Novel : Cinta kontrak 2

6 September 2010  
Kategori: Novel

60,689 bacaan 19 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

2
Pagi ni aku bangun lambat laa… abeh kene bebel ngan ibu. Ibu kalau membebel, macam mesin gun! Nasib baik la aku A.B.C. Allah bagi cuti. Hahaha. Takde la kurang pahala aku solat lambat. Hurm, ni, diary aku yang kedua. Aku ni bukan la pndai sgt nak mencoret diary ni. Hah! Biar aku cerita sikit perihal hidup aku. Waktu aku sekolah rendah, aku dpt kptusan UPSR yg sgt cemerlang. 5A! Bangga tuh! Tp aku xmsuk asrma ikutan keluarga yang susah.

Time PMR plak, aku dapat 9A. Aku amek bahasa arab kat sekolah aku. Tp xjauh aku boleh pergi. Diri sendiri pon pemalas nak mampos, ni kan nak duduk jauh dengan ibu. Silap aribulan, aku balik dr asrma, bertan-tan baju kotor aku bawak balik rumah!

SPM aku pulak, kecundang sikit. 9A 1B. Fizik aku teruk sikit! Sbb tu la takat B je yang lepas. Time tu pulak, aku tengah frust menonggeng dgn sorang mamat ni. Mungkin sbb tu aku xbleh nak fokus kat study. Takat ni je la diary aku. Nanti, aku cerita lebih-lebih lagi ye!
22 FEBRUARI 2009

Lantas aku terus menutup diari ‘kesayangan’ku. Aku meletakkannya di dalam almari dan menguncinya. Kuncinya, aku simpan di dalam kocek baju yang di gantung di belakang pintu. Takut nanti nasik kandar tu baca lagi diari aku! Dengan malas, aku mencapai tuala di penyidai dan melangkah menuju ke bilik air.
Aku bukanlah orang kaya yang mandi menggunakan shower. Gayung pon dah cukup untuk basahkan badan aku yang meliuk-lentok ni! Chewahhh!! Perasan! Hahaha!!!
Wake up in the morning feeling like P-Diddy,
grab my glasses, i’m out the door, i’m gonna hit this city,
before i leave brush my teeth with a bottle of Jack,
cuz when i leave for the night i ain’t coming back,
i’m talking, pedicure on our toes, toes, trying on all our clothes, clothes, boys blowing up our phones, phones,
drop toppin, playing out favourite CD’s, pulling up the parties,
tryna get a lil bit tipsyyy,
dont stop, make it pop,
DJ blow my sneakers up,
Tonight imma fight,
Till we see the sunlight,
Tik tok, on the clock,
But the party don’t stop no….
“Party dah abeh! Sudah-sudah la tu Angah! Jangan nak menyanyi dalam bilik air! Kalau suara sedap takpe jugak! Ni macam nenek kebayan nak panggil hujan je! Cukup-cukup la tu! Nanti pecah pulak gelas kat dapur ni dek dengar suara kamu. Apa tu, resonance? Hah! Yela tu! Yang dalam fizik tu kan?” sinis je kak long berkata-kata. Mentang-mentang la dia pon belajar Fizik! Sengaja!
Sakitnya hati! Masukan resonance pulak tu! Macam la suara aku ni nyaring sangat macam kat opera tu! Kalau gelas kat dapur tu boleh pecah, kira pass la aku nak pergi ujibakat kat opera. Tak payah la tanam anggur kat rumah ni.

“Ala.. Along jeles suara Angah sedap kan? Tu yang perli sampai masuk resonance, kan? Opps! Jangan jeles lagi! Tunggu dulu, nanti album terbaru dah keluar, baru boleh jeles banyak-banyak, ye Along ku sayang!” aku ketawa berdekah-dekah. Kak long mencebik. Lantas pintu bilik air diketuk kuat.

