Novel : Janji kekasih 10

4 September 2010  
Kategori: Novel

455 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Norhashima Adnan

BAB SEPULUH

Cuti semester telah pun berlalu. Pelajar-pelajar sibuk bercerita tentang tempat-tempat percutian mereka. Begitu juga dengan Shifa Syamira dan Yanti.
“Shifa, cuti kau pergi mana?” tanya Yanti.
“Aku tak pergi mana-mana. Malaslah, duduk rumah berehat lagi best. Kau pula?” soalan diajukan semula kepada Yanti.
“Aku pergi Langkawi. Best tau, lepas balik Gunung hari tu, family aku terus bawa bercuti kat sana,” cerita Yanti.
“Seronoklah tu. Aku pergi Genting je.” Amirul menyampuk.
“Ee.. bestnya, aku dah lama tak pergi sana. Macam mana okey tak kat sana?” Yanti teruja mendengar kata-kata Amirul.
“Bolehlah… kau pula Zul pergi mana?”
“Tak pergi mana-mana pun. Ayah sibuk, jadi tolong ayah kat kedai je,” Zulkifli menundukkan kepala. Mungkin cemburu dengan cerita percutian Yanti dan Amirul.
“Ya ke? Tapi semalam aku nampak kau dekat Wetex,” Amirul mula membuka cerita.
Shifa Syamira dan Zulkifli serentak memandang ke arah Amirul.
“Betul ke?” Soal Yanti.
“Yelah, dengan seseorang lagi…” Amirul bersuara ala-ala mak nyah.
“Dengan siapa?” soal Yanti lagi.
“Dengan seseoranglah. Tapi aku tak pasti siapa orang tu,” Amirul berkata sambil jari telunjuknya di letakkan di hujung bibir.
“Dengan lelaki ke perempuan?” Yanti menyoal ingin tahu. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia akan menyoal.
“Dengan perempuanlah. Takkan lelaki pula.”
“Kau percayalah cakap si Mirul tu,” Shifa Syamira menyampuk. Dia faham orang yang ingin dikatakan oleh Amirul itu adalah dirinya.
“Betullah… kalau tak silap aku orang tu adalah… jeng jeng jeng,” Amirul membuat suara suspen. Jari telujuknya dihalakan tepat ke arah Shifa Syamira. “Kau betul tak?”
Shifa Syamira membatu.
“Eh betul ke Shifa?” Yanti meminta kepastian.
“Memang pun. Aku pergi kedai buku dengan Zul semamalam. Kenapa salah ke?” lemah suaranya berterus terang. Tak ada yang perlu dirahsiakan jika semuanya adalah benar, fikirnya.
“Kau ada apa-apa dengan Zul ke?” Amirul menduga.
“Tak. Aku tak rasa apa-apa pun. Perasaan seorang kawan adalah. Dahlah aku banyak kerja yang nak dibuat,” Shifa Syamira berlalu ke mejanya. Malas hendak melayan kerenah Amirul yang mula bertanya soalan yang bukan-bukan.
Kenapa aku jadi tak tenteram? Aku suka dia ke? Tak mungkinlah, kalau aku suka dia, baik hati aku berdebar-debar. Ni biasa je, tak rasa apa-apa pun, bisik hati kecilnya.
Zulkifli memerhati tingkah laku Shifa Syamira. Dia ingin sekali mengetahui reaksi gadis itu apabila dikaitkan dengan dirinya. Sayang sekali reaksi yang diharap-harapkan tiada langsung kelihatan. Hampa hatinya. Mungkin benar cakap dia tadi, dia tak ada langsung perasaan terhadap aku.
Ah, belum cuba belum tahu. Mana tahu perasaan tu ada Cuma dia tak nak berterus-terang. Kalau tak ada macam mana? Perlahan dia mengeluh.
Mungkin belum tiba masanya lagi. Kalau saat itu tiba, dia pasti akan meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.

