Novel : Cinta kontrak 3

23 September 2010  
Kategori: Novel

57,190 bacaan 15 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

3

Aku kini menjejakkan kaki ke Bandar metropolitan yang penuh dengan debu, bangunan konkrit, kenderaan dan orang-orang yang menyesakkan nafas aku. Sungguh! Jauh beza dengan rumahku yang sepi. Hanya deruan air laut yang kedengaran. Belum pun satu hari, aku dah mula rindu kat mak, ayah, kak long, nasi kandar dengan Lina.
Aku jalan menuju ke bangku yang terdapat di KL Central. Belum sempat aku nak duduk, ada la pulak sorang mamat ni langgar beg aku! Dah tu, bukan nak mintak maaf ke apa ke. Terus jalan menonong je. Apa lagi? Hangin satu badan beb!

“Oi mamat! Kau dah langgar beg aku, bukan nak mintak maaf! At least cakap la, sorry ke, maaf ke, biane ke.” Ha! Sekali terkeluar la bahasa korea aku. Biane=minta maaf. Lantas pemuda itu kalih menghadap tubuhku. Wajahnya, perghhhh! Pewwiitt! Handsome mak oiii!! Ibu mesti bangga kalau aku dapat kahwin dengan mamat ni. Huhuhu! Nak aku huraikan muka dia? Haaa! Wajahnya putih bersih kemerah-merahan. Bibir dia macam pakai lipstick pink colour gitu! Kening nipis macam shaping je. Hidung mancung! Tapi, mata dia….

“What’s wrong with you, haa? It’s your mistake! Don’t blame other people!” ujarnya kasar setelah berada di hadapan ku hanya beberapa meter. Mata dia!!! Biru kehijau-hijauan! Foreigner ke?

“But still, you don’t have to walk away like that! At least say sorry. Even if that is my mistake, you need to apologise! We both have to apologise. Don’t you have manners? This is Malaysia! Budi bahasa budaya kita, okay? Or you don’t understand what the hell I’m talking? Bagus la kalau kau tak faham! Lain kali, belajar tinggi-tinggi cara nak hormat orang!” lantas aku mengangkat beg bajuku dan berlalu. Sengaja aku hampirkan tubuhku dang melanggar bahu pemuda itu. Muka je lawa! Hati? Huh! Nasib baik bukan orang Malaysia, kalau tak, dah aku bawa masuk court!

Aku tak keterlaluan ke? Dah la orang asing, aku buat perangai buruk pulak. Macam mana la nanti orang akan pandang Malaysia? Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Menyesalnya! Kak Yati ni pulak tak sampai-sampai lagi.

“Airysha?” panggil seseorang yang aku kenali suaranya. Kak Yati!

“Rysh duduk bilik kak Yati je la ye. Kak dah bagitau Datin Aleeya pasal Rysh. Haa! Lagi satu, kak nak cerita pasal anak Datin. Tapi, Rysh kena pergi mandi dulu. Bau busyuk masyam je la!” gurau kak Yati. Sudah lama aku mengenali kak Yati. Semenjak aku mula masuk ke sekolah menengah. Dia merupakan sahabat baik kak long.

“Cakap orang. Kak Yati pun busyuukkk jugak!!” terus aku turun dari katil dan berlari menuju ke bilik air. Kalau tunggu lama, silap-silap ada jugak bantal yang hinggap kat muka aku yang lawa ni!

Usai mandi, aku terus menunaikan solat Maghrib. Zohor dan Asar, aku dah jamak kat stesen keretapi tadi. Kak Yati pula sibuk mandi. Sama je macam kak long! Satu jam tak cukup kalau masuk bilik air! Aku mengemas baju-bajuku. Lantas mataku tertacap pada baju yang kak Yati gantung di dalam almarinya. Lawa gilerrrr!!!!!!!!!
“Hah! Bukak almari orang!” sergah Kak Yati. Aku mencebik.

“Tadi, kak Yati yang suruh letak baju dalam almari. Pelik-pelik je kak Yati ni! Kak! Lawa baju.” Aku memberi isyarat mata pada baju kak Yati.

