
Novel : Ego itu Cinta 10
Oleh : Rika
BAB 19
Tania memerhatikan pasangan itu dari jauh.Berbulu matanya.Tangannya digenggam-genggam.Panas sungguh hatinya.Bengang dan geram.Kenapa perempuan itu yang dipilihnya.Tania mengambil langkah untuk tinggal beberapa hari di Pulau Perhentian itu untuk menenangkan hatinya dan mindanya.Tidak sangka,pasangan yang paling dibencinya turut menetap di situ.Pasangan itu nampak bahagia.Makin geram hatinya.Tengoklaa….Aku akan rampas balik hak aku!
Arisya menjungkitkan keningnya.Bibirnya tersenyum nakal.Fikri membuat muka cemberut.Huh!Tak puas hati betul.Arisya menyengih,sebelum meledakkan tawa.Muka Fikri yang kelat itu menarik minatnya.
“Dahlah,tak mahu main.”Fikri mencampak batu-batu itu ke pasir.Geram sungguh.Sepuluh kali dia main,sepuluh kali jugalah dia kalah dengan Arisya.
“Alah Fik….Tak kan dah nak stop kot?”Arisya tersenyum mengusik.Fikri mencebik.
“Ahh,malas!Kalau sepuluh kali main batu bodoh ni,sepuluh kali jugak lah aku kalah.Lagipun main batu-batu ni bukan best.”Fikri membebel.Tadi,tiba-tiba sahaja Arisya mengajaknya bermain batu seremban.Pada mulanya dia mengerutkan dahi.Batu seremban???Apa tu???Selepas itu,demi menjaga egonya yang tinggi melangit,dia mengangguk.Bersetuju bermain.Hah,kini dapat kau.Kalah teruk.
“Alah Fik…”Arisya membuat suara mengada-ngada.Fikri menjungkitkan kening.Ni apahal pulak ni,nak mengada-ngada ni.
“Belanja ais krim.Sapa kalah kena belanja ais krim.”Arisya ketawa kuat apabila melihat muka Fikri yang cemberut dan tidak berpuas hati.Merajuk!
Arisya menjeling Fikri di sisi.Lelaki itu masih membalakanginya.Wajah lelaki itu masih cemburut.Tangan lelaki itu masih memegang ais krim korneto perisa coklat.Arisya tersenyum.Dia menjilat ais krimnya sekali,sebelum bersuara.
“Orang cakap,kalau lelaki merajuk,hilang hendsomenya.”Arisya bersuara sambil mengerling Fikri.Fikri menjeling isterinya itu.
“Alah,Fikri..Dahlah merajuk.”Arisya berkata lembut.Fikri terus menghadap isterinya.Ha,tahu takut.Alah,sebenarnya bukan merajuk mana pun,saja menggedik.Fikri tersengih.
“Ni,apa kes ni sengih macam kerang tak mandi ni?”Arisya memandang Fikri aneh.Tadi merajuk,ni menyengih pulak.
“Sayang jugak kau dekat aku kan,Risya.”Fikri tersengih nakal.Wajah kelat isterinya dipandang.
“Apa sayang-sayang ni?Pelik gila kau ni.”Arisya mula menjeling.Fikri menjungkitkan keningnya.
“Eleh,eleh..Malu-malu pulak nak ngaku.”Fikri mengusik.Arisya mengerutkan dahi,sebelum bingkas berlalu.Malas mahu melayan suaminya yang tidak betul itu.Otak tak pernah nak centre.Eleh,Arisya gaya mcam otak kau pernah centre je.Laki bini,sama je.
Fikri meledakkan tawa.Kakinya bingkas berlari mendapatkan isterinya yang sudah jauh darinya.
Dia gembira bersama gadis itu.Adakah memang dia jodohku???Fikri tersenyum.Biarlah,penat fikir…
BAB 20
“Damn you!You letak mata kat mana?”Ha,dapat kau!Suara itu memang membingitkan telinganya.Bergetar oval window dibuatnya.Arisya menjungkitkan sebelah keningnya.Jengkel.
“Apahal,you pandang I macam tu.Dah terang tang-tang you yang salah,you jangan nak buat muka belagak kat sini!”Ha,lagi sekali memetir.Arisya masih dengan muka yang sama.Tiada perasaan dan toya.
“Ish,susah kan kalau cakap dengan perempuan kampung macam you ni?Otak senget,letak kat siku apa?”
