
Novel : Diari Si Ahli Sihir 3
Asrama Aurora…sebuah asrama tambahan yang disediakan kerana pertambahan pelajar setiap tahun dan disediakan untuk pelajar junior sahaja. Asrama ini sebetulnya merupakan rumah agam milik pengasas Whisper Hollow Academy yang lebih 150 tahun dahulu, yang hanya mahu dipanggil sebagai Master . Jadi, kerana itu Xochitl terkejut separuh mati. Bingung segala, kenapa pula dia kena halau ke situ? Why? why?
Terketar-ketar juga mereka berdua sewaktu melangkah ke asrama ini. Sudahlah jauh sedikit ke dalam hutan belantara kerana di sekelilingnya ialah hutan Hidden Hollow yang belum diterokai, malah menjadi larangan kepada semua pelajar untuk mendekatinya. Rasanya kalau tidak silap, keluasan hutan ini adalah dua kali ganda hutan Amazon di dunia manusia. Jalannya pula sentiasa berkabus meskipun hari sudah meninggi. Di sepanjang jalan terdapatnya pokok oak yang berbentuk bulat, berbaris-baris. Dan anehnya suasana di situ terasa sejuk, meski matahari berdiri megah di atas kepala. Dalam diam Xochitl lega kerana Yvette mengarah pembantunya supaya menolong membawa barang-barangnya. Bukan apa, dapat juga mereka berselindung kerana suasana di situ begitu sunyi meski ramai lagi pelajar lain.
Rumah agam yang dibina oleh Master itu kelihatannya begitu tradisional sekali, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil mengikut tema Venice, dengan kebanyakan bahan pembinaannya ialah daripada kayu dan bata. Bahagian dalam pula terdiri daripada empat tingkat. Setiap tingkat mempunyai 20 buah bilik yang ditetapkan dua orang untuk satu bilik. Bagi mereka yang mendapat bilik depan pasti seronok dapat melihat taman botani pelbagai jenis bunga dan herba yang memang ditanam oleh pihak sekolah dan juga oleh Master tentunya. Berlainan sekali dengan asrama lain yang begitu moden, malah boleh melihat muka sesama sendiri lagi. Jadi, kalau ada kes yang membabitkan lelaki dan perempuan itu, tanggungjawab sendiri ya…
” Sure kau tak nak duduk di rumah aku ni?” Yvette masih membuka peluang kepada Xochitl. Rakannya cuma mengangguk sambil tangannya ligat mengemas barang-barang di dalam almari yang disediakan. Yvette mengeluh. Oleh kerana ‘ keistimewaan ‘ diperolehi oleh pelajar yang dihalau ke sini, mereka bebas memilih bilik yang disukai. Patutlah tak ada langsung nombor bilik atau nombor katil yang diberi. Cuma sehelai kertas kuning yang tertulis nama asrama. Kerana Xochitl ini paling lewat, makanya dia mendapat bilik yang paling tidak diingini, iaitu bilik belakang berdekatan dengan Hidden Hollow. Terdapat juga sebuah tangga menuju ke loteng di atas yang terdapat hanya di dalam bilik ini. Kalau dilihat dari luar memang nampak jelas loteng ini, tapi bagi yang tidak tahu mungkin menyangkakan yang ianya serombong asap. Ah!…sekurangnya dia ada teman bilik.
Dan selain itu dia serik sebenarnya mahu menatap wajah Lord Acacio jika tinggal bersama. Aduh! gila angau dah ni. Lebih baik menghindari dari mengatasi kan? lagipun dia itu ayah Yvette!
Yvette meneliti beg entah kepunyaan siapa bertentangan dengan katil Xochitl.
dari satu ke satu beg diperiksanya.
” Hei, apa yang kau buat tu?! ”
” Alah, kau jangan sibuk, aku cuma nak tengok saja siapa teman bilik kau ni”
” Buat apa? ”
” Aku nak minta dia tolong jagakan kau ni. Aku risau nak tinggalkan kau di sini seorang diri ”
Xochitl terdiam mendengar pengakuan Yvette. Akhirnya dia cuma membiarkan Yvette memeriksa beg itu. Tapi tetap mengawasi, mana tahu kalau-kalau dia buka pula beg itu, kan naya! kadang-kadang sifat ingin tahu Yvette ini boleh mendatangkan musibah.
” Wah! siapa pun dia, teman bilik kau ni anak orang kayalah.” jerit Yvette. Xochilt terpaku. Anak orang kaya?!!!
Derap tapak kaki yang menghampiri menyebabkan mereka berdua kaget. Yvette terus beralih duduk di katil Xochitl, berpura-pura menyusun baju sementara Xochitl menyusun buku di atas meja.
