
Novel : Hantu Merah 7
2 September 2010
Kategori: Novel
163 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : Rhimi Ramli
Waktu pulang. Waktu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Kebanyakan daripada mereka tergesa-gesa mengemas beg mahu pulang. Deman dan Madi serta Senna dan Balqis mengemas beg masing-masing. Madi bersuara.
“Deman, kau baliklah dulu. Aku ada hal sikit.”
“Hal apa?” tanya Deman.
“Aku nak buat belajar dan mengulang kaji dengan Senna,” Madi berterus-terang.
“Oh, tak apalah kalau macam tu. Tapi ingat, pastikan yang kau tu belajar, jangan buat benda lain pula,” Deman berniat menyindir Madi dan Senna sebelum terus beredar pergi.
“Eh, eh mamat ni,” Senna tidak berpuas hati dengan sindiran Deman.
“Senna, saya nak balik dulu,” Balqis menyuarakan niatnya.
“Tak nak belajar sekali ke?”
“Tak naklah. Saya ada kerja sikit di rumah.”
“Oh, tak apalah kalau macam tu. Jumpa esok, okey.”
Balqis beredar keluar dari kelas. Sampai di depan pagar sekolah, kelihatan drebarnya, Osman telah pun menunggu berdekatan kereta mewah bapanya. Balqis mendekatinya.
“Selamat petang, Cik Balqis,” Osman memberi ucapan dengan sopan. Drebarnya itu berusia dalam lingkungan 60 tahun.
“Tak payahlah panggil saya macam tu. Seganlah orang lain tengok. Panggil saya Balqis, cukuplah pak cik,” setelah Balqis berkata-kata, Osman membuka pintu belakang untuk anak majikannya.
Setelah Balqis masuk ke dalam kereta, Osman terus bergerak masuk dan duduk di tempat pemadu, lalu menghidupkan enjin kereta. Setelah membaca doa, Osman menekan minyak dan kereta mewah itu beredar dari sekolah tersebut.
“Wah, rupa-rupanya pelajar baru tu anak orang kaya,” salah seorang pelajar yang dari tadi memerhati Balqis bersuara pada rakannya.
Kelihatan Deman masih lagi mengayuh basikal dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng basikal dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan kelihatan Mansur, Ali, dan Amir seolah-olah sedang mengejarnya. Apabila mereka dekat dengan Deman, Mansur bertindak menolak Deman sehingga terjatuh.
“Aduh!” Deman menjerit kesakitan.
“Hahaha! Padan muka! Inilah akibatnya cari pasal dengan aku!” Mansur tergelak besar melihat Deman yang jatuh dan menjerit kesakitan.
Deman yang terbaring memegang siku kanannya yang cedera. Matanya memandang tajam pada trio pembuli itu sehinggalah kelibat mereka tidak kelihatan. Kelihatan kereta yang dinaiki oleh Balqis melalui jalan tersebut dan Balqis serta Osman terpandang Deman yang terbaring di tepi jalan.
“Pak cik, berhenti!” Balqis meminta Osman menghentikan kereta. Osman menghentikan kereta setelah disuruh. Kedua-dua mereka keluar dari kereta. Balqis menghampiri Deman yang terbaring.
“Deman, awak tak apa-apa?” tanya Balqis risau.
“Anak, Anak tak apa-apa?” Osman turut bertanya soalan yang sama.
“Aku tak apa-apa. Tak payahlah nak tolong aku,” kata Deman dengan egonya.
“Betul ke ni?” tanya Balqis tidak yakin. Dia terlihat siku Deman yang luka teruk.
“Pak Cik Osman, kita kena bawa dia ke klinik. Teruk luka dia ni,” kata Balqis.
“Tak payahlah. Nanti basikal aku tu, siapa nak bawa balik,” desak Deman.
“Awak ni. Takkanlah awak lebih pentingkan basikal tu daripada diri awak sendiri,” bebel Balqis.
Akhirnya Deman mengalah apabila dia membiarkan saja Osman memapahnya masuk ke dalam kereta mewah milik keluarga Balqis. Dalam perjalanan ke klinik, Balqis banyak menasihati Deman tetapi Deman tetap dengan egonya.
“Awak jangan gerak banyak-banyak,” itulah salah satu nasihat Balqis.
“Aku tahulah,” dan itulah jawapan yang sering dilontarkan oleh Deman. Balqis tidak tahu kenapa Deman bersikap sebegitu terhadapnya.
Beberapa lama kemudian, kelihatan Balqis dan Osman menunggu Deman di luar bilik doktor. Sedang mereka menunggu, Madi dan Senna sampai ke klinik tersebut.
