Novel : Cinta Seorang Lelaki 10, 11

4 September 2010  
Kategori: Novel

619 bacaan 1 ulasan

Oleh : ADIT ZULFATAH

BAB 10

‘LIRIKAN matamu penuh mengoncang kalbu,

tutur katamu pula mencerminkan rindu,

tempias bahasamu itu membuat lidahku kelu,

bersama angin malam ku kirimkan salam buatmu..’

Sepotong puisi ku baca dalam sebuah novel dari penulis tanah air. Begitu mendalam maksudnya seperti dalamnya perigi di rumahku yang tali timbanya begitu panjang. Aku tetap bingung dalam mentafsirkannya. Walaupun aku gemar membaca, kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku baca. Tahu membelek je. Kadang.. haram! susah nak mengerti! Deruan perasaan ingin tahu membuak-buak tatkala hati masih tidak keruan bagaikan kambing hilang anak.

Hari minggu ku habiskan dengan membaca. Padang ? Malas pula nak lepak sana. Aku nak menyendiri. Perlukan masa untuk rehatkan minda. Hilangkan stress. Tak salah pun. Bukan aku tak ingat kawan, cuma kawan je tak ingat aku.

Aku yang sedang berkhayal dek lamunan yang tak berhenti. Mengusung rindu mahukan keajaiban. Sungai di mata seperti mahu mengalir deras. Aku menahannya dengan tembok kesabaran. Aku rindukan kak long. Dah 6 bulan kak long di sana. Bagaimanalah khabarnya…

“Assalamualaikum..”

Siapa pula yang datang ni..kehadiran seorang lelaki yang tak aku kenali terpancul depan tangga. Bila masa dia ke situ? Aku sendiri pun tak perasan. Lelaki berpakai formal itu tersenyum.

“Waalaikumussalam..” Aku segera bangun bersila.

“Betul ke ini alamatnya?” Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas.

“Ye betul encik..!”

“Rumah khairuddin Ismail?”

“Ha`ah.” Aku mengangguk kehairanan.

“Saya Romzi Ishak dari TNB..” hah! TNB? Eh! Bapak aku nak sambung elektrik ke ? Mampu ke bapak nak bayar semua ni? Bapak bekerja dengan orang lain, menyewa motor bot untuk ke laut. Susah untuk bapak menanggung semua ini. Itu sangkaan aku. Aku pun hidup jimat cermat. Abang ngah je boros!!! bebal! opss! tak baik aku mengutuk dia.

Kemudian lelaki itu memanggil rakan mereka yang berada tidak jauh dari sini dengan isyarat tangan. Lori TNB yang diparkingkan di seberang jalan sana sedang bergerak menghala ke sini.

“Encik Khairuddin ada?

“Bapak tak ada, mak pun tak ada..”

Kebetulan pula bapak tiba-tiba pulang dengan motor kapcainya tepat pada masanya.

“Pak, abang ni cari bapak, dari TNB katanya..” kataku pada bapak yang sedang menjatuhkan tongkat motornya.

“Ya encik..” bapak ku menghulurkan tangan.

“Saya datang nak pasangkan elektrik ke sini..” Tiba-tiba bapak kehairanan. Aneh, aku yang tidak tahu menahu sudah tentu terasa amat pelik. Bapak lagilah..pening!

“Eh, saya tak minta untuk dipasangkan pun..”

“Tapi alamatnya kat sini..Khairuddin Ismail, Nombor 744 Jalan Lapangan Terbang, 23000 Dungun Terengganu.” Romzi membacakan alamat itu.

“Alamat tu rumah depan sana, kami menumpang saja alamat tu..” Kata bapak.

“Tap…atas nama encik..” kata Encik Romzi.

“Macam mana boleh ada nama saya.? Sedangkan saya tak ada buat apa-apa agreement pun.”

“Itu saya tak tahulah pak cik, saya ikut arahan untuk memasang bekalan elektrik di sini..”

Aku hanya memerhatikan saja perbualan antara mereka. Tapi apa yang nyata aku masih menggaru kepala.

Peningnya kepala aku, sepening-pening kepala aku ini pening lagi kepala bapak aku memikirkan hal itu…

“Mak kau tak balik lagi ke Meon?” bapak berpaling ke arahku.

“Mak belum balik lagi pak..” balasku.

Bapak menoleh Encik Romzi yang masih tercegat kat situ.

“Sila naik dulu encik.” pelawa bapak. Encik Romzi hanya menurut berbaur gusar kalau-kalau dia tersilap tempat.

“Minta la mereka ke mari sekali..” Bapak menyuruh encik tu panggil budak-budak dia yang menunggu di lori.

