
Novel : Expresso de’ Amore 2
Oleh : chocraze
“Nah! Khas untuk awak. Denda. Jangan buka kat sini. Segan.” Akhtar menghulurkan kotak yang berisi kek hasil penat lelah bertungkus-lumus di dapur pada pagi buta. “Makan jangan lupa baca bismillah. Saya dah jampi. Bahaya.”
“Ooookey…” Nia mengangguk lambat. Dia tersenyum menampakkan kecacatannya yang memang tak boleh diubah. Lesung pipit yang dalam di kedua belah pipinya. Sebab dulu-dulu, cikgu dia pernah kata yang orang berlesung pipit ni cacat. Tapi cacat cantik. Huh, cikgu! Ada-ada je.
Tiba-tiba kedengaran deheman. “Ehem!” Akhtar berpaling ke kiri. Terangkat sebelah keningnya. “Kenapa Kak Long? Sakit tekak?”
“Saja. Nak memantau aktiviti adik kesayangan. Takut ada anak dara orang yang teraniaya lagi.” Pandangannya dialihkan ke arah Nia. “Nia, tak singgah makan macam selalu?” Memang selalu. Boleh katakan hari-hari nampak batang hidung dia di situ. Kek coklat itu mesti. Wajib kalau dia makan di situ. Sehari kalau tak pekena sepotong tak sah. Bukan Nia namanya. Mesti orang tertanya-tanya kenapa dia tak gemuk walaupun hari-hari sumbat kek, kekal slim je. Jawapan Nia senang je… “Sebab aku punya rate of metabolism tinggi. No worries la kalau nak makan banyak-banyak pun.”
Nia tersenyum. “Em, taklah kak. Hari ni sibuk sikit. Banyak kerja nak buat. Kak, terima kasih!” Nia mengangkat kotak berisi kek itu. Rasa tak sabar pula nak buka kotak itu. Apa agaknya hasil tangan tuan pembuat kek ni… A lawyer = a chef. Agak-agak boleh letak dalam satu ayat tak?
Akhtar buat muka tak puas hati memandang kakaknya. Gaya nak protes ada tapi tak keluar pulak suara. Tapi bila pandang Nia, terus muka elok je. Lagak cool habisan. Kak Long perasan muka beruk adiknya tu. Oh, not beruk. Buruk actually. Sorry, Angah. Kak Long tersenyum dalam hati. “Kenapa Ngah?” Buruk! Nak merajuk konon.
AKhtar hanya menggeleng. Kak Long memandang Nia. “Nia, salah oranglah. Ada orang merajuk sebab awak tak cakap terima kasih dengan dia.” Kak Long menjeling Akhtar di sebelahnya. Dengan selamba, Akhtar memijak kakinya. “Adui!”
Akhtar tersenyum puas. Revenge is sweet. “Padan muka!” Pantas kakinya diatur menuju ke dapur di kala mukanya mula merona merah. Mati kena gula dengan Kak Long kalau lama-lama kat situ.
“Malu la tu!” Kak Long mengenyit mata ke arah Nia. Akhtar malu kalau orang nampak dia tengah malu. Itulah jadinya. Ada-ada je.
Memanglah saya malu, Kak Long oiiii… Akhtar berkata dalam hati sambil menghantuk-hantuk dahinya ke dinding. Dia melihat cermin di hadapannya beberapa kali. Mak aih… boleh jadi merah muka aku! Sejak bila aku terkesan dengan perempuan ni…
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik air diketuk beberapa kali. “Akhtar, keluarlah! Ramai pelanggan kat luar tu. Yang Pergi duduk berhibernasi dalam bilik air dengan syaitan nirrajim tu kenapa? Kot ya pun malu, cover la sikit. Nia dah balik pun,” Kak Long bersuara tanpa mengendahkan pekerjanya yang berada di situ.
Tanpa ditahan automatik Akhtar menghantukkan dahinya ke dinding. “Kak Long ni kan, cuba kalis sikit kalau cakap. Main redah je. Staff kanan kiri pun tak kira. Haisyh!” balasnya dengan keadaan mulut yang terketap menahan rasa geram yang bertandang. Rasa macam nak cekik je kakak aku ni!
Bahu Kak Long terhinggut-hinggut menahan gelak. Walaupun dia tak berapa nak pemalu tapi depan customer kena behave juga. Kalau ikutkan hati nak je dia gelak kuat-kuat biar dapat menyakat adiknya puas-puas. Akhtar dan that so called boy-girl relationship. Mana mungkin. Skema je sejak dulu dan sampai sekarang pun dia tak kesah je hal remeh-temeh tu. Tapi macam pelik pula sejak dua tiga hari ni. Dia dah pandai ada rasa. Maksudnya, selama ni kalau Kak Long dia kenakan, dia aci buat tak tahu je. Tapi sekarang, pandai pula merah muka kalau terkena. Kak Long dia lagi sedap nak meyakat. Sungguhlah memang rare ocassion!