” Kau sanggup ke duduk sini? baik kau minta tukar sama asrama dengan aku. Suruhlah daddy cakap dengan Lady Eloisa, mesti kau dapat kelulusan punya ”
dua orang gadis masuk, seorang kelihatan begitu elegan dan nampak jelas dari keturunan berada dengan gaun ungu separas lutut, baju sejuk dari bulu biri-biri dan kasut but separas lutut sementara seorang lagi kelihatan begitu simple, menyebabkan Yvette dan Xochitl tersentak memerhatikan mereka berdua. Kenapa? sekejap ya…
” Tak apa. Mana-mana pun aku tak kisah. Janji aku dapat masuk asrama.” jawab gadis simple.
” Ish, kau ni! ”
Gadis elegan mengeluh lalu duduk di atas katil. ” Aww! shit!! kerasnya katil ni. Nanti mesti kau sakit belakang. Kalau aku dah lama tukar asrama lain. Tengoklah bilik ni pun , buruk!”
Mendengarkan komen yang tidak membina itu menyebabkan Yvette mencerlung.
Nasib baik kau tak sebilik dengan minah terung ni Xochitl. Sudahlah gaun ungu, kasut ungu, topi ungu, semuanya ungu. Sudahlah ungu, kering pula, macam terung.
” Kau ni kan! yang nak duduk sininya aku. Kalau kau tak nak tolong aku kemas, pergi balik, jangan nak bising di sini.”
Xochitl menoleh melihat Yvette yang menahan senyum.
” Err, siapa rakan bilik saya? ” gadis simple bertanya ketika berpaling kepada Yvette dan Xochitl. Hai? baru nak sedar ke ada orng di sini?
” Saya”
” Oh, hai. Saya Virginia. Ini adik kembar saya, Valeria. ” tangan dihulur untuk bersalam. Xochitl teragak-agak menyambut. Mulanya dia menyangkakan gadis itu menghulur salam kepada Yvette, kerana Yvette juga apa kurangnya dalam outfit. Tapi melihatkan huluran tangan yang jelas ditujukan kepadanya maka dia menyambut juga.
” Xochitl. Ini kawan saya, Yvette”
Valeria berpura tidak dengar. Menyorokkan muka di sebalik pintu almari milik kakaknya.
” Val! ” Virginia menegur adiknya.
” Orang dengarlah! Hai! ” keras sahaja sapaannya, sambil merungut sesuatu dia memanjat tangga menuju ke loteng atas. Meskipun kurang jelas, tapi sudah cukup membuatkan Xochilt terasa hati. Pedih!!! sekurangnya jika memiliki kuasa sihir tetapi kaya tak apa, masih boleh diterima. Tapi kalau miskin mungkin selayaknya berada di dunia manusia dan bersama golongan yang tak punyai sebarang kuasa.
” Maaf. Adik saya tu gila sikit. ” Virginia cuba menjelaskan.
” Orang dengarlah!!”
Virginia tidak berkata apa-apa lagi. Sangkanya Valeria tak mendengar. Lupa yang mereka kembar, maka apa yang difikir Virginia dapat dirasai oleh Valeria. Xochitl cuma diam. Faham reaksi Valeria. Yvette geram tetapi memandang Xochitl dengan perasaan sayu. Entah apa pula yang akan terjadi pada rakan baiknya itu selepas ini.
Suasana malam begitu sejuk dirasakan, mungkin kerana asrama mereka terletak di puncak bukit. Walaupun sudah waktunya untuk tidur, masih ramai pelajar yang ralit bersembang, mungkin kerana masih belum biasa dengan tempat baru. Xochitl sedang bersembang dengan Virginia. Duduk di katil masing-masing yang saling menghadap sambil memeluk tubuh di dalam selimut tebal. Sejuk meskipun asrama a.k.a rumah agam itu sudah dipanaskan. Oleh apa? erm…seekor naga kecil sahaja di lorong bawah tanah.
” Kenapa ya kita kena hantar ke sini? ”
” Kenapa? kau takut ke? ”
Ayat formal dalam sehari sudah bertukar menjadi ayat biasa. Begini lebih mesra, kata Virginia yang cuma mahu dipanggil ‘Vi ‘. Rasanya tahun ni taklah mencabar sangat bagi Xochitl. Mujur ada kawan macam Virginia. Esok boleh cerita pada Yvette. Mesti malam ni dia tak boleh tidur memikirkan Xochilt.
Xochitl tersengih. ” Taklah. Cuma, yalah kan kita senior, walaupun baru tahap kedua tapi tetap senior kan? ” suaranya mengandungi perasaan tidak puas hati.