Adoi! aku kena buat air ni..! camna nak buat air ni?? nak kena jeram air dulu lah jawabnya. Pastilah..mak aku belum pulang lagi dari pasar pagi. Nak tak nak aku kena buat juga..tak elok kalau tetamu datang tak hidangkan air. Kalau kak long ada..kak long akan sediakan, tapi sampai bila aku nak berharap. Aku kena belajar buat sendiri juga.

Aku bergerak ke dapur meninggal mereka di situ. Aku menghidupkan kayu arang di dapur. Kemudian aku jeram air.

“Alamak!! gula dah habis,macam mana ni?” Aku mengomel sendirian. Tanpa berlengah lagi aku berlari ke rumah jiran yang tidak jauh dari situ untuk meminjam sedikit gula. Gula dah habis, nak tak nak aku kena pinjam jugak, bukannya aku tergamak nak meminjam tapi sudah keadaan memaksa. Bapak aku memang tak suka aku buat macam tu, tapi apa boleh buat..Kena terimalah seadanya.

Mujurlah Mak Yah jiran aku tu bermurah hati, dia bagi terus, free of change. SEGAN! Kalau free pun takkan hari-hari aku nak pergi minta pula. Terdesak!

Dapat juga aku siapkan air kopi dengan bermengah-mengah taktala berlari ke sana ke mari. Keributan! Petama kali aku belajar buat air sendiri. Selama ni pun mak dan kak long aku yang buatkan. Aku hanya tahu minum je. Air masak aku tahulah nak minum sendiri.

“4 sudu gula untuk setiap cawan..1, 2, 3 dan 4..betul ke ?” Bicara aku sendirian asyik mengira kandungan gula yang mesti aku isi. Gula dulu ke atau air dulu yang kena taruk? Eh! bantai je lah bukan aku yang nak minum..boleh rasa, kalau kurang..tambah lagi, kalau lebih.. tambah air.

“Pak ni air pak..” aku menjemput mereka minum.

“Jemput minum Romzi..” kata bapak.

“Ye ye..terima kasih..” balasnya sambil tersengih malu-malu kucing.

“Mereka nak pasang elektrik rumah kita ni nak..”

“Ye ke, tapi dari siapa?” Aku masih kehairanan.

“Pak nak buat suprise ke pak..?” aku masih menyangka yang bukan-bukan..

“Lepas ni senanglah Meon nak belajar, tak payah pakai pelita lagi…” seloroh bapak.

“Begini pak din..dia ikhlas nak tolong, jadi harap Pak Din sekeluarga tak menolaknya..”

“Baiklah..Pak Din terima…” balas Bapak yang seakan serba salah.

Dia?? Dia tu siapa? aku berteka teki..

“Pak..dia tu siapa?” Aku bertanya..

“Tak ada siapa-siapa..” Bapak juga berahsia! PENINGNYA!!

BAB 11

“SEKARANG ni rumah kau dah ada elektrik, senang kau nak buat kerja rumah..”

“Itu kata kau..masalahnya aku tak tau siapakah orangnya..”

“Itu tak penting”

“Tak penting kau kata..?”

“Habis tu kau nak suruh aku cakap apa..?”

“Cuma nak tahu dari siapa..?”

“Aku bukannya tahu pun…”

“Laa..aku tanya pendapat kau je..”

“Tanya pun belum…”

“Kau rasa siapa ye..?”

“Tak tahu nak cakaplah…”

“Kau cubalah teka..”

“Susah main teka-teka ni,kalau silap orang padah pulak..”

“Nak padah apanya…kita hanya teka..bukan orang lain tahu pun..”

“Hmmm…”

“Hah…kasi taulah..”

“Apa kata kau tanya bapak kau..dia mesti tahu..”

“Memanglah dia tahu…tapi…”

“Apa yang duk tapi..tapi.. lagi ni..”

“Dia berahsia dengan aku..”

“Kalau macam tu..kau koreklah rahsia tu..”

Aku bingung memikirkan hal itu..Mamat sendiri pun tidak pasti, dia pun tak tahu nak teka siapa orangnya. Tapi hati aku mengatakan bahawa ada seseorang yang sedang memerhatikan kami yang sedang rancak bersembang di pantai sambil menyaksikan gulungan ombak menghempas pantai, sekali ombak bah, sekali pantai berubah. Biarpun hati sering berbicara mahukan kepastian, mesti ada halangan.

Pening..tiada klu yang ditinggalkan. Susah ingin aku mencari apakah ertinya semua ini. Kehidupan kami sekeluarga bakal berubah. Tetapi persoalan untuk menerapkan kepastian belum lagi terungkap.

“Jangan kau fikirkan lagi la Meon…Perlu ke kau nak bebankan otak kau memikirkan soal tu..?” Mamat sekadar memberi pandangan dengan mempamerkan wajah tenang.

