, lecture Dr. Ahmed langsung tidak dapat diberi tumpuan sepenuhnya. Sebaik sahaja lecture habis, dia terus mendapatkan Sarrah yang memang sengaja mengelakkan diri daripadanya. Cepat sahaja Sarrah mahu menghilangkan diri, namun dia lebih cepat. Dapat juga dia mengikut gerak langkah Sarrah.

“Aku tak kira. Baik kau story everything. How and why kau bertunang dengan Lan?”

” Kenapa kau ni kalut sangat nak tahu? Bukannya apa-apa sangat pun. Bukannya aku ni bertunang dengan artis terkenal pun sampai aku nak kena bagi exclusive interview ke apa.” Sarrah membalas dengan nada yang sedikit kurang senang. Dia meninggikan suaranya. Dia sudah naik malas nak jawab semua soalan si Qis ni. Dia rimas! Lemas! Kalau boleh, dia tidak mahu lagi nama Zaid Izlan disebut- sebut. Penat mendengarkan nama dia. Tiba – tiba aje mamat tu famous sejak kebelakangan ni.

Dia perlukan masa, perlukan ruang untuk terima dan mengharungi semua ini. Tunang paksa, siapa yang suka?! Siapa yang nak kecoh – kecoh kalau kena paksa tunang?!

” Okey, fine. Sorry.” Suara Qistina sedikit kendur. Dia sedar yang dia terlalu mendesak Sarrah. Dia dapat merasakan bahawa hal pertunangan ini sebenarnya mengganggu Sarrah. Tetapi itu yang membuatkan dia lagi ingin tahu. Kenapa dia boleh bertunang dengan Lan kalau betul dia sendiri begitu membenci akan pertunangan mereka itu?

Qistina mengeluh lagi. Dia mesti juga tahu cerita sebenar di sebalik hal pertunangan Sarrah ini. Kalau tidak, hidupnya memang tak akan aman dan memang sia – sia aje dia pergi lecture tadi sebab sepatah haram perkataan pun tak melekat di kepala otaknya itu kerana asyik memikirkan perkara Sarrah.

” Tapi babe, I just want to know, really need to know…Well, if you don’t mind about it. Kenapa kau tiba-tiba bertunang? Itu pun dengan Lan. I just can’t keep myself from wondering. It’s bugging me. Up here.” Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya untuk menunjukkan kerunsingan dia akan hal itu.

See, that’s why you need to fix up your head! Ingin sahaja Sarrah menjawab begitu apabila melihatkan aksi Qistina tadi.

Sarrah mengeluh panjang.

Ingatkan dah habis tadi, rupanya dia nak jugak sambung lagi cerita pasal benda ni?! Qistina memang degil! Susah betul!

Mahu atau tidak, dia tetap perlu menceritakan hal itu kepada Qistina. Kalau tidak, Qistina tidak akan berhenti menggangu dia sampai bila – bila.

“It’s not that aku nak beria-ia nak bertunang. Ibu aku suruh balik, so aku pun balik la, macam yang selalu aku buat. But this time yang lainnya ibu suruh aku bertunang.”

Sarrah dan Qistina mengambil tempat di bangku di taman universiti mereka. Bangunan akademik baru mereka berbentuk seperti bintang yang berbucu lima, ala – ala Pentagon gitu, cuma dua blok sahaja lagi yang masih dalam proses perancangan. Apabila siap dua blok itu nanti, maka lengkaplah seperti bentuk bintang, bintang bucu lima. Di tengah-tengah itulah taman tempat mereka berehat kini. Pelbagai tumbuhan landskap ditanam, siap dengan aliran sungai buatan diselangi dengan jambatan kayu yang menyeberangi sungai itu.

Kalau nak dikira, PETRONAS ni boleh tahan kreatiflah. Ikan memang banyak dalam tasik ni, Cuma warna air aje yang agak kurang menyenangkan. Warna hijau lumut, memang banyak lumut pun dalam tasik tu sebenarnya itu yang menyebabkan warna dia macam itu.

