Novel : Inikah bahagia? 3

8 September 2010  
Kategori: Novel

516 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : teeh arisha

BAB 3
“Kak Risya, betulkah Kak Risya nak pi sana?”

“Kenapa Joe tanya akak”

“Kak Risya kan tak……,”tidak mampu untuk Johan menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mahu kakaknya mengetahui bahawa dia mengetahui apa yang dirahsiakan oleh Risya daripada mereka sekeluarga. Baginya biarlah dia berkongsi sedikit kedukaan kakaknya walaupun dia mengetahui berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

“Joe mesti faham kenapa akak nak ke sana. Lagipun hari tu pun Joe ada cakap kan yang ayah sangat rindu sama Kak Eisya?”

“Memang Joe ada cakap tapi,” belum sempat Johan menghabiskan kata-katanya, Risya terus memotong percakapan adiknya kerana dia tak mahu Johan meruntuhkan semangatnya untuk menjejaki Eisya biarpun dia tidak tahu sama ada Eisya masih lagi menumpang di rumah sewa lamanya ataupun sebaliknya. Namun, kunjungan surat yang ditunggu bertahun-tahun lamanya memberi sedikit kelegaan dihatinya mengenai kembarnya itu. Apapun yang pasti mengapa dia bertindak mencari Eisya biarlah dia seorang sahaja yang tahu. Bagi dia biarlah sedikit keceriaan yang ada dalam teratak buruk mereka berkekalan. Sudah cukup baginya kedukaan yang hinggap di laman hati setiap anggota keluarga Pak Mat.

‘Bulan, ku harap kan kau selalu tersenyum dan matahari ku harap kau selalu sudi memancarkan sinar buat insan ku sayangi.’

“Tapi akak kan tahu yang ayah tak benarkan akak pergi ke Kuala Lumpur seorang diri. Johan pun sama. Kita manalah kenal sesiapapun dekat sana. Betul kata ayah yang tak perlulah kita mencari sesuatu yang tak pasti kita akan dapat. Lagipun, kalau apa-apa jadi dekat akak kat sana macam mana? Kat sini tak pe lah. Akak ada Joe, Han dan ayah. Tapi kat sana? Johan tahu yang Johan seorang sahaja yang tahu sebab akak nak ke sana. Tapi Johan tak nak apa-apa jadi kat kak Risya.” Sebaik sahaja selesai berkata-kata, empangan air matanya pecah. Johan tidak kisah orang nak cakap dia lelaki jambu atau sensitive. Baginya siapalah yang tahu apa yang dia rasa tika dan saat itu.

Terus dipeluk adiknya seorang itu. Risya tahu hanya Johan sahaja yang mengetahui setiap apa yang dilakukan olehnya biarpun dia masih tidak mengetahui bahawa rahsia yang disimpan olehnya juga diketahui oleh Johan tanpa dia sedari. Baginya Johan diibaratkan tempat dia menumpang sedikit lelah, duka kerna sejak dari dulu lagi dia dan Johan sangat rapat. Dekat mana dia pergi mesti Johan ada kecuali jika Johan ada hal. Johan tidak seperti adik kembarnya, Rohan yang lambat sedkit untuk memahami suasana menyelubungi mereka sekeluarga. Rohan seperti kucing yang manja kerana suka dimanja dan dibelai walaupun bukan budak-budak lagi. Namun jika dia terasa sedih atau disakiti, tika itulah dapat dilihat siapa dirinya yang sebenar. Rohan tidak akan membenarkan sesiapa pun menganggu keharmonian keluarga mereka. Masih dia ingat lagi peristiwa di mana dirinya dicemuh oleh Mak gayah, penduduk kampung dengan kata-kata yang kesat mengenai putus tunang, anak luar nikah dan macam lagi yang tidak mahu sama sekali diingati olehnya. Rohan yang mengikutinya ke kedai runcit dekat kampung mereka beberapa tahun dahulu mengamuk sakan dan hampir-hampir mahu meneranjangkan Mak Gayah yang ketika itu sama-sama membeli barangan runcit di kedai Ah Hong walaupun ketika itu dia baru form 3. Sikap protective dan baran yang ada dalam dirinya amat berlainan dengan sikap lemah lembut dan memahami milik Johan. Perbezaan character di antara mereka banyak memberi keceriaan.