“Datin bagi. Baik sangat Datin tu tau. Hah! Ni, kak Yati nak cerita.” Lantas kak Yati memaut lenganku dan di bawa ke katil.

“Nanti! Dah solat belum?” soal ku.

“A.B.C.” jawab kak Yati.

“alright, you may proceed.” Lantas kak Yati menceritakan tentang anak Datin Aleeya satu-satunya. Seorang pemuda yang belajar di luar Negara. Aku kurang pasti di mana. Kerana telingaku tidak ku tumpukan seratus peratus pada kak Yati. Aku rindu kan keluarga aku!

“Dengar tak ni? Danial dah balik sini tau! Esok, mungkin boleh Nampak batang hidung dia kat butik mak dia.” Sungguh-sungguh kak Yati ni. Dah berkenan kot!

“kak, suka abang Danial ea?” soalan cepu emas aku membuatkan kak Yati ketawa terbahak-bahak.

“Akak dah bertunang la!” ujarnya membuatkan aku terkejut!

“Kak long tau tak?” soal ku.

“Tak.” Perlahan jawabnya.

“Kenapa?” pelik aku! Selalunya, kalau hal-hal macam ni, pasti mereka kongsi bersama.

“Akak tunang dengan Haziq.” Haziq!!! Lelaki yang pernah kak long cintai suatu masa dahulu.

“Akak tak nak Alisyah kecewa dengan akak. Akak tau dia sayangkan Haziq. Tapi, Haziq sayangkan akak. Akak pun sayangkan Haziq. Dan…” ragu-ragu Kak Yati untuk menyambungnya.

“Dan?” aku menggesa kak Yati untuk memberitahu.

“Rysh kenal abang Kimi kan?” soalnya. Aku mengangguk.

“Abang Kimi sayangkan kak long Rysh. Dia berusaha nak dapatkan kak long awak tu.” Katanya. Aku termangu. Abang handsome tu? Kalau nak dibandingkan dengan abang Haziq, beza sangat. Abang Kimi ada segalanya, rupa, harta, pangkat, semua milik dia. Tapi sayang, silap abang Kimi 3 tahun dahulu, membuatkan kak long benci abang Kimi.

“Ouh. Sekarang, abang Kimi mana?”

“Sambung belajar kat Belanda.” Tersedak aku dibuatnya!

“Akak, kenapa tak sambung?” soalku lagi. Kak Yati hanya ketawa.

“Akak akan sambung lepas nikah. Sekarang, abang Haziq nak tamatkan diploma kat UITM. Kitorang nak sambung study kat luar Negara. Akak dah dapat surat dari Oxford. Tapi akak tangguh. Lepas abang Haziq selesai diploma, kami akan nikah dan sambung di Oxford sama-sama.” Terang kak Yati. Sikit pun aku tidak marah pada kak Yati tentang abang HAziq. Bukan jodoh kak long kot.

Azan isyak berkumandang. Pergghhh! Lama jugak story-story dengan kak Yati. Usai solat isyak, aku terus merebahkan diri. Tidak sanggup lagi untuk bersengkang mata mendengar celoteh kak Yati. Esok dah kena start kerja. Badan dah sakit-sakit sebab duduk lama dalam train. Pejam mata sedap ni! Arghhh…. Aku menggeliat malas. Kak Yati sibuk mengemas barang dia. Tidur je la. Kriiiiukkkkkk!!! Lantas aku tersentap. Kak Yati memandangku.

“Lapar!” ujarkan dengan suara yang aku sengaja buat-buat manja. Pecah ketawa kak Yati. Aku memegang perut sambil tersenyum. Lapar gilerrr ni!

“Jom! Kak Yati masak.” Lantas aku membuntuti kak Yati menuju ke dapur.

“Baby, you letak dulu la.” Ucap suara lembut itu. Danial menggeleng.

“Kita letak sama-sama ea. 1,2,3!” Danial ketawa. Bahagia rasanya dengan wanita ini.

