Novel : Cinta Si Playboy Padaku 9, 10

3 September 2010  
Kategori: Novel

3,373 bacaan 3 ulasan

Oleh : Eja D

Bab 9

“Ye ke, bang? Macam mana abang boleh jumpa dengan dia?” Datin Arina bertanya pada suaminya yang sedang ralit membaca surat khabar itu.

“Company kita rupanya ada joint venture dengan company dia. Kebetulan dia yang datang jumpa abang kat opis tadi.” Datuk Zukri melipat surat khabar dan meletakkannya di atas meja didepannya.

“Ouh ye ke? Hurm, Rin pun dah lama tak jumpa dengan Karina tu. Rindu rasanya. Agaknya anak dia dah besar panjang kan sekarang ni. Kalau tak silap Rin anak dia tu sebaya dengan Hafiz kan?”

Datuk Zukri hanya mengangguk.

“Rin tahu tak, Shakir dengan Kirana ada anak perempuan?”

“Hah, ye ke abang? Ingatkan anak diorang hanya sorang je.”

“Sebenarnya abang pun baru tahu semalam time kitorang pergi lunch sekali. Tak sangka pulak rupa-rupanya anak perempuan dia kerja dekat company kita. Tupun tahu secara tak sengaja.”

“Maksud abang?” Datin Arina mengerut dahinya seakan tidak faham akan ayat yang ditutur oleh suaminya.

“Rin ingat lagi tak Qistina?”

Datin Arina mengangguk. Mana mungkin dia lupa pada gadis cilik itu. Pertemuannya dengan Qistina dua bulan lalu di pejabat suaminya merupakan pertemuan pertama dia dengan gadis comel itu. Telatah gadis itu cukup menyenangkan hatinya. Hajatnya ingin menyatukan salah seorang anak terunanya.

“Kenapa dengan Qish, bang? Wait, don’t tell me that Qish was their daughter.” Datin Arina ternganga apabila Datuk Zukri tersenyum sambil mengangguk kepalanya.

“Ye ke? Tak sangka kan, bang. Kecik betul dunia ni. Tapi, apa yang abang cuba maksudkan dengan ‘secara tak sengaja tu’?” Datuk Zukri memandang wajah isterinya. Tadi, Am dengan dia gaduh depan restoran. Time tu abang bersama dengan Shakir dan yang lain bergerak nak masuk opis. Tiba-tiba terdengar ada orang gaduh…”

“Dan..” Datuk Zukri menggeleng kepala melihat Datin Arina yang tidak sabar itu.

“Sabar, bagi abang habis cakap dulu.” Datin Arina hanya tersenyum malu.

“Masa tu Am gaduh dengan Qistina rupa-rupanya. Tak pasal-pasal Qish tu kena tarik telinga dengan Shakir. Time tu Qistina pulak memanggil Shakir papa. Masa tu lah baru kitorang tahu.” Datuk Shakir hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis mengenangkan perangai Qistina itu.

Datin Arina terdiam seketika. Tidak lama kemudian, dia tersenyum sambil menepuk lembut lengan Datuk Zukri sambil berkata, “Abang, apa kata kita ajak diorang sekeluarga makan malam dekat rumah kita hujung minggu ni. Lagipun Rin rindu dengan Qish tu. dan…” Datin Arina tersenyum lagi pada Datuk Zukri.

“Hah, ni mesti ada sesuatu yang Rin plankan, kan?”

“Rin tengok kan, Ilham dengan Qish tu sama padan je. Bolehlah kita eratkan lagi hubungan kita dengan Shakir dan Kirana tu kan, bang?”

Datuk Zukri termenung. Ada sahaja rancangannya untuk menyatukan anak teruna mereka dengan gadis pilihan mereka.

“Hurm tentang plan nak ajak mereka dinner tu abang tak kisah. Abang pun suka sebenarnya. Bolehlah jumpa selalu nanti. Tapi, kalau bab nak satukan budak-budak tu tak tahu lah. Sebab diorang tu mesti ada pilihan hati juga.” Datin Arina memuncungkan bibirnya tanda protes kerana rancangannya yang satu itu tidak dipersetujui oleh suaminya.