” Qis, kau kan tahu yang aku kalau boleh memang nak kekal solo. Biarlah aku jadi lone ranger, sekurang – kurangnya sampai aku habis belajar, tapi ibu aku stok paksa – paksa pulak.” Sarrah membuka cerita.

” Dah tu, kenapa kau setuju pulak nak ditunangkan? Dengan sepupu kau sendiri pulak tu…” Tukas Qistina pula.

” Dah, ibu aku suruh, nak buat macam mana lagi? Aku tak nak jadi anak derhaka, Qis. Aku tak nak tengok ibu aku menangis lagi. Cukuplah dengan hal abang Naym dulu.” Berkisar duduk Sarrah menceritakan hal tersebut kepada Qistina. Qistina pula sungguh khusyuk mendengarkan cerita Sarrah. Macam mendengar cerita novel pulak, getus Qistina senyap – senyap di dalam hatinya.

” Ibu dah janji dengan Aunty Munirah pasal pertunangan ni but there’s actually one more hot stuff you should know.”
” It’s about Lan. You’re going to be damn surprise lepas apa yang kau dengar ni!” Sarrah mengalihkan kedudukannya supaya dia betul-betul mengadap Qistina. Tiba-tiba dia menjadi begitu teruja untuk bercerita dengan lebih lanjut.

“He’s actually really into me. Dia sebenarnya yang beria-ria usulkan hal pertunangan ni. Can you believe it?” Sarrah membulatkan matanya.

Sebenarnya, sehingga hari ini, kejadian yang berlaku di dalam kereta Lan masih lagi terbayang-bayang di matanya. Satu persatu ayat yang diucapkan Lan terngiang-ngiang di telinganya. Kelakar juga bila diingatkan.

Diceritakan kesemuanya kepada Qistina. Qistina yang mendengarnya juga memberikan pelbagai reaksi. Sekejap ketawa, lepas tu ditekupkan mulutnya dan kadang-kadang digaru-garu kepalanya.

“Hish, tak sangka aku dia boleh pulak macam tu. Boleh tahan dahsyat bila dia tiba-tiba jadi romantik. Geli pun ada jugak. Euww…” Qistina menggoyangkan bahu dan kepalanya.

Sarrah hanya tersenyum mendengar komen Sarrah. Dia juga seperti tidak percaya. mamat belia macam Lan mampu mengeluarkan kata – kata yang mampu mencairkan hatinya, tetapi cair sikit ajelah, tak banyak.

“Qis, aku nak minta satu benda ni dari kau. Tolonglah jangan cerita pada siapa-siapa pun yang aku dah bertunang, lagi-lagi pasal siapa tunang aku. Itu yang paling utama.? Tolong aku okey?”

“Lah, kenapa aku tak boleh beritahu orang pulak? Berita baik, kita mestilah kena heboh – hebohkan, baru tak timbul fitnah ke apa. Islam sendiri tau cakap macam tu. Lagipun, geng-geng kita yang lain pun mesti nak tahu kan? Takkan kau nak rahsiakan dari budak – budak tu pulak?” Qistina bertanya lagi namun Sarrah hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Qistina membuat muka tidak puas hati apabila dia melihat reaksi muka Sarrah itu. Memang Sarrah tidak bercadang nak beritahu pada siapa – siapa pun dan dia pula disuruh menjadi rakan komplotnya. Marahlah juga apabila dia disuruh berbuat begitu padahal dia baru sahaja berfikir hendak memberitahu pada semua tentang berita pertunangan Sarrah itu.

“Helo?” Sarrah menjawab telefonnya yang dari tadi menjerit-jerit minta diangkat. Mendengarkan suara si pemanggil, dia tidak perlu meneka siapa yang menelefonnya. Suara itu sudah mula tersemat di kepalanya.

It’s either two, ibu or Lan and guess what? It’s Lan! Oh…Why am I not very surprise? I really wonder why.