“You tipu! Okay-okay. I letak dulu, but must promise me, baby. Dream me!” suara manja Bella membuatkan Danial cair. Dalam banyak-banyak girlfriendnya, Bella lah yang berada di kedudukan yang pertama, BUAT MASA SEKARANG. Belum tentu untuk akan datang.

“Okay, sweet dream sayang.” Danial meletakkan ganggang setelah Bella meletakkannya. Kepalanya mengadap syiling. Dia mendepakan tangannya di atas katil. Bahagianya!!

“Danial! Tutup lampu! Masuk tidur! Esok mommy nak Danial ikut mommy pergi butik!” terdengar suara Datin Aleeya dari luar. Kacau line la mommy ni. Lantas lampu bilik dipadamkan. Muhammad Danial Franz. Pemuda kacukan yang dilahirkan Datin Aleeya bersama suaminya, Mohammad Eddy Franz, seorang mualaf yang berasal dari Perancis.

Danial tidak dapat melelapkan matanya. Adakah Nadia Issabella ditakdirkan untuknya? Atau, Kristina yang sering membantunya? Or! Syeerin yang sentiasa ada untuknya? Dan bagaimana dengan gadis-gadis lain yang tidak jemu untuk bersama dengannya? Playboy! Menanam tebu di tepi bibir. Seringkali ayat-ayatnya menjadi igauan gadis-gadis yang memujanya. Ada jugak sekali tu, mak datin sangkut dengan dia! Ada ke patut? Tutt tutt, tutt tutt.

“Siapa pulak ni?” Danial membuka mesej yang baru diterimanya. Biliknya disuluh dengan lampu handphonenya.

+ syg, u wtpe?
Mesej dari Adira dibaca sepintas lalu. Rindu jugak aku kat minah ni, dah 2 hari tak contact dia.
- i tgh pk kan sumone y curik aty i, kot.
Seperti biasa, Danial pandai mencuri hati gadis yang berada disekelilingnya dengan kata-kata yang manis.
+ spe agak nye ye?
- U rse sp?
+ i?
- Nice guess.
+ me?
- Then, who else? I only hve u.
+ luv u so much, syg.
Dasar perempuan! Pantang dipuji. Itu je la yang diaorang tahu. Love you, sayang you, like you.
- Me too.
+ syg, gdnite, i’ve things to do. Always love u.

Arghhh! Dah betul-betul mengantuk ni! Danial menggeliat malas di atas katil. Sebelum tidurnya diganggu pada tengha-tengah malam, baik off phone. Lantas telefon bimbitnya di baling jauh ke hujung katil bersaiz queen. Bantal peluk didakap erat. Esok, kena teman mommy! Malas! Setelah beberapa minit bergolek-golek atas katil, Danial terlena dibuai mimpi indah dengan kekasih-kekasih hatinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 3”
  1. iela says:

    B E S T !!!

  2. yuri says:

    setakat ni, jalan cerita menarik. suka sangat nak follow cerita ni. pendek kata penulis punya idea dan tahu bagaimana untuk menjadikan pembaca nak tahu jalan cerita seterusnya. cuma saya nak tegur satu benda aje.. jangan kecil hati ya… banyak sangat ejaan bahasa pasar tu rasanya macam mengganggu sikit. Contohnya giler, busyuk, abeh, etc. kalau sikit rasa ok kot tapi kalau banyak sangat digunakan, ia mungkin tak menunjukkan bahasa kita kan.
    Apapun, tahniah atas usaha penulis untuk menulis. Saya pun pernah menulis… bukan senang nak mencurah idea atas kertas kan hihi Teruskan usaha anda (^^,)

  3. ida says:

    yg ni sgt baik. tak meleret pon. keep it up ek! =)

  4. mariyam says:

    setakat ni ok je .. tp mcm yuri ckp lah ,klu bleh jgn terlalu menggunakan bhsa pasar sbb boleh merosakkan bhsa kita ,, maklumlah bahasa jiwa bangsa .. saya mnta maaf lah klu terasa hati ..

  5. ila says:

    it’s ok.. wlaupun bhasa psar.. jalan citer dye mntap abes..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"