“Cepat la! Orang nak mandi jugak! Orang penat-penat balik buat kerja, yang awak tu, membuta je kerja! Tak reti nak menolong langsung!” marah kak long.
Takde modal nak balas la tu! Macam la aku tak paham perangai kak long. Nak cover malu la katakan. Hahaha..

“Kejap la! Orang baru masuk bilik air la. Tak sampai 2 minit pon tau! Along ni potong stim betul lah! Tak sempat nak syampu, sabun, berus gigi, cuci muka. Baru nak mula. Aiseyh! Kacau betul la!” aku mencapai sabun mandi.

“Awak tu, kalau nak mandi, tak cukup 15 minit! Satu jam baru nak keluar dari bilik air. Apa yang awak buat, hah? Lama bebenor!” kak long menarik kerusi dan meletakkanya bersebelahan dengan bilik air. Tuala di tangan, dililit di kepala.

“Along nak tau ke apa yang Angah buat? Okey! Angah bagi tau. Sekarang ni, Angah tengah guna sabun untuk sabun badan Angah yang hot ni! Bermula dari jari kaki, naik ke betis, dan ke peha and…” belum sempat aku menghabiskan hujah nakalku, kak long mengetuk kuat pintu bilik air.

“La! Orang nak bagi tau, dia ketuk-ketuk pintu pulak! Roboh jugak pintu ni kang!” ujarku diikuti dengan tawa.

“Tak senonoh punya adik! Sudah la! Cepat sikit! Along nak bagi tau something kat Angah.” Lantas kak long berlalu pergi menuju ke ruang tamu. Aku membuka pintu bilik air sedikit. Melihatkan kak long berjalan terus tanpa bengkok-bengkok. Apa yang kak long nak bagi tau eak?

Aku mandi dengan segera. Tidak sabar nak tau cerita kak long. Mesti ada something yang seronok ni! Tak sabarnya!
Usai mandi, aku segera berlari-lari anak menaiki anak tangga menuju ke bilik. Baju apa la yang aku nak pakai ni? Baju dengan kain buruk, lebih kurang sama je. Mana satu la yang nak pakai ni? Hah! Dah tau!

Aku mengeringkan rambutku. Lantas aku membuka pintu bilik dan menunggu kak long selesai mandi. Aku duduk di sofa dan mencapai remote T.V.

“Ni mimpi apa tengah hari buta pakai baju kurung? Ada kenduri ke?” tersentak aku dengan pertanyaan ayah. Kenduri?

“Ayah lupa ke? Kan depan rumah kita tu diaorang buat kenduri kahwin.” Ujar aku selamba.

“Hah? Buang tabiat budak ni! Depan rumah kita tu laut!” kata ayah. Lantas aku ketawa terbahak-bahak.

“Tau pon. Airysh saja je pakai baju kurung. Baju lain dah serupa kain buruk la, yah.” Aku terus baring di sofa.

“Airysh tau kan ayah susah. Nak beli…” tidak sempat ayah menghabiskan kata-kata, aku memotongnya.

“Ayah, bukan tu la maksud Airysh. Airysh tak kisah pon. Lagipun pakai baju kurung ni menunjukkan keayuan yang menyerlah tau! Perempuan melayu terakhir la katakan.” Segera aku duduk bersimpuh di atas sofa. Ayah ketawa dengan gelagatku.

“Nur Alia Airysha!” jerit ibu dari dapur. Aku terpinga-pinga. Apa la pulak kesalahan aku kali ni?

“Ye, bu! Angah datang!” terus aku melompat dari sofa dan berlari menuruni anak tangga menuju ke dapur.

“Kenapa, bu?” soalku. Tertanya-tanya jugak kenapa ibu panggil nama penuh aku. Selalunya kalau ibu naik angin baru dia panggil nama penuh aku. Mesti silap besar yang aku dah buat ni!

“Tolong ibu kejap. Pergi beli kicap.” Pinta ibu. Hah? Tu je? Panggil nama penuh aku macam aku ni pengedar dadah nak kena hukum mati, just nak suruh aku beli kicap? Pelik! Ibu ni, makin hari, makin nak monopous ni, pelik-pelik je!

