Novel : Jangan Cari Pasal! 2

6 September 2010  
Kategori: Novel

565 bacaan 8 ulasan

Oleh : blue_olive

Sejak daripada peristiwa di cafeteria hari tu, Iylia sentiasa berhati-hati apabila menghadiri kuliahnya, bimbang kalau tiba-tiba dia terserempak dengan Ilham. Seumur hidupnya tak pernah dia dipukul oleh lelaki, Ilham lah lelaki pertama dan sakitnya susah nak dibayangkan sekarang. Semuanya angkara gurauannya yang melampau, tak disangka otaknya juga dapat memikirkan idea sehebat Elvena dan Fatihah, tapi tetap ada kurangnya sebab sekurang-kurangnya dorang berdua tu tak kene pukul separuh mati.

Iylia berjalan laju ke arah keretanya, ‘baik cepat blah’, itulah apa yang difikirkannya. Dia sebenarnya hairan, sekarang ni dia dah masuk tahun dua, macam mana dia boleh tak perasan mamat-mamat tu juga belajar di sini. ‘Hish Iylia, kau ni sepatutnya lebih peka’, dia mengingatkan dirinya sendiri. Sejak dari hari mereka mengambil keputusan SPM, sangkanya dia tak akan lagi bertemu dengan budak berlima tu atau lebih tepat budak Ilham tu, tapi dia silap.

Sesampai di keretanya, ada sehelai kertas diselitkan di cermin depan keretanya, dia boleh rasa jantungnya berdegup kencang membaca apa yang tertulis di atasnya ‘AKU DAH NAMPAK KAU, LAIN KALI JANGAN CARI PASAL!’. Dia boleh rasa, agaknya beginilah apa yang dirasa oleh budak-budak dalam cerita ‘I know what you did last summer’ dan sequelnye apabila pembunuh tu bagi amaran kat dinding dan sebagainya, rasa seram sejuk je macam nak demam.

“Aku dah nampak kau, lain kali jangan cari pasal,” Sabrina membaca lantang apa yang tertulis, “korang tengok, kan aku dah kata dulu, jangan..jangan.. tapi korang degil jugak. Sekarang tengok,” dia mencampakan kertas di tangannya itu. “Aku takut lah dengan budak Amran tu, dia tu psiko!” dia membentak.

“Apa la yang ko takut sangat dengan Amran tu, kalau Iylia takut dengan Si Ilham tu lain la sebab Si Ilham tu pernah belasah dia, nasib baik la tak arwah kawan kita waktu tu,” seperti biasa Elvena menjawab selamba. “Setakat kertas je kot, sini bagi aku.” Dia mengambil kertas yang dihulur oleh Ain, dikeluarkannya pemetik api dan mula membakar kertas itu hingga menjadi abu. “Hah tengok, sekang dah jadu abu,” dia tersengih seperti kerang busuk, tak goyah dia dengan ugutan semacam tu.

“Apa yang korang bising-bising ni, anak aku nak tidur pun susah,” Fatihah keluar sambil mendukung Luqman di pelukannya, tak faham dia dengan rakan-rakannya yang kadang kala tak reti diam. “Apa benda kat tangan ko tu,” dia bertanya kepada Elvena sedang bermain dengan abu di atas meja. Luqman yang akan genap setahun dua bulan lagi diam di dalam pelukan Fatihah.

“Bukan benda, abu kertas tu,” Ain menerangkan. “Ada orang cari pasal dengan kita,” dia menceritakan dengan panjang lebar tentang amaran yang Iylia dapat petang tadi. “Aku rasa memang kerja budak berlima tu la,” dia berspekulasi.

Fatihah memandang wajah comel Luqman yang sedang khusyuk dengan botol susunya, ada rasa sayu disitu. Sayangnya dia pada Luqman hanya Allah saja yang tahu, tetapi kuatkah dia untuk menyimpan rahsia tentang Luqman selama-lamanya.

Seluruh penghuni kelas 5 Angsana kecoh bercerita tentang apa yang berlaku di kantin pada hari itu, semua mata terjeling-jeling ke arah Fatihah yang sedang sibuk bersembang dengan rakan-rakan baiknya. Ada yang menyampah, malah ada juga yang menyokong dengan apa yang Fatihah buat, tetapi perbincangan dan perlakuan mereka terhenti apabila seorang pengawas mengetuk pintu kelas mereka.

“Aa, Pengetua nak jumpa dengan Fatihah,” Pengawas berbaju biru itu menyampaikan pesanan pengetua. Hampir semua mata tertumpu padanya.