“Li, dari tadi abang tengok Li asyik termenung. Kenapa? Li ada masalah ke?” zulfakri bersuara apabila melihat adiknya duduk termenung di bangku meja kayu di halaman rumah.
“Tak adalah. Saja nak hirup udara segar. Lagi pun, dah lama Li tak tengok bintang yang banyak macam malam ni,” Zulkifli menyahut.
“Li janganlah nak tipu abang. Abang tau Li ada masalah. Cuba Li cerita kat abang. Manalah tau abang boleh tolong Li,” Zulfakri melabuhkan punggung di kerusi hadapan Zulkifli.
Zulkifli merenung muka abangnya. Kemudian dia mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang bertaburan. Keluhan panjang dilepaskan perlahan. Zulfakri hanya memerhatikan tingkah laku adiknya.
“Li tak tau apa nak buat. Kalau disimpan lama-lama tak boleh, nak luahkan takutlah pulak,” Zulkifli meraup rambutnya ke belakang. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.
Zulfakri memikirkan kata-kata tersirat adiknya itu. Berkerut seribu keningnya memikirkan maksudnya.
“Ni mesti soal hati dan perasaankan? Siapa perempuan yang berjaya mencuri hati adik abang ni?”
“Secret.”
“Eleh itu pun nak rahsia-rahsia. Dengan budak perempuan yang Li jumpa kat Tanjung hari tu ke?” Zulfakri bertanya lagi. Selagi dia tidak dapat jawapan dari mulut adiknya itu, selagi itulah dia tidak akan berpuas hati.
Zulkifli memandang tepat muka abangnya. Kemudian dia mengangguk perlahan. “Tapi abang jangan beritahu sesiapa. Janji?”
“Okey, abang janji. Sejak bila Li jatuh hati dengan dia?”
“Sejak pertama kali Li nampak dia. Dialah orang pertama yang berjaya membuat hati Li berdebar-debar. Bila Li pandang muka dia, perasaan Li akan jadi tak tentu arah. Setiap kali dengar suara dia, hati Li akan jadi sejuk. Entahlah Li pun tak tau nak cakap macam mana lagi. Boleh dikatakan dia ni bagaikan sebuah pemandangan yang tercantik kat dunia ni.”
“Wajah dia yang ayu, perwatakan dia lembut walaupun dia jarang tunjukkan. Boleh dikatakan segala-galanya ada pada dia. Semua seperti yang Li impikan selama ni,” luah Zulkifli.
“Payah-payah…” Zulfakri menggelengkan kepalanya.
“Apa yang payahnya?” soal Zulkifli pelik melihat abangnya berkata begitu.
“Yelah, ni dah kira mabuk cinta dah ni. Bukan masalah kecil lagi ni tapi dah jadi masalah besar.”
“Mana abang tau dah jadi masalah besar?”
“Kamu tak tau sama ada nak luahkan perasaan kamu kat dia kan?”
“Mana abang tau ni?” dihujung kata-katanya dia ketawa kecil.
“Li kan adik abang. Mestilah abang tau apa yang Li suka, apa yang Li tak suka.” Zulfakri menjawab. Dia sememangnya amat memahami perasaan adiknya tatkala itu.
“Tapi, Li tak pasti sama ada nak luahkan perasaan Li pada dia atau tak. Kalau Li luah takut dia tak terima. Kalau tak luahkan, hati Li ni jadi tak senang,” Zulkifli memberitahu perasaannya saat itu.
“Li betul-betul sukakan dia ke?”
“Bukan tahap suka lagi bang, Li cintakan dia,” bersungguh-sungguh Zulkifli memberitahu perasaannya.
“Kalau dah macam tu, bagi tahu je lah kat dia.”
“Masalahnya, takut dia tak terima…”
“Dia terima atau tak, tu soal nombor dua. Sekarang ni, Li luahkan perasaan Li tu dulu kat dia. Sampai bila Li nak pendam perasaan Li tu? Kalau pendam lama-lama nanti Li yang melepas. Li juga yang rugi. Pilihlah antara satu,” Zulfakri menasihati adiknya.
Zulkifli mula memikirkan kata-kata abangnya. Ada jubenar juga apa yang abang cakap. Kalau tak bagi tahu aku yang melepas. Gigir jari aku nanti. Ah, baik aku luahkan je, fikir Zulkifli.
“Abang-abang ku yang tersayang, jom minum nescafe yang adik buat ni. Special tau untuk abang-abang adik ni,” Zurina membawa tiga cawan nescafe di atas dulang ke luar rumah.
“Ya ke adik yang buat? Entah-entah ibu yang buat, lepas tu adik cakap adik yang buat,” Zulfakri menduga.
“Eh Abang Fakri ni, adik buat sendirilah. Ibu tak buat pun, ibu buat air teh untuk ayah je,” Zurina mencebikkan bibirnya.
“Sedap ke ni?” Zulfakri bertanya lagi. Sengaja dia ingin menyakat adiknya.
“Mestilah sedap… sekali rasa mesti nak lagi tau,” Zurina mengangkat ibu jarinya.
“Yang Abang Li ni kenapa? Diam je dari tadi.”
“Abang Li ni dah ke..” belum habis Zulfakri bersuara, Zulkifli sudah menunjukkan penumbuknya.
“Ke apa?” Zurina tidak mengerti.
“Tak, Abang Li dah kena keluar duit ambil lesen motor,” Zulfakri ketawa.
“Oh, tu yang muncung semacam. Rupanya nak kena keluar duit ambil lesen rupanya. Bukan ke ibu cakap ibu nak bayarkan?” Zurina bertanya.
“Ibu cakap kalau Abang Li nak ambil lesen kereta sekali barulah ibu tolong bayarkan. Kalau ambil lesen motor je, alamatnya duit sendirilah, hahaha…” berdekah-dekah Zulfakri ketawa. “Sampai bila nak simpan duit tu? Lama-lama kena keluar jugak..” sambungnya lagi.
“Abang Li ni, bilalah nak berubah? Adik tengok Abang Li dah kurus dah, semata-mata nak jimat duit. Kalau ya pun nak jimat, janganlah seksa diri abang tu,” Zurina berceloteh seperti seorang ibu.
“Abang tau lah adik. Tu yang abang nak ambil lesen motor, nanti dah beli motor senang. Tak payah nak susahkan ibu lagi, kalau nak pergi mana-mana.” Zulkifli bersuara memandang adiknya. Hai kecil-kecil lagi dah bercakap macam orang tua. Cepat betul matang adik aku yang seorang ni, bisik hati kecilnya.
“Abang Li nak masuk tidur dululah. Sedap nescafe yang adik buat ni. Boleh jual,” sempat dia bergurau.
“Thanks.”
Zulfakri memerhatikan Zulkifli yang melangkah masuk ke rumah. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Dulu punyalah susah nak jatuh cinta. Semua perempuan nakkan dia tapi dia jual mahal, tapi sekarang ni… hai, bertuah betullah budak perempuan tu.. desis hati kecilnya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"