“Hurm, apa-apa pun abang nak masuk tidur dululah. Abang dah ngantuk sangat ni. Sayang, jomlah naik tidur.” Datuk Zukri memimpin tangan isternya. Nak tak nak, Datin Arina hanya menurut suaminya. Tidak baik membangkang atau menyatakan tidak pada suami. Berdosa tu.

Datuk Zukri hanya tersenyum memandang isterinya. Tahu rajuk isterinya tidak lama.

——————–

Ilham kelihatan termenung seorang diri di atas bangku gazebo milik keluarganya memandang langit yang memenuhi dada langit. Ilham kelihatan tersenyum seorang, lepas tu siap gelak sorang-sorang pulak. Betul ke tak dia ni. Tanpa disedarinya, dirinya diperhatikan seseorang dari jauh.

‘Isk, kenapa dengan Am tu? Termenung panjang. Siap gelak-gelak. Putus urat otak ke ape budak ni. Haa, kalau buat dajal sekali-sekala kat dia best juga ni.’ Lelaki itu berjalan terjingkit-jingkit, tidak mahu kehadirannya di belakang Ilham disedari.

“HAA!!!!” lelaki itu mengejutkan Ilham dari belakang. Apa lagi, Ilham jatuh tergolek dari bangku kerana terkejut yang amat. Lelaki itu mentertawakan Ilham.
Aduh, tak guna punya sepupu. Siot betul lah si Zack ni. Siap kau!

“Woi, kau ni memang nak kenakan. Sini kau.” Zackary tidak sempat melarikan diri itu dikepit di bawah ketiak dan diluku kepalanya oleh Ilham.

“Oit, apa ni. Sakitlah. Lepaslah.”

“Ouh, tahu sakit. Yang kau pergi kejutkan aku tu kenapa. Mujur aku ni takde sakit jantung. Kalau tak dah lama aku K.O tahu!” Ilham tidak melepaskan pegangannya.

“Ok-ok. Sorry kay. Aku gurau je lah. Tu pun nak ambik hati ke?”

“Hah, apa sorry-sorry? Sorry naik ferry la.” E’eh, melawak pulak budak si Am ni.

“Oit, lepaslah sakitlah.”

“Boleh, tapi bersyarat.”

“Bersyarat kepala hotak kau.” Makin kemaslah kepitan kepala Zackry.

“Ok-ok. Apa dia?” Hehe, macam nilah dikatakan satu kepala.

“Aku nak kau belanja aku makan seafood kat Klang sane. Teringinlah pulak.”

“Huh, kau ni pregnant ke hape? Mengidam semacam je ni. biar betol?”

“Kau nak aku lepaskan kepala kau ke tak ni?”

“Eh, ok-ok. Aku turutkan. Eleh setakat makan seafood kicik punya hallah.” Hah, macam tu lah. Ilham dengan pantas melepaskan peganganya itu.

“Ok, jom.” Ilham memeluk erat lengan Zackry tetapi cepat-cepat ditepis oleh lelaki itu.

“Oit, pe pegang-pegang ni? Aku ni straight tau. Tak mainlah gay macam kau ni. Pi jaoh-jaoh sikit dari aku. Syusshh!!!”

“Oit, agak-agaklah cakap tu. Tak serik betul dia ni. Sini kau, aku kepit kepala kau lagi sekali.” Ilham mengejar Zackry dari belakang tetapi lelaki itu mendahului Ilham. Zackry melarikan diri sambil menjelirkan lidah menuju masuk ke dalam rumah.

“Wah, tak sangka ramai juga orang kat sini ek abang.” Qistina memeluk lengan Hadziq sambil memandang sekeliling dan memasuki Restoran Tanjung Harapan itu.

“Biasalah hujung minggu. Ramai yang bawak keluarga mereka datang makan kat sini.” Hadziq memandang Qistina sambil tersneyum lebar.

“Ish, rugi betul tak dapat ajak mama dengan papa datang sekali. Kalau tak mesti lagi best kan.” Hadziq hanya mengangguk kepala tanda setuju dengan Qistina.

“Jomlah kita duduk. Hah, kat sana ada tempat kosong. Mari.” Hadziq memimpin tangan Qistina sambil menuju ke tempat yang ditunjukkannya.