“Bagi kau senang…kalau kau berada di tempat aku ni macam mana? Dapatkah kau rasa..?” balas ku dengan memek muka yang gusar.

“Aku fahamlah keadaan kau, untuk merasakan semua tu belum tentu aku dapat hadapi seperti kau tanggung sekarang..selama ni pun kau banyak berahsia dengan aku..” balas Mamat yang masih bertengek di motornya tepi padang bola.

Aku yang duduk bersila di tanah beralaskan selipar menumpukan sepenuh perhatian pada persoalan Mamat.

“Mat….apa yang aku rahsiakan dari kau? Selama ni pun kau tahu kehidupan aku…rasanya kau lebih arif tentang itu Mat, antara kau dan aku begitu jauh bezanya..” Taraf kehidupan menjadi perbandingan buatku. Mamat hanya merenung ke langit biru..

“Rasanya tak ada beza pun..keluarga kau dan keluarga aku sama-sama hidup susah..soal status kau jangan ambil kira..bapak aku seorang penternak lembu..hari-hari aku kena cari rumput untuk lembu bapak aku..kau pulak hari-hari kena tolong mak dan bapak kau di kebun..jadi apa bezanya ? kita orang kampung…” Mamat memberi aku tazkirah petang..Aku mula merenungi kata-katanya..Mungkin ada benarnya..Aku tidak harus membanding-bandingkan kehidupan aku. Adakah aku perlu menyesal dengan kehidupan begini? Aku tidak patut salahkan kedua-dua orang tua ku semata-mata kerana hidup yang sederhana.

Aku sedar dan aku belajar dari situ. Aku belajar menabung, berjimat cermat dan menjadi seorang yang rajin berusaha. Aku memang tak tergamak melihat mereka berdua hidup melarat.

“Cukuplah..jangan termenung lagi..” Pesan Mamat. “Kau dah siapkan kerja rumah yang Cikgu Sufiah bagi semalam..?” tanyanya. “Dah…awal-awal lagi aku dah siapkan..” balasku selamba.

“Kau memang selalu siapkan cepat kerja rumah kan..tak pernah lewat..”

“Ini Meon la…”

“Hah! dah mula nak berlagak lah tu..”

“Sekali sekala apa salahnya, hanya dengan kau je pun…”

“Kalau dengan Aleya..?”

Kenapa tiba-tiba Mamat menyebut nama Aleya ni..? Aku bengang betullah..Kalau sebut saja nama Aleya pasti aku terbayangkan Zaid..Dia kini seperti mahu menjauhkan diri dari aku dan Mamat. Semenjak dua menjak ni dia rapat dengan Aleya, sedikit pun tak kisahkan kami.

“Asal kau diam..?”

“Tak ada apa-apa..?”

“Iya la tuh..tengok muka kau pun aku dah agak..”

“Apa..?”

“Dari hujung bulu hidung kau tu aku dapat bacalah..”

“Ada tulisan ke kat bulu hidung aku ni..? Bijak nye..!! siap dapat baca..!!”

“Aku tahu lah kau bengang dengan Zaid kan..?”

“Tolong ar..kenapa aku nak bengang dengan dia pulak..? Kau jangan buka kisah ni boleh tak?”

Aku bagi warning kat Mamat..Aku bosan dia sengaja lagakan angin aku. Dengan lemah longlai aku bangkit..terasa sengal tubuh aku..kebas! duduk terlalu lama..Tak cakap salah..cakap pun salah..! Diam jelah..tapi memang betul, Zaid dah banyak berubah! Action! Dulu tak pernah pun action…diam-diam ubi rupanya berisi..! Mamat ni macam ahli nujum, dapat je baca fikiran aku. Dia hanya diam membisu..

“Yuhuuu…”

“Apa yuhuu yuhuu…? Dah tak reti bagi salam ke..?” Dengan spontan Mamat membalas setelah kelibat Hanizah terpancul di situ. Hanizah ni pula macam ahli magik, sekejab ada sekejab tak ada. Mamat seperti membidas Hanizah…

“Hello….are u jelouse..?”

“Jelouse tengkorak kau..” Mamat memantulkan kata-kata pada Hanizah..

“Releks la, gurau pun tak boleh ke..?” Balas Hanizah..

“Assalamualaikum..” Hanizah memebetulkan kembali keadaan.

Mamat hanya tersengih, bergurau kasar dengan Hanizah..

“Waalaikumussalam…” Kami berdua menjawab salam yang wajib untuk setiap umat Islam membalas ucapan kesejahteraan itu..

“Nampak Aleya tak..?” lor..! Minah tomboy ni tiba-tiba pula tanya pasal Aleya…arghhh tidak!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Cinta Seorang Lelaki 10, 11”
  1. Nur Iqhwani says:

    cepat smbung..:)best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"