
Novel : Kau + Aku = Cinta 8
Oleh : vanilla_ice
Aku memandu untuk ke universiti. Kepalaku ligat berfikir. Betul ke keputusan aku ni? Adakah semua orang akan terima?
Aku terus memarkir kereta. Aku keluar daripada kereta dan memegang beg galasku. Mood aku memang dah hilang sejak semalam lagi dah. Takde mood nak senyum langsung harini!
“Hey.” Aku rasa seseorang memegang bahuku. Aku berpaling ke belakang.
“Oh, Daniel. Kenapa?” aku hanya menanya. Itupun nampak macam terpaksa je.
“Are you okay? You look sick.”
“No, I’m okay. Nothing to worry about.”
“Have you take your breakfast?” Daniel menanyaku. Belum sempat aku mengangguk, dia sudah memotong.
“No excuse! Jom pergi makan.”
“Emmm… Yana dah breakfast dah tadi. Sorry…” aku jawab. Aku pun tak tau kenapa aku cakap baik-baik dengan dia. Sedangkan selama ni aku layan dia pun macam nak tak nak je. Otak aku pun dah serabut! Aku malas nak fikir lagi!
“Teman Daniel breakfast boleh tak? Daniel lapar la…” dia merengek sambil mengusap-ngusap perutnya. Dia buat muka kesian. Macam budak kecik!
“Please…” dia memujukku. Nak pergi ke tak hah?
“Aaaa… errr… Yana…” aku cuba cari ayat yang sesuai.
“Takde alasan. Jom!” dia menarik pergelangan tanganku. Nasib baik baju kurungku cukup panjang untuk menutup pergelanganku.
“Okey. Yana boleh jalan sendiri.” Aku menarik balik tanganku. Dia tersenyum. Senyum, senyum! Itu je yang kau tau!
Aku hanya mengikutnya dari belakang. Dia berjalan menuju ke arah kafeteria. Adumakkk! Makan kat sini ke? Ramai orang kot!
Aku hanya mengikut sahaja. Yelah, orang ajak kita nak memilih pulak. Daniel mengambil tempat di sebuah meja.
“Yana nak makan sekali?”
“Tak nak la. Yana dah makan tadi.” Aku menolak
“Minum?”
“Hmmm… milo ais.” Aku memberitahu. Daniel sudah bangun untuk memesan.
“Daniel, milo ais cara Yana ek. Cakap je kat Abang Man tu, nanti dia tau la.” Sempat lagi aku pesan. Aku tak minum milo ais lain selain milo ais cara aku.
“Oooo… nampaknya ada orang lain yang dah tau la ek resepi Yana tu? Ingatkan Daniel sorang je yang tau…” nadanya seperti merajuk.
“Dah tu? Takkan nak suruh Yana sendiri pergi buat kat dapur tu? Kalau dapur Yana takpe lagi Yana buat. Ni dapur orang cik abang oii…” Daniel tersenyum-senyum seorang diri. Pehal pulak ni?
“Yana, cakap lagi sekali boleh tak?”
“Cakap apa?” aku blurr sekejap. Aku cakap apa tadi?
“Panggil Daniel abang lagi.” Dia senyum lagi. Macam kerang busuk je. Aik? Aku panggil dia abang? Ye ke? Aku tak perasan pulak? Adus!! Malu siot! Pipiku sudah mula memerah.
“Jangan nak mengada-ngada! Dah, pergi pesan sana.”
“Apa salahnya? Memang Daniel lagi ‘abang’ dari Yana pun kan? Panggil Daniel abang ek?”
“Tak nak!” aku membangkang kata-katanya.
“Emmm… yelah, yelah. Degil Yana ni!” dia melangkah menuju ke arah kaunter untuk memesan. Fuhhh! Lega! Tak nak aku panggil dia abang!
Dia kembali selepas memesan makanan. Dia mengambil tempat di depanku. Aish! Apa mau cakap? Duduk diam macam orang bisu sudahlah!
“Emmm… so, how’s life?” Daniel memulakan bicara. Soalan apalah yang dia tanya ni? Skema semacam je…
“Okay…” aku menjawab pendek. Ish! Bilalah air ni nak sampai?
“Just okay?”
“Yes… what do you aspect me to say?” tone suaraku sudah naik sedikit. Sabar, sabar…
“Chill… I’m just asking thou.”
Ha! Datang pun kau air! Punya bapak lambat baru nak sampai. Seorang lelaki meletakkan air milo ais di atas meja serta sepinggan mee goreng dan teh o’ ais. Minuman kegemaran Daniel.