“Ibu ni, buat terkejut angah je. Ingatkan salah apa la yang Angah dah buat sampai ibu panggil nama penuh Angah.” Aku menarik muncung panjang.

“Eh? Macam tu pulak? Takkan bila ibu nak marah kamu je, baru ibu ada peluang nak panggil nama penuh kamu?” soal ibu. Betul jugak! Mereng betul aku ni!

“Ye la. Nak duit!” aku menghulurkan tangan meminta duit. Lantas ibu menyambut tanganku dengan pukulan yang teramat pedih!

“Apa ibu ni! Sakit tau!” aku mencebik. Kesakitan terasa!

“Ibu takde duit. Masuk buku la dulu. Macam biasa.” Lantas ibu meneruskan kerja memotong sayur. Pasti ibu malu. Aku mendengus perlahan.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Okey! Angah pergi sekarang. Along tak habis mandi lagi ke?” soalku sebelum melangkah pergi.

“Ada lagi dalam bilik air tu.” Jawab ibu. Eleh! Kak long ni, tadi cakap orang yang mandi lama sangat, tengok-tengok, dia yang lebih! Aku lalu di hadapan bilik air. Lantas mengetuk kuat pintu bilik air.

“Mandi tu jangan lama-lama! Nak testing suara la tu!” sindir ku. Aku terdengar suara kak long memekik memanggil nama penuhku. Aku berjalan dengan selamba. Kenapa la ramai sangat panggil nama penuh aku hari ni? Famousnya rasa! Lantas aku mencapai tudung. Ku sarungkan ke kepala.

“Pakcik! Nak kicap satu botol. Nanti masuk buku ea? Ibu takde duit la.” Ujarku jujur. Nasib baik takde orang. Kalau tak, malunya!!!!

“Asyik-asyik masuk buku je, Rysh. Susah la pakcik macam ni.” Keluh Pak Man.

“Nak buat macam mana, keadaan keluarga Airysh pun, pakcik dah sedia maklum. Airysh ingat nak kerja kat bandar la pakcik. Hulur sikit kat ibu dengan ayah. Sambil-sambil tu, boleh la Airysh simpan duit nak belajar.” Ujarku perlahan. Pak Man kelihatan simpati.

“Tapi dengar-dengar, orang muda sekarang ni kalau kerja kat bandar, semuanya jadik teruk. Lupa mak bapak. Lupa asal usul. Semua ingat harta yang menimbun depan mata je. Takde sikit pon nak ingat keluarga.” Aku mengangkat kening. Aik? Marah bebenor pakcik ni! Anak dia ada buat hal ke? Rasanya anak Pak Man semua baik-baik! Sekolah pon, tudung labuh semuanya. Anak Pak Man yang sulung, Sumayyah adalah kawan karibku ketika di bangku sekolah dulu. Tapi kini, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Takpe la, ayah dia pon boleh tahan kaya jugak!
“Macam tu la kehidupan, pakcik. Sepatutnya kita kena selalu ingat kat keluarga.” Aku mengeluh kasar.

“Pakcik hadiahkan kicap ni kat kamu. Hutang kamu sebelum ni, pakcik kira halal la.” Ujar Pak Man. Aku termangu. Terkejut! Macam kena shot elektrik! Kalau aku tak pakai tudung, rasanya, dah terpacak kot rambut ni!

“Halalan toyiba ke ni?” ujar ku tak percaya. Rezeki Allah untuk umatnya. Aku sangat bersyukur! Teramat bersyukur!

“Iye. Yang sikit-sikit tu, boleh la pakcik tolong. Yang besar-besar, maaf la ye. Tak dapek nak nolong!” kata Pak Man sambil ketawa. Aik? Pelik pulak orang tua ni. Tadi kata, dia nanti yang susah kalau aku asyik berhutang je. Tiba-tiba, kata macam ni pulak? Hahaha. Patutnya, dari dulu lagi aku keluarkan ayat macam tadi. Hahaha! Jahat la pulak hati aku ni! Dia simpati dengan ayat aku la tu! Heheh!
“Terima kasih ye pakcik. Nanti jangan lupa kirim salam sayang Airysh dekat Sue. Airysh balik dulu.” Lantas aku mengambil botol kicap dari tangan tua Pak Man.