“oh, siapa nak kahwin,” pecah gelak ketawa kembar tersebut melihat telatah Risya yang terkejut dengan sapaan Rohan.

“hahahaha..Kak Risya ni sempat lagi termenung. Dah la orang tengah sedih dan cakap pulak sorang-sorang jer. Ish, apalah akak ni,”sambil mengenyit matanya kepada Rohan.

“Betul tu Joe. Kak Risya ni memang dari dulu lagi. Pantang ada sedikit masa terus termenung sana termenung sini. Lepas tu, kadang-kadang senyum kadang-kadang menangis. Macam orang mati suami jer.hahahahah. Rohan berseloroh apabila melihat air muka kakaknya yang seperti memarahi tindakannya sebentar tadi.

“Tak salah pun kalau kak Risya nk termenung ke, ketawa ke, menangis ke asal akak tak sakitkan hati siapa-siapa,” Risya mencebik kearah kedua-dua adiknya. Namun apa yang dia dapat hanyalah gelakkan kedua-dua mereka.

“Mana tak salahnya akak. Kesian Han tengok Joe daripada tadi lagi cakap sorang-sorang. Joe buat drama air mata pun akak sempat termenung.huhuhuu… Kalau si Joe ni berlakon, rasa-rasanya dapat award kot. Award pelakon air mata.wkakakakakaka.” masih sempat lagi Rohan mengenakan kedua-dua mereka. Namun belum sempat Risya dan johan memukulnya, Rohan terlebih dahulu berlari daripada pangkin tersebut. Suasana kejar-mengejar antara mereka menggamit Pak Mat dan Danish ke halaman rumah. Riuh sakan mulut Risya yang memarahi Rohan dan kadang-kadang jugak Johan membuat Pak Mat tersenyum bahagia melihat kegembiraan anak-anaknya itu. Terburai ketawanya apabila melihat telatah Danish seperti menolong mamanya memukul kedua-dua pak ciknya yang mungkin dianggapnya jahat sama Risya. Pak Mat pun tidak mengetahui bilakah cucunya tersebut berlari turun untuk menyertai aktiviti kejar-mengejar pak cik-pak cik dan mamanya.

**************************************
“Ayah, Risya minta maaf. Risya tahu ayah tidak suka Risya ke kuala lumpur. Tetapi Risya harap ayah faham kenapa Risya perlu pergi sana. Di kuala lumpur sahaja yang boleh Risya mencari sedikit wang saku untuk perbelanjaan kita sekeluarga. Lagipun, tak lama lagi kembar dua orang tu pun insyallah akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Ayah pulak Risya tengok sekarang masih tak henti-henti batuk tu. Danish pun nanti perlukan banyak duit untuk beli barangnya. Kebanyakkan kerja kat sini tak mahu menggajikan Risya kerana Risya perempuan dan gaji pun tak berbaloi dengan kerja yang Risya lakukan. Nanti dekat sana Risya mungkin senang dapat kerja dan gaji pun banyak, yah. Bolehlah Risya simpan sikit-sikit untuk yuran pengajian Johan dan Rohan. Lepas tu, ayah pun dapat buat rawatan nanti kat hospital dan barang-barang untuk Danish pun dapat disediakan. Percayalah Risya, ayah,” senyuman manis diberi kepada Pak Mat walaupun bukan semua sebab dia pergi ke sana diberitahu kepada ayahnya.

“Ayah bukan tak bagi kamu ke sana, Risya. Tapi ayah tak mahu kamu…”

“Ayah, Risya janji yang Risya tak akan buat perkara yang boleh memalukan ayah dan keluarga kita. Risya pergi pun tak lama ayah. Bila Risya rasa semua dh selesai Risya pulang yah,” Risya melutut di hadapan ayahnya dan turut mencium tangan Pak Mat apabila mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati orang tua tersebut.

“Betul, ayah. Kak Risya tak mugkin lakukan semua itu. Setiap apa yang ayah pernah cakap pada kami dahulu yang apapun terjadi mesti ada hikmah disebaliknya.” Pujuk Rohan pabila melihat ayahnya berat hati untuk melepaskan pemergian kakaknya ke kuala lumpur. Walaupun dia tidak mengetahui hal sebenar disebalik pemergiaan Risya, namun apa yang pasti dia percaya akan tindak tanduk kakak Risya hanyalah untuk mereka sekluarga. Johan jugak mengiakan apa sahaja yang dituturkan oleh kembarnya.