Aku tarik milo ais dan terus sedut. Yang kau pergi letak kat depan Daniel tu pehal abang oii… Aku pun yang nak minum, bukannya dia.
“Dahaga sangat ke?” Daniel menegur.
“Ha? Takdelah.” Dia tersenyum lagi. Sah gila! Asyik-asyik senyum aje.
“Daniel… apa kes asyik senyum dari tadi ni? Seram Yana tengok!”
“Senyum la tengok Yana. I like the new Yana. So sweet with the tudung.” Dia memandang tepat ke arah mataku. Aku tertunduk. Malu untuk bertentangan mata dengannya.
“Oooo… selama ni Yana tak sweet la?” aku buat muka garang.
“Selama ni Yana sweet jugak. Tapi sekarang makin sweet. Ni yang buat Daniel nak meminang Yana cepat-cepat ni!” Daniel berkata bersungguh-sungguh. What? Meminang? Aku salah dengar ke?
“Aaaa… Errr…” aku terkedu. Tak tau nak cakap apa. Aku garu kepala yang ditutup dengan tudung.
“I’m just kidding.” Daniel berkata setelah nampak aku yang tak boleh nak cakap apa-apa ni. Time ni jugak la kau lidah! Aku lega dengar Daniel kata macam tu.
“But I will if you want to!” dia tersenyum lebar. Lagi lebar dari tadi. Sekarang ni aku bukan takat tak boleh cakap, nak bukak mulut pun dah tak boleh!
__________________________________________________________
Sepanjang kuliah aku duduk diam. Banyak kali Hani dan Laila cakap denga aku, aku buat derk aje. Bila diorang tanya pun aku jawab nak tak nak je. Tanganku menongkat dagu. Bila la kuliah nak habis ni?
“Okey, anda boleh bersurai sekarang.” Suara Encik Hanafi menyuruh semua orang bersurai membuatkan aku seperti mahu menjerit. Akhirnya! Aku memegang beg galasku dan terus keluar dari dewan kuliah tanpa menunggu Hani dan Laila.
“Oii, Yana! Amboi! Main tinggal kiteorang je ye?” Laila sudah bercekak pinggang di hadapanku.
“Apa kes Yana? Dari tadi asyik diam je. Dah rupa patung dah aku tengok kau ni!” Hani pula menambah.
“Aku ada problem sikit la.”
“Problem apa tu? Story la kat kiteorang.” Laila tidak sabar.
“Dah nama pun problem, mana boleh bagi tau korang. Bukan aku tak tau mulut korang ni macam mana!”
“Amboi! Kutuk orang pun belakang la. Ni depan-depan!” Laila masih bercekak pinggang.
“Ala Yana, bagi la tau kat kiteorang. Mana tau kiteorang boleh tolong kau ke. Kan Laila?” Hani cuba membuatkan aku cerita. Nak cerita ke tak?
“A’ah. Mana tau kiteorang boleh tolong.”
Aku berfikir sejenak. Patut ke aku bagi tau? Tapi aku memang perlukan seseorang sekarang ni!
“Okey la. Meh sini.” Aku menarik tangan Hani dan Laila menuju ke arah kerusi bangku yang ada di situ. Betul-betul dekat area taman. Ini port orang dating-dating je. Kiteorang pulak nak menyibuk duduk kat sini.
“Mulakan dari A sampai la Z. Okey?” Hani memberi tahu.
“Banyak cantik muka kau!”
“Muka aku memang cantik pun!” Hani berkata sambil memegang pipinya.
“Udah le tu! Cepat la cerita Yana!” Laila memotong.
“Okey, okey. Macam ni… sebenarnya… emmm… macam mana nak cakap ek?”
“Cakap aje la!” serentak mereka berkata.
“Papa aku suruh aku bertunang!” laju aku berkata. Entah dengar entah tidak budak dua ekor tu.
“Hah? Bertunang?! Biar betul?” Hani berkata kuat. Waktu tu aku rasa semua orang pandang kat kiteorang.
“Sorry, sorry. Maaf mengganggu anda semua.” Aku mengangkat tangan tanda meminta maaf. Semua orang buat kerja masing-masing balik.
“Kau ni pun Hani! Cover-cover la sikit!” aku bengang.
“Sorry la. Refleks.” Hani tersengih.
“Back to the story, kau nak bertunang? Dengan siapa?” Laila menyambung ceritaku yang tadi terbantut.
“Aku sendiri tak tau dengan siapa.”
“Habis tu, kau nak bertunang macam tu je? Orangnya pun kau tak kenal?”
“Tak, aku tak kenal pun. Yang aku tau dia kawan papa aku. Dah papa aku suruh aku bertunang, nak buat macam mana lagi? Mula-mula aku memang bangkang habis-habis, tapi aku rasa mungkin ini yang terbaik untuk semua.”