********
“Hey, awak!” Nia menegur sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam Cake House itu. Pensel di dalam fikirannya mula berlari menulis kata-kata. Main point, kek coklat. Sila huraikan. Otaknya memberi arahan.
Akhtar mengangkat muka setelah selesai menyusun kek di dalam rak kaca berdekatan kaunter. Sebentar tadi dia ada terdengar loceng yang digantungnya di pintu berbunyi. Dia tahu ada pelanggan masuk. Dia terkedu sekejap dengan muka ditahan daripada beriak. “Oh, hey! Assalamualaikum.” Akhtar tersenyum sinis.
Ouch! Nia tersenyum kelat. Menusuk kalbu tu. “Sindir ye? Waalaikumussalam.”
Akhtar tiba-tiba hilang kata. Dalam hati berdebar-debar takut-takut Nia mula buka topik tentang kek yang dibuatnya semalam. “Mmm..”
“Awak!” Serentak mereka berkata. Berbalas pandang seketika. Dia melarikan pandangan ke arah lain. Akhtar pula terkulat-kulat sambil menggaru belakang kepala. “Okey then.” Hands off. Akhtar mengalah. Lagak gentleman. Dia tersenyum. “Ladies first.”
“Mmm… Oh… Aaa…” Nia terdiam. Okey, sekarang tiba-tiba aku hilang kata tak tau nak cakap apa. dan sebenarnya memang tak tahu pun nak cakap apa. “Saya lupa nak cakap apa.” Eh, eh! Bukan tak tahu. Nak cakap pasal kek tu sebenarnya tapi tak terzahir dek kata-kata pula.
Akhtar terasa nak tepuk dahi. Aku tengah cuak berdebar kot-kot dia nak cakap pasal killer choc cake aku tu tiba-tiba boleh cakap tak tau nak kata apa. Haiya… lawak ini budak. “Awak makan semut ke semalam?”
Ek? Terangkat kening Nia sebelah. Kotnya aku kebulur sangat ke nak makan semut. “Kek awak tu saya makan. Saya tak makan semut. Tapi tak tahu la kot-kot awak saja letak semut masa buat kek tu.”
“E’eh… ada pulak gitu. Saya buat sikit punya teliti. Handle with care tau.” Apa kait handle with care pulak ni? tanyanya dalam hati. Ah, apa-apa je la! Sesekali dia mengerling ke arah Kak Long melalui kaunter kecil yang menghubungkan kaunter utama dengan dapur. Red alert. Gaya Kak Long punya aura renungan mata superlaser tu macam aku ni tengah berfoya-foya mengayat anak dara orang je. Akhtar nak cabut lari. Macam pelik je dia nak bercakap entah apa-apa dengan perempuan. “Eh, awak! Nak jumpa akak saya ke? Kejap ye saya panggilkan.” Belum sempat tuan punya badan yang ditanya memberi jawapan, Akhtar sudah berlalu ke dapur.
Dahi Nia berkerut beberapa lapis melihat Akhtar yang serba tak kena. Hurm, malu dengan aku ke? Nia gelak dalam hati. Tapi kalau nak ikutkan hati pun bukan aku nak cakap sangat dengan lelaki. Nanti tak memasal kena cop 3G. Gedik, gatal, getis! Ye la, manusia. Kita rasa macam normal tapi orang lain tengok macam kurang normal. Eh, eh! Kuran normal bukan by meaning kurang waras a.k.a gila tapi pandangan orang, cara orang menilai kita… Siapa tahu, kan?
Tiba-tiba Nia teringat tentang status facebook rakannya beberapa hari lalu. “Kenapa kalau kita pakai tudung labuh je (tak berapa labuh sangat la pun), stokin and stongan a.k.a sarung tangan segala bagai orang dah cakap kita ustazah? Baik as in alim la… Pelik kan pandangan orang?”
Bukan dia boleh nilai dalaman kita macam mana. Orang pakai baju biasa-biasa pun tak semestinya jahat. Luar nampak lain tapi dalam ilmu kat dada berbuku. Luar nampak macam alim tapi dalaman siapa tahu dia masih serba-serbi jahil? Masih belajar mencari identiti diri? Manusia. Macam-macam. Kalau orang putih cakap, don’t judge the book by its cover…
Okey, cut it. Nampaknya ‘Ustazah’ Nia sudah bermain kata. Berbalik kepada keadaan sebenar, kondisi asal dan alam sekeliling.













Best… Cepat la smbung…