“Aku pun sokong tujuan Risya ke kuala lumpur, Mat. Bukan apapun. Untuk kamu jugak. Kau tak payah la nak pening-pening kepala. Kat sana nanti dia bukan seorang pun. Dia tinggal dengan anak saudara aku la,” Pak Kamal menambah serba sedikit supaya sahabatnya membenarkan Risya ke kuala lumpur.

“Kalau begitu kata kamu Kamal, aku benarkan. Tetapi kalau apa-apa jadi dekat Risya aku tak mahu kau lepas tangan je nanti. Baiklah Risya, ayah benarkan tetapi dengan syarat kamu mesti telefon kami seboleh-bolehnya seminggu sekali. Boleh kamu ikut syarat ayah ini?”

“Insyallah ayah. Terima kasih ayah. Johan, Rohan nanti jangan lupa tengok-tengokkan ayah, Danish dan Pak Kamal sekeluarga sepanjang ketiadaan akak. Nanti akak bagi alamat dan nombor telefon tempat akak tinggal bila sampai ke sana nanti. Pak Kamal, Mak Kiah. Tolong tengok-tengokkan mereka jugak ya. Tak terbalas budi Mak Kiah sekeluarga.”

“Kamu janganlah bimbang Risya. Kalau kamu tak bagi tahu pun Mak Kiah akan buat perkara sama. Apa yang penting sekarang kamu tu. Mak Kiah harap apa yang kamu hajati termakbul dan dipermudahkan segala urusanya.” Mak kiah mengesat air mata sambil memeluk Risya. Dia dan suaminya mengetahui tujuan sebenar Risya berhijrah. Itupun selepas mereka mendesak Risya memberi tahu tujuannya ke kuala lumpur.

******************************************************
“Akak, akak tak apa-apa ke?” risya terkejut daripada mengingati peristiwa-peristiwa berlaku sebelum dia menaiki bas menuju ke kuala lumpur. Risya memandang remaja perempuan di sebelahnya sambil memberi senyuman sebagai tanda bahawa d a tidak apa-apa.

“Akak tak apa-apa dik. Akak Cuma teringatkan keluarga akak kat kampung. Ni lah kali pertama akak berjauhan daripada mereka. Terima kasih yer dik sebab prihatin.” remaja perempuan tersebut membalas senyuman Risya sambil mengesat saki baki air mata Risya.

Pada mulanya Risya terkejut namun dia tahu bahawa remaja di sebelahnya bimbang. Sepanjang perjalanan itu Risya tidak merasa kesunyian kerana ada sahaja coletoh Alia yang boleh menyebabnya tidak boleh menahan ketawa. Banyak perkara mereka kongsi bersama. Risya mengetahui nama remaja tersebut dan sebenarnya Alia baru sahaja pulang dari rumah neneknya yang terletak di Selangor.

“Alia ni sama saja macam adik akak. Banyak jer idea mereka. Entah apa-apa pun akak tak tahu. Tapi apa yang diorang cakap macam betul je.huhuhuhu….” alia turut sama bergelak ketawa. Bagi Alia ada sesuatu istimewa dalam diri Risya. Dia gembira mengenali Risya.

*********************************************
“Oitt, cik adik manis!!tak nak balik ke? Saya dekat sini dah lenguh kaki ni tunggu cik adik manis berjalan.”

“Ish, abang ni! Alia baru nak berangan. Kacau daun la. Tahu la Tengku Adam haikal bin Tan Sri Tengku Ismail ni penat pandu kapal terbang. Tapi siapa suruh kerja pilot? Alia tak suruh. Ummi dan walid pun tak juga.” Masih sempat Alia menyakat satu-satunya saudara kandungnya.

“Siapa pulak yang Alia duk lambai tu?” Tanya Tengku Adam Haikal apabila melihat adiknya melambai kearah seseorang sambil melihat sama ada. Dia kenal tidak dengan kenalan adiknya itu.

“Adalah. Mana boleh bagi tahu.hehehehe..” Alia terus berlari kearah kereta abangnya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"