“Ish kau ni! Yang tetibe baik ni pehalnya? Kau tau tak yang ni bertunang? Lepas tunang kau tau apa? Kahwin!” Laila cuba menyedarkanku.
“Aku dah fikir baik-baik. Aku rasa ni keputusan aku. Bertunang. Aku akan bertunang selama tiga bulan, lepas tu baru buat majlis akad nikah. Malam ni aku akan kenal dengan my fiancee-to-be. Hahaha…” aku gelak tidak ikhlas.
“Kalau kena yang hensem-hensem takpe jugak. Sekali kena yang ehem ehem… macam mana?” Hani pula menyoalku.
“Terima ajelah. Nak buat macam mana lagi?” aku mengangkat bahu.
“Tapi aku rasa mesti hensem punyalah! Kan kau kata kawan papa kau. Papa kau kan kaya, mestilah kawan dengan orang kaya jugak. Kesimpulannya, anak dia mesti jenis ‘branded’ punyalah! Aku berani gerenti!” Hani menyambung. Aku tak tau la ayat dia tu sama ada nak menyedapkan hati aku ataupun tak.
“So, bila nak bertunang nanti, jangan lupa kat kiteorang ni. Lagi-lagi kalau kahwin. Jemput jangan tak jemput. Aku kempunan nak makan nasi minyak ni!” Laila mengangkat kening. Itupun kalau jadi bertunang. Kalau tak?
“Dia kahwin mana ada nasi minyak. Tengok orang la. Ni mesti kasi makan spaghetti punyalah!” Hani ketawa.
“Hotak kau! Mesti ada nasi minyak punyalah. Aku tak makan spaghetti la.”
“Ni baru namanya anak jati Malaysia!” Hani menambah. Semua orang ketawa terbahak-bahak. Aku pun dah lupakan semua masalahku.
_________________________________________________________
“Yana, dah siap belum tu? Cepat sikit ye sayang. Mama dengan papa tunggu dekat bawah ni.” Mama berkata dari luar bilikku. Menyesakkan kepala otak aku je dengan semua ni! Sekarang ni dah pukul 7.45 malam. Patutnya aku dah lama siap. Pukul 8 kena pergi rumah ‘dia’. ‘Dia’ yang aku tak kenal!
Aku sengaja melambatkan pergerakanku. Dah gaya matrix dah aku ni. Nak ambik baju dalam almari pun aku jalan gaya slow motion. Lagi lambat lagi bagus! Bak kata orang, biar lambat asal selamat! Kan?
Tapi kalau lambat sikit lagi ni, maunye mama membebel dalam kereta tu nanti. Telinga aku ni jugak yang sakit! Lama-lama, aku ambil juga baju kurung yang berwarna hitam merah dalam almari. Ni kalau mama nampak mesti marah punyalah. Mama memang tak suka tengok aku pakai warna hitam dan merah. Mama kat macam budak gothic. Nak buat macam mana ma, anak mama ni kan ex-tomboy + gothic. Perangai masih belum boleh di buang. Huhuhu…
Aku turun ke bawah selepas siap berpakaian. Tudung yang juga berwarna hitam dan bermanik merah aku pakaikan di kepala. Aku lebih selesa memakai tudung yang berpin dari tudung ala-ala Yuna. Lagi ayu gitu. Hahaha…
“Apa ni Yana! Kenapa pakai warna ni?” suara mama melengking kuat.
“Ala, takpe la mama. Sekali sekala.”
“Tak boleh! Pergi tukar sekarang!”
“Dah tak sempat. Kita dah lambat, kan papa?” aku mengenyit mata pada papa. Papa mesti menyebelahiku.
“Yelah Ros. Kita dah lambat ni. Takpe la, biarkan budak tu. Dah cukup baik la dia pakai baju. Kalau tak pakai, apa mau jawab?” seperti yang ku sangka, papa menyebelahiku.
“Abang ni suka sangat tau sebelahkan budak ni!”
“Dah dia anak abang.”
“Anak Ros jugak!”
“Dah dah. Jom pergi!” aku memotong. Aku terus berjalan keluar dari pintu rumah. Rak kasut kubuka dan ku ambil sepasang kasut berwarna hitam merah juga. Jadi lampu isyaratlah aku gamaknya!
“Ha, tengok tu! Warna tu jugak yang dia pakai! Mama dah tak tau nak cakap apa lagi dah kat kamu ni Yana!” mama membebel.
“Hehehe… dah la mama. Kata nak pergi. Mama tak nak kenal dengan bakal son-in-law mama tu?” aku berkata tidak ikhlas.