” Pasal ada yang lagi senior, makanya kita kena letak sini. Ini semua sebab pertambahan pelajar junior yang begitu ketara berbanding tahun lepas. Jadi, pihak atasan menentukan yang mereka semua perlu diletakkan dalam satu tempat. Senang nak awasi. ” panjang lebar Virginia menerangkan.
” Wau! mana kau tahu? ” tanya Xochilt. Hairan juga dengan pengetahuan gadis di depannya ini.
” Ayah aku Pengarah Pendidikan Akademi Sihir. So…” Virginia terhenti di situ. Merenung ke arah Xochilt dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Teringat Yvette yang mengatakan bahawa teman biliknya ini anak orang kaya, Xochilt mula terasa down lagi.
” Hei, maaf pasal adik aku petang tadi. Dia tu …” Virginia meletak jari telunjuk ke kepala.
” Tak apa. Aku dah biasa. ”
Mana tak biasa, di rumah pun dia malah dilayan begitu juga.
” Tak, maksud aku, adik aku tu bukan anti golongan sederhana, cuma…macam mana nak cakap ya? dia…” dahi Virginia berkerut-kerut mencari perkataan yang sesuai.
” Susah nak percaya pada orang. Rasa dia tu hebat. ”
” Ok…betul. Aku faham. Lagipun, aku ada adik perempuan macam tu juga ”
” Really? wah, dia sekolah di mana? ”
Xochilt tersengih.
” Dina Academy ”
” What?!!! adik kau belajar di sana? ” Virginia terkejut besar. Betul-betul tak sangka. Jarang sekali dapat melihat satu keluarga dengan dua kuasa yang berlainan. Kalau satu keluarga tak ada kuasa tu selalulah.
” Tak percaya ya? tak apa, nanti kalau kau datang rumah aku boleh jumpa” kata Xochilt. Meskipun tidak suka dengan perangai adiknya yang selalu bermegah dengan kuasa Fairynya tu, keluarga tetap keluarga. Ya…walaupun dia selalu juga dibandingkan dengan adiknya itu oleh ibu bapa sendiri. Malah selalu jika ada majlis keramaian atau perjumpaan keluarga, Xochilt bebas mahu pergi atau tidak. Tiada siapa yang akan peduli. Dan yang penting kalau Virginia sudi menjejakkan kaki ke rumahnya.
” Heh, tak apa. Aku tahu kau cakap benar. ” Dia tersengih . Xochilt memikirkan sesuatu. Tak lama sebelum dia tersedar. Pantas tangan diangkat ke kepala.
” Kau ada kuasa psikik ya?!”
Virginia ketawa nyaring.
” Ew!!! tunggulah nanti aku belajar mantera kuncikan bayangan minda kau baru tahu.” ugut Xochilt tak puas hati. Paling benci dengan orang yang begini. Tapi, nak buat macam mana, nasiblah!
” Alah…rilekslah. Say, kenapa kau rasa sedih bila cakap pasal adik kau? ” kali ini wajah Virginia memaparkan sikap prihatin. Xochitl tidak menjawab. Mengosongkan fikiran dan melempar jauh-jauh segala perkara mengenai keluarganya. Bukan apa, bimbang dia akan menangis di hadapan Virginia. Walaupun gadis ini kelihatan baik, hakikatnya dia tetap pelajar yang baru mendaftar untuk bersekolah di sini. Bukan seperti Yvette, sudah kenal sejak tahun lepas lagi.
Virginia tersenyum. ” Oh! kau tak mahu kongsi ya? ”
Xochilt buat tak tahu. ” Dahlah, aku nak pergi bilik air.” bingkas dia bangun .
” Heh! kau ni!” suara Virginia kedengaran terkejut. Xochilt menoleh.
” Apa? ” soalnya bingung. Nak pergi bilik air pun tak boleh ke?
” Tak takut ke? dah malam ni? ”
” Takut? kenapa nak takut? ”
Virginia meletak hujung jari telunjuk ke bibir bawah. ” Erm…tak de apalah. Er…kau pergi lama tak? ”
” Ek Eleh…cakap sajalah takut. Dah, jom cepat! ”
Xochilt menggeliat malas. Kerana sejuk dia menyelubungkan diri dengan selimut menutupi seluruh tubuh. Ketika cuba kembali tidur, terdengar bunyi pintu dibuka. Dia cuba membuka mata, tetapi terasa berat.
‘ Mungkin Virginia agaknya’. Dan dia kembali tidur…















jom baca AKUKAH JUWITA! huhuhuhu
INTERESTING!
hahahaha…sweeet butterfly, pandai awak ya..
ya, ya saya akan follow citer tu…
sama-sama kita usaha ya?
saspen r ending episod ni..xsabo nk bce smbgnnyer..