‘Isy, dia ni lagi. Dah takde muka lain ke. Asyik muka dia je.’ Ilham mendengus sambil menjeling Qistina. Zackary terpandang akan wajah Ilham yang berubah masam mencuka.

“Kau ni kenapa? Makanan kat sini tak sedap ke?”

“Huh, makanan kat sini sedap. Cuma pemandangan aku ni tak berapa nak ‘sedap’ sangat.”

“Kau ni kenapa? Tetiba cakap macam tu? Tak paham aku.” Ilham menjuihkan bibirnya ke belakang Zackary. Lelaki itu mengerut dahinya.

“Kenapa dengan diorang tu? Kau kenal ke?”

“Tu lah singa betina yang suka menyusahkan hidup aku.” Zackary memalingkan kepala memandang lelaki dan wanita di meja belakangnya.

Qistina merasa ada orang memandangnya terus mengalihkan wajahnya ke arah pandangan itu. Bibirnya membentuk huruf ‘O’ apabila terpandang musuh ketatnya.

‘Ei, muka si langau ni lagi. Apa yang dia buat kat sini? Pandang orang macam tak puas hati pulak. Eh, mestilah dia datang kat sini sebab nak makan, takkan nak terlompat lompat kat sini pulak.’ Qistina memberi jelingan maut kepada lelaki yang berada di depannya.

Ilham berasa dirinya tercabar apabila gadis cilik itu menjeling ke arahnya. Dia mengetap bibir tanda tidak puas hati dengan Qistina.

“Kenapa ni, Qish? Qish kenal ke dengan brother kat belakang tu?” Hadziq mengerut dahi sambil memandang ke arah lelaki yang membelakanginya.

“Tu? kalau abang nak tahu tulah langau yang suka terbang hinggap kat orang. Especially time opis. Suka sangat cari gaduh.” Dia..”

“Wait. Apa Qish cakap tadi? Langau? Biar betul. Ada ke spesies langau yang handsome macam mamat tu?” Qistina menjegilkan matanya memandang abangnya.

“Handsome abang cakap? Huhu, muka macam belakang kuali adalah.”

“Isy, tak baik Qish cakap macam tu.”

“Suka hati abanglah nak cakap apa pun. Bagi Qish, dia tu langau yang tidak reti duduk diam.”

“Am, sapa budak perempuan tu? Kau tak nak kenalkan aku dengan dia ke? Comelnya!” Ilham mendengus. Kenapa tiba-tiba pulak aku rasa macam nak karate je si Zack ni bila dia cakap singa tu comel? Waacchhhaa!! Ilham mengerjakan udang galah di depannya dengan garfu.

Eh, kenapa aku nak ada perasaan macam ni pulak? Geram? Memang aku geram, tapi takkanlah sebab Zack panggil singa tu comel? Mustahil. Nak kata cemburu? Eww! Tolong sikit. Takde masa nak cemburu dengan perempuan senteng tu. Tapi apa yang aku nak istilahkan perasaan aku sekarang ni? Ah, lantak lah. Makan lagi best.

“Woi, Am. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Cakap sorang macam orang gila pulak!” Zackary membentak, tidak puas hati dengan reaksi Ilham.

“Kau kalau nak kat dia pergilah tegur. Entah-entah karang kena belasah dengan mamat tu.” Ilham menjuihkan bibirnya ke arah Hadziq. Sapa lelaki yang berada satu meja dengan Qistina tu? kekasih dia kot.

Hatinya kembali membara apabila memikirkan gerangan lelaki yang duduk satu meja dengan Qistina itu.

“Erk, kau ni biar betul kau kan satu opis dengan dia. Takkan lah kau tak tahu dia tu dah berpunya ke belum.”

“Huh, kau pergilah tanya dia sendiri. Kau kan buaya darat yang masyhur.”

“Kau cabar aku?” Zackary menjongketkan dahi kirinya pada Ilham.

“Pergilah.” Ilham hanya tersenyum sinis memandang sepupunya sambil meletak kembali sudu dan garfu yang berada di tangannya itu.

“Ok.” Dengan pantas Zackary bangkit dari kerusinya lalu menuju ke arah meja Qistina.