Mama tidak menjawab lalu terus masuk ke dalam kereta. Papa juga sudah menghidupkan enjin kereta. Aku juga masuk ke dalam kereta. Dalam hati aku berdoa supaya lambat sampai. Amin!
______________________________________________________
Tepat pukul 8.26 kami sampai kat rumah ‘bakal tunang’ tunang aku. Huh! Aku mintak lambat sampai, lain pulak yang jadi. Lagi cepat ada la! Pintu pagar automatik dibuka. Papa memarkir kereta di dalam.
Rumah yang agak besar. Lebih kurang rumah aku jugak.
Ada seorang mak cik tua berdiri di pintu rumah tu. Mungkin orang gaji dia kot. Hatiku sudah berdebar-debar. Mintak-mintak yang baik.
“Assalamualaikum. Dato’ Helmi ye?” mak cik itu bertanya.
“Ye saya.”
“Masuk la dulu ye. Saya panggilkan Tengku kejap.”
Papa, mama dan aku melangkah masuk. Cantik hiasan rumahnya. Hahaha! Tengoklah nanti, aku kerjakan rumah ni! Baru kau tau langit tu tinggi ke rendah!
“Helmi…” seorang lelaki sebaya papa memeluk papaku. Ni tak lain tak bukan mesti tuan rumah ni. Mama pergi ke arah seorang wanita yang sudah separuh abad itu lalu memeluknya juga. Aku yang tak tau nak buat apa pun pergi jelah salam mak cik tu. Aktiviti yang paling aku tak gemar ialah bila orang nak peluk-peluk aku. Mak cik ni pun satu, salam cukuplah tak payah nak peluk-peluk.
“Illyana, dah besar kamu…” Tengku Hasnah berkata. Aku hanya tersenyum. Mestilah besar mak cik, tak kan mak cik nak anak mak cik bertunang dengan budak kecik kot!
“Dah, jom pergi duduk kat sana. Takkan nak berdiri je kot. Jom…” Tengku Hasnah mengajak kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Di ruang tamunya terhias bermacam-macam bunga. Pasunya pulak tak payah cakap la. Dari Australia, India, Indonesia… semuanya ada! Tv LCD 42 inci terpampang betul-betul di dinding itu. Kalau main baling-baling bola, mau pecah tv ni aku buat! Aku ni jenis main bola dalam rumah, bukan luar. Hehehe…
Aku tengok kat situ ada Tengku Hamdan aka ‘bakal’ bapak mentua aku, Tengku Hasnah aka ‘bakal’ mak mentua aku, papa aku, mama aku dan aku. Mana ‘bakal’ laki aku? Hahaha… tak sabar kau Yana!
Disebabkan dekat situ semuanya geng ‘orang-orang tua’ yang sedang bersembang tak ingat dunia, aku yang muda ni ambil keputusan untuk tolong apa-apa kat dapur. Acting baik je, sebenarnya kat rumah nak tolong tu memang jauh sekali! Kena marah-marah baru aku tolong.
Kat dapur, ada seorang mak cik yang tengah sibuk sesibuk sibuknya menyiapkan makanan. Huhuhu… ada hikmah di sebalik setiap kejadian gitu. Makanan yang mak cik ni masak sure buat aku terangkat punya nanti. Bila time nak makan ek? Apa kes sembang lama-lama ni? Dah lapar perut aku!
Aku menegur mak cik tadi dari belakang.
“Assalamualaikum mak cik.”
“Wa’alaikumsalam, nak. Buat apa kat sini? Pergi duduk depan sana.”
“Takpelah mak cik. Kat depan tu diorang tengah sembang. Tak nak la kacau. Kan tak boleh ganggu orang tua-tua cakap. Kan kan kan?” aku mengangkat kening dua tiga kali.
“Yelah kamu ni. Nama siapa?”
“Illyana. Mak cik panggil Yana je. Nama mak cik?”
“Mak Jah.” Aku hanya mengangguk. Aku mencapai sebilah pisau untuk memotong bawang yang berada di atas meja tetapi di halang oleh Mak Jah.
“Tak payah la Yana. Mak Jah boleh buat ni. Tu Santi boleh tolong Mak Jah.”
“Ala Mak Jah… tak rock la macam ni. Meh Yana tolong sikit.” Aku mengambil kembali pisau yang berada di tangan Mak Jah.
“Yana, nanti Tengku marah Mak Jah!”
“Takpe, Mak Jah jangan risau. Biar Yana cakap dengan mak cik nanti.” Aku tetap berkeras. Mak Jah menggeleng kepala.