“Balqis, macam mana dengan Deman?” Madi terus bertanya sebaik saja sampai.
“Doktor sedang rawat dia rasanya,” Balqis menjawab pertanyaan Madi.
Setelah pertanyaan Madi itu dijawab, Deman keluar dari bilik doktor sambil memegang tangannya yang berbalut. Dengan wajah yang agak bersalah, Deman mendekati Balqis.
“Terima kasih,” ucap Deman ringkas sambil menundukkan kepalanya.
“Sama-sama,” jawab Balqis sambil tersenyum simpul.
“Terima kasih saja?!” Senna mencelah sambil menjeling pada Deman.
“Senna…” Balqis bersuara kerana kurang senang dengan celahan Senna.
“Deman bin Jamal,” nama Deman dipanggil oleh jururawat yang berdiri di kaunter bagi mendapatkan ubat dan membuat pembayaran.
“Lima puluh ringgit,” jururawat tersebut berkata dan menghulurkan beg plastik kecil berisi ubat sebaik saja Deman mendekati kaunter tersebut.
Deman meraba-raba poket seluarnya dan mendapati dia tidak berduit. Melihat tingkah laku Deman, Balqis menghampiri kaunter tersebut dan menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit pada jururawat tersebut.
“Terima kasih,” ucap jururawat tersebut sambil tersenyum.
“Terima kasih. Nanti saya bayar balik,” kata Deman pada Balqis dengan wajah yang segan.
“Tak payahlah,” jawab Balqis sambil tersenyum.
“Kami balik dulu, ya,” kata Senna pada Balqis dan Deman mewakili dirinya sendiri dan Madi.
“Deman, kau nak balik naik apa ni?” tanya Madi.
“Nanti aku telefon ayah a…” Deman teringat sesuatu.
“Alamak, ayah aku ada mesyuaratlah,” Deman menepuk dahinya.
“Tak apalah, awak naiklah dengan saya,” Balqis bersuara sambil tersenyum.
“Tak apa ke?” tanya Deman bagi mendapatkan kepastian Balqis.
“Tak apalah. Tak ada hal punya.”
Beberapa lama selepas itu, kelihatan kereta yang dipandu Osman memecut menuju ke arah di mana basikal Deman ditinggalkan. Balqis duduk di sebelah Osman manakala Deman duduk di belakang berseorangan.
Beberapa lama dalam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke jalan di mana basikal Deman ditinggalkan. Mujur tiada sesiapa berniat jahat mahu mencuri atau melakukan apa-apa kerosakan pada basikal yang terbiar itu.
“Nasib baik,” Deman bersuara ketika menghampiri basikalnya. Balqis turut mengikut dari belakang. Osman duduk di dalam kereta menunggu Balqis.
“Terima kasihlah. Hari ni saja dah banyak aku,… saya terhutang budi dengan kau,…maksud saya, awak,” Deman mengucapkan terima kasih pada Balqis setelah basikalnya didirikan dan punggungnya telah pun dilabuhkan di atas tempat duduk basikalnya.
“Sama-sama. Tak ada hallah. Awak, saya nak tanya awak sikit, boleh tak?”
“Apa dia?”
“Kenapa awak ni macam ego sangat? Macam tak suka saya saja. Macam nak mengelak daripada saya,” persoalan yang telah lama bermain di kepala Balqis akhirnya ditujukan kepada Deman.
“Tak adalah. Sakit hati saja,” jawapan Deman membuatkan Balqis tercengang.
“Sakit hati? Awak sakit hati dengan saya ke? Kenapa pula?” tanya Balqis keliru.
“Bukan apa. Awak mengingatkan saya pada kawan lama saya,” terang Deman lagi.
“Kawan lama? Kekasih ke?” tanya Balqis lagi.
“Bukan kekasih, tapi memang saya sukakan dia. Saya kenal dia masa tingkatan satu. Saya luahkan perasaan saya masa tingkatan tiga tahun lepas. Disebabkan hal tu, dia menjauhkan diri daripada saya sampailah dia berpindah selepas PMR,” terang Deman panjang lebar.
“Oh, macam tu ke? Muka saya ada macam muka dia ke?” tanya Balqis.
“Adalah sikit-sikit,” jawab Deman ringkas sambil mengusap belakang kepalanya.
“Tapi sikap saya dengan sikap dia lain, kan?”
“Sikap dia macam awak nilah, sebelum dia mula menjauhkan diri daripada saya. Cuma dia tak adalah nak bayar duit ubat saya, nak bagi saya naik kereta mewah,” Deman bergurau. Balqis ketawa kecil melayan gurauan Deman.