Ilham sedikit terkejut apabila lelaki satu meja dengan Qistina mempelawa Zackary itu duduk. Lelaki itu bertambah terkejut apabila Qistina menyambut salaman Zackary sambil tersnyum manis. Ilham menggosok kedua belah matanya tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia hanya mampu memandang sambil menghirup rakus air buah di hadapan. Alamak, terminum air Zack pulak.

Tidak lama kemudian, Zackary bangkit bangun meninggalkan meja Qistina sambil tersenyum.

“Weh, dia tu aku tengok tak macam singa yang kau cakap pun. Cakap pun elok je dengan aku. Siap senyum lagi.” Zackary menjungkit kedua keningnya beberapa kali. Ilham rasa tercabar. Kenapa dengan aku cakap bukan main lagi. Macam nak masuk pertandingan perang mulut. Tapi bila dengan Zackary boleh dia cakap elok. Yang aku lagi geram dia siap boleh senyum manis dekat si Zack ni.

“Dah lah, aku dah kenyang. Jomlah balik. Tak kuasa aku nak tengok muka budak tu lama-lama.”

“Kenapa? Takut jatuh hati dengan dia ke?” Zackary memandang sambil tersenyum mengejek ke arah Ilham.

“Aku? Nak suka kat dia? Huh, kirim salam je la. Ramai perempuan yang lebih cantik dari dia kat luar yang aku boleh dapat. Setakat dia, aku pandang sebelah mata pun boleh dapat.”

“Amboi, cakap bukan main angkuh lagi kau ek.”

“Hei, tengok orang lah.”

“Hurm, jangan sampai kau tangkap leleh dengan dia sudah.” Zackary tersenyum kelat.

“Huh, takde maknanya.” Ilham segera bangkit dan meninggalkan meja. Dia sengaja lalu meja Qistina untuk melihat wajah Qistina. Hai, kenapalah hati aku tak tenang lepas dengar apa yang Zack cakap tadi.

Qistina hanya menjeling Ilham dan menjuihkan bibirnya. Hadziq di sebelah hanya menggeleng kepala melihat telatah adiknya.

Bab 10

“Mama, Qish nak tanya sikit boleh tak?” Qistina duduk di sebelah Datin Kirana sambil memandang kasih ke arah ibunya. Menyusun ayat yang indah-indah untuk memujuk kedua ibu bapanya. Lagipun cuti dia telah diluluskan selama seminggu.

“Qish nak tanya apa?” Datin Kirana bertanya lembut pada anak kesayangannya.

“Erm, sebenarnya Qish nak minta kebenaran dengan mama dengan papa..” Gulp minta-minta mama bagi aku ikut Marina balik kampung dia.

“Kenapa dengan Qish ni? Qish nakminta kebenaran apa dengan mama?” Datuk Syakir hanya memandang surat khabar di tangannya sambil memasang telinga mendengar setiap patah kata-kata yang ditutur oleh Qishtina.

“Hurm, sebenarnya Qish nak minta kebenaran, Qish nak ikut kawan Qish balik kampung. Mama dengan papa bagi tak?” Qistina memandang dalam ke dalam mata ibunya. Datin Kirana hanya tersenyum memandang Qistina.

“Hurm, mama tak kisah. Tapi Qish kena tanya papa.” Datin Kirana menjuihkan bibirnya ke arah Datuk Syakir yang diam tidak berkutik tanpa suara.

“Papa?” Datuk Syakir buat-buat tidak dengar. Sengaja ingin mendera perasaan Qistina.

‘Hisy, papa ni buat tak dengar pulak. Nak minta kebenaran dengan dia bukan main susah lagi. Camne ni. aku dah janji dengan Mar nak ikut sekali.

“Papa.” Kali ini Qistina cuba mengeraskan sedikit suaranya memanggil Datuk Syakir. Masih tidak ada respons dari papanya. Geramnya.

“Papa!” tu dia dah keluar asap tanda lahar akan melimpah tidak lama lagi. Datuk Shakir akhirnya memandang Qistina dengan muka selambanya.

“Apa dia, Qish?” sengaja mahu mendera Qistina. Di dalam hatinya dia menimbang-nimbang untuk tidak membenarkan Qistina pergi jauh dari keluarga mereka. Yelah sebelum ini, pernah berlaku kes Qistina diculik.