“Orang gaji baru ke Mak Jah?” satu suara lelaki kedengaran. Aku tidak berpaling. Ini ke? Ini ke my fiancee-to-be tu? Seram aku! Eh, kejap! Tadi dia kata aku orang gaji baru? Aku yang pakai lawa-lawa ni pun dia kata orang gaji? Kurang asam jawa betul!
“Bukan. Ni tetamu Tengku. Mak Jah dah suruh di pergi depan, dia yang degil tak nak.”
“Biar je dia. Ada jugak orang nak tolong Mak Jah memasak kat dapur ni. Nanti kalau sesuai, kita ambil dia jadi orang gaji kita.” Dia menjawab spontan. What? Orang gaji? Tapi kenapa suara ni macam familiar? Tapi dimana ya? Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang. Jantung aku dah macam nak tercabut dah!
“Kau? Apa kau buat kat sini?!” aku separuh menjerit. Dia? No way!!!
“Patutnya aku yang tanya kau. Apa kau buat kat rumah aku ni?” dia meletakkan cawan yang berada di tangan ke atas meja.
“Rumah kau?” that’s mean…
“Yelah, rumah aku. Kau ingat ni rumah bapak kau?”
Lidah aku kelu. Tidak boleh berkata-kata lagi. Tiba-tiba Tengku Hasnah masuk ke dalam dapur.
“Hah, Farish. Baru sekarang nak turun. Mama cakap turun awal sikit, ada tetamu. Kamu ni bukannya nak dengar cakap mama!” Tengku Hasnah berkata tegas. Aku masih lagi berangan-angan. Macam-macam yang bermain-main di fikiranku.
“Hehehe… sorry.”
“Sorry, sorry.”
“Mama, ni kenapa budak ni ada kat sini? Apa dia buat? Orang gaji baru kita ke mama?”
“Orang gaji kebendanya! Nanti papa ceritakan. Dah, pergi depan. Yana, jom pergi depan sekali.” Tengku Hasnah mengajakku ke ruang tamu. Aku meletakkan pisau ke atas meja dan membasuh tangan.
Di ruang tamu, mama, papa dan Tengku Hamdan tengah duduk diam. Aik? Tadi kemain lagi sembangnya. Sekarang dah diam pulak. Dah la semuanya buat muka serious semacam je. Naik tegak bulu roma aku!
Aku mengambil tempat di atas sofa sebelah Farish. Bukan sengaja ya teman-teman! Dah takde tempat nak duduk. Mama duduk dengan papa. Tengku Hamdan dan Tengku Hasnah duduk sofa asing-asing. Tinggal satu je lagi sofa yang tinggal. Nasib baik sofa tu untuk tiga orang. Aku spacekan banyak-banyak dari dia. Aku duduk hujung, dia duduk hujung. Haram lagi!
“Memandangkan semua dah ada dekat sini, papa nak cakap sesuatu. Mesti Yana dah tau tentang hal ni kan? Dan Farish belum lagi papa bagi tau.” Tengku Hamdan memulakan bicara. Sesuana hening seketika.
“Malam ni papa nak mengumumkan bahawa… Farish akan bertunang dengan Illyana!”
“What?! Apa ni papa?” Farish tidak puas hati.
“Papa cakap yang Farish akan bertunang dengan Yana. Faham?”
“Apa semua ni? Kenapa tak bagi tau Farish awal-awal?” Farish mula membentak. Dia berdiri.
“Farish, duduk!” pergaduhan kecil berlaku betul-betul berlaku di hadapanku. Aku masih terkejut. Takkan lah! Takkan! Aku boleh terima lagi kalau orang lain, tapi bukan mamat mangkuk hayun sekor ni!
“Keputusan muktamad! Semuanya telah dirancang, tak boleh dibatalkan!”
“This is nonsense.” Farish tergelak kecil sambil memeluk tubuh. Mungkin tidak percaya.
“Nonsense or not, this is final!” Tengku Hamdan memberi kata putus. Farish terduduk kembali.
“And for your information, the reception will be next week.” Tengku Hamdan menambah.
“What?!” serentak aku dan Farish menjerit. Tidak!!!!!














erm..ok..tp cite mcm ni dh bese org buat…walopun asli dr idea awk sendiri tp jlan crite still same mcm yg dh ade sebelum ni..x tau r kalo skarg ni mmg dh trend org buat cite mcm ni..tp pe2 pun..tahniah la penulis..teruskan berkarya
ckew2. .samb0ng g cpt. .jgn lmbt cgt. .smpat aq jdy gle tnpa crta niey. .
http://www.vanillaicelife.blogspot.com
my blog . ikut la yee ~ ^^