Shahir berdiri pegun di depan Haji Rosli, berdiri tidak jauh darinya adalah Fatihah yang juga pegun sambil tertunduk. ‘ dah takut la tu,’ hatinya berbisik sambil giginya diketap ‘berani cari pasal ngan aku, mampus ko’.

Haji Rosli memandang kedua-dua pelajar yang berdiri di depannya, seorang pelajar contoh dan seorang lagi anak orang kenamaan yang juga cukup dikenalinya, masalah, masalah. “Ni, apa kes kamu berdua ni? Periksa dah nak dekat tapi kamu berdua masih ada masa nak bergaduh,” Haji Rosli bertanya tegas, sebagai pengetua seboleh-bolehnya dia cuba menunjukkan ketegasan dan keadilan yang tidak berbelah bahagi, tidak kira siapa pesalah lakunya.

“Cikgu, saya tak bersalah, dia yang tiba-tiba datang dan cari pasal dengan saya,” Shahir memulakan bicara, sememangnya dia tak bersalah. Apa yang dia buat tak ada kaitan dengan orang lain, bermoral atau tak itu urusan dia. Dia mencebik apabila Fatihah hanya diam membisu menunduk.

“Fatihah, betul ke ni?” Haji Rosli memandang Fatihah yang sejak tadi menunduk saja, lagaknya seperti orang bersalah. Haji Rosli hairan, rekod Fatihah sepanjang persekolahan adalah sangat baik dan bersih malahan adalah pelajar kebanggaan sekolah.

“Betul, cikgu,” Fatihah mengangkat kepalanya dan menjawab yakin. “Tapi saya rasa tak salah untuk saya menegur pelajar yang berkelakuan tidak senonoh di sekolah.”

“Berkelakuan tak senonoh macam mana?” Haji Rosli bertanya.

“Shahir, dia dengan makwenya berkelakuan tidak senonoh kat kantin, berpeluk-pelukan, bergesel-gesel pipi, dan tangan dia ni meraba-raba badan makwe dia,” Fatihah menyatakan apa ayang dia nampak, dia sebenarnya dah biasa dengan perangai Shahir yang tak senonoh tu, walaupun ada kalanya meluat tapi selagi Shahir tak mendatangkan masalah padanya, semua tu bukan urusan dia.

“Pengawas yang ada pun buat-buat tak nampak, jadi saya rasa tak salah untuk saya menegur dia, bagi saya sekolah adalah tempat untuk belajar dan perlulah bagi seorang pelajar menunjukkan contoh yang baik, saya risau jikalau perlakuan dia akan di ikut oleh pelajar-pelajar yang lebih muda,” Fatihah menjawab panjang lebar dengan tegasnya berlagak seolah-olah dia adalah adalah seorang pelajar baik yang pantang melihat orang membuat onar di sekolah.

Haji Rosli mengangguk lembut, fahamlah dia kini kenapa Fatihah bertindak seperti itu. Dia dapat memahami Fatihah, sebagai seorang pelajar muslimah yang hidup berlandaskan agama dan adat ketimuran, perbuatan Shahir itu tidak boleh diterima. Fatihah memang layaknya menjadi pelajar contoh.

Shahir rasa tergugat dengan hujah Fatihah, benci pun ada. Fatihah membuatkan seolah-olah dia seorang saja yang bersalah di situ, dirasakan nak saja dia mengadu yang Fatihah menuduhnya berpenyakit AIDS, malah menuduh dia tidur dengan pelacur. Meluat dia mendengar alasan Fatihah, hipokrit.

“Shahir, betul kamu berkelakuan tak senonoh waktu tu?” Haji Rosli betanya kepada Shahir, Shahir memang terkenal dengan sifat playboynya di kalangan warga sekolah itu.

Shahir hanya diam, kalau dinafikan pun tak guna sebab itu memang kenyataan, malahan kalau Haji Rosli hendak mencari saksi, seluruh warga kantin waktu tu boleh menjadi saksi. Hendak mengadu tentang tuduhan Fatihah yang dia berpenyakit AIDS dan melanggan pelacur itu, dia bukanlah kaki repot, macam perempuan lah pulak jadi kaki repot.

“Shahir…Shahir…perangai tu biar lah senonoh sikit,” Haji Rosli mengeluh, “ni lagi satu, kenapa kamu tampar Fatihah, kamu tu lelaki tenaga kamu lain dari perempuan, kamu boleh digantung tahu sebab mencederakan pelajar lain.” Haji Rosli memandang birat di pipi Fatihah, kesian di tengoknya.