Peristiwa itu berlaku kira-kira dua tahun yang lepas. Dalam kejadian yang mencemaskan itu, terselit juga kelucuan dimana lelaki-lelaki yang menculiknya teruk dibelasah oleh Qistina. Pada mulanya Qistina takut untuk menentang penculik-penculik itu kerana penculik-penculik itu mempunyai pistol di tangan mereka. Tetapi setelah mengetahui bahawa papanya diugut untuk mendapatkan wang tiga juta membuatkan Qistina bengang. Huh, penat-penat bapak aku kerah tenaga untuk dapatkan duit banyak tu, senang-senang je korang nak kebas duit bapak aku macam tu. melampau lah tu. dan disebabkan duit tiga juta itu, kesemua penculik yang seramai enam orang itu dimasukkan ke wad ICU setelah dibelasah teruk oleh Qistina.

“Papa, dengar tak apa yang Qish cakapkan tadi?” Qistina menyilang tangannya sambil memandang ke arah Datuk Shakir tanda tidak puas hati.

“Kalau papa cakap tak boleh macam mana?”

“Ala….tapi kenapa?” Qistina merengek seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula.

“Qish dah lupa ke kes sebelum ni?”

“Kes apa pulak? Bila masa Qish buat kes?” Qistina menyandar di sofa sambil mendengus tanda tidak puas hati dengan Datuk Syakir.

“Qish dah lupa ke kes Qish kena culik dulu? Tak serik ke?” Datin Kirana hanya mendengar sahaja.

“Alah, diorang mesti dah tak berani punyalah. Lagipun teruk diorang kena. Mana lah diorang berani lagi nak buat semua tu. Sesiapa yang bakal jadi penculik tu takkan berani culik Qish sebab diorang tahu diorang pun akan masuk ICU kalau sentuh Qish, ala, pa. bolehlah. Ek?” Qistina cuba memujuk. Huh, kalau tak bagi jugak, aku buat kes lagi. Lari rumah. Eh, mana boleh lari. Aku kan sekarang ni tinggal dengan Marina.

“Abang, bagi je la dia pergi. Lagipun dia nak juga merasa suasana kampung. Qish kan sebelum ni tak pernah pergi kampung.” Datin Kirana membela Qistina. Gais itu kelihatan bersungguh-sungguh mengangguk tanda setuju dengan ibunya.

“Hurm, baiklah. Papa bagi kebenara.”

“Yeah!!”

“Tapi dengan syarat.” Qistina yang terlompat-lompat keriangan berhenti. Tiba-tiba moodnya berubah.

“Alah, papa. Nak pergi kampung Mar pun kena ada syarat jugak ke?” Datuk Shakir mengangguk.

“Mestilah. Dan sebagai syaratnya, Qish kena bawak abang Hadziq.”

“Hah, bawak abang?” Alah, ni yang tak best ni. Tak suka. Aku nak lepak-lepak dengan Marina kat kampung.

“Nape? Tak boleh? Kalau macam tu, papa cancel lah tak jadi bagi pergi.”

“Ok-ok.” Qistina terpaksa mengalah dengan syarat yang telah ditetapkan itu. Kalau dia membantah maknanya tiadalah peluang untuk dia melangkah kakinya ke kampung Marina.

“Kalau macam tu Qish balik dululah. Lagipun esok nak jalan jauh. Kenalah tidur awal.”

“Eh, awal lagi Qish. Baru pukul 9.30 malam.” Datin Kirana bersuara.

“Hurm biarlah dia rehat dulu. Qish bawak kereta tu elok-elok sikit. Hati-hati. Jangan tahu nak drift je.” Kata-kata Datuk Shakir membuatkan Qistina tersenyum nipis. Papa ni macam tahu-tahu je aku nak drift. Hihihihi…

“Yelah, pa. Qish balik dulu. Pasal abang tu nanti Qish telefon abang je.” Qistina menyalami kedua ibu bapanya sebelum bertolak pulang


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Cinta Si Playboy Padaku 9, 10”
  1. hatiku says:

    menarik..tp cpt2 smbg k..
    thnks

  2. arimza says:

    haaahahaha..kan da kne bwk abg die..2 la..hr2 xnk bwk..hahaaha

  3. yamasaki says:

    hehehe..ilham cmburu.. :lol:
    best2.. :mrgreen: :o

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"