” Siapa?” Sempat Qistina bertanya.

Sarrah membulatkan mata. Menyampah! Dibiarkan Qistina termangu sendiri dengan soalannya tadi.

“Sarrah, Lan ni, sorry kalau Lan kacau Sarrah.”

Memang kacau pun. Tetapi hanya hatinya sahaja yang berkata begitu. Hendak aje dilepaskan tetapi kalau terlepas cakap tadi, ada pulak yang makan jantung ulam arteri waktu lunch nanti.

“Malam ni kita keluar boleh tak? Lan ada something nak cakap dengan Sarrah. Lan ambil Sarrah kat depan village Sarrah, Lan ambil Sarrah pukul lapan setengah nanti. Okey, bye!”

Pup! Talian terus diputuskan

“Lan?” Sarrah cuba mencelah lagi tetapi Zaid Izlan telah pun memutuskan talian mereka terlebih dahulu.

Mamat ni memang sengajalah. Tahulah aku tunang dia tapi ingat suka-suka hati dia ke aku ni nak kena ikut telunjuk dia?!

Tanya aku nak keluar ke tidak tapi dia pula yang tolong jawabkan. Baik jangan tanya dari awal. Buat sakit hati aje.

Hampeh! Memang dasar nak kena hempuk!

Argh!!!! Aku tak kira! Aku tak nak keluar malam ni. Peduli apa aku dengan dia! Biar jelah dia duduk tercongok menunggu kat situ nanti. Aku nak lepak kat bilik sambil tengok movie and makan nuget, lagi best!

Tapi kalau dia paksa jugak nanti macam mana?

Hishhhh……Geramnya!! Ni rasa nak makan orang ni!

Sarrah menjerit di dalam hati sambil menekan phonenya sekuat hati. Hendak sahaja dicampakkan phonenya ke dalam tasik hijau dihadapannya itu tetapi sayanglah pulak.

Hish…Sabar Sarrah. Jangan dicampak telefon yang tak bersalah ni. Mahal ni wooo…miskin aku kalau nak beli balik. Habis duit scholarship. Kalau nak campak, baik kau campak si Zaid Izlan tu, sampai ke Micronesia pun tak apa, asalkan dia tak menyusahkan kau lagi. Suatu suara berkata – kata kepada Sarrah.

Bestnya kalau dapat buat betul – betul kan? Campak dia jauh – jauh…

“Qis, jomlah balik. Aku laparlah. Aku nak pergi makan orang.” Sarrah segera bangun mengangkat begnya sambil memandang Qis dengan muka yang amat tidak puas hati. Riak muka yang jauh berbeza dari tadi. Sekelip mata sahaja moodnya terus berubah. Hanya satu panggilan sahaja yang diperlukan untuk mengubah segalanya.

Terkejut Qis dibuatnya melihatkan Sarrah sedemikian rupa.

Apa kena dengan dia ni? Tiba-tiba naik angin pulak.

” Cepatlah!” Gesa Sarrah semula apabila melihat Qistina masih lagi duduk termenung.

” Kenapa dengan kau ni Sarrah? Tiba-tiba naik angin. Siapa yang call tadi sampai buat kau nak makan orang ni? Kenapa angin semacam ni?”

Sarrah hanya berlalu membiarkan soalan Qis tidak berjawab. Tak kuasa nak menyebut nama manusia yang amat menyakitkan hatinya itu.

Qis yang faham akan angin monsoon sahabatnya itu telah kembali melanda hanya mampu menggelengkan kepala dan terus sahaja membuntuti Sarrah dari belakang. Faham sangat akan perangainya yang satu itu.

Berkawan dengan Sarrah selama hampir tiga tahun menyebabkan dia telah masak benar dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Cinta Bertandang Lagi 7, 8”
  1. sweetladyzz says:

    mcm best..tp cm meleret2 plak..pe2 pn gud job.. :smile:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"