“Cik yang cantik manis,berbudi bahasa,bersopan santun,bijak bestari,yang belum buta pun lagi…Cik,yang melanggar tu cik,and yang dilanggar tu saya.Jadi saya tak rasa itu salah saya.Dan kalau di bawa ke makhamah pun,dengan keyakinan seratus dua puluh peratus saya yakin,cik akan kalah..Sebab saya ada ramai saksi.Orang akan kata cik ni saspek dan saya ni mangsa.Jadi cik tak boleh nak lari.”Ambik kau,bila Arisya dah membebel.Tak ada siapa boleh lawan.Arisya yang sudah habis bicara memandang gadis yang amat dikenalinya itu.Tania lah,siapa lagi.
“You…”Tania berkata geram.Giginya diketap.Entah macam mana,malangnya nasibnya hari ini,apabila dia terlanggar Arisya yang asyik membeli belah di pusat membeli-belah.Sudah lama dia tidak mengintip Arisya selepas mereka balik dari Pulau Perhentian selasa lalu.
“What?”Arisya menjungkitkan keningnya.Apalah nasib aku hari ini.Lepas balik honeymoon je,terus jumpa musuh tradisi yang tak pernah dapat ijazah ni.Pening kepala aku pagi-pagi ni laa..
“Heh,you jangan ingat you dah kahwin dengan Fik,you dah kira menang.I akan pastikan Fik,jatuh jugak kat tangan I.I akan pastikan you akan merana.I akan pastikan semua tu.You tunggulah!”Jarinya di angkat setara ke muka Arisya.
“Nak tunggu sampai bila?Sampai Zionis undur diri dari Gaza??”Sinis sungguh ayatnya itu.Dengan muka yang tiada perasaan dia membalas kata-kata perempuan yang riak dan takbur tu.Eceh,Arisya!
“You jangan main-main dengan I,Arisya.You belum kenal sapa I.Jangan nak belagak.”Tania membidas.Ish,perempuan ni loyar buruk pulak dia dengan aku.Dah cukup bagus ke apa?
“Dan,kau pun belum kenal aku lagi.Jangan cuba nak rampas hak aku.Kalau tak nak,tangan yang pernah kalahkan gangster ni dulu,pecahkan muka kau yang bajet cun tu.Ada faham?”Arisya berkata seiring dengan senyuman sakstrit habis.Tak ada kemanisan langsung dalam senyumnya.
“You…Ish!Ergh!”Tania berlalu dengan muka yang merah padam dan hati yang terbakar.Geramnya aku!!Perempuan jalanan,kampungan tak guna.Huh!
Arisya tersenyum menang.Nak lawan dengan Arisya,tengoklah dulu.Jangan belagak awal-awal.
Fikri memandang wajah isterinya itu dengan seribu kerutan di dahi.Muka isterinya itu merah berjahang.Macam baru habis menghancurkan muka orang aje.Fikri duduk di sebelah isterinya.Gadis itu masih utuh static di tempat duduknya.Matanya tetancap pada kartun transformer.
“Risya,kenapa ni?Muka macam orang baru telan manusia je.”Fikri bersuara perlahan.
“Just shut up,and don’t say anything.Aku tengah rasa macam gunung berapi nak keluarkan lava vest ni.”Arisya bersuara senada.Memang tak ada perasaan.Fikri garu kepala.Dia menjungkitkan keningnya sebelah.Sah,ada yang tak kena ni.
“Wahai tuan puteri dari gunung indera kayangan,cuba bagitahu kat lelaki kau ni,apa masalahnya.”Fikri masih cuba memujuk.Arisya memandang suaminya sekilas.
“Apa masalah si Tania tu?Kenapa suka cari pasal dengan aku?Dah lama teringin nak makan penyepak aku ke?”Arisya bersuara tanpa intonasi.Gayanya seperti waiter ambil order makanan je.Fikri mengerutkan dahi.
“Tania?Apa yang dia buat dengan kau?”Arisya hanya menjungkitkan sebelah bahunya.Sebelum bersuara.
“Aku dah selesaikan dah.Perempuan macam tu,campak dekat gunung sahara baru dia tau.”
Fikri terkesima.Arisya berlalu masuk ke bilik.Huh,sakit hati,sakit jiwa!













syukran utk sumer sokongan…troskn mngkritik n komen….=)syg semua!!!

bile nk kuar yg baru????next plez….hehe…
makin best
hmm…klu sahara rasanya gurun, bukannya gunung. sori klu memang ada gunung sahara.
ble nk update yg bru…x sabar nk tggu cte yg seterusnye…bezz sgt n3 nie..
best…