Aku menceritakan segalanya pada ibu apa yang terjadi sebentar tadi. Alina mengalirkan air mata. Minah drama betullah! Sementara ‘nasi kandar’ hanya menyepi. Kak long pula hanya kaku. Ayah tiada reaksi seperti kak long. Ibu seakan tidak percaya. Wajah ibu diserbu darah merah. Pasti ibu malu sangat!

“Rezeki kita, bu. Jangan la sedih sangat. Angah nak kerja kat bandar la, bu.” Ujarku tiba-tiba. Terus kak long tersentap.

“La! Along baru nak bagi tau angah pasal ni! Benda penting yang along maksudkan tu, pasal kerja la. Along ada sorang kawan yang kerja kat butik. Datin Aleeya kata, dia perlukan lagi seorang pekerja. Tapi, takkan along yang nak pergi. Along nak tolong ayah dengan ibu. Angah je la yang pergi. Tak jauh. Kat K.L. Tiap-tiap minggu angah boleh balik jenguk kami. Nanti angah tumpang la rumah kak Yati, kawan akak tu.” Ujar kak long bersungguh-sungguh. Ibu seakan tidak merelakan dan aku mengerti mimik wajah ibu.

“Macam mana Along dapat tau ni?” soalku.

“Along talifon kak Yati hari tu kat public phone. Ingat nak tanya khabar dia, lepastu, dia cerita pasal kerja ni.” Jawab kak long. Aku mengangguk. Aku mengalih pandangan ke wajah ibu.

“Bu, benarkan angah. Angah nak simpan duit jugak. Angah nak sambung belajar jugak. Angah tak nak Alang dengan adik hilang pendidikan. Benarkan Angah ye, bu.” Pintaku bersungguh-sungguh. Ibu sebak.

“Ibu bangga dengan Angah dengan Along.” Ujar ibu perlahan. Ayah mengangguk-angguk.

“Sanggup ke Along berpanas terik membanting tulang tolong ayah kat laut?” soal ayah prihatin.

“Untuk ibu, ayah dan adik-adik, Along sanggup!” kuat sungguh kak long. Kami bermandi air mata tika itu. Sungguh aku bangga dan gembira mempunyai keluarga seperti ini. Kak long tidak lah segarang singa betina. Walaupun kerja ibu hanya mencuci pakaian penduduk kampung, tapi aku bangga dengan ibu seperti beliau. Begitu juga dengan ayahku dan adik-adikku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 2”
  1. lilo asyQien says:

    belum baca habis un air mata da bjurai T.T

  2. ash says:

    @ ida…btol2…cm x logik plak sume nme glamer je…

  3. EYANA says:

    salam,,,ceta ni best lak plak wt sy sengeh2 cm kerang busuk pon ade gak ^_^

  4. cikbunga says:

    Saya sangat pelikk membaca novel ini pada episod 4, kata AIRYSHA seorang muslimah memakai tudung labuh tapi kenapa diawal cerita boleh pula penulis menulis mereka bersalaman. Mana ada muslimah bersalaman dengan seorang yang bukan muhrim. Haram. Penulis x alert ke?

  5. mariyam says:

    nk nangis ! :’(

  6. lini sarip says:

    dalam lucu ada sedinya novel ni..belum habis 1 buku, wa biul aku macam ni, kejap sengih, kejap lagi cengeng hehe…

  7. siti nor amirah says:

    best,,,,sedih sangat…huhuhu

  8. nuranis balkis says:

    best..bab2 ni mengajar sy erti bersyukur dgn ape yg ade.

  9. sofi says:

    Pliss update cinta kontrak 1 until last ,tq ????

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"