Sejak daripada perbualan itu, hubungan antara Deman dan Balqis bertambah rapat sehingga mereka menjadi kawan baik. Mereka sering menghabiskan masa belajar bersama. Deman yang mahir dalam Kesusasteraan Melayu memberi Balqis tunjuk ajar dalam subjek tersebut. Sebagai balasannya, Balqis akan mengajar Deman mata pelajaran Matematik. Sekali-sekala Madi dan Senna memerhatikan saja mereka berdua dan adakalanya mereka mengusik mereka berdua.
“Hari tu bukan main sombong lagi dia! Sekarang ni, asal orang tu ada saja, terus senyum sampai ke telinga!” itulah salah satu sindiran Senna terhadap Deman.
Namun, semua itu berakhir pada suatu hari. Keluarga Balqis mahu berpindah ke Wales, United Kingdom. Deman berasa kecewa dengan hal tersebut. Deman, bersama Madi dan Senna berjumpa dengan Balqis untuk kali terakhir di lapangan terbang.
“Kau jaga diri, ya,” Senna berkata pada Balqis sambil memeluk kawannya itu.
“Madi…” Balqis bersuara.
“Balqis, kau jaga diri elok-elok. Kau jangan lupakan kami yang ada di sini pula,” kata Madi.
“Deman!” Senna memanggil Deman yang duduk di sebuah bangku yang agak jauh daripada mereka.
Setelah dipanggil, Deman melangkah perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga. Wajahnya muram saja. Senyuman tidak pernah terukir pada wajahnya sejak dia mendapat berita bahawa Balqis akan berpindah ke Wales.
“Deman, selamat tinggal,” ucap Balqis dengan nada yang agak sedih dan bersalah.
Dia berasa sedih kerana telah berjumpa dengan seorang kawan yang baik seperti Deman tetapi terpaksa berpisah pula. Rasa bersalah turut timbul apabila dia melihat wajah Deman yang muram kerana dia. Bukan hendak perasan, tetapi dia boleh tahu Deman amat gembira apabila bertemu dan mendapat kawan seperti dia. Dan kini, dia sendiri menghancurkan kebahagiaan Deman.
Deman terus diam walau pun Balqis telah memberikan ucapannya yang terakhir. Melihat Deman terus begitu, ditambah pula ibu bapanya memanggil dia supaya cepat, Balqis akhirnya melangkah meninggalkan Deman, Madi, dan Senna.
“Balqis!” Deman memanggil nama Balqis. Langkah Balqis terhenti. Deman membuka langkah menghampiri Balqis.
“Terima kasih atas segala-galanya. Jaga diri baik-baik. Selamat jalan,” Deman memberi ucapan terakhirnya.
“Selamat tinggal, Deman,” Balqis mengulangi ucapannya sambil tersenyum sementera matanya pula berkaca. Dia kemudian berpaling dan terus membuka langkah meninggalkan Deman, Madi dan Senna. Deman hanya menundukkan saja kepalanya.
“Semoga bertemu lagi, Balqis,” fikir Deman dengan kepalanya tertunduk. Kelihatan air mata menitik jatuh ke atas kasutnya.
Kerana berasa sedih, Deman memainkan sebuah lagu dalam pemain mp3nya ketika dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang. Sambil merenung ke luar tingkap kereta milik keluarga Senna, dia melayan lagu Bullet For My Valentine yang bertajuk Her Voice Resides.
Our time is ending, I feel it’s only just begun
And I’m frustrated, I can’t believe you’re not the one
My ears are bleeding, her voice resides inside my head
And now I’m choking, release this noose around my neck!
Will I just fall to pieces?
Or am I all right?
To iron out my creases, you must lacerate me ‘til they’re gone!
These are my final words to you
I know you’re listening, can you hear me?
The time has come to say goodbye
These are my final words, to you
The clock is ticking, my heart is bursting through my chest
And now I’m crying, the tears are pouring off my face
The chair is creaking, her voice resides inside my head
And now it’s over, you put this noose around my neck!
Will I just fall to pieces?
Or am I all right?
To iron out my creases, you must lacerate me ’til they’re gone!
These are my final words to you
I know you’re listening, can you hear me
The time has come to say goodbye
These are my final words, to you
Heaven, where is my angel?
I need her now, holding me
Heaven, where is my angel?
I need her now, holding me tonight!
Now!
Will I just fall to pieces?
Or am I all right?
To iron out my creases, you must lacerate me ’til they’re gone!
These are my final words to you
I know you’re listening, can you hear me
The time has come to say goodbye
These are my final words, to you!