Haji Rosli seboleh-bolehnya tidak mahu menggantung persekolahan Shahir, peperiksaan percubaan SPM pun dah dekat, nanti menganggu pelajaran Shahir. “Shahir, sebagai denda, saya mahu kamu cabut rumput semua diseluruh kawasan sekolah, kamu mesti habiskan dalam masa seminggu.”

“Tapi, takkan saya seorang je yang kena, dia?” Shahir mempersoalkan denda yang dikenakan pada dia seorang sahaja, sekurang-kurangnya Fatihah pun mesti didenda sebab dia yang memulakan dulu. “Dia yang mula dulu, kenapa saya yang kena sorang? Mana boleh cikgu, denda ke tak, saya tak kan buat selagi cikgu tak denda dia sama.”

“Kalau kamu tak tampar dia, saya tentu akan denda dia sama,” Haji Rosli menjawab. “Kamu jangan nak membantah keputusan saya Shahir, kamu pilih kamu nak digantung atau kamu nak buat denda yang saya suruh tu?” Haji Rosli menggunakan kuasanya untuk mengugut Shahir.

Shahir keluar dengan hati yang membengkak, Fatihah telah dibenarkan keluar dahulu sebelum dia dengan alasan dia membuat perkara yang betul. Tak pernah seumur hidupnya dia membenci perempuan, inilah pertama kali. Difikir bagaimana boleh perempuan tu terlepas dengan mudah, dia ingat perempuan tu yang akan terkena, tapi sebaliknya pula yang jadi. Geram betul dirasanya, ingin di cekik-cekik je rasanya si Fatihah tu, biar mampus.

Fatihah melangkah masuk ke kelasnya dengan wajah yang tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. ‘Shahir…Shahir…you’re thousands years too early to mess with me…hahaha,” dia gelak di dalam hati. ‘Tapi denda cabut rumput je, apa kelas, pengetua ni kalau pun nak denda, denda lah dia jadi pencacai cuci toilet.’

Elvena mengeluarkan segala isi sampul surat yang Mr. Gon beri padanya petang tadi, dia tersenyum sendiri, dengan semua barang-barang itu, dia akan memulakan rancangannya. Rancangan Fatihah sendiri belum sempurna sepenuhnya, tapi seperti yang dirancang, permainan ini perlu dihabiskan sebelum SPM dan tak ada peraturan hanya seorang saja boleh dikenakan pada satu-satu masa.

“Korang, aku ada video best, korang nak tengok tak?” Elvena bertanya nak tak nak. Seperti biasa dia dan mereka yang lain melepak di rumah Iylia.

“Nak, nak!” Ain menjawab excited.

“Cite ape?” Sabrina bertanya.

“Tengok je la,” Elvena menjawab malas, dia mengambil sekeping CD dari begnya dan terus memasukkannya ke dalam CD player dan cerita di dalam CD itu pun mula dimainkan.

“ARGHHH! What the hell?!”

“Sensed! Sensed! Tutup!!”

“El!!!!!!!!!!!!!”

“Oh! My virgin eyes!”

Elvena ketawa melihat reaksi kawan-kawannya yang menggelabah gila bila video tu mula di tayangkan, kelam kabut dia orang menutup mata masing-masing, dia sendiri membelakangkan TV bila video tu mula dimainkan.

Iylia terkocoh-kocoh mengambil remote control TV sambil cuba menyelamatkan matanya dari melihat adegan-adegan yang tak sepatutnya ditonton itu, dapat sahaja remote di tangannya, terus di off kan nya. Kalaulah tiba-tiba ibunya balik waktu itu, adanya dia kena bebel sepanjang malam.

“Macam mana… tu lah bahan untuk rancangan aku,” Elvena berkata selamba.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Jangan Cari Pasal! 2”
  1. E says:

    Ahakxx…Hebat! Xper jahatkan lg dorg :twisted: nice story next chapter 3.

  2. sara aida says:

    laa asal tiba2 cri psl ngan org laennn

  3. chikitty says:

    kenapa fatihah tiba2 ade anak?? :?:

  4. fera says:

    konfius dgn kehadiran luqman, ape rahsia yg disimpan tu.. uish! next story cepat skit, x sabar nk tau..

  5. sweet says:

    cepatlah sambung……dah x sabar nie

  6. oive says:

    cite ni tukar2 antara dorang yang sekang ngan zaman dorang skool menengah…so sorry la kalau x faham….

  7. sue says:

    ader blog x??

  8. la dolce says:

    best gak cite nie…smbung la cpt..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"